Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA: CADANGAN DAN GESAAN

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

PEMETAAN KEPEKATAN OKSIGEN TERLARUT DALAM TASIK REKREASI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

KAEDAH PERANG SARAF DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PENJAGAAN TIDAK FORMAL WARGA TUA: ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Demokrasi di Pinggiran

Integrasi Kaedah Geospatial dan Pemodelan Hidrodinamik untuk Mengkaji Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Kawasan Pantai

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

AN ASSESSMENT OF VISITORS' PERCEPTION SAMA JAYA NATURE RESERVE KUCHING. Kueh Hsiao Chin

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Transcription:

Jabatan Perikanan Daerah Kuala Berang. 2015. Jabatan Pengairan dan Saliran. 2015. Jabatan Kerja Raya. 2015. Lindenmayer, D. B., Margules, C. R., & Botkin, D. B. (2000). Indicators of biodiversity for ecologically sustainable forest management. Conservation biology, 14(4), 941-950. Majlis Daerah Hulu Terengganu. 2015. Malaysia, 1974. Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan. 2006. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd. Othman Lebar.2009. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Pejabat KETENGAH.2012 Pejabat Taman Negara Hulu Terengganu.2012 Simberloff, D. (1999). The role of science in the preservation of forest biodiversity. Forest Ecology and Management, 115(2), 101-111 Su Yang dan Chen Jing-Hua (1994) A Study On Categoring Standard Of Nature Reserves In China. Institute of Public Policy and Center for Industrial Development and Environmental Governance School of Public Policy Management Unit Perancang Ekonomi Negeri. 2015 Waldron, A., Mooers, A.O., Miller, D.C., Nibbelink, N., Redding, D., Kuhn, T.S., & Gittleman, J.L. (2013). Targeting global conservation funding to limit immediate biodiversity declines. Proceedings of the National Academy of Sciences, 110 (29), 12144-12148 Pengurusan Sumber Pantai Berasaskan Komuniti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia: Satu sorotan literatur Abstrak Hakimah Razak Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu. Email: Gsk1736@pps.edu.umt.my Sumber pantai penting dalam menyokong kehidupan masyarakat terutamanya komuniti yang hidup bergantung pada sumber-sumber ini. Elemen alam semula jadi yang biasa terdapat di kawasan berkenaan biasanya terdiri daripada paya bakau, pantai, laut, lagun, pulau, hutan dan lain-lain yang mempunyai kepelbagaian sumber. Namun, penggunaan sumber alam secara tidak terkawal, kemusnahan habitat, pencemaran dan lain-lain telah

mengakibatkan sumber berkenaan semakin terhad untuk di ekploitasi. Oleh yang demikian, pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti diwujudkan bagi mengatasi masalah terhadap alam sekitar terutamanya ekosistem alam semula jadi di pesisir pantai. Kertas kerja ini meneliti pola dan ciri komuniti pesisir di kawasan kajian, menilai pengetahuan tradisional komuniti pesisir pantai dalam menguruskan sumber pantai, meneliti penglibatan komuniti pesisir pantai dalam merancang dan menguruskan kawasan pinggir pantai serta menganalisis kepentingan sumber pantai berasaskan komuniti di kawasan tanah bencah Setiu. Di Malaysia, kajian pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti masih kurang dijalankan terutamanya di kawasan pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada analisis data sekunder yang mana meneliti kajian lepas mengenai pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti. Secara umumnya, sorotan literatur dijadikan perbandingan dan panduan dalam kajian ini berdasarkan dapatan kajian untuk melihat aspek pengurusan secara holistik dalam menguruskan sumber serta impak terhadap kelestarian alam. Ini selaras dengan Teori Pemodenan Ekologikal yang menekankan bagaimana menangani kemerosotan alam sekitar melalui transformasi institusi selaras dengan prinsip-prinsip ekologi. Kajian ini meneliti tiga aktor penting dalam menguruskan sumber alam agar dapat diuruskan secara mapan bagi mengekalkan kelestarian alam semula jadi. Antara aktor yang terlibat ialah komuniti, kerajaan dan badan bukan kerajaan. Peranan komuniti dianggap paling penting kerana pendekatan ini berorientasikan komuniti yang mana komuniti merupakan aktor yang paling dekat dan hidup bergantung kepada sumber pantai untuk terus hidup. Kerajaan berperanan menggubal dan melaksanakan sesuatu polisi pengurusan alam sekitar manakala badan bukan kerajaan berperanan aktif memperjuangkan kemapanan sumber alam seperti mengadakan kempen penjagaan alam dan juga penyediaan dana. Secara keseluruhannya, kertas kerja ini melihat sejauh mana penglibatan ketiga-ketiga aktor ini dalam menguruskan sumber bagi kelestarian sumber pantai. Kata kunci: Pengurusan sumber pantai berasasakan komuniti, Komuniti pesisir, Kerajaan, Badan bukan kerajaan 1. Pengenalan Komuniti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Terengganu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi kedudukan geografinya yang kaya dengan sumber alam. Komuniti pantai kawasan ini banyak bergantung kepada sumber alam untuk meneruskan kehidupan (Dzuhaimi et al. 2012). Keadaan ini memperlihatkan keunikan tersendiri komuniti ini dalam menggunakan sumber alam semulajadi. Majoriti komuniti pesisir pantai bekerja sebagai nelayan sama ada nelayan pinggir pantai mahupun nelayan yang menangkap ikan di sungai. Ada juga golongan komuniti pesisir yang tidak menjalankan kegiatan ekonomi sebagai nelayan tetapi mengusahakan sumber alam berasaskan flora dan fauna yang kaya di kawasan tanah bencah seperti melakukan aktiviti ekonomi tradisional (Norhayati Sa at, 2011). Kertas kerja ini membincangkan tentang pendekatan pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti dan memahami peranan yang dimainkan oleh pendekatan ini dalam memastikan kelestarian alam semulajadi. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini hanya membincangkan tentang penemuan awal kajian sahaja kerana pengkaji masih berada di tempat lapangan kajian. Maka, hasil kajian kualitatif akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Perbincangan artikel ini merangkumi tiga bahagian utama iaitu latar belakang dan metodologi kajian. Bahagian kedua mengenai wacana tentang pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahagian terakhir pula menyimpulkan secara keseluruhan mengenai kertas kerja ini. 2. Latar belakang dan metodologi Pendekatan pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti dianggap penting di negara-negara luar terutamanya di Asia. Hal ini kerana negara-negara di Asia banyak bergantung kepada hasil laut dalam menjana sumber ekonomi mereka. Negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan lain-lain kaya dengan sumber alam semulajadi. Kebanyakan negara-negara ini bergantung kepada hasil perikanan sebagai sumber pendapatan negara mereka (Crawford, 2004). Namun, kajian di Pantai Timur Semenanjung Malaysia masih lagi kurang diberi perhatian. Melihat keadaan ini, satu kajian mengenai pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti telah dilakukan bagi melihat peranan yang dimainkan oleh pendekatan ini dalam memastikan kemapanan alam akan terus terpelihara. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai penemuan awal kajian mengenai pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti secara keseluruhan dan memahami peranan yang dimainkan oleh pendekatan ini. Pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti ini perlu diberi perhatian yang lebih serius kerana pendekatan ini penting dalam memastikan kelestarian alam terus terjaga dan komuniti yang ada dapat memperolehi manfaat daripada kewujudan pendekatan pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif yang dilakukan adalah kaedah pemerhatian dan juga temubual. Pengkaji tinggal bersamasama dengan orang kampung untuk mendekati cara hidup mereka di samping mengadakan temubual bersama orang kampung. Namun, data kajian masih belum sempat dianalisis kerana pengkaji masih berada di lapangan kajian. 3. Pantai timur semenanjung Malaysia Negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan kaya dengan sumber alam semulajadi yang menarik. Keindahan alam semulajadi yang ada di negeri-negeri ini telah menjadikan kawasan ini sebagai satu tarikan pelancongan. Keistimewaan ini memberi kelebihan kepada komuniti terutamanya komuniti persisir pantai di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam meningkatkan kehidupan sosioekonomi mereka.

Sumber: Portal Ekspo Gaya Hidup Islam Komuniti pesisir pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia secara umumnya terdiri daripada komuniti pesisir dan menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan sumber alam. Menurut Menurut Nor Hayati (2010) ciri-ciri komuniti persisir pantai ialah pertama, komuniti yang tinggal berhampiran dengan pantai, kedua komuniti yang terdiri daripada nelayan dan bukan nelayan, ketiga komuniti yang menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi tradisional seperti berniaga secara kecil-kecilan yang berasaskan sumber laut seperti membuat keropok kering, lekor, sotong kering, ikan kering, meniaga runcit dan lain-lain serta terlibat dalam perlancongan. Keempat, komuniti dalam konteks satu bentuk komuniti terpinggir yang kebanyakannya berada di kawasan luar bandar. Komuniti pesisir dan sumber alam mempunyai hubungkait yang sangat erat. Komuniti berkait rapat dengan sumber alam kerana mereka bergantung kepada sumber ini dalam meneruskan kelangsungan hidup. Komuniti ini menjadikan fungsi ekologi ini sebagai kawasan penempatan. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian seperti mengusahakan tanaman padi sawah (Jamaluddin et al. 2002). Selain itu juga, kawasan hutan seperti hutan paya bakau banyak membekalkan sumber hutan daripada segi kayu cerucuk, tanin, kayu arang dan pelbagai ubat-ubatan tradisional (Shamsudin et al. 2001). 4. Pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti (CBCRM) Definisi CBCRM menurut Ferrer & Nozawa (1997); people-centered, community-oriented and resource-based. It starts from the basic premise that people have the innate capacity to understand and act on their own problems. It begins where the people are i.e., what the people already know, and build on this knowledge to develop further their knowledge and create a new consciousness. It strives for more active people s participation in the planning, implementation and evaluation of coastal resource management programs Pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan isu dan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pendekatan ini digunakan untuk mengatasi isu keterancaman alam sekitar yang

semakin berleluasa akibat permintaan terhadap penggunaan sumber yang semakin meningkat. Indikator yang digunakan dalam pendekatan ini ialah komuniti yang terdiri daripada komuniti setempat yang hidup dan bergantung kepada sumber alam bagi meneruskan kelangsungan hidup. Golongan ini merupakan golongan yang paling dekat dengan sumber alam dan hal ini memberi kelebihan kepada mereka dalam menjaga sumber alam. Golongan ini mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan sumber alam dan ini memudahkan mereka untuk merancang dan menguruskan sumber alam agar sentiasa terpelihara. Ramai pengkaji di asia membincangkan tentang pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti (Pomeroy, 1995; Alcala, 1998; Newkirk, 1998; Uychiaoco & Alino, 2000; Pollnac et al., 2002). Antara perkara yang dibincangkan ialah kajian pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti adalah menarik dan berkesan kerana menerapkan kepentingan komuniti dalam usaha menjaga alam sekitar. Hal ini menyebabkan kajian ini begitu popular dalam usaha menjaga kelestarian biodiversiti. Namun, pendekatan ini kurang diterapkan di Malaysia, tambahan pula kajian mengenai pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti masih kurang mendapat perhatian daripada para penyelidik. Pomeroy (1995), dalam kajiannya mengenai institusi berasaskan komuniti dan pengurusan bersama dalam menjamin kemampanan pengurusan perikanan di Asia tenggara menjelaskan bahawa ancaman terhadap sumber makanan terutamanya sumber protien akibat permintaan, nilai dan penggunaan yang semakin meningkat dapat dikurangkan dan diuruskan dengan baik dengan campur tangan daripada pihak yang berkepentingan seperti nelayan yang terlibat dalam pengurusan sumber berkenaan. Di negara luar seperti Filipina telah banyak dibuat penyelidikan tentang pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti. Newkirk (1998) menunjukkan bahawa keperluan untuk melibatkan komuniti dalam pengurusan sumber jelas menunjukkan bahawa komuniti sebagai pengguna terlibat secara langsung dalam pengurusan harian sumber asli. Keadaan ini dilihat melalui komitmen masyarakat tempatan dalam pengurusan sumber. Dalam kajian ini juga dapat dilihat individu yang terlibat secara langsung dan bergantung kepada sumber alam adalah paling komited, menyedari kepentingan sumber dan juga mampu menjaga alam dengan lebih baik dan berkesan. Berdasarkan kajian di atas, keberkesanan pengurusan sumber berasaskan komuniti bukan bergantung kepada penyertaan daripada golongan komuniti sahaja. Namun, ia juga bergantung kepada aktor-aktor lain yang berkait rapat dengan komuniti dan juga alam. Menurut Pomeroy (1998) pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti bukan sahaja menumpukan kepada komuniti semata-mata tetapi juga turut melihat kerjasama daripada kerajaan, individu pengguna sumber, pihak kepentingan yang lain dan juga masyarakat tempatan. Walaupun kerajaan memainkan peranan kecil dalam pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti namun, ia memainkan peranan utama dan aktif dalam pengurusan bersama. Gabungan dan kerjasama daripada pelbagai pihak ini dikenali sebagai pengurusan bersama atau dikenali co-management. Pengurusan bersama ini adalah suatu konsep pengurusan yang ditakrifkan sebagai perkongsian tanggungjawab antara kerajaan, nelayan, komuniti tempatan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan yang lain dalam pengurusan sumber perikanan. Walaupun ia melibatkaan pengurusan secara bersama namun peranan yang dimainkan oleh komuniti adalah lebih besar berbanding agensi lain dalam pengurusan sumber pantai berasaskan

komuniti. Ini dapat dilihat dalam kajian Kim Nong (2000) dalam kajian di Santuari Hidupan Liar Peam Krasaop, Koh Kong, Cambodia. Dapatan menunjukkan di kawasan kajian telah melihat keterlibatan antara komuniti dan agensi kerajaan dalam bersamasama menguruskan sumber pantai. Namun, dalam situasi ini penglibatan komuniti lebih memberi kesan terhadap pengurusan sumber hasil dari kesedaran mereka yang tinggal berhampiran dengan ekosistem alam. Dalam konteks di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti masih kurang dilaksanakan. Namun, berdasarkan struktur demografi kawasan muka bumi Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang kaya dengan sumber alam semulajadi memungkinkan bahawa pendekatan ini digunakan oleh komuniti tempatan dalam menjaga alam semulajadi agar terus terpelihara. Namun, kekurangan kajian yang dilakukan menyebabkan pendekatan ini tidak popular di Malaysia terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 5. Kesimpulan Secara keseluruhannya, pengurusan sumber pantai berasaskan komuniti merupakan satu pendekatan yang dapat membantu dalam memelihara alam semulajadi agar terus mampan melalui peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor seperti komuniti, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan (NGO). Tanpa penglibatan daripada aktor-aktor ini terutamanya komuniti setempat, pendekatan pengurusan alam sekitar tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Golongan ini memberi pengaruh yang besar terhadap pengurusan kelestarian alam agar sentiasa terpelihara dan mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Rujukan A.C. Alcala. 1998. Community Base Coastal Resources Management in the Philipines: A case study. Ocean and Coastal Management (38): 179-186. Brain R. Crawford. 2004. Compliance and enforcement of community base coastal resources management regulations in North Sulawesi, Indonesia. Journal of Coastal management (50): 32-39. Dzulhailmi Dahalan, Turiman Suandi, Mohamad Rezal Hamzah, Jegak Uli, Jamilah Othman, Norbaya Ahmad & Nor Azliza Wanis Abdullah. 2012. Komuniti nelayan Muslim: Analisis kepentingan dari sudut kehidupan beragama. Malaysia Journal of society and space 8(3): 43-51. Ferrer, Elmer M. & Cristie C. Nozawa. 1997. Community-Based Coastal Resources Management in the Philipines: Key concepts, methods and lessons learned in IDRC. Community Based Naturel Resource Management in Asia: Papers presented at an International Development Research Centre Workshop. Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin & Kadaruddin Aiyub. 2002. Kawasan tanah lembap: isu dan cabaran pengurusan di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Muhammad Rizal Razman. 2002. Bangi. Pusat pengurusan siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kim Nong. 2000. Community base coastal resources management in PKWS, Koh Kong Province Cambodia. Ministry of Environment: Kingdom of Cambodia. Newkirt, Gary. F. 1998. Coastal Communities Living with Complexity and Crisis in Search For Control in IIRR. Participatory Methods in Community-Based Coastal Resources Management. Silang, Cavite, Philippines: international institute of rural reconstruction. 13 Nor Hayati Sa at. 2010. Keluar dari lingkaran kemiskinan: Mobiliti sosial di kalangan komuniti persisir pantai Kuala Terengganu. Tesis Phd. Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Nor Hayati Sa at. 2011. Mobiliti sosial dalam kalangan komuniti persisir pantai: kajian kes di Kuala Terengganu. Jurnal Kajian Malaysia (29): 95-123. Richard B. Pollnac, Brian R. Crawford & Asep Sukmara. 2002. Community Based CoastalResources Management: An Interim Assessment of the Proyek Persisir Field Site in Bentenan and Tumbak Villages, North Sulawesi, Indonesia. Shamsudin Ibrahim, Ismail Parlan & Samsudin Musa. 2001. Environmental management issues of peat swamp forest in peninsular Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi Harman Shah. Environmental management 2000. Bangi. Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia: 156-164. Pomeroy, R.S. 1995. Community-based and co-management institutions for sustainable coastal fisheries management in Southeast Asia. Journal of Ocean & Coastal Management (27), 143-162. Portal Gaya Hidup Islam. 2015. http://www.myinspiringlifestyle.com/terengganu/ 13 Oktober 2015 A. J. Uychiaoco, P. M. Alino, A. L. (2000). Initiatives in Philippine Coastal Management: An overview. Coastal Management. 10.