MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Piawaian Bon Hijau ASEAN

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi.

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

PRUlink money market fund

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

Ini adalah Tatakelakuan kita

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

KAEDAH PERANG SARAF DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Building a better Hong Kah North

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

KRISIS KEWANGAN GREECE: FAKTOR-FAKTOR KRISIS MENURUT TEORI MARXIST

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

TEMPAT MENARIK SYDNEY

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT NOR EEDA BINTI HAJI ALI

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

Demokrasi di Pinggiran

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

Tadbir Urus Korporat

Transcription:

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR DIPLOMASI BILATERAL & DIPLOMASI PELBAGAI HALA Laman Web Kementerian Luar Negeri Sumber: http://www.kln.gov.my DIPLOMASI BILATERAL Pengenalan Diplomasi duahala merupakan suatu mekanisma penting di dalam mengeratkan hubungan duahala di antara Malaysia dan negara-negara lain. Walaupun asas hubungan duahala adalah dalam bentuk aktiviti politik serta berasaskan ekonomi, namun skop kerjasama duahala telah berkembang ke bidang-bidang lain. Kerjasama di dalam bidang kebudayaan, pelancongan, pendidikan, sains dan teknologi telah mencatatkan peningkatan yang signifikan saban tahun. Sehingga Mac 2012, Malaysia telah menubuhkan sebanyak 106 Perwakilan Malaysia di luar negara yang terdiri daripada 67 Kedutaan, 16 Suruhanjaya Tinggi, 2 Perwakilan Tetap ke PBB dan 1 di ASEAN, sebuah Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia serta 19 Pejabat Konsulat. Terdapat beberapa buah perwakilan tersebut yang turut ditauliahkan serentak ke beberapa negara. Rangkaian jaringan Perwakilan Malaysia ini jelas menunjukkan bukti penekanan Malaysia terhadap jalinan hubungan diplomatik duahala. Hubungan duahala dengan rakan Malaysia yang membangun dan maju akan digunakan oleh Malaysia bagi mengenalpasti peluang untuk mengeratkan kerjasama politik selain memperkenalkan pembangunana sosio-ekonomi Malaysia. Malaysia akan lebih berfokuskan kepada memperkasakan diplomasi ekonomi bagi peningkatan perdagangan, pelaburan dan peluang pelancongan. Fokus utama diplomasi duahala adalah untuk mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan politik duahala, promosi perdagangan dan pelaburan, meningkatkan kerjasama dan pembinaan kapasiti dalam pelbagai bidang, melaksanakan pembangunan infrastruktur serta mempromosikan kestabilan dan keamanan. Pengenalan DIPLOMASI PELBAGAI HALA Malaysia menjadi anggota beberapa pertubuhan pelbagai hala termasuk PBB, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel, ASEAN, Kumpulan G77 (G77), Kumpulan 8 Negara Membangun (D8), Dialog Asia - Timur Tengah (AMED), Kerjasama Asia Timur - Amerika Latin (FEALAC), Persatuan Lingkaran Pasifik Lautan Hindi bagi Kerjsama Serantau (IOR-ARC), Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC). Diplomasi pelbagai hala tidak sekadar penting tetapi juga menjadi asas pelaksanaan dasar luar negara Malaysia sejak kita mencapai kemerdekaan. Malaysia telah berusaha keras untuk mencapai kestabilan dan keselamatan politik serta sosioekonomi di peringkat global dalam sistem pelbagai hala. Maka, Malaysia akan menggalakkan keselamatan, undang-undang antarabangsa dan pembangunannya melalui penyertaan aktifnya dalam forum antarabangsa, terutamanya sistem PBB dan agensi khususnya. Melalui keanggotaan sejagat dan piagamnya, PBB memegang peranan utama dan amat penting dalam pentadbiran sistem pelbagai hala. Malaysia menyedari peri pentingnya menyampaikan keperluan sosial dan ekonomi yang mendesak bagi negara membangun dan mengharap kepada PBB untuk memajukan agenda pembangunan berkaitan kemunduran dan pembasmian kemiskinan. Melalui penyertaannya dalam forum antarabangsa, Malaysia menyuarakan pandangannya bahawa resolusi konflik antarabangsa hendaklah secara aman dan selaras dengan undang-undang PBB dan antarabangsa. Malaysia akan menyokong semua usaha yang bermatlamat untuk mengukuhkan PBB dan semangat hubungan pelbagai hala. Malaysia memainkan peranan utama dalam memajukan agenda pembangunan negara Selatan melalui kepimpinannya dalam NAM dan OIC. 1

Sumbangan yang dibuat oleh Malaysia ketika menjadi Pengerusi telah merangsang dan mengaktifkan semula keduadua pertubuhan ini. Program yang diperkenalkan oleh Malaysia kepada negara-negara OIC seperti Program Membina Keupayaan dan Institut Pembebasan Wanita NAM (NIEW) perlu dilaksanakan dan digalakkan dengan bersungguhsungguh. Kerjasama Selatan-Selatan yang bertambah erat baru-baru ini berkembang menjadi perjanjian peringkat tinggi antara benua, perkembangan yang memberikan petanda baik bagi perpaduan yang semakin kukuh dan sikap saling bergantung yang bertambah dalam kalangan negara membangun dalam menghadapi cabaran sosial dan ekonomi yang sama. Aspek penting lain dalam perjanjian ini ialah kerjasama dalam bidang teknikal, saintifik dan perdagangan. Pengukuhan diplomasi pelbagai hala Malaysia ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana isu dan cabaran yang dihadapi negara semakin bertambah sejak beberapa dekad lalu. Keselamatan & Ketenteraman Antarabangsa Penubuhan PBB enam dekad lalu sebagai akibat daripada Perang Dunia II menjadi titik perubahan dalam sejarah. Sifat menghancurkan akibat perebutan kuasa dunia yang melanda seluruh dunia memaksa negara di dunia mewujudkan satu pertubuhan antarabangsa yang boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya satu lagi perang dunia. Sejak menjadi anggota PBB pada tahun 1957, Malaysia telah meletakkan dasar yang dinyatakan dalam Piagam PBB di tempat paling utama, terutamanya untuk menyelesaikan pertelingkahan melalui cara yang aman. PBB memberikan peluang yang sama kepada semua negara dunia untuk menyuarakan pendapat mereka, memberi Malaysia perlindungan melalui rangka kerja hubungan pelbagai hala dan menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa. Malaysia sentiasa prihatin terhadap perbezaan pendapat dan kerumitan yang dihadapi dalam perlucutan senjata dan keselamatan antarabangsa. Justifikasi yang dibuat oleh negara tertentu untuk terus mewujudkan senjata pemusnah besar-besaran dan penggunaannya sebagai penghalang keselamatan oleh beberapa negara menjejaskan kewujudan bersama negara secara aman, lalu menjadi ancaman kepada kemanusiaan. Alasan sedemikian menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan negara yang cintakan keamanan kerana ia mengancam keselamatan mereka dan menyebabkan negara lain menyimpan senjata tersebut untuk mempertahankan negara mereka. Perkara ini hanya menjadi formula yang membawa kepada perlumbaan senjata. Oleh itu, usaha, strategi dan komitmen sebenar perlu diperbaharui untuk meleraikan kebuntuan ini bagi mencapai pelucutan sepenuhnya dan seluruhnya senjata pemusnah besar-besaran dan senjata konvensional. Atas sebab ini, Malaysia komited untuk melaksanakan segala usaha untuk mewujudkan dunia yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata konvensional. Seiring dengan kemajuan Malaysia, dasar luar negaranya akan terus mengutamakan sistem hubungan pelbagai hala PBB dan mekanismenya. Malaysia akan terus menyumbang untuk masa depan pertubuhan ini. Keselamatan Manusia & Tenaga Dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah, konflik dan bencana yang timbul menyebabkan masyarakat dunia membentuk konsep keselamatan manusia. Konflik dan bencana seperti kekurangan bekalan makanan dan air memburukkan lagi keadaan dan boleh membawa kesan yang serius kepada kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia. Keselamatan sumber tenaga menjadi isu yang hangat diperdebatkan sejak berdekad-dekad. Kini, penduduk dunia dianggarkan menggunakan 87 juta tong minyak mentah sehari dan menjelang tahun 2010, kadar penggunaannya akan mencecah 110 juta tong sehari. Dunia sedang menghadapi krisis bekalan tenaga kerana permintaan yang amat tinggi dan kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga. Dunia dikejutkan dengan harga minyak mentah yang mencecah nilai tertinggi pada Julai 2008 dan hampir membawa kepada kemelesetan ekonomi dunia. Keselamatan bekalan tenaga perlu menimbangkan supaya penyelidikan dibuat ke atas sumber baru tenaga yang boleh dibaharui. Isu Alam Sekitar Pertumbuhan ekonomi luar biasa yang disaksikan oleh dunia akan memberikan tekanan hebat ke atas alam semula jadi dan persekitaran. Pemanasan global Pemanasan global menjadi isu transnasional yang memerlukan tindakan sejagat. Dalam menghadapi cabaran ini, diplomasi alam sekitar ternyata perlu diberikan tumpuan oleh Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan dengan persekitaran. 2

Dalam beberapa tahun ini, peningkatan suhu akibat gas karbon dioksida yang terperangkap dan kesan gas rumah hijau banyak mempengaruhi cuaca dunia. Pemanasan global akan memberikan kesan kepada kehidupan manusia di seluruh dunia. Ini termasuk mendapatkan bekalan air minum, kesihatan, makanan dan kesejahteraan alam sekitar. Pengunaan pakai Protokol Kyoto dan Persidangan Rangka kerja PBB tentang Pemanasan Global merupakan langkah pertama untuk mengurangkan pelepasan gas berbahaya dan menangani pemanasan global. Dalam hal ini, Malaysia perlu mempunyai pendirian teguh terhadap isu pemanasan global yang melangkaui Protokol Kyoto. Demi mencapai matlamat ini, Malaysia perlu terlibat secara aktif dalam usaha antarabangsa untuk menggubal dasar yang berasaskan kajian saintifik yang mantap. Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia menjadi semakin penting sejak bertahun-tahun. Disokong tegas sejak berakhirnya Perang Dunia II, pergerakan dan kepercayaan terhadap peri pentingnya amalan hak asasi manusia telah tersebar ke serata dunia. Malah, ia telah diterima pakai oleh PBB dan didokumenkan sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Hal ini menjadi isu perdebatan moral yang penting. Malaysia mengambil pendekatan holistik berkenaan hak asasi manusia dan menganggap semua hak sebagai tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Di Malaysia, semua hak penduduk dilindungi oleh peruntukan undangundang dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak asasi semua penduduk, termasuk golongan minoriti. Tetapi, hak ini tidak mutlak dan bergantung pada, antara lain, ketenteraman awam, prinsip moral dan keselamatan negara, yang konsisten dengan UDHR. Sambil mendukung prinsip asas hak asasi manusia, Malaysia menegaskan nilai hak asasi manusianya yang mengambil kira sejarah negara serta agama, sosial dan budaya masyarakat berbilang kaum. Ini bagi memastikan bahawa keharmonian masyarakat dijaga dan dilindungi. Amalan hak asasi manusia di Malaysia membayangkan sistem nilai Asia yang lebih luas, iaitu kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan lebih penting daripada hak individu. Malaysia menyokong kuat hak asasi manusia dan giat menyertai forum tempatan dan antarabangsa untuk membuktikan bahawa negara ini benar-benar komited dan akan terus komited dalam memperbaik sistem hak asasi manusia. Anti Keganasan & Jenayah Rentas Sempadan (Pencegahan Keganasan & Jenayah Transnasional) Keganasan dan jenayah terancang transnasional merupakan masalah sejagat yang serius dan mampu mengancam kestabilan dan keselamatan negara serta keamanan antarabangsa. Perjuangan menentang keganasan dan jenayah terancang transnasional perlu dibuat secara menyeluruh. Masyarakat antarabangsa perlu memberikan takrif yang diterima di seluruh dunia untuk mengenal pasti puncanya dan mengambil tindakan yang wajar bagi memulihkannya serta memasukkan akta keganasan yang dilakukan oleh sesebuah negara. Malaysia mengecam semua tindakan, kaedah dan amalan keganasan dan jenayah transnasional. Oleh sebab keganasan dan jenayah terancang transnasional merupakan fenomena antarabangsa yang menjangkaui sempadan negara, perjuangan menentang kedua-dua ancaman tersebut memerlukan tindakan antarabangsa yang berkesan menurut Piagam PBB dan prinsip mengawal hubungan dan undang-undang antarabangsa yang diiktiraf di seluruh dunia. Malaysia percaya bahawa forum terbaik untuk mengetuai dan menyelaras tindakan tersebut ialah PBB. Malaysia aktif menyumbang/berkongsi maklumat dan pengalaman dalam Suruhanjaya Pencegahan Jenayah dan Keadilan Jenayah (CCPCJ) dan Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) dan juga di peringkat serantau, terutamanya di bawah Program Kerja ASEAN sebagai usaha membanteras keganasan dan jenayah terancang transnasional. Dialog Antara Kepercayaan & Antara Peradaban Usaha mengadakan dialog antara kepercayaan dan antara peradaban menunjukkan bertambahnya perhatian politik di peringkat tinggi dengan kepentingan strategik bagi dialog antara budaya dan antara agama dalam usaha mencapai keamanan. Keperluan menyelaras tindakan antarabangsa untuk memupuk keamanan timbul ekoran daripada peristiwa 11 September, serangan di Madrid pada 11 Mac 2004, pengeboman di London pada 7 Julai 2005 dan pengeboman di Mumbai baru-baru ini pada 26 November 2008. Dengan mengambil kira bertambahnya usaha berkenaan antara kepercayaan dan antara peradaban, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada inisiatif yang diketuai oleh PBB di peringkat antarabangsa; Pakatan Peradaban (AoC) di peringkat serantau; Dialog antara kepercayaan Asia Pasifik. 3

Pengukuhan ASEAN ASEAN merupakan asas bagi dasar luar negara Malaysia. ASEAN juga penting dari segi geopolitik dan ekonomi berkaitan Malaysia dan kepada negara di rantau ini. Pendirian ASEAN yang menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian masalah secara aman menjadi asas kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini. Menjelang tahun 2015, sebuah komuniti Asean akan ditubuhkan. Komuniti ini dibina berdasarkan tiga tunggak kerjasama, iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC). ASEAN berazam untuk mempercepat pelaksanaan sepenuhnya bidang, langkah dan prinsip program Komuniti ASEAN dengan kefleksibelan yang sewajarnya selain mengenal pasti pentingnya negara anggota ASEAN mengamalkan pendekatan seimbang ke arah mencapai semua tiga tunggak Komuniti ASEAN. Dengan Pelan Tindakan dan Protokol yang bersungguh-sungguh, ASEAN semakin menghampiri matlamatnya untuk membina Komuniti ASEAN yang mempunyai ciri interaksi dan penglibatan politik dan keselamatan yang lebih baik, pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan modal dan buruh mahir serta masyarakat penyayang, menumpukan kepada pembangunan sosial, pendidikan dan modal insan, kesihatan awam, kebudayaan dan maklumat serta penjagaan alam sekitar. ASEAN mengemukakan rangka tindakan bagi tiga tunggak komuniti yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan sektor berkaitan bagi negara anggota ASEAN. Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN digunakan oleh pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-13 pada November 2007. Dua rangka tindakan lain Rangka Tindakan Keselamatan Politik Komuniti ASEAN dan Rangka Tindakan Sosiobudaya Komuniti ASEAN telah menjalani proses pendrafan dan sedia untuk digunakan oleh pemimpin ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di Thailand. Untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serantau yang berubah dan cabaran masa depan, ASEAN mengemukakan Piagam ASEAN. Dengan Piagam ini, ASEAN akan mengalami perubahan untuk menjadi pertubuhan yang berasaskan peraturan dan bercirikan undang-undang. Piagam ini menekankan prinsip sama yang mengikat kesemua 10 negara anggota ASEAN, iaitu kedaulatan undangundang, pentadbiran yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan; perkongsian komitmen dan tanggungjawab kolektif dalam mempertingkat keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau; serta mempertingkat rundingan dalam perkara yang mempengaruhi kepentingan bersama ASEAN. Isu Sebagai anggota asal ASEAN, dasar luar negara Malaysia terus menekankan kerelevanan dan kepentingan ASEAN sebagai forum dan pemangkin untuk dialog serantau. Perkongsian Dialog ASEAN, Forum Rantau ASEAN, ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur membolehkan anggotanya untuk mengajak kuasa-kuasa besar membincangkan isu penting serantau dan sejagat. Dalam usaha menjadikan ASEAN pertubuhan serantau yang lebih berkesan, bersepadu, berdasarkan peraturan dan berorientasikan penduduk, negara anggota ASEAN memutuskan untuk merumuskan Piagam ASEAN yang akhirnya ditandatangani dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-13 di Singapura. Piagam ASEAN akan menetapkan rangka kerja institusi yang baru dan sah untuk memperbaik pelaksanaan, penyelarasan dan proses membuat keputusan. Piagam ini berkuat kuasa pada 15 Disember 2008. Dalam strategi dasar luar negara, Malaysia akan terus menegaskan komitmen dan tugasnya dalam ASEAN untuk mencapai keamanan, keselamatan dan kemakmuran di rantau ini. Malaysia juga akan terus bekerjasama dengan rakan negara anggota ASEAN ke arah mewujudkan Komuniti ASEAN menjelang 2015. Dalam skala yang lebih besar, ASEAN akan menggalakkan hubungan yang lebih erat dengan kumpulan serantau lain tentang isu kepentingan dan manfaat bersama. Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) PKTM pertama kali diilhamkan semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel untuk Asia Pasifik di Sydney pada bulan Februari 1978. Susulan itu, PKTM secara rasminya dilancarkan pada 7 September 1980 semasa berlangsungnya Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di New Delhi, India untuk memenuhi komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, khususnya berkaitan Kerjasama Teknikal di kalangan negara-negara membangun. Selaras dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan, Malaysia melalui PKTM berkongsi kepakaran dan pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun yang lain. PKTM dilaksanakan berdasarkan prinsip bahawa pembangunan sesebuah negara bergantung kepada kualiti tenaga kerja di negara tersebut. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Malaysia ke arah mempromosikan kerjasama teknikal di kalangan negara- 4

5 negara membangun, memperkukuhkan hubungan kerjasama dua hala dan serantau serta memupuk sifat berdikari di kalangan negara-negara membangun secara kolektif. PKTM memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia melalui program latihan dalam pelbagai bidang utama pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam,good governance, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembangunan mapan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan. Pelbagai kursus jangka pendek ditawarkan oleh institusi latihan di bawah PKTM yang kebanyakannya merupakan pusat kecemerlangan untuk latihan. Sejak penubuhannya, lebih daripada 20,000 peserta daripada 138 negara telah mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di bawah PKTM. Objektif Utama PKTM adalah bertujuan: 1. untuk berkongsi pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun; 2. memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara membangun lain; 3. untuk menggalakkan dan mempromosikan Kerjasama Selatan-Selatan; dan 4. untuk menggalak dan mempromosi kerjasama teknikal di kalangan negara-negara membangun. Komponen program bantuan teknikal di bawah PKTM merangkumi: 1. Kursus jangka pendek 2. Kursus jangka panjang 3. Lawatan sambil belajar dan penempatan 4. Penghantaran pakar 5. Projek pembangunan sosio-ekonomi 6. Bantuan perkakasan/peralatan Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi PKTM melalui http://mtcp.kln.gov.my Triti Pelbagai Hala (Versi Bahasa Inggeris) List of Multilateral Argriculture 1. International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture, Rome, 3 November 2001. Atmosphere And Outer Space 1. Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, including the Moon and Other Celestial Bodies, Washington, London and Moscow, 27 January 1967 2. Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, Washington, London and Moscow, 22 April 1968 ( hereafter 1968 Rescue Agreement ) 3. Vienna Convention for the Protection of the Ozone Layer, Vienna, 22 March 1985 Communications 1. Universal Postal Convention and General Regulation of UPU, Rio de Janeiro, 26 October 1979 2. Postal Parcels Agreement, Rio de Janeiro, 26 October 1979 3. Asia Pacific Postal Convention, Jogjakarta, 27 March 1981 4. Universal Postal Convention and General Regulation of UPU, Hamburg, 27 July 1984 5. Constitution of the Asia-Pacific Postal Union, Bangkok, 4 December 1985 6. Asia Pacific Postal Convention, Rotorua, 6 December 1990 Commodities 1. Constitution of the International Rice Commission, Washington, 29 November 1948

2. Agreement establishing the Asian Coconut Community, Bangkok, 12 December 1968 3. Agreement establishing the Pepper Community, Bangkok, 16 April 1971 4. Agreement establishing the Southeast Asia Tin Research and Development Centre, Bangkok, 28 April 1977 5. International Natural Rubber Agreement 1979, Geneva, 6 October 1979 6. Agreement establishing the Common Fund for Commodities, Geneva, 27 June 1980 7. Sixth International Tin Agreement 1981, Geneva, 26 Jun 1981 8. Agreement establishing the Association of Tin Producing Financial Agreement, London, 30 March 1983 9. International Convention on the Harmonized Comodity Description and Coding System, Brussels, 14 Jun 1983 10. International Tropical Timber Agreement, Geneva, 18 November 1983 11. International Natural Rubber Agreement 1987, Geneva, 20 March 1987 12. Terms of References of the International Tin Study Groups, New York, 7 April 1989 13. International Cocoa Agreement 1993, Geneva, 16 July 1993 Customs Matter 1. International Convention for the Publication of Customs Tariffs, Brussels, 5 July 1890:- (i) Protocol modifying the 1890 Convention concerning the Creation of an International Union of Publication of Customs Tariff, Brussels, 16 December 1949 2. Convention on the Nomenclature in Goods in Customs Tariff and 1955 amending Protocol, Brussels, 15 December 1950 3. Convention Establishing a Customs Cooperation Council, Brussels, 15 December 1950 4. Customs Convention on the Temporary Importation of Private Road Vehicles, New York, 4 Jun 1954 5. Convention concerning Customs Facilities for Touring, New York, 4 Jun 1954:- (i) Additional Protocol to the 1954 Convention concerning Customs Facilities for Touring relating to the Importation Tourist Publicity and Material, New York, 4 Jun 1954 6. Convention on the A.T.A Carnet for the Temporary Admission of Goods, Brussels, 6 December 1963 7. International Convention on the Simplification and Harmonization of Customs Procedures, Kyoto, 18 May 1973 8. International Convention to Facilitate the importation of Commercial Samples and advertising Material 9. Convention concerning Custom Facilities For Touring, New York, 4 June 1954 10. Customs Conventions on Temporary Importation of Private Roads Vehicle New York, 4 June 1954 Diplomatic & Consular Relations 1. Vienna Convention on Diplomatic Relations, Vienna, 18 April 1961:- (i). Optional Protocol to the Vienna Convention on Diplomatic Relations concerning Acquisition of Nationality, Vienna, 18 April 1961 (ii) Optional Protocol to 1961 Vienna Convention on Diplomatic Relations concerning the Compulsory Settlement of Disputes, Vienna, 18 April 1961 2. Vienna Convention on Consular Relations, Vienna, 24 April 1963 Disarmament 1. Treaty Banning Nuclear Weapons Testing in the Atmosphere in Outer Space and Underwater, Moscow, 5 August 1963 2. Treaty on the Non Proliferation of Nuclear Weapons, London, Moscow, Washington, 1 July 1968 6

3. Treaty of the Prohibition of the Emplacement of Nuclear Weapons and Other Weapons of Mass Destruction on the Seabed and the Ocean Floor and in the Subject thereof, London, Moscow, Washington, 11 February 1971 4. Convention on the Prohibition of the Development, Production and Stockpiling of Bacteriological (Biological) and Toxin Weapons and on their Destruction, London, Moscow, Washington, 10 April 1972 5. Convention on Early Notification of Nuclear Accident, Vienna, 26 September 1986 6. Convention on Assistance in the Case of a Nuclear Accident or Radiological Emergency, Vienna, 26 September 1986 7. Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction, Geneva,3 September 1992 8. Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty. New York, 10 September 1996 9. Convention on the Prohibition of the Use, Stockpiling, Production and Transfer of Anti-Personnel Mines and on their Destruction, Oslo, 18 September 1997 Disputes Settlement 1. Convention for the Pacific Settlement of International Disputes, The Hague, 18 October 1907 2. Optional Protocol of Signature concerning the Compulsory Settlement of Disputes, Geneva, 29 April 1958 3. Convention on the Settlement of Investment Disputes between States and National of Other States, Washington, 18 March 1965 Narcotic Drugs And Psychotropic Substances 1. Convention for Limiting the Manufacture and Regulating the Distribution of Narcotic Drugs, New York, 11 December 1946 2. Protocol Bringing Under International Drugs Outside the Scope of the Convention of 13 July 1931 for Limiting the Manufacture and Regulating the Distribution of Narcotic Drugs as amended by the Protocol signed at Lake Success, New York, 11 December 1946 3. Protocol Bringing Under International Drug Outside the Scope of the Convention of 13 July 1931 for Limiting the Manufacture and Regulating the Distribution of Narcotic Drugs as amended by the Protocol signed at Lake Success, New York, 11 December 1946 Paris, 19 November 1948. 4. Single Convention on Narcotic Drugs, New York, 30 March 1961:- (i) Protocol amending 1961 Single Convention on Narcotic Drugs, Geneva, 25 March 1972 5. Convention on Psychotropic Substances, Vienna, 21 February 1971 6. Convention against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and Psychotropic Substances, Vienna, 20 December 1988 Environment 1. Vienna Convention for the Protection of the Ozone Layer, Vienna, 22 March 1985 2. International Convention on Civil Liability for Oil Pollution Damage, Brussels, 29 November 1969 3. International Convention on the establishment of an International Fund for Compensation for Oil Pollution Damage, Brussels, 18 December 1971 4. International Convention on Oil Pollution Preparedness, Response and Cooperation, London, 30 November 1990 Health 1. Framework Convention on Tobacco Control, Geneva, 21 May 2003 Human Rights 1. Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women, New York, 18 December 1979 2. International Convention against Apartheid in Sport, 10 December 1985 7

Intellectual & Industrial Property 1. Convention for the Protection of Industrial Property and Revision, Paris, 20 March 1883 2. Convention establishing the World Intellectual Property Organisation (WIPO), Stockholm, 14 July 1967 International Law 1. Statute of the Hague Conference on Private International Law, 31 October 1951 2. Convention on the Recognition and Enforcement of Foreign Arbitral Awards, New York, 10 June 1958 3. Vienna Convention on the Law of Treaties, Vienna, 23 May 1969 International Organisation 1. Statutes of the International Atomic Energy Agency, New York, 26 October 1956 2. Convention on the Asian Productivity Organisation (APO), Manila, 14 April 1961 3. WHO Nomenclature Regulations, Geneva, 22 February 1967 4. Agreement for the Establishment of a Regional Animal Production and Health Commission for Asia and the Pacific, Rome, 22 June 1973 5. Agreement for the Establishment of a Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific, Kuala Lumpur, 29 July 1978 6. Convention establishing the Multilateral Guarantee Agency, Seoul, 11 October 1985 Food & Agriculture Organisation (FAO) 1. Constitution of the Food and Agriculture Organisation (FAO), Quebec, 16 October 1945 International Monetary Fund (IMF) 1. Articles of Agreement of the International Monetary Fund, Washington, 27 Disember 1945 Labour 1. Medical Examination of Young Persons (SEA) Convention (ILO 16), Geneva, 11 November 1921 2. Workmen s Compensation (Agriculture) Convention (ILO 12), Geneva, 12 November 1921 3. Weekly Rest (Industry) Convention (ILO 14), Geneva, 17 November 1921 4. Workmen Compensation (Accidents) Convention (ILO 17), Brussels, 10 Jun 1925 5. Underground Work (Women) Convention (ILO 45), Geneva, 20 Jun 1936 Navigation 1. International Convention for the Unification of Certain Rules of law relating to Assistance and Salvage at Sea, Brussels, 23 September 1910 2. International Convention for the Unification of Certain Rules of Law Respecting Collission between Vessels, Brussels, 23 September 1910 3. Convention and Statute on the International Regime of Maritime Ports, Geneva, 9 December 1923 4. International Convention for the Unification of Certain Rules of Law relating to Bills Lading, Brussels, 25 August 1924 5. International Convention on Tonnage Measurement of Ships, London, 23 Jun 1969 Transport & Communications 1. Convention on International Civil Aviation, Chicago, 7 December 1944 2. International Air Services Transit Agreement, Chicago, 7 December 1944 8

Road Traffic 1. Convention on Road Traffic, Geneva, 19 September 1949 2. Agreement on the Reconstruction of the Commonwealth Agricultural Bereaux as Cab International, London, 8 July 1986 War & Peace 1. Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating Methods of Warfare, Geneva, 17 Jun 1925 2. Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide, New York, 9 December 1948 Privileges & Immunities 1. Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations New York, 13 February 1946 2. Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies New York, 21 November 1947 3. International Labour Organisation to the Convention on the Privileges and Immunities of the Specialized Agencies San Francisco, 10 Julai 1948 4. Food and Agriculture Organization of the United Nations ( FAO ) to the Convention on the Privileges and Immunites of the Specialized Agencies Washington, 29 November 1948 International Trade & Development 1. General Agreement in Tariffs and Trade, Geneva, 30 October 1947 2. Agreement Establishing the Asian Development Bank, Manila, 4 December 1965 3. Agreement Establishing the International Fund For Agricultural Development Rome, 13 June 1976 Educational & Cultural Matters 1. Agreement on the Importation of Educational, Scientific, and Cultural Materials, New York,22 November 1950 2. Convention for the Protection of the World Cultural and Natural Heritage, Paris, 16 November 1972 Fisheries 1. Agreement for the Establishment of the Asia-Pacific Fisheries Commission, Baguio, 26 February 1948 2. Agreement on the Network of Aquaculture Centres in Asia and the Pacific, Bangkok, 8 January 1988 3. Agreement for the Establishment of the Indian Ocean Tuna Commission, Rome, 25 November 1993 Law of the Sea 1. Convention on the Territorial Sea and the Contiguous Zone, Geneva, 29 April 1958 2. Convention on Fishing and Conservation of the Living Resources of the High Seas, Geneva, 29 April 1958 3. Convention on the Continental Shelf, Geneva, 29 April 1958 Status of Women 1. Convention on the Nationality of Married Women, New York, 20 February 1957 League of Nations Treaties 1. International Convention for the Suppression of Counterfeiting Currency, Geneva 20 April 1929 2. Protocol to the International Convention for the Suppression of Counterfeiting Currency Geneva,20 April 1929 Disediakan Oleh: Puan Sofiah Zakaria, Puan Nazmin Yusoff & Encik Ahmad Fauzi Mohamed 9