ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

Similar documents
LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

eclaims - Gambaran Keseluruhan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Tadbir Urus Korporat

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

ffiu'sl ffitrffi' /.krnr

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

PRUlink money market fund

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Prinsip Bon Sosial Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Sosial. 2 Jun 2017

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

SENARAI DAFTAR DOKUMEN SOKONGAN MENGIKUT PROSEDUR

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

Text Title/Presentator/Address

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

TAKLIMAT. PEMAHAMAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 29 Ogos 2018

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ISO (JKISO) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KALI KE-25

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

TERMS AND CONDITIONS

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA KUALITI UPM KALI KE-34 (KHAS) SECARA EDARAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PERSATUAN PENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (Oidaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966)

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

PERINGKAT IPTA MALAYSIA

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

Transcription:

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: OPR/PNC-AD/GP01/PENGAUDITAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Tujuan 2 2.0 Perancangan 2.1 Penetapan Objektif 2 2.2 Penetapan Skop 3 2.3 Metadologi Pengauditan 3 2.4 Pemilihan Sampel 3 2.5 Kriteria Audit 5 3.0 Pelaksanaan:Ujian Audit 3.1 Ujian Kawalan Dalaman 6 3.2 Ujian Substantif 7 4.0 Pelaporan 4.1 Dokumentasi 7 4.2 Laporan Audit 8 5.0 Lampiran 11 TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 1 drp. 26

GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1.0 TUJUAN 1.1 Garis panduan ini disediakan bagi membantu Juruaudit/ Penolong Juruaudit/ Penolong Akauntan dan staf Bahagian Audit Dalam UPM untuk melaksanakan pengauditan. Garis panduan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :- i) Perancangan Objektif Pengauditan Penetapan Skop Metadologi Pengauditan Pensampelan Prosedur Audit ii) iii) Pelaksanaan Ujian Audit Pelaporan Dokumentasi Laporan audit 1.2 Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan dan bimbingan kepada Juruaudit/ Penolong Juruaudit/ Penolong Akauntan dan staf Bahagian Audit Dalam untuk melaksanakan pengauditan secara sistematik dan seragam dan seterusnya menghasilkan satu laporan audit yang berkualiti. 2.0 PERANCANGAN 2.1 Penetapan Objektif 2.1.1 Langkah pertama dalam melaksanakan pengauditan adalah menetapkan objektif pengauditan. Objektif bertujuan memberi panduan kepada Juruaudit dalam melaksanakan pengauditan. Penetapan objektif perlu dibuat diperingkat awal proses pengauditan bagi mengenalpasti tujuan pengauditan dilaksanakan dan mengenalpasti perkara-perkara yang akan diaudit dan dilaporkan. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 2 drp. 26

2.1.2 Objektif yang ditetapkan perlu jelas bagi memastikan objektif tersebut mampu memberi panduan kepada Juruaudit mencapai tujuan audit dilaksanakan. 2.1.3 Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan objektif adalah:- i) Mampu memberi panduan kepada Juruaudit tujuan pengauditan dijalankan ii) Dapat membantu Juruaudit membuat kesimpulan daripada pengauditan yang dilaksanakan iii) iv) 2.2 Penetapan skop Objektif tersebut mampu dicapai Mempunyai hubungan saling berkait (interrelated) dengan skop pengauditan v) Dapat membantu Juruaudit menetapkan kriteria, teknik pengauditan dan membuat kesimpulan. Langkah yang kedua dalam melaksanakan pengauditan adalah menetapkan skop pengauditan. Skop audit adalah kerangka kerja (framework) atau batasan subjek sesuatu pengauditan. Kebiasaannya skop audit menyatakan satu jangkamasa atau had liputan sesuatu audit. Skop pengauditan memberikan batasan atau had dimana pengauditan, kerja-kerja dan ujian-ujian yang dibuat hanya meliputi skop yang dinyatakan. 2.3 Metadologi Pengauditan Metadologi merupakan kaedah yang digunakan dalam menjalankan prosedur audit dan mengumpul bukti audit. Pengauditan boleh dijalankan dengan ;- i) Menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan; ii) Membuat analisis dan penilaian ke atas maklumat-maklumat yang diperolehi; ii) Membuat temubual dengan pegawai-pegawai yang berkaitan; iii) Membuat soal selidik; iv) Membuat pemeriksaan fizikal/lawatan tapak; dan v) Mendapatkan pandangan profesional atau pihak ketiga seperti nasihat teknikal dan perundangan 2.4 Pemilihan Sampel 2.4.1 Persampelan adalah proses melaksanakan prosedur audit kurang daripada jumlah keseluruhan sesuatu populasi itu. Persampelan dijalankan dengan tujuan untuk membuat kesimpulan untuk sesuatu populasi. Berdasarkan daripada standard yang dikeluarkan oleh International Standards on Auditing (ISA) di dalam Para ISA 530 persampelan audit didefinisikan seperti berikut: - TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 3 drp. 26

...the application of an audit procedure to less than 100 percent of the items within an account balance or class of transaction such that all sampling units have a chance of selection. 2.4.2 Mengikut definisi yang diberikan oleh ISA, persampelan audit kebiasaannya diambil kurang daripada jumlah populasi terhadap sesuatu jumlah di dalam baki akaun atau transaksi. Hal ini kerana ia diambil berdasarkan kepada prinsip kebarangkalian di mana setiap unit sampel mempunyai peluang untuk dipilih ketika melakukan persampelan. Di dalam pengauditan, persampelan digunakan kerana agak sukar bagi Juruaudit untuk melaksanakan prosedur audit ke atas keseluruhan populasi atau 100% transaksi sekiranya jumlah sampel di dalam populasi adalah besar. Oleh yang demikian persampelan digunakan untuk membuat sesuatu kesimpulan. 2.4.3 Terdapat dua kategori pemilihan sampel iaitu: - i) Persampelan berasaskan kaedah statistik (Statistical sampling) Persampelan ini membolehkan risiko persampelan diukur. Pemilihan sampel adalah secara rawak dan pendekatan secara statistik digunakan serta menggunakan teori kebarangkalian untuk menilai sesuatu keputusan termasuklah untuk mengukur risiko persampelan. Keseluruhan sampel di dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. ii) Persampelan bukan statistik atau judgemental (Non-statistical sampling) Kaedah ini tidak membolehkan Juruaudit untuk mengukur risiko persampelan secara objektif kerana setiap populasi tidak mempunyai peluang sama untuk dipilih. Kaedah ini lebih menekankan pendekatan secara professional judgement untuk membuat kesimpulan terhadap ujian-ujian audit yang dilakukan. Ia mengikut rasional seseorang Juruaudit dalam memilih sampel. Kaedah persampelan bukan berasaskan statistik sesuai untuk semua jenis transaksi atau jumlah populasi kerana ianya mudah, cepat dan pelbagai dalam memilih sampel untuk sesuatu populasi. Kaedah ini juga sesuai apabila subjek yang perlu diaudit kadangkala subjektif dan memerlukan penilaian secara profesional oleh Juruaudit. 2.4.4 Faktor-faktor pemilihan sampel Dalam pemilihan sampel, faktor-faktor yang diambil kira adalah seperti berikut:- i) Jumlah atau amaun populasi Jumlah atau amaun populasi yang agak besar/tinggi mempunyai kemungkinan yang besar untuk dipilih sebagai sampel. Hal ini kerana jumlah atau amaun yang tinggi di dalam populasi itu TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 4 drp. 26

boleh mewakili sesuatu populasi dan kesimpulan yang akan dibuat lebih tepat. Semakin besar/tinggi jumlah amaun sesuatu sampel itu, semakin tinggi risikonya. Sekiranya banyak kesilapan berlaku di dalam sampel yang besar/tinggi semakin tinggi risiko yang akan diterima. ii) Risiko Sampel yang mempunyai risiko yang tinggi akan dipilih. Risiko ini selalunya diukur dengan mangambil kira tahap kesukaran (complicated) sesuatu transaksi itu. Contohnya dalam pengauditan projek pembangunan, sekiranya projek mempunyai nilai yang tinggi, melibatkan struktur yang agak complicated dan melibatkan lebih daripada satu kontraktor ia akan dinilai sebagai berisiko tinggi. Projek-projek seperti ini jika ada, akan dipilih sebagai sampel. Sekiranya projek yang melibatkan amaun yang kecil dan struktur yang mudah ia kemungkinan tidak dipilih sebagai sampel. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat beberapa masalah yang signifikan ia akan dipertimbangkan untuk dipilih. iii) Sampel tugasan audit terdahulu Sekiranya laporan audit terdahulu mempunyai penemuan yang signifikan tentang sesuatu sampel itu, ia kebiasaannya akan dipilih semula dalam pengauditan pada masa akan datang. Sampel akan diplih semula untuk memastikan adanya berlaku penambahbaikan terhadap sampel. Sekiranya berlaku penambahbaikan, ia besar kemungkinan tidak dipilih semula sebagai sampel. 2.4.5 Sampel yang telah dipilih akan dibincangkan dengan Ketua. Ketua akan memberikan pandangan tentang sampel yang telah dipilih. 2.5 Kriteria Audit Kriteria audit merupakan set sesuatu standard atau piawai yang telah ditetapkan oleh Juruaudit bagi menjalankan pengauditan ke atas auditi. Kriteria-kriteria audit boleh ditetapkan berdasarkan kepada sumber-sumber berikut:- Perlembagaan dan undang-undang negara Perlembagaan dan statut Universiti Polisi yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan Universiti Peraturan-peraturan kerajaan Peraturan-peraturan Univerisiti Amalan yang diterima umum TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 5 drp. 26

Garis panduan yang diterima pakai Piawaian oleh Badan Profesional dan Antarabangsa Hasil penulisan yang diiktiraf Pandangan-pandangan pakar Dokumen/Laporan-laporan yang berkaitan Minit Mesyuarat Pihak Berkuasa Universiti Ciri-ciri kriteria yang baik adalah seperti berikut:- Releven kepada subjek yang diaudit Kena pada keadaannya Sesuai dengan objektif audit Boleh diukur/auditable Spesifik Boleh dibuat perbandingan Berguna Lengkap Antara contoh kriteria audit adalah seperti berikut:_ Pengauditan Pengurusan Kewangan (Lampiran 1) Pengauditan Penyelidikan (Lampiran 2) Pengauditan Kehilangan (Lampiran 3) Pengauditan Projek Pembangunan (Lampiran 4) 3.0 PELAKSANAAN : Ujian Audit Ujian audit dijalankan bertujuan untuk satu proses membuat penilaian terhadap datadata dan bukti yang diperolehi hasil daripada maklumat yang telah dikumpulkan. Ujian dilakukan dengan pelbagai teknik. Teknik-teknik digunakan mengikut kesesuaian dalam menterjemahkan penemuan audit. Teknik ujian audit yang boleh digunakan ialah: - i) Ujian ke atas kawalan dalaman ii) Ujian substantif 3.1 Ujian kawalan dalaman : - 3.1.1 Kawalan dalaman adalah satu cara bagaimana sesuatu organisasi itu membangunkan polisi dan prosedur di dalam mengawal aktiviti jabatan ataupun subordinat. Kawalan dalaman adalah penting kerana ia menentukan tentang bagaimana sesuatu proses/aktiviti di dalam organisasi dijalankan. Kawalan dalaman yang baik memudahkan proses/aktiviti dipantau dan seterusnya memudahkan sesuatu kelemahan dikenalpasti pada peringkat awal. Dalam menentukan samada kawalan dalaman berfungsi dengan baik ataupun tidak, seseorang Juruaudit itu perlu menilainya dari peringkat awal lagi. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 6 drp. 26

3.1.2 Perkara ini penting kerana jika sesuatu organisasi itu mempunyai polisi dan prosedur (kawalan dalaman) yang dijalankan dengan berkesan, Juruaudit boleh menggunakan kawalan dalaman yang dibangunkan oleh organisasi untuk dijadikan asas/bukti di dalam kerja lapangan (audit fieldwork). Hal ini kerana organisasi yang mempunyai polisi, prosedur dan kawalan dalaman tertentu dapat memberi gambaran bahawa perjalanan dan urusan organisasi adalah dilaksanakan secara teratur dan sistematik. 3.1.3 Ujian kawalan dalaman adalah wajar dilakukan pada peringkat awal sebelum ujian audit lain dilakukan kerana jika kawalan dalaman organisasi adalah baik, Juruaudit dapat mengurangkan masa dan kos sesuatu audit itu. Ujian kawalan dalaman ini juga boleh mengurangkan sampel pengauditan yang perlu diambil kerana adalah kurang ekonomik sekiranya sampel diambil terlalu banyak tetapi sesuatu organisasi itu mempunyai kawalan dalaman yang baik. 3.1.4 Penilaian terhadap prosedur sesuatu proses/aktiviti juga adalah perlu. Sebarang aliran aktiviti hendaklah mempunyai justifikasi yang betul dan ia perlu mempunyai dokumen sokongan yang boleh digunapakai. Aliran aktiviti ini perlu dipatuhi oleh setiap subordinat. Prosedur yang baik kebiasaannya mempunyai dokumen sokongan, laporan dan pemantauan di dalam carta alir prosedur tersebut. 3.2 Ujian Substantif : - 3.2.1 Ujian substantif akan digunapakai sekiranya kawalan dalaman organisasi kurang berkesan dan lemah. Oleh itu Juruaudit perlu melaksanakan semakan secara mendalam terhadap transaksi, dokumentasi dan laporan yang disediakan oleh organisasi untuk mendapatkan bukti-bukti audit. 3.2.2 Contoh Ujian Substantif yang boleh dilaksanakan ialah : - i) Semakan Semakan dilaksanakan terhadap rekod, dokumen atau elemen lain yang boleh digunapakai di dalam mendapatkan bukti audit. Dokumen yang akan disemak boleh didapati daripada sumber dalaman ataupun pihak ketiga. Pihak ketiga kebiasaanya terdiri daripada Bank, pihak berkuasa atau jabatan lain di dalam organisasi. ii) Pemerhatian Pemeriksaan terhadap proses atau prosedur yang dilaksanakan oleh pihak lain. Contohnya melakukan pemerhatian terhadap pemeriksaan fizikal inventori. iii) Pertanyaan dan pengesahan Pertanyaan terdiri daripada pencarian maklumat daripada pakar di dalam ataupun di luar organisasi. Pertanyaan ini kebiasaanya TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 7 drp. 26

melalui temubual ataupun surat. Hasil maklumat yang diberikan boleh dijadikan sebagai bukti audit. Pengesahan adalah maklum balas daripada pertanyaan yang telah dibuat. Contohnya pengesahan baki akaun penghutang organisasi. iv) Melaksanakan pengiraan semula Melaksanakan pengiraan semula terhadap ketepatan angka yang diperolehi daripada dokumen, rekod perakaunan ataupun melakukan pengiraan secara bebas dan rawak. v) Prosedur analitikal ( Analytical Review ) Pelaksanaan analisis terhadap nisbah kewangan dan analisis trend sesuatu data yang telah dikumpulkan. Analisis perbandingan juga boleh dilakukan dengan membandingkan antara tahunan, organisasi dan fungsi. 4.0 PELAPORAN 4.1 Dokumentasi 4.1.1 International Auditing Guideline 3, Prinsip Asas Audit (Para 11) menyatakan; Juruaudit perlu mendokumenkan pengauditannya dengan sempurna sebagai bukti pengauditan berkenaan telah dijalankan selaras dengan pinsip asas audit. 4.1.2 Kertas kerja merupakan bukti pengauditan yang telah dijalankan oleh seseorang Juruaudit bagi menyokong penemuan dan kesimpulan audit yang dimuatkan di dalam laporan audit. 4.1.3 Kertas kerja perlu merekodkan segala kerja-kerja yang dilaksanakan bagi sesuatu pengauditan yang dijalankan termasuk perancangan audit, latar belakang, program, prosedur audit dan kerja lapangan yang dijalankan sehinggalah kepada penemuan audit ataupun kesimpulan audit. 4.1.4 Kertas kerja perlu didokumenkan dengan lengkap, sempurna dan terperinci supaya ia dapat memberi kefahaman mengenai keseluruhan audit yang telah dijalankan. Memandangkan kerja audit adalah perkara yang melibatkan penilaian secara profesional (professional judgement), maka amatlah penting untuk seseorang Juruaudit mendokumenkan segala pemerhatian, pertimbangan dan asas-asas yang digunakan dalam membuat kesimpulan audit. 4.1.5 Kertas kerja perlulah dirancang dan disusun mengikut kesesuaian jenis audit yang dijalankan. Penggunaan senarai semak atau dokumen lain yang standard akan membantu dalam menyediakan kertas kerja dengan lebih efisien. Ia juga dapat membantu dalam pengagihan kerja audit disamping dapat menjaga kualiti kerja audit. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 8 drp. 26

4.1.6 Juruaudit perlu menilai dan menguji semua bukti yang diperolehi serta menentukan sama ada bukti berkenaan lengkap dan sesuai. Ini bagi memastikan bukti yang diperolehi tidak bercanggah dengan kenyataan yang dibuat di dalam kesimpulan audit. 4.1.7 Kertas kerja perlulah mengandungi indeks yang lengkap dan rujuk silang (cross reference ) jadual, ringkasan dan bukti yang berkaitan. 4.1.8 Kertas kerja adalah tanggungjawab dan hak Bahagian Audit Dalam. Bahagian Audit Dalam boleh dengan budibicaranya memberikan ekstrak ataupun salinan kertas kerjanya kepada auditi. Walau bagaimanapun, kertas kerja tidak boleh dijadikan rekod rujukan oleh auditi. 4.1.9 Juruaudit perlu menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas kerja. 4.2 Laporan Audit 4.2.1 Laporan audit adalah salah satu bahagian yang penting di dalam proses pengauditan di mana segala hasil dan keputusan daripada kerja-kerja audit direkodkan dan dilaporkan. 4.2.2 Tiga objektif utama laporan audit adalah ; i) Persuading - meyakinkan pembaca untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara. ii) Memberi Maklumat (Informing) - menyediakan maklumat sebagai bukti kepada tindakan yang diambil. iii) Perekodan - sebagai rekod rasmi kerja-kerja pengauditan serta hasil dan penemuan yang diperolehi. 4.2.3 Pengguna laporan audit terdiri daripada pelbagai peringkat di mana maklumat-maklumat yang diperlukan adalah berbeza mengikut keperluan pengguna masing-masing. Maklumat yang diperlukan bergantung kepada kemahiran, kelayakan, pengalaman dan latar belakang pengguna itu sendiri. 4.2.4 Pengguna laporan audit adalah termasuk ; Pihak Pengurusan Universiti Pihak Auditi Jawatankuasa Audit Organisasi luar TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 9 drp. 26

Jabatan Audit Negara Juruaudit Luar Lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan 4.2.5 Antara ciri-ciri laporan audit yang berkualiti adalah seperti berikut:- i) Tepat Laporan perlu bebas daripada sebarang kesilapan yang material. Adalah penting setiap fakta dan angka mestilah tepat dan disokong sepenuhnya. ii) Objektif Memerlukan persembahan yang dibuat di dalam laporan adalah seimbang dari segi kandungan dan penyampaiannya. Kredibiliti sesuatu laporan boleh dipertingkatkan jika sesuatu bukti dinyatakan secara saksama dan tidak berat sebelah. iii) Jelas Mudah difahami dan diterima logik akal. Kekaburan dan kesamaran perlulah dielakkan. Maklumat adalah penting dan berkaitan. iv) Ringkas dan padat Maklumat yang diberikan adalah yang berkaitan tanpa huraian yang tidak diperlukan serta berulang-ulang. Biarpun ringkas, laporan perlu mempunyai kesemua maklumat yang relevan untuk memberi kefahaman terhadap isu yang dilaporkan. v) Membina Laporan hendaklah membawa ke arah penambahbaikan. Kandungan perlulah positif, bermaksud baik (well-meaning), berguna dan menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi. vi) vii) Lengkap Mengandungi semua maklumat yang penting dan berkaitan serta penemuan-penemuan untuk menyokong cadangan dan kesimpulan. Tepat pada masa Laporan perlu disediakan dengan segera mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan tempoh masa tersebut perlulah dipatuhi. 4.2.6 Laporan Audit perlu mengandungi elemen-elemen berikut:- i) Tajuk Laporan Audit perlu menyatakan tajuk pengauditan yang dijalankan. ii) Tujuan Laporan audit perlu menyatakan tujuan laporan tersebut dibentangkan. iii) Latar Belakang Latarbelakang kebiasaannya memberitahu serba sedikit tentang pengauditan yang dilaksanakan. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 10 drp. 26

iv) Objektif Di dalam objektif, dinyatakan tujuan pengauditan dilaksanakan dan jangkaan terhadap subjek pengauditan yang akan dilaksanakan. v) Skop Skop audit menerangkan sesuatu tempoh masa atau lingkungan aktiviti yang diaudit. Selain itu, skop juga menerangkan tentang ruang lingkup pengauditan secara spesifik tentang skop pengauditan yang dilaksanakan. Terdapat beberapa pengauditan yang liputannya agak terhad berbanding dengan yang lain. Contohnya, audit yang dihadkan kepada fungsi, aktiviti atau lokasi yang khusus. Kekangan tersebut perlu dikenalpasti dengan lebih jelas. Penerangan mengenai mengapa terdapat sebahagian sistem utama dimasukkan atau dikeluarkan dalam sesuatu pemeriksaan perlu dijelaskan. vi) Metadologi Metadologi menunjukkan kaedah-kaedah yang digunapakai untuk mengumpul maklumat. Kebiasaannya ia merangkumi teknik-teknik berikut : - Menyemak atau memeriksa dokumen-dokumen yang berkaitan Menembual individu yang berkaitan Membuat pemeriksaan fizikal atau pemerhatian terhadap organisasi vii) Pemerhatian Pemerhatian merupakan penemuan-penemuan yang diperolehi ketika menjalankan pengauditan. Pemerhatian seharusnya menyatakan :- Kriteria yang sepatutnya Penemuan yang dikenalpasti semasa pengauditan dijalankan Implikasi ke atas ketidakpatuhan viii) Ulasan dan Syor Ulasan audit adalah huraian kepada pemerhatian yang ditemui semasa pengauditan. Laporan perlu menunjukkan punca masalah yang diperhatikan semasa pengauditan, syor untuk pembetulan serta langkah pemulihan. Di dalam ulasan, boleh dimasukkan isu-isu lain yang berkaitan dan maklumat sokongan mengenai pengauditan yang dijalankan. Syor audit adalah termasuk cadangan untuk penambahbaikan, pengakuan Juruaudit kepada prestasi auditi dan juga tindakan pembetulan yang perlu diambil oleh auditi. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 11 drp. 26

Lampiran 1 TAJUK PENGAUDITAN: AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN KEY AREA 1 Kawalan Peruntukan i. Komitmen direkodkan dengan segera ke dalam buku Vot atau Ringkasan Laporan Baki Peruntukan dan dikemas kini. Semak 5% atau 10 transaksi terkini. ii. Perbelanjaan direkodkan dengan betul ke dalam buku Vot dan dikemas kini. iii. Penyata Perbelanjaan Bulanan disediakan. KEY AREA 2 Pengurusan Perolehan i. Peraturan mengenai kaedah perolehan secara Pesanan Belian dipatuhi. ii. Penurunan kuasa diberikan secara bertulis kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menandatangani pesanan belian iii. Permohonan Belian (RO) diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa. iv. Pesanan Belian dikeluarkan sebelum barangan/perkhidmatan diterima. v. Tindakan diambil terhadap pembekal yang tidak menghantar barang-barang dalam tempoh yang telah ditetapkan. B Sebutharga/ Tender i. Peti berkunci tawaran/ sebutharga disediakan. ii. Peti tender mempunyai 2 anak kunci dan dipegang oleh 2 orang pegawai kanan. iii. Bagi setiap tawaran/ sebutharga tarikh peti tersebut dibuka ditetapkan dan waktunya pada jam 12.00 tengahari. iv. Jawatankuasa Sebutharga telah ditubuhkan TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 12 drp. 26

v. Sebutharga/ tender yang dibuka diberi nombor siri, disenaraikan dalam jadual tender/ sebutharga mengikut nama penender, amaun ditender, tempoh siap/ penyerahan barang dan ditandatangani ringkas oleh pegawai yang bertanggungjawab. vi. Sebutharga dibuat dengan mempelawa daripada sekurangnya 5 pembekal Bumiputera yang berdaftar. vii. Semua pembekal yang dipelawa untuk menawarkan sebutharga berdaftar dengan Kementerian Kewangan. viii. Tempoh sekurang - sekurangnya 7 hari diberikan kepada pembekal untuk menghantar sebutharga. KEY AREA 3 Pengurusan Pembayaran i. Baucer ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa. ii. Daftar baucer pembayaran diselenggarakan. iii. Baucer bayaran difailkan mengikut nombor siri dan teratur. iv. Semakan fizikal dibuat ke atas :- Barangan diterima dan direkodkan dengan sempurna Barangan digunakan untuk tujuan maksud ia dibeli Barangan/perkhidmatan/kerja yang dibekalkan dilaksanakan mengikut syarat-syarat kontrak Bayaran dibuat setelah kerja-kerja diselesaikan dan disempurnakan. KEY AREA 4 Analisis Bajet i ii iii Semua perbelanjaan yang dilakukan selaras dengan peruntukan yang diluluskan. Pindahan peruntukan (virement) yang dibuat mematuhi prosedur seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Kewangan Universiti. Peruntukan tambahan yang dimohon oleh PTJ digunakan untuk maksud ia diluluskan. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 13 drp. 26

KEY AREA 5 Wang Pungutan i ii iii iv Wang yang diserahkan dikira dan wang tunai dalam tangan mencukupi dan sama dengan amaun diakaunkan dalam buku tunai atau audit roll. Surat kuasa untuk membuat kutipan hasil diberikan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Semua resit dicatatkan dalam buku tunai dan dikemaskini pada masa pemeriksaan. Buku tunai dan salinan resit (audit roll) disimpan dengan teratur. KEY AREA 6 Panjar Wang Runcit i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Ada surat kuasa bagi pegawai yang bertanggunjawab ke atas panjar wang runcit. Wang tunai dalam tangan mestilah sama dengan baki yang ditunjukkan dalam Buku Tunai Runcit. Jika tidak, berapa perbezaannya dan nyatakan sebab. Tuntutan yang dibuat menggunakan Baucer Kecil Wang Runcit di dalam e-borang (SOK/KEW/BR016/BYR) Resit asal atau surat perakuan bertulis disertakan dan disahkan. Bayaran yang dibuat hanya untuk maksud yang dibenarkan sahaja. Semua tuntutan tidak melebihi RM100. Surat penjelasan jika tuntutan melebihi RM100 disertakan Baucer Kecil wang runcit yang lengkap telah ditandatangani dan diluluskan. Wang tunai dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah disimpan di dalam peti besi. Kunci peti besi hendaklah disimpan oleh pegawai yang diberi kuasa menguruskan panjar wang runcit. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 14 drp. 26

xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. Pendahuluan wang runcit direkodkan dan dikemaskini. Pelarasan pendahuluan dibuat dengan segera. Rekupan dibuat apabila baki wang runcit tidak kurang 30% Setiap rekupan hendaklah mempunyai : Ringkasan Penyata Perbelanjaan Panjar Wang Runcit (SOK/KEW/BR046/AKN) Baucer bayaran Resit/tuntutan bayaran Baki tunai, resit-resit, dan tuntutan selaras dengan jumlah asal yang telah diluluskan. Ringkasan Penyata Perbelanjaan Panjar Wang Runcit hendaklah ditandatangani oleh Ketua PTJ/pegawai yang diberi kuasa Semak tarikh akhir rekupan. Lampiran 2 TAJUK PENGAUDITAN : AUDIT PENGURUSAN PENYELIDIKAN KEY AREA 1 Perancangan Projek i. penyelidik telah menandatangani Perjanjian yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ii. permohonan telah menyenaraikan peruntukan yang diperlukan bagi pembelian aset, menghadiri seminar dan sebagainya dan bilangan pembantu penyelidik yang hendak dilantik serta butiran gaji. iii. aktiviti penyelidikan yang hendak dijalankan adalah selaras dengan objektif dan kos perbelanjaan yang dicadangkan. TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 15 drp. 26

KEY AREA 2 Pengurusan Geran Penyelidikan (Peruntukan) i. Perbelanjaan pertama dibuat selepas tarikh surat tawaran diterima ii. Peruntukan dibelanjakan mengikut tempoh (milestone) iii. Peruntukan dibelanjakan mengikut agihan peruntukan yang diluluskan iv. Pindahan peruntukan (jika ada) telah diluluskan v. Peruntukan tambahan diluluskan (jika ada) dibelanjakan seperti maksud ia dipohon vi. Penyata perbelanjaan semasa projek ada diterima dari pihak Bendahari vii. rekod perbelanjaan diselenggarakan bagi setiap penyelidikan viii. perbelanjaan dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan. ix. Laporan kewangan ada disediakan oleh penyelidik x. Wang lebihan projek dikembalikan atau digunakan untuk tujuan lain xi. Fail ada disenggarakan bagi setiap projek. xii. Setiap pembelian aset didaftarkan. xiii. Semak apa yang dibuat terhadap aset yang dibeli selepas projek selesai KEY AREA 3 Perlaksanaan Projek i. Aktiviti penyelidikan dijalankan mengikut milestone yang ditetapkan KEY AREA 4 Pemantauan Projek i. Mekanisme pemantauan projek ada disediakan ii. Laporan pemantauan prestasi ada disediakan TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 16 drp. 26

Lampiran 3 TAJUK PENGAUDITAN : AUDIT KEHILANGAN KEY AREA 1 Daftar harta modal i. Aset didaftarkan di dalam sistem FAMS KEY AREA 2 Daftar pergerakan harta modal i. Terdapat tarikh dan tandatangan peminjam ii. iii. iv. Terdapat tarikh dan tandatangan pegawai pengeluar Maklumat aset dinyatakan dengan lengkap Format rekod pinjaman yang digunakan mempunyai ciri-ciri kawalan dalaman yang baik KEY AREA 3 Tempat simpanan aset i. Tempat simpanan aset berkunci ii. iii. iv. Tempat simpanan kukuh Aset disimpan di tempat yang sesuai Lokasi tempat simpanan aset sesuai dan selamat TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 17 drp. 26

KEY AREA 4 Daftar agihan kunci i. Daftar kunci disediakan ii. Terdapat tarikh, tandatangan dan nama pengguna KEY AREA 5 Tempat simpanan kunci pendua i. Kunci pendua disimpan di dalam tempat yang berkunci ii. Kunci utama tempat simpanan kunci pendua sentiasa berada dalam kawalan pegawai yang bertanggungjawab iii. Kunci pendua dilabelkan mengikut peraturan KEY AREA 6 Daftar pergerakan kunci pendua i. Daftar kunci disediakan ii. Terdapat tarikh, tandatangan dan nama pengguna KEY AREA 7 Semua pintu akses i. Jenis pintu yang digunakan adalah kukuh ii. Jenis kunci yang digunakan adalah berkualiti dan mempunyai tahap keselamatan yang baik iii. Terdapat kunci tambahan iv. Akses kawalan keluar masuk v. Terdapat pegawai yang bertanggungjawab untuk membuka dan menutup pintu TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 18 drp. 26

KEY AREA 8 Tingkap i. Jenis tingkap yang digunakan adalah kukuh ii. Tingkap mempunyai jeriji besi iii. Pencerobohan tidak boleh dibuat melalui tingkap KEY AREA 9 Siling i. Jenis siling yang tidak mudah dibuka ii. Pencerobohan tidak boleh dibuat melalui siling KEY AREA 10 Struktur bangunan i. Memiliki pintu akses dan pintu kecemasan yang kukuh ii. iii. Lokasi pintu akses berada di tempat yang sesuai dan selamat Dinding dan pintu adalah kukuh KEY AREA 11 Pengawal keselamatan UPM dan swasta i. Rondaan/kawalan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan ii. Buku log rondaan keselamatan diselenggara dengan baik dan dikemaskini iii. Terdapat buku kawalan keluar masuk iv. Terdapat surat perjanjian dengan syarikat kawalan swasta v. Syarat-syarat dan terma-terma perjanjian dipatuhi TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 19 drp. 26

KEY AREA 12 CCTV i. CCTV berfungsi dengan baik ii. Terdapat pegawai yang membuat pemantauan ke atas CCTV iii. Penyelenggaraan CCTV dilakukan iv. Polisi rakaman yang digunapakai adalah memadai. v. Terdapat kawalan akses kepada sistem KEY AREA 13 Kad Akses/biometrik i. Sistem yang digunakan mampu mengesan dan merekodkan pegawai atau pelajar yang keluar masuk ii. iii. Hanya pegawai atau pelajar yang diberi kebenaran akses sahaja dapat masuk ke kawasan tersebut Sistem tersebut dipantau oleh pegawai yang bertanggungjawab KEY AREA 14 Unsur-unsur kecuaian i. Ada Unsur ketidakpatuhan pada peraturan yang ditetapkan ii. Pegawai tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 20 drp. 26

Lampiran 4 TAJUK PENGAUDITAN: AUDIT PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN Key Area 1 : Rekebentuk dan Spesifikasi i. PTJ hendaklah menyediakan maklumat mengenai keperluan bangunan. ii. Rekabentuk dan spesifikasi bangunan hendaklah dpersetujui oleh pihak PTJ Key Area 2 : Tatacara Perolehan i. Tempoh iklan sebutharga sekurang-kurangnya 7 hari ii. Pembukaan peti tender dibuat oleh sekurang-kurangnya 2 orang pegawai dimana salah seorang adalah P & P iii. Ada laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal iv. Ada minit Jawatankuasa Sebutharga Universiti v. Petender yang dipilih mempunyai CIDB dan PKK vi. Tempoh sahlaku sebutharga 3 bulan TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 21 drp. 26

Key Area 3 : Surat Setuju Terima i. Dikeluarkan kepada petender yang dipilih oleh JKSH ii. Harga tawaran dan tempoh penyiapan sama dengan harga yang diluluskan oleh JKSH iii. Ada surat setuju terima : a) ada tarikh milik tapak b) tarikh siap c) Jumlah bon Key Area 4 : Dokumen Kontrak i. Dokumen kontrak yang digunakan adalah dokumen kontrak yang sah ii. Dokumen kontrak ditandatangani dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh surat setuju terima Key Area 5 : Bon pelaksanaan i. Bon pelaksanaan telah disediakan mengikut kadar yang ditetapkan dan meliputi sehingga tempoh tanggungan kecacatan. ii. Polisi Insurans telah disediakan iii. Sekiranya terdapat perlanjutan masa bon pelaksanaan juga dilanjutkan TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 22 drp. 26

Key Area 6 : Jadual Perlaksanaan i. Ada jadual pelaksanaan kerja disediakan oleh kontraktor ii. Terdapat pengesahan dan persetujuan daripada wakil PP Key Area 7 : Site Diary i. Site diary disediakan ii. Terdapat pengesahan PP dan dan pihak kontraktor Key Area 8 : Perubahan Kerja i. Perubahan kerja telah diperakukan oleh Jawatankuasa Perubahan kerja ii. Perubahan kerja telah diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa yang dilantik TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 23 drp. 26

Key Area 9 : Lanjutan Masa i. Jika terdapat perakuan kelewatan dan lanjutan masa ianya hendaklah diluluskan oleh pihak yang dibenarkan. ii. Sebab permohonan lanjutan masa adalah munasabah dan mempunyai dokumen sokongan yang lengkap iii. Lanjutan masa diluluskan sebelum tamat tempoh kontrak iii. Sekiranya lanjutan masa tidak diluluskan, sijil kerja tak siap hendaklah dikeluarkan iv. Surat amaran sepatutnya dikeluarkan oleh PP kepada kontraktor terhadap kelewatan menyiapkan projek Key Area 10 : Sijil Perakuan Siap (CPC) i. Kontraktor hendaklah membersihkan kawasan pembinaan sebelum sijil perakuan siap dikeluarkan ii. CPC dikeluarkan dengan segera selepas kerja-kerja siap TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 24 drp. 26

Key Area 11 : Mesyuarat tapak i. Mesyuarat tapak diadakan secara berkala dan tindakan diambil ke atas perkara yang dibangkitkan di dalam mesyuarat Key Area 12 : Perakuan siap membaiki kecacatan (CMGD) i. Pemeriksaan dilakukan pada tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan ii. Sekiranya tiada kecacatan PP mengeluarkan CMGD iii. Jika ada kecacatan PP memaklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari ari tarikh tamat tempoh laibiliti kecacatan dan mengarahkan kontraktor membaiki kecacatan dalam tempoh 3 bulan iv. CMGD dikeluarkan selepas kerja-kerja membaiki kecacatan dikeluarkan Key Area 13 : Lawatan tapak i. Kerja-kerja telah dilaksanakan dengan sempurna berdasarkan spesifikasi/lukisan yang ditetapkan TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 25 drp. 26

Key Area 14 : Pembayaran i. Dokumen pembayaran lengkap ii. Amaun yang dibayar betul TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 26 drp. 26