(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

LANG KAH PINTU? PERUBAHAN LEKSIKAL MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DEWASA INI

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

PATUNG BURUNG KENYALANG DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Perkembangan dan Perubahan Struktur Persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

EKSPERIMENTASI PEMBENTUKAN WARNA DALAM AIR

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

Penyelidikan Ilmu Falak di IPT

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Demokrasi di Pinggiran

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

============================================================================

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Transcription:

MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI KLUET TIMUR, ACED SELATAN DANIAMIN (M20121000980) KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK Kajian ini bermatlamat untuk meneroka kewujudan muzik dan tari landok sampot di daerah Lawee Sawah, Aceh Selatan, Indonesia yang pada masa ini tengah terancam pupus. Objektif kajian ini adalah : untuk melihat kewujudan, usaha pemeliharaan I pemulihan, dan faktorfaktor apa saja yang mempengaruhi pupusnya muzik dan tari landok sam pot dalam kebudayaan masyarakat di Kluet Timur daerah Aceh Selatan. Kaedah kajian yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini telah dijalankan terhadap 10 orang responden yang dipilih secara bertujuan (purposive). Dapatan kajian menunjukkan keadaan tari landok sampot pada ketika ini sudah agak jarang dipersembahkan, landok sampot juga tidak berkembang diluar kawasan Lawee Sawah, Aceh Selatan. Di Lawe Sawah. faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan muzik dan tari Landok Sampot adalah semakin jarangnya persembahan tari Landok Sampot, kebanyakan pemuzik dan penari senior banyak yang sudah tiada. kurangnya minat generasi muda dan sikap masyarkat sendiri, yang tidak mahu orang diluar Lawee Sawah dan orang di luar Kluet mempelajari landok sam pot, kerana takut akan diambil hak ciptanya oleh orang lain. Usaha-usaha untuk mengekalkan muzik dan tari Landok Sampot adalah membentuk sanggar seni landok sampot untuk mengajarkan tari ini kepada anak muda, melakukan sosialisasi Landok Sampot kepada generasi muda me1akukan persembahan-persembahan dalam Pekan Kebudayaan Aceh. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar keadaan muzik dan tari Landok Sampot pada masa ini. Sehingga kerajaan Aceh, dapat memberi tumpuan lebih besar dan bersama-sama masyarakat mengekalkan dan mengembangkan muzik dan tari Landok Sampot. Kata Kunci; Muzik dan tari landok sampot, Aceh Selatan, kewujudan, kepupusan, mengekalkan.

ABSTRACT This study aims to explore the existence of music and Landok Sam pot Lawee Sawah, South Aceh-Indonesia which at this time are at risk of extinction. The dance in the area of objective of this study is: to see the existence, conservation/restoration, and factors influencing music and Landok Sam pot dance in East Kluet culture in South Aceh district. The instruments used are observation, interviews and document analysis. This study is carried out through qualitative methods with case studies on 10 selected respondents intended (purposeful). Results showed that the dance Landok Sampot at this point is quite rare presented, Landok Sam pot not expanded outside the Lawee Sawah, South Aceh. In Lawe Sawah, the factors that lead to the extinction of music and Landok Sampat dance is decrease in dance performances, most of seniors musicians and dancers passed away. Lack of interest of the younger generation and the attitude of the society which less willing to teach Landok Sampot dance for the non-society of Lawee Sawah and Kluet which causing the copyright will be taken by others. Efforts to preserve the music and Landok Sam pot dance by socialize Landok Sam pot dance and establishing art gallery to teach this dance to young generation also doing performances in Aceh Cultural Week. This study is expected to provide an overview and real situation of music and Landok Sampot dance at this time. Hopefully the government of Aceh able to provide great concern and together with the community preservingalso develop music and Landok Sampot dance. Keywords:Music and Landok Sampot dance, South Aceh, existence, extinction, maintain. ii

KANDUNGAN MukaSurat BABI PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang 2 1.3 Pemyataan masalah 4 1.4 Objektif kajian 5 1.5 Soalan kajian 6 1.6 Kerangka konsep 6 1.7 Definisi Konsep 7 1.8 Kepentingan kajian 8 BAB2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 9 2.1 Kajian Lepas 10 2.2 Sejarah perkembangan muzik dan tari 11 2.3 Muzik dan Tari Landok Sampot 12 BAB3 METODOLOGIKAJIAN 3.1 Pengenalan 16 3.2 Reka bentuk kajian 17 3.2 Instrumen kajian 19 3.3 Responden kajian 3.4 Tempat kajian 24 3.5 Kaedah menganalisis data 25 3.6 Batasan Kajian 3.7 Kebolehpercayaan dan Kesahan 26 22 25 iii

BAB 4 Basil Dapatan 27 4.1 Pengenalan 4.2 Bagaimanakah kewujudan Muzik dan Tari Landok Sampot 28 4.4 Faktor-faktor Apa saja yang mempengaruhi pupusnya Muzik dan Tari 58 Landok Sampot 4.5 Bagaimanakah Usaha Mengekalkan Muzik dan Tari Landok Sampot 61 BAB 5 Rumusan 5.1 Pengenalan 5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 5.3 Kesimpulan 65 66 69 Rujukan Lampiran V. VI iv

BAB1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan latar belakang kajian, rumusan masalah, objektif kajian (melihat kewujudan Muzik dan Tari Landok Sampot dalam kebudayaan masyarakat di Aceh Selatan, mengenal pasti faktor-faktor yang mengancam pupusnya Muzik dan Tari Landok Sampot di daerah Aceh Selatan dan men genal pasti upaya mengekalkan Muzik dan Tari Landok Sampot di daerah Aceh Selatan), soalan kajian, kerangka teori, definisi konsep dan kepentingan kajian. 1

1.2 Latar belakang kajian Kepulauan Nusantara yang merangkumi ratusan etnik, mempunyai budaya dan kesenian yang sangat kaya, pelbagai dan berbeza-beza, Kepelbagaian budaya tersebut merupakan salah satu kekayaan yang tak temilai harganya. Namun pada umumnya masyarakat belum mengenal pasti secara keseluruhan kepelbagaian tersebut sehingga kerap mengabai untuk mengekalkan budaya dan seni mereka. Akibatnya ialah generasi masa depan terancam tidak lagi dapat menikmati warisan budaya dan seni leluhumya. Aceh merupakan satu daerah di Nusantara yang mempunyai kebudayaan yang begitu beraneka ragam. Antara kepelbagaian dan kekayaan khazanah budaya dan seni di Aceh ialah Muzik dan Tari Landok Sampot di Kluet, Aceh Selatan. Muzik dan Tari Landok Sampot yang mempunyai bentuk pembentangan yang tersusun dengan sistematik, dipentaskan dalam upacara adat dan upacara keagamaan, terutamanya digunakan sebagai media dakwah melalui syair-syair tentang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasul-Nya nabi Muhammad SAW. Muzik dan Tari Landok Sampot juga berfungsi sebagai salah satu simbol dan senjata masyarakat dalam menentang penjajahan Belanda. Seiring dengan perkembangan zaman dan semakin berkembang pula muzik dan tari moden yang tersebar diseluruh nusantara, Muzik dan Tari tradisional Landok Sampot yang berada di Aceh Selatan, iaitu di Kluet Timur justeru mengalami kemunduran atau hampir pupus disebabkan kurangnya perhatian dari masyarakat dan kerajaan tempatan. lni menyebabkan 2

pementasan Muzik dan Tari Landok Sampot diketepikan sehingga terjadinya penurunan minat terhadap muzik dan tari tradisional yang berada di Kluet. Keunikan dan keistimewaan pelbagai muzik dan tarian yang dimiliki oleh setiap etnik dan daerah adalah aset yang sepatutnya dipelihara. Kekayaan menjadi tarikan tersendiri bagi para pelancong untuk datang dan menyaksikan khazanah muzik dan tarian boleh muzik dan tarian berkenaan. Hal ini juga tentu dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat dan pendidikan di sekolah dalam mengajarkan salah satu seni iaitu muzik dan tari Landok Sampot, sehingga muzik dan tari tersebut tidak mengalami kepupusan dan akan terjaga pemeliharaannya dengan baik. Muzik dan Tari Landok Sampot juga dapat terus dikenali oleh orang ramai dan mengelakkan seni ini dari kepupusan. Ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan Malarsih (2005) yang mendapati sememangnya muzik dan tarian tradisional yang berada di Indonesia terancam mengalami kepupusan bila tidak ada usaha untuk mengekalkannya. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana usaha masyarakat tempatan dalam memelihara dan menjaga Muzik dan Tari Landok Sampot. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat kewujudan, usaha pemeliharaanlpemulihan, dan mengenalpasti faktor-faktor yang membawa kepada hilangnya minat terhadap Muzik dan Tari Landok Sampot dalam kebudayaan masyarakat di Kluet Timur di daerah Aceh Selatan. 3

1.2 Pernyataan masalah Landok Sampot merupakan Muzik dan Tari tradisional yang berada di daerah Kluet, khususnya di Kluet Timur Aceh Selatan. Muzik dan tarian Landok Sampot ini di persembahkan secara berdampingan, dengan jumlah penari sebanyak lapan orang yang terdiri dari laki-iaki dewasa. Semua laki-iaki memakai peralatan iaitu buluh yang dibuat seperti pancing, dimana buluh tersebut dipukul-pukul ke bawah dengan gerakan tersendiri sambil penari mengucapkan katakata atau nyanyian tertentu yang mengandungi nasihat. Nyanyian tersebut dipimpin oleh dua orang yang disebut sebagai cahi ( syeh). Syair Muzik dan Tari Landok Lampot di iringi oleh beberapa alat muzik tradisional iaitu satu buah Gong, dua buah canang (talempong), dua buah gendang, dan satu buah seruling bambu. Sofiati dan Ikhsan (2006:7) menyatakan bahawa ada pelbagai jenis Muzik dan Tari landok termasuk muzik dan tarian adat. Muzik dan tarian ini juga diadakan pada upacara adat iaitu pada majlis perkawinan dan berkhatan. Pada zaman dahulu Muzik dan Tari Landok diadakan hanya untuk Raja-Raja sahaja. Rakyat biasa hanya boleh menikmati Muzik dan Tari Landok setelah mendapat persetujuan dari Raja. Menurut team IKMK (2006:164 ), dalam masyarakat Aceh terdapat bermacam-macam kesenian seperti Muzik dan Tarian Ranup Lampuan, Likok Pulo, Sedati, Meratuh, dan Rapa'i geleng. Semua jenis kesenian tersebut pada umumnya sering ditemui di seluruh Aceh. Namun Muzik dan Tari Landok Sampot tersebut hanya boleh didapati di daerah Kluet Timur di Aceh Selatan. 4

1.3 Objektif Kajian 1. Untuk melihat kewujudan semasa Muzik dan Tari Landok Sampot dalam kebudayaan masyarakat di Kluet Timur Kabupaten, Aceh Selatan. 2. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mengancam pupusnya Muzik dan Tari Landok Sampot di daerah Aceh Selatan. 3. Untuk men genal pasti usaha-usaha mengekalkan Muzik dan Tari Landok Sampot di daerah Aceh Selatan. 5

1.5 Soalan Kajian 1. Apakah kewujudan sernasa Muzik dan Tari Landok Sarnpot rnasa kini dalarn kebudayaan rnasyarakat di Kluet Tirnur? 2. Faktor-faktor apakah yang rnernpengaruhi pupusnya Muzik dan Tari Landok Sarnpot di daerah Aceh Selatan? 3. Bagairnanakah usaha rnengekalkan Muzik dan Tari Landok Sarnpot di daerah Aceh Selatan? 1.3 Kerangka Konsep Kewujudan Muzik dantari Faktor-faktor Pupusnya Muzik dantari Landok Sampot Landok Sampot di Masa Depan Usaha Pemeliharaan Muzik dan Tari Landok Sampot Rajah 1.1 Kerangka Konsep 6

1.7 Definisi Konsep 1.7.1 Muzik Jamalus (1991/1992 :2) mengatakan bahwa muzik adalah salah satu bentuk seni sebagai bahasa emosi yang bersifat universal. Melalui muzik orang dapat mengungkapkan emosinya. Kemampuan untuk dapat mengungkapkan emosi melalui muzik, merupakan keterampilan yang unik terhadap perasaan. Dari pendapat diatas dapat disimpulkan bahwa muzik adalah sejenis pengungkapan perasaan atau gagasan melalui bunyi yang unsur dasamya berupa melodi, irama dan harmoni dengan unsur pendukung berupa bentuk gagasan, sifat dan wama bunyi. 1.7.2 Tari Menurut Kamus Dewan (2002) tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Mengikut Soedarsono (1977:17) Tari adalah ekspresi jiwa manusia yang diungkapkan melalui media gerak yang berirama dan indah. Pada dasamya pemahaman terhadap tari tertuju pada unsur-unsur pergerakan yang indah berdasarkan irama-irama muzik, syair yang dilagukan atau tepuk tangan dan hentakan kaki. 7

1.7.3 Landok Sampot Menurut Hadjad ( 1987: 121 ) Muzik dantari Landok Sampot sebagai salah satu muzik dan tari tratrdisional Aceh, yang berada di Aceh Selatan, iaitu di Kluet Timur, atau yang lebih tepat di Desa Lawe Sawah. Muzik dantari Landok Sampot dipersembahkan dalam upacara keagamaan, dandakwah. 1.8 Kepentingan kajian Dapatan kajian ini penting untuk melihat kewujudan Muzik dan Tari Landok Sampot dalam kebudayaan masyarakat di Aceh Selatan, mengenal pasti faktor-faktor apa saja yang mempengaruhi pupusnya Muzik dan Tari Landok Sampot dan mengenal pasti usaha pemeliharaan Muzik dan Tari Landok Lampot di daerah Aceh Selatan. Menurut Hadjad (1987:121). Muzik dan Tarian Landok Sampot adalah aset seni budaya Negara yang jika dipelihara, akan mengekalkan muzik dan tarian sehingga dapat menjadi tarikan tersendiri bagi para pelancong untuk datang dan menyaksikan muzik dan tarian berekenaan. Hal ini tentu dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan. Selain itu masyarakat dari pelbagai etnik, kaum dan daerah lain boleh memiliki kesempatan untuk mempelajari muzik dan tarian tersebut sehingga muzik dan tarian tersebut akan terus dikenali oleh etnik, kaum, atau orang-orang dari daerah bahkan negara lain. 8

BAB2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang beberapa kajian yang terdahulu mengenai usaha pemeliharaan seni Muzik dan Tari. Turut disertakan huraian mengenai perkembangan Muzik dan Tari Landok Sampot, sejarah perkembangan Muzik dan Tari Landok Sampot dan gerakan Tari Landok Sampot. 9

2.1 Kajian Lepas Malarsih (2005) mendapati antara usaha untuk memelihara Muzik dan Tari tradisional Jawa Mangkunegaran ialah mempertahankan keasliannya melalui latihan dan pembentangan terutamanya dalam upacara adat, menyesuaikan bahan-bahan dan fungsi tari dalam mengikuti keperluan masyarakat semasa, menyebarkan pada masyarakat umum dengan cara melatih para pemuzik dan penari dari masyarakat umum, melakukan pembentangan untuk pelbagai kepentingan umum, mengikuti pertukaran seni budaya dengan negara sahabat, dan menulis buku rnengenai muzik dan tari gaya Mangkunagaran agar mudah dipelajari oleh masyarakat. Kajian Dino (2007) mengenai usaha memartabatkan Muzik dan seni Tari Melayu Sarawak mendapati antara usaha-usaha yang dilakukan organisasi-organisasi kebudayaan ternpatan ialah meningkatkan usaha promosi, mewujudkan laman web mengenai Zapin Sarawak, mengadakan usaha sarna dengan jawatan terbabit, menggalakkan kombinasi hasil karya tradisional dan moden, menerapkan muzik dan tarian Zapin Sarawak dalam kursus muzik dan tarian yang ada, mewujudkan anugerah budaya Melayu Sarawak dan mengusahakan wujudnya undang-undang negara dalam aspek seni. Berdasarkan kajian- kajian lepas baik yang dijalankan di Indonesia (Malarsih, 2005) mahupun kajian di Malaysia (Dino, 2007), menunjukkan bahawa sernemangnya muzik dan tari tradisional sentiasa berdepan dengan ancaman kepupusan. Oleh itu pelbagai usaha telah dijalankan untuk rnengekalkan musik dan tari tradisional. Menarik untuk mengamati adakah fenornena yang sarna 10

berlaku terhadap Muzik dan Tari Landok Sampot, serta faktor-faktor yang mengancam pupusnya Muzik Dan Tari Landok Sampot dan bagaimana usaha masyarakat tempatan untuk mengekalkan Musik dan Tari Landok Sampot. Untuk mendapatkan jawapan dari permasalahan tersebut maka satu kajian tentang "Muzik dantari Landok Sampot: Kajian Kes di Daerah Aceh Selatan" penting untuk dijalankan 2.2 Sejarah Perkembangan Seni Muzik dan Tari Seni muzik dan tari adalah sebahagian daripada kesenian yang secara umum istilah seni muzik dan tari sudah dikenal. Hal ini disebabkan oleh seorang pencipta muzik dan tari yang melalui muzik dan tarinya membuat orang lain merasa untuk menari. Ini terjadi kerana dalam sebuah muzik dan tarian, selain elemen gerak dan pukulan juga ada unsur keindahan yang harmoni sebagaimana dijelaskan oleh Kussudiarjo dalam Hidayat (2004:28) "Bahawa seni muzik dan tari adalah keindahan gerak anggota -anggota badan manusia yang bergerak, berirama dan berjiwa atau dapat juga diberi arti seni muzik dan tari adalah keindahan bentuk dari anggota badan manusia yang bergerak, berirama dan berjiwa harmoni. " Biasanya orang mengatakan isi hatinya atau perasaannya dengan ucapan atau kata-kata / bahasa, maka manusia purba yang miskin dalam hal kata-kata berusaha melahirkan segala keinginan serta suara hatinya melalui gerak atau isyarat. Jadi gerak atau isyarat adalah bahasa yang paling tua yang dipakai oleh manusia sebagai media untuk saling berkomunikasi. Berdasarkan kutipan di atas, dapat dikatakan bahawa komunikasi tidak hanya dilakukan dengan 11

bahasa, tetapi komunikasi dapat juga dilakukan dengan menggunakan gerakan-gerakan dalam bentuk tarian yang mengandungi unsur-unsur berirama atau irama. Gerak adalah sebuah ungkapan yang bermakna, namun pengalaman gerak untuk sebuah muzik dan tarian tidak hanya untuk kebermaknaan atau bertujuan supaya orang lain memahami apa yang dimaksudkan oleh penarinya. (Hidayat, 2004: 5). Soedarsono (1977: 17) lebih lanjut mengatakan bahawa Muzik dantari adalah ekspresi jiwa manusia yang diungkapkan melalui media gerak yang berirama dan indah. Pada dasamya pemahaman terhadap muzik dan tari tertuju pada unsur-unsur gerak yang berpredikat indah dan gerak itu dibentangkan dalam irama-irama yang dimaksudkan tidak hanya hadir dalam suasana instrument muzik tetentu, tetapi syair yang dilagukan atau tepuk tangan juga hentakan kaki dapat berperanan menjadi irama. Muzik dan Tari merupakan salah satu ciptaan manusia, kerana itu sifat, gaya dan fungsi muzik dan tari tidak dapat dipisahkan dari kebudayaan. Salah satu unsur kebudayaan yang membentuk bermacam-macam cabang adalah seni muzik dan tari tersebut. 2.3 Muzik dan Tari Landok Sam pot Syamsudin( dkk.1987 ) menyatakan Muzik dan Tari merupakan salah satu ciptaan manusia, kerana itu sifat, gaya dan fungsi muzik dan tari tidak dapat dipisahkan dari kebudayaan, unsur kebudayaan antaranya kesenian yang membentuk bermacam-macam cabang salah satunya adalah seni muzik dan tari. Seni muzik dan tari menggunakan gerakan-gerakan, alat muzik, kostum dan media yang sangat sederhana. Syair-syairnya juga tentang pendekatan kepada Allah 12

SWT dan Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW. Sebagaimana kesenian tradisional pada umumnya, kesenian tersebut mencerminkan adat-istiadat yang merupakan milik masyarakatnya yang perlu dipelihara agar muzik dan gerak-gerak tari yang ada tidak punah dan terpelihara dengan baik. 2.3.1 Sejarab Landok Sampot Menurut sejarahnya perkataan Landok Sampot berasal dari bahasa Kluet yakni Landok dan Sampot. Landok artinya tari dan Sampot artinya pukul. Oleh itu Landok Sampot bila diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia ialah muzik dan tari pukul. Muzik dan Tari Landok Sampot berasal dari upacara adat, upacara keagamaan iaitu agama Islam yang digunakan sebagai salah-satu media dakwah melalui pendedahan syair-syaimya yang mengarahkan kepada kemantapan dan pendekatan kepada Allah SWT. dan Rasulullah SAW. : www.kluetmedia.com Pada zaman penjajahan Belanda, Muzik dan Tari Landok Sampot ini sangat dimanfaatkan oleh Hulubalang dan Raja pada waktu itu. Muzik dan Tari Landok Sampot hanya boleh dimainkan disekitar istana Raja atau Hulubalang saja, digunakan untuk hiburan raja dan orang-orang tertentu dari Belanda. Dan dilarang keras muzik dan tari ini dimainkan ditempattempat yang lain. Lama kelamaan walaupun ruang gerak muzik dan tari ini sempit, tetapi raja memerintahkan bahawa setiap kampung harus ada kumpulan Muzik dan Tari Landok Sampot dengan tujuan dipertandingkan dihalaman istana Raja yang digunakan oleh Belanda untuk tujuan hiburan. Permainan muzik dan tari ini hanya dimainkan pada malam hari saja (Siagin, 1992: 2). Disamping sebagai hiburan yang paling dominan, Muzik dan Tari Landok Sampot juga 13

dipertunjukkan pada acara berkhatan yang khususnya anak Raja, Hulubalang dan keluarganya. Menurut kebiasaan adat, tidak akan sempumalah jika tidak mengadakan upacara sunnat Rasul dengan dimeriahkan oleh Muzik dan Tari Landok Sampot. 2.3.4 Muzik dan Tari Landok Sampot Gerak muzik dan tari ini bermula dari latihan pukulan gendang dan berupa gerakan perangperangan dengan seorang pelakon perlu memakai baju putih dan memegang sampot, yang hujungnya diberi gincu merah. Mereka akan melakukan pergerakan sampot (pukul-memukul) antara satu orang dengan lawannya. Yang menandakan menang kalahnya ialah dengan melihat kepada berapa kali gincu merah tersebut tercalar atau terpukul di badan lawan (baju putih). Pihak yang paling sedikit menerima calar ialah yang menang. Untuk memberi semangat setiap kumpulan barisan belakang disertai dengan sederatan wanita atau gadis-gadis sambil bersoraksorak, begitu juga kumpulan lawan. Dan suasana ini cukup meriah kerana dihadiri oleh penonton dari desa masing-masing. www.kluetmedia.com Namun pihak Belanda mengharamkan perang-perangan ini kerana boleh menjadi symbol kepada penentangan terhadap kuasa Belanda. Akhimya permainan inipun hilang begitu saja. Kemudian permainan ini aktif kembali sebagai hiburan Raja-raja dan Belanda dengan merubah permainan antara lain dengan baju penari tidak lagi wama putih tetapi diganti menjadi wama merah. Begitu juga tidak ada lagi barisan wanita atau gadis-gadis yang menjadi pembakar semangat. Selepas ini ghairah kumpulan Muzik dan Tari Landok Sampot menurun dan akhimya 14

muzik dan tari ini sudah jarang dipaparkan kecuali kalau sengaja diminta tampil pada acara-acara besar dalam bentuk festival muzik dan tari tradisional. Dalam penampilan Muzik dan Tari Landok Sampot sarna halnya dengan muzik tari-tari tradisional yang lain, iaitu menggunakan muzik untuk pengiring tari. Muzik dan Tari Landok Sampot mempunyai beberapa ragam gerak 1. Gerak salam pembuka (penghormatan) antara lain adalah: 2. Gerak salam main 3. Gerak kedidi 4. Gerak sembar 5. Gerak kedayung 6. Gerak sampot 7. Gerak salam penutup 15

BAB3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Bab ini menjelaskan tentang metodologi kajian yang merangkumi kaedah kajian yang terdiri dari reka bentuk kajian dan instrumen kajian. Bab ini juga merangkumi responden kajian, kaedah menganalisis data dan batasan kajian. Semasa kajian dijalankan, metodologi kajian merupakan aspek terpenting dalam proses membuat penyelidikan. Metodologi menggambarkan sesuatu bentuk rangka kerja dan aliran kerja bagi penyelidikan yang akan dijalankan dan memastikan penyelidikan berjalan seperti yang dikehendaki. 16

3.2 Reka bentuk kajian Menurut Othman Lebar (2009: 61) reka bentuk kajian perlulah mempertimbangkan fokus kajian yang munasabah dari segi saiz dan kompleksiti, mudah diakses serta, bersifat menarik kepada penyelidik dan merupakan sesuatu yang penyelidik fikir penting atau akan menjadi penting di masa depan. Kajian ini dijalankan di Lawe Sawah, Aceh Selatan, oleh itu kajian ini dianggap munasabah dari segi saiz, serta mudah diakses oleh pengkaji. Kajian mengenai Muzik dan Tari Landok Sampot ini juga dijangka akan menjadi penting di masa depan, apalagi ditengah ancaman kepupusan Landok Sampot, kajian ini akan menjadi sumber literatur yang sangat penting di masa depan. Reka bentuk kajian harus sesuai dengan tujuan kajian supaya dapat menghasilkan dapatan yang benar (piaw, 2006: 53). Oleh hal demikian, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, kaedah kajian kes serta instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang dianggap paling sesuai bagi mencapai matlamat kajian dan menjawab soalan kajian ini. 3. 2.1 Pendekatan kajian Dalam kajian ini penyelidikan akan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Menurut Patton (1990 : 14) pendekatan kualitatif biasanya menghasilkan banyak maklumat dan informasi terperinci dan memperdalam pemahaman terhadap suatu kes atau situasi. Pendekatan kualitatif berdasarkan pada kualiti atau nilai, pemyataan insiden atau peristiwa. Pendekatan kualitatif menerangkan peristiwa secara holistik, dengan penekanan pada perbezaan manusia 17

sebagai individu (Mohd Najib,1999:34-35). Kajian mengenai Muzik dan Tari Landok Sampot ini sememangnya diharapkan dapat menghasilkan maklumat yang terperinci dan dapatan yang mendalam berkenaan dengan kewujudan Landok Sampot pada masa kini, faktor-faktor yang mempengaruhi pupusnya Landok Sampot dan usaha untuk mengekalkannya. Penyelidikan kualitatif adalah satu usaha untuk memahami situasi dan keunikan daripada konteks tertentu dan interaksi yang berlaku di sesebuah tempat atau latar tertentu. Oleh itu penggunaan kaedah kualitatif adalah sangat bersesuaian untuk kajian ini. 3.2.2 Kaedah kajian Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes yang merupakan suatu penyelidikan terperinci dan rnendalam. Creswell (2013: 97) menyatakan kajian kes adalah satu reka bentuk penyelidikan kualitatif dimana penyelidik meneroka kehidupan sebenar sarna ada sebuah kes tunggal ataupun pelbagai kes secara terperinci dan mendalam. Kajian kes menawarkan cara untuk mengkaji unit sosial yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai pembolehubah yang memiliki potensi penting dalam memahami fenomena (Merriam, 2009: 50). Menurut Noraini Idris (2010: 288) kajian kes rnerupakan penerangan dan penganalisisan terperinci sesuatu fenomena atau unit sosial seperti seorang individu, kumpulan, institusi atau kornuniti. Kajian ini sememangnya mengkaji dan menganalisis fenomena berkenaan Muzik dan Tari Landok Sampot, misalnya ancaman kepupusan muzik dan tari ini. Kajian ini juga bersesuaian dengan matlamat kajian kes kerana fokus pada kumpulan tertentu, iaitu kumpulan 18

seniman Landok Sampot dan komuniti masyarakat Lawee Sawah. Oleh itu penggunaan kaedah kajian kes adalah sangat tepat untuk kajian ini. 3.2.3 Instrumen kajian Instrumen kajian adalah segala bentuk peralatan memungut data yang digunakan dalam penyelidikan, termasuk juga dalam istilah instrumen ialah peralatan pemungutan data yang digunakan dalam penyelidikan seperti soal selidik, temuduga, pemerhatian dan sebagainya. (Mochtar Ismail, 2011: 110). Dalam kajian ini instrumen yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, dan dokumentasi. Ketiga instrumen ini dianggap memadai untuk membantu mencapai matlamat kajian ini. 3.2.3.1 Temubual Temubual (TB) ini bertujuan untuk mendapatkan sejenis maklumat khas. Temubual diperlukan apabila penyelidik tidak boleh memerhatikan tingkah laku, perasaan atau bagaimana orang mentafsir persekitarannya dan peristiwa yang lalu. Temubual adalah satu proses dimana penyelidik dan responden melibatkan diri dalam perbualan yang memberi tumpuan kepada soalan yang berkaitan dengan kajian. Ini bersendapat dengan (Merriam, 2009: 87-88). Temu bual atau interview adalah kaedah bilamana maklumat penyelidikan berkenaan seperti fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperoleh penyelidik berasal dari subjek kajian. Temubual menghendaki penyelidik berinteraksi secara langsung dan aktif (Muhammad 19