MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Ini adalah Tatakelakuan kita

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

eclaims - Gambaran Keseluruhan

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Tadbir Urus Korporat

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Polisi Induk TravelPAC

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

Polisi Insurans TravelPAC

Polisi Insurans TravelPAC

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

PRUlink money market fund

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

TEMPAT MENARIK SYDNEY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017 Di Hadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 9 Januari 2015 Tarikh Sebutan : 3 Mac 2015, 2 April 2015, 5 Mei 2015, 9 Jun 2015, 15 Julai 2015, 6 Ogos 2015, 2 Februari 2016, Tarikh Bicara : 7 Mac 2016 Representasi : Cik Thiru Mangai Krishnan Tetuan Surendran Thiru Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Yang Menuntut] Pihak Yang Menuntut Hadir Encik Tan Kee Tett Pegawai Perhubungan Perusahaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia(MEF) [Wakil Pihak Syarikat] 1

Rujukan Ini adalah satu rujukan bertarikh 9 Januari 2015 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, berkaitan dengan pembuangan kerja Encik Mohd Saiful Arbi Bin Radzuan (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Hospital Fatimah (selepas ini disebut sebagai Pihak Hospital) pada 16 Mei 2014. Fakta Kes AWARD 1. Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Hospital pada 27.12.2007 sebagai Porter 1 secara syif. Gaji terakhir Pihak Menuntut sebelum pembuangan kerja ini adalah RM1000.00 sebulan. 2. Pada 16 April 2014 lebih kurang pukul 9.00am, Pihak Menuntut telah mendaftarkan nama beliau dalam buku kedatangan untuk melakukan kerja lebih masa. Apabila COW-1 memberitahu Pihak Menuntut nama beliau tidak disenaraikan dalam jadual kerja lebih masa untuk hari itu, Pihak Menuntut telah mempersoalkan kenyataan COW-1 dan menyatakan beliau boleh melakukan kerja lebih masa pada bila-bila masa sahaja. Pihak Menuntut juga telah beberapa kali pergi ke pejabat COW-1, mengajak COW-1 keluar minum dan berbincang. Di samping itu beliau juga telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang berbentuk ancaman kepada COW-1. Ekoran dari kejadian tersebut, COW-1 telah membuat laporan kepada pihak sumber manusia. 3. Ekoran dari laporan yang dibuat oleh COW-1 itu, Pihak Hospital telah mengeluarkan surat tunjuk sebab bertarikh 22.4.2014 ke atas Pihak Menuntut (mukasurat 89-90 COB-1). Pihak Menuntut telah mengemukakan penjelasannya melalui surat bertarikh 23.4.2014 (mukasurat 125-127 COB-1). Pihak Hospital tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut, dengan itu memutuskan untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap Pihak 2

Menuntut. Oleh itu melalui notis bertarikh 29.4.2014 (mukasurat 85-86 COB-1), Pihak Menuntut telah dimaklumkan mengenai siasatan dalaman yang dijadualkan pada 5.5.2014. Selain daripada itu kertas pertuduhan bertarikh 29.4.2014 (mukasurat 87-88 COB-1) juga telah diserahkan kepada Pihak Menuntut untuk memaklumkan kepada Pihak Menuntut berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. 4. Siasatan dalaman telah dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Dalam prosiding siasatan dalaman, Pihak Menuntut telah diwakili oleh wakil dari Kesatuan Sekerja. Panel siasatan dalaman mendapati Pihak Menuntut bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Berdasarkan kepada keputusan panel siasatan dalaman tersebut, Pihak Hospital telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut dengan serta merta dan keputusan penamatan kerja ini telah dimaklumkan kepada Pihak Menuntut melalui surat bertarikh 16.5.2014 (mukasurat 1-2 COB-1). Tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan kerja tersebut, Pihak Menuntut telah mengemukakan rayuan melalui surat bertarikh 20.5.2014 (mukasurat 3-5 COB-1) kepada Chief Executive Officer (CEO), Dr. Lim Chie Kean. Setelah menimbang rayuan yang dikemukakan, CEO telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Pihak Menuntut dan penolakan rayuan ini telah disampaikan kepada Pihak Menuntut melalui surat bertarikh 30.5.2014 (mukasurat 6 COB- 1). 5. Pihak Menuntut menyatakan penamatan kerja beliau adalah tanpa sebab atau alasan yang adil dan mengingkari prinsip keadilan asasi serta telah dibuat dengan niat jahat untuk menjadikan beliau sebagai mangsa, dengan itu memohon agar beliau dikembalikan ke jawatan asalnya tanpa kehilangan kekananan. 6. Pihak Hospital pula menegaskan penamatan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil kerana Pihak Menuntut 3

didapati telah melakukan salah laku yang serius yang menyebabkan Pihak Hospital telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadapnya. Isu 7. Oleh kerana isu pembuangan kerja Pihak Menuntut oleh Pihak Hospital adalah tidak dinafikan dan ini jelas dapat dilihat melalui surat penamatan kerja bertarikh 16.5.2014, maka isu yang perlu diputuskan adalah: i. Sama ada salah laku yang dikatakan telah dilakukan oleh Pihak Menuntut telah dibuktikan oleh Pihak Hospital; ii. Sekiranya jawapan di atas adalah ya, sama ada penamatan kerja tersebut dengan sebab atau alasan yang adil. Undang-undang 8. Fungsi Mahkamah Perusahaan dalam kes-kes rujukan di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah dua hala iaitu menentukan sama ada salah laku yang didakwa telah dilakukan itu telah dibuktikan dan sama ada salah laku yang dibuktikan itu adalah satu sebab atau alasan yang adil yang mewajarkan kepada tindakan pembuangan kerja. Ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 3 MLJ 537 iaitu:... the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has 4

been established, and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. 9. Dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344 pula telah diputuskan: On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise provided by the terms of reference), is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the Management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. 10. Oleh kerana Pihak Hospital telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas alasan Pihak Menuntut telah melakukan salah laku seperti pertuduhan, maka beban adalah terletak atas Pihak Hospital untuk membuktikan salah lakusalah laku tersebut telah dilakukan oleh Pihak Menuntut. Ini adalah seperti yang diputuskan dalam kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Sdn. Bhd. [1981] 2 MLJ 129 iaitu: Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that 5

it has not been proved, the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the reason advanced by it and that the court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. 11. Dalam kes-kes pembuangan kerja, undang-undang adalah mantap iaitu beban pembuktian adalah terletak di atas pihak majikan untuk membuktikan pekerja tersebut telah melakukan salah laku seperti yang didakwa. Dalam kes Ireka Construction Berhad v. Chantiravathan a/l Subramaniam James [1995] 2 ILR 11 telah diputuskan : It is a basic principle of industrial jurisprudence that in a dismissal case the employer must produce convincing evidence that the workman committed the offence or offences the workman is alleged to have committed for which he has been dismissed. The burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause and excuse for taking the decision to impose the disciplinary measure of dismissal upon the employee. The just cause must be, either a misconduct, negligence or poor performance based on the facts of the case. 12. Beban pembuktian yang terletak di atas pihak majikan adalah atas imbangan kebarangkalian. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, iaitu: 6

...it is quite clear to us that the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of evidence and procedure that are applied in a court of law. The Industrial Court should be allowed to conduct its proceedings as a court of arbitration, and be more flexible in arriving at its decision, so long as it gives special regard to substantial merits and decide a case in accordance with equity and good conscience.... Thus, we can see that the preponderant view is that the Industrial Court, when hearing a claim of unjust dismissal, even where the ground is one of dishonest act, including theft, is not required to be satisfied beyond reasonable doubt that the employee has committed the offence, as in a criminal prosecution... The standard of proof required, that is the civil standard based on the balance of probabilities, which is flexible, so that the degree of probability required is proportionate to the nature of gravity of the issue. As such, there is no question of the employer proving that the employee had committed the offence beyond reasonable doubt. There is ample authority for saying that the test is not whether the employee did it but whether the employer acted reasonably in thinking the employee did it (see: Ferado Ltd. v. Barnes [1976] 439 ICR. In order for the employer to establish reasonable grounds, they must show that they had made reasonable enquiries and did not form their belief hastily and that they had given employee a fair 7

opportunity to explain himself (see: W. Weddel & Co. Ltd. v. Tepper [1980] IRLR 76). Kes Pihak Hospital 13. Pihak Hospital telah mengemukakan seramai 5 orang saksi dalam perbicaraan di hadapan Mahkamah ini untuk membuktikan kes mereka iaitu:- i. Leong Van Hing, Security and Transport Manager, COW-1 ii. Noorain Binti Mahmud, Porter II, COW-2 iii. Noor Laily Binti Abdul Aziz, Medical Record Executive, COW- 3 iv. Chooi Siew Fong, HR Executive, COW-4 v. Chiang Chai Yeen, HR Manager, COW-5 14. COW-1 dalam keterangannya menyatakan Pihak Menuntut yang bekerja sebagai Porter 1 adalah pegawai di bawah seliaannya. Pada 16.4.2014, berdasarkan jadual tugasan yang telah disediakan (Porters Duty Roster April 2014 COE-1), Pihak Menuntut telah ditugaskan untuk syif tengahari iaitu daripada 1.00pm hingga 9.00pm. Walau bagaimanapun pada tarikh tersebut, Pihak Menuntut telah datang pada pukul 9.00am dan telah merekodkan kehadiran untuk melakukan kerja lebih masa. Oleh itu COW-1 telah menasihatkan Pihak Menuntut memandangkan beliau tidak tersenarai dalam jadual untuk kerja lebih masa dan juga fakta bahawa terdapat porter yang mencukupi dalam syif pagi, maka beliau tidak diperlukan untuk melakukan kerja lebih 8

masa untuk syif tersebut. Walau bagaimanapun Pihak Menuntut enggan mematuhi nasihat yang diberikan sebaliknya menyatakan beliau telah merujuk perkara ini dengan Kesatuan Sekerja dan beliau diberitahu beliau boleh melakukan kerja lebih masa. Semasa COW-1 berjalan balik ke biliknya, beliau terdengar Pihak Menuntut memanggil beliau Apek, Apek, tetapi beliau tidak memperdulikannya. 15. Selanjutnya COW-1 menyatakan lebihkurang pukul 9.20am, Pihak Menuntut telah datang ke pejabat beliau dan telah mengugut beliau dengan perkataan-perkataan seperti berikut: Saya dah lama bersabar dan selama ini saya diam dan u kacau periuk nasi orang Pada masa yang sama Pihak Menuntut juga mendakwa pihak sumber manusia telah membenarkan beliau untuk melakukan kerja lebih masa pada bila-bila masa sahaja dan selanjutnya telah mencabar COW-1 dengan kata-kata seperti berikut: Siapa besar U kah atau HR Manager Selepas itu Pihak Menuntut telah menanggalkan uniformnya di hadapan COW-1 dan telah mengajak COW-1 untuk sembang kat luar dan juga mencabar COW-1 untuk memanggil polis. 16. Lebihkurang pukul 10.20am, sekali lagi Pihak Menuntut telah pergi ke pejabat COW-1 dan menyatakan seperti berikut kepada COW-1: Saya masih tunggu lagi dan jom kita sembang kat luar 17. Seterusnya lebihkurang pukul 12.45 pm, Pihak Menuntut sekali lagi telah ke pejabat COW-1 dan mengajak COW-1untuk keluar dan telah mengeluarkan perkataan seperti berikut: 9

Apek, pukul 1 ke Bukit Merah Restoran, saya tunggu Menurut COW-1lagi, walaupun beliau tidak memperdulikan Pihak Menuntut, Pihak Menuntut masih lagi ke pejabatnya dan kali terakhir adalah pada pukul 4.15pm tetapi ketika itu beliau sedang menghadiri mesyuarat. 18. COW-1 menyatakan perbuatan dan perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Pihak Menuntut ini telah menyebabkan beliau berada dalam ketakutan, dengan itu beliau telah membuat satu laporan polis (mukasurat 138 COB-1) pada petang tersebut. Selain daripada itu beliau juga telah melaporkan kejadian ini kepada Pengurus Sumber Manusia kerana perbuatan Pihak Menuntut yang telah mengancam dan menggertak beliau. Menurut COW-1 lagi perbuatan Pihak Menuntut juga menjurus kepada insubordination kerana Pihak Menuntut enggan mematuhi arahan COW-1 supaya melakukan kerja lebih masa mengikut jadual yang telah disediakan sebaliknya telah mengajak COW-1 untuk menyelesaikan perkara tersebut diluar, yang mana ianya adalah satu perkara yang luar biasa. 19. Seterusnya COW-1 menyatakan pada hari tersebut, Pihak Menuntut telah tidak bekerja dalam syif biasa beliau kerana beliau telah memperolehi cuti sakit selama 2 hari. Walaupun beliau telah diberi cuti sakit, namun beliau masih berada di sekitar Hospital sehingga petang untuk mencari masalah dengan COW-1. 20. Saksi Pihak Hospital seterusnya adalah COW-2. Antara tugas beliau adalah untuk menyelia kerja-kerja Porter 1, merancang kerja dan manjaga operasi harian dan menyimpan rekod-rekod. Secara keseluruhannya, beliau membantu COW-1 bagi mempastikan semua tugas-tugas dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Secara keseluruhannya keterangan COW-2 menyokong keterangan yang telah diberikan oleh COW-1. Menurut COW-2 beliau akan menyediakan jadual kerja lebih masa untuk semua Porter 11 dua 10

minggu lebih awal, oleh itu semua Porter mempunyai pengetahuan berkaitan dengan jadual kerja lebih masa dan giliran kerja mereka. Namun begitu sekiranya terdapat Porter yang bercuti sakit atau kecemasan yang menyebabkan Porter gentian diperlukan untuk menggantikan Porter tersebut, maka COW-2 akan mengatur Porter- Porter lain yang bersedia untuk melakukan kerja lebih masa mengikut giliran. 21. Mengikut COW-2 lagi, pada 8.4.2014, satu taklimat telah diberikan oleh COW-1 kepada semua Porter termasuklah Pihak Menuntut berkaitan dengan jadual kerja lebih masa dan COW-1 telah meminta semua Porter supaya mengikut jadual kerja lebih masa yang telah disediakan. Walau bagaimanapun pada 16.4.2014 lebihkurang pukul 9.00am, Pihak Menuntut telah merekodkan kedatangan untuk melakukan kerja lebih masa. Mengikut jadual yang telah disediakan, masa kerja biasa Pihak Menuntut pada hari itu adalah dalam syif kedua iaitu dari pukul 1.00pm hingga 9.00pm dan beliau tidak dijadualkan untuk bekerja lebih masa pada hari itu. Oleh itu COW-2 telah memaklumkan mengenai perkara ini kepada COW-1 dan COW- 1 kemudiannya telah memberitahu Pihak Menuntut terdapat lebihan Porter dalam syif pertama dan dengan itu mengarahkan Pihak Menuntut untuk bekerja mengikut jadual yang telah ditetapkan. 22. Lebihkurang pukul 9.20am, Pihak Menuntut telah datang untuk berjumpa COW-1 kerana tidak berpuashati dengan arahan yang diberikan oleh COW-1. Menurut COW-2, Pihak Menuntut telah mengeluarkan perkataan-perkataan Apek, mari keluar minum dan berbincang, tengok siapa betul. Pihak Menuntut juga telah menanggalkan uniformnya di hadapan COW-1. Selepas itu lebihkurang pukul 12.45pm, Pihak Menuntut sekali lagi telah datang dan memanggil COW-1 Apek, pukul 1 ke Bukit Merah Restoran. Lebihkurang pukul 4.15pm, Pihak Menuntut sekali lagi telah ke pejabat COW-1 untuk mencari COW-1 tetapi ketika itu COW-1 tiada di pejabat kerana sedang menghadiri mesyuarat. 11

23. COW-2 menyatakan perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Pihak Menuntut terhadap COW-1 walaupun berbentuk pelawaan untuk keluar minum dan berbincang diluar, ianya sangat membimbangkan kerana sebelum ini COW-1 tidak pernah keluar minum dengan Pihak Menuntut, tambahan pula pada hari tersebut suasana agak tegang kerana Pihak Menuntut tidak berpuashati dengan arahan yang diberikan oleh COW-1, ditakuti perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh itu beliau telah mencadangkan kepada COW-1 untuk membuat laporan polis. COW-2 juga telah membuat laporan kepada Pengurus Sumber Manusia (mukasurat 122-123 COB-1). 24. Selanjutnya COW-2 menyatakan pada pukul 12.45 tengah hari, beliau telah menerima sijil cuti sakit dari Pihak Menuntut dimana Pihak Menuntut telah diberi cuti sakit selama 2 hari iaitu dari 16.4.2014 sehingga 17.4.2014. Menurut COW-2 lagi, walaupun Pihak Menuntut telah diberikan cuti sakit untuk 16.4.2014, namun beliau masih berada di kawasan Hospital sepanjang hari tersebut. 25. Saksi Pihak Hospital seterusnya adalah COW-3 yang telah dilantik sebagai Pengerusi panel siasatan dalaman. Selain daripada COW-3, terdapat 2 ahli panel yang lain yang telah dilantik iaitu Encik G.S David Marshal a/l Subramaniam dan Puan Norizan Binti Ahmad Jumid. Menurut COW-3, terdapat 5 pertuduhan yang dikenakan keatas Pihak Menuntut seperti yang terdapat dalam surat pertuduhan. Dalam prosiding siasatan dalaman tersebut, COW-3 telah membenarkan Pihak Menuntut untuk diwakili oleh pegawai dari Kesatuan Sekerja. 26. COW-3 menyatakan beliau telah menerangkan peraturan-peraturan siasatan dalaman kepada semua pihak dan selepas itu pertuduhanpertuduhan telah dibacakan dimana Pihak Menuntut telah tidak mengaku salah kepada kelima-lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. COW-3 juga telah memberi peluang kepada Pihak Menuntut dan wakilnya untuk menyoalbalas saksi-saksi yang dikemukakan oleh 12

Pihak Hospital. Nota prosiding siasatan dalaman adalah seperti yang terdapat dimukasurat 7-62 COB-1. Menurut COW-3 lagi, Panel siasatan dalaman setelah menimbang dengan teliti keterangan yang dikemukakan dalam prosiding tersebut, secara sebulat suara mendapati Pihak Menuntut bersalah atas kelima-lima pertuduhan yang dikenakan keatasnya dan keputusan panel siasatan dalaman terdapat di mukasurat 64-75 COB-1. 27. COW-4 pula telah dilantik sebagai setiausaha untuk mengambil notanota semasa prosiding siasatan dalaman dijalankan. Beliau mengesahkan nota-nota siasatan dalaman tersebut adalah tepat kerana pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding tersebut telah diberi peluang untuk membaca kembali pernyataan dalam prosiding tersebut sebelum mereka menurunkan tandatangan pada nota tersebut. 28. Sementara COW-5 pula dalam keterangannya menyatakan pada 16.4.2014, beliau telah menerima laporan daripada COW-1 dan COW- 2 yang menyatakan COW-1telah diugut/ancam oleh Pihak Menuntut. Selain daripada itu Pihak Menuntut juga menyatakan COW-1 telah meletakkan pasir dalam periuk nasi beliau dan telah memanggil COW- 1 Apek dan mengajak COW-1 untuk menyelesaikan isu tersebut di luar. 29. Berdasarkan aduan yang diterima, pada 17.4.2014, COW-5 telah mengeluarkan surat penggantungan kerja sementara siasatan dijalankan kepada Pihak Menuntut (mukasurat 91 COB-1). Seterusnya pada 22.4.2014, COW-5 telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Pihak Menuntut (mukasurat 89-90 COB-1). Pihak Menuntut telah mengemukakan jawapan kepada surat tunjuk sebab melalui surat bertarikh 23.4.2014 (mukasurat 125-127 COB-1). COW-5 tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut, dengan itu memutuskan untuk meneruskan dengan prosiding siasatan dalaman. Oleh itu beliau telah memberi notis kepada Pihak Menuntut 13

berkaitan dengan siasatan dalaman yang akan dijalankan pada 5.5.2014 (mukasurat 85-86 COB-1). 30. Disamping itu beliau juga telah mengeluarkan kertas pertuduhan bertarikh 29.4.2014 (mukasurat 87-88 COB-1), yang juga telah diserahkan kepada Pihak Menuntut. Siasatan dalaman telah dijalankan pada tarikh yang dijadualkan dan setelah mendengar segala keterangan yang dikemukakan, Panel siasatan dalaman mendapati Pihak Menuntut bersalah atas kesemua pertuduhan yang dikenakan keatasnya. Berdasarkan kepada keputusan panel siasatan dalaman dan pada masa yang sama setelah mengambil kira salah laku yang telah dilakukan oleh Pihak Menuntut itu adalah amat serius, maka COW-5 telah mengeluarkan surat penamatan kerja bertarikh 16.5.2014 (mukasurat 1 COB-1) yang memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa perkhidmatan beliau dengan Pihak Hospital telah ditamatkan mulai daripada 16.5.2014. Menurut COW-5 lagi olehkerana Pihak Menuntut bekerja dibawah seliaan COW-1, maka beliau sepatutnya mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh COW-1 yang bertujuan untuk mempastikan segala kerja-kerja berjalan dengan licin dan teratur. Malangnya Pihak Menuntut langsung tidak menunjukkkan sikap hormat beliau kepada COW-1 malah telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang berbentuk ugutan kepada COW-1 iaitu pegawai atasannya. Tambahan pula Pihak Menuntut mempunyai rekod disiplin yang tidak baik, menyebabkan Pihak Hospital telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap beliau. Kes Pihak Menuntut 31. Pihak Menuntut tidak mengemukakan sebarang saksi kecuali keterangan beliau sendiri. Dalam keterangannya beliau menyatakan pada 16.4.2014, beliau telah mendaftar untuk kerja lebih masa pada sebelah pagi. Kemudiannya beliau telah dimaklumkan oleh COW-1 14

bahawa beliau tidak dibenarkan untuk melakukan kerja lebih masa pada waktu itu sebaliknya telah diarahkan untuk masuk untuk bekerja mengikut waktu yang telah ditetapkan iaitu dari pukul 1.00pm hingga 9.00pm. Pihak Menuntut kemudiannya memberitahu COW-1 semasa ketiadaan COW-1, COW-5 telah menyatakan oleh kerana terdapat masalah kekurangan Porter, maka Porter yang bekerja syif petang boleh datang untuk menjalankan kerja lebih masa pada syif pagi. Pihak Menuntut juga menyatakan sebelum tarikh ini, beliau pernah membuat kerja lebih masa untuk syif yang lebih awal daripada waktu kerja beliau dan beliau tidak pernah dihalang untuk melakukan kerja lebih masa, dengan itu beliau tidak mengetahui mengapa dengan tibatiba beliau tidak dibenarkan untuk membuat kerja lebih masa pada 16.4.204. 32. Pihak Menuntut mengakui beliau tidak berpuashati dengan arahan yang diberikan oleh COW-1untuk mematuhi jadual kerja lebih masa yang telah disediakan, oleh itu beliau mengajak COW-1 untuk keluar minum bertujuan untuk berbincang secara peribadi di luar. Pihak Menuntut menafikan telah meninggikan suara ataupun mengeluarkan kata-kata berbentuk ugutan kepada COW-1. Namun begitu Pihak Menuntut tidak menafikan beliau ada pergi ke pejabat COW-1 pada pukul 10.20am dan 12.45pm kerana waktu itu hampir waktu minum pagi dan waktu makan tengah hari bertujuan untuk mengajak COW-1 berbincang diluar kerana tidak mahu menggangu waktu kerja COW-1. Pihak Menuntut selanjutnya menyatakan tujuan beliau hanyalah untuk berbincang dengan COW-1 berkaitan dengan pembahagian kerja lebih masa yang beliau rasakan berat sebelah dan tidak seimbang. 33. Pihak Menuntut juga menyatakan prosiding siasatan dalaman yang telah dijalankan oleh Pihak Hospital tidak mematuhi prinsip keadilan asasi kerana beliau dan wakil dari Kesatuan Sekerja telah dihalang oleh COW-5 untuk bercakap semasa prosiding siasatan dalaman tersebut, dengan itu mereka tidak dapat membangkitkan sebarang bantahan atau ketidakpuasan berkenaan siasatan dalaman tersebut. 15

Tambahan pula ahli-ahli panel yang dilantik terdiri daripada pekerjapekerja Hospital itu sendiri dan mereka bekerja di bawah seliaan COW-5. Selain daripada itu Pihak Menuntut juga mendakwa salinan nota prosiding tersebut telah tidak dibekalkan kepadanya walaupun beliau telah memohon untuk mendapatkan nota-nota tersebut. 34. Pihak Menuntut selanjutnya menyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Pihak Hospital, beliau telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi, tidak pernah mengingkari arahanarahan yang diberikan dan tidak pernah melakukan kesalahankesalahan yang serius, oleh itu tindakan Pihak Hospital menamatkan pekerjaan beliau telah dibuat tanpa sebab atau alasan yang adil. Siasatan Dalaman 35. Olehkerana Pihak Hospital telah menjalankan satu prosiding siasatan dalaman pada 5.5.2014 dan 6.5.2014 sebelum keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut dibuat, oleh itu adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk meneliti nota-nota prosiding siasatan tersebut dan seterusnya mengesahkan sama ada siasatan dalaman tersebut dijalankan secara teratur dan sama ada nota-nota prosiding tersebut adalah tepat. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Bumiputra Commerce Bank Bhd. v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2004] 7 MLJ 441. 36. Pihak Hospital telah mengemukakan COW-3 dan COW-4, masingmasing sebagai Pengerusi panel siasatan dan Setiausaha yang mengambil nota-nota prosiding, untuk memberi keterangan berkaitan dengan prosiding siasatan dalaman yang telah dijalankan. COW-3 menyatakan Pihak Menuntut telah dibenarkan untuk menyoal balas saksi-saksi Pihak Hospital dan untuk mengemukakan pembelaannya keatas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Peguam 16

Pihak Menuntut dalam hujahan bertulis yang dikemukakan telah menghujahkan siasatan dalaman tersebut tidak mematuhi keperluankeperluan yang telah ditetapkan dan dengan itu bertentangan dengan prinsip keadilan asasi.ini adalah kerana pendakwaan telah dijalankan oleh COW-5 yang juga merupakan Pengurus Sumber Manusia yang terlibat secara langsung dalam tindakan disiplin yang diambil terhadap Pihak Menuntut dan juga ahli-ahli panel yang dilantik kesemuanya adalah terdiri daripada staf Pihak Hospital sendiri yang bekerja di bawah pengawasan COW-5. Oleh itu panel akan terpengaruh dengan COW-5 dan dengan itu keputusan panel adalah berat sebelah. 37. Setelah meneliti nota prosiding siasatan dalaman tersebut yang terdapat dimukasurat 7-63 COB-1, jelas menunjukkan Pihak Menuntut telah diberikan notis yang secukupnya mengenai tarikh siasatan dalaman dan juga butir-butir pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau. Berdasarkan nota prosiding tersebut juga Mahkamah mendapati Pihak Menuntut telah menghadiri siasatan dalaman tersebut dan telah dibenarkan untuk diwakili oleh pegawai dari Kesatuan Sekerja. Pihak Menuntut juga telah diberi peluang untuk menyoal balas saksi-saksi Pihak Hospital dan mengemukakan pembelaannya, membaca dan mengesahkan nota keterangan beliau sebelum menurunkan tandatangannya. Pihak Menuntut tidak pada bila-bila masa mendakwa mengenai ketidaktepatan nota-nota tersebut. Setelah meneliti nota prosiding siasatan dalaman tersebut, Mahkamah mendapati nota siasatan adalah tepat dan menggambarkan prosiding yang dijalankan. 38. Selain daripada itu walaupun COW-5 yang merupakan Pengurus Sumber Manusia, telah menjadi pihak pendakwa dalam prosiding siasatan dalaman tersebut, namun Mahkamah mendapati tidak ada secebis keterangan yang menunjukkan keputusan yang dibuat oleh panel siasatan adalah kerana telah dipengaruhi atau atas tekanan daripada COW-5. Keputusan yang dibuat oleh ahli panel adalah selepas menimbang keterangan-keterangan yang dikemukakan 17

sepanjang prosiding tersebut. Oleh itu Mahkamah mendapati prosiding siasatan dalaman tersebut telah dijalankan secara teratur dan mematuhi prinsip keadilan asasi. 39. Sekiranyapun siasatan dalaman tersebut didapati melanggar keadilan asasi, undang-undang adalah mantap iaitu ianya boleh dipulihkan melalui pendengaran semula di hadapan Mahkamah ini. Fakta bahawa ketidakpatuhan-ketidakpatuhan yang berlaku semasa prosiding siasatan dalaman sahaja, tidak akan menjadikan penamatan kerja tersebut telah dilakukan secara tidak adil. Ini adalah seperti yang telah diputuskan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor (supra), dimana Mohd. Azmi, HMP, telah menyatakan seperti berikut: The Industrial Court was not competent to declare the dismissal void for failure to comply with the rules of natural justice. The very purpose of the inquiry before the Industrial Court was to give both parties to the dispute an opportunity to be heard irrespective of whether there was a need for the employer to hold a contractual or statutory inquiry. We were confident that the Industrial Court as constituted at present was capable of arriving at a fair result by fair means on all matters referred to it. If therefore there had been a procedural breach on natural justice committed by the employer at the initial stage, there was no reason why it could not be cured at the re-hearing by the Industrial Court. Penilaian Keterangan Dan Dapatan Mahkamah 40. Fungsi Mahkamah seterusnya adalah untuk menilai sama ada Pihak Hospital telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian, berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan ini, bahawa Pihak Menuntut telah melakukan 18

kesalahan-kesalahan seperti dalam pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dan sekiranya ianya telah dibuktikan, sama ada salah laku tersebut mewajarkan kepada keputusan pembuangan kerja. 41. Berdasarkan kepada Kertas Pertuduhan, Pihak Menuntut telah dipertuduhkan dengan 5 pertuduhan iaitu pada 16.4.2014 telah melakukan salah laku-salah laku seperti berikut: i. Insubordination or disobeying reasonable instruction given by superior Tidak menurut atau membantah perintah munasabah yang diberikan oleh ketua/majikan. ii. iii. iv. Threat or Intimidation Superior Mengugut atau menghasut ketua. Obtaining or attempting to obtain leave of absence by false pretense Cuba mendapatkan cuti secara penipuan. Ineffeciency or lack of skill which an employee expressly or implicitly warrants himself to know Kekurangan kemahiran kerja, dimana pekerja tersebut sepatutnya memiliki/tahu. v. Irresponsible tidak bertanggungjawab. Pertuduhan Pertama 42. COW-1 dan COW-2 dalam keterangan mereka menyatakan pada 8.4.2014, satu taklimat telah diadakan oleh COW-1 kepada semua Porter supaya Porter-Porter mengikut jadual kerja lebih masa yang telah disediakan oleh COW-2 untuk tujuan melakukan kerja lebih masa dan mereka tidak dibenarkan lagi untuk membuat kerja lebih masa sesuka 19

hati mereka. COW-2 telahpun menerangkan keperluan mengikut jadual ini adalah supaya setiap Porter mempunyai kerja lebih masa yang seimbang. Walau bagaimanapun Pihak Menuntut enggan mematuhi arahan yang diberikan dan enggan mematuhi jadual yang telah disusun apabila beliau mendaftarkan diri untuk kerja lebih masa pada 16.4.2014 lebihkurang pukul 9.00am. Pada tarikh tersebut, Pihak Menuntut telah dijadualkan untuk bekerja dalam syif kedua iaitu dari pukul 1.00pm dan nama beliau tidak tersenarai untuk kerja lebih masa dalam jadual kerja lebih masa. Tindakan beliau ini jelas menunjukkan beliau telah enggan mematuhi arahan yang telah diberikan oleh ketuanya iaitu COW-1. Tambahan pula Pihak Menuntut dalam keterangannya langsung tidak menafikan beliau telah mendaftarkan diri untuk bekerja lebih masa pada 16.4.2014. Oleh itu Mahkamah mendapati perbuatan Pihak Menuntut yang mendaftarkan diri untuk bekerja lebih masa pada pukul 9.00am pada 16.4.2014 walaupun pada 8.4.2014 COW-1 telah memberi taklimat kepada semua Porter termasuk Pihak Menuntut untuk mengikut jadual kerja lebih masa yang disediakan, menunjukkan Pihak Menuntut dengan sengaja enggan mematuhi arahan munasabah yang telah diberikan oleh ketua beliau. Oleh itu jelas menunjukkan Pihak Hospital telah berjaya membuktikan Pihak Menuntut enggan menurut arahan yang telah diberikan oleh COW-1, dengan itu pertuduhan pertama telah berjaya dibuktikan. Pertuduhan Kedua 43. Berkaitan dengan pertuduhan kedua pula, Pihak Menuntut telah dipertuduhkan dengan kesalahan mengugut atau menghasut COW-1. COW-1 dalam keterangannya menyatakan setelah tidak berpuashati dengan arahan yang diberikan olehnya kepada Pihak Menuntut, Pihak Menuntut telah beberapa kali datang ke pejabat COW-1 untuk berjumpa dengan COW-1 dan telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang berbentuk ugutan kepada beliau iaitu: 20

i. Saya sudah lama bersabar dan selama ini saya diam dan u dah kacau periuk nasi orang. ii. iii. iv. Siapa besar u kah atau HR Manager. Sembang kat luar dan mencabar COW-1 untuk memanggil pegawai polis. Saya masih tunggu lagi dan jom kita sembang kat luar. v. Apek, pukul 1 ke Bukit Merah Restoran, saya tunggu. 44. Sekiranya perkataan-perkataan diatas diteliti, ditambah pula dengan keadaan yang tegang ketika itu, maka sudah tentu perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Pihak Menuntut dan ditujukan kepada COW-1 jelas merupakan satu ugutan kepada COW-1. Ini adalah kerana perkataan-perkataan tersebut telah diucapkan oleh Pihak Menuntut kerana beliau tidak berpuashati dengan arahan yang diberikan oleh COW-1 dan sudah tentu ianya diucapkan dalam keadaan marah. Mahkamah mendapati Pihak Menuntut ketika itu yang sedang berada dalam keadaan marah, ditambah pula dengan perbuatan beliau membuka uniform kerjanya di hadapan COW-1, menunjukkan beliau seolah-olah ingin berlawan dengan COW-1. Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati berdasarkan perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Pihak Menuntut kepada COW-1 dan tindakan beliau yang beberapa kali datang ke pejabat COW-1 mengajak COW-1 berbincang di luar menunjukkkan beliau sebenarnya ingin mengugut COW-1. 45. Dalam kes ini berdasarkan keterangan yang dikemukakan, terdapat Kesatuan Sekerja di Hospital iaitu Employees in Private Medical and Health Services Union. Pihak Menuntut adalah ahli kepada Kesatuan Sekerja tersebut. Sekiranya Pihak Menuntut tidak berpuashati dengan arahan yang dikeluarkan berkaitan kerja lebih masa ataupun mempunyai sebarang aduan, maka beliau boleh merujuk perkara ini kepada Pihak Kesatuan dan Pihak Kesatuan boleh berjumpa dengan 21

Pihak Hospital bertujuan untuk mencari penyelesaian atas aduan atau perasaan tidak puashati itu. Pihak Menuntut tidak sepatutnya bertindak secara sendiri dengan pergi ke pejabat COW-1 berulangkali dan mengeluarkan kata-kata ugutan untuk menunjukkan ketidakpuasan hati beliau dengan arahan yang telah diberikan oleh COW-1 itu. Walaupun Pihak Menuntut menyatakan beliau ke pejabat COW-1 semata-mata bertujuan untuk mengajak COW-1 minum di luar dan berbincang mengenai masalah kerja lebih masa, namun begitu ianya adalah sesuatu yang luar biasa untuk mengajak pegawai atasan untuk keluar minum dan berbincang di luar. Sekiranya dakwaan beliau bahawa beliau ingin berbincang dengan COW-1 adalah benar, beliau boleh berbuat demikian di pejabat COW-1 ataupun merujuk perkara tersebut kepada Kesatuan Sekerja untuk menyelesaikan masalah yang wujud itu. Apabila Pihak Menuntut mengajak COW-1 untuk berbincang di luar dan pada masa yang sama beliau dalam keadaan marah dan tidak berpuashati dengan COW-1, maka ianya bukan lagi merupakan satu ajakan sebenarnya, tetapi ianya lebih berbentuk satu ugutan atau ancaman kepada COW-1. Pada hari tersebut Pihak Menuntut telah beberapa kali pergi ke pejabat COW-1 dan ditambah pula dengan perbuatannya yang menanggalkan uniform kerjanya dihadapan COW-1 menyebabkan COW-1 berada dalam ketakutan. Oleh itu Mahkamah mendapati pertuduhan kedua telah berjaya dibuktikan oleh Pihak Hospital. Pertuduhan Ketiga 46. Berdasarkan kepada pertuduhan ini, Pihak Hospital mendakwa Pihak Menuntut telah memperolehi sijil cuti sakit untuk 16.4.2014 dan 17.4.2014 secara penipuan. Walau bagaimanapun setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang dikemukakan oleh Pihak Hospital untuk membuktikan sijil cuti sakit tersebut telah diperolehi oleh Pihak Menuntut secara penipuan. Saksi-saksi Pihak Hospital dalam keterangan mereka hanya menyatakan walaupun Pihak Menuntut telah 22

diberikan sijil cuti sakit, namun beliau masih berada di premis Hospital sepanjang hari pada 16.4.2014. Oleh sebab itu Mahkamah mendapati Pihak Hospital telah gagal membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Pihak Menuntut telah memperolehi sijil cuti sakit tersebut secara penipuan. Pertuduhan Keempat dan Kelima 47. Pihak Menuntut juga telah dipertuduhkan atas pertuduhan kekurangan kemahiran kerja, dimana pekerja tersebut sepatutnya ada. Mahkamah mendapati pertuduhan ini adalah tidak jelas dan tidak spesifik, adakah Pihak Hospital menyatakan berikutan daripada kejadian seperti pertuduhan pertama dan kedua, maka Pihak Menuntut tidak mempunyai kemahiran bekerja seperti yang diharapkan dan juga seorang pekerja yang tidak bertanggungjawab? Setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan kes ini, Mahkamah mendapati Pihak Hospital gagal mengemukakan sebarang keterangan untuk membuktikan Pihak Menuntut adalah seorang pekerja yang tidak mempunyai kemahiran kerja seperti yang sepatutnya beliau miliki dan juga seorang pekerja yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu Mahkamah mendapati Pihak Hospital gagal membuktikan kedua-dua pertuduhan ini. 48. Kesimpulannya Mahkamah mendapati daripada 5 pertuduhan yang telah dikenakan terhadap Pihak Menuntut, hanya dua pertuduhan sahaja iaitu pertuduhan pertama dan kedua sahaja yang berjaya dibuktikan oleh Pihak Hospital. Oleh itu isu seterusnya yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah sama ada salah laku-salah laku yang dibuktikan itu mewajarkan kepada hukuman buang kerja. 49. Dalam kes ini walaupun Pihak Hospital telah membuktikan hanya dua pertuduhan daripada 5 pertuduhan yang dikenakan keatas Pihak Menuntut, namun begitu Mahkamah berpendapat kesalahan yang telah dibuktikan itu adalah merupakan jenis kesalahan yang serius. Sebagai 23

seorang pekerja bawahan, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Menuntut untuk mematuhi setiap arahan yang telah diberikan oleh pegawai atasannya. Pihak Menuntut sepatutnya menghormati pegawai atasannya dengan mematuhi arahan-arahan yang diberikan. COW-1 adalah pegawai yang bertanggungjawab dalam semua urusan keselamatan dan pengangkutan Pihak Hospital. Oleh itu untuk mempastikan semua kerja-kerja di bahagian beliau dapat dijalankan dengan licin dan teratur, sudah tentu beliau mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan bagi mempastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan teratur. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Pihak Menuntut sebagai seorang pekerja yang bekerja di bawah COW-1 untuk mematuhi segala arahan yang telah dikeluarkan. Dalam kes Bahari Hamzah v. Island & Peninsular Berhad [2008] 1ILR 500, Y.A. Pengerusi dalam keputusannya telah merujuk kepada Misconduct in Employment by BR Ghaiye (2 nd. Edition) yang menyatakan seperti berikut: The right to control employee is a distinguishing feature of contract of employment. When the employee does certain acts which is contrary to his position as a subordinate, that he is guilty of insubordination insubordination denotes the tendency or state of mind of any act which is contrary to the subordinate position of the employee When an employee challenges the authority of the superior it amounts to giving formal notice to an officer that the employee will no longer act in subordinate capacity. Challenging the authority is therefore, contrary to the basic character of the employer and employee relationship. This will therefore constitute insubordination. 50. Adalah jelas disini apabila Pihak Menuntut enggan mematuhi arahan yang munasabah yang telah diberikan oleh COW-1 berkaitan dengan keperluan semua pekerja untuk mengikuti jadual kerja lebih masa yang telah disediakan lebih awal, menunjukkan Pihak Menuntut telah dengan sengaja enggan mematuhi arahan tersebut dan dengan itu Pihak Menuntut telah melakukan salah laku insubordination. 24

51. Dalam kes Pearse v. Foster [1886] 17 QBD 536, Lord Esher MR telah menyatakan seperti berikut: The rule of law is that where a person has entered into the position of servant, if he does anything incompatible with the due or faithful discharge of his duty to his master, the later has a right to dismiss him. The relation of master and servant implies necessarily that the servant shall be in a position to perform his duty faithfully, and if by his own act he prevents himself from doing so, the master may dismiss him. 52. Sementara itu Mahkamah Persekutuan dalam kes Ngeow Voon Yean v. Sungei Wang Plaza Sdn. Bhd./ Landmarks Holding Bhd. [2006] 3 ILR 1717, pula telah memutuskan seperti berikut: In Malaysia, the general rule governing the doctrine of superior orders is nothing more than the duty of obedience that is expected of an employee. The most fundamental implied duty of an employee is to obey his employer s orders. The classic modern statement of that duty is found in the judgment of Lord Eversherd M.R. in Laws v. London Chronicle (Indicator Newspaper) Ltd. [1959] 2 All ER 285 to be as follows: It is, no doubt, therefore, generally true that wilful disobedience of an order will justify summary dismissal, since wilful disobedience of a lawful and reasonable order shows a disregard a complete disregard of a condition essential to the contract of service namely the condition that the servant must obey the proper orders of the master and that, unless he does so, the relationship is, so to speak, struck at fundamentally. 53. Berdasarkan kepada kes-kes yang telah dirujuk diatas, adalah jelas salah laku yang dilakukan oleh Pihak Menuntut iaitu enggan mematuhi 25

arahan munasabah yang dikeluarkan oleh COW-1 adalah satu salah laku yang serius yang mewajarkan kepada hukuman pembuangan kerja. 54. Selain daripada itu Mahkamah juga mendapati pada hari itu Pihak Menuntut dalam keadaan marah dan tidak berpuashati dengan arahan yang dikeluarkan oleh COW-1 sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan perkataan-perkataan yang berbentuk ugutan dan ancaman terhadap COW-1, mengajak COW-1 untuk berbincang di luar, beberapa kali datang ke pejabat COW-1 pada hari itu dan menanggalkan uniform kerjanya dihadapan COW-1, dimana semua perbuatan ini menunjukkan Pihak Menuntut langsung tidak menghormati ketua beliau, iaitu COW-1. Malah apa yang lebih teruk lagi adalah segala tindakan dan perbuatan Pihak Menuntut ini telah menyebabkan COW-1 berada dalam keadaan takut dan terancam. Ini merupakan salah laku yang serius dan oleh itu Mahkamah berpendapat keputusan Pihak Hospital untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah wajar. 55. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati Pihak Hospital telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian pertuduhan pertama dan kedua yang dipertuduhkan keatas Pihak Menuntut dan memandangkan salah laku yang dilakukan itu adalah satu salah laku yang serius, maka keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah satu keputusan yang wajar, yang dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 56. Sebagai kesimpulan, setelah mengambilkira kesemua keteranganketerangan dan juga hujahan-hujahan bertulis yang dikemukakan di Mahkamah dan pada masa yang sama kepada peruntukan Seksyen 30(5), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani dan merit kes tanpa memikirkan kepada perkaraperkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah 26

memutuskan Pihak Hospital telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Dengan itu Mahkamah menolak tuntutan Pihak Menuntut. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 7 APRIL 2017. ~SIGNED~ (DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK 27