Catalyst In Education Development Towards Quality Human Capital LOCAL ORGANISATION WITH GLOBAL OUTREACH

Similar documents
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

LAUNCHING CEREMONY 15 MARCH 2018

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UniMAP BRIG JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, SEMPENA MAJLIS SEKALUNG BUDI PADA 23 OGOS 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR.

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KALENDAR AKADEMIK SESI 2012/2013 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PROGRAM SARJANA MUDA

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Tempat Persidangan. Nama Penganjur. 3 Putrajaya Kementerian Kewangan Malaysia. 3 Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

LAPORAN PENYERTAAN STAFF PSIS DI THE 11 TH FREESTYLE FRUIT CARVING SHOW PIECE CONTEST, NAGOYA KANKO HOTEL, JEPUN 25 TH JUN 1 ST JULAI 2017

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

PRESS RELEASE (FOR IMMEDIATE RELEASE)

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Text Title/Presentator/Address

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

se buah institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

Building a better Hong Kah North

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

TERMS AND CONDITIONS

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

l:j{~-' SEDEKAD GEMllANG

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

TAKLIMAT ORIENTASI LATIHAN, KOMPETENSI DAN PROGRAM SANGKUTAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TEKS UCAPAN. Y Bhg. Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Husin. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis SEMPENA

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

Siaran Media Cerapan Gerhana Matahari 26 Januari 2009

Tadbir Urus Korporat

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

Transcription:

Januari-Jun 2018 LOCAL ORGANISATION WITH GLOBAL OUTREACH Berita Utama Yayasan Sarawak Rai Ulang Tahun Pertama Ketua Menteri Ke-6 & Pengerusi Yayasan Sarawak Ke-5 Info Pendidikan Sesi Pengarah Yayasan Sarawak Bersama Pelajar Sarawak Di Mesir Info Korporat Yayasan Pahang Adakan Lawatan Perkongsian Ilmu Ke Yayasan Sarawak Taska Tadika Yayasanku Sayang Majlis Sambutan Pra Tahun Baru Cina 2018 Catalyst In Education Development Towards Quality Human Capital

2 3 Dari Meja Pengarah Dari Meja Ketua Editor Berita Utama Info Pendidikan 4 Yayasan Sarawak Rai Ulang Tahun Pertama Ketua Menteri Ke-6 & Pengerusi Yayasan Sarawak Ke-5 22 Community Technical Outreach Programme Bantu Masyarakat Dalam Bidang Teknikal 5 Perasmian CENTEXS Dalat: Sarawak Perlu Lebih Ramai Tenaga Mahir 22 Program Pro-Dr: Yayasan Sarawak Beri Taklimat Bantuan Pendidikan 6 Kampus Baharu Centexs Lawas Bakal Bina Tenaga Mahir Berkualiti 23 Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Ke-66 7 Perasmian Kampus Sementara CENTEXS Lawas Info Korporat 8 9 Ketua Menteri Rasmi Cawangan Kuala Lumpur Juh Sungkey Ngan CM Abang Jo 24 Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Nigeria Adakan Kunjungan Di Yayasan Sarawak 10 Datin Patinggi Juma ani Lawat Pesakit Sarawak di IJN KL 24 Kedudukan Pengurusan Dana Yayasan Sarawak Sangat Positif Info Pendidikan 25 Yayasan Pahang Adakan Lawatan Perkongsian Ilmu Ke Yayasan Sarawak 11 Jumlah Pelajar Tajaan Biasiswa Yayasan Sarawak 26 Menaik Taraf Sistem Perkhidmatan, Pelanggan Diutamakan 12 13 14 Jumlah Pelajar Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak Yayasan Sarawak Lawat Pelajar Genius Sarawak Di Pusat PERMATApintar Negara Kunjungan Hormat Delegasi Swinburne & Curtin Ke Atas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 26 27 28 Penubuhan Jawatankuasa Mencipta Logo Sambutan 55 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia Booth Yayasan Sarawak Tawar Hadiah Gadjet Di SCatfAIR 2018 Pameran Sejiwa Senada 2018: Yayasan Sarawak Turun Padang Mendekati Rakyat 14 15 16 Enam Pelajar PERMATApintar Terima Sumbangan Komputer Riba Sesi Pengarah Yayasan Sarawak Bersama Pelajar Sarawak Di Mesir Program HiPERS (High Performing Rural School) Yayasan Sarawak 30 32 Pameran-Pameran Pendidikan Dapat Mendekatkan Serta Memanfaatkan Rakyat Dengan Yayasan Sarawak Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Pakaian Seragam 18 19 Bantuan Pakaian Seragam Sekolah, Bantu Bebanan Ibu Bapa Yayasan Sarawak Taja Anak Sarawak Ke Sekolah Berasrama Penuh Di Semenanjung Malaysia 33 33 Taska Tadika Yayasanku Sayang Minggu Orientasi Majlis Sambutan Pra Tahun Baru Cina 2018 20 Dua Graduan Curtin University Malaysia Terima Anugerah Yayasan Sarawak 34 Foto Galeri 20 Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak- Sabah 36 Kursus-Kursus di CENTEXS 2018 21 Pelajar Yayasan Sarawak Terima Pingat Perak Di Malaysia Conference Of Young Scientists Peringkat Kebangsaan

Bismillahirahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera Bersua kembali pada Edisi OUTREACH kali ini (Edisi Januari - Jun 2018). Pada tahun ini, Yayasan Sarawak telah merangka beberapa program dan inisiatif yang lebih strategik bagi memenuhi ekspektasi rakyat umumnya dan pelanggan-pelanggan Yayasan Sarawak khasnya. Pelbagai aktiviti dan program Yayasan Sarawak telah dilaksanakan sepanjang bulan Januari sehingga Jun 2018. Antara aktiviti terbaharu Yayasan Sarawak pada tahun ini adalah pembukaan Kampus Sementara CENTEXS (Centre of Technical Excellence Sarawak) di Dalat dan di Lawas yang beroperasi sementara kampus tetap CENTEXS di kedua-dua lokasi tersebut siap kelak. Dengan wujudnya CENTEXS di Dalat dan Lawas ini, belia-belia setempat dapat mempelajari kemahiran teknikal dan vokasional yang berkualiti. Selain daripada itu, beberapa siri lawatan rasmi Yayasan Sarawak telah dilaksanakan sepanjang empat bulan pertama tahun 2018 antaranya Lawatan Rasmi ke Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lawatan Rasmi ke Kaherah, Mesir. Lawatan sebegini diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan Yayasan Sarawak di samping mendekati pelajar-pelajar Sarawak di perantauan. Bagi pengagihan Baucer Pakaian Seragam pula, Yayasan Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pejabat-Pejabat Residen dan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pusat Khidmat ADUN dan Bank Simpanan Nasional telah dapat melaksanakan proses pengagihan baucer tersebut dengan lebih efisien dan sistematik. Oleh itu, Yayasan Sarawak amat berterima kasih kepada agensi-agensi atas kerjasama yang diberikan dalam pelaksanaan pengagihan baucer tersebut. Berkenaan Skim Biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak, selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Amanah Yayasan Sarawak, Skim Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman lebih menjurus kepada penajaan pengajian dalam bidang-bidang bukan STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics) manakala Skim Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib pula lebih fokus kepada penajaan pengajian dalam bidang STEM. Yayasan Sarawak akan terus komited dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program yang menyumbang ke arah pembangunan pendidikan dan modal insan yang berkualiti di Sarawak selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Yayasan Sarawak dibawah kewibawaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak serta sokongan daripada Kerajaan Negeri. Saya berharap agar maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti, program-program, serta inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak dapat disampaikan secara jelas dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan Yayasan Sarawak serta rakyat umumnya melalui penerbitan OUTREACH ini secara berterusan. Semoga bertemu lagi di edisi OUTREACH yang akan datang. Selamat membaca. Sekian, terima kasih. Haji Azmi bin Haji Bujang Pengarah Yayasan Sarawak 2

Penasihat Haji Azmi bin Haji Bujang Mersal bin Abang Rosli Ellen @ Manium anak Engang Ketua Editor Suryani binti Abdul Hamid Editor Abdullah bin Abdul Gafor Siti Asfajarina binti Haji Salleh Pereka Grafik / Bahan Ahmad Jumadi bin Sabang Fotografi Ahmad Jumadi bin Sabang Andy Gray Simon Team Fotografi YS Terbitan Seksyen Komunikasi Korporat Yayasan Sarawak, Wisma Adenan Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak Tel: +60 82 441686 Faks: +60 82 440023 WhatsApp: +6017 700 1971 (yscare) Laman Web: www.yayasansarawak.org.my E-mel: ys@yayasansarawak.org.my SEKALUNG BUDI Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sumbangan dalam bentuk artikel, foto dan idea serta ke atas mana-mana artikel yang dipetik daripada laman media sosial dan akhbar online. Sebarang cadangan untuk penambahbaikan serta sumbangan artikel boleh di emel ke ysscorpcom@ yayasansarawak.org.my. Assalamualaikum W.B.T Salam Ibu Pertiwiku dan Salam Sejahtera, Thanks to Almighty God for His blessings, the Outreach magazine Jan- Jun 2018 edition has been successfully published. OUTREACH magazine formerly known as Yayasan Sarawak Bulletin is a kind of latest information delivery medium to all working citizens and general public linked with Yayasan Sarawak. This is the third publication for the year 2017-2018. The current publication is quite special as it displays some differences compared to previous publications by including the new and latest contents with its new outlook. It is hoped that all information in the Outreach will reach our targeted group and effectively act as a communication channel to the people in term of disseminating information and contribution towards financial aid and support in education matters throughout the state. Many thanks to all fellow workers in contributing ideas and suggestions for improving outreach magazine by sending articles and comments. The contributions are highly notable and appreciated. Our team would like to express our highest appreciation and gratitude for those who are involved directly or indirectly for its publication. Thank you. Suryani binti Abdul Hamid Chief Editor ABDULLAH editor SITI ASFAJARINA editor ANDY GRAY jurufoto A ISYA MUNIRAH jurufoto/penulis/pruf ABDUL JABBAR jurufoto AHMAD JUMADI pereka grafik/jurufoto/penulis

Berita Utama Yayasan Sarawak Rai Ulang Tahun Pertama Ketua Menteri Ke-6 & Pengerusi Yayasan Sarawak Ke-5 Ketibaan YAB Ketua Menteri ke Wisma Adenan. OLEH: Ahmad Jumadi Sabang KUCHING, 22 Januari 2018 - Bersempena dengan Mesyuarat Lembaga Amanah Yayasan Sarawak Ke-123, pengurusan Yayasan Sarawak telah mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kesyukuran sempena sambutan ulang tahun pertama perlantikan YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-6 dan Pengerusi Yayasan Sarawak Ke-5. Selain majlis bacaan doa kesyukuran, YAB Ketua Menteri turut memotong pulut kuning yang dihadiahkan kepada beliau oleh pihak pengurusan Yayasan Sarawak. Turut hadir meraikan majlis tersebut ialah ahli-ahli Lembaga Amanah serta warga kerja Yayasan Sarawak. Bacaan Doa Kesyukuran Ulangtahun Pertama Ketua Menteri Sarawak Ke-6 dan Pengerusi Yayasan Sarawak Ke-5. YAB Ketua Menteri memotong pulut kuning bersama-sama Ahli-Ahli Lembaga Amanah. 4

Berita Utama Perasmian Centexs Dalat: SARAWAK PERLU LEBIH RAMAI TENAGA MAHIR Petikan berita daripada The Borneo Post MUKAH, 27 Januari 2018 - Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga mahir untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah. Justeru katanya, kerajaan mewujudkan Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) untuk memastikan bidang kemahiran mempunyai tenaga mahir dari kalangan anak tempatan. Kita (Sarawak) mempunyai banyak lapangan kerja dalam bidang kemahiran yang belum diisi dan inilah tujuan utama institusi seperti CENTEXS diwujudkan, katanya pada Majlis Perasmian Kampus Sementara CENTEXS Dalat semalam. Ia adalah salah satu usaha kerajaan dalam mencontohi negara luar seperti Jerman dan Jepun di mana pekerja berkolar biru menerima pendapatan dan gaji lebih tinggi berbanding pekerja berkolar putih, katanya. Masyarakat harus membuka mata bahawa bidang teknikal bukanlah bidang kelas kedua malah ia mampu memberikan upah dan gaji lumayan sekali gus mengubah landskap ekonomi masyarakat setempat, ujarnya. Katanya, ini terbukti apabila lebih 90 peratus pelajar lepasan pelbagai bidang di CENTEXS mendapat pekerjaan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman berkata sejak penubuhannya pada 2014, CENTEXS telah berjaya mendidik 1,700 pelajar yang kini telah bekerja di serata Sarawak. Beliau juga memberitahu kampus sebenar CENTEXS bernilai kira-kira RM50 juta akan dibina di Dalat. 5

Berita Utama KAMPUS BAHARU CENTEXS LAWAS BAKAL BINA TENAGA MAHIR BERKUALITI OLEH: Ahmad Jumadi Sabang YAB Ketua Menteri menandatangani Plak Peletakan Batu Asas yang turut disaksikan oleh YB Datuk Amar Awang Tengah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan YBhg Pengarah Yayasan Sarawak. LAWAS, 27 April 2018 - Majlis Peletakan Batu Asas Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) Kampus Lawas telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak. CENTEXS Lawas yang berkeluasan seluas tujuh hektar berupaya memuatkan 1000 pelatih dalam setahun dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat dalam tahun 2020. Yayasan Sarawak berharap dapat memberi peluang kepada para belia dan beliawanis di kawasan utara Sarawak terutama sekali penduduk Lawas untuk merebut peluang meningkatkan kemahiran melalui tawaran-tawaran kursus yang berkualiti. Kepimpinan Kerajaan Negeri juga berharap kampus ini dapat melahirkan pelatih-pelatih yang berkemahiran tinggi sekali gus dapat menyumbang kepakaran mereka dalam sektor minyak dan gas selain dalam bidang perusahaan mahupun perniagaan yang secara tidak langsung akan meningkatkan sosio ekonomi keluarga. YAB Ketua Menteri melakukan simbolik Peletakan Batu Asas CENTEXS Kapmus Lawas. 6

Berita Utama 4 buah PIBG Sekolah Menengah di Daerah Lawas terima geran daripada Yayasan Sarawak. PERASMIAN KAMPUS SEMENTARA CENTEXS LAWAS OLEH: Ahmad Jumadi Sabang Pengunjung bertuah mendapat hadiah Lucky Draw sumbangan Sanjung Etika Sdn. Bhd. Berdasarkan perancangan, pihak pelabur luar berhasrat untuk membangunkan loji penapisan minyak di Lawas, maka ia sekali gus bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada pelatih lepasan CENTEXS kelak. Di dalam perutusan YAB Ketua Menteri, beliau yakin kewujudan makmal latihan berteknologi tinggi di CENTEXS Kuching berupaya melahirkan tenaga mahir tempatan yang bakal merealisasikan hasrat negeri Sarawak melonjak (leapfrog) ke taraf Industri 4.0 dan menjadi negeri ekonomi digital yang unggul di negara dan rantau ini. Beliau amat berharap dengan terbinanya CENTEXS Cawangan Lawas ini nanti, lebih ramai anak tempatan akan dapat terlibat bersama merealisasikan impian tersebut. Tidak kurang pentingnya pembinaan pusat latihan ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri membawa pembangunan ke merata tempat di seluruh Sarawak agar semua mendapat nikmat daripada program pembangunan kerajaan. Penyampaian cenderamata daripada kepada YB Datuk Amar Awang Tengah. LAWAS, 27 Mac 2018 - Majlis Perasmian Kampus Sementara CENTEXS Lawas telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian & Usahawan, Sarawak. Melalui CENTEXS, para pelatih akan mempunyai masa depan yang baik dalam mempergiatkan bidang ekonomi, perindustrian yang menggunakan teknologi canggih, berkembang pesat serta memberi fokus kepada ekonomi digital, ujarnya pada perasmian Kampus Sementara CENTEXS Lawas di sini, semalam. Sebanyak lima program teknikal ditawarkan di CENTEXS Lawas iaitu jahitan, fesyen, dandanan rambut, wireman serta oil and gas construction dan setakat ini, seramai 50 belia telah mendaftar di pusat tersebut. 7

Berita Utama KETUA MENTERI RASMI PEJABAT CAWANGAN KUALA LUMPUR OLEH: Muhamad Rahman bin Sallehin YAB Ketua Menteri menandatangani plak perasmian pejabat Yayasan Sarawak cawangan Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar tajaan bergambar kenangan bersama Pengarah Yayasan Sarawak. KUALA LUMPUR, 8 Februari Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) yang terletak di Persiaran Ampang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Abang Haji Openg yang juga Pengerusi Yayasan Sarawak serta isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Hajah Juma ani Tun Tuanku Haji Bujang. Majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Setiausaha Kerajaan Negeri, para Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak serta para pegawai Yayasan. Sarawak dan turut dimeriahkan oleh kehadiran 200 para pelajar tajaan Yayasan Sarawak beserta para mahasiswa Sarawak yang menuntut di sekitar Lembah Klang. Premis YSKL meliputi sebuah pejabat dan sebuah asrama yang boleh memuatkan kapasiti seramai 66 orang pada satu satu masa dan digunakan oleh YSKL bagi menempatkan pelajar tajaan mereka semasa program cuti sekolah dan menghantar balik pelajar pada cuti hujung tahun. Ketua Menteri Sarawak di dalam ucapan beliau menegaskan bahawa fungsi Yayasan Sarawak meliputi seluruh Malaysia dan bukan hanya di Sarawak sahaja memandangkan terdapat ramai anak-anak Sarawak yang kini mengikuti pengajian di seluruh Semenanjung Malaysia. Yayasan Sarawak sebagai agensi kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan bidang pendidikan harus memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan pemberian pinjaman pelajaran dan biasiswa kepada para pelajar Sarawak yang cemerlang. Di akhir majlis, Ketua Menteri serta isteri juga mengambil kesempatan untuk meninjau premis baharu YSKL serta beramah mesra dengan para pelajar di mana kesemua mereka agak teruja berjumpa secara langsung Ketua Menteri kesayangan mereka. Pejabat YSKL yang dahulunya terletak di Kampung Pandan sebelum bertukar ke Jalan Stonor dan kemudian ke Bukit Ledang di atas kapasiti tanah persekutuan. Memandangkan fungsi YSKL telah meluas, maka Yayasan Sarawak telah membuat premis sendiri yang kini terletak di Persiaran Ampang. Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Muhamad Rahman, Ketua Pejabat Kuala Lumpur di talian 03-42650619 atau pun menerusi emel di yskl@yayasansarawak.org.my. 8

Berita Utama YAB Ketua Menteri bergambar kenangan bersama mahasiswa/mahasiswi dan anak-anak Sarawak yang menginap di Kuala Lumpur. JUH SUNGKEY NGAN CM ABANG JO MERIAH DI DALAM KESEDERHANAAN OLEH: Muhamad Rahman bin Sallehin KUALA LUMPUR, 8 Jun 2018 - Kemeriahan sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diserikan dengan majlis berbuka puasa Juh Sungkey Ngan CM Abang Jo telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur yang dihadiri oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri YABhg. Datin Patinggi Dato Hajah Juma ani Tun Tuanku Haji Bujang. Majlis anjuran bersama oleh Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur, Rumah Sarawak dan Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS) telah menghimpunkan lebih kurang 500 orang anak Sarawak yang berada di Lembah Klang terutamanya para mahasiswa dan mahasiswi Sarawak yang mengikuti pengajian di Universiti Awam serta anak-anak watan yang bekerja di Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, YAB Ketua Menteri serta isteri berbuka puasa bersama-sama dengan hadirin dan menjamu selera bersama para hadirin selepas usai menunaikan solat Maghrib. Selesai ucapan daripada Ketua Menteri dan penyampaian sumbangan kepada para mahasiswa serta mahasiswi Sarawak dan juga kepada anak-anak warga kerja Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur serta Rumah Sarawak, para hadirin tidak melepaskan peluang untuk solat berjemaah Isyak dan sunat terawih bersama Ketua Menteri serta isteri. Pada akhir majlis tersebut, para hadirin terutamanya para mahasiswa dan mahasiswi tidak melepaskan peluang untuk berinteraksi secara dekat serta mengambil gambar kenangan bersama Ketua Menteri serta isteri. Para hadirin terutamanya para mahasiswa dan mahasiswi telah menzahirkan sepenuh rasa kesyukuran dan penghargaan kepada pihak penganjur kerana berpeluang untuk bersama-sama menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak bersama ketua pemimpin Sarawak yang tercinta. YAB Ketua Menteri dan para jemaah selepas menunaikan solat sunat tarawih. 9

Berita Utama Salah seorang ibu bapa yang mewakil anak menerima sumbangan daripada Datin Patinggi Dato Hajah Juma ani. DATIN PATINGGI JUMA ANI LAWAT PESAKIT SARAWAK DI IJN KL OLEH: Ahmad Jumadi Sabang Foto kenangan bersama pegawai daripada IJN, JKM dan Yayasan Sarawak. KUALA LUMPUR, 8 Jun 2018 - YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Juma ani Tun Tuanku Haji Bujang melawat Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur kelmarin untuk berkongsi keriangan sambutan Aildilfitri bersama pesakit-pesakit dari Sarawak. Dalam lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan hamper kepada 20 pesakit yang sedang menjalani rawatan di IJN. Majlis tahunan tersebut adalah anjuran Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dengan kerjasama Rumah Sarawak dan pihak IJN. Sumbangan raya itu adalah ihsan daripada Yayasan Sarawak. Mengiringi isteri YAB Ketua Menteri itu ialah Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Dato Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Pengurus Besar Bahagian Kejururawatan IJN, Pengarah UPPAN JKM Sarawak serta pegawai daripada Yayasan Sarawak. Datin Patinggi Dato Juma ani disambut oleh para ibu bapa pesakit. 10

Info Pendidikan JUMLAH PELAJAR DI BAWAH BIASISWA PENDIDIKAN YAYASAN SARAWAK ( JANUARI HINGGA JUN 2018 ) JUMLAH PENAJAAN BERDASARKAN SKIM JUMLAH PENAJAAN BERDASARKAN INSTITUSI PENGAJIAN JUMLAH PENAJAAN BIASISWA TEMPATAN (SEKOLAH) BERDASARKAN KAWASAN ASAL JUMLAH PENAJAAN BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB (PENYELIDIKAN) BERDASARKAN BIDANG PENGAJIAN 11

Info Pendidikan JUMLAH PELAJAR DI BAWAH PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SARAWAK ( JANUARI HINGGA JUN 2018 ) JUMLAH PENAJAAN BERDASARKAN SKIM JUMLAH PENAJAAN BERDASARKAN INSTITUSI PENGAJIAN JUMLAH PENAJAAN BERDASARKAN KAWASAN ASAL JUMLAH PENAJAAN BERDASARKAN BIDANG PENGAJIAN 12

Info Pendidikan Datu Dr. Sabariah berkesempatan beramah mesra bersama pelajar tajaan Yayasan Sarawak. Datu Dr. Sabariah terima cenderahati daripada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara. Yayasan Sarawak Lawat Pelajar Genius Sarawak Di PUSAT PERMATApintar NEGARA OLEH: Muhamad Rahman bin Sallehin Pengarah Yayasan Sarawak turut beramah mesra dengan pelajar tajaan Yayasan Sarawak. KUALA LUMPUR, 23 Januari 2018 - Yayasan Sarawak telah melawat 25 pelajar dari Sarawak di Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan itu disertai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr. Sabariah Putit merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak dan YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Delegasi Yayasan Sarawak disambut oleh Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Profesor Dato Dr. Noriah Mohd Ishak serta Timbalan Pengarah, Profesor Madya Dr. Rorlinda Yusof. Bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar tajaan Yayasan Sarawak di Pusat PermataPINTAR Negara, UKM. Pada lawatan itu, Dato Dr. Noriah turut memberikan penerangan mengenai misi serta fungsi dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat PERMATApintar Negara bagi membimbing serta mengajar kanak-kanak genius seluruh negara di pusat tersebut. Kesemua 25 pelajar genius Sarawak menerima tajaan Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak. Biasiswa Program Pertukaran Pelajar merupakan salah satu skim di bawah Yayasan Sarawak yang menaja para pelajar Sarawak yang memenuhi kriteria ditetapkan dan ditawarkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sukan Semenanjung Malaysia serta Pusat PERMATApintar Negara. 13

Info Pendidikan Kunjungan Hormat Delegasi SWINBURNE & CURTIN Ke Atas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia OLEH: Ahmad Jumadi Sabang KUALA LUMPUR, 8 Januari 2018 Delegasi Swinburne University of Technology Sarawak Campus dan Curtin University Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat dan mesyuarat bersama YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak. YBhg Tan Sri Dr. Noorul Ainur menerima cenderahati daripada delegasi Swinburne. Perbincangan lebih menjurus kepada peluang-peluang bagi pelajar luar negara untuk mengikuti pengajian di keduadua buah universiti tersebut di Sarawak. Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur, Encik Muhamad Rahman Sallehin selaku ketua delegasi. ENAM PELAJAR PERMATApintar TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER RIBA OLEH: Muhamad Rahman bin Sallehin KUALA LUMPUR, 8 Januari 2018 - Yayasan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) telah menyerahkan bantuan berbentuk sumbangan komputer riba kepada enam orang pelajar tajaan Yayasan Sarawak yang kini mengikuti pengajian di Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Foto kenangan pelajar bersama pengurusan YSKL@Ampang dan PERMATApintar, UKM. Enam orang pelajar tersebut terpilih berdasarkan latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah di mana sumbangan komputer riba amat membantu dalam sesi pembelajaran, pengajaran serta ulang kaji yang membolehkan mereka mengakses maklumat melalui capaian internet tanpa sempadan. Penyerahan bantuan sumbangan disampaikan oleh Encik Muhamad Rahman bin Sallehin, Ketua Pegawai Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Profesor Madya Dr. Rorlinda binti Yusof dan Encik Salleh Huddin bin Abdul Rashid, Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat serta Puan Afifah binti Radzi dan juga Puan Jamaliah binti Hamdan. Biasiswa Program Pertukaran Pelajar merupakan salah satu skim di bawah Yayasan Sarawak yang menaja para pelajar Sarawak yang ditawarkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sukan Semenanjung Malaysia serta Pusat PERMATApintar Negara. 14

Info Pendidikan Merakam kenangan bersama ahli Ikatan Mahasiswa Sarawak Mesir (IMSAK) dan pelajar Sarawak di Asrama Kenyalang, Kaherah. Sesi Pengarah Yayasan Sarawak Bersama PELAJAR SARAWAK DI MESIR OLEH: Yantiska Mahmud MESIR, 16-17 Februari 2018 - Rombongan Yayasan Sarawak diketuai oleh YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Mesir untuk perjumpaan bersama pelajar tajaan Yayasan Sarawak khususnya dan pelajar Sarawak amnya. Sesi perjumpaan yang diadakan di Asrama Kenyalang, Haiyu Asyir, Madinet Nasr ini sebagai satu inisiatif untuk penyampaian maklumat terkini berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak kepada pelajar terutamanya dalam aspek pendidikan. Selain itu, Yayasan Sarawak dapat mengetahui secara lebih dekat segala permasalahan yang dihadapi oleh pelajar khususnya dalam aspek pinjaman pelajaran dan kebajikan. Perjumpaan ini dihadiri oleh 48 orang pelajar yang mengikuti Pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam, Pergigian dan Perubatan di tujuh (7) universiti terkemuka di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar, Universiti Alexandria, Universiti Mansoura, Universiti Zagaziq, Universiti Tanta, Universiti Assiut dan Universiti Cairo. YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang juga turut menyampaikan plak kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik masing-masing di Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar Sarawak yang dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Sarawak Mesir (IMSAK) selepas itu. Turut hadir bersama di majlis tersebut ialah Menteri Penasihat (Pendidikan) di Kedutaan Mesir, Encik Aizal bin Anual, Pengerusi IMSAK, Encik Abang Mohamad Hidayat bin Abang Rabaee serta pegawai Yayasan Sarawak, Encik Yantiska bin Mahmud dan Encik Mahathir bin Mohammad. 15

Info Pendidikan PROGRAM HiPERS (HIGH PERFORMING RURAL SCHOOL) YAYASAN SARAWAK 15 Januari 2018 - SK Ulu Ranan. OLEH: Hajijah Morsidi Yayasan Sarawak sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan pendidikan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah memperkenalkan program HiPERS (High Performing Rural School). Inisiatif ini diharap akan membantu melonjakkan prestasi sekolah keseluruhannya bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini telah dimulakan pada tahun 1996 dengan memberikan bantuan seperti kelas tuisyen, bengkel kecemerlangan peperiksaan dan juga bantuan alat tulis sebagai bahan keperluan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. 18 Januari 2018 - SK Abang Gesa. Setelah dikaji semula, program HiPERS perlu diteruskan dengan penekanan kepada bidang-bidang kritikal yang dijangka mempengaruhi keberkesanannya. HiPERS diperkenalkan untuk membantu sekolah-sekolah di kawasan luar bandar Sarawak bagi meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik secara keseluruhannya. Melalui intervensi ini, Yayasan Sarawak diharap dapat menyumbang kepada kemajuan pendidikan di Negeri Sarawak. Objektif HiPERS adalah agar sekolah-sekolah dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik disamping merapatkan jurang pencapaian antara sekolah luar bandar dan sekolah dalam bandar. 27 Januari 2018 - SK Ulu Merapok, Lawas. Selain itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan di kalangan ibu bapa dan komuniti setempat dan seterusnya menggalakkan penyertaan mereka dalam pembangunan pendidikan di sekolah. 16 3 Februari 2018 - SK Paoh.

16 Januari 2018 - SMK Sri Sadong. 17 Januari 2018 - SK Tebakang. 23 Januari 2018 - SMK Julau. 27 Januari 2018 - SK Buntal. 27 Januari 2018 - SMK Tinjar, Baram. 29 Januari 2018 - SK Tatau. 5 Februari 2018 - SK Paoh.

Info Pendidikan BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH, BANTU BEBANAN IBU BAPA OLEH: Ahmad Jumadi Sabang Seramai 20,000 orang murid sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak dijangka akan menerima bantuan pakaian seragam sekolah untuk sesi persekolahan pada tahun 2018. YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak berkata kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4 juta untuk baucar bernilai RM200 bagi setiap seorang pelajar pada tahun ini. Kepada ibu bapa dan pelajar pastikan baucar yang diterima daripada Yayasan Sarawak ditukar dengan pakaian seragam sekolah sama nilainya dengan baucar RM200 itu. Dengan nilai baucar RM200 pelajar boleh mendapat pakaian sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang dengan kualiti baik. Oleh itu, jangan terima jika penjual menawarkan harga yang tidak berbaloi dengan nilai baucar. Kalau boleh pergi ke kedai yang memberikan tawaran lebih baik, kata beliau. Sebanyak 70 buah kedai atau premis perniagaan telah bersetuju untuk menerima baucar ini seluruh negeri seperti di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang. Pemberian Baucar Pakaian Seragam Sekolah adalah pendekatan terbaharu Yayasan Sarawak untuk mengagihkan bantuan persekolahan kepada pelajar. Baucar tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Residen dan mereka akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat DUN masing-masing untuk mengagihkan baucar tersebut kepada penerima berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam sistem ekasih. Sehingga April 2018, seramai 10,000 pelajar telah menerima bantuan tersebut yang kebanyakannya melibatkan kawasankawasan luar melalui majlis penyampaian atau agihan terus melalui sekolah. 10 April 2018 - Bantuan Pakaian Seragam Kawasan Lundu. 30 April 2018 - Bantuan Pakaian Seragam Kawasan Dalat. 19 April 2018 - Bantuan Pakaian Seragam Kawasan Pantai Damai. 18

Info Pendidikan YAYASAN SARAWAK TAJA ANAK SARAWAK KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI SEMENANJUNG MALAYSIA OLEH: Muhamad Rahman bin Sallehin 14 Januari 2018 - Sekolah Sukan SMK Tengku Indera Petra, Gua Musang, Kelantan. 16 Januari 2018 - Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. 17 Januari 2018 - Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur. 17 Januari 2018 - Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Kuala Lumpur. KUALA LUMPUR, 19 Januari 2018 - Yayasan Sarawak telah menaja seramai 13 orang pelajar Sarawak yang telah ditawarkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sukan di seluruh Semenanjung Malaysia serta di Pusat PERMATApintar Negara di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak bagi sesi persekolahan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2018. Para pelajar menerusi Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) telah dihantar ke sekolah masing-masing yang diketuai oleh Encik Muhamad Rahman bin Sallehin. Biasiswa Program Pertukaran Pelajar merupakan salah satu skim di bawah program dan bantuan pendidikan di Yayasan Sarawak yang menaja para pelajar Sarawak yang memenuhi kriteria dan ditawarkan tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Sukan Semenanjung Malaysia serta Pusat PERMATApintar Negara, UKM. 19

Info Pendidikan DUA GRADUAN CURTIN UNIVERSITY MALAYSIA TERIMA ANUGERAH YAYASAN SARAWAK OLEH: Ahmad Jumadi Sabang Penerima anugerah merakam kenangan bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia (dua dari kiri). MIRI, 26 April 2018 - Dua orang graduan daripada University Curtin Malaysia telah berjaya dipilih sebagai penerima Anugerah Yayasan Sarawak Mahasiswa Cemerlang bagi tahun 2018. Penerima anugerah tersebut adalah Saudari Chong Yun Jia dan Saudara Muhamamd Noorasfan bin Mahmud. Majlis penyampaian telah disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Encik Andrew Goledzinowski AM. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR YAYASAN SARAWAK-SABAH OLEH: Ahmad Jumadi Sabang KOTA KINABALU, 5 Januari 2018 - Majlis Penyerahan Pelajar di bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak dan Sabah telah diadakan di pejabat Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah. Program tersebut yang diperkenalkan pada tahun 1971, telah melibatkan seramai 14 orang pelajar bagi sesi tahun 2018. Lapan orang pelajar daripada Sabah akan mengikuti persekolahan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Sarawak dan enam orang pelajar Sarawak akan memulakan alam persekolahan mereka di Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis penyerahan telah disempurnakan antara Encik Jolly bin Marikan, Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Pematuhan Yayasan Sarawak dan Puan Muhilim Buayie yang merupakan Pengurus Unit Tajaan Bahagian Pembangunan Pendidikan Yayasan Sabah. Pada masa kini, seramai 55 orang pelajar daripada Sabah dan Sarawak terlibat di dalam program pertukaran ini bermula daripada Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Majlis Penyerahan Pelajar oleh Pegawai Yayasan Sarawak dan Yayasan Sabah di Pejabat Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. 20

Info Pendidikan PELAJAR YAYASAN SARAWAK TERIMA PINGAT PERAK DI MALAYSIA CONFERENCE OF YOUNG SCIENTISTS PERINGKAT KEBANGSAAN OLEH: Ahmad Jumadi Sabang KUALA LUMPUR, 2-4 Februari 2018 - Yayasan Sarawak mengucapkan tahniah kepada Muhammad Noor Syafeeq bin Ran dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah, WP Kuala Lumpur yang telah mendapat pingat perak di dalam Malaysia Conference of Young Scientists peringkat kebangsaan bertempat di Universiti Putra Malaysia pada 2-4 Februari 2018. Beliau merupakan salah seorang pelajar tajaan Yayasan Sarawak di bawah Program Biasiswa Pertukaran Pelajar bagi Zon Semenanjung Malaysia. Kejayaan ini amatlah dibanggakan kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah, keluarga dan negeri Sarawak secara amnya. Semoga dengan kejayaan ini akan mendorong lebih ramai lagi pelajar Sarawak untuk mendalami dengan penuh minat dan terlibat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) sebagaimana yang telah dihasratkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak untuk merealisasikan negeri Sarawak melonjak ke taraf Industri 4.0 dan menjadi negeri ekonomi digital yang unggul. 21

Info Pendidikan COMMUNITY TECHNICAL OUTREACH PROGRAMME BANTU MASYARAKAT DALAM BIDANG TEKNIKAL SUMBER: Laman Web CENTEXS Foto Kenangan peserta CTOP bersama YB Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Haji Anu. LUNDU, 27 February 2018 - Satu Majlis Penyampaian Sijil Peserta Community Technical Outreach Programme CTOP anjuran Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) telah berlangsung di Dewan Masyarakat Lundu. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Datin Patinggi Hajah Jamilah Anu, Ahli Dewan Undangan Negeri N.3 Tanjung Datu. Majlis menyaksikan seramai 1038 peserta telah menyertai program CTOP yang bermula sejak 1 April 2016. Pada majlis tersebut dua (2) peserta telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas Ikon CTOP dan Anugerah Khas Transformasi CTOP. CTOP merupakan kursus jangka pendek yang diadakan selama 1 hingga 2 hari dan dikendalikan oleh tenaga pengajar CENTEXS atau tenaga pengajar dari industri. Peserta yang telah mengikuti kursus akan diberikan sijil penyertaan dan tiada yuran dikenakan kepada peserta. Selain daripada itu, kursus CTOP tidak meletakkan had umur dan kelayakan akademik kepada masyarakat yang berminat. Ini telah membuktikan kejayaan dan pencapaian CENTEXS dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran serta ekonomi kepada masyarakat setempat khususnya di daerah Lundu selaras dengan motto CTOP, Strengthening Youth, Enriching Community. Hadir sama ke majlis tersebut ialah YBhg Datu Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah CENTEXS, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah CENTEXS, Encik Awang Putra Yusri bin Awang Redzuan, Pegawai Daerah Lundu dan Tuan Haji Syeed Mohd Hussien bin Wan Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS. Pegawai daripada Seksyen Pembiayaan Pendidikan memberi taklimat kepada para peserta. Para peserta Project Pro-DR. PROGRAM PRO-DR: Yayasan Sarawak Beri Taklimat Bantuan Pendidikan OLEH: Rowyna Blair Rogers SRI AMAN, 19 Mac 2018 - Yayasan Sarawak telah dijemput untuk memberi taklimat kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui Project of Dreams Realized (PRO-DR) anjuran TEGAS dengan kerjasama Unit Tenaga Kerja Jabatan Ketua Menteri. Taklimat tersebut dihadiri seramai 200 orang pelajar Tingkatan 5 daripada beberapa buah sekolah di sekitar bahagian Sri Aman. Melalui taklimat ini, para pelajar telah didedahkan dengan skim bantuan dan program yang terdapat di Yayasan Sarawak, syarat-syarat permohonan serta kriteria pemilihan. Semoga melalui taklimat ini pelajar dapat mengetahui perkhidmatan dan bantuan yang disediakan khususnya sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di IPT. Selain itu, para pelajar juga digalakkan untuk berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan, keluarga, saudara-mara dan juga masyarakat setempat. 22

Info Pendidikan MESYUARAT JAWATANKUASA PENDIDIKAN KE-66 OLEH: Yantiska Mahmud WISMA ADENAN, 16 Januari 2018 - Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Sarawak telah mengadakan mesyuarat pertama bagi Tahun 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda, Wisma Adenan. Mesyuarat kali ini juga adalah merupakan mesyuarat ke- 66 yang dipengerusikan oleh YBhg Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Yayasan Sarawak. Intipati mesyuarat adalah membincangkan dan mencapai kata putus berhubung beberapa perkara dalam bidang pendidikan khususnya berkaitan program-program dan bantuan-bantuan pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak. Selain itu, ahli-ahli mesyuarat turut mempertimbangkan dan seterusnya membuat keputusan berhubung permohonan pelajar yang mengikuti pengajian di luar negara untuk mendapatkan pinjaman dari Yayasan Sarawak. Di akhir mesyuarat, ahli-ahli dimaklumkan mengenai Pelaksanaan Program Pendidikan Sepanjang Tahun 2017 khususnya perbelanjaan dan bilangan penerima bantuan pendidikan Yayasan Sarawak sama ada melalui geran, biasiswa ataupun pinjaman pelajaran. Mesyuarat yang diadakan dua kali setahun ini turut dihadiri oleh YBhg Dato Peter Minos, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak; YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak; YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS; YBhg Profesor Dato Dr Jamil bin Haji Hamali, Rektor UiTM Sarawak; Pn Hajah Salbiah binti Seman, Wakil Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak; dan Encik Ellen Manium ak Engang, Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak. 23

Info Korporat PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE NIGERIA ADAKAN KUNJUNGAN DI YAYASAN SARAWAK OLEH: Ahmad Jumadi Sabang KUCHING, 14 Mac 2018 - Pesurujaya Tinggi Malaysia ke Nigeria, Puan Yang Terutama Gloria Corina Peter Tiwet telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Pengarah Yayasan Sarawak. Kunjungan tersebut bertujuan bagi mendapatkan maklumat program dan skim pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak. Aspek yang diberikan penekanan dalam perbincangan adalah lebih menjurus kepada mempromosikan universiti-universiti milik Yayasan Sarawak ke persada antarabangsa seperti Swinburne University of Technology Sarawak Campus, Curtin University Malaysia dan University College of Technology Sarawak (UCTS). Puan Gloria Tiwet telah mencipta sejarah apabila menjadi Wanita Dayak Pertama yang dilantik sebagai duta negara. Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Pejabat Serantau Sarawak di Kementerian Luar menerima watikah pelantikan sebagai utusan Malaysia daripada Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara pada 12 Februari 2018. KEDUDUKAN PENGURUSAN DANA YAYASAN SARAWAK SANGAT POSITIF OLEH: Ismallia Bohari KUALA LUMPUR, 6 Mac 2018 - Delegasi Yayasan Sarawak yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan ke pejabat pengurus dana amanah iaitu Maybank Asset Management Sdn Bhd di Pejabat MAMSB, Dataran Maybank dan MIDF Amanah Investment Bank Berhad di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan laporan dan memantau status terkini pelaburan Yayasan Sarawak di dalam instrumen pelaburan terkawal di bawah kendalian pengurus dana amanah. Pengurus dana amanah tersebut telah diamanahkan untuk mengenalpasti dan menganalisis kaunter-kaunter yang berpotensi untuk dilaburkan di dalam syarikatsyarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ini sekaligus menjamin kesinambungan pengurusan pelaburan yang profesional dan berwibawa di Yayasan Sarawak. 24

Info Korporat Yayasan Pahang adakan LAWATAN PERKONGSIAN ILMU ke Yayasan Sarawak OLEH: Ahmad Jumadi Sabang Foto kenangan bersama pengurusan Yayasan Sarawak dan Yayasan Pahang. Ketua delegasi Yayasan Pahang, YBhg Datin Hajah Nor Aza binti Abdul Aziz, Pengurus Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan. Lawatan ke Swinburne University of Technology Sarawak Campus. KUCHING, 22 Februari 2018 - Seramai sembilan orang delegasi Yayasan Pahang telah berkunjung ke Kuching, Sarawak untuk mengadakan Lawatan Perkongsian Ilmu ke pejabat Yayasan Sarawak. Para delegasi yang diketuai oleh YBhg Datin Hajah Nor Aza binti Abd Aziz, Pengurus Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan telah disambut oleh para pegawai-pegawai Yayasan Sarawak. Semasa lawatan, para delegasi telah diberikan taklimat korporat oleh Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi dan Strategi. Sesi perkongsian ilmu, pihak delegasi telah diberi taklimat berkaitan sistem perkomputeran dan aplikasi Yayasan Sarawak oleh Encik Mohammad Faisal bin Jaffar, Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat dan Pengurusan Sistem. Lawatan ke Jambatan Darul Hana dan sekitar tebingan Sungai Sarawak, Waterfront, Kuching. Pada sesi petang, delegasi Yayasan Pahang telah dibawa melawat ke Swinburne University of Technology Sarawak Campus untuk sesi taklimat berkaitan peluang dan tawaran kursus di institusi tersebut. 25

Info Korporat MENAIK TARAF SISTEM PERKHIDMATAN, PELANGGAN DIUTAMAKAN OLEH: Hasyim Baidawi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EAMS ke-10 telah diadakan pada 10 Januari 2018 di Bilik Alamanda, Wisma Adenan. Mesyuarat kali ini lebih fokus kepada memperhalusi dan memperkemaskan kandungan data di dalam Sistem EAMS sebelum pelancaran Aplikasi Peranti Mudah Alih. Sistem EAMS telah berjaya go-live pada 7 Ogos 2017 dan sejak dari itu, keseluruhan operasi telah menggunakan EAMS yang baru. Web Portal System untuk para pelanggan Yayasan Sarawak pula telah berubah wajah dan menggunakan sistem layan diri yang terbaru. Sistem ini boleh diakses menggunakan pelayan web ataupun aplikasi peranti mudah alih dan dilengkapi dengan sambungan terus ke emel dan SMS. Pendekatan ini dapat mempercepatkan maklumbalas kepada pelanggan seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Yayasan Sarawak. Mesyuarat turut membincangkan projek penambahbaikan laman web rasmi Yayasan Sarawak yang baharu dan penekanan ditumpukan kepada aspek kawalan maklumat yang bakal dimasukkan ke dalam laman web berkenaan. Peningkatan laman web baharu ini membolehkan Yayasan Sarawak memberi maklumat yang lebih fokus dan berorientasikan pelanggan. PENUBUHAN JAWATANKUASA MENCIPTA LOGO SAMBUTAN 55 TAHUN SARAWAK MERDEKA DALAM MALAYSIA OLEH: Ahmad Jumadi Sabang WISMA ADENAN, 14 Mac 2018 - Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan menganjurkan Sambutan Perayaan 55 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2018 yang dijangka akan dirasmikan pada bulan September 2018. Berdasarkan pengalaman pada sambutan Jubli Emas yang lepas, Yayasan Sarawak sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Logo, Lagu dan Tema bersempena dengan perayaan tersebut. Pada 14 Mac 2018, jawatankuasa tersebut telah diaktifkan dengan melibatkan beberapa buah agensi negeri dan persekutuan serta daripada Institusi Pengajian Tinggi. Ahliahli yang dilantik adalah atas faktor kepakaran dan kemahiran mereka dalam seni reka cipta. Walau bagaimanapun, setelah mengadakan mesyuarat peringkat Jawatankuasa Induk pada 20 April, mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk mengadakan pertandingan mencipta logo sahaja dengan tawaran hadiah wang tunai bernilai RM10,000.00 beserta dengan sijil. Ianya bertujuan supaya rakyat secara tidak langsung dapat terlibat sama dalam meraikan sambutan tersebut yang sangat bermakna kepada rakyat Sarawak. Tarikh tutup penyertaan telah ditetapkan pada 15 Mei 2018 dan akan dihakimi oleh para panel penilai yang profesional dan pakar dalam bidang reka cipta sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk diumumkan pemenangnya. 26

Info Korporat BOOTH YAYASAN SARAWAK TAWAR HADIAH GADJET DI SCaTFAIR 2018 OLEH: A isya Munirah Rafi Pengurusan membuat cabutan undi kepada pemenang Kuiz YS semasa Pameran SCaTFAIR 2018 di BCCK Kuching. WISMA ADENAN, 29 Mac 2018 - Bersempena Sarawak Career and Training Fair (SCaTFAIR) 2018 pada 9 hingga 11 Mac yang lepas, Yayasan Sarawak buat julung kalinya telah mengadakan peraduan kuiz untuk para pengunjung yang melawat ke Booth Yayasan Sarawak. Pelbagai hadiah menarik berupa gajet dan peralatan komputer seperti pemacu kilat USB, tetikus komputer, kabel USB dan lain-lain lagi telah disediakan untuk para pemenang. Manakala, bagi hadiah utama pula, pihak Yayasan Sarawak telah menyediakan tiga(3) hadiah berbentuk peranti mudah alih iaitu Samsung Tab A, Samsung Galaxy Tab S2 dan Huawei Nova 2i untuk tiga(3) orang pemenang bertuah. Para pemenang bergambar merakam kenangan bersama Pengarah dan pengurusan YS. Sesi cabutan nama bagi pemenang utama yang akan memenangi ketiga-tiga hadiah utama tersebut telah diadakan bertempat di Bilik Orkid, Wisma Adenan. Cabutan nama telah dibuat oleh YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan Yayasan Sarawak. Tiga (3) pemenang bertuah ialah Encik Tham Soon Sen, pemenang tempat pertama, Cik Sarveeta Kaur Deol, pemenang tempat kedua dan Muhammad Naim bin Kasri, bagi pemenang tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan serentak bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Edisi Mac 2018 pada 29 Mac 2018. Tahniah kepada para pemenang. 27

Info Korporat SJSN SARATOK - Pengarah bersama penerima Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib & Biasiswa Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). PAMERAN SEJIWA SENADA 2018 Yayasan Sarawak Turun Padang Mendekati Rakyat OLEH: Ahmad Jumadi Sabang Program Sejiwa Senada kini kembali lagi tahun ini khasnya untuk rakyat yang berada di sekitar Miri (7-8 April 2018), Saratok (21-22 April 2018) dan Meradong (28-29 April 2018). Program tersebut memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara langsung, maklumat serta nasihat daripada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil syarikat swasta. Program Sejiwa Senada merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk mendekatkan diri dengan rakyat dengan turun padang memberikan penerangan dan perkhidmatan berkaitan usaha kerajaan memberi pembangunan kepada rakyat dengan bertemakan Kerajaan Bersama Rakyat. Oleh itu, Yayasan Sarawak turut merasa berbangga menjadi sebahagian agensi yang menjayakan program ini dalam memberikan khidmat penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat. Selain itu, Yayasan Sarawak juga diberi penghargaan untuk mengadakan Majlis Penyerahan Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib dan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman semasa Majlis Pelancaran Sejiwa Senada yang dirasmikan YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak. 28

Info Korporat SJSN MIRI - Pengarah membantu pengunjung untuk mengisi borang digital kepuasan pelanggan. SJSN SARATOK - Pegawai bertugas membantu para pengunjung. SJSN MIRI - YB Setiausaha Kerajaan Negeri mengunjungi booth Yayasan Sarawak. SJSN MERADONG - Pegawai Kanan Yayasan Sarawak bersama penerima Biasiswa YS Tun Taib & Biasiswa Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). SJSN MIRI - Penerangan bantuan pendidikan kepada pengunjung. SJSN MIRI - Pegawai Yayasan Sarawak memberi penerangan berkaitan bantuan pendidik. SJSN MERADONG - Para pengunjung dibantu oleh petugas pameran Yayasan Sarawak. 29

Info Korporat PAMERAN-PAMERAN PENDIDIKAN DAPAT MENDEKATKAN SERTA MEMANFAATKAN RAKYAT DENGAN YAYASAN SARAWAK 13 Januari 2018 - Pameran sempena Program Hasanah Bersama Rakyat (HBR) anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) di Kuching. 3 Februari 2018 - Pameran Program Inisiatif Memperkasa Pendidikan, Pekerjaan dan Keusahawanan (IMPAK18) di Sarikei. 3 Mac 2018 - Pameran bersempena dengan DBNA-BGA Education And Career Guidance Fair 2018 di Dewan Suarah Bau. 9-11 Mac 2018 - Pameran Sarawak Career and Training (SCaT) Fair di BCCK Kuching. 30

Info Korporat 17 Mac 2018 - Pameran Swinburne Open Day March 2018. 20 Mac 2018 - Pameran Hari Kerjaya & Peluang Latihan Kemahiran Peringkat Daerah Kanowit 2018. 7 April 2018 - Pameran DBNA-BGA Education & Career Guidance Fair, Serian. 7-8 April 2018 - Sesi Bual Bicara sempena Pameran Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Mydin Vista Tuanku, Petra Jaya, Kuching. 13-15 April 2018 - Pameran Program Fiesta NBOS Sarikei anjuran Kementerian Kewangan Malaysia Cawangan Sarawak. 13-15 April 2018 - Pengunjung bertuah di Pameran Program Fiesta NBOS Sarikei. 31

Info Korporat MESYUARAT PENYELARASAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM OLEH: Mustafa Arif Kiphli Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak telah dilaksanakan di peringkat Bahagian Kuching pada 15 Mac 2018 dan peringkat Bahagian Sibu pada 21 Mac 2018. Di Kuching, mesyuarat tersebut telah diadakan di Wisma Adenan, manakala di Sibu bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sibu, Aras 5 Kompleks Islam Sibu dan dipengerusikan oleh YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Agenda utama dalam mesyuarat tersebut adalah perbincangan mengenai pengagihan bantuan baucar pakaian seragam iaitu melibatkan jumlah penerima setiap bahagian serta perlaksanaan majlis pengagihan. Turut berlangsung dalam mesyuarat tersebut adalah pengagihan baucar bantuan pakaian seragam sekolah iaitu sebanyak 19,000 baucar kepada semua Residen Bahagian. 32

Taska Tadika Yayasanku Sayang MINGGU ORIENTASI OLEH: Siti Noorlis Hassan Pada 2 Januari 2018, Taska Tadika Yayasanku Sayang telah memulakan operasinya bagi Tahun 2018. Seramai 44 orang kanak-kanak telah memulakan hari pertama di taska tadika dengan pelbagai ragam dapat dilihat. Minggu Orientasi/Transisi diadakan untuk membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rutin harian di Taska Tadika Yayasanku Sayang. Dengan penyediaan pelbagai aktiviti, kanak-kanak akan secara tidak langsung disediakan dengan kemahiran berinteraksi, bersosial, mengadaptasi rutin harian di taska tadika dan lain-lain lagi. MAJLIS SAMBUTAN PRA TAHUN BARU CINA 2018 OLEH: Siti Noorlis Hassan 15 Februari 2018 - Kanak-kanak taska tadika telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina pada 15 Februari 2018 bertempat di Taska Tadika Yayasanku Sayang. Sambutan berkenaan bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak dengan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Kanak-kanak taska tadika telah menonton The Story of Chinese New Year yang menceritakan sejarah tahun baru cina yang bermula beriburibu tahun dahulu. Kanak-kanak juga mempelajari bahawa perayaan Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Pakaian baru berwarna merah, hiasan tanglung, mercun dan pakaian seperti Cheongsam adalah simbol tradisi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Selesai sesi pembelajaran mengenai sambutan Tahun Baru Cina, kanak-kanak telah membuat aktiviti nyanyian dan gerakan diiringi lagu Lion Dance, Gong Xi Fa Cai dan Five Little Dragon. Kanak-kanak kemudiannya menikmati minum petang yang disediakan. 33

Foto Galeri 13 Januari 2018 - Pengurusan Yayasan Sarawak rai perlantikan Timbalan Pengerusi sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. 17 Januari 2018 - Pengarah Yayasan Sarawak terima QR Code Digital Academy daripada YB Timbalan Ketua Menteri bersempena Workforce of the Future: Driving the Digital Economy For Sarawak and Beyond Forum. 8 Februari 2018 - YBhg Datu William Lee Boon Tong, Ahli Lembaga Amanah terima hadiah Hari Jadi daripada Pengurusan Yayasan Sarawak. 3 Februari 2018 - YB Dato Sri Hajjah Nancy Shukri bersama Pengarah Yayasan Sarawak dan peserta Program Inovasi Rakyat, Simunjan. 7 Mac 2018 - Sesi Perbincangan bersama Pengerusi Yayasan Kemajuan Insan (YAKIN). 8 Mac 2018 - Mesyuarat bersama PEMBINA di Bilik Orkid Wisma Adenan. 34

Foto Galeri 13 April 2018 - Pogram Juh Bincang OKEY TV Live bersama Pengarah Yayasan Sarawak di saluran 109 Astro. 30 April 2018 - Kunjungan Hormat kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia di Putrajaya. 25 Januari 2018 - Lawatan pemantauan perlaksanaan program HiPERS serta semakan perbelanjaan telah diadakan di SMK Sg. Paoh dan SK Sg. Paoh di Bahagian Sarikei. 13 Mac 2018 - Majlis Perpisahan pelajar praktikal di Aras 3 Wisma Adenan. 9-11 Februari 2018 - Perkampungan Menara Gading anjuran PERKEPIS dengan kerjasama Yayasan Sarawak di Auditorium Wisma Adenan. 10 Mac 2018 - Program Pemantapan Akademik Tingkatan 6 di Auditorium Wisma Adenan. 35

36