IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

Similar documents
Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Perkembangan dan Perubahan Struktur Persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Demokrasi di Pinggiran

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

LANG KAH PINTU? PERUBAHAN LEKSIKAL MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DEWASA INI

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

TEMPAT MENARIK SYDNEY

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

============================================================================

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Building a better Hong Kah North

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

Penuaan Penduduk dan Permasalahannya di Indonesia

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PEMETAAN KEPEKATAN OKSIGEN TERLARUT DALAM TASIK REKREASI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

KAEDAH PERANG SARAF DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Transcription:

Borneo Research Journal, Volume 11, December 2017, 46-59 IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP (BIDAYUH SARAWAK S IDENTITY IN LANGGIE PINGADAP DANCE) 1 Mohamad Maulana Magiman, 2 Norhuda Salleh 1 Department of Social Sciences, Faculty of Agriculture and Food Sciences, Universiti Putra Malaysia, Sarawak Campus, 97008 Bintulu, Sarawak, Malaysia 2 Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah (mdmaulana@upm.edu.my) Abstract Langgie Pingadap dance was performed by ethnic Bidayuh Bukar in Sarawak after harvest work performed as a prayer of gratitude to God on the yield obtained. Langgie Pingadap dance is a reflection identity of the Bidayuh community that often associated with hill paddy farming activities. It is appropriate for the life of this community, also known as the Land Dayaks who inhabit the land and run hill paddy farming. This study identified the Bidayuh community identity through Langgie Pingadap dance movement and also study the symbols used in the dance itself. To achieve the objectives of the research, ethnographic methods was used in this study. This method focuses on social phenomena from the perspective of the involvement of researchers and respondents were implemented. This study found that the identity featured by the Bidayuh dance adapted from their lives as rice farmers hill. The elements of unification clearly shown in every dance performed. The use of the symbol is highlighted by the selection of colour in clothes of black as the base colour, red and yellow as the colour combination. Besides the clothing also graced with floral motifs and decoration which means leading to the formation of the identity of the Bidayuh. The modernization also has allowed this dance continues to be practiced but with some modifications based on changes in people's confidence in the practitioner. In the past time, this dance once performed among the Bidayuh farmers only, but now it has been presented during the Gawai festival each year. The meaning of this dance in the Gawai festival is to welcome the guests and the spirit of joint action between the guest and the host. Keywords: Bidayuh community, culture, identity, Langgie Pingadap 46

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh Pengenalan Rata-rata masyarakat peribumi mempunyai pelbagai bentuk budaya dan adat resam yang dijadikan sebagai kewujudan mereka di sesebuah kawasan. Istilah peribumi merujuk kepada kumpulan etnik yang natif kepada wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Di Malaysia, penduduk asalnya terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, dan pelbagai kumpulan etnik peribumi lain seperti yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Oleh yang demikian, masyarakat peribumi ini dikelaskan sebagai masyarakat asal sesebuah negara dan mendapat perlindungan daripada pemerintah tempatan dan mempunyai hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan sesebuah negara. Tarian Langgie pingadap merupakan sebuah tarian tradisional masyarakat Bidayuh Bukar di Kampung Bunan Gega, Serian. Ia juga dijadikan sebagai satu identiti masyarakatnya dijaga dan dipelihara bagi memastikan identiti dan budaya masyarakat Bidayuh akan terus terpelihara walaupun masyarakat itu telah membangun bersama-sama peredaran masa. Dalam usaha untuk mengekalkan bentuk warisan bangsa, ia tidak boleh bergantung terus kepada pihak pemerintah kerana sekiranya tiada usaha daripada pihak akar umbi, sesuatu budaya itu pastinya akan hilang. Asal Usul Masyarakat Bidayuh Bidayuh adalah istilah kolektif yang mengelompokkan beberapa sub suku Dayak Darat di Sarawak. Pada zaman kolonial dahulu kelompok ini lebih dikenal dengan panggilan Land Dayak atau Dayak Darat. Istilah ini digunakan bagi memberikan perbezaan di antara masyarakat Bidayuh dengan masyarakat Iban yang biasanya dikenali sebagai Sea Dayak atau Dayak Laut. Istilah Land Dayak semata-mata didasarkan atas lokaliti yang sebahagian besar daripada mereka ini menetap di kawasan pedalaman, huluhulu sungai, dan dataran tinggi. Menurut Peter Minos (2000), kehidupan masyarakat Bidayuh sangat berkait rapat dengan padi. Sebab padi merupakan sumber sebagai sumber ekonomi dan pembentukan corak kehidupan mereka. Selain itu, ciri-ciri penempatan mereka lebih di kawasan yang mempunyai tanah yang subur. Ini menyebabkan budaya dan kehidupan mereka sangat berkait rapat dengan budaya padi yang akhirnya diterjemahkan di dalam budaya kesenian mereka. Menurut Minos (2000),... I wish to say a little bit about the importance of padi to the Bidayuhs and their lives, especially those of the past in the villages. Padi was regarded and considered by the Bidayuhs as a source of life itself. 47

Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap ((Bidayuh Sarawak s Identity in Langgie Pingadap Dance) Peta 1; Populasi masyarakat Bidayuh di Sarawak Sumber: Pejabat Daerah Serian Sarawak Masyarakat Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya di Bahagian, Kuching, Daerah Serian di barat Kalimantan. Antara sub-sub suku masyarakat Bidayuh ialah:- i. Selakau/Lara (Daerah Lundu) ii. Jagoi/Singai (Daerah Bau) iii. Biatah (Daerah Kecil Padawan) iv. Bukar/Sadong (Daerah Serian) v. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau) Berdasarkan buletin perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak tahun 2011, bilangan masyarakat Bidayuh atau Dayak Darat ialah 161,873 orang yang terdapat di negeri Sarawak. Kebanyakan masyarakat Bidayuh ini beragama Kristian. Selain itu, terdapat juga masyarakat Bidayuh yang beragama Islam selepas melalui prses perkahwinan campur. Secara keseluruhannya walaupun terdapatnya proses modenisasi di dalam sesebuah negara masyarakat yang mendiami sesebuah 48

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh kelompok itu masih lagi mengekalkan identiti mereka melalui corak kehidupan dan budaya sesebuah masyarakat. If one visits a typical Bidayuh rural village, whether, in the District of Lundu, Bau, Kuching or Sarian, one can quite easily see and observe the visible sign of absolute poverty among the villagers. Menurut Dennis Lau (1999), masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat yang keempat terbesar di Sarawak di mana jumlah populasi mereka dalam anggaran 8% daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Mereka merupakan masyarakat petani yang mengamalkan penanaman padi bukit. Berdasarkan maklumat tersebut, kebanyakan kehidupan mereka masih menggunakan penanaman padi secara tradisional. Sebab itu, dalam budaya masyarakat Bidayuh kepercayaan kepada kuasa ghaib dan sebagainya masih lagi kuat di jiwa mereka. Dengan kata lain setiap perbuatan terutamanya untuk memperolehi hasil padi yang banyak, mereka akan mengadakan pelbagai upacara tertentu terutamanya untuk menjamu makhluk-makhluk tersebut. Sebab itu, seni persembahan yang dimainkan oleh generasi dan kaum Bidayuh amat berkait rapat dengan budaya padi seperti mengucapkan terima kasih kepada petara atau tuhan. Ritual Dalam Budaya Bidayuh Dalam mengharungi kehidupan seharian, masyarakat Bidayuh juga terkenal sebagai masyarakat petani yang mengamalkan penanaman padi bukit. Keadaan itu disebabkan konsep sosialisasi mereka yang diterima daripada generasi terdahulu. Hanafi Hussin (2005) menyatakan bahawa masyarakat egalitarian masa lalu banyak bergantung kepada tanah untuk meneruskan kehidupan seharian. Kehidupan seharian mereka dikawal oleh adat yang keseluruhannya bergantung kepada struktur dan organisasi alam semesta dengan setiap peringkat penanaman padi diiringi oleh pelbagai ritual. Selain kaum Kadayan, kaum Dayak dan Kadazan juga menjadikan budaya padi sebagai satu penandaan kewujudan mereka. Selain itu, menurut Mohamad Maulana Magiman dan Othman Yatim (2012), kaum Dayak yang terdapat di Sarawak terkenal dengan sambutan Gawai Dayak bagi menandakan tanda kesyukuran kepada Petara (tuhan) di atas kemurahan rezeki yang diperoleh semasa musim menuai padi dan juga sebagai memohon keberkatan untuk musim penanaman padi yang akan datang. Ia merupakan perayaan adat tradisi dan juga mempunyai unsurunsur keagamaan. Gawai Dayak sebenarnya merupakan upacara (ritual) 49

Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap ((Bidayuh Sarawak s Identity in Langgie Pingadap Dance) terakhir yakni kemuncak dan terbesar di antara tujuh upacara gawai yang diamalkan oleh kaum Dayak di Sarawak. Bagi kaum Kadazan di Sabah, Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan atau dalam bahasa Kadazan dikenali sebagai Magavau iaitu merupakan perayaan khas untuk menghormati Bambaazon iaitu semangat padi. Tadau Kaamatan ini dianggap sebagai pesta rakyat bagi penduduk Sabah. Tujuan pesta ini disambut adalah sebagai tanda kesyukuran terhadap hasil tuaian padi yang baik pada tahun tersebut. Peredaran masa yang berlaku telah banyak menyebabkan berlakunya penambahan baik dari segi pengertian mahu pun dari segi bentuk perlaksanaan upacara yang dijalankan. Berdasarkan kepada maklumat masyarakat padi, baik Kedazan, Dayak dan Kadayan, kesemua yang dilakukan adalah untuk menunjukkan kebergantungan kepada satu kuasa yang tidak dapat dipenuhi oleh manusia sendiri. Malah pelbagai upacara yang dilakukan adalah untuk menunjukkan kesyukuran di samping memohon keberkatan tanpa memikirkan kebenarannya. Victor Turner (1957) berpendapat bahawa ritual atau upacara merupakan alat transformasi dalam sesebuah masyarakat, di mana di dalam setiap persembahan-persembahan yang terdapat di dalam sesebuah ritual itu akan mengandungi unsur-unsur simbolik. Dalam proses pembentukan peraturan sosial, setiap perlakuan atau persembahan itu hendaklah dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ini disebabkan peraturan atau perlakuan itu akan menyebabkan sesuatu persembahan di dalam ritual itu akan berhasil ataupun tidak. Selain itu, perlakuan yang terdapat di dalam persembahan itu merupakan simbol dalam proses penyatuan orang yang memohon kuasa (merujuk kepada manusia) dan yang memberi kuasa (merujuk kepada kuasa luar biasa atau kuasa ghaib). Ini dapat dilihat berdasarkan peranan yang hendak disampaikan di dalam setiap persembahan tarian yang terdapat di dalam masyarakat Bidayuh. Menurut Liana Chua (2012), walaupun masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat yang merupakan penduduk yang kempat terbesar di negeri Sarawak, tetapi dari segi penyelidikan mengenai masyarakat tersebut masih lagi sedikit bilangannya. Dari segi bentuk kebudayaan dan persembahannya masih lagi dikaitkan dengan masyarakat Iban. Sekiranya dilihat daripada mata kasar kedua-dua kumpulan masyarakat itu menampakan perbezaan yang ketara cuma yang nampak mempunyai pertalian ialah mereka sama-sama menyambut Gawai Dayak pada setiap 1 Jun. Keadaan itu telah menyebabkan sejarah, persembahan dan kebudayaan masyarakat Bidayuh masih lagi dibayangi dengan persembahan masyarakat Iban. Berdasarkan keadaan itu, masih terlalu sedikit bahan rujukan dan 50

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh makalah yang menyentuh tentang kebudayaan masyarakat Bidayuh. Ini merupakan masalah yang paling ketara yang dihadapi oleh penyelidik. Menurut Calvin R. Rensch (2012), perubahan dalam masyarakat Bidayuh ini sejajar dengan perkembangan masa. Namun tidak semua bentuk kebudayaan yang mereka resapi dalam budaya mereka turut berubah tetapi perlu ada juga bentuk yang harus dikekalkan supaya ia dapat menggambarkan kewujudan mereka di Borneo. Jelas sekali apa yang dinyatakan oleh Calvin R. Rensch itu turut belaku di dalam masyarakat Bidayuh Bukar di Kampung Bunan Gega, Serian ini. Walaupun telah berlakunya perubahan dan cara hidup yang lebih baik daripada dahulu, usaha untuk mengekalkan budaya mereka masih tetap diteruskan melalui usaha yang diambil dalam mengekalkan keunikan tarian langgie pingadap ini. Berdasarkan kepada pesta Gawai Dayak, persembahan yang biasanya dilakukan oleh masyarakat Bidayuh ialah menyelitkan pelbagai bentuk kebudayaan yang mencerminkan kepentingan kepada tetamu. Setiap persembahan akan mengambil kira tentang keadaan tetamu yang hadir. Sebab itu satu bentuk tarian yang diutamakan atau disajikan lebih mencerminkan kepada menghargai tetamu. Sebagai contohnya tarian Langgie Pingadap. Namun setiap kampung atau daerah mempunyai bentuk gaya tarian yang berbeza. Menurut Minos (2000), terdapat banyak langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Dayak Bidayuh National Association (DBNA) dalam memelihara warisan budaya masyarakat Bidayuh. Menurut beliau, Cultures also include the physical manifestations of the Bidayuh racial identity such as their customes, music and dances, which some people would like to describe as their material cultures. Kenyataan itu menunjukkan bahawa tarian tradisional sememangnya merupakan salah satu daripada budaya mereka yang harus dipertahankan. Dengan adanya usaha ini, ia menjadikan budaya warisan masyarakat itu terus terpelihara terutama untuk tatapan dan peninggalan kepada generasi Bidayuh yang akan datang. Minos (2000) menyatakan bahawa The DBNA has helped in keeping alive Bidayuh material cultures such as the community songs, and music, traditional dances, costumes, musical instruments and anti-facts. Apa yang dijalankan oleh DBNA adalah untuk memastikan budaya warisan seperti yang telah dinyatakan iaitu akan terus terpelihara di samping mengekalkan corak persembahan walaupun mempunyai idea yang berbeza. Idea-idea yang dicorakkan itu bukan untuk menggantikan kepada bentuk 51

Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap ((Bidayuh Sarawak s Identity in Langgie Pingadap Dance) baharu, tetapi sebagai memberikan nafas baharu supaya ia tidak luput ditelan zaman. Menurut Robert Sulis Ridu, Gerald Gilbert Oscar Sindon dan Jonas Noeb (2002), dalam budaya perkahwinan masyarakat Bidayuh, mereka juga menggunakan seni persembahan seperti tarian untuk sebagai bahan hiburan. Selain dijadikan bahan hiburan tarian ini juga sebagai mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang dianggap tetamu utama pada majlis itu. Kebiasaannya tarian di dalam masyarakat Bidayuh ini akan dijalankan sepanjang malam sehingga pagi. Selain bagi tujuan memeriahkan ia adalah sebagai tanda untuk meraikan majlis perkahwinan kepada keluarga si pengantin. Malah pada masa ini juga golongan generasi tua akan mengajar golongan muda mudi untuk menghayati dan mempelajari cara lenggokan tarian tersebut. Tarian Langgie Pingadap Pada dasarnya tarian Langie Pengadap ini adalah tarian untuk menyambut tetamu yang datang biasanya dipersembahkan sebagai pembuka majlis dan kemudiannya diikuti dengan tarian Langie Berokap yang bertujuan untuk memberkati semua tetamu. Pada kebiasaannya golongan penari-penari generasi tua dan muda akan mempersembahkan tarian-tarian seperti Langie Bidayung, Berayun dan Ngajat. Hampir sepuluh jenis tarian warisan masyarakat Dayak di Sarawak dipersembahkan untuk menghiburkan para pengunjung. Secara tidak langsung generasi muda Kampung Bunan Gega dan masyarakat luar akan dapat mengenali jenis-jenis tarian tradisional masyarakat Bidayuh di Sarawak. Kebanyakan masyarakat yang berteraskan budaya padi, mereka selalu menggunakan bentuk-bentuk tertentu untuk meraikan hasil budaya padi. Ini disebabkan hasil padi itu lah yang digunakan untuk menjamu para tetamu di samping hasil padi dikongsi sesama masyarakatnya. Menurut Hanafi Hussin (2005), masyarakat Kadazan Dusun juga menggunakan hasil padi sebagai suatu perayaan meraikan beras baharu di samping mengucapkan terima kasih roh seorang anak perempuan Kinoingan iaitu Tuhan Pencipta Kadazan Tradisional. Maka mereka meraikan Pesta Keamatan pada 31 Mei pada setiap tahun. Dalam meraikan pesta itu, maka ada persembahan seperti tarian Samazau. Sebenarnya dalam memperkatakan tarian Langgi Pingadap, ia mempunyai pertalian dengan budaya padi juga. Dalam budaya padi Bidayuh, pada zaman dahulu padi yang diusahakan adalah dengan menanam padi bukit. Menurut Mohamad Maulana Magiman (2012), dalam memperkatakan 52

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh tentang padi bukit, masyarakat Bidayuh sangat mempercayai tentang semangat dan kuasa ghaib. Ini disebabkan suasana penanaman padi hanya bergantung kepada alam sekitar seperti hujan, panas dan persekitaran. Sekiranya keadaan kuasa-kuasa ghaib tidak dijaga maka akan berlakulah pelbagai mala petaka dan sebagainya. Sebab itu, selepas sahaja masyarakat Bidayuh atau Dayak ini selesai menuai padi mereka akan meraikan Gawai Dayak pada 1 Jun setiap tahun. Perayaan itu sebenarnya mempunyai pertalian dengan tuhan dan sebagainya menbalas jasa baik terhadap pemberian hasil yang lumayan maka diadakan satu persembahan untuk mengucapkan terima kasih itu. Pada awalnya tarian ini dipersembahkan semasa menyambut kedatangan penari dikenali sebagai Sidandut atau Sijinjek yang mengiringi tuan huma sambil membawa semangat atau roh jahat yang merosakkan tanaman padi. Semangat jahat itu akan dikurung di dalam buluh yang tertutup. Menurut William Nais (1989), majlis sambutan ini dikenali sebagai Majlis Berantu. Selepas Majlis Berantu ini, semangat jahat itu akan dibuang ke dalam sungai. Walau bagaimanapun, Majlis Berantu ini sudah tidak diamalkan selepas kedatangan agama Kristian dalam sosio-budaya masyarakat Bidayuh. Langgi Pingadap ialah sebuah tarian berkumpulan. Tarian ini dijadikan sebagai satu penghormatan kepada pengunjung yang datang melawat kampung sama ada sewaktu majlis sambutan Gawai Dayak atau perayaan yang berkaitan dengan meraikan sesebuah kampung masyarakat Bidayuh. Dengan adanya tarian ini, masyarakat kampung dapat mempamerkan seni tarian mereka selain sebagai rasa berterima kasih terhadap kehadiran tetamu tersebut. Malah berdasarkan kepada sejarah perkembangan tarian ini, ia adalah berkaitan dengan musim penanaman padi. Sebab itu, kalau diteliti dengan lebih dekat lagi, bentuk gaya persembahan tarian masyarakat Badayuh ini terdapat unsur-unsur dan simbol kepada padi seperti memetik, memijak dan penggunaan bakul kecil. Pakaian tradisional yang akan dipakai oleh suku kaum Bidayuh setiap kali mereka mempersembahkan tarian ini ialah baju jipo pendek dan memakai skirt fabrik satin berwarna hitam yang dihiasi selempang merah. Selain itu perhiasan pinggang pula kadang kala menggunakan tali pinggang perak. Di bahagian kepala pula dikenali sebagai sipiah. Kebiasaannya penari-penari ini akan menggunakan kain yang berwarna merah sahaja dan kadang kala menggunakan gabungan warna hitam, merah dan putih yang dihisai manik, labuci dan syiling perak. Penggunaan warna yang dominan dalam pakaian tradisional suku kaum Bidayuh ialah hitam dan merah. Selain daripada itu, selendang turut mempunyai manik-manik halus yang disulami dengan 53

Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap ((Bidayuh Sarawak s Identity in Langgie Pingadap Dance) kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Pakaian lengkap bagi kaum wanita masyarakat Bidayuh ialah baju yang berlengan pendek atau separuh pendek. Bagi kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula, mereka akan mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Perhiasan kepala juga dipakai iaitu kain merah yang dililit di atas kepala. Gambar 1 : Busana pakaian tarian Langgi Pingadap Sumber: Justina Anak Daniel Sajat Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh dan juga sebagai alat hiburan. Selain itu, muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan oleh masyarakat Bidayuh. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan Tawak (sejenis gong kecil). Makalah ini secara khususnya membincangkan tentang tarian Langgi Pingadap masyarakat Bidayuh Bukar di Kampung Bunan Gega, Daerah Serian, Sarawak. Di dalam menceritakan tentang tarian tersebut, dijelaskan tentang sejarahnya walaupun tidak diketahui bilakah ia bermula. Namun dengan 54

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh adanya usaha yang dijalan oleh pihak jawatankuasa kampun, tarian ini terus dipelihara bagi memastikan ia tidak ditelan zaman. Dalam menarik minat kepada generasi muda pula, pelbagai pendekatan telah dijalankan supaya apa yang diinginkan oleh generasi terdahulu akan tetap memelihara tarian ini sebagai sebuah warisan bangsa masyarakat Bidayuh Sarawak. Identiti Langgie Pingadap dalam budaya Bidayuh Kewujudan sesebuah identiti di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk memastikan unsur keberadaan mereka mendiami sesebuah kawasan. Identiti adalah sebagai suatu tanda pengenalan yang membezakan suatu dengan yang lain. Sebagai contoh nama yang diberikan kepada setiap manusia merupakan tanda identiti yang membezakannya dengan orang lain. Chris Weedon (2004) menjelaskan bahawa identiti adalah suatu yang dipunyai oleh individu sama ada dalam bentuk persamaan atau perbezaan dengan individu lain. Ia menjadi suatu pengenalan yang kukuh tentang suatu individu berkait rapat dengan sifat fizikal dan nilai. Gambar 2: Gadis Bidayuh mengayakan pakaian Langgi Pingadap Sumber : Justina Anak Daniel Sajat 55

Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap ((Bidayuh Sarawak s Identity in Langgie Pingadap Dance) Abdul Rahman Embong (1999) pula menjelaskan identiti adalah sesuatu yang dipunyai oleh setiap individu dan ia melibatkan cara bagaimana individu cuba untuk mengertikan dunia sekitarnya. Ia sebenarnya berkait rapat dengan identiti yang membentuk kepada identiti masyarakat kerana hidup bermasyarakat adalah ciri-ciri utama kewujudan manusia. Menurutnya lagi, identiti yang ditunjukkan ini akan diterima menjadi identiti individu atau masyarakat setelah ia ditranslasikan oleh individu atau masyarakat itu. Ia juga merupakan interaksi dengan pelbagai sumber seperti sejarah, agama, geografi sosial, alam sekitar dan pelbagai lagi yang berhubung dan mempunyai pengaruh terhadap perilaku dan aktiviti manusia. Gambar 3: Perubahan menggabungkan penari lelaki dan perempuan tarian Langgi Pingadap Sumber: Justina Anak Daniel Sajat Di dalam membincangkan tentang identiti di dalam sesebuah masyarakat itu, ia tidak dapat dipisahkan dengan identiti sosial, kerana peranan sosial inilah yang menyebabkan identiti itu penting untuk melihat unsur kebersamaan dalam sesebuah masyarakat. Menurut Abd. Rahman Embong (1999) lagi, identiti sosial bukanlah bersifat kekal. Ia merupakan sesuatu yang cair dan berubah-ubah berdasarkan parameter identiti seperti budaya, dan agama. Ia sentiasa diberi takrifan baru akibat daripada pelbagai keadaan yang sentiasa berubah seperti pemodenan dan pembangunan ekonomi. Berdasarkan kepada perubahan identiti sosial faktor-faktor seperti 56

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh migrasi, sifat fizikal, kesan daripada penjajah, gender dan seksualiti, kewarganegaraan, ideologi, kepercayaan dan agama, ilmu pengetahuan, undang-undang, keluarga, kelas sosial, bangsa, asal usul, pengalaman, bahasa, budaya dan wawasan. Ia boleh bertukar dan berubah mengikut keadaannya secara sengaja atau tidak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010), garis panduan untuk mengekalkan warisan bangsa telah dimasukkan ke dalam Akta Warisan Negara 2005 dan dikuatkuasakan pada Mac 2006. Antara nya ialah:- 23.14 Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di kalangan rakyat Malaysia, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan akan ditingkatkan manakala penglibatan aktif kesemua komuniti akan digalakkan. Sehubungan ini, Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang bertujuan untuk mendekatkan kembali seni kepada masyarakat serta menjadikan seni sebahagian daripada kehidupan seharian akan dilaksanakan. Aktiviti ini merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni dan kraf dan akan melibatkan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. (Rancangan Malaysia ke-9, 2008, hlm. 495-496) Dalam mencapai kesinambungan dan identiti tarian itu menjadi lebih bernafas baharu, maka unsur penari lelaki disertakan supaya ia menampakkan lebih releven pada masa sekarang. Keadaan ini bagi menjadikan tarian itu menjadi tarikan kepada pengamal dan pencinta kepada kesenian tersebut. Selain itu, cabaran yang agak nyata adalah mengenai pemahaman pada masyarakat Bidayuh sendiri. Semua orang tahu bahawa sejarah kehidupan sesebuah masyarakat bermula di rumah dan kemudiannya diasolasikan kepada masyarakat sekeliling. Menurut Encik Wilfred Gana, berusia 42 tahun yang ditemuramah pada 30 Disember 2013 di Kampung Bunga Serian yang merupakan seorang pengiat tarian ini, apabila mengatakan tentang tarian tradisional, tidak semua masyarakat akan menerimanya dengan pemahaman positif. Ini disebabkan masyarakat Bidayuh, mereka jarang untuk berkomunikasi tentang adat, budaya, adat resam dan sebagainya dalam kelompok hari ini. Apa yang menyedihkan bahawa semua yang dibicarakan adalah mengenai ekonomi, media baharu, persoalan politik semasa dan sebagainya yang rata-rata tidak menyentuh langsung kepada pertalian budaya masyarakat Bidayuh sendiri. Keadaan ini menyebabkan generasi penerus aitu 57

Identiti Bidayuh Sarawak Dalam Tarian Langgie Pingadap ((Bidayuh Sarawak s Identity in Langgie Pingadap Dance) generasi muda kian menghakis keseluruhan tarian yang menggambarkan identiti masyarakat Bidayuh ini. Sebab itu generasi penerus agak segan apabila ditanyakan tentang pemahaman mereka terhadap tarian Langgi Pingadap. Rumusan Secara ringkasnya identiti sosial terhasil dalam bentuk perlakuan, nilai dan wawasan sesuatu kelompok sosial yang difahami oleh entiti lain dan kelompok itu sendiri sama ada suatu yang terbit (bentuk perlakuan, nilai dan wawasan) disedari atau tidak dan secara sengaja atau tidak disengajakan. Selain itu, ia juga untuk memperlihatkan semangat kerjasama di kalangan masyarakat Bidayuh setempat yang berusaha untuk mengekalkan identiti mereka melalui tarian. Walaupun pada peringkat permulaannya ia adalah merupakan tarian yang berasaskan kepada padi tetapi disebabkan keperluan semasa tarian itu telah diolah di dalam satu medium baharu yang akhirnya dapat dipertontonkan kepada masyarakat. Keadaan inilah yang menjadikan tarian Langgi Pingadap ini masih kekal walaupun terdapatnya satu bentuk baharu yang menampakkan kepada komersial. Dalam memastikan budaya dan warisan ini terus terpelihara pelbagai usaha perlu diperkenalkan. Usaha pemeliharaan warisan budaya masyarakat ini juga dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa generasi masa kini. Semangat ini akan lahir dengan sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan semangat peninggalan datuk nenek mereka dalam memperjuangkan untuk terus bercucuk tanam di samping menghidupkan bangsa Bidayuh ini. Oleh itu pemeliharaan warisan budaya bangsa ini sangat penting untuk melahirkan generasi yang berjiwa patriotik dan cintakan kepada bangsa sendiri. Ini disebabkan disebabkan pengaruh media masa yang kian meluas, ia akan mengakibatkan budaya adal nenek moyang akan terus ditinggalkan sekiranya tiada usaha mempertahankan warisan bangsa tersebut. Rujukan Abd. Rahman Embong. (1999). Identiti dan Pembentukan Identiti. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan kemanusiaan, Keluaran Khas(55), hlm. 3-5. Chua, L. (2012). The Christianity of Culture: Conversion, Ethnic Citizenship, and the Matter of Religion in Malaysian Borneo. New York: Palgrave Macmillan. Hanafi Hussin. (2005). Ritual Padi Komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah. JATI, 10(1), 171-203. 58

Mohamad Maulana Magiman & Norhuda Salleh Minos, P. (2000). The Future of the Dayak Bidayuhs in Malaysia. Kuching: Lynch Media and Services. Lau, D. (1999). Borneo: A Photographic Journey. Sarawak: Travelcom Asia Sdn. Bhd. Mohamad Maulana Magiman, & Othman Yatim. (2012). Simbol dalam Makan Tahun Masyarakat Kadayan, Sarawak. Malay Journal, 9, 259-287. Nais, W. (1989). Overview of Bidayuh Culture. Sarawak Museum Journal, 40(61, part 2), 367-374 Rancangan Malaysia ke-9. (2008). Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Rensch, C. R., Rensch, C. M., Noeb, J., & Ridu, R. S. (2012). The Bidayuh Language Yesterday, Today and Tomorrow. (n. p.): SIL International. Ridu, R. S., Sindon, G. G. O., & Noeb, J. (2002). Sarawak Bidayuh Culture Traditional Bidayuh Wedding, Pinchawan. Kuching: Pustaka Negeri Sarawak. Turner, V. (1957). Schism and Continuity in an African Society: A study of Ndembu Village Life. Manchester, England: Manchester University Press. Weedon, C. (2004). Identity and Culture. Maidenhead: Open University Press. 59