13HARI 11MALAM KEMBARA BALKAN RM 8,790 RM 10,090 RM 7,090 RM 6,490

Similar documents
11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

12HARI/09MALAM-BALKANS 6 NEGARA

TEMPAT MENARIK SYDNEY

12H 9M ITALI, MONACO, NICE 14 Mac 2018

RM 18,159 RM 14,959 RM 18,259 RM 15,059 RM 13,148 RM 11,559 RM 9,159

RM 13,424 RM 11,464 RM 13,559 RM 11,599 RM 11,288 RM 9,388 -

ITALY TUSCANY ROAD TOUR

MUSLIM PACKAGE: BALKANS (11 DAYS 8 NIGHTS) AUGUST 2018 APRIL 2019

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

11D BALKANS DISCOVERY TOUR

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Panduancuti-Sarawak.Com

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

============================================================================

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

Terma dan Syarat Souq Year End Pusat Kad Bank Islam Page 1

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

BALKANS South Eastern Europe the Adriatic Odyssey Albania / Montenegro / Croatia / Bosnia Herzegovina / Slovenia

TRIP PROPOSAL. 7 nights/8 days. Dear Sir, Kindly, find below the program of the visit, as follows: WELCOME!!!

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

STUDY ON THE SELECTION CRITERIA FOR CHOOSING DOMESTIC PACKAGE TOURS IN MALAYSIA DAYANG SANDRAWATI BINTI ABANG JOSMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

TOUR HIGHLIGHTS SINGAPORE BELGRADE SERBIA. Belgrade - Kalamegdan Fortress and The House of Flowers

LAPORAN PENYERTAAN STAFF PSIS DI THE 11 TH FREESTYLE FRUIT CARVING SHOW PIECE CONTEST, NAGOYA KANKO HOTEL, JEPUN 25 TH JUN 1 ST JULAI 2017

13 DAYS 10 NIGHTS BALKAN 7 COUNTR (SLOVENIA, CROATIA, BOSNIA

DD Europe Summer 2018 Sarajevo and The Balkans (In Vienna / Out Vienna) 10days / 09nights. Austria Slovenia Croatia Montenegro Bosnia and Herzegovina

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Makam mahsuri. 11/17/2017 Unblocked games /18/2017. Meitetsu railway 11/19/2017

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

1 st DAY:ARRIVAL TO ZAGREB APT SARAJEVO 2 ND DAY: SARAJEVO 3 RD DAY: SARAJEVO MOSTAR - DUBROVNIK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

MUSLIM PACKAGE : BALI (3 DAYS 2 NIGHTS) GROUND HANDLING HOTEL & TOUR

Let s make memories together

TECHNICAL TOUR MALACCA

MUSLIM PACKAGE : BALI (4 DAYS 3 NIGHTS) GROUND HANDLING HOTEL & TOUR

MUSLIM PACKAGE : BALI (5 DAYS 4 NIGHTS) GROUND HANDLING HOTEL & TOUR

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

MUSLIM GROUND PACKAGE HANOI-HALONG 4 DAYS 3 NIGHTS

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

11D8N CROATIA AND SLOVENIA DISCOVERY 2 Nights Stay at Dubrovnik

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

BEAUTIFUL BALKANS EUROPE & THE DOLOMITES

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

06 APRIL Untuk maklumat lanjut sila rujuk peta di bawah.

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

NOTA UMRAH DIY Ibnu Arabi. Versi 1.0

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Let s make memories together.

Balkans. Europe. P a g e 1 6

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Vienna to Istanbul. August 14-30, 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

WORLD HERITAGE TOURS from ATLAS YOUR ADRIATIC HOST. Escorted tours and cruises of the Adriatic Region 2018 from the Danube to the sea

Transcription:

13HARI 11MALAM KEMBARA BALKAN Tarikh Berlepas : 5-Sep, 6-Nov* Harga Seorang Bilik Berdua Dewasa Bilik Seorang Dewasa Kanak2 Berkatil Kanak2 Tanpa Berkatil RM 8,790 RM 10,090 RM 7,090 RM 6,490 Hari No Penerbangan Sektor Berlepas Tiba 01 QR 853 K.LUMPUR DOHA 0255 0455 01 QR 203 DOHA ISTANBUL 0715 1145 12 QR 218 ISTANBUL - DOHA 1840 0100 12 QR 848 DOHA K.LUMPUR 0250 1515 Destinasi ATHENS KALAMBAKA OHRID BAR DUBROVNIK MOSTAR SARAJEVO ZAGREB Hotel President Hotel / setaraf Antoniadis Hotel / setaraf Mirage Hotel / setaraf Princess Hotel / setaraf Adria Hotel / setaraf Mepas Hotel / setaraf Hollywood Hotel / setaraf Aristos Hotel / setaraf PAKEJ TERMASUK: Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dengan penerbangan Qatar. Hotel penginapan bertaraf 4*-5* dengan sarapan pagi Cukai bandar (city tax) di Athens, Dubrovnik dan Zagreb. Makan tengahari dan makan malam halal sepanjang lawatan. Percuma bot persiaran Ohrid Lake Cruise yang bernilai EUR30 seorang. Tiket masuk ke tempat lawatan: Acropolis of Athens, Tunnel of Hope, Vrelo Bosne, Srebrenica Memorial Gallery dan Plitvice Lakes National Park. Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa. Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan. Tips kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran. PAKEJ TIDAK TERMASUK: Insurans Kembara. Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah. Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa. Perkhidmatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk. Surcaj RM100 untuk tarikh berlepas 6-Nov

13 HARI 11 MALAM KEMBARA BALKAN Hari 1 Kuala Lumpur - Doha - Athens (MT/MM) Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan menuju ke Athens yang terletak di negara Greece melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Athens, tetamu akan dibawa membeli-belah di McArthurGlen Designer Outlet di mana tetamu berpeluang untuk membeli-belah barangan berjenama terkenal seperti Versace, Salvatore Ferragamo, Polo, Guess dan banyak lagi pada harga diskaun yang cukup lumayan. Makan tengahari di restoran sebelum tetamu dibawa berfoto di Panathenaic Stadium yang merupakan tempat berlangsungnya Ancient Olympic dibina pada tahun 144 M, Old Royal Palace yang kini digunakan sebagai tempat ahli parlimen Greece bersidang dan melihat pertukaran askar yang penuh istiadat di Tomb of the Unknown Soldier, sambil melepasi Temple of Olympian Zeus dan Presidential Mansion. Makan malam di restoran dan menuju ke hotel untuk istirehat. Hari 2 Athens (SP/MT/MM) Sarapan pagi di hotel. Mulakan lawatan di sekitar kota bersejarah tamadun Yunani ini dengan melawat Acropolis of Athens yang cukup bersejarah dan tersergam indah di atas bukit di tengah kota. Tetamu berpeluang berfoto bersama binaan tinggalan zaman Yunani seperti Parthenon yang dibina pada tahun 432 SM didedikasikan untuk dewi Athena yang mengawal kota Athens, Propylaia yang merupakan pintu masuk kota Acropolis ini, Erechtheion yang siap dibina pada tahun 406 SM dan Temple of Athena Nike dibina pada 420 SM. Selepas makan tengahari, tetamu akan berpeluang untuk melewati kawasan tumpuan penduduk Athens iaitu Syntagma Square, Plaka dan Monastiraki di mana di sekitar sini tetamu juga berpeluang untuk melihat kesan tinggalan Ancient Agora of Athens dan juga Fethiye Mosque yang kini menjadi sebuah muzium sambil membeli cenderamata. Makan malam dan pulang ke hotel. Hari 3 Athens - Kalambaka (SP/MT/MM) Selepas sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa menuju ke daerah Kalambaka yang cukup terkenal dengan binaan biara di atas puncak bukit, seakan melihat Babylon. Makan tengahari setibanya di sana dan kemudian tetamu akan dibawa untuk mendekati beberapa buah biara termasuklah yang tertua dan terbesar iaitu Great Meteoron Monastery. Tetamu juga akan dibawa ke beberapa tempat yang cukup menarik untuk mengambil gambar pemandangan kawasan yang dipanggil Meteora ini. Kemudian tetamu diberi masa bebas untuk bersiar-siar di pekan Kalambaka dan berpeluang untuk membeli hasil tempatan terutamanya madu lebah. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel. Hari 4 Kalambaka - Bitola - Ohrid (SP/MT/MM) Bertolak memasuki negara Macedonia (FYROM) seusai sarapan pagi di hotel. Setibanya di bandar Bitola, tetamu akan dibawa melawat beberapa bangunan yang bersejarah di situ terutamanya kesan peninggalan kerajaan Uthmaniyyah seperti Yeni Mosque yang dibina pada tahun 1558 dengan menara setinggi 40m kini merupakan sebuah galeri seni, Clock Tower setinggi 30m dibina pada tahun 1830, berfoto di Magnolia Square, melepasi Ataturk Museum yang dahulunya ialah kolej tentera Uthmaniyyah dan bersolat di Ishak Celebi Mosque yang dibina lebih awal pada tahun 1506. Bertolak menuju ke Ohrid selepas makan tengahari dan melawat Haji Turgut Mosque yang merupakan masjid yang tertua di sini dibina pada tahun 1466, Zeynel Abedin-Pasha Mosque yang dibina pada abad ke-17 yang menempatkan makam Emir pertama Ohrid dan tetamu diberi masa bebas untuk menerokai Cinar Square dan Old Bazaar Street. Kemudian tetamu akan dibawa menaiki bot persendirian khas untuk menyusuri Tasik Ohrid yang cukup indah, yang seakan-akan sebuah lautan menuju ke hotel dan makan malam.

Hari 5 Ohrid - Tirana - Bar (SP/MT/MM) Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke kota Tirana yang merupakan ibu negara Albania, sebuah negara kecil majoriti penduduk Islam yang baru terlepas daripada cengkaman pemerintahan Komunis pada tahun 1992. Tetamu masih berpeluang untuk bersolat di Ethem Bey Mosque selepas makan tengahari yang dibina pada abad ke-18 namun dengan izin-nya tidak dihancurkan oleh kerajaan Komunis. Selain itu, tetamu boleh berfoto di Clock Tower of Tirana yang dibina orang Turki pada tahun 1811 setinggi 35m dan melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum dan juga Skanderberg Square yang gah dengan arca Skanderbeg Monument. Bertolak menuju ke bandar Bar yang berada di dalam negara Montenegro, makan malam di Islamic Cultural Centre setibanya di sana dan daftar masuk hotel. Hari 6 Bar - Budva - Kotor - Dubrovnik (SP/MT/MM) Selepas bersarapan pagi di hotel, menuju ke kota Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic dibina pada zaman Venetians seperti Citadel yang kini digunakan sebagai teater, Church of St. Ivan dan menikmati pemandangan indah menghadap ke arah Pulau St. Nikola. Seterusnya tetamu pula akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Sea Gate of 1555, Watch Tower, Square of Arms dan Pillar of Shame. Makan tengahari dan perjalanan akan diteruskan ke Dubrovnik yang terletak di dalam negara Croatia. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa untuk mengambil gambar pemandangan panorama Old Town Dubrovnik yang cukup mempersonakan sambil menunggu matahari terbenam di penghujung Lautan Adriatik. Faktor keindahan inilah yang menyebabkan Dubrovnik digelar Pearl of the Adriatic oleh para pelancong. Makan malam di restoran dan menuju ke hotel penginapan. Hari 7 Dubrovnik - Pocitelj - Blagaj - Mostar (SP/MT/MM) Sarapan pagi di hotel dan lawatan pada hari ini diteruskan dengan menyusuri Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18, Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana, Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun. Makan tengahari di restoran dan kemudian bertolak memasuki negara Bosnia and Herzegovina dengan pertamanya melawat Pocitelj, sebuah perkampungan yang dahulunya pernah menjadi medan pertahanan kerajaan Uthmaniyyah yang mana kesan tinggalan yang masih boleh dilihat ialah Ali Pasha Mosque dan Citadel yang terletak di atas Hill of Pocitelj. Seterusnya tetamu akan dibawa untuk melihat punca mata air yang cukup jernih dan menawan pandangan iaitu Buna River Spring di Blagaj dan di tebingnya terletak sebuah sekolah ahli sufi Dervish Tekke. Bertolak menuju ke Mostar untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8 Mostar - Sarajevo (SP/MT/MM) Selepas sarapan pagi, tetamu akan dibawa melawat sekitar Mostar yang cukup indah dengan tarikantarikan seperti Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini, Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut, Karadoz Bey Mosque yang dibina pada 1554 oleh arkitek Mimar Sinan merupakan antara masjid yang tercantik di negara ini, Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata. Makan tengahari dan bertolak menuju ke Sarajevo. Setibanya di sana, tetamu akan dibawa ke kawasan Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah, Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17, Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah dan juga berfoto di City Hall yang juga dipanggil Vijecnica. Daftar masuk hotel dan makan malam. Hari 9 Sarajevo - Sebrenica (SP/MT/MM) Sarapan pagi di hotel. Kemudian tetamu akan dibawa melawat Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan. Seterusnya bertolak menuju ke perkampungan Srebrenica yang menyimpan 1,000 kisah. Makan tengahari dan kemudian, tetamu akan dibawa melawat Srebrenica Massacre Memorial, lokasi di mana terjadinya pembunuhan lebih 8,000 orang penduduk Bosnia oleh tentera Serbia ketika Perang Bosnia pada tahun 1992 dahulu. Tetamu akan dapat menyelusuri kekejaman dan menjiwai keperitan yang dialami oleh mereka menerusi foto, visual dan monumen yang diabadikan di sini. Bertolak pulang ke hotel di Sarajevo dan makan malam. Hari 10 Sarajevo - Ahmici - Travnik - Jajce - Bihac (SP/MT/MM) Bertolak menuju ke perkampungan Ahmici selepas sarapan pagi di hotel untuk melawat 116 Monument di mana perkampungan ini telah diserang oleh tentera Croatia dan membunuh seramai 116 orang. Presiden Croatia sendiri pernah melawat ke monumen ini sebagai tanda kekesalan mereka. Bertolak menuju ke Travnik yang merupakan salah satu kota terpenting zaman Uthmaniyyah dan setibanya di sana, tetamu akan dibawa berfoto di Plava Voda Springs atau Blue Water yang mengalir keluar dari Vlasic Mountain. Berdekatan dengan kawasan ini terletaknya Elci-Ibrahim Pasina Medresa, sebuah sekolah zaman Uthmaniyyah yang dibina pada tahun 1706 sambil juga menziarahi Sarena Mosque yang dikatakan antara yang tercantik di Balkans dengan ukiran dan lukisan dinding yang berwarna-warni. Bergerak menuju ke Jajce yang terkenal dengan pemandangan indah semulajadi Pliva Waterfalls yang setinggi 27m. Makan tengahari di tepi Great Pliva Lake sebelum berfoto di Watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 rumah kincir air di atas Pliva River. Bersolat di Esma Sultanija Mosque yang dibina pada tahun 1753 sebelum bertolak menuju ke Bihac. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 11 Bihac - Plitvice Lakes - Zagreb (SP/MT/MM) Sarapan pagi di hotel dan bertolak memasuki negara Croatia untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. Bertolak menuju ke kota Zagreb dan setibanya di sana, makan tengahari dan bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. Seterusnya tetamu akan dibawa daftar masuk hotel dan makan malam di restoran. Hari 12 Zagreb - Doha (SP/MT) Melawat sekitar kota Zagreb selepas sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa melawat ke kawasan Gornji Grad yang terkenal dengan jalan batu-bata dan bangunan-bangunan berbumbung merah. Di sini tetamu akan dapat melihat Lotrscak Tower yang dibina pada kurun ke-13 dan digunakan untuk membunyikan loceng bagi menutup pintu kota, Church of St. Mark s yang terkenal dengan bumbungnya yang berwarna-warni dengan logo rasmi Croatia dan Zagreb di samping Kaptol Square yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang bersejarah abad ke-17. Berjalan menuju ke Dolac Market untuk membeli buah-buahan segar dengan melalui kawasan Krvavi Most (Bloody Bridge). Makan tengahari di restoran dan tetamu akan dibawa melawat sekitar kawasan Ban Jelacic Square yang menempatkan Statue of Ban Josip Jelacic, figura yang memerdekakan Croatia dari kekuasaan Hungary. Tetamu juga boleh bersiar-siar dan membeli-belah di sekitar Zagreb Downtown itu. Bersolat di Zagreb Mosque sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Zagreb bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Hari 13 Doha - Kuala Lumpur Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).