(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Similar documents
PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Demokrasi di Pinggiran

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

PRUlink money market fund

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Ini adalah Tatakelakuan kita

Transcription:

PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA Pmjek hrtaju k Pengu rusan Harta lntclek Produ k Tradisional Sarawa k (TERALOI) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni Gunam datl K~xntif sebagai memenuhi syaral untuk 1-jazah Sarjana Muda Seni Gunaan derigan Kcpklj ian (Pengurusan Sen i)- Diterima untuk djperiksa oleh: (Dr Noria Ariak 'hgang)

PENGHARGAAN Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa syukur kepadanya kerana dengan izinnya dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan sempurna. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus ikhlas kepada Dr. Noria Anak Tugang yang merupakan penyelia saya sepanjang menyiapkan tesis ini. Beliau banyak membantu dan memberi bimbingan kepada saya sepanjang proses penyiapan tesis ini berlangsung. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang terlibat dalam menyumbangkan data-data yang amat berguna serta kepada para responden saya yang telah banyak bekerjasama untuk menjayakan tesis ini secara sukarela tanpa paksaan. Segala jasa baik anda semua semoga Tuhan membalasnya. Tekanan yang hebat semasa saya menjalankan kajian ini tidak dapat disangkalkan lagi, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih untuk bonda tercinta Pn. Evelyn Anak Unyang atas sokongan dan dorongan yang tidak pernah padam sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tanpa beliau saya mungkin tidak dapat menyiapkan tesis ini dengan sempurna. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat saya yang banyak membantu saya menyediakan dan menyiapkan tesis ini. Akhir sekali, saya berdoa kepada Tuhan mudah mudahan tesis ini dapat menjadi panduan dan memberi faedah kepada kita semua, terutama kepada mereka yang berminat untuk mengkaji pengurusan harta intelek dan produk tradisional Tebaloi, Sarawak. i

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN SUSUNAN KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH PENGAKUAN ABSTRAK ABSTRACT Halaman i ii-iii iv v vi vii viii BAB SATU : PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Kajian 2 1.3 Objektif Kajian 3 1.4 Skop Kajian 3 1.5 Lokasi Kajian 3 4 1.6 Batasan Kajian 5 1.7 Kerangka Konseptual Kajian 5 9 1.8 Kepentingan Kajian 9 10 1.9 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian 10 11 BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 12 2.2 Kajian Kesusasteraan 12-19 2.3 Rumusan 19 20 BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 21 3.2 Kajian Keperpustakaan 21 3.3 Kajian Kerja Lapangan 22 3.3.1 Pemerhatian 22 3.3.2 Pemerhatian Turut Serta 22 23 3.3.3 Pengedaran Borang Soal Selidik 23 3.3.4 Analisis Data 23 24 3.3.5 Kajian Rintis 24 25 3.3.6 Instrumen Kajian 25 26 BAB EMPAT : ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 27 4.2 Analisis Data Kajian 27 43 4.3 Perbincangan dan Dapatan Kajian 44 51 4.4 Rumusan 51 52 ii

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Kesimpulan 53 59 5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 60 5.3 Cadangan Kepada Organisasi 61 SENARAI RUJUKAN 62 63 LAMPIRAN A (SOALAN DEMOGRAFI) 64 LAMPIRAN B (INSTRUMENT KAJIAN) 65 LAMPIRAN C (SOALAN SUBJEKTIF) 66 iii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL JUDUL HALAMAN 1.1 Jantina 27 1.2 Bangsa 28 1.3 Umur 29 1.4 Adakah anda mengetahui apa itu Harta Intelek 30 1.5 Adakah anda mengetahui apa itu Pengurusan Harta 31 Intelek 1.6 Adakah anda mengetahui apa itu fungsi Perbadanan Harta 32 Intelek Malaysia(MyIPO) 1.7 Adakah anda mengetahui cara mendaftarkan produk anda 33 di MyIPO 1.8 Adakah anda mengetahui kepentingan mendaftarkan 34 produk anda di MyIPO 1.9 Adakah anda mengetahui perkembangan MyIPO dalam 35 melindungi produk tradisional 2.1 Adakah anda yakin produk anda perlu dilindungi oleh 36 MyIPO 2.2 Adakah anda pernah melayari laman sesawang MyIPO 37 2.3 Adakah anda pernah didedahkan dengan manfaat dari 38 mendaftarkan produk anda di bawah MyIPO 2.4 Adakah anda setuju sekiranya seminar berkaitan dengan pengurusan harta intelek dijalankan di tempat anda 39 2.5 Adakah anda berpuas hati dengan penyampaian 40-42 Perbadanan Harta Intelek Malaysia dalam menguruskan dan mendaftarkan produk anda 2.6 Cadangan penambahbaikan Pengurusan Harta Intelek Produk (Tebaloi) di Mukah, Sarawak 42 iv

SENARAI GAMBAR RAJAH NO. JADUAL JUDUL HALAMAN 4.2.1 Jantina 27 4.2.2 Bangsa 28 4.2.3 Umur 29 4.2.4 Adakah anda mengetahui apa itu Harta Intelek 30 4.2.5 Adakah anda mengetahui apa itu Pengurusan Harta 31 Intelek 4.2.6 Adakah anda mengetahui apa itu fungsi Perbadanan Harta 32 Intelek Malaysia(MyIPO) 4.2.7 Adakah anda mengetahui cara mendaftarkan produk anda 33 di MyIPO 4.2.8 Adakah anda mengetahui keoentingan mendaftarkan 34 produk anda di MyIPO 4.2.9 Adakah anda mengetahui perkembangan MyIPO dalam 35 melindungi produk tradisional 4.2.10 Adakah anda yakin produk anda perlu dilindungi oleh 36 MyIPO 4.2.11 Adakah anda pernah melayari laman sesawang MyIPO 37 4.2.12 Adakah anda pernah didedahkan dengan manfaat dari 38 mendaftarkan produk anda di bawah MyIPO 4.2.13 Adakah anda setuju sekiranya seminar berkaitan dengan pengurusan harta intelek dijalankan di tempat anda 39 4.2.14 Adakah anda berpuas hati dengan penyampaian 40-42 Perbadanan Harta Intelek Malaysia dalam menguruskan dan mendaftarkan produk anda 4.2.15 Cadangan penambahbaikan Pengurusan Harta Intelek Produk (Tebaloi) di Mukah, Sarawak 43 v

PENGAKUAN Projek bertajuk Pengurusan Harta Intelek Produk Tradisional Sarawak (Tebaloi) telah disediakan oleh Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk diperiksa oleh (Dr Noria Anak Tugang) Tarikh: vi

ABSTRAK Dalam merangkak kearah perkembangan ekonomi pengetahuan terdapat Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang melindungi industri kreatif dan pembikinan di Malaysia khasnya. Harta intelek mempunyai tiga element utama iaitu harta industri, hak cipta dan comman law. Harta industri menjurus kepada paten, tanda dagang, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk litar bersepadu. Kelebihan kepada pengusaha yang mendaftarkan produk mereka di bawah perbadanan ini, mereka dapat menjaga mutu, kualiti dan keaslian produk mereka. Penggunaan perbadanan ini di Malaysia masih tidak lagi meluas berbanding negara maju yang lain. Kajian ini akan mendalami punca para pengusaha produk tradisional tebaloi kurang mengetahui mengenai hak mereka untuk mempatenkan produk mereka. vii

ABSTRACT In crawling towards the development of the knowledge economy, Intellectual Property Corporation of Malaysia play an important to protects the creative industries and fabrication in Malaysia in particular. Intellectual property has three main elements, namely industrial property, copyright and comman law. Leading to industrial property is patents, trademarks, industrial designs, geographical indications and integrated circuit design. The advantage to employers who register their products under this corporation is they can keep the quality, the quality and authenticity of their products. The use of this corporation in Malaysia is still not yet widely compared to other developed countries. This study will explore the roots of traditional products Tebaloi entrepreneurs are not informed about their rights to patent their products. viii

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sarawak merupakan salah sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Di Sarawak terdapat lebih daripada sepuluh buah etnik yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta mempunyai tradisi yang berbeza. Antaranya merupakan masyarakat Melanau yang mempelopori bahagian persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Mukah, Dalat, Oya dan Bintulu. Masyarakat ini merupakan penduduk terawal yang mendiami kawasan Mukah, Sarawak. Setiap masyarakat mempunyai produk traditional yang tersendiri, serta mempunyai nilai-nilai komersial yang berbeza-beza. Hampir setiap suku kaum di Sarawak mempunyai produk tradisional tersendiri yang harus dipelihara keasliannya untuk mengekalkan nilai estetika produk tersebut. Pengurusan harta intelek yang cemerlang merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menjaga mutu dan keasliaan produk tersebut. Menurut Singh (2009), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), yang terletak dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merupakan peneraju kepada peraturan Harta Intelek di Malaysia. 1

1.2 Permasalahan Kajian Produk tebaloi sudah hilang identiti asalnya pada hari ini. Hal ini demikian kerana, pengusahaan produk tebaloi bukan hanya dijalankan oleh penduduk dari Mukah sahaja. Hari ini, terdapat pengusaha tebaloi dari Serian, Sarawak. Antara permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan harta intelek produk traditional Sarawak (Tebaloi) adalah seperti golongan pengusaha tebaloi tidak menitik beratkan penjagaan tanda dagangan produk tradisional mereka, pengusaha tebaloi yang asal kurang mengetahui mengenai pengurusan harta intelek, Intellectual Property Corporate of Malaysia(MyIPO) kurang mendedahkan kepada pengusaha tempatan mengenai kepentingan mempatenkan produk mereka. Malah perbadanan tersebut hanya mengadakan seminar di kawasan bandar dan bukan di kawasan perdalaman seperti kawasan pengusaha produk tebaloi tersebut. Jadi pengurusan harta intelek untuk produk tradisional semakin dipandang ringan oleh segelintir pengusaha produk tradisional tempatan. Oleh yang demikian, peniruan produk tradisional yang semestinya mempunyai nilai komersial semakin berleluasa pada hari ini. Saya berharap dengan adanya cadangan penyelidikan seperti ini dapatlah membantu para pengusaha produk tradisional yang asli menjaga mutu dan dapat mengekalkan budaya serta identiti mereka. Dengan kaedah yang lebih terperinci dan senang untuk difahami cara kerjanya oleh pengusahapengusaha di kawasan perkampungan. Selain dapat membantu meningkatkan jumlah pendapatan penduduk tempatan. Harta Intelek melindungi paten, tanda 2

dagang, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk litar bersepadu. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut: 1. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengusaha untuk mempatenkan produk tebaloi. 2. Mengkaji pengetahuan pengusaha produk tebaloi mengenai harta intelek. 3. Mencadangkan kepada pengusaha tebaloi agar menggunakan MyIPO untuk mempatenkan produk mereka. 1.4 Skop Kajian Skop kajian ini menjurus kepada aspek-aspek berikut iaitu mendedahkan MyIPO kepada para pengusaha tebaloi di Mukah. Seterusnya, melihat kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan pengurusan harta intelek kepada pengusaha tebaloi. Pengkaji juga memfokuskan kajian terhadap pengurusan harta intelek produk tradisional Tebaloi di Mukah, Sarawak. 1.5 Lokasi Kajian Kajian ini dilaksanakan di Kampung Tutus Hilir, Kampung Tellian Mukah dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) cawangan Sarawak, yang terletak 3

di 3 rd floor Queen s Court, Kuching Sarawak. Dibawah merupakan rujukan peta di kawasan kajian. ( Sumber: Google Image Maps) ( Sumber: Google Image Maps) 4

1.6 Batasan Kajian Kajian ini terbatas kerana pengusaha asal produk tebaloi tidak dapat diketahui dengan jelas dan sukar untuk mencari mereka yang memulakan pembuatan produk ini. Selain itu bidang kajian lain lebih menjurus kepada aspek ekonomi dan pengurusan sahaja. Manakala kajian lepas tidak berkait dengan pengurusan harta intelek produk tebaloi, Sarawak. 1.7 Kerangka Konseptual Kajian Kerangka konseptual bertujuan untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai beberapa aspek penting yang diguna pakai dalam kajian ini. Hal ini diharapkan dapat memudahkan pemahaman pembaca mengenai aspek yang dikaji oleh pengkaji. Maksud harta dalam konsep Islam ialah condong, cenderung dan miring. Dalam Al-Muhith dan lisan Arab menjelaskan bahawa harta adalah segala benda yang snagat diinginkan oleh manusia untuk menyimpan dan memilikinya. Contohnya, pada masa tersebut ialah kambing, emas, perak dan sebagainya yang memiliki nilai kekayaan. Ibnu Asyr mengatakan bahawa kekayaan pada mulanya bererti emas dan perak, tetapi kemudian berubah pengertiannya menjadi segala benda yang disimpan 5

dan dimiliki. Sedangkan harta, menurut Hanafiyah ialah sesuatu yang digeruni oleh manusia dan memungkinkan untuk disimpan sehingga diperlukan. Harta intelek merupakan beberapa jenis ciptaan fikiran yang berlainan serta diakui hak esklusifnya di bawah bidang undang-undang tertentu. Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi serta menganjakkannya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Peningkatan tersebut memberikan impak positif dalam bidang pelaburan perniagaan atau yang berteraskan pengetahuan. Hari Harta Intelek sedunia disambut pada setiap 26 April setiap tahun, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam berkaitan apa itu harta intelek dan bagaimana ia dijalankan bukan sahaja dalam industri muzik bahkan sama juga di industri inovasi produk dan teknologi. Azizi (2011). Menurut Tee (2001), konsep keaslian seperti yang dinyatakan pada awalnya, telah diterima dan diguna pakai di Malaysia oleh mahkamah persekutuan dalam kes Lau Foo San V kerajaan Malaysia pada tahun 1987. Intelek merupakan kemampuan (daya) berfikir dan memahami, menganalisis dan sebagainya akal budi, golongan-golongan cerdik pandai, golongan cendikiawan, golongan terpelajar serta membawa maksud mengintelekkan seseorang menjadikannya berintelek sehingga mampu meningkatkan kemahiran berfikir seseorang. Chenta (2008), menyatakan pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha para ahli organisasi serta 6

menggunakan sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Terdapat beberapa kategori peranan pengurus. Pertama ialah interpersonal, kedua ialah informasional dan seterusnya pembuatan keputusan. Interpersonal melibatkan individu lain dan juga merangkumi peranan tunggak, pemimpin dan penghubung. Informasional pula boleh mewujudkan suatu rangkaian perhubungan, dan boleh dikaitkan dengan peranan pengawas, penyebar maklumat dan juga jurucakap. Manakala pembuatan keputusan disini memerlukan seseorang pengurus membuat pilihan dan mengambil tindakan dan ia meliputi peranan sebagai usahawan, juru runding pengagihan sumber dan pengendali masalah. Individu tersebut semestinya yang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah dibawah tekanan yang berat mahupun ringan. Kemahiran pengurusan juga terbahagi kepada tiga aspek utama, iaitu konseptual, kemanusiaan dan teknikal. Aspek konseptual menyentuh berkaitan dengan kebolehan kognitif untuk melihat organisasi secara menyeluruh serta perkaitannya dengan bahagian kemahiran ini melibatkan pemikiran, pemprosesan maklumat dan membuat perancangan, pengurus juga wajib mempunyai pandangan jangka panjang dalam setiap aspek kategori ini lebih banyak diaplikasikan oleh pengurus atasan. Dari segi kemanusiaan pula, kebolehan bekerja dan bergaul dengan orang lain dengan baik dan berkesan. Dengan memahami pekerja seseorang pengurus dapat memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh kakitangannya. Pengurusan dari aspek teknikal merangkumi kaedah, teknik dan peralatan yang berkaitan dengan fungsi spesifik seperti kejuruteraan kewangan. 7

Selalunya kemahiran seperti ini diperlukan oleh pengurusan peringkat bawahan. Hal ini kerana tenaga mereka yang lebih ramai membolehkan kerja-kerja yang diberikan dapat disiapkan dengan sempurna. Umumnya, produk merupakan sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran serta mempunyai atribut atau sifat-sifat yang boleh mencuri perhatian, boleh dimiliki, boleh digunakan dan mempunyai faedah dari aspek psikologi serta dari aspek fizikal yang dapat memuaskan kehendak pengguna. Ringkasnya, produk merupakan sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh pengusaha dan mempunyai ciri-ciri ketara seperti warna, saiz, berat dan harga begitu juga dengan ciri-ciri yang tidak ketara seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanaan yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan oleh pengguna. Produk menjadi semakin meningkat pemintaannya apabila pengusaha menyediakan pelbagai pilihan dan mempunyai tarikan yang cantik untuk dinikmati dan dimiliki. Produk yang baik dan mempunyai mutu yang tinggi mampu memiliki pelanggan yang tetap untuk melanggan produk yang sama. Kamus Dewan Edisi Ke-7 menyatakan tradisional merupakan menurut adat tradisi, adat resam serta melakukan aktiviti yang menjadi kebiasaan secara turun temurun. Sesebuah aktiviti yang telah lama dan biasa dijalankan dalam sesebuah budaya masyarakat setempat. Apa yang ketara merupakan kandungan informasi yang akan diperturunkan dan diteruskan dari satu generasi kepada generasi yang lebih muda, yang bertujuan untuk mengekalkan budaya supaya tidak punah serta hilang seiring dengan peredaran masa. Tradisional juga merupakan fahaman yang 8

menjadi garis panduan untuk sesebuah masyarakat menjalani kehidupan seharian mereka tanpa menyalahi pantang larang yang telah lama dipraktiskan dalam masyarakat tersebut. Tebaloi merupakan sejenis kudapan tradisional dari suku kaum Melanau di Mukah, Sarawak. Tebaloi diperbuat daripada tepung sagu yang diperoleh daripada pokok rumbia. Produk tradisional ini banyak dieksport ke luar negara dan juga merupakan salah satu makanan tradisional Sarawak yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Untuk produk yang dieksport tebaloi akan diproses secara kilang serta di simpan di dalam kotak kecil sebelum dieksport di Sarawak ataupun ke semenanjung Malaysia. Pada hari ini produk ini dihasilkan dengan pelbagai perisa untuk menarik minat orang ramai merasai dan membeli produk tersebut. Produk ini juga merupakan salah satu penyumbang pendapatan kepada penduduk-penduduk kampung di Mukah, Sarawak. Hal ini kerana mereka lebih mudah untuk mendapatkan tepung sagu di kawasan mereka tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. 1.8 Kepentingan Kajian Berdasarkan dapatan daripada kajian ini, keputusannya dapat memberikan gambaran dan maklumat kepada pengusaha-pengusaha produk tradisional Sarawak tentang cara-cara untuk mendaftarkan produk tradisional mereka di bawah akta yang berkaitan. Penyelidikan ini juga penting untuk pengguna-pengguna produk tradisional Sarawak mengetahui hak dan kepentingan menjaga harta intelek 9

sesebuah produk tradisional. Selain dapat menerangkan kepada mereka dengan lebih lanjut berkenaan dengan pengurusan harta intelek produk tradisional mereka. Hal ini juga telah memberikan kesedaran kepada mereka untuk melindungi dan menjaga hak mereka daripada ditiru dan diakui pemilikannya oleh orang lain. Bahkan dapat membantu para pengusaha tebaloi untuk berhati-hati semasa menghasilkan produk mereka di pasaran, dengan perlindungan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Hasil kajian ini juga dapat membantu pihak Intellectual Property Corporate Malaysia (MyIPO) cawangan Sarawak mendedahkan kepentingan menjaga hak masing-masing dengan kaedah mendaftarkan produk mereka di perbadanan tersebut. Serta memberikan kesedaran dan kepekaan kepada para pengusaha produk tempatan untuk terus berusaha untuk melindungi produk mereka daripada di curi hak pemilikannya oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam industri tersebut. Selain daripada itu, kajian ini dapat membantu menjadi bahan rujukan untuk pengkaji akan datang. Selain daripada faktor di atas, para pengusaha tebaloi dapat menyatakan dan memberi tindakbalas positif terhadap pendaftaraan harta intelek produk tradisional mereka. 1.9 Masalah-Masalah yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian Masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini boleh terbahagi kepada dua aspek utama iaitu aspek fizikal dan bahan rujukan ilmiah. Dari aspek fizikal pengkaji mempunyai masalah untuk menemukan informan yang 10

boleh memberikan maklumat yang tepat mengenai pengusaha asal produk tebaloi di Mukah. Informan yang sedia ada hanya mengetahui mereka mewarisi ilmu membuat tebaloi daripada ibu mereka dan belajar daripada kawan sekampung untuk menghasilkan tebaloi tersebut. Kekurangan data ini menyebabkan pengkaji hanya mengkaji aspek yang lebih ketara sifatnya. Dapatan kajian juga adalah berdasarkan kejujuran para responden yang terlibat untuk menjawab soalan soal selidik yang diedarkan. Maklumat yang tepat hanya boleh dikaji selepas mendapat respon yang positif daripada responden untuk menjawab soalan yang ditanyakan dalam boring soal selidik. Dari aspek bahan rujukan ilmiah, pengkaji menghadapi masalah seperti kekurangan bahan rujukan untuk pengurusan harta intelek produk tebaloi. Pengkaji hanya mendapati buku yang berkaitan dengan pengurusan harta intelek yang berkaitan dengan ekonomi, perbincangan kes-kes harta intelek di mahkamah dan buku yang hanya menyatakan definisi harta intelek serta pandangan pakar. Pengkaji tidak memperolehi begitu banyak buku yang berkaitan dengan pengurusan makanan tradisional. Akan tetapi pengkaji mendapat maklumat yang sahih daripada sebuah buku yang berkait dengan pengurusan hak milik makanan tradisional dan perihal yang membolehkan makanan tersebut mempunyai nilai ekonomi yang tertentu. Manakala bahan ilmiah yang lain digunakan oleh pengkaji untuk melihat perhubungan dan maksud kajian yang pengkaji akan jalankan. Hal ini menyebabkan maklumat yang diperolehi masih berpatutan dengan objektif yang telah dinyatakan oleh pengkaji. 11

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kajian ini merupakan kajian kes yang berkaitan dengan masalah pengurusan harta intelek produk tradisional Sarawak. Tinjauan literatur bertujuan untuk memperlihat sejauh mana pemahaman dan peggunaan harta intelek dalam mempatenkan produk tradisional mereka. Tinjaun literatur ini bertujuan sebagai panduan untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif yang digunakan dalam mengaplikasi pendaftaran harta intelek. 2.2 Kajian Kesusasteraan Menurut Akta 617 (2002), akta ini termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat dibawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini. Fungi perbadanan ini adalah untuk memastikan bahawa peruntukan dan Perundangan Harta Intelek ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi. Selain itu, perbadanan ini bertindak sebagai ejen Kerajaan untuk mengadakan perkhidmatan bagi mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah Perundangan Harta Intelek. Mereka juga bertindak 12