Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

Similar documents
KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

PRUlink money market fund

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN ALMANAK BERDASARKAN EPOK J2000.0

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

TERMS AND CONDITIONS

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PENGARUH KELEMBAPAN KE ATAS KEKERUHAN ATMOSFERA (I): KAEDAH

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PAKEJ ELEx (ENGLISH LANGUAGE EXPERIENCE) PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Centre for the Advancement of Language Competence (CALC)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2010/2011 Academic Session. April/May 2011

Transcription:

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: 2232-1926 http://jsspj.upsi.edu.my/ Research article THE EFFECTS OF EXTERNAL AND INTERNAL FOCUS ON THE PRESS BEHIND NECK LIFT AMONG WEIGHTLIFTERS Ahmad Fazlan bin Ghazalli 1, Mahamad Yusof bin Abdul Rani 1 & Jeffrey Low Fook Lee 1 1 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia Abstract Journal of Sports Science and Physical Education 5(2): 53-60, 2016 Many previous studies focus on attention has consistently demonstrated that an external focus (movement effect) enhances motor performance and learning relative to an internal focus (body movements). However, the effectiveness of the external focus direction and internal focus on the press behind neck lift not yet again compared among the weightlifter. Therefore, the aim of this study was to identify the three conditions (external focus, internal focus and control) that brings the best performance in the press behind neck. Besides that, a total of 30 athletes Selangor weightlifters performed the pre-test before they are divided into treatment groups (external focus and internal focus) and a control group. There are changes in the score in force between the test scores (pre, post and retention test) and the group will be analyzed using Two Way ANOVA Repeated Measure. The results showed that, there are the main effect of testing, F(2, 54) = 1671.065 p = 0.001 means there is a significant difference between pre-test and post-test. There is a main effect for group, F (2, 27) = 16,646, p = 0.001. Meanwhile, there was a significant interaction between the test group f (4. 54) = 378,732 p = 0.001. There are no significant differences between the three groups during the pre-test. However, in the post-test found an external focus groups (M = 51.5 kg, SP = 7.4) and an internal focus group (M = 49.5kg, SP = 6.6) is better and has significant differences to the control group (M = 30.5kg, SP= 6.9). Besides that, the external focus group retention test (M= 59.5 kg, SP=6.0) is better and has a significant difference compared with internal focus (M= 43.2kg, SP = 5.9) and the control group (M= 30.1, SP = 6.3). Therefore, the overall direction of a focus of external forces show better performance compared to focus on internal and groups are not given any specific instructions for long term programme. Keywords: external focus, internal focus, scores sheet, pre-test, post-test, retention test, weightlifters. 53

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT Abstrak Banyak kajian lepas dalam fokus tumpuan secara konsisten menunjukkan fokus luaran (kesan pergerakan) meningkatkan prestasi motor dan pembelajaran berbanding fokus dalaman (pergerakan tubuh badan). Walaubagaimanapun, keberkesanan arahan fokus luaran dan fokus dalaman ke atas angkatan Press Behind Neck belum lagi dibandingkan ke atas atlet angkat berat. Oleh sebab itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti di antara tiga keadaan kumpulan (fokus luaran, fokus dalaman dan kawalan) yang membawa prestasi yang terbaik dalam angkatan Press Behind Neck. Sejumlah 30 atlet pelapis angkat berat Selangor melakukan ujian pra terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada kumpulan rawatan (fokus luaran dan fokus dalaman) dan kumpulan kawalan. Perubahan dalam skor angkatan antara ujian (pra, ujian pasca dan pengekalan) dan antara kumpulan akan dianalisa menggunakan SPSS. Dapatan kajian mendapati, terdapat kesan utama untuk ujian, F (2, 54) = 1671.065 p=0.001 bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca. Terdapat kesan utama untuk kumpulan, F (2, 27) = 16.646 p=0.001. Sementara itu, terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan ujian F (4, 54) = 378.732 p=0.001. Tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan semasa ujian pra. Namun demikian, dalam ujian pasca didapati kumpulan fokus luaran (M=51.5kg, SP=7.4) dan kumpulan fokus dalaman (M=49.5kg, SP=6.6) adalah lebih baik dan mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap kumpulan kawalan (M=30.5kg, SP=6.9). Manakala dalam ujian pengekalan kumpulan fokus luaran (M=59.5kg, SP=6.0) adalah lebih baik dan mempunyai perbezaan yang signifikan berbanding kumpulan fokus dalaman (M=43.2kg, SP=5.9) dan kumpulan kawalan (M=30.1kg, SP=6.3). Oleh yang demikian, secara keseluruhan arahan berbentuk fokus luaran menunjukkan prestasi angkatan yang lebih baik berbanding fokus dalaman dan kumpulan yang tidak diberi apa-apa arahan yang spesifik untuk program jangka panjang. Kata Kunci: fokus luaran, fokus dalaman, skor angkatan, ujian pra, ujian pasca, ujian pengekalan, atlet angkat berat. 54

PENGENALAN Arahan dan maklumbalas yang menumpukan kepada fokus dalaman dan fokus luaran boleh mempengaruhi prestasi seseorang atlet dalam pelbagai sukan dan permainan. Wulf, Shea, dan Lewthwaite (2010) mendefinisikan fokus dalaman adalah arahan lisan yang mengarahkan terus kepada tumpuan peserta terhadap perincian perlakuan mereka manakala fokus luaran adalah arahan lisan yang mengarahkan tumpuan peserta kepada kesan ke atas pergerakan yang mereka lakukan. Berdasarkan kajian lampau, banyak kelebihan fokus luaran berbanding fokus dalaman yang telah telah didokumentasikan bagi pelbagai kemahiran motor (Wulf, 2013; Lohse, Sherwood, & Healy, 2011).Dalam kajian Porter, Anton, Wikoff, dan Ostrowski, (2013), dengan memberi perhatian ke atas fokus luaran akan dapat meningkatkan prestasi lompat jauh berdiri secara signifikan jika jarak fokus luaran ditingkatkan. Penekanan dalam fokus luaran juga dapat menggunakan tenaga secara lebih optimum semasa melakukan pukulan fullswing dan meningkatkan tahap prestasi jarak pukulan berbanding fokus dalaman dan kumpulan kawalan dalam sukan golf (An, Wulf, & Kim, 2013). Kajian-kajian lepas telah mendapati fokus secara luaran (kesan atas pergerakan) dapat meningkatkan prestasi berbanding fokus dalaman (pergerakan anggota badan, contohnya kaki) dalam pembelajaran kestabilan pergerakan anggota badan menggunakan stabilometer (McNevin, Shea, & Wulf, 2003; Chiviacowsky, Wulf, & Wally, 2010; Jackson & Holmes, 2011). Berdasarkan kajian-kajian lepas juga mendapati dengan memberikan arahan lisan yang berfokus luaran akan membawa manfaat kepada pengeluaran tenaga maksimum berbanding arahan fokus dalaman (Wulf, Dufek, Lozano, & Pettigrew, 2010; Marchant, Greig, Bullough, & Hitchen, 2011; Zarghami, Saemi, & Fathi, 2012). Dalam kajian Wulf et al., (2010), mereka mendapati dengan memberi arahan fokus luaran dapat meningkatkan prestasi lompatan dan mengurangkan aktiviti EMG berbanding dengan arahan berbentuk fokus dalaman. Marchant, Greig dan Scott (2009), mereka mengkaji kesan arahan fokus luaran iaitu memfokuskan pada pergerakan crank handle manakala arahan fokus dalaman adalah memfokuskan kepada pergerakan lengan dan otot-otot semasa melakukan angkatan ke atas atlet angkat berat pelajar universiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil tumpuan fokus luaran adalah signifikan dalam pengeluaran tenaga dan aktiviti otot yang lebih rendah semasa flexion siku yang diukur dengan isokinetik dynamometer berbanding dengan fokus dalaman. Namun demikian, kajian Marchant et al., (2009) melihat perbezaan kesan tumpuan fokus dalaman (memberi tumpuan secara dalaman ke atas pergerakan anggota badan) dan fokus luaran (memberi tumpuan kepada hasil pergerakan objek) ke atas pengeluaran tenaga yang maksimum. Sementara dalam kajian ini, pengkaji akan menyiasat perbandingan kesan pengeluaran tenaga maksimum tersebut akan dilihat kepada prestasi angkatan Press Behind Neck antara kumpulan kajian. Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji ingin mengenalpasti arahan fokus dalaman, arahan fokus luaran atau tiada sebarang rawatan yang dapat memberi kesan lebih bermanfaat terhadap prestasi angkatan Press Behind Neck. Berdasarkan tujuan kajian, hipotesis bagi kajian ini adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan purata skor ujian pra, skor ujian pasca dan skor ujian pengekalan antara kumpulan fokus luaran, fokus dalaman dan kumpulan kawalan ke atas atlet pelapis angkat berat. 55

KAEDAH KAJIAN Peserta kajian Lima belas orang peserta, terdiri daripada atlet angkat berat Selangor yang berumur 15 hingga 17 tahun telah dipilih untuk kajian ini. Semua atlet yang terlibat dalam kajian ini berpengalaman 2 hingga 3 tahun dalam sukan angkat berat. Peserta kajian terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai program kajian yang akan dijalankan. Peserta kajian ditaklimatkan oleh pengkaji berkaitan dengan program dan prosedur latihan serta ujian yang akan dijalankan. Tujuan sebenar kajian tidak diberitahu kepada peserta. Semua peserta diberi peluang untuk tidak terlibat atau menarik diri pada bilabila masa sahaja. Semua peserta akan dimaklumkan bahawa kajian yang dibuat tidak mempunyai kaitan sama ada mereka terpilih ataupun tidak untuk mewakili pasukan ke pertandingan peringkat kebangsaan. Peserta perlu menjalani ujian pra sebelum pembahagian kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dibuat. Seterusnya, ujian pasca akan dijalankan selepas kesemua peserta menjalani program intervensi yang sudah disusun oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan press behind neck (snatch grip) sebagai latihan, ujian pra dan ujian pasca. Dalam ujian pra dan pasca peserta dikehendaki mengangkat bebanan menggunakan kaedah 1 Repetition Maximum (1RM) yang digunakan dalam manual latihan angkat berat antarabangsa, IWF (Ajan et al., 2013). Instrumen Kajian ini dijalankan di Pusat Latihan Angkat Berat SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Kuala Selangor. Pusat latihan ini juga merupakan pusat latihan yang mempunyai gimnasium khusus untuk pelapis negeri dan kebangsaan. Alatan yang digunakan dalam kajian ini ialah seperti barbell, weight plate, stand dan borang skor angkatan untuk ujian pra dan pasca. Dalam kajian ini,peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan rawatan fokus dalaman, kumpulan rawatan fokus luaran dan kumpulan kawalan dimana setiap kumpulan mengandungi 10 orang peserta. Setiap kumpulan akan melakukan ujian pra dan ujian pasca dan ujian pengekalan sebanyak 5 percubaan dan setiap percubaan diberi rehat selama tiga minit sebelum menyambung cubaan seterusnya. Prosedur kajian Ujian pra akan dilakukan untuk semua peserta terlebih dahulu. Pembahagian kumpulan secara rawak dilakukan selepas ujian pra. Ujian korelasi dilakukan bagi memastikan pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak dan mempunyai nilai skor min yang hampir sama. Setelah pembahagian kumpulan dilakukan, kumpulan rawatan ( Dalaman dan Luaran) akan menjalani intervensi selama enam minggu (3 kali seminggu dan 2 jam setiap sesi) berdasarkan program latihan. Pada masa yang sama, kumpulan kawalan akan menjalani latihan seperti biasa selama enam minggu tanpa intervensi atau apa-apa arahan khusus. Penetapan latihan selama enam minggu berdasarkan saranan Ormsbee et al., (2013). Kumpulan fokus dalaman akan memfokuskan pada pergerakan angkatan iaitu berdiri seluas bahu, melentikkan pinggang, meluruskan tangan ketika angkatan dan postur badan dalam keadaan sedia. Manakala kumpulan fokus luaran, peserta akan memokuskan pada bar berdasarkan arahan fokuskan pada bar dan tolakkan bar menghampiri siling sedekat yang 56

mungkin. Pada penghujung minggu keenam, kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan melakukan ujian Press Behind Neck buat kali kedua dengan mengaplikasikan teknik rawatan masing-masing. Untuk memastikan setiap kumpulan telah mendapat pembelajaran dan benar-benar meningkatkan prestasi, satu ujian pengekalan dilakukan seminggu selepas ujian pasca diadakan. Kesemua kumpulan dan ujian akan direkodkan ke dalam borang skor angkatan. Bagi ujian pasca dan ujian pengekalan, kaedah ujian dan cara perekodan data dilakukan sama seperti ujian pra untuk semua kumpulan. Program latihan Semua kumpulan akan menjalani program latihan fizikal selama enam minggu. Bagi kumpulan rawatan, peserta kumpulan fokus luaran akan mendapat tambahan latihan berbentuk arahan fokus luaran dan satu lagi kumpulan akan mendapat tambahan latihan arahan berbentuk fokus dalaman. Arahan fokus luaran dan fokus dalaman akan dipraktik dan diaplikasikan sebelum bermulanya latihan fizikal setiap minggu. Berdasarkan Jadual 1, program latihan fizikal berasaskan prinsip periodisasi dilakukan iaitu volume (jumlah lakuan) berkurangan tetapi intensiti ditingkatkan pada setiap minggu (Adams, O'Shea, O'Shea, & Climstein, 1992; Deniskin et al., 1984). Peserta kajian digalakkan untuk melakukan intensiti yang maksimum setiap kali latihan, memberi penekanan perubahan yang pantas daripada pengecutan atau pemendekan eccentric kepada concentric untuk angkatan yang pantas. Jadual 1: Program Latihan Press Behind Neck Selama Enam 1 2 3 4 Press Behind Neck 6x5 5x4 4x3 3x3 (Jerk Grip) (40%) (40%) (45%) (45%) 5 2x2 (50%) 6 1x2 (50%) Press Behind Neck (Snatch Grip) 4x8 (40%) 4x6 (40%) 3x5 (45%) 3x3 (45%) 2x2 (50%) 1x2 (50%) Latihan dilakukan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat Set x Ulangan (intensity) Analisis data Analisis ANOVA dua hala 3 kumpulan 3 ujian dengan ulangan pada faktor kedua digunakan untuk melihat menilai perbezaan kesan maklum balas fokus dalaman dan fokus luaran ke atas skor angkatan untuk semua kumpulan. Seterusnya analisis pos hoc Tukey turut digunakan sekiranya F-ratio signifikan diperolehi untuk mengenal pasti perbezaaan signifikan untuk setiap ujian dan kumpulan. Nilai signifikan yang ditetapkan untuk analisis statistik adalah pada tahap alpha p< 0.05. DAPATAN KAJIAN Terdapat kesan utama untuk ujian, F (2, 54) = 1671.065 p=0.001 bermaksud terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra, ujian pasca dan ujian pengekalan. Terdapat kesan utama untuk kumpulan, F (2, 27) = 16.646 p=0.001. Sementara itu, terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan ujian, F (4, 54) = 378.732 p=0.001. Tiada perbezaan yang 57

Purata Skor Angkatan (kg) signifikan antara ketiga-tiga kumpulan semasa ujian pra. Namun demikian, dalam ujian pasca didapati kumpulan fokus luaran (M=51.5kg, SP=7.4) dan kumpulan fokus dalaman (M=49.5kg, SP=6.6) adalah lebih baik dan mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap kumpulan kawalan (M=30.5kg, SP=6.9). Manakala dalam ujian pengekalan kumpulan fokus luaran (M=59.5kg, SP=6.0) adalah lebih baik dan mempunyai perbezaan yang signifikan berbanding kumpulan fokus dalaman (M=43.2kg, SP=5.9) dan kumpulan kawalan (M=30.1kg, SP=6.3). Jadual 1: Purata Skor Angkatan Ujian Berdasarkan Kumpulan Kumpulan/Ujian Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pengekalan Dalaman 27.3 kg (6.6) 49.5 kg (6.6) 43.2 kg (5.9) Luaran 27.9 kg (7.4) 51.5 kg (7.4) 59.5 kg (6.0) Kawalan 27.2 kg (7.0) 30.5 kg (6.9) 30.1 kg (6.3) 70.00 Purata Skor Ujian Angkatan Mengikut Kumpulan 60.00 50.00 40.00 30.00 20.00 10.00 0.00 Luaran Dalaman Kawalan Luaran Dalaman Kawalan Luaran Dalaman Ujian Pra Ujian Pasca Ujian Pengekalan Ujian Kawalan Rajah 1: Perbandingan Purata Skor Ujian Pra dan Pasca Mengikut Kumpulan PERBINCANGAN Daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan kumpulan arahan fokus luaran adalah lebih baik berbanding arahan kumpulan fokus dalaman dan kumpulan kawalan. Kajian ini selari dengan kajian-kajian lain yang mengkaji pengeluaran tenaga maksimum dimana arahan terhadap fokus luaran adalah lebih baik berbanding fokus dalaman (Marchant et al., 2009; Wulf et. al., 2010; Marchant et al., 2011; Zarghami et. al., 2012). Berdasarkan kajian review yang dilakukan Wulf (2013), beliau telah membuat kesimpulan bahawa dengan 58

menggunakan penumpuan fokus luaran lebih memberi manfaat berbanding menggunakan penumpuan fokus dalaman atau keadaan tanpa apa-apa arahan. Kajian ini juga membuktikan bahawa dengan memberi arahan fokus luaran, tenaga yang dikenakan kepada objek (barbell) yang sedang bergerak adalah bermanfaat untuk menghasilkan prestasi angkatan yang lebih maksimum berbanding dengan arahan fokus dalaman iaitu memberi tumpuan kepada pergerakan dan otot untuk menghasikan tenaga yang maksima, selaras dengan dapatan kajian terdahulu (Vance et. al., 2004; Marchant et. al., 2009; Marchant et al., 2011). Oleh yang demikian, penyelidik dapat mengenalpasti teknik arahan yang berbentuk pembelajaran dan juga untuk prestasi bagi atlet angkat berat Selangor. Dapatan kajian ini akan memberi manfaat kepada pelatih angkat berat, jurulatih dan pihak pengurusan persatuan angkat berat khususnya Selangor untuk menghasilkan atlet terbaik negara. Terdapat beberapa limitasi dalam kajian ini iaitu peserta kajian tidak dikawal aktiviti harian dan juga pemakanan semasa program latihan intervensi dijalankan selama enam minggu. Peserta kajian juga hendaklah bebas daripada sebarang kecederaan yang mungkin boleh mempengaruhi keputusan ujian. Kajian ini menguji dan mengukur prestasi angkatan Press Behind Neck untuk kumpulan fokus dalaman, fokus luaran dan kumpulan kawalan berdasarkan arahan verbal yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, peserta ditaklimatkan terlebih dahulu berkaitan prosedur latihan yang telah ditetapkan supaya tidak melakukan pelanggaran atau pertindihan latihan untuk mendapatkan dapatan yang sebenar. Pengkaji mencadangkan satu kajian lanjutan perlu dibuat dengan memberi penumpuan fokus luaran dan fokus dalaman ke atas atlet elit angkat berat bagi membuktikan teknik atau kesan arahan benar-benar meningkatkan prestasi atlet angkat berat. Kajian lebih menyeluruh pada semua peringkat perlu dilakukan supaya hasil dapatan kajian dapat digeneralisasikan ke atas sukan angkat berat secara umumnya. RUJUKAN Adams, K., O'Shea, J.P., O'Shea, K.L., & Climstein M. (1992) The effects of six weeks of squat, plyometrics, and squat plyometric training on power production. Journal of Applied Sports Science Research, 6, 36-41 Ajan, T., Carrard, M.F., Coffa, S., Nagy, R., Kayser, B., Chinen, R., Bulgaridhes, J., Lassen, M., Adamfi, A. & Nemeth-Mora, A. (2013). IWF Handbook technical and competition rules & regulations 2013-2016. Budapest. An, J., Wulf, G., & Kim, S. (2013). Increased carry distance and X-factor stretch in golf through an external focus of attention. Journal of Motor Learning and Development, 1, 2-11. Chiviacowsky, S., Wulf, G., & Wally, R. (2010). An external focus of attention enhances balance learning in older adults. Gait & Posture, 32, 572-575. Deniskin, V.N., Verhoshannky, U.V. and Medvedev (1984). Speed strength preparation of weightlifters in the pre-competetive phase. Soviet Sports Rev, 19, 15-19. Jackson, B.H., & Holmes, A.M. (2011). The effects of focus of attention and task objective consistency on learning a balance task. Research Quarterly for Exercise and Sport, 82, 574-579. 59

Lohse, K. R., Sherwood, D. E., & Healy, A. F. (2011). Neuromuscular effects of shifting the focus of attention in a simple force production task. Journal of Motor Behavior, 43, 173 184. Marchant, D. C. (2011). Attentional focusing instructions and force production. Frontiers in psychology, 1, 210. Marchant, D.C., Greig, M., Bullough, J., & Hitchen, D. (2011). Instructions to adopt an external focus enhance muscular endurance. Research Quarterly for Exercise and Sport, 82, 466-473. Marchant, D.C., Greig, M., & Scott, C. (2009). Attentional focusing instructions influence force production and muscular activity during isokinetic elbow flexions. Journal of Strength and Conditioning Research, 23, 2358-2366. McNevin, N.H., Shea, C.H., & Wulf, G. (2003). Increasing the distance of an external focus of attention enhances learning. Psychological Research, 67, 22-29. Ormsbee, M. J., Thomas, D. D., Mandler, W. K., Ward, E. G., Kinsey, A. W., Panton, L. B., Scheett T.P., Hosshmand S., Simonavice, E., & Kim, J. S. (2013). The effects of preand post-exercise consumption of multi-ingredient performance supplements on cardiovascular health and body fat in trained men after six weeks of resistance training: a stratified, randomized, double-blind study. Journal of Sport Nutrition and Metabolism, 10(1), 39. Porter, J. M., Anton, P. M., Wikoff, N. M., & Ostrowski, J. B. (2013). Instructing skilled athletes to focus their attention externally at greater distances enhances jumping performance. The Journal of Strength & Conditioning Research, 27(8), 2073-2078. Vance, J., Wulf, G., Tollner, T., McNevin, N.H., & Mercer, J. (2004). EMG activity as a function of the performers focus of attention. Journal of Motor Behavior, 36, 450-459. Wulf, G. (2013). Attentional focus and motor learning: A review of 15 years. International Review of Sport and Exercise Psychology, 6(1), 77-104. Wulf, G., Dufek, J.S., Lozano, L., & Pettigrew, C. (2010). Increased jump height and reduced EMG activity with an external focus of attention. Human Movement Science, 29, 440-448. Zarghami, M., Saemi, E., & Fathi, I. (2012). External focus of attention enhances discus throwing performance. Kinesiology, 44, 47-51. Mahamad Yusof Abdul Rani Faculty of Sports Science and Coaching, Sultan Idris Education University, Tg Malim, Perak E-mail: yusof1974@gmail.com 60