FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Similar documents
LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PRUlink money market fund

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

Ini adalah Tatakelakuan kita

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

STUDY ON THE SELECTION CRITERIA FOR CHOOSING DOMESTIC PACKAGE TOURS IN MALAYSIA DAYANG SANDRAWATI BINTI ABANG JOSMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT NOR EEDA BINTI HAJI ALI

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

TEMPAT MENARIK SYDNEY

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

Transcription:

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN Emmy Binti Polly bazah 3arjana Muda Ekonomi dengan Kepugian HF 5438.5 (Ekonomi Industri) 2009 E54 2009

ýc'fiýc/ýýran... -Ný UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL. -... 1-.. Kp?... SESI PENGAJIAN :.., -, '.. CZ? ä/). q -M. Saya Emmy ginti PoLLy (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2 Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan Z SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) iý5 TIDAK TERHAD TanclaRfjngan Penulis Tarikli /1/5/;: -r7,7 Alamat Tetap: 3ý.! -o#:. ybýý.. ý71. ý... ý. výýºý. kemuniýg,. $a/u... 3. Y. ý... J. ln... muýlýý... Catatan: " Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Pusat K. hitimat Maklumat Akademik UNIVFRUS1'TI MALAYSIA SARAWAK P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADlMIK UNIMAt< 1000209542 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA KEK LAPIS SARAWAK DI KUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN EMMY BINTI POLLY Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2009

Pengesahan Pelajar Saya mengakui bahawa Projek Tahun Akhir bertajuk "Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengusaha Kek Lapis Sarawak di Kuching Menginovasikan Pengeluaran" ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya. (Tarikh serahan) (Tandatangan Pelajar) Emmy Binti Polly 11473

ABSTRAK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA KEK LAPIS SARAWAK DI KUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN. Oleh Emmy Binti Polly Perusahaan kek lapis Sarawak mengalami peningkatan kos bahan-bahan mentah, kaedah pengeluaran yang tidak produktif dan tidak kompetitif. Inovasi diperlukan untuk membangunkan perusahaan ini agar mampu bersaing di dalam pasaran sekarang. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri sosiodemografi pengusaha-pengusaha kek lapis Sarawak di Kuching. Kajian ini juga mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengusaha tersebut untuk menginovasikan pengeluaran. Seramai 30 orang responden terlibat dengan melengkapkan borang kaji selidik dan data dianalisa dengan program SPSS. Keputusan mendapati 96.7% responden perempuan, kesemuanya berbangsa Melayu dan majoritinya telah berkahwin. Kebanyakannya beroperasi di rumah serta berusia 45-54 tahun dengan 33.3% berkelulusan SPM. Seramai 63.3% berjarak 0-5km dari Tebingan Sungai Kuching. Responden rata-ratanya mempunyai pekerja 1-15 orang dan berpengalaman kurang daripada 20 tahun. 40% memperolehi RM500-10,000 setahun dan 30% lebih daripada RM41,000. Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi pengusaha kek lapis Sarawak untuk menginosikan pengeluaran di Kuching iaitu rangkaian rakan niaga, kesediaan untuk menerima perubahan, saiz perusahaan dan pendapatan.

ABSTRACT FACTORS INFLUENCING ADOPTION OF INNOVATIVE WAYS OF PRODUCTION AMONG SARAWAK LAYERED CAKE ENTREPRENEURS IN KUCHING. By Emmy Binti Polly Sarawak Layered Cake Industry is affected by the increasing trend of its basic ingredients prices, non-productive method of production and uncompetitiveness in the market. There are needs for innovation to ensure the growth of this industry. This research is conducted to identify the sosiodemography of Sarawak layered cake entrepreneurs in Kuching. It is also to determine the factors that influence the entrepreneurs to adopt innovative ways in their production. A total of 30 Sarawak Layered Cake entrepreneurs in Kuching are surveyed via questionnaire and the data are analyse by SPSS programme. The study identifies 96.7% of the respondent are women, all of them are Malays and majority are married. Mostly, they are operating at home, aged around 45-54-old and 33.3% are SPM holders. They are 63.3% located 0-5km from Kuching WaterFront. The data shows that majority of them have between 1-15 workers and below 20 years of experience. 40% of them earned RM 500-10,000 a year and 30% more than RM 41,000. The result of the study indicates that the four factors that are influencing the Sarawak Layered Cake entrepreneurs in Kuching to adopt innovative ways of production are networking, willingness to change, size of business and income.

Penghargaan Penghargaan terima kasih ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kajian ini disiapkan. Setinggi- tinggi penghargaan kepada Prof. Dr. Ahmad Shuib di atas segala tunjuk ajar dan kesabaran beliau membimbing saya sepanjang kajian ini disiapkan. Terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan samada dari segi kewangan, kemudahan dan galakan moral. Penghargaan ini juga ditujukan buat Nur Asmidar Drahman dan Elfera Polly yang telah bersama-sama menemani sepanjang proses pengumpulan data. Tidak lupa kepada Haji Sukaimi beserta warga Unit Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Sarawak di atas sokongan berupa idea, komen dan galakan. Ribuan penghargaan kepada pengusaha-pengusaha kek lapis Sarawak yang telah terlibat di dalam kajian ini. Kesudian kalian meluangkan masa, sudi memberi kerjasama serta berkongsi pendapat dan pengalaman amat dihargai. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuang yang sentiasa menyokong dan berkongsi pandangan.

Pusat Khidmat Maktumat Akademik UNrvERSrTI MALAYSIA SARAWAX ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL... ix SENARAI RAJAH... x SENARAI LAMPIRAN... xi BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan... 1 1.1 Rangka Teori... 4 1.2 Penyataan Masalah... 5 1.3 Objektif Kajian... 8 1.4 Rasional Kajian... 8 1.5 Skop Kajian... 9 BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH 1.1 Pengenalan... 10 1.2 U lasan karya... 10 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan... 21 3.1 Rangka Penyelidikan... 21 3.2 Reka bentuk Kajian...... 23 3.3 Tempat Kajian... 23 3.4 Subjek Kajian........... 24 3.5 Alat Kaj ian... 25 3.6 Spesifikasi Model Kajian... 33 vii

3.7 Analisis Kajian......... 33 3.8 Hipotesis Kajian... 36 BAB 4: KEPUTUSAN KAJIAN 4.0 Pengenalan... 38 4.1 Keputusan... 38 BAB 5: PERBINCANGAN KAJIAN 52 BAB 6: KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.0 Pengenalan... 57 6.1 Ringkasan Kajian... 57 6.2 Kesimpulan....... 58 6.3 Cadangan... 63 6.4 Kekangan Kajian dan Cadangan untuk Kajian Masa Depan... 66 BIBLIOGRAFI 68 LAMPIRAN viii

SENARAI JADUAL Jadual 1: Kepentingan PKS di ekonomi terpilih... m/s 2 Jadual 2: Faktor-faktor penghalang yang mempengaruhi inovasi... m/s 14 Jadual 3: Faktor-faktor halangan yang dikaji oleh Blasco et al (2007)... m/s 16 Jadual 4: Faktor ekonomi, dalaman perusahaan dan persekitaran yang dikaj i... m/s 28 Jadual 5: Hubungan pendapatan pengusaha dengan bilangan Bilangan pekerja... m/s 48 Jadual 6: Keputusan regresi...... m/s 49 Jadual 7: Nilai keanjalan...... m/s 50 Jadual 8: Ringkasan keputusan kajian...... m/s 52 ix

SENARAI RAJAH Rajah 1: Rangka teori pengeluaran... m/s 4 Rajah 2: Rangka penyelidikan... m/s 21 Rajah 3: Jantina responden... m/s 38 Rajah 4: Status responden... m/s 39 Rajah 5: Taburan premis perniagaan... m/s 40 Rajah 6: Taburan umur responden... m/s 41 Rajah 7: Taburan bilangan adik-beradik... m/s 41 Rajah 8: Taburan tahap pendidikan responden... m/s 42 Rajah 9: Taburan jarak perusahaan respondan dari Tebingan Sungai Kuching...... m/s 43 Rajah 10: Bilangan pekerja... m/s 44 Rajah 11: Taburan pengalaman responden... m/s 45 Rajah 12: Taburan pendapatan responden... m/s 46 Rajah 13: Langkah-langkah berinovasi yang telah dijalankan oleh responden bagi pembangunan produk atau proses pembuatan kek lapis Sarawak daripada tahun 2006 sehingga 2008... m/s 47 X

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A: Rancangan Perbelanjaan... m/s 71 LAMPIRAN B: Carta Gannt Perancangan Aktiviti... m/s 72 LAMPIRAN C: Borang Kaji Selidik... m/s 73 xi

BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berfungsi mengatasi beberapa kekangan di dalam ekonomi antaranya PKS berperanan bagi membangunkan negara-negara sedang membangun yang menghadapi masalah pasaran tempatan yang kecil, kekurangan infrastruktur, kos pengangkutan yang tinggi dan kekurangan modal. PKS juga menyediakan peluang pekerjaan, mengatasi kemiskinan dan memberi kesan positif di dalam akaun imbangan perdagangan negara kerana menggunakan input-input tempatan serta menggalakkan ekport ke dalam pasaran yang rinci (Wangyal, 2005, p. 20-21). Definisi PKS di beberapa buah negara adalah berbeza dan di Malaysia, PKS masih belum didefinasikan dengan jelas kecuali bagi sektor pembuatan dan perbankan. Di Malaysia, PKS didefinisikan mengikut bilangan pekerja dan pusingan jualan sebagai contoh sektor pembuatan yang memiliki kurang daripada 150 pekerja sepenuh masa dan pusingan jualan kurang daripada RM25 juta (RMK-9,2006, p. 11). Dianggarkan lebih 90% daripada perusahaan yang dijalankan di negara maju adalah PKS seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 1. Di Jepun, jumlah pekerja yang terlibat merangkumi 69.5% dan di Amerika Syarikat sebanyak 50.1% yang terlibat di dalam PKS (RMK9,2006, p. 11). 689,160 buah syarikat yang berdaftar di Malaysia dan 92% daripadanya adalah perusahaan kecil dan sederhana dan I

menyediakan 30.7% daripada jumlah pekerjaan (RMK-9,2006, p. 11). PKS menyumbang sebanyak 30% terhadap keluaran sektor pembuatan dan sekitar 25% kepada nilai ditambah negara (Loganathan, Sukemi, Nawawi, Harun & Hassan, 2004, p. 3). Jadual 1: Kepentingan PKS di ekonomi terpilih. Ke entin an PKS di Ekonomi Terpilih PKS Sumban an (%) sebagai % daripada Jumlah Malaysia Jepun AS China Korea Taiwan 92.0 99.7 n. a 99.0 99.2 98.1 syarikat Jumlah 30.7 69.5 50.1 75.0 75.3 78.1 pekerjaan Berdasarkan kepada PKS sektor pembuatan Sumber : Laporan Ekonomi RMK9 Industri pemprosesan makanan merupakan sektor penting di dalam PKS yang menyumbang satu per sepuluh daripada pengeluaran sektor pembuatan domestik (Musalmah, 2007, p. 1). Menyedari pentingnya mewujudkan industri makanan yang moden dan efisen selari dengan keperluan dan piawaian global sekarang maka kerajaan telah mengadakan langkah yang komprehensif bagi membangunkan industri kecil makanan sejajar dengan matlamatnya menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal Antarabangsa. Sekurang-kurangnya 12 buah kementerian dan 40 agensi kerajaan terlibat di dalam PKS tempatan (RMK 9,2006, p. 13) yang menyediakan latihan, kemudahan pembiayaan, kemudahan teknologi, nasihat kepakaran dan garis panduan halal. 2

Piawaian keselamatan dan kebersihan makanan MS1500 merangkumi panduan keselamatan makanan (MS 1514) dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP-MS1580) yang digunapakai sebagai panduan amalan kebersihan untuk PKS telah diperkenalkan pada April 2004. Ini bermakna, PKS perlu meningkatkan keupayaan teknologi mereka agar mencapai kualiti piawaian tersebut untuk bersaing di pasaran global. Musalmah (2007, p. 2), pegawai penyelidik di Institusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia menyatakan bahawa pengusaha pemprosesan makanan perlu sedar bahawa ekonomi dan pemiagaan sekarang sedang menuju ke arah dunia berteknologi maklumat. Pengusaha perlu mencari amalan perniagaan dan pengurusan sejajar dengan perubahan sekarang agar kekal bersaing. Di dalam pasaran sekarang, fleksibiliti di pelbagai peringkat di dalam proses pengeluaran adalah perlu sebagai respon kepada kehendak pengguna sekarang. Di Sarawak, terdapat 22,329 pengusaha industri mikro atau kotej yang berdaftar, dan dianggar 50,000 diusahakan di 5000 kampung dan rumah panjang (Timbalan Menteri Pertanian Sarawak di dalam BERNAMA, 2007). Seramai 188 usahawan yang berdaftar di bawah Unit Pembangunan Ekonomi Wanita telah menjana sebanyak RM 6.1 juta setahun (BERNAMA, 2007). Kerajaan Negeri telah mengenalpasti 34 produk Sarawak Best dan 23 daripadanya adalah perusahaan pemprosesan makanan. Di Kuching, terdapat 2 perusahaan yang giat dibangunkan iaitu perusahaan kek lapis Sarawak dan perusahaan ikan terubuk masin. Kek lapis Sarawak merupakan "signature product" Sarawak, biasanya menjadi buah tangan pengunjung yang datang ke Sarawak. Keunikan dan coraknya 3

menjadikan harga kek tersebut boleh mencecah RM120 per 3kg. Permintaan kek lapis Sarawak adalah tinggi terutamanya pada musim-musim perayaan dengan nilai jualannya mencecah RM40,000 (Rajlira, 2008). Pengusaha-pengusaha kek lapis juga telah menghantar produk mereka ke Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei. Perusahaan ini menyumbang pendapatan sehingga RM3 juta setahun kepada pengusaha (Timbalan Menteri Pertanian Sarawak di dalam Borneo Post, 2008). 1.1 Rangka Teori Rajah 1: Rangka teori pengeluaran. Polisi Tanah erajaan Rangkaian Pengurusan kenalan 01 Insentif Pembekal II ý Sewa pemiagaan Harga bahan Penyelidikan dan Kewangan I mentah Pengeluaran *=Lý pembangunan p Sumber alam Modal T Buruh Gaji -r Infrastruktur Tahap Inovasi usahawanan rkemahiran pendidikan ý teknologi Pengeluaran ditentukan oleh usahawan, modal, tanah, buruh, tahap teknologi dan beberapa faktor lain yang berkaitan seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1 di atas. Sumber modal boleh berbentuk kewangan, sumber alam (seperti air, dan hasil- hasil ternakan) dan kemudahan yang telah sedia ada seperti jalan raya dan kemudahan pinjaman. Buruh pula merangkumi kemahiran dan pengetahuan yang 4

P, ysat Khidmat Maklumat Akademik týrý7f{zc*t,! u! ^1. A`"StA SARA'aºAK terlibat di dalam proses pengeluaran dan diupah melalui gaji. Tanah dan tingkat teknologi merupakan faktor penting kerana boleh menentukan kapasiti, produktiviti dan kualiti pengeluaran. Selain itu, pengeluaran juga ditentukan oleh pengurusan perniagaan, semangat keusahawanan dan polisi kerajaan yang menyokong pembangunan industri melalui kemudahan pembiayaan, khidmat nasihat dan latihan serta mengadakan promosi. Inovasi yang dijalankan oleh pengusaha dapat meningkatkan hasil dan mutu pengeluaran, menurunkan kos serta memenuhi permintaan pelanggan dan secara langsung mempengaruhi prestasi pengeluaran. Inovasi boleh dipengaruhi oleh sumber modal, kemudahan infrastruktur, kemahiran dan pengetahuan, rangkaian kenalan dan cara pengurusan perniagaan serta polisi kerajaan. 1.2 Pernyataan Masalah Menurut tinjauan yang telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (2008), masalah inflasi sekarang semakin menjejaskan harga bahan-bahan mentah asas seperti tepung, gula, mentega, marjerin dan telur yang meningkat. Selain itu, berlaku pergantungan pengusaha kek lapis Sarawak terhadap pembekal yang terhad dengan meletakkan harga yang tidak menentu. Di samping itu, persaingan yang sengit menurunkan harganya sehingga boleh menjejaskan keuntungan pengusaha kerana kos yang semakin tinggi. Berbanding beberapa tahun lepas, harga kek lapis mahal selain kurang persaingan namun sekarang rata-rata kek lapis yang dijual berharga RM 10 sehingga RM 25. Menurut seorang pengusaha yang ditemubual secara informal, margin keuntungan kek lapis dulu berada pada tingkat 70-100% 5

tetapi sekarang menurun kepada 35% akibat persaingan selain kenaikan harga bahan-bahan mentah. Malah, mesin pembuatan kek lapis yang lebih selamat dan spesifikasi pembungkusannya masih belum lagi dibangunkan. Terdapat juga pengusaha yang menolak penggunaan mesin yang berkapasiti lebih besar dan lebih produktif kerana beranggapan tidak praktikal dan mahal. Tinjauan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian Sarawak tersebut juga mendapati hanya terdapat 2 orang pengusaha kek lapis yang menggunakan ketuhar yang berkapasiti lebih besar. Ketuhar tersebut dapat memuatkan 27 acuan dengan harga RM 9,000 seunit dan hanya menggunakan 2 orang pekerja untuk mengendalikannya berbanding ketuhar yang memuatkan 6 acuan dengan harga RM250-RM600 seunit yang rata-ratanya digunakan sekarang. Ketuhar kecil ini memerlukan seorang pekerja untuk mengendalikan sebuah ketuhar. Terdapat 20-23 buah ketuhar tersebut yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha yang aktif di Kuching yang memerlukan lebih ramai pekerja untuk mengendalikannya. Ketuhar tersebut juga tiada kawalan masa dan suhu yang menyebabkan ketidakselesaan kepada pekerja dengan suhu yang tinggi di tempat pembuatannya. Perusahaan ini kebanyakannya diusahakan di rumah, hal ini menyebabkan produk tersebut sukar untuk mendapat pengiktirafan piawaian Hazard Analysis Critical Control Point, HACCP dan HALAL. Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat lima buah premis kek lapis Sarawak sahaja daripada 60 orang pengusaha yang giat di Kuching yang selebihnya diusahakan di rumah. 6

Inovasi perlu diadakan kerana di dalam sesuatu perusahaan sekarang serta pasaran yang terbuka, strategi dan produk pesaing sentiasa berubah dan diperbaharui seperti kek biasa atau kek daripada franchisor luar yang lebih enak, berkualiti, tahan dan terjamin kebersihannya. Tetapi kek lapis Sarawak mempunyai keunikannya tersendiri iaitu pada seni corak buatannya, pelbagai perisa dan sedap untuk terus terjual laris di pasaran sekarang. Namun, sekiranya amalan inovasi tidak dilakukan, pengusaha akan terus berhadapan dengan kos pembuatan yang semakin mahal dan tidak kompetitif. Hal ini bukan hanya mengurangkan permintaan malah penawaran terhadap kek lapis Sarawak menurun serta tidak akan mampu dipasarkan ke pasaran antarabangsa kerana tidak memenuhi citarasa pengguna dan tahap piawaian antarabangsa. Oleh hal yang sedemikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi pengusaha kek lapis Sarawak di Kuching untuk mengadakan inovasi di dalam perusahaan mereka. Borang soal selidik akan digunakan bagi tujuan pengumpulan maklumat yang berkaitan. Faktor-faktor ekonomi, dalaman, persekitaran termasuk demografi, saiz dan jarak perusahaan terhadap aktiviti inovasi akan dikaji di dalam kajian ini. Faktor-faktor tersebut antaranya merangkumi modal, kos dan risiko inovasi yang tinggi, individu yang berkemahiran, maklumat tentang pasaran, sambutan daripada pengguna, peraturan kerajaan, rakan niaga dan saiz perusahaan. Dengan mengenalpasti faktor-faktor tersebut, polisi yang bersesuaian dapat dikenalpasti. Oleh itu, PKS dan firma-firma yang baru mampu meningkatkan peluang mereka untuk terus bersaing dan berupaya untuk berkembang di dalam pasaran dalam dan luar negeri. 7

1.3. Objektif Kajian Secara umumnya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi di kalangan pengusaha kek lapis Sarawak di Kuching. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk; 1. Mengenalpasti ciri-ciri sosiodemografi pengusaha-pengusaha kek lapis Sarawak di Kuching. 2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengusaha kek lapis Sarawak di Kuching untuk menginovasikan pengeluaran. 1.4. Rasional Kajian Dengan mengenalpasti faktor-faktor tersebut diharap agar dapat membantu mewujudkan polisi yang menggalakkan pengusaha menginovasikan pengeluaran supaya dapat terus dibangunkan dan berkembang. Timbalan Menteri di Jabatan Pertanian Sarawak di dalam Borneo Post (2008) turut mengemukakan bahawa kek lapis Sarawak telah berkembang daripada produk pada musim perayaan kepada industri kotej yang berpotensi dan produk pelancongan Sarawak. Permintaaan daripada Semenanjung Malaysia mahupun daripada Brunei dan Singapura amat memberangsangkan. Usaha untuk menjaga nama dan imej produk ini sebagai signature produk di pasaran tempatan dan antarabangsa diperlukan. Beberapa usaha patut diambil untuk menjadikan pengusaha kek lapis Sarawak mampu mencapai piawaian tempatan dan antarabangsa seperti amalan kebersihan, piawaian Halal, pengeluaran yang konsisten, harga yang kompetitif dan pembungkusan serta penglabelan yang bersesuaian. 8

Polisi yang bertepatan dapat membantu pengusaha kek lapis Sarawak meningkatkan keberkesanan pengeluaran iaitu meningkatkan kualiti, mengurangkan kos pengeluaran serta pemasaran yang lebih berkesan melalui inovasi yang diadakan. Galakan berinovasi yang digunakan oleh agensi yang terlibat dapat menjamin kemandirian perusahaan ini untuk terus bersaing di dalam pasaran sekarang. Kelebihannya, perusahaan dapat dikembangkan ke pasaran dunia dan dapat menjadikan perusahaan ini sebagai perusahaan yang menguntungkan malah memotivasikan warga belia untuk menceburi perusahaan ini. Seterusnya menjana dan menyumbang lebih banyak pendapatan kepada penduduk dan negeri Sarawak khususnya, meningkatkan taraf hidup juga keluaran dalam negara serta nilai ditambah kepada industri asas tani negara. 1.5. Skop Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan maklumat dan data primer yang diperolehi daripada responden melalui temubual dan borang soal selidik. Kajian ini mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengusaha kek lapis Sarawak di Kuching menginovasikan pengeluaran. Kaedah persampelan non probability sampling digunakan kerana populasi sebenar pengusaha kek lapis Sarawak tidak diperolehi. Persampelan yang terlibat adalah pengusaha kek lapis Sarawak yang bergiat aktif di Kuching kerana perusahaan ini sebahagian besarnya dijalankan di Kuching menurut Timbalan Menteri Pertanian Sarawak di dalam Borneo Post (2008). Persampelan digunakan kerana kekangan masa dan sumber kewangan yang terhad bagi menampung perbelanjaan pengangkutan, mencari bahan kajian dan untuk mendapatkan maklumat daripada pengusaha kek lapis Sarawak kesemuanya. 9

BAB 2: ULASAN KARYA TERPILIH 2.1 Pengenalan Definisi dan teori inovasi dijelaskan di dalam bab ini. Beberapa kajian lepas diperolehi bagi menerangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pengusaha mengadakan inovasi di dalam perusahaan mereka selain itu kaedah kajian serta keputusan dan kekangan yang diperolehi. 2.2 Ulasan Karya Menurut Rosenberg (1995), Joseph Schumpeter merupakan pelopor yang memperkenalkan teori inovasi di dalam ekonomi, yang menyatakan bahawa inovasi adalah proses utama yang menyebabkan berlakunya perubahan ekonomi manakala penggerak inovasi itu sendiri ialah usahawan. Inovasi juga didefinasikan sebagai peralihan besar pada keluk pengeluaran yang juga mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Schumpeter menjelaskan bahawa terdapat beberapa jenis inovasi antaranya; " Pengenalan produk yang baru atau perubahan yang ketara pada produk yang sedia ada " Proses pengeluaran yang baru " Pasaran yang baru " Kaedah pembekalan yang baru untuk bahan-bahan mentah atau input pengeluaran " Perubahan di dalam organisasi 10

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, OECD (1997) mendefinasikan inovasi sebagai pengenalan produk (barangan atau perkhidmatan) baru atau yang telah ditambahbaik dengan ketara kepada pasaran atau pengenalan satu proses barn atau yang telah ditambahbaik dengan ketara dalam sesebuah syarikat. Secara khususnya, inovasi bagi produk pula didefinasikan sebagai barangan atau perkhidmatan sama ada yang baru atau yang telah ditambahbaik dengan ketara dari segi ciri-ciri asas, spesifikasi teknikal, perisian atau komponen lain yang telah disatukan, penggunaan atau mesra pengguna. Inovasi bagi proses merangkumi teknologi pengeluaran barn atau yang telah ditambahbaik dengan ketara dan/atau kaedah penghantaran produk yang barn atau yang telah ditambahbaik dengan ketara. Hasil daripada inovasi mestilah ketara dari segi tahap pengeluaran, kualiti produk atau kos pengeluaran dan pengedaran manakala perubahan organisasi dan pengurusan semata-mata tidak boleh diambilkira sebagai inovasi bagi proses. Walaubagaimanapun, penilaian terhadap perubahan ciri-ciri tersebut bergantung kepada penilaian pelanggan dan pengeluar. Sebagai contoh "prestasi sesuatu masakan", oleh kerana kekurangan kriteria untuk mengukur prestasi sedemikian, perubahan terhadap produk tidak mengambil kira kepuasan pengguna yang berdasarkan citarasa peribadi, aliran fesyen atau pengaruh Man (OECD, 1997). Aktiviti dan perbelanjaan firma untuk berinovasi merangkumi kajian saintifik dan penggunaan mesin berteknologi yang secara langsung terlibat untuk penghasilan produk dan proses yang berinovasi. Seterusnya aktiviti-aktiviti lain yang diperlukan 11

untuk mengadakan inovasi termasuk teknologi, kewangan, pemasaran dan latihan bimbingan. Menurut "Proposed Guidelines for Collecting and Interpreting Technological Innovation Data" atau dikenali Manual OSLO yang diperkenalkan oleh OECD (1997), terdapat tiga jenis aktiviti inovasi yang dinilai iaitu yang telah berjaya menghasilkan produk atau proses berteknologi, idea atau pengetahuan yang dijual kerana kesukaran mengaplikasikannya dan sedang dijalankan tetapi belum dilancarkan produk atau proses berkenaan. Perbelanjaan untuk berinovasi adalah jumlah ketiga-tiga aktiviti berkenaan dalam satu tempoh masa seperti tiga tahun. Namun, tidak mudah untuk mendapatkan maklumat berikut daripada firma-firma tetapi terdapat pendekatan lain yang boleh digunakan iaitu mengenalpasti sama ada inovasi diadakan oleh individu (ya atau tidak) seperti di kalangan pengusaha atau pengurus dan di analisis dengan menggunakan regresi logistik. Kajian tentang inovasi adalah penting untuk mengetahui sebab-sebab perubahan teknologi dan sebab firma mengadakan inovasi. Keupayaan berinovasi merupakan faktor dalaman yang mendorong kejayaan usahawan-usahawan luar Bandar di Mahidasht Kermanshah di Iran menurut kajian Papzan, Zarafshani, Tavakoli & Papzan (2008). Melalui inovasi, firma akan mendapat kelebihan dari segi kos berbanding dengan pesaingnya kerana mendapat margin keuntungan yang lebih tinggi (bergantung kepada keanjalan permintaan). Inovasi terhadap produk memberi kelebihan kepada firma untuk memonopolikan pasaran disebabkan produk yang telah dipatenkan. Seterusnya, firma mampu meletakkan harga yang lebih tinggi 12