Perkembangan dan Perubahan Struktur Persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

eclaims - Gambaran Keseluruhan

TEMPAT MENARIK SYDNEY

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

============================================================================

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

LANG KAH PINTU? PERUBAHAN LEKSIKAL MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DEWASA INI

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

KAEDAH PERANG SARAF DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Transcription:

Perkembangan dan Perubahan Struktur Persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak (The Performance Development and Changes of the Structure in Traditional Gendang Melayu Sarawak) Nurulakmal Abdul Wahid nurulakmal@fmsp.upsi.edu.my Jabatan Seni Persembahan, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, Malaysia Tel.: +605-4506786 Abstrak Gendang Melayu Sarawak merupakan salah satu seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu di Sarawak telah menjadikan aktiviti ini sebagai hiburan terutama dalam majlis keramaian. Persembahan tradisi gendang Melayu Sarawak ini telah mengalami perubahan dan perkembangan sejak kedatangan Islam di Kepulauan Borneo. Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan perkembangan terhadap seni persembahan tradisi bergendang ini. Struktur persembahan tradisi ini telah berubah secara beransur-ansur dari semasa ke semasa. Persembahan tradisi ini telah diturunkan daripada generasi kepada generasi yang lain bagi menghidupkan semula persembahan tradisi ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian ikut serta. Kajian ini dilakukan secara diakronik dan sinkronik, dan analisis deskriptif digunakan bagi mengkaji, membahas dan menghuraikan dengan lebih jelas tentang perubahan yang berlaku terhadap persembahan tradisi bagi masyarakat Melayu Sarawak. Hasil penyelidikan ini dapat memberi informasi serta pemahaman tentang seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak. Kata kunci: perkembangan, perubahan, struktur persembahan, tradisi, gendang Melayu Sarawak 137

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014 Abstract Gendang Melayu Sarawak is one of the Sarawakian Malay art perfomance tradition. The Malay society in Sarawak has made this activity as an entertainment especially during social gatherings. This development has evolved since the coming of Islam in the Island of Borneo. This research aims to study the changes in the development of the tradition. The changes includes the changes in the tradition of performance structure against time. In order for this tradition to live on within the community, the tradition of performance has been passed on from generation to generation. The research method used to find datas are through interviews and participant observation. This research is also conducted diacronically and syncronically where by descriptive analysis is used to discuss in details of the changes that has taken effect on the performance tradition of the Sarawak Malay society. The research findings will provide information and understanding of the performance tradition of the Gendang Melayu Sarawak. Keywords: development, changes, performance structure, tradition, Gendang Melayu Sarawak Pengenalan Gendang Melayu Sarawak merupakan persembahan tradisi Melayu yang terdapat di Sarawak. Persembahan ini merupakan aktiviti masyarakat Melayu Sarawak sejak dulu lagi dan telah berkembang pada era pemerintahan Brooke (1841-1941). Persembahan bergendang ini tercatat dalam jurnal Sarawak Gazette. 1 Kajian tentang persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak tidak banyak dilakukan oleh pengkaji. Kebanyakan kajian lepas lebih cenderung kepada penelitian terhadap sejarah, kesusasteraan pantun, kajian perbandingan dan juga peranan budaya bergendang dalam masyarakat. Setakat ini, tiada lagi kajian yang membahaskan serta membincangkan tentang perkembangan dan perubahan struktur tentang persembahan tradisi ini. Razali Haji Yu (2010) 2 berpendapat, persembahan tradisi ini perlu dipulihara kerana tradisi lisan ini dapat membantu masyarakat setempat untuk mengenali kebudayaan, pemikiran serta falsafah kehidupan. Masyarakat Melayu Sarawak dan Persembahan Tradisi Seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak atau lebih dikenali sebagai bergendang merupakan sebuah seni persembahan tradisi masyarakat Melayu yang unik dan hanya terdapat di Sarawak. Seni persembahan ini juga merupakan seni 138

Nurulakmal Abdul Wahid pergaulan Melayu yang wujud sebagai aktiviti hiburan untuk masyarakat setempat. Menurut Schechner (2006). 3 A performance may be defined as all the activity of a given participant on a given occasion which serves to influences in any way of the other participants. Sejarah dan latar belakang persembahan tradisi ini agak kabur, tetapi kedatangan Islam ke kepulauan Borneo menjadi salah satu sumber yang dapat menjelaskan bagaimana seni persembahan tradisi ini wujud di Sarawak. Seperti latar belakang seni persembahan zapin di Johor yang bermula daripada pembawaan alat muzik serta gerak tari yang dibawa oleh pedagang Arab, begitu juga dengan gendang Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu Sarawak telah mengamalkan seni persembahan ini sebagai salah satu aktiviti hiburan untuk memeriahkan suasana perkahwinan di kampung. Selain itu, persembahan tradisi berkait rapat dengan masyarakatnya. Persembahan ini mampu berfungsi untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Menurut Muhammad (2001) 4, seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak merupakan budaya ekspresif bagi masyarakat Melayu Sarawak. Dalam aktiviti ini mereka meluahkan nilai murni, emosi, perasaan atau idea melalui isi dalam rangkap pantun yang dinyatakan. Hasil temu bual yang dilakukan semasa kajian lapangan, Jamal Johari (2012) seorang aktivis budaya bergendang yang gemar dipanggil sebagai Pak Su menyatakan bahawa dahulu, aktiviti bergendang ini juga dilakukan untuk menyembuhkan penyakit. Oleh sebab kaedah atau upacara perubatan ini bertentangan dengan ajaran agama Islam, maka upacara ini tidak dilaksanakan lagi. 5 Walau bagaimanapun, masyarakat Melayu Sarawak masih mengamalkan persembahan ini dalam majlis keramaian. Persembahan bergendang suatu ketika dahulu merupakan acara wajib bagi setiap majlis perkahwinan. Persembahan ini diadakan selama tujuh hari tujuh malam di rumah pengantin perempuan. Kemeriahannya berlarutan hingga ke Subuh. Setelah berlalunya masa, persembahan ini kini masih diadakan tetapi hanya untuk tiga hari tiga malam atau satu malam sahaja. Dari semasa ke semasa tempoh untuk persembahan ini menjadi lebih singkat. Persembahan ini diadakan hanya semasa majlis persandingan berlangsung. Selain itu, persembahan ini juga berfungsi membantu tuan rumah mengumpul jiran tetangga untuk membantu dalam persiapan kenduri kahwin. Ramai yang akan datang membantu jika persembahan bergendang diadakan. Dalam persembahan tradisi ini, hubungan antara masyarakat Melayu dan persembahan ini sangat berkait rapat. Tatacara dan tertib dalam persembahan ini dipengaruhi oleh budaya dan adat masyarakat Melayu. Menurut Rahmah (2006), 6 139

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014...seni merupakan paparan budaya milik bangsanya yang dijelmakan dengan daya kreatif, identiti, nilai, adat resam, kepercayaan dan sistem hidup yang tersendiri. (Rahmah dan Nor, 2006:1) Jelas di sini, hubungan antara seni dan budaya sesebuah masyarakat sangat erat sehinggakan diterap dalam seni persembahan tradisi mereka. Perkembangan persembahan tradisi ini mula berkembang dan diminati oleh setiap golongan masyarakat. Walau bagaimanapun, persembahan ini juga mengalami zaman kemerosotannya. Akibat sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab, yang datang dalam keadaan mabuk dan bertandak tanpa diundang sehingga menimbulkan kekacauan dan kekecohan semasa persembahan ini diadakan, menyebabkan pihak berkuasa tidak menggalakkan aktiviti ini diadakan secara berlarutan hingga ke pagi, atau berhari-hari. Sejak berlakunya insiden ini, setiap penduduk yang ingin membuat aktiviti bergendang perlu memohon kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab. Oleh sebab itu, masyarakat berasa berat dengan keperluan mematuhi prosedur mengisi borang untuk mendapatkan permit atau kelulusan daripada pihak bertanggungjawab bagi mengadakan aktiviti ini dalam majlis perkahwinan. Mereka hanya mengadakan persembahan ini pada majlis persandingan tanpa melibatkan pengunjung. Maka, di sinilah bermulanya perubahan terhadap struktur persembahan tradisi ini. Sedikit demi sedikit, persembahan tradisi ini dilupai dan tidak diketahui terutama oleh generasi muda. Ramai generasi muda tidak mengetahui wujudnya seni persembahan tradisi ini pada masa itu. Namun, situasi ini tidak kekal dan telah berubah. Persembahan tradisi ini telah berkembang semula secara perlahan-lahan dan mula diminati oleh generasi muda. Kumpulan Indera Samudera yang diketuai oleh Jamal Johari, telah mendidik generasi muda yang berumur lapan hingga lima belas tahun untuk mempelajari seni persembahan ini. Kumpulan ini mengadakan kelas bertandak bagi anak lelaki dan kelas bergendang bagi anak perempuan. Perkembangan persembahan tradisi ini telah menyebabkan beberapa faktor dan struktur persembahan tradisi ini berubah. Dahulu, persembahan ini dipersembahkan di majlis perkahwinan di rumah terutamanya di kawasan kampung. Setelah pembangunan terhadap persekitaran berlaku dan dengan adanya dewan besar atau balai raya, majlis perkahwinan atau keramaian diadakan di dewan atau balai raya tersebut. Perubahan ini amat ketara dan bermulalah persembahan tradisi ini dipersembahkan di pentas. Selain itu, alatan elektronik seperti mikrofon, kamera dan lain-lain mula digunakan. Semasa di kampung, penggunaan alat elektronik ini tidak digunakan. Apabila persembahan di dewan atau balai raya, penggunaan alat seperti mikrofon dan kamera mula digunakan. Penggunaan alat elektronik ini 140

Nurulakmal Abdul Wahid telah mempengaruhi persembahan tradisi ini berubah dan mula berkembang. Jadual 1 dapat menjelaskan perubahan yang berlaku kepada seni persembahan tradisi Gendang Melayu Sarawak: Jadual 1 Perubahan tempat dan penggunaan peralatan teknologi. Tempat Persembahan Catatan Teknologi Kampung Pangkin/beranda rumah Khemah yang dipasang di kawasan luar rumah tiada penggunaan mikrofon, sistem audio dan pembesar suara (audio speaker) Dewan/ Balai Raya Platform Pentas Mikrofon Sistem audio Pembesar suara (audio speaker) Perkembangan persembahan tradisi ini telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap strukturnya. Persembahan tradisi ini mempunyai struktur persembahan yang tersusun. Ketiga-tiga elemen penting, iaitu bergendang, bermukun dan bertandak yang mempunyai struktur yang tersendiri. Perubahan terhadap ketiga-tiga struktur ini juga membantu seni persembahan tradisi bergendang ini berkembang dan mula diminati oleh setiap lapisan masyarakat termasuk bangsa lain. Adab dan tertib masyarakat Melayu Islam juga memberi kesan terhadap seni persembahan ini, iaitu tertib bergaul antara lelaki dan wanita dibataskan. Kedudukan pemain, iaitu seh gendang (wanita) dan penandak (lelaki) dibataskan. Daripada aktiviti ini, masyarakat dapat bergaul dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, tetap wujud batasan pergaulan dan dapat dilihat dalam seni persembahan ini. Struktur bergendang dalam persembahan tradisi, kedudukan seh gendang semasa persembahan diadakan ialah disebalik tabir atau tirai. Kain tabir tersebut dijadikan tirai dan diikat dengan tali. Kain tabir diikat secara dua peringkat, iaitu pada peringkat pertama sepanjang tiga kaki yang digunakan untuk menutup bahagian yang lebih rendah. Peringkat kedua diikat pada bahagian atas dan terdapat sedikit ruang sepanjang dua atau tiga kaki. Hanya bahagian ruang mata sahaja yang kelihatan. Selain seh gendang, ruang persembahan itu juga dipenuhi oleh anakanak dara yang ingin duduk menyaksikan penandak yang berbalas pantun dengan seh gendang. Fungsi tirai tersebut untuk menghalang si penandak melihat dengan 141

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014 jelas seh gendang dan juga anak-anak dara yang duduk di belakang seh gendang tadi. Anak gadis yang belum berkahwin digalakkan duduk di ruang tersebut. Walau bagaimanapun saiz tirai ini mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Penggunaan kain tirai secara beransur-ansur digugurkan dari struktur persembahan tradisi ini. Jarang-jarang kita lihat penggunaan kain tirai dalam persembahan ini kini. Keadaan ini berlaku disebabkan permintaan atau kehendak penganjur sesebuah majlis. Mereka mahu mengenali siapakah seh gendang yang bermukun. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan pemain dalam persembahan tradisi bergendang. tirai (d) ᴼ ᴼ ᴼ (u) d bawah pentas u atas pentas penandak ᴼ - seh gendang Rajah 1 Kedudukan pemain dalam persembahan bergendang. Bergendang, Bermukun dan Bertandak Bergendang, bermukun (berpantun), dan bertandak (menari) merupakan tiga elemen dalam persembahan Gendang Melayu Sarawak. Ketiga-tiga elemen ini penting dalam seni persembahan tradisi ini. Bergendang merupakan salah satu elemen utama yang terdapat dalam persembahan ini. Bergendang membawa maksud bermain atau memukul gendang. Gendang dimainkan oleh seh gendang. 7 Dalam persembahan ini, seh gendang terdiri daripada golongan wanita seramai dua atau tiga orang. Seh gendang merupakan orang penting dalam persembahan ini dan beliau yang akan memulakan dan menamatkan persembahan ini. Oleh sebab aktiviti bergendang ini 142

Nurulakmal Abdul Wahid bukan semata-mata aktiviti hiburan, malah dimulakan dengan jampi oleh seh gendang. Fungsi gendang dalam persembahan ini sama seperti rebab dalam persembahan Mak Yung. Menurut Hardwick (2005), 8 dalam persembahan Menghadap Rebab, pada permulaan struktur persembahan dimulakan dengan alunan rebab dan kesemua pemain dan penari akan berhadapan dengan rebab tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh Ramli Ali (2010), seh gendang akan membaca jampi atau doa semasa memasang sidak 9 gendang tersebut dan meminta izin sebelum memulakan persembahan. Teknik pemasangan sidak hanya dilakukan oleh seh gendang. Jika cara pemasangannya tidak betul, maka tidak akan menghasilkan bunyi paluan yang baik apabila dimainkan. Seperti kata pepatah orang tua-tua pada masa dulu, Nang kuat gendang seh ya, kuatlah bacanya ke gendang ya, ampe pagi kita tok bergendang. Pepatah tersebut bermaksud, semakin lama gendang dipalu, semakin merdu didengar dan sampai pagi aktiviti bergendang akan berlangsung. 10 Dipercayai tujuan memerdukan paluan gendang bagi menarik perhatian penduduk setempat terutamanya si penandak. Selain itu, paluan gendang yang merdu juga menarik perhatian penduduk setempat untuk datang bertandang dan memeriahkan lagi suasana majlis terutamanya dalam majlis perkahwinan. Pada masa dahulu, hanya gendang digunakan dalam persembahan ini. Setelah berlalunya masa, selain gendang, alat muzik lain juga digunakan, iaitu biola, arkodian, gong dan papan nada. Penambahan alat muzik ini secara tidak langsung melibatkan golongan lelaki sebagai pemuzik dalam persembahan tradisi ini. Ketigatiga alat muzik ini dimainkan oleh golongan lelaki. Elemen kedua ialah bermukun. 11 Acara berpantun ini akan dimulakan oleh seh gendang. Mereka memukul gendang sambil berpantun mengikut giliran masingmasing. Mereka berpantun secara spontan tanpa skrip pantun atau helaian kertas yang bertulis semasa persembahan dijalankan. Mereka akan berpantun dalam bahasa Melayu Sarawak Lamak dan pantun tersebut dijual kepada si penandak. 12 Contoh pantun pembukaan daripada seh gendang: Bunga Cengkih Dalam Jeramek, Buah Sukun Masak Di Dahan; Terima Kasih Bersama Kamek, Mukun Sarawak Kamek Sembahkan. Api apa di Tanjung Batu, Api Pak Jenal tukang perahu; Anak sapa bertandak itu, Rupa kenai nama sik tau. 143

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014 Ramli Ali (2010) menyatakan bahawa pada masa dahulu, seh gendang dan penandak akan berbalas pantun secara spontan tanpa menggunakan skrip pantun. Isi pantun yang ditujukan mempunyai motif seperti menyindir, mengurat, mencari jodoh dan juga bermotifkan keadaan persekitaran majlis tersebut. Sebagai contoh, jika si penandak berkenan dengan salah seorang anak dara yang berada dalam ruangan tersebut, si penandak ini akan menjual pantun yang bermotifkan pertanyaan nama atau status perempuan tersebut kepada seh gendang. Isi kandungan dan pembayang pantun kemungkinan ada kaitan dengan nama, anak siapa dan status gadis tersebut. Situasi berbalas pantun berlaku secara berterusan dan tidak putus ini menunjukkan kekuatan pada seh gendang yang tidak penat, tidak mengalah dan pakar dalam berpantun secara spontan. Kekuatan dalam bermukun bergantung kepada seh gendang. Bertandak pula, membawa maksud menari. Penandak terdiri daripada golongan lelaki. Menurut Matnor (2002), 13 penandak juga digelar sebagai penopeng. Pada masa dahulu, para penandak akan bertandak menggunakan topeng. Mereka menutup bahagian muka dengan kain pelikat. Hanya bahagian mata saja yang tidak ditutup. Tujuannya untuk menyembunyikan identiti kerana segelintir daripada mereka seorang yang pemalu. Mereka akan bertandak di ruang tari atau gelanggang yang berhadapan dengan seh gendang sambil membalas pantun secara bergilir-gilir. Jika penandak tersebut tidak dapat membalas pantun yang dijual oleh seh gendang tadi, mereka harus keluar dari gelanggang dan akan diganti oleh penandak yang lain. Keadaan ini akan berterusan sehingga para seh gendang menamatkan persembahan tersebut. Penandak akan menari secara berpasangan. Pada masa dahulu, para penandak menubuhkan pasukan penandak seramai empat hingga enam orang dalam kumpulan. Mereka akan berkongsi idea dalam menghasilkan langkah baharu. Penghasilan langkah baharu akan menaikkan nama mereka atau kumpulan. Seperti dinyatakan oleh Schechner (2006), seni persembahan merupakan perbuatan atau perlakuan yang dipersembahkan berkaitan dengan kehidupan seharian (doing, behaving and showing). Dalam mempersembahkan tradisi ini, para penandak akan cuba menghasilkan pergerakan langkah yang baharu. Kebanyakannya, langkah yang dihasilkan berdasarkan aktiviti kehidupan harian mereka. Sebagai contoh, langkah dayong yang bermotifkan cara seorang pendayung perahu. Terdapat juga penandak yang hanya dianggotai oleh dua orang dalam satu kumpulan. Yang penting bagi mereka pada masa itu ialah keserasian dalam tari dan penghormatan antara satu sama lain. Selain itu, kedudukan mereka bertandak ialah di ruang tari atau gelanggang yang hanya beralaskan tikar, dan mereka juga berhadapan dengan seh-seh gendang. Kedudukan persediaan, sebelum masuk gelanggang, pada ruang tepi kanan atau kiri gelanggang tersebut. Keluasan gelanggang tidak 144

Nurulakmal Abdul Wahid dispesifikkan kerana bergantung pada majlis dan ruang yang ada. Jika persembahan ini dijalankan di kampung, berkemungkinan kedudukan para seh gendang berada di pangkin rumah pengantin dan penandak pula di bawah dan berhadapan dengan seh gendang tadi. Walau bagaimanapun, tikar tetap disediakan untuk penandak menari di ruang tersebut. Penandak mula menari bersama-sama pasangan sambil membalas dan menjual pantun kepada seh gendang. Mereka akan terus bertandak tetapi apabila ingin menjual atau membalas pantun, tatatertib perlu dijaga. Mereka harus melakukannya secara bergilir-gilir. Pada masa yang sama, secara tidak langsung, terdapat peraturan atau sistem gilir yang wujud dalam persembahan ini. Peraturan tersebut secara tidak langsung sudah diketahui dan dipatuhi oleh penandak. Antaranya termasuklah tertib masuk gelanggang dan juga membalas atau menjual pantun. Mereka harus bergilir-gilir untuk mengelak daripada berlakunya perselisihan faham. Jika penandak tersebut tidak dapat membalas pantun yang dijual oleh seh gendang, seperti yang dinyatakan dalam keterangan sebelum ini, mereka harus keluar dari gelanggang dan akan diganti oleh penandak yang lain. Keadaan ini berterusan sehingga seh gendang menamatkan persembahan tersebut. Ketiga-tiga elemen ini berkait rapat antara satu sama lain dalam persembahan Gendang Melayu Sarawak. Struktur bergendang, bermukun dan bertandak telah mengalami perubahan dan berkembang daripada persembahan tradisi di kampung kepada persembahan di pentas di balai raya. Tiga jadual (pada halaman 24-25)dapat menjelaskan beberapa perubahan yang berlaku terhadap ketiga-tiga struktur ini. Ketiga-tiga jadual tersebut dapat menunjukkan perubahan terhadap persembahan tradisi ini jelas berlaku dari semasa ke semasa. Proses perkembangan seni persembahan tradisi ini sentiasa berlaku. Selain daripada struktur persembahan, perkembangan dari semasa ke semasa telah menyebabkan perubahan berlaku terhadap aspek busana dan tatarias pemainnya. Pada masa dahulu, penandak, seh gendang, pemukun dalam seni persembahan ini memakai pakaian harian sahaja, seperti baju Melayu, kain pelikat, seluar slack, baju kurung dan kain sarung sebagai kelubung kepala. Apabila persembahan ini mula berkembang dan diminati, mereka mula mengubah penampilan supaya nampak bergaya dan lebih baik. Ramli (2010) menyatakan, orang kampung pada zaman pemerintahan Brooke, memakai baju kemeja panjang atau pendek, baju twit (baju kot), seluar panjang hitam (slack), bersongkok dan berkasut beret. 14 Menurut Jamal (2012), menceritakan tentang arwah ayahnya juga merupakan salah seorang penandak. Ayah beliau akan membawa sebuah beg dan di dalamnya ada empat helai baju twit untuk dibekalkan dan ditukar apabila berpeluh semasa bertandak. Bagi mereka, sebagai penandak haruslah sentiasa kelihatan segak di hadapan seh gendang dan anak-anak dara yang berkunjung di majlis tersebut. Beliau juga berkata, ayahnya 145

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014 Jadual 2 Perubahan struktur bergendang. BERGENDANG Struktur Tradisi Perkembangan dari masa ke semasa Alat Muzik i) Gendang i) Gendang ii) Biola iii)arkodian iv) Gong v) Keyboard (papan nada) Pemain i) Seh Gendang pemain gendang seramai 3 orang yang terdiri daripada golongan wanita. i) Seh gendang - pemain gendang seramai 3 orang yang terdiri daripada golongan wanita. ii) Penambahan 3 pemain yang terdiri daripada golongan lelaki. Irama Irama Melayu Lamak : Sayang Sarawak Shamsudin Subuhari Lela Majnun Bunga Tanjung Cinta Berahi Bercerai Kasih Labuan Selendang Mayang Air Pasang Irama Melayu Moden : Asam Payak Joget Bahagia Joget Jauh Pandangan Anak Tiong Tanah Seberang Mak Inang Menyubuh Jadual 3 Perubahan struktur bermukun. BERMUKUN Struktur Tradisi Perkembangan Dari masa ke semasa Pemukun/ Pemantun Seh Gendang Penandak Kedua-dua pemukun ini akan berbalas pantun. i) Seh Gendang ii) Penandak Pengunjung/Penonton Pengunjung boleh melibatkan diri dalam aktiviti berbalas pantun ini. Tetapi, pantun tetap dijual kepada seh gendang. Tema Pantun Nasihat Menyindir Mengurat Mencari jodoh Nasihat Perpaduan Kehidupan Patriotik Semasa/Kini Menyindir 146

Nurulakmal Abdul Wahid Jadual 4 Perubahan struktur bertandak. BERTANDAK Struktur Tradisi Perkembangan Dari masa ke semasa Penandak Dua orang penandak menari secara berpasangan yang terdiri daripada golongan lelaki. Dua orang atau lebih pasangan penandak menari secara berpasangan pada masa yang sama. Enam atau lapan orang penari yang terlibat apabila dikoreografi untuk persembahan pentas. Golongan wanita juga telah melibatkan diri dan menari secara berpasangan. Pengunjung juga boleh bertandak bersama pasangan masing-masing. Cara bertandak Penandak menari secara spontan dan bebas. Kedua-dua penandak juga berkemampuan untuk menghasilkan langkah baru. Penandak masih menari secara spontan dan bebas. Apabila melibatkan seorang penata tari, pola lantai akan diolah untuk persembahan pentas. Pengunjung hanya menggunakan langkah joget biasa semasa menari. Pola Lantai Penggunaan pola lantai tidak begitu banyak kerana bilangan penandak tidak lebih dari dua orang. Gaya pola lantai lebih bebas dan dilakukan secara spontan. Apabila mula dipentaskan dan melibatkan ramai penari dan ada koreografer, pola lantai direka untuk menjadikan persembahan lebih menarik. Langkah/ Gerak Tandak Tiada nama langkah yang spesifik telah diolah atau ditetapkan oleh penandak. Koreografer, Ramli Ali telah mengolah dan menyusun semula struktur langkah dan menamakan gerak tandak tersebut: Sembah Masuk Langkah Seladang/Kerbau Langkah Ketam Langkah Ayam Ngencot Langkah Surong Dayong Langkah Buang Dayong Langkah Tigak Langkah Helang Edang Langkah Awan Darat Langkah Lenggang Itik Langkah Titi Tiong Langkah Berdayong Langkah Meneter Langkah Sasi 147

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014 akan mengilap kasut beret sehari sebelum menghadiri aktiviti bergendang. Kini, kebanyakan mereka terutama penandak, masih memakai baju Melayu, bersampin dan bersongkok tinggi, dan ada juga yang memakai baju batik dan berseluar slack serta berkasut beret atau bercapal. Bagi seh gendang pula, mereka tidak lagi memakai kain sarung dan berkelubung. Mereka menggunakan baju kurung dan segelintir daripada mereka akan bertudung. Jelas di sini, perkembangan dari semasa ke semasa telah mempengaruhi busana atau kostum seni persembahan tradisi ini. Perubahan yang berlaku telah membantu seni persembahan tradisi ini terus berkembang serta dikenali dan diminati oleh setiap lapisan masyarakat. Walaupun beberapa struktur telah berubah, tetapi kesenian ini masih mengekalkan elemen tradisi dan aspek tatatertib dalam persembahan tradisi ini. Kesimpulan Sejak seni persembahan tradisi bergendang menjadi salah satu aktiviti seni di kalangan masyarakat Melayu Sarawak, ia mula diminati oleh semua lapisan masyarakat termasuk kaum Melanau dan bumiputera yang lain. Persembahan ini juga terdapat di negara jiran iaitu Brunei yang dikenali sebagai memukun. Perkembangan persembahan ini telah berlaku dari masa ke semasa dan setiap perkembangan telah menyebabkan proses perubahan terhadap struktur persembahan berlaku. Namun, proses perubahan yang berlaku tidak memberi kesan negatif atau menghancurkan seni persembahan tradisi ini. Malah, perubahan yang positif telah diterima oleh lapisan masyarakat serta aktivis seni terutama golongan veteran. Pemuliharaan seni persembahan tradisi ini juga perlu dilakukan supaya tradisi ini kekal dan diketahui setiap generasi yang akan datang. NOTA 1 Jati Kasuma Haji Ali, 1998. Gendang Melayu Sarawak Kedudukannya dalam Masyarakat Melayu Sarawak Dulu dan Kini: Satu Perbandingan dlm Sarawak Gazette, 125, 31-36. (UMS) 2 Razali Haji Yu, 2010. Kajian Budaya Bergendang di Kalangan Orang Melayu Sarawak. Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching. 3 Schechner, Richard, 2006. Performance Studies: An Introduction. (2nd ed). New York, NY: Routledge 4 Mohammad Hamdan, 2001. Budaya Ekpresif Melayu Sarawak: Satu Kajian Mengenai Gendang Melayu di Kampung Semerah Padi Baru. ([Unpublished thesis/dissertation],universiti Malaya). 5 Temu bual bersama Pak Su Jamal Jauhari pada 29 Ogos 2012, jam 2 petang 6 Rahmah, Bujang dan Nor Azlin Hamidon, 2006. Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 148

Nurulakmal Abdul Wahid 7 Seh gendang ialah gelaran bagi si pemain gendang. Seh gendang terdiri daripada golongan wanita. Gelaran ini hanya untuk aktivis budaya yang aktif dan mereka ini sangat dihormati oleh penduduk setempat. 8 Hardwick, Patricia Ann, 2005. Bridging the Secular and the Sacred: Movement, Metaphor and Meaning in the Tarian Menghadap Rebab dlm. Global and Local Dance in Performance. Ed. Mohd Anis Md Nor and Revathi Murugappan, 431 48. Kuala Lumpur: Cultural Centre University of Malaya and Ministry of Culture, Arts and Heritage. 9 Sidak ialah lengkungan rotan untuk menegangkan kulit kambing agar bunyi gendang itu kuat ketika dipukul. Sidak akan dikeluarkan sekiranya gendang itu tidak digunakan. 10 Temu bual dengan Ramli Ali pada 29 November 2010, jam 9.30 pagi. 11 Bermukun bermaksud berpantun. Persembahan Gendang Melayu Sarawak juga dipanggil Bermukun. Pada masa dahulu, penduduk kampung lebih gemar menyebut bermukun. 12 Penandak bermaksud penari. Penandak terdiri daripada golongan lelaki yang pandai menari dan bermukun. 13 Tuah, M., 2002. Gendang Melayu Sarawak. Serawak: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak. 14 Kasut Beret ialah kasut formal yang berwarna hitam. Kasut ini digilap sehingga berkilat. Setiap penandak harus mempunyai kasut ini. Rujukan Hardwick, Patricia Ann, 2005) Bridging the Secular and the Sacred: Movement, Metaphor and Meaning in the Tarian Menghadap Rebab dlm. Global and Local Dance in Performance. (ed.), Mohd Anis Md Nor and Revathi Murugappan, 431 48. Kuala Lumpur: Cultural Centre University of Malaya and Ministry of Culture, Arts and Heritage. Jati Kasuma Haji Ali, Gendang Melayu Sarawak Kedudukannya dalam Masyarakat Melayu Sarawak Dulu dan Kini: Satu Perbandingan dlm. Sarawak Gazette, 125, 31-36., 1998. UMS. Marina binti Bujang. Masyarakat Melayu Sarawak: Pantun-Pantun dalam Majlis Bergendang. Unpublished thesis/dissertation],universiti Kebangsaan Malaysia) Mary Fatimah Subet & Salbia Haji Hassan, 2009. Bergendang dan Bermukun dalam Masyarakat Melayu Sarawak. Proceedings of Seminar Budaya Melayu Sarawak V, Kompleks Pelancongan Sarawak, Kuching. Prosiding Seminar Budaya Melayu Sarawak Mac 19-21 2009. Mohd. Fauzi Abdullah, Abd. Hamid Mukri, Roselan Baki Omar Mamat, Raja Ahmad Raja Musa, Ahmad Shahril Rajain. Pemikiran Cinta Bermukun dalam Gendang Melayu Sarawak. Institut Bahasa Melayu Malaysia, Kuala Lumpur Mohammad Hamdan, 2001. Budaya Ekpresif Melayu Sarawak: Satu Kajian Mengenai Gendang Melayu di Kampung Semerah Padi Baru. Tesis, Universiti Malaya. Othman, Nyak Zaini, 1999. Gendang Melayu Sarawak. Kebudayaan Kesenian & Warisan Malaysia (KEKKWA). 149

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 7 BIL. 2 2014 Rahmah, Bujang dan Nor Azlin Hamidon, 2006. Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Razali Haji Yu, 2010. Kajian Budaya Bergendang di Kalangan Orang Melayu Sarawak. Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching. Schechner, Richard, 2006. Performance Studies: An Introduction. (2nd ed). New York, NY:Routledge. 150

Nurulakmal Abdul Wahid LAMPIRAN Pertandingan Irama Bermukun 2012 anjuran Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu dan DBP Cawangan Sarawak pada 10 November 2012 di Balai Budaya, DBP Petrajaya. 151