Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Similar documents
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UniMAP BRIG JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, SEMPENA MAJLIS SEKALUNG BUDI PADA 23 OGOS 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR.

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

l:j{~-' SEDEKAD GEMllANG

se buah institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

HARI RAYA INDUSTRI DI ANJUNG KULIM ANJUNG KULIM (KHTP

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Building a better Hong Kah North

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

TEKS UCAPAN. Y Bhg. Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Husin. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis SEMPENA

UniMAP

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Help Us Update The Alumni Database ALUMNI. We Love When Our Alumni Make Us Proud, And They Of ten Do. Once UniMAPians Will Always be UniMAPians

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Yg. Diraikan, Puan Hajah Foyziah Ahmad Nasuruddin, Ketua Pustakawan UniMAP dan Suami.

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

LAPORAN PENYERTAAN STAFF PSIS DI THE 11 TH FREESTYLE FRUIT CARVING SHOW PIECE CONTEST, NAGOYA KANKO HOTEL, JEPUN 25 TH JUN 1 ST JULAI 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

eclaims - Gambaran Keseluruhan

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Kejayaan semua Fakulti, beberapa buah Pusat/Institut serta. Tan Sri Naib Canselor Ucapkan Tahniah Kepada Pemilik Proses SPK PPPS.

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Catalyst In Education Development Towards Quality Human Capital LOCAL ORGANISATION WITH GLOBAL OUTREACH

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

Text Title/Presentator/Address

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

LAUNCHING CEREMONY 15 MARCH 2018

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Kisah seks menantu dan ibu mertua

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Transcription:

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF DR KAMARUDDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SANTAPAN MALAM ISTIADAT KONVOKESYEN KE-6 UniMAP PADA 16 SEPTEMBER 2011 DI DEWAN WARISAN, KANGAR Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia. Mengadap Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah, merangkap Tuanku Pro-Canselor UniMAP. Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku berdua berkenan meneruskan tradisi bercemar Duli berangkat hadir ke Majlis Santapan Malam sempena Istiadat Konvokesyen Ke-6 UniMAP pada malam ini. Page 1 of 16

Sesungguhnya, Patik dan seluruh warga UniMAP amat berbangga kerana dikurniakan seorang Canselor yang begitu komited dan memberi kerjasama penuh dalam setiap aktiviti di universiti yang Tuanku naungi ini. Warga UniMAP berdoa moga Duli Tuanku Berdua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar dapat terus bersama dalam majlis-majlis di masa mendatang. Ampun Tuanku, Izini patik menyampaikan ucapan kepada barisan tetamu yang dimuliakan dan para graduan yang diraikan. Yang Berhormat, Tuan Haji Sabry Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Isteri, Wakil Kepada YAB Menteri Besar Perlis. Yang Berhormat Datuk Yazid Mat, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan Yg Bhg Datin, Yang Arif Tuan Mohd. Zaki Bin Abd. Wahab, Hakim Mahkamah Tinggi dan Isteri. Yang Berhormat, Datuk Azizan Bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Yg. Bhg Datin Ahli-ahli Yang Berhormat dan Isteri, Page 2 of 16

Penerima-penerima Ijazah Kehormat, Yang Berbahagia Tan Sri Zulkefli A. Hassan dan Puan Sri. Yang Berbahagia Dr. R. Vasant Kumar dan Yang Berusaha Encik Mohd Parid Sulaiman. Y. Berbahagia Tan Sri Dato Seri Dr. Haji Zainul Ariff Bin Haji Hussain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Yang Berbahagia Puan Seri. Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia, Dif-Dif Kehormat, Naib-naib Canselor IPTA atau wakil dan Naib Canselor/Rektor universiti luar negara atau wakil, dan Wakil-wakil Industri, Dif-Dif Kehormat, Yang Berbahagia Timbalan-timbalan Naib Canselor UniMAP, pegawai-pegawai Utama UniMAP, Dekan-dekan dan Ketuaketua Jabatan UniMAP, Wakil-wakil Media yang dihormati, Warga kerja dan para graduan UniMAP yang dikasihi sekalian. Good Evening, Wan Shang Hao, Maalai Vaanakkam, Ma Sa An Khair, Sawadi Kharp Page 3 of 16

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang memanjangkan usia serta memberikan kesihatan yang baik buat kita hingga membolehkan kita berhimpun dalam Majlis Santapan Malam sempena Istiadat Konvokesyen Ke-6 UniMAP pada malam ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan tetamu serta dif-dif kehormat yang sudi hadir dan memeriahkan lagi majlis malam ini. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Santapan Malam yakni kakitangan PPK Bioproses kerana telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis malam ini. Pengorbanan dan usaha gigih anda amat saya hargai. Hadirin dan hadirat sekalian, Serasa pantas masa berlalu, dalam sekelipan mata, esok akan terlakar satu kenangan baru yang terpahat dalam kalendar akademik UniMAP apabila kita meraikan graduan-graduan pada Istiadat Konvokesyen kali Ke-6 di mana 1,237 pelajar akan bergraduat dengan 4 daripadanya menerima Ijazah Doktor Falsafah, 58 Ijazah Sarjana, 953 Ijazah Sarjana Muda serta 222 penerima Diploma. Page 4 of 16

Dengan jumlah terbaru ini, UniMAP secara rasminya telah melahirkan sejumlah 4,751 orang graduan pelbagai peringkat sepanjang 9 tahun penubuhannya. BIL KOHORT JUMLAH GRADUAN 01 Istiadat Konvokesyen Pertama 111 02 Istiadat Konvokesyen Kedua 563 03 Istiadat Konvokesyen Ketiga 652 04 Istiadat Konvokesyen Keempat 1,012 05 Istidat Konvokesyen Kelima 1,176 06 Istiadat Konvokesyen Keenam 1,237 JUMLAH 4,751 Alhamdulillah, sebagai Naib Canselor, saya amat gembira kerana dapat bersama Universiti yang tercinta ini dari istiadat Konvokesyen pertama yang menyaksikan 111 orang graduan menerima ijazah hinggalah ke istiadat yang keenam ini. Sesungguhnya upacara konvokesyen merupakan antara detik terindah yang ingin dilalui semua orang tetapi hanya yang bertuah dan layak sahaja dapat merasai pengalaman indah ini. Hadirin sekalian, Imam Al-Ghazali ada menyatakan : Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu Page 5 of 16

mustahil ada kekuatan. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. Justeru, bersungguh sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. Apa yang digambarkan oleh Imam al-ghazali itu jelas menunjukkan bahawa kegagahan atau kehebatan manusia adalah kerana ilmu. Lukman al- Hakim, dalam wasiatnya juga berkata: "Wahai anakku yang tercinta, janganlah sampai ayam jantan itu lebih bijak daripada engkau. Ia berkokok di waktu sahur sedangkan engkau masih tidur lagi". Wasiat ini juga membuktikan soal menuntut ilmu mesti menjadi agenda utama dalam kehidupan kita seharian tidak kira di rumah, institusi atau dalam pengurusan negara. Hanya dengan ilmu sahaja kita mampu melahirkan modal intelektual dan inilah sebenarnya peranan UniMAP iaitu mencurahkan sebanyak mungkin ilmu untuk melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada pembangunan negara. Page 6 of 16

Hadirin dan hadirat sekalian, Izinkan saya menceritakan sedikit sebanyak perkembangan UniMAP sejak ditubuhkan pada tahun 2002 sehingga kini. Dengan kekuatan yang sentiasa diperkasa, dan menyedari kelemahan yang sentiasa dipantau dan diminimumkan, UniMAP pada hari ini berkeyakinan tinggi dan dengan sepenuh keikhlasan menawarkan dirinya kepada masyarakat setempat dan antarabangsa sebagai Universiti Pilihan yang Berdaya Saing. Dari hanya dua program pengajian pada tahun 2002, UniMAP kini menawarkan enam program diploma, dua puluh satu program sarjana muda kejuruteraan, satu program perniagaan antarabangsa, satu program keusahawanan kejuruteraan, 16 program sarjana sains dan doktor falsafah/ph.d dalam pelbagai bidang khusus kejuruteraan. Program-program ini Alhamdulillah telah mendapat pengiktirafan dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Terbaru, pada sesi pengambilan tahun ini, UniMAP memperkenalkan satu program akademik baru iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Kepujian)(Bioteknologi Industri). Ia adalah sebahagian daripada usaha kita Page 7 of 16

merealisasikan aspirasi Kerajaan yang menetapkan bahawa kesemua universiti di bawah Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan program Engineering Technology yang bermatlamat menjana tenaga kerja professional yang mempunyai kemahiran seimbang dalam aspek teknologi dan kejuruteraan. UniMAP juga telah berkembang dalam melahirkan tenaga kerja profesional. Dari hanya 20 orang kakitangan akademik, UniMAP kini memiliki hampir 500 tenaga kerja profesional yang meliputi Professor, Professor Madya, Pensyarah Kanan, Pensyarah dan Pegawai Latihan Vokasional. Tenaga kerja pentadbiran dan sokongan juga menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu menghampiri 1,000 orang. Perkembangan bilangan tenaga kerja ini bukan sahaja melambangkan kemajuan UniMAP tetapi ia juga satu indikator yang membuktikan negeri Perlis kini dibanjiri golongan profesional. Pada tahun pertama kewujudannya, hanya 119 pelajar mendaftar dan sehingga tahun ini 2011, terdapat hampir 8,000 pelajar dengan yang terbaru mendaftar sekitar 1,700 orang minggu lalu. Alhamdulillah, pada pengambilan tahun ini sahaja, UniMAP berjaya mencatatkan pengambilan pelajar sekitar 2,100 pelajar (termasuk ambilan Diploma pada bulan Page 8 of 16

Jun lalu), dan jumlah ini dijangka meningkat menjelang pengambilan kedua pelajar Ijazah minggu hadapan. Hadirin dan hadirat sekalian, Setelah 9 tahun usia, pelebaran sayap UniMAP di persada antarabangsa amat membanggakan. Fokus kita tahun ini ialah mengukuhkan kedudukan di persada antarabangsa sebagaimana termaktub di dalam teras strategik Universiti bagi tempoh 2011-2015, di mana Keterlihatan Antarabangsa Yang Menyerlah menjadi temanya. Justeru, pengambilan pelajar antarabangsa yang bermula sejak 2008 ditingkatkan. Dari seramai 38 orang yag diambil dahulu, sehingga September 2011, terdapat 140 orang pelajar antarabangsa. Ini tidak termasuk pelajar pasca siswazah dari luar negara yang berjumlah 120 orang. Mereka ini sedang mengikuti pengajian di peringkat Master dan PhD. Selain itu, UniMAP sudah menandatangani lebih 80 MoU dengan universiti dan institusi daripada 25 buah negara. Bagaimanapun, proses pengantarabangsaan di kalangan pelajar telah bermula lebih awal lagi iaitu pada tahun 2006 di mana program pertukaran pelajar mula diperkenalkan. Page 9 of 16

Sehingga kini hampir 60 orang pelajar UniMAP telah terlibat, yang mana segelintir mereka dibiayai rakan-rakan antarabangsa UniMAP. Dalam tempoh itu juga seramai 57 pelajar dari Jerman, Indonesia, China, dan banyak lagi turut datang ke UniMAP bagi menjalani program yang sama. Keterlihatan antarabangsa UniMAP dikukuhkan lagi dengan pelbagai pengiktirafan peringkat global yang diterima. Ini meliputi aspek akademik, penyelidikan dan pembangunan, hal ehwal pelajar serta teknologi maklumat dan komunikasi. Hadirin dan hadirat sekalian, UniMAP kini mula memanjat carta pemeringkatan (ranking) dan penarafan (rating) universiti peringkat nasional dan antarabangsa. Berdasarkan Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009 (SETARA) yang melihat, antara lain, kepada kualiti pembelajaran-pengajaran yang diamalkan, UniMAP mendapat skor 69.4%. Dari itu ia berjaya menempatkan diri dalam kelompok universiti tier 4 dengan kedudukan sangat baik. Ini suatu peningkatan jika dibandingkan dengan skor UniMAP pada tahun 2007 di mana kita mendapat 42.3% dan dikategorikan sebagai universiti yang memuaskan. Page 10 of 16

Dalam penyelidikan pula, UniMAP menempa nama yang mengagumkan. Ini dibuktikan apabila ia diiktiraf sebagai universiti 4-bintang oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui MyRA, iaitu Penilaian Tahap Penyelidikan dan Inovasi IPTA. Ini bermakna UniMAP menduduki tangga ke-6 daripada 20 buah universiti awam dan swasta di negara ini. Alhamdulillah, dalam tempoh hanya setahun sahaja, kita berjaya mengubah kedudukan dari tiga bintang ke empat bintang. Dan terbaru, pada pertandingan PECIPTA yang baru berakhir semalam, UniMAP berjaya menggegarkan pentas PECIPTA selepas mencatatkan 84 peratus kemenangan sekaligus muncul IPTA yang meraih pungutan pingat tertinggi dengan 9 pingat emas, 6 Perak dan 16 Gangsa. Delegasi UniMAP menghantar 37 produk untuk dipertandingkan dengan 31 daripadanya berjaya meraih pingat. Pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Produk yang belum dipertandingkan sebanyak 27 produk dan kategori produk baru sebanyak 4. UniMAP juga menghantar 6 produk bagi kategori junior yang diwakili oleh Pelajar UniMAP dan pelajar-pelajar dari Sekolah angkat UniMAP. Page 11 of 16

Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan ini merupakan kali ketiga UniMAP menyertai PECIPTA yang mana pada tahun lalu, UniMAP hanya menduduki tempat kelima dengan 2 Emas, 10 Perak dan 3 Gangsa. Bagi kategori pelajar, UniMAP menghantar 6 produk dan kesemua enam pingat berjaya mencipta kejayaan dengan kilauan 1 pingat Emas, 1 Perak dan 4 Gangsa. Tahniah penyelidik muda UniMAP. Izinkan saya terus berkongsi tentang kejayaan UniMAP dalam bidang penyelidikan. Pada International Invention, Innovation Industrial Design and Technology Exhibition (ITEX) yang diadakan di Kuala Lumpur Mei lalu, kita menghantar 50 produk penyelidikan, dan berjaya meraih tempat pertama keseluruhan dengan 11 pingat emas, 24 perak dan 11 gangsa. Justeru, UniMAP dinobatkan sebagai penerima Anugerah Patron kerana pungutan pingat tertinggi. UniMAP turut meraih anugerah Best Green Invention 2011. Di samping itu, UniMAP mencatatkan kejayaan 100% dalam pertandingan Seoul International Invention Exhibition yang berlangsung di Korea. Penyelidik UniMAP meraih 4 pingat daripada 4 penyertaan, iaitu 3 emas dan 1 perak. Pada Page 12 of 16

penyertaan di British Invention Show, London, pula, UniMAP menghantar tiga produk penyelidikan dan memenangi 100 % emas dalam pameran ini. Dari aspek dana penyelidikan, UniMAP turut memperoleh geran antarabangsa iaitu daripada King Abdul Aziz Science and Technology (KACST) bernilai RM1.5 juta bagi menjalankan penyelidikan tentang konkrit hijau. Perolehan geran antarabangsa itu menjadikan UniMAP universiti kedua di Malaysia yang menerima geran antarabangsa tertinggi. Dalam masa yang sama, KACST bersetuju mengembangkan lagi skop penyelidikan bersama dengan menambah penajaan sebanyak sekitar RM2 juta. Selain itu, seorang pensyarah UniMAP, Dr. Ong Hui Lin telah terpilih menerima Anugerah L Oreal Malaysia For Women in Science Fellowship 2007 (FWIS) dari Syarikat L Oreal bernilai RM20,000. Beliau merupakan antara tiga penerima terpilih di Malaysia. Anugerah FWIS diperkenalkan di seluruh dunia dan mendapat sokongan serta pengiktirafan daripada Suruhanjaya Negara bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Page 13 of 16

Hadirin yang dihormati sekalian, UniMAP tidak ketinggalan malah setara dengan IPTA lain dari sudut outcome hasil kerjanya. Data kebolehpasaran siswazah UniMAP sejak 2006 hingga 2010 amat memberansangkan. Walau baru berumur 9 tahun, ia telah melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi bagi memenuhi keperluan industri. Secara purata, kebolehpasaran graduan kita ialah 80%, dan mereka ini bertugas di syarikat-syarikat multinasional seperti Western Digital, SILTERRA, AMD, AVAGO, NATIONAL SEMICONDUCTOR, AGILENT dan banyak lagi. Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, Pusat Kerjasama Industri UniMAP menganjurkan Program Job Camp, di mana pelajar ditempatkan di industri dengan konsep attach and place. Ini sebahagian daripada iniasiatif untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam Agenda Kritikal PSPTN - iaitu CAP Graduate Employability. Setakat ini, pelajar telahpun menjalani latihan selama empat hingga enam bulan sebelum mereka ditawarkan jawatan sebagai staf tetap di industri tersebut. Di samping meningkatkan peluang graduan, program ini juga membantu Page 14 of 16

memenuhi kehendak industri bagi mengisi kekosongan dengan tenaga kerja yang muda dan kompeten. Kekuatan graduan UniMAP semakin terserlah apabila seorang alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan menunjukkan kejayaan apabila menceburkan diri dalam projek penternakan burung walit. Bersama dengan bekas pelajar ini, Insya Allah, UniMAP akan mengendalikan projek yang sama, di mana teknologi tinggi akan digunakan untuk meningkatkan populasi dan pengeluaran hasil burung walit. Hadirin dan hadirat sekalian, Pada malam ini juga, UniMAP melafazkan peri pentingnya jalinan kerjasama strategik dengan rakan-rakan luar. Kita berjaya memeterai 15 lagi kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan industri di dalam dan luar negara. Semoga dengan kerjasama yang dimeterai ini UniMAP akan terus unggul di persada pendidikan negara sekaligus mencapai sasaran menjadi antara 500 universiti terbaik dunia menjelang 2015. Sebagai penutup kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua dif kehormat dan tetamu jemputan khas yang sentiasa menyokong pembangunan dan Page 15 of 16

kemajuan UniMAP selama ini. Besarlah harapan saya agar sokongan dan kerjasama anda akan berterusan selagi hayat di kandung badan. Ampun Tuanku, Sekian sahaja ucapan patik. Sekali lagi patik ingin merafak sembah,menjujung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Tuanku berdua di atas perkenan berangkat ke majlis pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran Duli Tuanku berdua begitu besar ertinya buat patik sekalian. Patik sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Page 16 of 16