Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Similar documents
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UniMAP BRIG JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, SEMPENA MAJLIS SEKALUNG BUDI PADA 23 OGOS 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

l:j{~-' SEDEKAD GEMllANG

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

se buah institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

LAPORAN PENYERTAAN STAFF PSIS DI THE 11 TH FREESTYLE FRUIT CARVING SHOW PIECE CONTEST, NAGOYA KANKO HOTEL, JEPUN 25 TH JUN 1 ST JULAI 2017

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

TEKS UCAPAN. Y Bhg. Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Husin. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis SEMPENA

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

eclaims - Gambaran Keseluruhan

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

HARI RAYA INDUSTRI DI ANJUNG KULIM ANJUNG KULIM (KHTP

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Building a better Hong Kah North

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Text Title/Presentator/Address

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Yg. Diraikan, Puan Hajah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Ketua Pustakawan UniMAP dan Suami.

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

UniMAP

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

LAUNCHING CEREMONY 15 MARCH 2018

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Piawaian Bon Hijau ASEAN

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Help Us Update The Alumni Database ALUMNI. We Love When Our Alumni Make Us Proud, And They Of ten Do. Once UniMAPians Will Always be UniMAPians

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Kejayaan semua Fakulti, beberapa buah Pusat/Institut serta. Tan Sri Naib Canselor Ucapkan Tahniah Kepada Pemilik Proses SPK PPPS.

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

TAKLIMAT ORIENTASI LATIHAN, KOMPETENSI DAN PROGRAM SANGKUTAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Transcription:

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF DR KAMARUDDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SANTAPAN MALAM ISTIADAT KONVOKESYEN KELIMA UniMAP PADA 6 OGOS 2010 DI DEWAN WARISAN, KANGAR Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia. Mengadap Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, merangkap Tuanku Pro- Canselor UniMAP. Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku berdua berkenan meneruskan tradisi bercemar Duli berangkat hadir ke Majlis Santapan Malam sempena Istiadat Konvokesyen Kelima UniMAP pada malam ini. Page 1 of 26

Sesungguhnya, Patik mewakili sekalian warga UniMAP amat berbangga kerana dikurniakan seorang Canselor yang begitu komited dan memberi kerjasama penuh dalam setiap aktiviti dan penganjuran program di universiti yang Tuanku naungi ini. Patik sekalian di UniMAP amat berbangga, kerana Duli Tuanku Berdua dalam tempoh seminggu ini, berkenan hadir bersama-sama bagi memeriahkan Festival Konvokesyen dan Majlis Santapan pada malam ini dan pada esok pagi Tuanku Berdua akan berangkat hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen pula. Patik sekalian warga UniMAP berdoa moga Duli Tuanku Berdua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar dapat bersama-sama lagi dalam majlis-majlis di masa mendatang. Ampun Tuanku, Izini patik menyampaikan ucapan kepada barisan tetamu yang dimuliakan dan para graduan yang diraikan. Page 2 of 26

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Mad Isa Sabu, Menteri Besar Perlis dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Yang Arif Datuk Zamani A. Rahim, Hakim Mahkamah Tinggi dan Yg. Bhg Datin. Yang Berhormat, Datuk Azizan Bin Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Yg. Bhg Datin Yang Berhormat, Tuan Abdul Rasid Sudin, Penasihat Undangundang Negeri Perlis merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Isteri, Yang Berhormat Datuk Haji Musa Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan Yg Bhg Datin, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Isteri, Y. Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri. Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Page 3 of 26

Yang Berbahagia, Dif-Dif Kehormat, Naib-naib Canselor IPTA atau wakil dan Naib Canselor/Rektor universiti luar negara atau wakil, dan Wakil-wakil Industri, Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketuaketua Jabatan, Wakil-wakil Media yang Dihormati, Warga kerja dan para graduan UniMAP yang dikasihi sekalian. Good Evening, Wan Shang Hao, Maalai Vaanakkam, Ma Sa An Khair, Sawadi Kharp Sayur bayam saya tumiskan, Buat hidangan di malam hari, Kehadiran kalian saya alukan, Menyerikan lagi majlis ini. Alhamdulillah, marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang memanjangkan usia serta memberikan kesihatan yang baik buat kita semua hingga membolehkan kita sekali lagi berhimpun dan bertemu dalam Majlis Page 4 of 26

Santapan Malam sempena Istiadat Konvokesyen Kelima UniMAP pada malam ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan tetamu serta dif-dif kehormat yang telah sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis kami pada malam ini. Jutaan terima kasih, syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Santapan Malam yakni kakitangan daripada PPK Pembuatan kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus dalam memastikan kelancaran majlis pada malam ini. Pengorbanan dan usaha gigih anda semua amat saya hargai. Hadirin dan hadirat sekalian, Serasa pantas masa berlalu, dalam sekelipan mata, esok akan terlakar satu kenangan baru yang terpahat dalam kalendar akademik UniMAP apabila bakal meraikan graduangraduannya pada Istiadat Konvokesyen buat kali Ke-5. Dan meraikan detik gembira itu pastinya 1,176 pelajar yang layak bergraduat dengan 7 daripadanya akan menerima pengiktirafan Ijazah Doktor Falsafah, 30 Ijazah Sarjana, 911 Ijazah Sarjana Muda serta 229 penerima Diploma. Page 5 of 26

Dengan jumlah terbaru ini, UniMAP secara rasminya telah melahirkan sejumlah 3, 514 orang graduan pelbagai peringkat sepanjang 8 tahun penubuhannya. BIL KOHORT JUMLAH GRADUAN 01 Istiadat Konvokesyen Pertama 111 02 Istiadat Konvokesyen Kedua 563 03 Istiadat Konvokesyen Ketiga 652 04 Istiadat Konvokesyen Keempat 1,012 05 Istidat Konvokesyen Kelima 1,176 JUMLAH 3,514 Alhamdulillah, sebagai Naib Canselor UniMAP, saya amat berpuas hati kerana dapat bersama-sama UniMAP dari istiadat Konvokesyen yang pertama yang menyaksikan 119 orang graduan menerima ijazah pertama masing-masing hinggalah ke istiadat yang kelima ini. Sesungguhnya istiadat konvokesyen merupakan antara detik terindah yang ingin dilalui oleh semua orang tetapi hanya yang bertuah dan layak sahaja dapat merasai pengalaman indah ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Imam Al-Ghazali ada membuat suatu penganalisaan yang amat bijak tentang kehebatan manusia. Dan analisa itu menyatakan: Page 6 of 26

Jika manusia itu merasa hebat yakni besar, tetapi sebenarnya besar lagi seekor gajah. Jika manusia itu merasa kuat makan, sebenarnya besar lagi perut lembu. Jika manusia itu merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau). Jika manusia itu merasa bangga dengan sifat tahan lasaknya, sebenarnya tahan lasak lagi seekor unta. Dan.Jika manusia itu merasa bangga dengan kecantikannya, sebenarnya cantik lagi seekor buruk merak Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya Sesungguhnya, apa yang digambarkan oleh Imam al-ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia adalah kerana ilmu pengetahuannya dan bukan semata-mata saiz tubuh badan, keberanian atau kecantikan paras rupa manusia itu. Justeru, soal menuntut ilmu pengetahuan mesti menjadi agenda utama dalam kehidupan kita seharian tidak kira di rumah, institusi atau pengurusan negara. Ini kerana dengan ilmulah baru kita mampu untuk melahirkan modal insan unggul yang dapat memikul beban dan cabaran untuk mengemudi pemerintahan negara di masa akan datang. Page 7 of 26

Hadirin dan hadirat sekalian, UniMAP kini telah memasuki dunia persaingan dan kerjasama dalam dunia pengajian tinggi negara meskipun pada hakikatnya telah bermula sejak tahun 2002. Dengan prasarana yang sedia ada dan beberapa prasarana baru yang sedang dibina, UniMAP mula memanjat carta pemeringkatan (ranking) atau penarafan ( rating) universiti peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan kekuatan yang sentiasa diperkasakan dan menyedari kelemahan yang sentiasa dipantau dan diminimumkan, UniMAP pada hari ini (meskipun baru lapan (8) tahun bersaing ) berkeyakinan tinggi dan dengan sepenuh keikhlasan menawarkan universiti ini kepada masyarakat setempat dan antarabangsa, semua klien dan pihak berkepentingan sebagai Universiti Pilihan yang Berdaya Saing. Sehingga kini UniMAP mempunyai enam program pengajian diploma, dua puluh program pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan (jumlah ini melebihi bilangan program pengajian kejuruteraan di universiti-universiti yang lebih lama ditubuhkan), satu program pengajian perniagaan antarabangsa, satu program pengajian keusahawanan kejuruteraan, tiga belas program ijazah sarjana sains dan kesemua pusat pengajian kejuruteraan menawarkan program Page 8 of 26

pengajian peringkat doktor falsafah/ph.d dalam pelbagai bidang khusus kejuruteraan. Kesemua program pengajian diploma telah diiktiraf oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang dipengerusi oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 21 Ogos 2009. Sebanyak dua program pengajian ijazah sarjana muda kejuruteraan yang awal iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mikroelektronik dan Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Komputer telah mendapat akreditasi penuh selama lima tahun sejak tahun 2006. Di samping itu, oleh sebab negara kita berusaha mendapatkan pengiktirafan badan dunia dalam bidang pendidikan kejuruteraan melalui Washington Accord (WA) dan kini negara kita telah mendapat pengiktirafan itu dan siswazah kejuruteraan kita boleh bekerja sebagai jurutera di mana-mana negara yang berdaftar dengan badan dunia itu maka UniMAP telah bertindak menghantarkan Self- Assessment Report (SAR) bagi 15 program pengajian kejuruteraan untuk dinilai atau dinilai semula supaya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Washington Accord. Page 9 of 26

Dalam bulan Mei yang lalu sebanyak 45 orang panel penilai kualiti akademik program pengajian kejuruteraan telah berkampung di UniMAP untuk mengesahkan tahap kualiti kesemua program pengajian tersebut. Dengan segala perubahan dan penambahbaikan pantas yang dibuat oleh para akademik UniMAP, demi memenuhi kriteria kualiti pendidikan kejuruteraan Washington Accord itu, maka insya- Allah berkat usaha gigih dan doa para pensyarah, pentadbir dan mahasiswa UniMAP, kita akan mendapat khabar gembira tentang status akreditasi kesemua program pengajian tersebut daripada Board of Engineers Malaysia (BEM) selewatlewatnya 12 Ogos ini. Meskipun pada masa ini UniMAP mempunyai sekitar 20.6% tenaga akademik yang berkelulusan Ph.D, namun dalam masa empat tahun dari sekarang kita menjangkakan bahawa peratusan pensyarah yang berkelayakan Ph.D akan meningkat menjadi lebih daripada 40% kerana kita telah menghantarkan sekitar 180 orang felo di bawah Skim SLAB dan SLAI untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah di universiti-universiti di dalam dan di luar negara (sila rujuk jadual 1). Page 10 of 26

Jadual 1: Bilangan Fellow SLAB/SLAI dan Staf Cuti Belajar di Peringkat Ph.D di Dalam dan Luar Negara Negara Bilangan Dalam Negara 83 Luar Negara 97 Jumlah 180 Untuk meningkatkan imej komponen international outlooknya, seperti yang terdapat dalam skema penilaian Times Higher Education Supplement (THES) UniMAP telah mendapatkan khidmat kepakaran tenaga akademik antarabangsa sebanyak 61 orang yang didatangkan dari 16 buah negara (sila rujuk jadual 2). Page 11 of 26

Jadual 2: Bilangan Pensyarah Antarabangsa Mengikut Negara Bil. Negara Asal Bilangan 1. Indonesia 17 2. India 12 3. Iraq 7 4. Myanmar 5 5. Bangladesh 5 6. Great Britain 1 7. Republik Kyrgyz 1 8. Australia 1 9. Pakistan 1 10. Thailand 3 11. Jepun 1 12. Republik Uzbekistan 1 13. Republik Rakyat China 1 14. Sudan 1 15. United Kingdom 1 16. Filipina 3 Jumlah 61 Dan dalam masa yang sama, setelah berusaha sekitar dua tahun sebelum ini, kini, UniMAP telah mempunyai 229 orang penuntut antarabangsa yang datang dari 18 buah negara (sila rujuk Jadual 3). Bilangan ini tidak termasuk pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baru mendaftar dalam sesi ini, khususnya dari Yemen, Negara China dan Indonesia. Page 12 of 26

Jadual 3: Bilangan Pelajar Antarabangsa Mengikut Negara PERINGKAT PENGAJIAN BIL NEGARA BILANGAN Sarjana Muda 2009/10 2010/11 M.Sc Ph.D 1. Indonesia 39 6 10 4 19 2. Bangladesh 5 - - 1 4 3. India 8 - - 5 3 4. Iraq 16-1 7 8 5. Thailand 3-1 1-6. Algeria 1 - - - 1 7. Nigeria 1 - - - 1 8. Syria 3 1 1 1-9. Myanmar 1 - - 1-10. Jordon 1 - - - 1 11. Pakistan 1 - - - 1 12. Libya 9 - - 9-13. Yemen 64 38 25-1 14. China 46 32 14 - - 15. Sudan 2 1 1 - - 16. Mauritius 6 1 5 - - 17. Somalia 20 12 8 - - 18. Uzbekistan 3-3 - - Jumlah 229 91 69 30 39 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Masyarakat dan rakan-rakan seperjuangan dari IPTA yang lain sering mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang UniMAP khususnya daripada segi kualiti siswazahnya. Dalam Tracer Study 2009 yang dilaksana oleh KPT didapati bahawa UniMAP hanya melahirkan 1.6% siswazah yang bergraduat dengan Ijazah Kelas Pertama dan 38.1% siswazah bergraduat dengan Ijazah Kelas Kedua (sila rujuk Jadual 4). Page 13 of 26

Ini membukti bahawa bukan mudah untuk mendapatkan ijazah kelas pertama di UniMAP kerana sistem pemarkahannya yang berkualiti dan sekaligus melambangi kualiti sistem akademik universiti ini. Jadual 4: Tahap Pencapaian Akademik Graduan Semasa Bergraduat (Tracer Study) 2008 SENARAI IPTA JUMLAH GRADUAN PENCAPAIAN AKADEMIK (%) Lulus 2.00-2.49 2.50-2.99 3.00-3.49 3.50-3.69 3.70-4.00 UM 5281 5.4 3.9 27.4 46.3 11.4 5.6 UKM 5408 5.6 2.6 27.6 53.7 8.0 2.6 UPM 6126 1.2 4.4 21.6 46.7 15.6 10.3 UIAM 3415 2.7 9.8 38.7 40.6 5.4 1.8 UiTM 12124 0.2 1.2 41.7 49.7 5.8 1.5 USM 5718 4.0 9.5 39.5 40.3 5.6 1.1 UTM 6029-7.0 28.2 49.6 10.2 5.0 UUM 5975-3.9 37.2 50.6 6.5 1.7 UNIMAS 1470-5.4 50.6 37.0 5.3 1.6 UMS 3539 0.8 13.8 52.2 30.4 2.2 0.5 UPSI 2931-2.3 19.3 67.1 9.9 1.4 UTHM 1247-9.8 35.4 39.7 10.9 4.2 UMT 1454-3.2 27.4 54.9 10.7 3.9 UTeM 1196-14.6 51.1 27.7 4.7 1.9 USIM 243-4.9 25.1 56.8 10.7 2.5 UMP 398-3.3 46.0 41.7 6.3 2.8 UniMAP 645-13.8 46.5 33.3 4.8 1.6 Keseluruhan 63,299 1.6 5.4 34.8 46.9 8.0 3.2 Page 14 of 26

Jika dilihat pula daripada segi tahap kemahiran insaniah para pelajar yang bakal bergraduat tahun ini, didapati bahawa kemahiran insaniah keseluruhan mahasiswa UniMAP (skor 7.39) mengatasi tahap pencapaian peringkat nasional (skor 7.23) (rujuk Jadual 5). Page 15 of 26

Jadual 5: Tahap Kemahiran Insaniah Pelajar yang Bergraduat pada 2010 (My3S) Page 16 of 26

Begitulah serba sedikit gambaran hakikat kualiti akademik UniMAP pada masa ini berdasarkan data dan fakta yang dikumpulkan oleh KPT melalui beberapa instrumen kajian yang dibina oleh pakar-pakar dalaman KPT. Data dan fakta ini dilihat mempunyai perkaitan yang positif dengan satu lagi instrumen kajian tahap kesihatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dilaksana oleh MQA iaitu Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA) yang diumumkan oleh Y.B. Menteri Pengajian Tinggi barubaru ini. Jika dalam kajian yang sama yang dilaksana dalam tahun 2007, UniMAP mendapat skor 42.3% dan dikategorikan sebagai universiti yang memuaskan, namun dalam tahun ini UniMAP telah berjaya memanjat tangga penarafan itu setelah diisytiharkan sebagai universiti Tier 4 atau universiti yang sangat baik dengan skor sebanyak 69.4% yang memberikan gambaran tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran di UniMAP. Hadirin yang dikasihi sekalian. UniMAP tidak membina asas perkembangannya berdasarkan satu serombong (silo) tertentu dan khusus. Dengan pengalaman yang dibawa dan dipelajari dari universiti- Page 17 of 26

universiti lain seperti USM, UM, UMS dan UPM, UniMAP membangunkan fundamental yang kukuh bagi sesebuah universiti dalam pelbagai aspek, misalnya penyelidikan, pembangunan mahasiswa, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sukan dan kebudayaan. Dalam penyelidikan, misalnya, UniMAP telah menempa nama yang agak mengagumkan sebagai hasil kebijaksanaan dan kerajinan para penyelidik muda dan kanan kita membuat penyelidikan dan menyebarkan hasil penemuan penyelidikan mereka dalam pelbagai persidangan dan pameran penyelidikan di dalam dan luar negara. Oleh sebab itu dalam Penilaian Tahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA (MyRA), UniMAP diiktiraf sebagai universiti yang mengetuai senarai universiti yang dikategorikan sebagai universiti 3 bintang dan menduduki tangga yang ke-7 daripada 20 buah universiti awam di negara kita. Terdapat beberapa bukti lagi tentang tahap daya saing UniMAP dalam penyelidikan (sila rujuk Jadual 6) Page 18 of 26

Jadual 6: PenilaianTahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA (MyRA) BIL IPTA TAHUN MULA TAHUN AKHIR BIL. TAHUN STAR RATING 1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2007 2009 3 **** 2. Universiti Malaysia Perlis 2007 2009 3 *** 3. Universiti Utara Malaysia 2007 2009 3 *** 4. Universiti Malaysia Sabah 2007 2009 3 ** 5. Universiti Malaysia Sarawak 2007 2009 3 ** 6. Universiti Sains Islam Malaysia 2007 2009 3 ** 7. Universiti Teknologi Mara 2007 2009 3 ** 8. Universiti Malaysia Terengganu 2007 2009 3 ** 9. Universiti Malaysia Pahang 2007 2009 3 ** 10. Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2007 2009 3 * 11. Universiti Pendidikan Sultan Idris 2007 2009 3 * 12. Universiti Darul Iman 2007 2009 3 * 13 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2008 2009 2 * 14 Universiti Malaysia Kelantan 2007 2009 3-15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2007 2009 3 - Page 19 of 26

UniMAP juga mengungguli Pertandingan Invention, Innovation and Design (IID 2010) yang berakhir 29 Julai lalu dengan muncul juara keseluruhan selepas meraih 3 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa bagi kategori (pelajar) dan 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa bagi kategori pensyarah. Pada pertandingan National Research and Innovation Competition (NRIC) 2010 pula, Pelajar UniMAP muncul johan keseluruhan dengan memenangi 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. NRIC merupakan antara pertandingan berprestij peringkat kebangsaan bagi kategori pelajar yang mana pemberian pingat adalah terkawal dan hanya produk yang benar-benar berkualiti sahaja diiktiraf. Ini dibuktikan apabila hanya 14 pingat emas, 25 pingat perak dan 13 pingat gangsa ditawarkan pada pertandingan kali ini sedangkan penyertaan yang diterima daripada penyelidikpenyelidik muda IPTA adalah tinggi iaitu 131 produk. Pada Pameran Rekacipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-21 (ITEX) 2010, UniMAP telah berjaya mencatatkan kejayaan 100% apabila kesemua 45 produk yang dihantar ke pameran tersebut berjaya memenangi pingat. UniMAP meraih 11 Emas, 25 Perak dan 5 Gangsa namun terpaksa berpuas hati di tangga kedua selepas Universiti Malaya yang meraih 14 pingat emas. Page 20 of 26

Sempena Malaysia Teknologi Ekspo (MTE) 2010 pula, UniMAP yang menghantar 27 produk keseluruhannya berjaya meraih 22 pingat iaitu 2 pingat emas, 8 perak dan 12 gangsa. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebentar tadi telah saya bentangkan sedikit data dan maklumat tentang kualiti akademik dan mahasiswa yang kita lahirkan daripada sudut pencapaian akademik dan tahap kemahiran insaniah mereka setelah melalui proses pembelajaran dan pendidikan di UniMAP. Selain itu, UniMAP kelihatan tidak ketinggalan malah agak setara dengan IPTA lain dari sudut outcome hasil kerjanya. Data kebolehpasaran siswazah UniMAP sejak 2006 hingga 2009 amat memberansangkan. Jika pada tahun 2006 apabila kita mula melahirkan siswazah kohort pertama, sebanyak 100% siswazah kita yang berjumlah 107 orang pada ketika itu mendapat pekerjaan, melanjutkan pelajaran atau bekerja sendiri. Oleh sebab jumlah siswazahnya tidak banyak, maka bolehlah dikatakan bahawa semua mampu diserap oleh industri. Namun, data kebolehpasaran siswazah UniMAP 2009 menunjukkan bahawa hanya 15% siswazah tidak mendapat Page 21 of 26

pekerjaan setelah selepas enam bulan setelah bergraduat. Daripada 85% yang berjaya dipasarkan, sebanyak 27% siswazah diambil bekerja oleh syarikat-syarikat multinasional, 16% bekerja di syarikat-syarikat setempat, sebanyak 16% melanjutkan pelajaran dan hanya 8% yang bekerja di agensiagensi kerajaan. Data ini membukti bahawa siswazah UniMAP diterima dengan baiknya oleh organisasi yang berorientasikan perniagaan dan pengeluaran (rujuk Jadual 7). Yang lebih mengujakan ialah sebanyak sekitar 32% mahasiswa kita yang akan bergraduat dalam Istiadat Konvokesyen ke-5 pada 7 Ogos 2010 ini telahpun dilamar untuk mengisi jawatan Jurutera oleh pelbagai syarikat lokal dan multinasional, selain daripada melanjutkan pelajaran (sila rujuk Jadual 8). Jelaslah, pada persepsi kami di UniMAP bahawa apa jua usaha dan susah payah kami di UniMAP untuk melahirkan anak didik yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara seperti yang menjadi hasrat kerajaan dapat dilaksana dengan sewajarnya. Page 22 of 26

Jadual 7: Peratusan Kebolehpasaran Siswazah Enam Bulan Selepas Konvokesyen 2009 BEKERJA SENDIRI 2% LATIHAN LAJUTAN 12% SAMBUNG BELAJAR 16% BELUM BEKERJA 15% AGENSI KERAJAAN 8% SYARIKAT GLC 2% TIDAK DAPAT DIHUBUNGI 1% SYARIKAT MULTINASIONAL 28% SYARIKAT SWASTA TEMPATAN 16% Jadual 8: Peratusan Kebolehpasaran Siswazah Sebelum Konvokesyen 2010 Kebolehpasaran Bilangan % Bakal Siswazah yang Sudah Bekerja Bakal Siswazah yang Melanjutkan Pelajaran Bakal Siswazah yang Belum Mempunyai Pekerjaan Jumlah Mahasiswa yang Bakal Bergraduat 152 19.46 95 12.16 534 68.37 781 100.00 31.62 Page 23 of 26

Hadirin dan hadirat sekalian, Apa pun persepsi masyarakat terhadap kekuatan, kelemahan dan keupayaan UniMAP, saya kira data dan maklumat yang dikongsi sebentar tadi dapat menggambarkan kedudukan sebenarnya. Kekuatan terbaru UniMAP yang dapat menjelaskan lagi kekuatan dan keupayaan yang ada ialah kejayaan UniMAP mendapatkan pengiktirafan standard kualiti setelah pada bulan Disember yang lalu dianugerahi Sijil MS 1722:PART 1:2005 dan OHSAS 18001:2007 bagi Occupational Safety and Health Management for Clean Room and Teaching Factory yang dianugerahkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Dan terkini pada 16 Julai yang baru lalu, UniMAP dianugerahi pula Sijil ISO 9001:2008 bagi pengurusan perkhidmatan pendidikan tinggi Program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) oleh SIRIM QAS International dan The International Certification Network (IQNetwork), suatu badan persijilan kualiti antarabangsa. Page 24 of 26

Tetapi bagi kami warga Universiti ini, UniMAP yang berumur lapan tahun ini mempunyai kekuatan yang tersendiri, meskipun masih ada ruang-ruang kelemahan yang wajar dibaiki. Tetapi, percayalah bahawa berdasarkan rekod-rekod yang ditunjukkan, UniMAP ialah universiti yang berdaya saing. UniMAP ialah Universiti Pilihan yang Berdaya Saing. Visi UniMAP memaparkan bahawa UniMAP ialah institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa. Hadirin dan hadirat sekalian, Pada malam ini juga, UniMAP telah membuktikan pentingnya jalinan kerjasama strategik apabila kita telah berjaya memeterai 21 lagi kerjasama strategik dengan Institusi Pendidikan dan Pengajian Antarabangsa yang serta dan rakan industri dan pendidikan tempatan. Untuk makluman, semua MoU yang ditandatangani pada malam ini merupakan kerjasama terkini UniMAP yang dibuat pada tahun ini. Semoga dengan kerjasama yang telah dimeterai ini akan membolehkan UniMAP terus unggul di persada pendidikan negara sekaligus mencapai sasaran menjadi antara 500 universiti terbaik dunia menjelang tahun 2015. Page 25 of 26

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua dif kehormat dan tetamu jemputan khas yang sentiasa menyokong pembangunan dan kemajuan UniMAP selama ini. Besarlah harapan saya agar sokongan dan kerjasama anda akan berterusan selagi hayat di kandung badan. Terimalah serangkap pantun daripada saya : Sayang anggerik bunga di hutan, Rosak sekuntum dijangkiti kulat Kerjasama serta segala bantuan Akan dikenang ke akhir hayat Ampun Tuanku, Sekian sahaja ucapan patik. Akhir kata sekali lagi patik ingin merafak sembah,menjujung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Tuanku berdua di atas perkenan berangkat ke majlis pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran Duli Tuanku berdua begitu besar ertinya buat patik sekalian. Patik sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Page 26 of 26