TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Similar documents
TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UniMAP BRIG JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, SEMPENA MAJLIS SEKALUNG BUDI PADA 23 OGOS 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

UniMAP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

HARI RAYA INDUSTRI DI ANJUNG KULIM ANJUNG KULIM (KHTP

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

TEKS UCAPAN. Y Bhg. Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Husin. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis SEMPENA

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Yg. Diraikan, Puan Hajah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Ketua Pustakawan UniMAP dan Suami.

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

LAPORAN PENYERTAAN STAFF PSIS DI THE 11 TH FREESTYLE FRUIT CARVING SHOW PIECE CONTEST, NAGOYA KANKO HOTEL, JEPUN 25 TH JUN 1 ST JULAI 2017

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

Help Us Update The Alumni Database ALUMNI. We Love When Our Alumni Make Us Proud, And They Of ten Do. Once UniMAPians Will Always be UniMAPians

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Building a better Hong Kah North

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

JURNAL AKADEMIK. December 2005 Issue UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK INFOREC/SARAWAK. The Importance Of Effective Corporate Governance

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

KALENDAR AKADEMIK SESI 2012/2013 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PROGRAM SARJANA MUDA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

TAKLIMAT ORIENTASI LATIHAN, KOMPETENSI DAN PROGRAM SANGKUTAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Transcription:

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KALI KE 5 UniMAP DI PERKARANGAN DATARAN DATO` SHEIKH AHMAD KANGAR, PERLIS PADA 4 OGOS 2009. Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh Mengadap Duli Yang Teramat Mulia, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Tuanku Canselor UniMAP. Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen Kali Ke-5 Universiti Malaysia Perlis di Perkarangan Dataran Dato Sheikh Ahmad pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran Duli Tuanku pada malam ini memberi seribu kemeriahan kepada kami warga UniMAP. Page 1 of 10

Ampun Tuanku, sembah Patik Mohon Diampun, Patik mohon untuk menyampaikan ucapan kepada hadirin sekalin. Yang Berhormat, YB Tuan Jafferi Othman, Wakil kepada YAB Menteri Besar Perlis. Yang Berhormat, Datuk Azizan Bin Aziz, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Yang Berbahagia Datin. Y. Berbahagia Tan Sri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis dan Yang Berbahagia Puan Seri. Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP, Yang Berbahagia Prof. Dr. Sazali Yaacob, Timbalan Naib Caselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP, Yang Berbahagia, Dif-Dif Kehormat, Naib-naib Canselor IPTA atau wakil dan Naib Canselor/Rektor universiti luar negara atau wakil, dan Wakil-wakil Industri, Page 2 of 10

Pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketuaketua Jabatan, Wakil-wakil Media yang Dihormati, Warga kerja dan para pelajar UniMAP seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Good Evening, Wan Shang Hao, Maalai Vaanakkam, Ma Sa An Khair, Sawadi Kharp Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah kurnia-nya dan Keizinan-Nya jua maka dapatlah kita semua menganjurkan seterusnya hadir di Festival Konvokesyen untuk kali yang ke-5 ini. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan tahniah yang tidak terhingga kepada Majlis Perwakilan Pelajar Sidang Akademik 2009/2010 selaku Jawatankuasa Penganjur Festival Konvokesyen Ke-5 UniMAP yang telah bekerja keras bagi memastikan kelancaran program ini, segala usaha gigih anda amat saya hargai. Ladies and gentlemen, I deem it a great pleasure and honour to address this 5th Convocation Festival of Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). UniMAP has distinguished itself as one of the Page 3 of 10

leading institutions for engineering studies. It is your hard work, devotion to quality, dedication of your lecturers and staff and of course, vision of our management, which is responsible for this notable achievement. I am sure that each one of you has different dreams but surely you should never give up your dreams and aspirations. My advise is, you should hold on to your goals even if you stumble here and there, and learn your lessons. Hadirin dan hadirat sekalian, Seperti mana yang kita tahu, masyarakat Perlis dan UniMAP boleh diumpamakan seperti isi dan kuku kerana jika ditanya kepada sesiapa sahaja di Perlis mengenai UniMAP, mereka semestinya akan lancar sahaja menuturkan betapa akrabnya UniMAP bersama mereka. Atas dasar itulah, maka pada setiap tahun Festival Konvokesyen diadakan dan dipromosikan secara besarbesaran bagi menarik kunjungan warga negeri Perlis. Pada kebiasaannya, Festival Konvokesyen ini diadakan di Kg Wai iaitu berdekatan lokasi kolej kediaman UniMAP untuk memudahkan pelajar-pelajar menjayakannya. Namun, bermula tahun lalu, UniMAP telah mengorak langkah untuk mengubah lokasi penganjuran Festival Konvokesyen Page 4 of 10

dalam usaha untuk lebih mendekatkan warga UniMAP dan masyarakat di sekitar negeri Perlis, yang mana pada tahun lalu festival ini diadakan di perkarangan Stadium Kangar manakala pada tahun ini pula, pihak pengurusan telah bersetuju memilih Dataran Dato Sheikh Ahmad ini sebagai lokasi kedua di luar kawasan kolej kediaman. Besarlah harapan kami untuk melihat festival ini menerima sokongan daripada masyarakat sementelah kedudukannya yang terletak di tengah-tengah bandar Kangar akan memudahkan lagi masyarakat negeri ini untuk turut serta dalam setiap aktiviti dan program yang disusun sepanjang seminggu festival ini berlangsung. Dengan tema yang dipilih iaitu Membangun Minda Kelas Pertama, Menyangga Modenisasi Negara adalah menjadi impian kami warga pengurusan UniMAP untuk melihat Festival Konvokesyen ini sebagai satu wahana untuk melahirkan generasi modal insan yang berkualiti. Harus diingat, dalam usaha memacu kemajuan negara, pemikiran dan sikap sesuatu masyarakat merupakan tonggak penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, saya dimaklumkan oleh pihak jawatankuasa, festival ini dirangka khusus untuk memupuk sikap minda kelas pertama dikalangan mahasiswa UniMAP. Page 5 of 10

Justeru, mahasiswa perlulah melengkapi diri dengan pelbagai kemahiran terutama sikap dan pemikiran yang berkualiti sebagai persedian dalam usaha untuk menjadi pentadbir dan pemacu ekonomi negara di masa akan datang. Mahasiswa generasi baru seharusnya sudah mula belajar berfikir untuk menjadi orang pertama dalam sektor tertentu, pelopor dalam sesuatu kemahiran dan menjadi peneraju dalam industri tertentu dan mengubah cara berfikir supaya tidak lagi berada di takuk lama. Dengan didikan dan tunjuk ajar yang betul dan memberikan lebih peluang untuk mahasiswa memberikan pendapat atau meluahkan idea-idea baru, saya yakin perkara ini akan dapat dicapai. Dan atas sebab itulah, seperti mana penganjuran pada tahuntahun sebelum ini, Festival Konvokesyen merupakan 100 % daya usaha mahasiswa UniMAP yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sendiri. Bermula dari promosi, aturan aktiviti, pencarian penaja, sehinggalah kepada pelaksanaan Festival ini, semuanya dicetuskan oleh mereka sendiri dengan bimbingan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang kemahiran baru kepada mahasiswa kerana saya percaya pembelajaran praktikal adalah medan sebenar menentukan Page 6 of 10

tahap kemahiran yang boleh disumbangkan oleh mahasiswa apabila menamatkan pelajaran kelak. Pada malam ini juga bakal memahat sejarah baru Festival Konvokesyen UniMAP, apabila dengan daya usaha dan pemikiran kreatif barisan jawatankuasa penganjur, kita berjaya menjenamakan Festival Konvokesyen dengan nama singkatan FESTKON. Inilah yang saya katakan sebagai inovatif dan kreatif mahasiswa. Walaupun rata-rata di kalangan mereka baru berusia di awal 20-an, namun mereka mampu memikirkan sesuatu untuk mempromosikan serta menaikkan nama UniMAP agar setanding dengan universiti lainnya di negara ini. Insya Allah, penjenamaan ini akan disempurnakan oleh DYTM Tuanku Canselor yang kita sayangi sebentar sahaja lagi. Hadirin dan hadirat sekalian, Untuk makluman semua yang hadir, pada malam ini juga akan diadakan Majlis Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang peringkat UniMAP. Ini adalah bertepatan dengan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 yang disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stadium Utama pada 1 Ogos lalu. Page 7 of 10

Sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kita juga tidak mahu ketinggalan untuk turut serta dalam kempen tersebut. Kempen seperti ini dilihat dapat menerapkan nilai-nilai patriotik di dalam diri mahasiswa. Sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini iaitu 1 Malaysia Menjana Transformasi. Untuk menjadikan tema tersebut satu kenyataan perkara asas yang perlu diubah adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. Dan perkara inilah juga yang telah ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kita sendiri semenjak beliau memegang tampuk pemerintahan negara. Antara lainnya, beliau mengingatkan semua kaum untuk mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri memandangkan negara ini adalah negara untuk semua, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Dan untuk itu juga, UniMAP pada malam ini menyajikan persembahan kebudayaan dari pelbagai kaum dalam usaha mewujudkan semangat perpaduan dan 1 Malaysia di kalangan pelajar. Page 8 of 10

Akhir sekali, saya berharap segala pengalaman yang diperoleh daripada penganjuran Festival Konvokesyen Kali Ke-5 ini akan memberi manfaat kepada semua Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP. Jadikanlah penglibatan anda semua dalam penganjuran festival ini sebagai satu kenangan manis yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat anda. Sebelum mengakhiri ucapan pada malam ini, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pengurusan universiti kepada jawatankuasa penganjur : Membelah kayu janganlah panjang, Itu dah memang adat sejati, Bersengkang mata malam ke siang, Menganjurkan temasya kegemilangan universiti, Penggal betik penggallah puan, Penggal keduduk dalam empangan, Sekalung tahniah sejuta penghargaan, Pahatkan ia di sudut ingatan. Page 9 of 10

Ampun Tuanku, Sekian sahaja sembah ucapan patik. Akhir kata patik mewakili seluruh warga UniMAP ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga sekali lagi ke bawah Duli tuanku kerana sudi mencemar duli berangkat ke majlis ini. Patik juga merakamkan penghargaan kepada semua tetamu yang turut memeriahkan majlis ini dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam membuat persiapan untuk menjayakan majlis ini. Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh. Page 10 of 10