NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

Similar documents
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

TEMPAT MENARIK SYDNEY

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

eclaims - Gambaran Keseluruhan

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

13HARI 11MALAM KEMBARA BALKAN RM 8,790 RM 10,090 RM 7,090 RM 6,490

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Building a better Hong Kah North

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

EKSPERIMENTASI PEMBENTUKAN WARNA DALAM AIR

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UniMAP BRIG JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, SEMPENA MAJLIS SEKALUNG BUDI PADA 23 OGOS 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR.

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

============================================================================

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Penyelidikan Ilmu Falak di IPT

Penuaan Penduduk dan Permasalahannya di Indonesia

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

TERMS AND CONDITIONS

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Yg. Diraikan, Puan Hajah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Ketua Pustakawan UniMAP dan Suami.

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

Transcription:

Portfolio NERMESH SINGH Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia Nermesh Singh Nermesh Singh merupakan pelajar kursus Farmasi di International Medical University (IMU). Berusia 21 tahundan berjaya merangkulduaanugerah ^ \ 1 dalam pertandingan Siena r International PhotoAwards 2017. Melalui Good Health and Well-Being, beliau terpilih mewakili Malaysia ke persidangan Global Goals Model United Nations. Instagram:@bhaipixels

Portfolio Nermesh Singh atau nama penuh beliau iaitu Nermesh Singh a/i Gurdib Singh merupakan salah seorang pemenang anugerah Siena International Photo Awards 2017. Beliau mula meminati bidang fotografi pada usia 11 tahun. Bermula dari saat itu, Nermesh Singh mengembangkan minatnya terhadap fotografi dengan membeli sebuah kamera kompak lama bagi mempelajari fotografi sendiri. Namun begitu, disebabkan beliau perlu fokus terhadap pembelajaran di sekolah, minat terhadap fotografi terpaksa dilupakan seketika bagi memberi laluan kepada masa hadapan beliau. "Walaupun saya meninggalkan fotografi seketika dahulu, namun minat terhadap bidang ini tidak pernah luntur. Saya belajar kembali ilmu fotografi. Dan minat ini menjadi semakin berkobar-kobar apabila saya melihat banyak pertandingan fotografi yang berlangsung di Internet. Saya rasa teruja apabila melihat kategori dan gambar-gambar kemenangan yang dipaparkan pada laman sesawang pihak penganjur," kata Nermesh Singh. Apabila ditanya tentang kemenangan beliau dalam Siena International Photo Awards 2017, beliau tersenyum bangga. "Ketika itu, saya hanya melayari Internet untuk mencari maklumat tentang fotografi. Pencarian ini menemukan saya dengan pertandingan Siena International Photo Awards 2017. Saya rasa pertandingan ini sungguh menarik kerana para pemenang bukan sahaja mendapat sijil atau wang tunai, bahkan mereka (Top 3 Winner) juga berpeluang membawa pulang piala Pangea Prize Award. Jadi, saya tidak mahu melepaskan peluang dan menghantar 4 keping gambar bagi menyertai pertandingan ini," jelas Nermesh Singh. Segala usaha penat lelah beliau membuahkan hasil apabila 2 daripada 4 gambar yang dihantar ke Siena International Photo Awards 2017 berjaya memenangi Remarkable Award bagi kategori Under 20 selain mendapat tempat ketiga dan membawa pulang piala kristal Pangea Prize Award. Nermesh Singh berkongsi bahawa kedua-dua gambar kemenangan beliau miliki maksud yang tersirat. Menerusi gambar kemenangan 'Yes, I got you', Nermesh Singh mahu mengetengahkan isu alam sekitar yang berlaku pada hari 84 APERTURE APRIL 2018

ini. Dalam erti kata lain, beliau mahu masyarakat sedar serta berkerjasama memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini kerana, proses pembangunan galak dijalankan tanpa mengambil kira secara serius tentang kerosakan alam sekitar yang berlaku. Gambar ini seolah-olah memberitahu dunia bahawa alam sekitar yang kita huni ini miliki keeantikan yang tersendiri. Jadi, untuk kekalkan keeantikan ini, kita perlu berusaha untuk menjaga kelangsungannya. Melalui gambar kemenangan 'Blood and Pain' pula, beliau mahu masyarakat dunia celik dan peka terhadap peperangan yang melanda di seluruh dunia. Beliau mahu masyarakat dunia ambil peduli akan kesan peperangan yang galak meragut nyawa dan mengabaikan kepentingan pendidikan kanak-kanak. Tiada siapa yang mahu terlibat dalam kancah peperangan. Jadi, sebagai masyarakat yang berintelek dan prihatin, Nermesh mahu masyarakat dunia lantang bersuara dan bekerjasama bagi menghentikan peperangan yang banyak mengakibatkan kerosakan dan kehilangan harta benda. "Sebenarnya, saya gemar merakam gambar detik indah yang berlaku di sekeliling saya seperti suasana di majlis perkahwinan ataupun acara sukan yang berlangsung pada waktu itu. fi Percayapada kebolehan diri dan cuba keluar daripada zon selesa. Segala pencapaian selalunya bermula di luar zon selesa. 99

Merakam detik indah ini adalah satu kaedah bagi saya untuk meluahkan perasaan yang dialami ketika itu. Kejayaan saya di Siena International Photo Awards 2017 menambahkan satu lagi momen indah dalam hidup saya. Saya berpeluang menjejakkan kaki ke Siena, yang mana kota ini adalah salah satu kota yang ingin saya lawati suatu ketika dahulu," kata Nermesh. Pada 26 Oktober 2017, beliau menjejakkan kaki ke Siena bagi menghadiri majlis penyampaian anugerah pertandingan tersebut. Sepanjang berada di sana, beliau begitu mengagumi seni bina yang dihasilkan oleh golongan cendiakawan dan arkitek pada zaman dahulu. Siena merupakan sebuah kota di Tuscany, Itali, yang kecantikannya masih lagi terperlihara. Kota ini dikatakan kota kesenian yang terkenal dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage Site. Selain itu, kota ini adalah lokasi tumpuan para pelancong dari serata dunia kerana terkenal dengan kesenian pada lukisan mural dan seni bina, masakan tradisi, muzium dan juga sejarah dari zaman pertengahan dahulu kala. "Semasa di Siena, kami dibawa melawat ke beberapa tempat tumpuan para pelancong. Antaranya Siena Cathedral atau dipanggil Duomo, Piazza del Campo dan juga Basilica of San Domenico. Sebenarnya, ada lagi beberapa tempat lain yang kami lawati, tetapi saya lebih sukakan tempat-tempat yang saya nyatakan tadi," kata Nermesh. Menurut beliau, seni bina yang ditonjolkan di Siena ini memberikannya satu perasaan luar biasa, yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Oleh sebab itu, APRIL 2018 APERTURE 87

beliau kongsikan beberapa gambar seni bina bangunan bersama para pembaca untuk menyampaikan perasaan yang dialaminya. Kesenian yang ditonjolkan pada bangunan memaparkan elemen budaya dan agama yang diterjemahkan menerusi seni bina dan juga lukisan mural. Tambah-tambah lagi, beliau meminati sejarah dunia yang banyak memaparkan pelbagai peristiwa menarik berlaku, yang akhirnya membentuk barisan negara seperti masa ini. "Seni bina yang terpapar pada bangunan Siena Cathedral, Piazza del Campo dan juga beberapa lokasi lain sebenarnya memberikan saya perasaan seolah-olah saya kembali ke zaman lampau. Bukan sahaja seni bina, tetapi anda juga boleh melihat elemen budaya dan agama yang banyak dimasukkan ke dalam pelbagai aspek. Kita ambil contoh lukisan mural yang saya lihat dalam muzium di Piazza del Campo. Lukisan mural seperti itu kelihatan sungguh klasik dan elegan. Agak sukar saya melihat lukisan mural sebegini di tempat lain," kata Nermesh dengan panjang lebar. if Latihdiri menjadi berani dan optimistik apabia menerima penolakan. Dua ciri ini sebenarnya pemangkin pada kejayaan anda suatu hari nanti. 99

Nermesh Singh Siena Cathedral atau dikenali sebagai Duomo ini inula dibina pada abad ke-12 dan merupakan Masterpiece bagi seni bina Romanesque-Gothic Itali. Secara umumnya, bahagian hadapan bangunan ini berjaya disiapkan sekitar tahun 1380. Perancangan awal para arkitek pada zaman tersebut adalah untuk menjadikan Siena Cathedral ini sebuah basilika yang terbesar di dunia. Oleh sebab pelbagai masalah berlaku (seperti kekurangan dana, peperangan dan juga wabak Black Death yang melanda Siena pada zaman itu), rancangan pembinaan bangunan ini tergendala. Piazza del Campo pula merupakan bandar yang berbentuk Shellshaped. Ia dibuka sebelum adanya Palazzo Pubblico dan juga Torre del Mangia(atau dikenali sebagai "Tower of the eater"). Inilah bahagian yang menempatkan lokasi perlumbaan kuda Palio yang sering dianjurkan oleh warga Siena dua kali setahun. Piazza del Campo ini juga menempatkan muzium kesenian yang penting seperti lukisan mural Fresko Ambrogio Lorenzetti yang menggambarkan Allegory and Effects of Good and Bad Government dan juga beberapa lukisan mural daripada Simone Martini dan Pietro Lorenzetti. "Kemenangan ini memperkenalkan saya dengan seni bina di Itali. Bagi saya, ia adalah momento sejarah yang unik kerana masih diperlihara sehingga kini," kata beliau sewaktu ditanya tentang seni bina di Siena. Sememangnya, fotografi telah berjaya memperkenalkan Nermesh pada dunia kesenian dari sudut seni bina, lukisan dan juga budaya. Kepelbagaian ini membuatkan Nermesh semakin bersemangat untuk menyertai pertandingan fotografi selain mengasah skil yang beliau ada untuk mencuba pelbagai teknik fotografi seperti potret, seni bina, landskap dan alam semula jadi. Pesan beliau, sentiasalah berani menghadapi cabaran dalam hidupkeranacabaranyangdiberikankepadakitaadalah ujian yang mampu kita tangani. Percaya pada kebolehan dan bakat yang ada serta sentiasa cuba menghargai setiap elemen yang ada di persekitaran. Mana tahu, anda akan melihat sisi berbeza di sebalik apa yang anda lihat sebelum ini dan seterusnya berjaya menghasilkan imej yang luar biasa.o