MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Tadbir Urus Korporat

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Ini adalah Tatakelakuan kita

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PRUlink money market fund

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

TERMS AND CONDITIONS

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

TAKLIMAT. PEMAHAMAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 29 Ogos 2018

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

PERSATUAN PENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (Oidaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966)

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

ffiu'sl ffitrffi' /.krnr

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ISO (JKISO) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KALI KE-25

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

Piawaian Bon Hijau ASEAN

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

JURNAL AKADEMIK. December 2005 Issue UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK INFOREC/SARAWAK. The Importance Of Effective Corporate Governance

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

06 APRIL Untuk maklumat lanjut sila rujuk peta di bawah.

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK: ISU PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH. Dr. Ho Hui Ling

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. NO. AWARD : 667 TAHUN 2018 DI HADAPAN : YA TUAN EDDIE YEO SOON CHYE - YANG DIPERTUA EN. ALAN SUNIL NETTO - PANEL PEKERJA EN. NG CHOO SEONG - PANEL MAJIKAN TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur. TARIKH FAIL BORANG S : 27.02.2017. TARIKH SEBUTAN: 11.04.2017; 03.05.3017; 15.08.2017; 10.10.2107. TARIKH BICARA : 20.11.2017. PERWAKILAN : Ahmad Shafiq Bin Mohd. (Setiausaha) & Zaid Anhar Bin Abulah Sahimi (Bendahari) dari Kesatuan Pekerja-Pekerja Honda Assembly (Malaysia) Sdn. Bhd. Pemohon/Pengadu hadir. Sugandra Rao & Sarah Shaqeena Binti Abdullah dari Tetuan Rao & Co.; Peguamcara bagi pihak Responden. 1

A W A R D [1] Mahkamah dengan sebulat suara menolak permohonan untuk perintah kepatuhan di bawah seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam Borang S di bawah Peraturan 24A Peraturan Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan Perjanjian Kolektif (Pertama) 2015/2018 antara Honda Assembly (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Honda Assembly (Malaysia) Sdn. Bhd. (Perkara 10 Prosedur Disiplin) Cog. No. 201/2016 pada 22.8.2016. [2] Aduan ini telah dibuat oleh Pengadu/Pemohon Kesatuan Pekerja-Pekerja Honda Assembly (Malaysia) Sdn. Bhd. (KPPHASB) bahawa peruntukan berikut dalam Perkara 10 Prosedur Disiplin dalam Perjanjian Bersama tersebut di atas tidak dipatuhi seperti berikut: PERKARA 10 PROSEDUR DISIPLIN 1. Bilamana Syarikat mengadakan siasatan, Syarikat hendaklah memberitahu pekerja yang berkenaan secara bertulis dengan menyatakan dakwaandakwaan terhadapnya, masa, tarikh dan tempat siasatan. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Kesatuan dan Jawatankuasa Pejabat, dan semasa siasatan itu, kakitangan itu boleh mewakili dirinya sendiri, atau jika beliau mahu, diwakili oleh Kesatuan. Syarikat boleh, atas sebab salahlaku bertentangan dengan pencapaian syarat perkhidmatan yang nyata atau tidak nyata selepas melakukan siasatan, samada: 2

(i) (ii) Mengeluarkan amaran bertulis, atau Menggantung pekerjaan pekerja tanpa gaji untuk tempoh tidak melebihi dua minggu, atau (iii) (iv) Menurunkan pangkat pekerja, atau Menamatkan perkhidmatan tanpa notis jika salahlaku ini serius, atau (v) Mengenakan hukuman lain yang dianggap patut dalam semua keadaan-keadaan di atas. Dalam semua kes tersebut, Syarikat hendaklah memberitahu keputusannya kepada pekerja itu secara bertulis dengan satu salinan dihantar kepada Kesatuan. 2. Untuk tujuan siasatan, Syarikat boleh menggantung pekerjaan pekerja tersebut selama tidak lebih dua minggu dan pekerja itu hendaklah diberi separuh gaji dalam tempoh itu, dengan syarat jika siasatan mendapati bahawa pekerja itu tidak melakukan sebarang salahlaku, Syarikat akan memulangkan semua gaji pokok yang telah ditahan. 3. Dalam tempoh penggantungan untuk tujuan siasatan pekerja itu boleh diberitahu secara bertulis untuk melaporkan diri di tempat kerja pada tarikh bekerja dan masa bekerja yang ditetapkan oleh Syarikat bagi membolehkan bagi membolehkan Syarikat menjalankan siasatan. 4. Mana-mana pekerja yang digantung daripada tugasnya dan telah diberikan diberikan peralatan dan kelengkapan Syarikat perlu menyerahkan kembali peralatan dan kelengkapan itu ketika diminta dalam tempoh penggantungan 3

sepertimana yang diperuntukkan di bawah perenggan (2) di atas. 5. Dalam keadaan di mana prestasi kerja/sikap pekerja didapati tidak memuaskan atau di mana seorang pekerja telah melakukan salahlaku pada pendapat Syarikat, tidak cukup serius untuk mengenakan tindakan disiplin, Syarikat akan mengenakan prosedur penambahbaikan disiplin mengikut kepada Buku Panduan Syarikat semasa yang terpakai. (RB1 m.s. 17) Kes Kesatuan [3] Pihak Kesatuan memanggil 3 orang saksi iaitu Jaifizal Bin Jantan (Presiden), Noor Jasman Bin Nawi (Technician Bahagian Assembly Engine) dan Ahmad Nushirwan Bin Abdul Hamid (Technician Bahagian Logistik). [4] Jaifizal Bin Jantan (UW1) merupakan Chief Technician Bahagian Assembly Engine Honda Assembly (Malaysia) merangkap Presiden Kesatuan. Keterangan utama UW1 dikemukakan dan ditandakan sebagai UWS1 dan menyatakan bahawa Responden telah gagal mematuhi Perkara 10 (1) Perjanjian Bersama semasa menamatkan perkhidmatan salah seorang bekas ahli kesatuan Abdul Luqman Bin Abd. Razak. Mengikut UW1, penamatan tersebut tidak menepati garis panduan yang ditetapkan. Bagi membuktikan samada pekerja itu bersalah atau perkara tidak masih belum ditentukan lagi kerana masih menunggu keputusan menteri samada wajar atau tidak dibawa ke Mahkamah di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 4

[5] Noor Jasman Bin Nawi (UW2) memaklumkan tentang pembuangan kerja Abdul Luqman Bin Abd. Razak kepada Presiden Kesatuan di mana pihak Kesatuan tidak dimaklumkan tentang perkara ini. Abdul Luqman masih lagi bekerja selepas siasatan dalaman dijalankan. [6] Ahmad Nushirwan Abdul Hamid (UW3) adalah Presiden Kesatuan Pekerja- Pekerja Honda Malaysia Sdn. Bhd. dalam keterangan utama (UWS3) menyatakan bahawa beliau nampak UW1 pergi ke pejabat Pengurusan Sumber Manusia dalam keadaan marah. UW1 menceritakan kepada UW3 segala hal berkaitan pembuangan ahli kesatuan beliau. Hujahan Kesatuan [7] Wakil Kesatuan berhujah bahawa ketidakpatuhan ini adalah disebabkan mengikut perlembagaan kesatuan di dalam Buku Perlembagaan Kesatuan dalam Perkara 4 (5) (b) pekerja itu masih lagi ahli kesatuan pada masa aduan dibuat. Ketidakpatuhan ini adalah disebabkan Perjanjian Bersama ini yang melibatkan Kesatuan secara amnya dan wakil Kesatuan masih berkhidmat de dalam syarikat. Kes Responden [8] Responden dalam perenggan 12 Pernyataan Jawapan menyatakan bahawa tiada kemungkiran (ketidakpatuhan) Perkara 10 Perjanjian Bersama seperti berikut: 5

KRONOLOGI PERISTIWA BERKAITAN KETIDAKPATUHAN PERKARA 10 PERJANJIAN BERSAMA TARIKH BUTIRAN 27.7.2016 Pihak Responden menerima aduan daripada pekerja bernama Muhammad Rezuan bin Mohammad Reza ( Encik Rezuan ) bahawa vest beliau di tempat letak motosikal telah hilang. Berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup, Encik Luqman ( pekerja-tersebut ) didapati melakukan perkara tersebut pada jam 6.21 petang. (HASB-2) 29.9.2016 Pihak Responden menjalankan siasatan terhadap pekerja tersebut di mana alasan yang dikemukakan adalah:- Saya mengambil safety vest tersebut kerana saya mendapati vest kepunyaan saya telah tiada. Jadi saya mengambil langkah untuk mengambil hak orang untuk kepentingan diri sendiri. (HASB-3) 7.10.2017 Pihak Responden mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab bertarikh 30.9.2016 kepada pekerja tersebut. (HASB-4) 11.10.2016 Pekerja tersebut mengemukakan Surat Rayuan Tunjuk Sebab bertarikh 11.10.2016 kepada Pihak Responden dan memohon supaya tidak dikenakan tindakan disiplin dan diberhentikan kerja. Pekerja tersebut turut menyatakan:- Saya melakukan demikian kerana safety vest kepunyaan saya telah tiada (hilang) di motosikal saya pada waktu tersebut. (HASB-5) 13.10.2016 Pihak Responden mengeluarkan Notis Menghadiri Siasatan Dalaman bertarikh 12.10.2016 kepada pekerja tersebut di mana Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) telah ditetapkan pada 18.10.2016. (HASB-6) 17.10.2016 Sesalinan Surat Tunjuk Sebab dan Notis Menghadiri Siasatan Dalaman turut diemel kepada Pengerusi dan Setiausaha Pihak Menuntut masingmasing bernama Encik Jaifizal Bin Jantan dan Encik Ahmad Shafiq Bin Mohd. (HASB-7) 18.10.2016 (i) Siasatan Dalaman dijalankan; (ii) Pekerja tersebut telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan; (iii) Prosiding Siasatan Dalaman dijalankan dalam kehadiran wakilwakil Pihak Menuntut khususnya Pengerusi dan Setiausaha Pihak Menuntut; 6

(iv) (v) Langsung tiada bantahan dibangkitkan terhadap dakwaan ketidakpatuhan Perkara 10PB; dan Pihak Menuntut telah membuat mitigasi bagi pihak pekerja tersebut. (HASB-8) 11.11.2016 Pihak Responden mengadakan mesyuarat bagi membincang keputusan Siasatan Dalaman. (HASB-9) 16.11.2016 Pihak Responden memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut berkuatkuasa pada 17.11.2016. Keputusan Siasatan Dalaman turut diemel dan diberikan sesalinan kepada Pihak Menuntut. (HASB-10) 8.12.2016 Pihak Responden menerima Surat Rayuan daripada pekerja tersebut dan Surat Sokongan Rayuan daripada Pihak Menuntut memohon hukuman dikurangkan. (HASB-11) 3.1.2017 Setelah mempertimbangkan rayuan pekerja tersebut beserta surat sokongan daripada Pihak Menuntut, Pihak Responden memutuskan untuk mengekalkan hukuman dan keputusan turut dimaklumkan kepada Pihak Menuntut. (HASB-12) [9] Pihak Responden memanggil 2 orang saksi iaitu Mahazir Bin Ahmad (Timbalan Presiden Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Honda Malaysia Sdn. Bhd.) dan Mohd. Haniff Bin Abdullah Fakri (Executive Associate Relations). [10] Mahazir Bin Ahmad (RW1) dalam keterangan utama (RWS1) menyatakan bahawa Perjanjian Bersama hanya terpakai kepada pekerja yang masih berkhidmat dengan Responden dan langsung tidak terpakai kepada pekerja tersebut yang telah ditamatkan perkhidmatannya. Oleh itu, Kesatuan tidak boleh membawa aduan ini bagi pihak pekerja tersebut menggunakan Perkara 10 (1) Perjanjian Bersama. RW1 merujuk kepada Prosedur mengenai Kilanan (Perkara 7) yang ditakrifkan sebagai aduan oleh 7

pekerja yang berkenaan selain daripada isu disiplin di mana beliau membawa ke perhatian atasnya yang terdekat dan kemudian diselesaikan sepuas hatinya. Perkara 10 (1) Perjanjian Bersama adalah berkenaan prosedur disiplin. Apabila Responden mengadakan siasatan pihak Responden perlu memaklumkan kepada pekerja yang berkenaan secara bertulis dan selanjutnya menghantar sesalinan kepada Kesatuan yang merangkumi dakwaan terhadap pekerja dan sebarang keputusan yang diambil selepas siasatan. Pekerja ditamatkan pada 17 November 2016 dan pekerja tersebut didapati bersalah mencuri jaket keselamatan pekerja lain di tempat letak motorsikal pada 27 Julai 2016. Pekerja tersebut menngaku semasa siasatan awal pada 29 September 2016 bahawa tindakannya mengambil jaket keselamatan adalah demi kepentingan dirinya memandangkan jaket keselamatan miliknya telah hilang. Semasa siasatan dalaman dijalankan pada 18 Oktober 2016 pekerja tersebut sedar bahawa tindakan tersebut terjumlah kepada mencuri dan mengaku salah terhadap pertuduhan. Pertuduhan tersebut adalah salahlaku berat (major misconduct) yang terjumlah kepada kesalahan mencuri mengikut Perkara 14 Lampiran 3 Buku Panduan Associates (Bukan Eksekutif) dan boleh dikenakan hukuman pemberhentian kerja mengikut Perkara 10 (1) (iv) Perjanjian Bersama. RW1 telah menggariskan langkah-langkah yang telah diambil oleh Responden dalam menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut. RW1 dalam soalan 14 menafikan bahawa hak Pengadu dikecualikan oleh Responden di sepanjang siasatan dijalankan. Responden telah memaklumkan Pengadu tindakan lanjut yang diambil terhadap pekerja tersebut dan Pengadu tidak pernah membangkitkan sebarang aduan pada bila-bila masa bahawa Pengadu dikecualikan di sepanjang siasatan dalaman dijalankan dan ia hanya dibangkitkan dalam tindakan ini pada 27 Februari 2017 setelah pekerja tersebut diberhentikan kerja dan pengekalan rayuan pada 3 Januari 2017. 8

[11] Mohd. Haniff Bin Abdullah Fakri (RW2) dalam keterangan utama (RWS2) adalah Pegawai Pendakwa dalam siasatan dalaman kes ini. RW2 menyatakan bahawa Pengadu telah mengaku salah atas kerelaannya dan bukan atas nasihat, dorongan atau arahan RW2. RW2 menegaskan bahawa Responden berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap Pengadu. Perbuatan Pengadu jelas menjejaskan kepentingan pekerja lain dan melanggar peraturan syarikat di bawah Perkara 14 Buku Panduan Associate. Hujahan Responden [12] Perkara 5 Perjanjian Bersama menyatakan bahawa Perjanjian Bersama tidak akan terpakai kepada pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan. Menurut Peraturan 3 (5) Buku Perlembagaan dan Peraturan Tabung Kebajikan seseorang yang diterima masuk menjadi anggota dan kemudian berhenti daripada tempat kerjanya, tred atau industri seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 3 (1) akan dengan sendirinya terhenti dari menjadi anggota Kesatuan. [13] Apabila syarikat mengadakan siasatan, syarikat hendaklah memberitahu pekerja yang berkenaan secara bertulis dengan menyatakan dakwaan terhadapnya, tarikh, masa dan tempat siasatan. Responden telah menyerahkan sesalinan notis kepada Kesatuan dan Jawatankuasa Pejabat bagi tujuan pematuhan. Pengerusi dan setiausaha Kesatuan telah hadir semasa prosiding siasatan dalaman dan mewakili pekerja tersebut. Walaupun terdapat pengakuan salah daripada tempoh awal siasatan, Responden tidak terus menamatkan perkhidmatan pekerja tersebut tetapi masih menjalankan siasatan dalaman. 9

Dalam perenggan 67 Hujah Bertulis, Responden telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pekerja kerana ia merupakan salah laku serius dan penamatan perkhidmatan pekerja adalah berdasarkan Bahagian 3 Perkara 10 (1) (iv) Perjanjian Bersama. Responden berhujah di perenggan 79 bahawa tidak wujud sebarang ketidakpatuhan terhadap Perkara 10 (1) Perjanjian Bersama dan dengan itu tidak wujud perlanggaran terhadap seksyen 56 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Keputusan [14] Kuasa Mahkamah dalam permohonan Borang S berkaitan Non-compliance with award termaktub dalam seksyen 56 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Bahagian yang relevan berbaca seperti berikut: (1) Any complaint that any term of any award by the Court has not been complied with may be lodged with the Court in writing by any person bound by such award.. (2) The Court may, upon receipt of the complaint,- (a) make an order directing any party - (i) to comply with any term of the award... [15] Setiausaha Kesatuan, Ahmad Shafiq Bin Mohd. telah dalam surat bertarikh 1 Februari 2017 (Encl. 5 ms 2) kepada Naib Presiden Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyatakan seperti berikut: KEPUTUSAN SIASATAN DALAMAN 2. Pihak Kesatuan adalah mewakili En. Abdul Luqman Bin Abd Razak HA000132 amat DUKACITA dengan keputusan mengekalkan tindakan disiplin 10

Penamatan Perkhidmatan. Pandangan Kesatuan berkenaan keputusan Ahli Jawatankuasa Disiplin Syarikat yang dinyatakan oleh pihak Tuan adalah KEJAM dan TIADA KEADILAN kerana tidak melihat semua Aspek-aspek kesalahan dan tiada Tatacara sebenar (Standard Flow) dalam pengendalian Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) sebelum ini serta tiada NATURE OF JUSTICE mengikut Undang-undang (Act). Pembentangan laporan siasatan dalaman oleh pihak Tuan terhadap Ahli Jawatankuasa Disiplin Syarikat tidak seimbang dan hanya laporan daripada satu pihak sahaja serta tiada laporan bertulis daripada pihak kedua iaitu pihak Kesatuan. 3. Sehubungan itu, pihak Kesatuan tidak langsung diberi ruang dan peluang oleh pihak Tuan untuk pihak Kesatuan membentangkan laporan berkenaan kes ini terhadap Ahli Jawatankuasa Disiplin Syarikat agar mendapat pertimbangan sewajarnya bagi meringankan hukuman kepada Pekerja/Ahli Kesatuan tersebut. Ini kerana Pekerja/Ahli Kesatuan tersebut mempunyai rekod yang bersih dan baik sebelum ini serta telah berbakti menyumbangkan tenaga dalam pengeluaran produktiviti Syarikat selama 3 tahun. Disebabkan atas kesilapan yang tidak dirancang dan dilakukan di luar premis Syarikat, pihak Tuan telah menamatkan perkhidmatan beliau tanpa mengkaji sepenuhnya kesalahan yang dilakukan. 4. Pihak Kesatuan amat tidak berpuas hati dengan pihak Tuan dalam mengendalikan tatacara siasatan awal yang dijalankan tidak dimaklumkan kepada pihak Kesatuan melalui Surat Tunjuk Sebab yang diberikan kepada Pekerja/Ahli Kesatuan tersebut serta tidak menyerahkan sesalinan iaitu 11

salinan kepada (s.k.) terhadap pihak Kesatuan. Pihak Kesatuan hanya mengetahui apabila diminta hadir satu hari sebelum (melalui panggilan telefon) sesi Siasatan Dalaman yang akan dijalankan bersama-sama dengan Panel-Panel yang telah dilantik oleh pihak Tuan. Pihak Kesatuan amat terkejut dan tidak menyangka kerana buat pertama kalinya pihak Kesatuan diminta hadir sesi tersebut tanpa sebarang panduan serta rujukan untuk kesahihan laporan dan fakta kes yang telah dipertuduhkan terhadap Pekerja/Ahli Kesatuan tersebut. 5. Semasa sesi Siasatan Dalaman yang dijalankan oleh pihak Tuan bersamasama pihak Panel-panel yang telah dilantik tiada sesalinan untuk pihak Kesatuan melalui laporan siasatan awal oleh Pegawai Siasatan Syarikat (I.O). Oleh itu, kesukaran pihak Kesatuan untuk mengkaji laporan dan berhujah mengikut fakta kes yang dipertuduhkan terhadap Pekerja/Ahli Kesatuan tersebut. Sefahaman pihak Kesatuan setiap pengendalian kes-kes disiplin oleh pihak Syarikat mempunyai laporan yang lengkap dan diserahkan sesalinan kepada pihak Kesatuan agar siasatan juga boleh dijalankan oleh pihak Kesatuan untuk membuat laporan siasatan yang lengkap dan diserahkan kepada pihak Tuan untuk dibentangkan bersama laporan siasatan kedua-dua belah pihak supaya keputusan yang dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin Syarikat tidak berat sebelah yang boleh menimbulkan Prejudis terhadap Philosopy Syarikat. 6. Pengendalian terhadap kes ini oleh pihak Tuan banyak dipersoalkan kerana tiada standard flow untuk pihak Kesatuan fahami. Walhal sebelum ini 12

pihak Kesatuan telah pun berbincangkan dengan pihak Tuan dan telah meminta untuk menunjukkan tentang tatacara sebenar bagi pengendalian kes-kes disiplin di dalam Syarikat. Malangnya tiada sebarang maklum balas yang diberikan oleh pihak Tuan hingga kini. Oleh itu pihak Kesatuan beranggapan kes disiplin yang dikendalikan oleh pihak Tuan adalah meragukan dan seolah-olah ingin mewujudkan Constructive Dismissal di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967. [16] Dalam kes Holiday Inn Kuala Lumpur v. National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers [1988] 1 CLJ Rep. 116, Mahkamah Agong memutuskan seperti berikut: Section 56 of the Industrial Relations Act 1967 is concerned with the enforcement in a summary manner of an award made by the Industrial Court or of a collective agreement which has been taken cognisance of by the Court under s. 17 of the Act after a complaint has been lodged as to its noncompliance with one or more terms of the award or said Collective Agreement. The non-compliance of a term of the award or Collective Agreement must exist as an antecedent fact before the Industrial Court can exercise its powers contained in sub-section (2) thereof. It is therefore a condition precedent to the excercise of that powers that there should be in existence a breach or non-observance of a term of the award or Collective Agreement. This must be satisfactorily established by the complainant. [17] Dalam kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkilangan Perusahaan Makanan v. Gold Coin Specialitites Sdn. Bhd. [2017] MELRU 1, Mahkamah Perusahaan memutuskan seperti berikut: Basically where there is a complaint under section 56 (1) of the Act, the first function of the Industrial Court is to inquire into and finally determine the question whether the Union had brought its case within the terms that 13

the Company had complied with the said Collective Agreement which had been taken cognisance by the Industrial Court. If the Court had decided that the Company had not committed a breach of the term of the Collective Agreement, then it should not proceed further into the matter. On the other hand if the Court found that the Company had failed to comply with the term of the Collective Agreement which formed the subject matter of the complaint, only then this Court could consider exercising the statutory powers contained in subsection (2) thereof and subject always to the ability of the Company to prove 'special circumstances' as stated in s. 56 (2) (c) pf the Act. [18] Pekerja Abdul Luqman Bin Abd. Razak telah ditamatkan perkhdimatan oleh syarikat pada 17 November 2016. Pengadu memfailkan aduan ini di bawah Perkara 10 (1) Perjanjian Bersama. Perkara 5 Perjanjian Bersama menyatakan bahawa Perjanjian ini tidak akan terpakai kepada mana-mana pekerja yang telah menamatkan perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan oleh syarikat atas sebab-sebab yang munasabah pada atau selepas tarikh kuatkuasa Perjanjian ini. Prosedur disiplin yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perjanjian Bersama melibatkan siasatan dalaman. Dalam fakta kes ini, siasatan dalaman telahpun dilaksanakan pada 18 Oktober 2016 dan keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pekerja dibuat pada 16 November 2016 dan rayuan pekerja ditolak oleh syarikat pada 3 Januari 2017 di mana keputusan menamatkan perkhidmatan pekerja dikekalkan. [19] Dalam keadaan kes ini jelas menunjukkan bahawa tindakan Kesatuan terjumlah kepada 'approbate dan reprobate'. Sepanjang tempoh siasatan dalaman sehingga keputusan penamatan perkhidmatan pekerja dikekalkan pada 3 Januari 2017, Kesatuan tidak langsung membangkitkan dakwaan ketidakpatuhan di bawah Perkara 10 Perjanjian Bersama. Malah apa yang dilakukan adalah Kesatuan mengemukakan surat rayuan 14

sokongan bertarikh 23 November 2016 di mana Kesatuan memohon pertimbangan Responden mengurangkan hukuman memandangkan pekerja mempunyai rekod kehadiran dan rekod disiplin yang baik. Dalam kes Teo Kim Huatt v. AETNA Universal Insurance Bhd. (No. 1) [2002] 2 MLJ 333 di ms. 343 dimana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: It is often said that a person should not approbate and reprobate (Lissenden v. CAV Botch Ltd (1940) AC 412 pp. 417 418 [1940] 1 All E R at p. 429 ). It simply means that when a person has a choice between two choices of conduct and he picks and elects the choice of conduct, he cannot late resile from it. Here, the learned counsel for the defendant agreed to the holding over in order to file an affidavit in reply and he has benefited from that course of conduct and subsequently he cannot resile from it. By resiling, his subsequent conduct was in fact inconsistent with his earlier conduct. [20] Menurut rekod pengurusan kes Mahkamah (Ekshibit 8), kes pekerja telahpun dirujuk oleh Menteri ke Mahkamah Perusahaan melalui kes No. 6/4-1342/17 dan perbicaraan kes ini telah ditetapkan pada 4 & 5 September 2018. Mahkamah bersetuju dengan hujah Responden di perenggan 33 bahawa sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap Perkara 10 Perjanjian Bersama yang dinafikan oleh Responden, permohonan ketidakpatuhan dalam Borang S ini tidak akan memberi apa-apa kesan atau mengubah kedudukan pihak terlibat memandangkan pekerja tersebut telahpun ditamatkan perkhidmatannya dengan syarikat dan pekerja ini tidak lagi berkhidmat dalam syarikat. Dalam pada itu Mahkamah membuat dapatan fakta bahawa Kesatuan tidak melampirkan senarai keahlian bagi pengesahan bahawa Abdul Luqman Bin Abd. Razak adalah ahli Kesatuan. Malah UW1 dalam keterangannya mengakui bahawa Abdul Luqman Bin Abd. Razak adalah bekas ahli Kesatuan dan tiada bukti tentang status keahlian pada masa 15

pemfailan ketidakpatuhan. Kesatuan tidak memanggil pekerja tersebut sebagai saksi bagi pengesahan keahlian dalam Kesatuan. Rumusan [21] Berdasarkan alasan di atas, Mahkamah dengan sebulat suara membuat perintah bahawa Pengadu tidak berjaya membuktikan ketidakpatuhan di bawah Perkara 10 Perjanjian Bersama. Oleh yang demikian, permohonan ketidakpatuhan di bawah seksyen 56 (2) (a) (i) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah ditolak. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 28 MAC 2018 ~tandatangan~ ( EDDIE YEO SOON CHYE ) YANG DIPERTUA MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA 16