Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Penuaan Penduduk dan Permasalahannya di Indonesia

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PENJAGAAN TIDAK FORMAL WARGA TUA: ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

TEMPAT MENARIK SYDNEY

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Building a better Hong Kah North

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Transcription:

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 79-89 www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia KEPATUHAN AGAMA ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN UMMAH: KES TAHAP KEPATUHAN AGAMA WARGA TUA WANITA FELDA CHIKU, KELANTAN (Religious Obedience is A Foundation to the Formation of Ummah Civilization: The Case of Religious Obedience of the ElderlyWomen of Felda Chiku, Kelantan) 1 WAN IBRAHIM WAN AHMAD; 2 ZAINAB ISMAIL ; 1 MUHAMMAD HAFEEZ ZAKARIA; 1 SITI HAWA MADAN; 1 FARAHA ABDULLAH; 1 NOREDAYU ABDUL GHANI; 1 NORAINI MOHD TAJUDIN 1 Kolej Sastera dan Sains, UUM; 2 Fakulti Pengajian Islam, UKM ABSTRAK Akhir-akhir ini isu berkaitan warga tua menjadi semakin penting dalam agenda semua negara termasuk Malaysia. Salah satu isu yang boleh diberikan tumpuan ialah isu berkaitan tahap kepatuhan agama golongan ini. Tahap kepatuhan agama warga tua berbeza-beza di antara seorang warga tua dengan warga tua yang lain. Ada warga tua yang patuh kepada agama, sementara ada warga tua yang lain pula masih leka walaupun sudah menjangkau umur lanjut. Untuk itu makalah ini bertujuan meneroka permasalahan tahap kepatuhan agama warga tua ini dengan tumpuan khusus ke atas warga tua wanita di Felda Chiku, Gua Musang Kelantan. Berasaskan sampel 70 orang penduduk wanita berumur 50 tahun dan lebih yang dipilih secara rawak mudah, hasil kajian menunjukkan hampir keseluruhan mereka mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang tinggi. Warga tua yang mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang sederhana dan rendah adalah tidak signifikan. Implikasi dari penemuan ini ialah pelbagai program keagamaan perlu terus diaktifkan dalam masyarakat agar semua penduduk mempunyai kesedaran untuk mematuhi suruhan dan larangan agama dalam kehidupan. Kata kunci: warga tua; kepatuhan agama; penuaan penduduk *Corresponding author: Email: zainab@ukm.my Copyright 2012 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam Hadhari ukm 79

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 79-89 ABSTRACT In recent years, issues of elderly people are becoming increasingly prominent on the agenda of all countries, including Malaysia. One of the issues to be focused on is the issue of the levels of religious obedience. The level of religious obedience is different between the elderly. Some elderly are obedience while some others are neglecting it at their old age. The aim of this article is to explore religious obedience of elderly people with reference to elderly women in Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan. Based on 70 elderly women aged 50 years and above as samples selected through random sampling, the result shows that most of the elderly women have a relatively high religious obedience. The elderly women who have a moderate and lower level of religious obedience are not statistically significant. The implication of this finding is religious programs should be activated to help community members to be aware of religious obligation in their daily life. Keywords: elderly; women; religious obedience; elderly population PENGENALAN Tahap kepatuhan agama adalah asas kepada pembentukan tamadun ummah. Makalah ini tidak berhasrat untuk membincangkan pembentukan tamadun ummah secara khusus tetapi bertujuan menganalisis tahap kepatuhan agama penduduk dalam tamadun yang sedang berjalan dan meneroka pandangan penduduk ini secara kualitatif tentang kepentingan kepatuhan kepada agama sebagai alat untuk membentuk tamadun ummah yang cemerlang di masa akan datang. Akhir-akhir ini isu warga tua menjadi semakin penting dalam agenda semua negara membangun, termasuk Malaysia dan kerana itu isu ini telah berjaya menarik perhatian ramai penyelidik dan sarjana tempatan. Dalam masa hanya kira-kira dua dekad atau lebih sedikit sahaja sejak warga tua mula mendapat perhatian di Malaysia, banyak isu warga tua dan perubahan demografi penduduk tua telah menjadi sasaran penyelidikan di peringkat universiti. Ramai sarjana tempatan berusaha merebut peluang meneroka isu yang masih baru ini. Salah satu isu yang boleh diberikan tumpuan ialah isu berkaitan tahap kepatuhan agama golongan ini. Tahap kepatuhan agama warga tua wanita merupakan aspek yang menarik untuk diteliti. Hal ini antara lain kerana semakin tua seseorang semakin kesedaran mereka untuk menebus semua perbuatan masa muda yang tidak begitu mementingkan agama dan sekaligus menjadikan mereka mematuhi suruhan dan larangan agama. 80

Kepatuhan Agama Asas Pembentukan Tamadun Ummah Maklumat dalam makalah ini asalnya diambil dari satu kajian berkaitan konsep kendiri warga tua wanita di Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan (Wan Ibrahim Wan Ahmad, Zainab Ismail, Muhammad Hafeez Zakaria, Siti Hawa Madan, Faraha Abdullah, Noredayu Abdul Ghani & Noraini Mohd Tajudin, 2011). Ia dilakukan bertujuan mengkaji sejauh mana faktor-faktor profil sosiodemografi dan ekonomi mempunyai perkaitan dengan konsep warga tua. Bagi menjayakan kajian ini, seramai 70 orang responden yang merupakan warga tua wanita di kawasan Felda Chiku 01 telah dipilih. Felda Chiku 01 ialah satu tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Kelantan. FELDA sebagai institusi pembukaan tanah ditubuhkan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi pada tahun 1956 (Tunku Shamsul Bahrin, Perera dan Lim Heng Kow, 1992). Penubuhan FELDA bertujuan membangunkan kawasan luar bandar melalui pembukaan tanah untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit atau getah. Penubuhan FELDA juga bermatlamat menyusun semula petempatan penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangunkan agar taraf ekonomi penduduk dapat ditingkatkan. FELDA Chiku 01 ini terletak di daerah Ulu Lebir dalam jajahan Gua Musang, kira-kira 35 kilometer dari bandar Gua Musang. PERTAMBAHAN PENDUDUK TUA DI MALAYSIA Pertambahan warga tua bermula di negara maju, terutama di Eropah Barat dan Amerika Utara, diikuti negara membangun di rantau Asia, Afrika dan Amerika Latin. Ini kerana revolusi demografi bermula di bahagian dunia ini. Oleh kerana itu penuaan penduduk di negara maju sudah lama bermula. Malah sejak tahun 1950 dahulu lagi, walaupun ada negara tertentu dalam bahagian dunia ini yang masih mempunyai proporsi penduduk tua yang agak kecil, bahagian dunia ini sebagai satu wilayah telah mendapat status penduduk tua kerana pada waktu itu peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih di kawasan itu ialah 7.6 peratus (Kinsella dan Taeuber 1993). Dari segi demografi pertambahan pesat warga tua dalam masyarakat maju berkait rapat dengan penurunan kadar mortaliti dan fertiliti yang cepat yang berlaku sejurus selepas Revolusi Industri di Eropah Barat. Penurunan ketara kadar mortaliti dan fertiliti ini juga berkaitan dengan tahap kemajuan dan pembangunan sosioekonomi serta pemodenan dalam masyarakat maju itu sendiri selepas Perang Dunia II. Negara yang mempunyai tahap kemajuan sosio ekonomi yang lebih tinggi, seperti dalam masyarakat maju di Eropah Barat dan Amerika Utara, mempunyai kadar mortaliti dan fertiliti yang lebih rendah. Peratusan warga tua di negara maju mengalami peningkatan yang amat pesat, dan sekarang ini peratusan kategori penduduk ini dalam struktur penduduknya adalah tinggi. Bagi negara membangun pula walaupun pertambahan peratusannya agak perlahan, dari segi jumlah, pada hari ini ia menampung sebahagian besar warga tua dunia. 81

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 79-89 Eropah merupakan bahagian dunia yang mempunyai jumlah penduduk tua paling besar, sementara Afrika merupakan bahagian dunia yang mempunyai jumlah warga tua paling kecil. Afrika juga merupakan bahagian dunia yang paling lambat mendapat status penduduk tua di peringkat global. Mengikut kawasan geografi utama dunia, Eropah merupakan bahagian dunia yang mempunyai proporsi penduduk berumur 65 tahun dan lebih yang paling ramai. Pada tahun 2000, Eropah mempunyai 14.3 peratus penduduk pada tahap umur ini dalam struktur penduduknya, dan dijangka akan terus menjadi peneraju utama di peringkat global dalam beberapa dekad yang akan datang. Malah pada tahun 2025, dalam 10 orang penduduk, terdapat lebih daripada seorang penduduk berumur 75 tahun dan lebih di Eropah (Kinsella dan Taeuber, 1993). Pada tahun 2000, dianggarkan Eropah akan menjadi benua yang mempunyai penduduk tua paling ramai. Semua benua termasuk Asia, Afrika, dan Amerika Latin akan mendapat status berpenduduk tua pada tahun 2050. Walaupun sehingga ke hari ini Malaysia masih mempunyai jumlah penduduk berumur 65 tahun dan lebih yang kecil dan masih belum dikategorikan sebagai negara berpenduduk tua jika dibandingkan dengan negara Barat, tetapi jumlah dan peratusannya semakin bertambah. Terdapat tanda-tanda Malaysia sedang menuju ke arah penuaan (Heisil, 1984). Pada tahun 1970 penduduk berumur 65 tahun dan lebih di Malaysia ialah seramai 316, 852 orang dan ia meningkat menjadi 788, 000 orang pada tahun 1995. Dari segi peratusnya, ia meningkat daripada 3.1 peratus (1970), kepada 3.9 peratus (1995) dan meningkat kepada 4.2 peratus (2000) dan dijangka mencapai 7.3 peratus pada 2020 (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB] 1991). Berdasarkan pelunjuran ini, pada 2020 warga tua berumur 65 tahun dan lebih di Malaysia berjumlah 7.3 peratus. PBB (1988) mengkategorikan sesebuah negara sebagai berpenduduk tua apabila warga tua berumur 65 tahun dan lebih di negara tersebut berjumlah tujuh peratus atau lebih. Malaysia yang dijangkakan mempunyai warga tua sebanyak 7.3 peratus mendapat status berpenduduk tua pada 2020. Penurunan drastik dalam aspek fertiliti ini adalah akibat langsung perubahan dan kemajuan pesat dalam pembangunan sosio ekonomi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemajuan sosio ekonomi mempengaruhi pola kehidupan berkeluarga, khususnya ke atas pemboleh ubah keluarga yang dapat diperhatikan melalui semakin lewatnya penduduk memulakan perkahwinan pertama serta semakin ramai yang menginginkan anak yang sedikit. Dengan menurunnya fertiliti menyebabkan warga tua dalam struktur penduduk meningkat. Oleh itu proses penuaan ada kaitannya dengan kadar fertiliti. Jumlah warga tua meningkat apabila fertiliti dalam masyarakat itu menurun. Apabila fertiliti dan mortaliti berada pada tahap yang rendah maka struktur penduduk mempunyai warga 82

Kepatuhan Agama Asas Pembentukan Tamadun Ummah tua yang ramai. Berasaskan tahap fertiliti belum lagi menurun sepenuhnya, Malaysia bolehlah dikatakan masih berada di peringkat ketiga dalam transisi ini, kerana kadar fertiliti, walaupun sudah menurun, tetapi masih lagi tinggi. Oleh itu jumlah penduduk tua dalam struktur penduduk di Malaysia, walaupun mengalami peningkatan, tetapi jumlahnya masih belum begitu besar. Peningkatan drastik jumlah warga tua ini adalah akibat langsung daripada penurunan fertiliti di negara ini. Penurunan fertiliti menjadikan jumlah penduduk muda dalam struktur penduduk menurun, dan dalam masa yang sama jumlah warga tua bertambah. Pada tahun 1970 penduduk yang berumur 0-14 tahun berjumlah hampir separuh penduduk di Malaysia, tetapi peratusannya terus menurun menjadi 30.4 peratus (2020). Selaras dengan penurunan penduduk muda ini ialah terjadinya peningkatan peratusan penduduk tua. Peratusan penduduk tua bertambah daripada 5.2 peratus menjadi 6.3 peratus (2000) dan terus meningkat menjadi 10.0 peratus (2020). Oleh itu Malaysia sekarang sedang mengalami transisi daripada pengurangan jumlah penduduk muda kepada peningkatan penduduk tua, iaitu sedang mengalami proses penuaan penduduk. Transisi pengurangan jumlah penduduk muda dan peningkatan jumlah penduduk tua ini dapat diperhatikan melalui Jadual 1 di bawah. Jadual 1: Peratus Penduduk Mengikut Kumpulan Umur Malaysia: 1970-2020 Kumpulan Umur 1970 1980 1991 2000 2020 0 14 44.9 39.6 36.7 33.5 30.4 15 59 49.9 54.8 57.5 60.2 59.8 60 dan lebih 5.2 5.6 5.8 6.3 10.0 Sumber: Disesuaikan daripada Jean Pala (2005) Pada tahun 1991 peratusan penduduk berumur 60 tahun dan lebih di Malaysia menjulat di antara serendah-rendahnya 3.4 peratus di Sabah kepada 7.9 peratus di Perlis. Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka merupakan negeri yang mempunyai peratusan penduduk tua yang agak tinggi di Malaysia, melebihi tujuh peratus. Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (K.L) dan Pahang adalah tiga negeri yang mempunyai peratusan penduduk ini di bawah lima peratus. Pada tahun 2000 negeri yang mempunyai peratusan melebihi tujuh peratus bertambah daripada lima kepada tujuh buah iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan. Peratusannya pula menjulat daripada serendah 3.9 peratus (Sabah) kepada 9.2 83

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 79-89 peratus (Perlis). Tingginya peratusan warga tua di negeri tertentu seperti yang ditunjukkan adalah disebabkan berlakunya fenomena migrasi ke bandar oleh penduduk muda mencari peluang pekerjaan ataupun pendidikan. 84 LATAR BELAKANG WARGA TUA WANITA Warga tua wanita untuk kajian ini berjumlah 70 orang, dipilih daripada 150 populasi warga tua wanita. Pemilihan responden dibuat secara rawak mudah melalui satu kerangka persampelan yang dibentuk yang memberikan peluang yang sama rata kepada setiap anggota populasi di Felda Chiku 01, Gua Musang Kelantan untuk terpilih sebagai responden. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik, dan dianalisis secara deskriptif. Responden ini berumur di antara 50 hingga 85 tahun. Kebanyakan mereka berumur dalam lingkungan 51 hingga 61 tahun. Taraf pendidikan penduduk di Felda Chiku 01 boleh dikatakan agak rendah. Bagi mereka yang bersekolah, sebahagian besar mereka adalah bersekolah setakat tingkatan 5 sahaja. Responden yang tidak bekerja lebih ramai berbanding dengan responden yang bekerja. Jumlah responden yang tidak bekerja adalah seramai 45 orang. Ramainya responden yang tidak bekerja dalam kajian ini adalah berkaitan dengan status mereka sebagai suri rumah. Kebanyakan suri rumah di luar bandar, terutama di kawasan FELDA adalah tidak bekerja. Mereka menjadi suri rumah sepenuh masa. Pendapatan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada pekerjaan pendapatan suami. Keadaan hidup di luar bandar yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar juga menjadikan mengapa kebanyakan mereka tidak bekerja. Pendapatan yang mereka ada selalunya mencukupi untuk perbelanjaan harian keluarga. Lagipun banyak di antara keperluan dapur harian mereka memperolehinya secara percuma. Ada di antara keperluan dapur ini seperti ulam, sayur, atau ubi, boleh diperolehi dari tepi dapur tanpa perlu mengeluarkan duit. Kebanyakan responden mempunyai anak yang ramai. Mereka mempunyai anak di antara 5 hingga 9 orang. Ada juga responden yang mempunyai anak melebihi 10 orang. Ramainya anak yang dimiliki oleh penduduk luar bandar adalah berkaitan dengan kegunaan anak ini yang dianggap sebagai sumber keselamatan di hari tua. Penduduk luar bandar tidak mempunyai pendapatan tetap. Mereka bergantung harap kepada anak-anak apabila tiba masanya mereka tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan. Pendapatan mereka pada umumnya adalah rendah, dan kebanyakan mereka termasuk dalam kategori miskin. Pada umumnya pendapatan peneroka FELDA tidak banyak berbeza di antara seorang peneroka dengan peneroka yang lain. Kecuali peneroka yang

Kepatuhan Agama Asas Pembentukan Tamadun Ummah turut melakukan kerja-kerja sampingan, pendapatan kebanyakan peneroka yang lain adalah lebih kurang sama. Kebanyakan wanita melaporkan bahawa mereka mempunyai pendapatan kira-kira RM1,500 ke bawah sebulan. Walaupun ada yang berpendapatan melebihi RM3,000 tetapi jumlah responden yang mempunyai pendapatan seperti ini adalah tidak ramai (Jadual 2). Jadual 2: Jumlah Pendapatan Bulanan Responden Jumlah Pendapatan (RM) Kekerapan Peratus 1,500 dan kurang 62 88.6 1,501 3 000 6 8.6 3,001dan lebih 2 2.8 Jumlah 70 100.0 Walaupun mereka mempunyai pendapatan yang rendah tetapi pendapatan ini mencukupi untuk keperluan harian. Ramai di antara warga tua wanita yang menanam sayur-sayuran untuk keperluan dapur atau menjalankan pelbagai aktiviti sampingan untuk menambahkan pendapatan suami supaya pendapatan mereka mencukupi. TAHAP KEPATUHAN AGAMA WARGA TUA WANITA Untuk menganggarkan tahap kepatuhan agama warga tua wanita ini, mereka ditanyakan satu soalan secara langsung berkaitan persepsi mereka mengenai tahap kepatuhan mereka kepada agama, iaitu secara umumnya bagaimana tahap kepatuhan puan kepada agama akhir-akhir ini. Sila nyatakan sama ada: (1) amat tidak patuh, (2) tidak patuh, (3) tidak begitu patuh, (4) patuh, dan (5) amat patuh. Untuk membuat perbandingan tahap kepatuhan agama ini, manamana responden wanita yang menjawab (1) amat tidak patuh, dan (2) tidak patuh dikategorikan sebagai mempunyai tahap kepatuhan agama yang rendah, sementara responden yang menjawab pilihan (3) tidak begitu patuh, mereka tergolong sebagai mempunyai tahap kepatuhan yang sederhana, dan mana-mana responden yang menjawab pilihan nombor (4) patuh, dan (5) amat patuh, mereka termasuk mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang tinggi. Hasil analisis adalah amat membanggakan. Hampir keseluruhan warga tua responden mempersepsikan diri mereka sebagai orang yang patuh kepada agama. Mereka ini berjumlah 63 orang (90%) daripada 70 orang warga tua yang ditemubual. Warga tua wanita yang mempersepsikan diri sebagai mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang sederhana dan rendah adalah tidak signifikan. Hal ini menunjukkan kebanyakan penduduk di Felda Chiku 01 menjalankan 85

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 79-89 kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT dan tidak mengabaikan perintah tersebut (Jadual 3). Secara umumnya tahap kepatuhan kepada agama dalam kalangan responden dapat dibanggakan. Hanya dua orang sahaja daripada keseluruhan responden yang menyatakan mereka tidak patuh kepada agama. Jadual 3: Tahap Kepatuhan Responden kepada Agama Tahap Kepatuhan Kekerapan Peratus Rendah 2 2.9 Sederhana 5 7.1 Tinggi 63 90.0 Jumlah 70 100.0 Maklumat ini pada umumnya bukan merupakan sesuatu yang luar biasa dalam konteks warga tua luar bandar. Penduduk luar bandar, lebih-lebih lagi warga tua, pada umumnya mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang dapat dibanggakan. Semakin tua mereka semakin mereka ingin meningkatkan tahap kepatuhan mereka kepada agama. Ini kerana berasaskan kepercayaan dan pegangan agama mereka ialah bahawa hidup di dunia ini adalah sementara; suatu hari nanti mereka akan mati untuk bertemu dengan Tuhan Pencipta. Oleh itu mereka seboleh-bolehnya ingin mengumpulkan sebanyak mungkin bekalan atau pahala sebagai mempersiapkan diri menuju kepada kematian. Pemerhatian ke atas cara hidup penduduk di kawasan kajian juga mendapati kebanyakan mereka boleh dikatakan sebagai patuh kepada agama. Tidak ramai di antara penduduk luar bandar, apa lagi wanita, yang tidak sembahyang dan tidak berpuasa di bulan Ramadan. Mereka juga mudah menghulurkan sumbangan jika diminta. Mereka jarang melanggar perintah agama. Sebab itu wajar bagi mereka jika mereka merasakan mereka mempunyai tahap kepatuhan kepada agama yang tinggi. FAKTOR BERKAITAN DENGAN TAHAP KEPATUHAN AGAMA UNTUK PEMBENTUKAN TAMADUN UMMAH Penyelidikan ini, seperti yang telah dijelaskan adalah penyelidikan deskriptif yang bertujuan menjelaskan fenomena kepatuhan warga tua wanita kepada agama. Walaupun ada hipotesis tertentu yang diuji, tetapi hipotesis yang diuji adalah berkaitan dengan tujuan asal penyelidikan ini, iaitu konsep kendiri. Oleh itu tidak ada hipotesis statistik untuk meneroka isu-isu berkaitan dengan tahap kepatuhan agama warga tua wanita di kawasan kajian. Bagaimanapun maklumat yang digunakan dalam bahagian ini untuk meneroka faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian berkaitan dengan tahap kepatuhan agama yang boleh mempengaruhi pembentukan tamadun ummah ialah maklumat kualitatif 86

Kepatuhan Agama Asas Pembentukan Tamadun Ummah yang diperolehi daripada temubual tidak berstruktur yang dilakukan dengan warga tua wanita yang menjadi responden kajian. Temubual tidak berstruktur ini dilakukan terutamanya sebelum dan selepas temubual berstruktur ke atas mereka. Hasil temubual ini memberikan maklumat berikut, iaitu: (1): Semua anggota masyarakat perlu mempunyai keprihatinan kepada kepentingan agama dalam kehidupan mereka. Jika tidak tamadun akan datang menjadi porak peranda. Hasil kajian ini mendapati, perubahan umur menjadikan keprihatinan seseorang kepada agama semakin meningkat. Hal ini kerana mereka menyedari kesilapan masa lalu mereka yang tidak begitu mementingkan agama dalam kehidupan seharian. Untuk menebus kesilapan ini mereka kini berusaha melipatgandakan amalan agama agar mereka boleh meninggal sebagai seorang yang patuh kepada agama. Mereka ingin menggunakan masa yang tersisa untuk agama. Oleh itu, usaha perlu terus dilakukan agar semua anggota masyarakat turut mempunyai keprihatinan yang sama akan pentingnya agama dalam kehidupan untuk membolehkan tamadun ummah cemerlang. (2): Setiap anggota masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran akan perlunya meningkatkan tahap kepatuhan kepada agama. Walaupun kesedaran kepada agama di Malaysia sekarang ini sudah jauh berbeza dengan masa-masa yang lalu, tahap kesedaran seperti ini perlu dipertingkatkan. Tahap kesedaran ini juga perlu menyeluruh kepada semua orang di semua peringkat. Orang yang patuh kepada agama tidak banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat. Khusus bagi negeri Kelantan yang sudah lama menjadikan aspek keislaman sebagai agenda penting penduduk, tahap kepatuhan kepada agama kini, khususnya dalam kalangan warga tua boleh dikatakan menyeluruh. Malah, jika ada warga tua yang agak jauh daripada agama, seperti umpamanya tidak sembahyang tidak pernah ke masjid, atau tidak berpuasa umpamanya, adalah tidak diterima oleh masyarakat. Mereka dipencilkan dan dicemuh oleh masyarakat. Perasaan seperti ini perlu disemai kepada semua orang di tempat-tempat lain. (3): Unsur malu dan takut dipencilkan dan dicemuh oleh masyarakat juga menjadi satu faktor mengapa tahap kepatuhan agama warga tua boleh dikatakan baik. Unsur ini juga perlu dijadikan budaya dalam kehidupan. Tamadun yang stabil dan berkualiti perlu mempunyai anggota yang ada rasa malu dan takut kepada orang lain di sekeliling. Walaupun ada di antara warga tua yang tidak begitu berminat dengan apa-apa program agama tetapi disebabkan kebanyakan warga tua di sekeliling melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan, maka perasaan malu menyebabkan warga tua yang malas ini terpaksa juga sama-sama melibatkan diri. Keadaan ini lama kelamaan boleh menjadikan mereka merasa seronok dan sayang untuk turut melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti agama. Oleh yang demikian, rasa malu dan takut ini perlu disemai dalam kalangan semua penduduk di Malaysia. 87

Jurnal Hadhari Special Edition (2012) 79-89 (4): Ada juga di antara warga tua yang menunjukkan mereka patuh kepada agama disebabkan mereka ingin bersosial. Walaupun konotasinya agak negatif, tetapi ia boleh meninggalkan impak positif kepada pembentukan tamadun. Dengan melibatkan diri dalam apa juga program agama menjadikan mereka mempunyai peluang untuk berinteraksi dan berbual-bual dengan kawankawan. Tanpa melibatkan diri dalam program seperti ini menjadikan mereka tidak mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan orang lain. Mereka boleh merasa terpencil. Walaupun hal seperti ini pada awalnya kurang sesuai, tetapi akhirnya, orang yang patuh kepada agama secara terpaksa ini berkemungkinan boleh menjadikan mereka betul-betul patuh. (5): Wujudkan pelbagai aktiviti agama dalam komuniti yang boleh menarik penduduk untuk menyertainya. Aktiviti ini boleh berfungsi sebagai satu kaedah yang boleh menghindarkan penduduk daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Dalam konteks warga tua, ramai warga tua yang mencari aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Semakin tua seseorang semakin sempit dunia pergaulan mereka. Disebabkan dunia mereka semakin sempit maka mereka tidak mempunyai banyak aktiviti yang boleh mereka buat. Mereka ingin mencari aktiviti agar mereka tidak terus duduk dan tidur sepanjang masa di rumah. Salah satu aktiviti yang ada yang dianggap sesuai dengan umur mereka yang sudah tua ialah melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan di peringkat kampung. Aktiviti seperti ini dilihat oleh warga tua sebagai aktiviti yang menyeronokkan. Dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti mereka turut berasa walaupun diri mereka sudah tua tetapi mereka masih diperlukan oleh masyarakat. Apabila anggota masyarakat tertarik dengan aktiviti ini maka banyak masalah sosial dalam komuniti dapat dielakkan. PENUTUP Dengan meningkatnya jumlah warga tua dalam masyarakat menjadikan banyak isu berkaitan warga tua boleh diberikan tumpuan untuk perbincangan. Makalah ini membincangkan tahap kepatuhan agama warga tua dengan tumpuan khusus ke atas warga tua wanita di Felda Chiku, Gua Musang, Kelantan. Secara umumnya tahap kepatuhan agama warga tua wanita di kawasan kajian adalah membanggakan. Sebahagian besar warga tua yang menjadi responden melaporkan mereka patuh dan amat patuh kepada agama. Kepatuhan mereka kepada agama, seperti yang dilaporkan, adalah berkaitan dengan pelbagai sebab. Sebab-sebab ini, termasuklah kerana perubahan umur, kesedaran agama, unsur takut dan malu, ingin bersosial, dan aktiviti untuk memenuhi masa lapang. 88

Kepatuhan Agama Asas Pembentukan Tamadun Ummah RUJUKAN Heisil, M.A. 1984. Ageing in the developing world. Population Studies 11(2): 37-51. Jean Pala. 2005. Aliran penuaan penduduk di Malaysia. Siri Monograf No. I. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Kinsella, Kevin & Taeuber, Cynthia M. 1993. An aging world II. U.S. Bureau of the Census, international population reports P95/92-3. Washington D.C: U.S Government Printing. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 1988. World population prospect: Estimates and projection as assessed in 1982. New York: Department of International Economics and Social Affair. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 1991. Sex and age distributions of population. New York: Department of International Economics and Social Affair. Tunku Shamsul Bahrin, Perera dan Lim Heng Kow. 1992. Kemajuan tanah dan penempatan semula di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Ibrahim Wan Ahmad, Zainab Ismail, Muhammad Hafeez Zakaria, Siti Hawa Madan, Faraha Abdullah, Noredayu Abdul Ghani & Noraini Mohd Tajudin. 2011. Konsep kendiri wanita di Felda Chiku 01, Gua Musang, Kelantan. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan. 89