PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

Similar documents
STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

TEMPAT MENARIK SYDNEY

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT NOR EEDA BINTI HAJI ALI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Piawaian Bon Hijau ASEAN

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

PATUNG BURUNG KENYALANG DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

eclaims - Gambaran Keseluruhan

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA INFO-GERKO ZAINAL ABIDIN BIN SULAIMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Transcription:

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280 Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, KELANTAN (JKKN, KN) SITI NOR ASIAH BT MASHOR (28280) Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2013

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, KELANTAN (JKKN, KN) SESI PENGAJIAN : 2012 / 2013 Saya SITI NOR ASIAH BT MASHOR mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajiantinggi. 5. **sila tandakan SULIT SULIT TERHA TERHAD TIDAK TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan oleh: (TANDATANGAN PENULIS) Tarikh: (TANDATANGAN PENYELIA) Tarikh : Alamat tetap: 372- D Kampung Jelutong Kota, 15100 Kota Bharu, Kelantan. Catatan:* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis/laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PENGAKUAN Projek bertajuk Pengurusan Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan (JKKN, Kn) ini telah disediakan oleh Siti Nor Asiah Bt Mashor dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima untuk diperiksa oleh:... (Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Abdullah) Tarikh:... i

PENGHARGAAN Assalamualaikum W. B.T dan Salam Sejahtera Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana limpah dan kurnia-nya Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini telah dapat disiapkan dengan sepenuhnya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tn. Hj. Mohd Ghazali bin Abdullah yang merupakan selaku penyelia untuk penyelidikan ini yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Sejuta penghargaan ikhlas juga dirakamkan kepada Dr. Noria Anak Tugang, Cik Karen Audrey Samy, Dr. Indra Utama, dan Dr. Anna Durin selaku pensyarah program yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang menjayakan penyelidikan ini. Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan terutamanya En. Ma roof bin Seman, Puan Ruhani binti Mohd Zain, dan En. Mohd Radzi bin Yusof atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini. Selain itu, setinggi penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada ahli keluarga terutamanya bonda tercinta Pn. Rohani binti Mat atas sokongan yang diberikan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tanpa berkat dan doa mereka tidak mungkin saya berjaya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna. ii

Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang disayangi banyak memberi sokongan serta nasihat yang membina kepada saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Akhir kata dari saya, terima kasih atas segalanya. Jasa kalian amat dihargai. Sekian, terima kasih. iii

ISI KANDUNGAN Halaman tajuk Borang pengesahan status laporan Pengakuan Penghargaan Abstrak Abstract i ii xii xiii BAB SATU: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar belakang kajian 1 1.2 Permasalahan kajian 4 1.3 Objektif kajian 5 1.4 Persoalan kajian 6 1.5 Skop kajian 7 1.6 Batasan kajian 7 1.7 Kepentingan kajian 8 1.8 Kerangka konsep organisasi 9 1.9 Kerangka konsep KKJ 12 1.10 Rangkaian Kerangka Konsep KKJ dan JKKN, Kn 14 1.8 Penyampaian kajian 15 iv

BAB DUA: SOROTAN KESUSASTERAAN 2.0 Pengenalan 17 2.1 Konsep pengurusan 17 2.1.2 Pengurusan organisasi 20 2.1.3 Pengurusan pentas 22 2.1.4 Pengurusan pemasaran 23 2.2 Konsep tarian 25 2.2.1 Tarian Mak Yong 26 2.3 Konsep pemeliharaan 28 2.4 Kesimpulan 30 BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 31 3.1 Lokasi kajian 31 3.2 Kaedah kajian 32 3.3 Kaedah pengumpulan data 33 3.3.1 Data primer 34 3.3.2 Data sekunder 35 3.4 Instrumen kajian 35 3.5 Kaedah penganalisisan data 37 3.6 Kesimpulan 37 v

BAB EMPAT: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 38 4.1 Carta Organisasi KKJ JKKN, Kn 39 4.2 Mengenalpasti bentuk-bentuk dan jenis-jenis tarian 40 KKJ di JKKN, Kn. 4. 2.1 Tarian-tarian pilihan KKJ 43 4. 2.2 Kostume wanita dalam tarian nego 54 4. 2.3 Kostume lelaki dalam tarian nego 55 4. 2.4 Kostume wanita dalam tarian wau bulan 59 4. 2.5 Kostume lelaki dalam tarian wau bulan 60 4. 2.6 Kostume wanita dalam tarian asyik 66 4. 2.7 Kostume lelaki dalam tarian zapin salor 71 4.3 Menilai pelaksanaan program persembahan kesenian KKJ 82 di JKKN, Kn. 4. 3.1 Persembahan KKJ sempena Hari Kemerdekaan 83 4. 3.2 Persembahan KKJ Dalam Program Eksplorasi 84 Mak yong Siri Jelajah Kijang Mas 4. 3.3 Persembahan KKJ Dalam Program 85 Merakyatkan Seni (PMS) 4. 3.4 Persembahan KKJ Dalam Program Pusat Seni 86 Setempat (PSS) 4. 3.5 Persembahan KKJ Dalam Program Tahun Melawat 87 Kelantan 2012 4. 3.6 Persembahan KKJ Dalam Program Inspitari 88 4.4 Menganalisis keberkesanan pengurusan KKJ di JKKN, Kn 89 vi

BAB LIMA: CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN 5.0 Pengenalan 93 5.1 Rumusan 93 5.2 Penemuan Kajian 95 5.3 Cadangan Kepada Organisasi 96 5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 97 5.5 Kesimpulan 97 RUJUKAN 99 LAMPIRAN 101 Lampiran A Latar belakang informan 101 Lampiran B Sesi temubual dengan informan En. Ma roof bin 102 Seman Lampiran C Sesi temu bual dengan informan Puan Ruhani Binti 103 Mohd Zin Lampiran D Sesi temu bual dengan informan En. Mohd Radzi 104 bin Yusof vii

ABBREVIATION/ KEPENDEKKAN JKKN, Kn Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan KKJ Kumpulan Kesenian Jabatan MTA Malaysia Truly Asia NGO Non Government Organization ( Badan-badan bukan kerajaan) PKMA Pusat Khidmat Maklumat Akademik PMS Program Merakyatkan Seni Budaya PSS Pusat Seni Setempat UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak viii

SENARAI RAJAH PERKARA Rajah 1.1 : Kerangka konsep organisasi 9 Rajah 1.2 : Kerangka konsep pengurusan KKJ 12 Rajah 1.3 : Rangkaian kerangka konsep KKJ dan JKKN, Kn 14 ix

SENARAI FOTO PERKARA Gambar 4.1 Gerak Tari Nego Ragam Wanita Melenggang 45 Gambar 4.2 Gerak Tari Nego Ragam Tepuk dan Silang Tangan 49 Gambar 4.3 Gerak Tari Nego Ragam Berjalan Menaiki Tangga 46 Gambar 4.4 Gerak Tari Nego Ragam Mek Berjalan 46 Gambar 4.5 Gerak Tari Nego Ragam Tepuk Lambong 47 Gambar 4.6 Gerak Tari Nego Ragam Mek Buka Kedai 48 Gambar 4.7 Gerak Tari Nego Ragam Wau Bulan Jelepek 48 Gambar 4.8 Gerak Tari Nego Ragam Menyusun Barangan 49 Bakul Junjung Gambar 4.9 Gerak Tari Nego Ragam Mengambil Barang 50 Gambar 4.10 Gerak Tari Nego Ragam Mengalih Barang 50 Gambar 4.11 Gerak Tari Nego Ragam Dikir Berdiri 51 Gambar 4.12 Gerak Tari Nego Ragam Menunjukkan Gelang Emas 51 Gambar 4.13 Gerak Tari Nego Ragam Pak Salih Kena Sigung 52 Gambar 4.14 Gerak Tari Nego Ragam Usik Budu 53 Gambar 4.15 Gerak Tari Asyik Ragam Pusing Tangan 62 Gambar 4.16 Gerak Tari Asyik Ragam Angkat Sembah 62 Gambar 4.17 Gerak Tari Asyik Ragam Bersolek 63 Gambar 4.18 Gerak Tari Asyik Ragam Pergerakkan Burung 63 Gambar 4.19 Gerak Tari Asyik Ragam Duduk Atas Tumit Kaki 64 Gambar 4.20 Gerak Tari Asyik Ragam Menyusun Sireh 65 x

Gambar 4.21 Gerak Tari Ragam Silang Tangan 73 Gambar 4.22 Gerak Tari Ragam Pergerakan Burung Tidak 73 Sekawan Gambar 4.23 Gerak Tari Ragam Bunga Lambai 74 Gambar 4.24 Gerak Tari Ragam Burung Terbang 75 Gambar 4.25 Gerak Tari Ragam Bunga Petik Buang 75 Gambar 4.26 Gerak Tari Ragam Itik Berenang 76 Gambar 4.27 Gerak Tari Mengadap Rebab Ragam Pusingan Lapan 78 Gambar 4.28 Gerak Tari Mengadap Rebab Ragam Putaran Tangan 79 Gambar 4.29 Gerak Tari Mengadap Rebab Ragam Petik Jari 79 Gambar 4.30 Gerak Tari Mengadap Rebab Ragam Love Terbalik 80 Gambar 4.31 Gerak Tari Mengadap Rebab Ragam Pusingan 81 Pergerakan Tangan Gambar 4.32 Gerak Tari Mengadap Rebab Ragam Tolak Angin 81 xi

ABSTRAK Kajian ini mengenai pengurusan Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan (JKKN, Kn). Objektif kajian ini ialah mengenalpasti bentuk-bentuk dan jenis-jenis tarian KKJ di JKKN, Kn, menilai pelaksanaan program persembahan kesenian KKJ di JKKN, Kn, dan menganalisis keberkesanan pengurusan KKJ di JKKN, Kn. Kajian ini menggunakan kerangka konsep organisasi yang memperlihatkan jaringan antara pengurusan, latihan, persembahan, dan hubungan antara penghubung dengan peminat dan penggiat amat rapat dan berpadu. Penemuan kajian mendapati bahawa pengurusan kesenian oleh JKKN, Kn dapat mempertingkatkan perkembangan kesenian tradisional, memulihara bentukbentuk persembahan dan memberi peluang kepada generasi baru mewarisi seni budaya melayu. xii

ABSTRACT This research is about the Department of Art Group Management at Kelantan National Culture and Art Department. The research objectives are to identify the forms and types of dance, to evaluate the implementation of Art Program presentation and to anylyze the effectiveness of management Kelantan National Culture and Art Department. The research framework refers to concept organization. The concept sees the network between management, training, presentation and the relationship between links and fans that are close and cohesive. The research findings showed that the management of Kelantan National Culture and Art Department can improve the tradisional art growth, conserving the forms of presentation and give opportunity to the future generation inherited Malay Culture Art. xiii

BAB SATU PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Bab ini merupakan bab pendahuluan. Sebagai bab pendahuluan perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bab ini merangkumi latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, batasan kajian, kepentingan kajian, kerangka konsep kajian, dan penyampaian kajian. 1.1 Latar Belakang Kajian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan (JKKN, Kn) di tubuhkan bertujuan untuk mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian. JKKN,Kn juga bertujuan untuk menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara (Laporan JKKN, Kn 2010). Aspek yang ditekankan oleh JKKN, Kn dalam menjalankan aktivitinya menjurus kepada pembangunan negara, merakyatkan seni dan budaya, mengekalkan warisan negara melalui penyelidikan dan pemuliharaan, mempertingkatkan 1

kegiatan kebudayaan dan kesenian bagi menggalakkan penglibatan dan penghayatan kebudayaan kebangsaan. Menurut laporan tahunan itu lagi, aspek lain yang ditekankan ialah pengembangan kebudayaan dan kesenian melalui projek-projek di bawah pengukuhan dasar, pengembangan dan pendidikan seni, pengukuhan masyarakat berbudaya yang bersatu padu, aman dan maju serta pengukuhan nilai moral dan rohaniah yang berteraskan keperibadian kebangsaan. Berdasarkan laporan tahunan tersebut, JKKN, Kn mempergiatkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan nilai-nilai kerohanian masyarakat dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan yang berteraskan keperibadian bangsa itu sendiri. JKKN, Kn merupakan teraju ataupun tunggak utama dalam pembentukan kebudayaan dan kesenian negeri Kelantan. Pelbagai usaha yang menyeluruh dilakukan bagi membentuk dan mewujudkan masyarakat yang cintakan kebudayaan dan kesenian. Sebagai sebuah organisasi yang utama dalam pembentukan kebudayaan dan kesenian negeri Kelantan, JKKN, Kn telah menubuhkan sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ). KKJ di JKKN, Kn merupakan kumpulan kesenian di Jabatan tersebut dan ditubuhkan untuk memulihara warisan kesenian tradisional. KKJ di JKKN, Kn telah ditubuhkan dengan nama kumpulan Mak Yong Kijang Emas pada tahun 2006. Kumpulan ini telah diserap kepada Artis Budaya KKJ JKKN, Kn bermula 23 November 2011 sehingga ke hari ini (Laporan tahunan JKKN, Kn2012). 2

KKJ ini terdiri daripada 18 orang penari iaitu sembilan lelaki dan sembilan perempuan. Jurulatih kumpulan tersebut terdiri daripada lima orang yang berpengalaman dalam seni persembahan tradisional mak yong, teater, dan tari. Latihan tarian dijalankan sebanyak lima kali seminggu bagi melatih pergerakan penari agar tidak lupa dengan setiap langkah tarian. Penubuhan KKJ di JKKN, Kn bertujuan untuk mewarisi kesenian ini. Selain daripada itu juga, kumpulan ini diwujudkan untuk memartabatkan kesenian seni tari tradisional Kelantan sebagai seni persembahan. Penubuhan KKJ di JKKN,Kn ini juga untuk mencungkil dan mengasah bakat baru serta menyemarakkan semula kesenian tradisional. Oleh yang demikian, JKKN, Kn merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan penubuhan KKJ dan memainkan peranan utama dalam membangun dan mengembangkan kesenian tradisional. Untuk mencapai hasrat tersebut JKKN,Kn telah menubuhkan KKJ dengan mengutamakan tarian-tarian tradisional seperti tarian asyik, tarian nego, tarian ragam, tarian mengadap rebab, tarian wau bulan dan sebagainya. Penekanan dalam kajian ini adalah mengenalpasti aspek-aspek pengurusan bagi melahirkan sistem pengurusan yang berkesan dalam KKJ di JKKN, Kn. Antara aspek-aspek yang dikaji seperti pengurusan KKJ di JKKN, Kn, pelaksanaan program KKJ, serta keberkesanan pengurusan KKJ oleh JKKN, Kn. 3

1.2 Permasalahan Kajian KKJ yang ditubuhkan di bawah JKKN, Kn memberi fokus atau tumpuan kepada latihan dan persembahan tarian tradisional iaitu tarian mak yong, tarian asyik, tarian nego, tarian ragam, tarian mengadap rebab, tarian wau bulan dan sebagainya. KKJ bertujuan untuk memulihara, memelihara dan mengembangkan seni tari tradisi yang terdapat di negeri Kelantan untuk dihayati oleh penduduk tempatan dan penduduk luar. Oleh kerana itu tarian tradisional masyarakat melayu Kelantan adalah lambang jatidiri masyarakat Melayu Kelantan. Sesuai dengan citra masyarakat Kelantan yang terkenal dengan keunikan seni dan budayanya, yang memberi rangsangan kepada pengkaji untuk mengkaji apa yang dilakukan oleh JKKN, Kn terhadap KKJ yang ditubuhkan untuk memartabatkan seni tari tradisional masyarakat Melayu Kelantan ke persada masyarakat. Sebagai contohnya, kesenian tradisional Mak Yong telah diiktiraf oleh UNESCO pada 25 November 2005 yang menjadikan Mak Yong sebagai seni bertaraf warisan dunia. Atas faktor tersebut tari tradisi Mak Yong ini di pulihara dan di pelihara bagi memartabatkan warisan dunia ini kekal untuk diwarisi kepada generasi masyarakat Melayu Kelantan. Begitu juga dengan seni warisan lain seperti tarian zapin, ulik mayang, joget Kelantan, tarian satu Malaysia dan sebagainya yang sedang diusahakan oleh KKJ ini untuk penduduk tempatan dan penduduk luar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti, menilai pelaksanaan program persembahan, dan menganalisis aspek-aspek pengurusan 4

yang dilakukan oleh JKKN, Kn dalam memulihara dan memelihara warisan seni tari masyarakat Kelantan yang unik dan istimewa ini. KKJ mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Pelancongan Negeri Kelantan sebagai produk budaya pelancongan. Pengiktirafan ini telah disempurnakan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 3 Disember 2008 (Laporan JKKN, Kn 2012). Sehubungan dengan itu, KKJ di JKKN, Kn yang menjadi tumpuan dalam kajian ini untuk memaparkan, menilai, dan juga menganalisis aspek-aspek pengurusan dalam latihan dan juga persembahan KKJ kepada penduduk tempatan dan penduduk luar. 1.3 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menetapkan matlamat kajian yang dilakukan mengenai pengurusan KKJ di JKKN,Kn dalam membentuk dan mewujudkan masyarakat yang cintakan kebudayaan dan kesenian. Melalui objektif ini juga, penyelidik akan dapat mengetahui tentang keberkesanan aspek-aspek pengurusan KKJ di bawah pengelolaan JKKN, Kn dalam mengekalkan seni persembahan. Oleh itu, penyelidik menjalankan kajian ini sebagai penyelidikan sama ada bertepatan dengan objektif kajian ataupun bertentangan dengan apa yang difokuskan dalam kajian ini. Objektif umum kajian ini mengenai pengurusan secara menyeluruh KKJ di bawah kelolaan JKKN, Kn. Untuk mencapai objektif umum tersebut maka di sini diperincikan secara detail objektif khusus kajian ini iaitu: 5

1) Mengenalpasti bentuk-bentuk dan jenis-jenis tarian KKJ di JKKN, Kn 2) Menilai perlaksanaan program persembahan kesenian KKJ di JKKN, Kn 3) Menganalisis keberkesanan pengurusan KKJ di JKKN, Kn 1.4 Persoalan Kajian Setiap penyelidikan yang dilakukan mempunyai persoalan kajian agar penyelidikan yang dijalankan menepati dengan tajuk kajian pengkaji. Persoalan kajian juga perlu agar pengkaji tidak terpesong dalam membuat kajiannya. Setiap persoalan ini akan dijawab oleh pengkaji pada bahagian yang berikutnya. Pengkaji telah memilih tajuk kajian berkaitan dengan pengurusan KKJ di JKKN, Kn. Oleh itu, beberapa persoalan akan dibuat dan akan dijawab oleh pengkaji pada bab yang seterusnya. Antara persoalannya ialah: 1) Apakah kaedah mengenalpasti bentuk-bentuk dan jenis-jenis tarian KKJ di JKKN, Kn 2) Bagaimana untuk menilai pelaksanaan program persembahan kesenian KKJ di JKKN, Kn? 3) Apakah kaedah untuk menganalisis keberkesanan pengurusan KKJ di JKKN, Kn? 6

1.5 Skop Kajian Kajian ini memberi tumpuan kepada latihan dan persembahan tarian KKJ di JKKN,Kn dalam aspek pengurusan persembahan tarian KKJ, JKKN,Kn sahaja. 1.6 Batasan Kajian Dalam kajian ini beberapa faktor utama dijadikan sebagai batasan kajian. Faktor utama dalam kajian pengkaji ialah batasan masa, tempat, informan, kandungan. (a) Batasan Masa Dalam mengkaji batasan masa, pengkaji mengkaji bermula dari penubuhan Kumpulan Mak Yong Kijang Emas pada tahun 2006 sehingga di serap kepada artis budaya KKJ. (b) Batasan Tempat Batasan kajian juga dilihat dari segi batasan tempat. Kajian ini akan melihat batasan tempat untuk dikaji. Pengkaji akan menjalankan kajian di kawasan KKJ di bawah kelolaan JKKN, Kn yang berlamat di Taman Budaya Kelantan, Tanjong Chat, 16040 Kota Bharu Kelantan sahaja. 7

(c) Batasan Informan Penyelidik akan menemubual seramai tiga orang informan yang merupakan tenaga pengajar artis budaya KKJ di JKKN, Kn bagi mendapatkan data yang berkaitan dengan pengurusan KKJ. Informan yang di maksudkan oleh pengkaji ialah Encik Ma roof bin Seman, Puan Ruhani binti Mohd Zin, dan Encik Mohd Radzi bin Yusof. Ketiga-tiga orang informan tersebut adalah artis budaya di JKKN, Kn. (d) Batasan Kandungan Pengkaji lebih memfokuskan kepada pengurusan KKJ di JKKN, Kn. Kajian dilakukan ke atas persembahan dan latihan kumpulan KKJ di JKKN Kn. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini secara tidak langsung akan dapat mengenalpasti, menilai, dan menganalisis kaedah pengurusan KKJ di JKKN, Kn oleh aspek-aspek pengurusan yang menjadi matlamat kajian maka pemerhatian, penelitian, dan pengkajian ditumpukan kepada perkara tersebut. Diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada organisasi jabatan JKKN, Kn. Selain itu, kajian ini juga penting untuk memberi panduan kepada penyelidik-penyelidik dari Pusat Pengajian Tinggi dan Badan-Badan Penyelidik Seni. Melalui kajian ini juga, 8