PRUlink money market fund

Similar documents
TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Tadbir Urus Korporat

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Piawaian Bon Hijau ASEAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Prinsip Bon Sosial Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Sosial. 2 Jun 2017

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Ini adalah Tatakelakuan kita

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

TERMS AND CONDITIONS

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

TEMPAT MENARIK SYDNEY

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

LATAR BELAKANG FALSAFAH DAN MISI

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

Polisi Insurans TravelPAC

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

GREAT VOYAGER. Perjanjian Kami

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

PENGARUH KELEMBAPAN KE ATAS KEKERUHAN ATMOSFERA (I): KAEDAH

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Polisi Insurans TravelPAC

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Polisi Induk TravelPAC

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KRISIS KEWANGAN GREECE: FAKTOR-FAKTOR KRISIS MENURUT TEORI MARXIST

Transcription:

Ciri-ciri Dana Objektif Pelaburan Strategi & Pendekatan Pelaburan Dana bertujuan mengekalkan nilai modal dan menjana pulangan yang setanding dengan deposit bank jangka pendek. Selain daripada pendedahan risiko yang minimum, Dana juga mengekalkan tahap kecairan yang tinggi dengan melabur terutamanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek dan sekuriti hutang yang berkualiti tinggi serta berisiko rendah. Walaupun Dana bermatlamat mengekalkan nilai prinsipal, kemampuan Dana untuk memenuhi matlamat tersebut adalah tidak dijamin. Strategi Pelaburan Dana bertujuan mencapai objektif dengan melabur dalam portfolio pasaran wang dan pelaburan jangka pendek yang lain, berkualiti tinggi, dan instrumen hutang. Instrumen hutang terpilih adalah berkualiti tinggi supaya dapat meminimakan, namun tidak semestinya menghapuskan, risiko penurunan harga unit akibat penyusutan nilai pasaran. Pengurus Dana hendaklah mengkaji semula keperluan dalam mengekalkan tunai atau aset cair yang lain berdasarkan tujuan kecairan. Penarafan kredit minimum instrumen hutang yang akan dilaburkan oleh Dana adalah sekurangkurangnya bertaraf AAA bagi instrumen jangka panjang atau bertaraf P1 untuk jangka pendek. Sekiranya penilaian diturunkan di bawah penarafan kredit minimum yang ditetapkan, Pengurus Dana akan melupuskan instrumen dalam tempoh masa yang munasabah dengan mengambil kira keadaan dan faktor-faktor pasaran pada ketika itu. Pengurus Dana akan mengguna pakai strategi pelaburan yang aktif dalam menguruskan Dana. Jika dan apabila Pengurus Dana menganggap pasaran, keadaan ekonomi, politik atau lain-lain menjejaskan Dana, Pengurus Dana boleh mengambil kedudukan defensif yang sementara dalam usaha bertindak balas terhadap keadaan semasa serta mempertahankan pulangan pelaburan jangka panjang Dana. Kedudukan defensif sementara ini boleh diambil dalam bentuk pengurangan pendedahan dalam pelaburan yang terjejas disebabkan oleh keadaan yang buruk dan menggantikannya dengan pelaburan yang difikirkan Pengurus Dana dapat memelihara nilai Dana, walaupun tidak semestinya memenuhi keseluruhan objektif Dana, dalam satu tempoh yang Pengurus Dana dapati berpatutan. Kedudukan defensif seperti ini boleh merangkumi tindakan mengekalkan aset cair/wang tunai dan/atau aset bersamaan tunai sehingga tahap maksimum 100%. Apabila ia berlaku, peruntukan aset yang diisytiharkan Dana akan diubah sewajarnya. Pendekatan Pelaburan Pengurus Dana percaya bahawa gaya pelaburan yang berdisiplin, bernilai dan bermatlamat kredit boleh menjana pulangan yang lumayan. Mereka bertujuan mengeksploitasi peluang daripada kedua-dua peruntukan aset dan peringkat pemilihan sekuriti melalui penyelidikan dalaman dan pengurusan portfolio. Pengurus Dana bermatlamat mencapai tahap konsistensi yang tinggi dalam prestasi jangka panjang semua dana yang diuruskan. Pembahagian Aset Tanda Aras Prestasi Pengurus Dana Dana melabur sehingga 100% Dana NAV dalam dana yang dibenarkan, termasuk instrumen pasaran wang dengan tempoh matang yang tidak melebihi 3 tahun, instrumen hutang dengan tempoh matang yang tidak melebihi 2 tahun, wang tunai atau aset cair yang lain. Pelaburan yang dibenar-kan termasuk instrumen pasaran wang, instrumen hutang, dan apa-apa bentuk pelaburan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke semasa. Instrumen hutang termasuk bon kerajaan dan korporat; sekuriti jangka pendek seperti Bil Perbendaharaan Malaysia, Nota Monetari Bank Negara dan Nota Cagamas; dan Surat Perdagangan. Untuk maklumat lanjut berkenaan penanda aras, sila layari www.maybank2u.com.my Eastspring Investments Berhad (531241-U) Fees & Charges Caj Pengurusan Dana Caj lain, sekiranya ada 0.25% setahun Tiada Sila ambil perhatian bahawa Dana PRUlink adalah produk tidak patuh Syariah dan prestasi pelaburan Dana-dana PRUlink adalah tidak dijamin.

Prestasi Dana % 26.00 24.00 Jadual Prestasi Dana PRUlink money market fund vs PRUlink money market fund 26.00 24.00 Percentage change since inception 22.00 20.00 18.00 16.00 14.00 12.00 10.00 8.00 6.00 4.00 22.00 20.00 18.00 16.00 14.00 12.00 10.00 8.00 6.00 4.00 2.00 0.00 2.00 0.00 Notis: Graf disertakan bagi tujuan ilustrasi sahaja. Prestasi Dana pada masa lalu bukanlah petunjuk kepada prestasinya di masa hadapan. Tahun Prestasi PRUlink money market Piawaian Prestasi 2013 3.55% 2.80% 2014 4.73% 2.91% 2015 4.10% 3.05% 2016 3.59% 3.05% 2017 3.03% 3.05% Sumber: Lipper IM dan Bloomberg, 31 Disember 2017 Amaran: Maklumat di atas adalah prestasi dana pelaburan semata-mata, dan bukan pulangan yang diperoleh ke atas produk insurans investment-linked. Asas pengiraan prestasi yang lalu = Nilai Aset Bersih Bagi Tahun n - 1 Nilai Aset Bersih Bagi Tahun n-1 %

Risiko Pelaburan Kemungkinan Menanggung Kerugian Harga unit Dana dan pendapatan daripada Dana mungkin turun dan mungkin naik disebabkan oleh turun naik harga sekuriti yang melibatkan pelaburan Dana. Kemungkinan terhadap kehilangan kesemua atau sebahagian nilai prinsipal yang dilaburkan itu tidak boleh dikesampingkan. Tiada jaminan dapat diberikan, dinyatakan mahupun tersirat, bahawa pelabur akan menerima apa-apa pengagihan pendapatan atau pulangan ke atas pelaburan mereka, atau bahawa pelabur akan mendapat balik jumlah pelaburan awal sepenuhnya. Pengurus Dana berusaha untuk mengurangkan risiko ini dengan menggunakan proses pelaburan sistematik yang digabungkan dengan proses pengurusan risiko. Risiko Pasaran Risiko pasaran merujuk kepada potensi kerugian yang mungkin timbul daripada perubahan dalam harga pasaran yang melibatkan pelaburan Dana. Harga sekuriti yang dilaburkan Dana adalah turun naik, akibat bertindak balas kepada pelbagai faktor, sebagai contoh, peristiwa atau berita yang berkaitan dengan sekuriti serta pasaran umum mahupun keadaan ekonomi. Sesebuah Dana dengan portfolio sekuriti yang pelbagai, daripada sektor-sektor yang berbeza membantu mengurangkan risiko ini, supaya keruntuhan mana-mana sektor tidak akan memberi kesan terlalu besar ke atas nilai Dana. Risiko Kecairan Kecairan merujuk kepada kemudahan mencairkan pelaburan tanpa sebarang kerugian, atau kerugian yang minimum dan bergantung kepada jumlah sekuriti yang didagangkan di pasaran. Sesebuah dana yang memegang banyak sekuriti yang tidak cair, atau sukar untuk dilupuskan, akan menjejaskan nilainya apabila berlaku keperluan menjual sekuriti ini pada nilai diskaun atau rugi. Risiko ini dikurangkan melalui proses pemilihan sekuriti yang sistematik dan kepelbagaian portfolio. Risiko Inflasi Kuasa beli dikurangkan oleh inflasi dan jika kadar inflasi adalah sentiasa lebih tinggi daripada kadar pulangan pelaburan, kadar sebenar pulangan pelaburan anda (iaitu pulangan selepas pelarasan inflasi) boleh menjadi negatif walaupun Dana menunjukkan pulangan yang positif. Oleh itu, pelabur perlu mengambil kira kadar sebenar potensi pulangan sebelum melabur. Risiko Ketidakpatuhan Risiko ini timbul daripada ketidakpatuhan terhadap undang-undang, kaedah, peraturan, dan amalan yang telah ditetapkan, serta dasar dan prosedur dalaman oleh Pengurus Dana. Risiko ini juga boleh berlaku secara tidak langsung dengan pengenaan dan/atau pindaan terhadap rangka kerja pengawalseliaan, undang-undang, peraturan, dan amalan lain yang telah ditetapkan yang berkaitan dengan Dana. Pengurus Dana telah menyediakan kawalan dalaman bagi memastikan pengawalseliaan pematuhan yang komprehensif dan menepati waktu dilaksanakan. Risiko Syarikat Pengurusan Risiko ini adalah risiko apabila syarikat pengurusan mungkin tidak mematuhi mandat pelaburan Dana. Risiko ini dikurangkan oleh sesebuah syarikat pengurusan seperti berikut: Dipantau oleh jawatankuasa pelaburan; Mematuhi dasar dan prosedur dalaman ke atas had dan sekatan pelaburan; dan Laporan berkala kepada pasukan pengurusan kanan. Prestasi mana-mana dana adalah bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan kepakaran Pengurus Dana. Apa-apa kesilapan dalam teknik pelaburan dan proses yang diguna pakai oleh Pengurus Dana boleh memberi kesan buruk kepada prestasi Dana. Pengurus Dana bermatlamat untuk mengurangkan risiko ini dengan melaksanakan proses pelaburan yang konsisten dan berstruktur, prosedur operasi yang sistematik dan bersekali dengan pengawalan dalaman yang ketat. Risiko Operasi Prestasi pelaburan Dana ini bergantung kepada kelicinan fungsi kedua-dua sistem dan proses dalaman dan luaran. Kejadian gangguan pasaran atau sistem yang tergendala juga boleh memberi kesan ke atas proses yang berkaitan apabila terdapat gangguan dalam aliran maklumat yang diperlukan ketika membuat satu-satu keputusan yang wajar dalam menguruskan Dana. Gangguan-gangguan tersebut boleh memberi kesan kepada prestasi dan penjelasan dagangan Dana dan turut boleh menjejaskan transaksi pelabur dengan Dana. Pengurus Dana telah menyediakan kawalan dalaman untuk mengurus beberapa gangguan ini seperti pelan kesinambungan perniagaan. Walau bagaimanapun, pelabur patut mengambil perhatian bahawa tidak semua keadaan boleh dikawal mahupun dapat dijangkakan.

Risiko Kredit / Mungkir Risiko ini merujuk kepada keupayaan penerbit untuk membuat bayaran kupon dan prinsipal tepat pada masanya. Pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap adalah tertakluk kepada perubahan buruk dalam keadaan kewangan penerbit dan keadaan ekonomi umum. Perubahan ini boleh menurunkan kualiti kredit seterusnya mengurangkan atau menghapuskan kemampuan penerbit untuk membuat bayaran faedah dan bayaran balik prinsipal. Sekiranya penerbit mungkir dalam pembayaran kupon atau prinsipal, nilai Dana akan terjejas teruk. Sekuriti pendapatan tetap berkualiti tinggi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding risiko kredit. Risiko kredit penerbit itu diuruskan oleh Pengurus Dana dengan melakukan penyelidikan dan analisis kredit secara mendasar dalam menentukan keupayaan kredit penerbit. Di samping itu, Dana menerima pakai keperluan penarafan kredit minimum, sama ada oleh agensi penarafan tempatan dan / atau asing. Risiko Kadar Faedah Nilai sekuriti pendapatan tetap/bon boleh beredar secara songsang dengan pergerakan kadar faedah. Oleh itu, harga sekuriti pendapatan tetap/bon boleh jatuh apabila kadar faedah meningkat dan sebaliknya. Sekiranya Dana memegang bon sehingga matang, turun naik harga itu akan dikurangkan apabila bon mencapai tempoh matang. Untuk mengurangkan kesan pergerakan kadar faedah, Pengurus Dana akan menguruskan tempoh portfolio dengan mempelbagaikan tempoh pegangan pelaburan bon Dana berdasarkan pertimbangan Pengurus Dana terhadap trend kadar faedah masa depan. Hal sedemikian tidak boleh dianggap sebagai senarai lengkap risiko yang bakal pelabur perlu pertimbangkan sebelum melabur ke atas Dana. Bakal pelabur harus maklum bahawa pelaburan dalam Dana mungkin terdedah kepada risiko-risiko lain yang bersifat luar biasa dari semasa ke semasa. Pengurusan Risiko Semua pelaburan mempunyai unsur risiko yang boleh mengakibatkan kerugian akibat ketidaktentuan sekuriti yang terjejas oleh aktiviti syarikat-syarikat secara persendirian serta pasaran umum dan keadaan ekonomi. Pengurus Dana sentiasa memantau keadaan pasaran dan ekonomi serta penilaian dana yang berterusan dalam menguruskan risiko. Berhubung dengan parameter pelaburan, sekatan dan had, Jabatan Undang-undang dan Pematuhan Pengurus Dana menyelia hal pematuhan secara keseluruhan, yang membantu dalam mengurangkan risiko ketidakpatuhan, yang boleh mengakibatkan kehilangan reputasi dan berkemungkinan mengehadkan peluang perniagaan di masa hadapan Unit audit dalaman Kumpulan Prudential menjalankan semua fungsi audit dalaman dan laporan kepada Jawatankuasa Audit dan Pematuhan. Anda harus bergantung kepada penilaian anda sendiri dalam menilai merit dan risiko pelaburan. Anda perlu membaca dan memahami isi kandungan lembaran fakta dana ini dan, jika perlu, berunding dengan penasihat anda sebelum membuat satu-satu keputusan pelaburan.

Other Info Pasaran Sasaran Asas & Kekerapan Penilaian Unit Keadaan Luar Biasa Pelabur yang berikut: mahukan dana yang berisiko rendah. mempunyai toleransi risiko yang rendah. mengamalkan tempoh pelaburan jangka pendek. Penilaian Harga Unit dilakukan setiap hari. Harga Unit dana PRUlink pada mana-mana Tarikh Penilaian hendaklah sama dengan Nilai Dana, dibahagikan dengan bilangan unit yang diterbitkan pada Tarikh Penilaian. Nilai Dana adalah nilai semua aset Dana PRUlink selepas potongan perbelanjaan untuk mengurus, memperoleh, mengekalkan dan menilai aset Dana itu, cukai atau levi berkanun lain yang ditanggung oleh Syarikat ke atas pendapatan pelaburan atau keuntungan modal ke atas aset Dana dan apa-apa pendapatan yang terakru atau dijangkakan. Tarikh Penilaian hendaklah tarikh yang ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa, tetapi kekerapannya tidak boleh kurang daripada sekali dalam setiap hari perniagaan, bertujuan menentukan Harga Unit. Untuk mendapatkan balik kos perolehan dan pelupusan aset, pelarasan kos urus niaga mungkin dibuat terhadap Nilai Dana untuk mendapatkan apa-apa jumlah yang digunakan oleh Dana atau yang dijangkakan pembayaran sewajarnya untuk penerbitan atau pembatalan unit. Syarikat berhak, dalam keadaan tertentu, (contohnya, apabila terdapat jumlah jualan yang luar biasa besar atau kecairan aset melibatkan mana-mana Dana PRUlink dalam tempoh yang singkat) menangguhkan penukargantian atau penebusan Unit dan / atau penyerahan Polisi bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh permohonan. Syarikat boleh menggantung harga unit dan dasar transaksi unit sekiranya mana-mana mata wang yang dilaburkan oleh Dana, digantung dagangan buat sementara waktu. Sekiranya berlaku, notis bagi penggantungan boleh diterbitkan dan boleh disampaikan kepada pihak yang Diinsuranskan, mana-mana permintaan untuk tambahan, tukargantian, penebusan atau penarikan balik ke/dari mana-mana dana PRUlink yang berkenaan. Senarai keadaan luar biasa di atas tidak tuntas, sila rujuk dokumen polisi anda untuk maklumat selanjutnya.