KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Similar documents
PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

TEMPAT MENARIK SYDNEY

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

eclaims - Gambaran Keseluruhan

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Piawaian Bon Hijau ASEAN

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

CHEMICAL CONSTITUENTS OF CALOPHYLLUM INOPHYLLUM AND CRATOXYLUM GLAUCUM (GUTTIFERAE)

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

EKSPERIMENTASI PEMBENTUKAN WARNA DALAM AIR

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Transcription:

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN JUDUL: KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN SESI PENGAJIAN: 2006/2007 Saya : YUSLINA BINTI YAHYA mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan SULIT SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Tandatangan Penulis Tarikh: Tandatangan Penyelia Tarikh: Alamat Tetap: P.O.Box 78, 89608 Papar, Sabah. Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan Sebagai SULIT atau TERHAD i

Projek bertajuk Kajian Pengaplikasian Serat Ketola Dalam Produk Hiasan Dalaman telah disediakan oleh Yuslina Binti Yahya dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen) Diterima untuk diperiksa oleh: (Dr. Nazlina Shaari) Tarikh: ii

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-nya dapatlah saya menyiapkan penulisan ilmiah projek tahun akhir ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Pn. Sahniah Binti Abd Kadir dan En. Yahya Bin Samin di atas berkat doa dan restu mereka serta pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Tidak lupa juga kepada saudara Najib Bin Bakri yang banyak memberi sokongan dan galakkan. Disamping itu tidak lupa juga kepada para pensyarah iaitu Dr Nazlina Binti Shaari selaku penyelia. Cik Norhayati Binti Suleiman dan para pensyarah serta tutor teknologi seni reka kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan projek tahun akhir ini. Ribuan terima kasih buat keluarga di atas dorongan dan restu selama ini, serta tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan, dan kepada semua yang terlibat. Setinggitinggi terima kasih di atas bantuan dan dorongan yang telah diberikan. iii

ISI KANDUNGAN Pengesahan Pengakuan Penghargaan Isi kandungan Abstrak Abstract i ii iii iv vi vii BAB 1: Pendahuluan 1.0 Pengenalan 1-2 1.1 Latar belakang kajian 3-5 1.2 Penyataan masalah 6 1.3 Objektif kajian 7 1.4 Limitasi kajian 7 BAB 2: Metodologi Penyelidikan 2.0 Pengenalan 8 2.1 Kaedah Primer 9 2.1.1 Eksperimen 9 2.1.2 Pemerhatian dan persampelan 9 2.1.3 Fotografi 10 2.2 Kaedah Sekunder 11 iv

2.3 Faktor yang mempengaruhi 12 2.4 Kajian lepas 13 BAB 3: Eksperimentasi 3.0 Pengenalan 14 3.1 Eksperimen 1 14-21 3.2 Eksperimen 2 22-27 3.3 Eksperimen 3 27-30 BAB 4: Cadangan Reka Bentuk produk 4.0 Pengenalan 31 4.1 Proses Reka Bentuk 31 4.2 Jenis produk yang dihasilkan 32 4.3 Keputusan dan cadangan rekaan 32 4.4 Perkembangan Idea 33 4.5 Produk Akhir 34-38 BAB 5: Kesimpulan 5.0 Pengenalan 39 5.1 Kekuatan 40 Biblografi 40 v

Abstrak Kajian mengenai pengaplikasian serat ketola dalam produk hiasan dalaman. Tujuannya adalah untuk memanipulasi serat ketola bagi menghasilkan produk hiasan dalaman yang berasaskan bahan semulajadi. Penggunaan pelbagai teknik untuk memanipulasi serat seperti anyaman, sulaman dan patchwork diperlukan bagi menjadikan produk tersebut lebih kelihatan menarik dan dapat diterima pakai kewujudannya serta mengenal pasti potensi penggunaan serat ketola sebagai material baru dalam penghasilan produk. Serat ketola dipilih sebagai bahan kajian kerana mempunyai serat yang berserabut, kukuh dan mempunyai texture yang sangat menarik. vi

Abstract The research presents the application of luffa fiber in interior design. Luffa fibrous is selected as the research material because the fiber remising better, stable and have remarkable texture. The main objective of the research is to manipulate the natural sour as of luffa fiber. Some techniques are used to manipulate the fiber like weaving, embroidery, patchwork and hot press to ensure look more sophisticated and beauty. Beside that the research is to studies the potential of luffa fiber as the new material in interior design product. vii

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Serat daripada bahan semulajadi selalunya akan dibuang atau dilupuskan. Ini kerana ia tidak dapat digunakan semula. Dari permasalahan ini ia dapat dilihatnya sebagai satu material baru yang boleh dijadikan produk melalui proses memanipulasi serat untuk dijadikan produk hiasan dalaman. Salah satu serat yang telah dikenal pasti sebagai serat yang berpotensi adalah serat ketola. Di dalam laman web www.tropilab.com menyatakan tentang potensi serat ketola. Ini terbukti dengan penciptaan alatan membersihkan rumah, pinggan dan alatan mandian seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1. Tetapi penggunaannya belum lagi diperluaskan untuk kegunaan pelbagai jenis barangan lain seperti produk hiasan dalaman. Rajah 1: Contoh produk yang dihasilkan menggunakan serat ketola. 1

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian serat semulajadi supaya ianya dapat diaplikasikan pada produk hiasan dalaman. Penggunaan serat ke atas produk hiasan dalaman dilakukan dengan memanipulasi serat tersebut menggunakan pelbagai teknik dan campuran bahan lain supaya produk kelihatan lebih menarik. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi penggunaannya dalam penghasilan sesuatu produk. 2

1.1 Latar belakang kajian Nama saintifik: Luffa cylindrical atau Luffa aegyptica Nama tempatan: Ketola / petola Ketola merupakan sejenis sayuran di Malaysia. Ia selalunya digunakan dalam masakan. Nama saintifik bagi ketola ialah luffa cylindrica atau nama sinonimnya adalah luffa aegyptica. Ianya berasal dari kumpulan cucurbitaceaae (gourd family). Selain dijadikan bahan makanan, struktur dalaman ketola yang berserat dan mempunyai daya penyerapan yang tinggi amat berguna untuk dijadikan sebagai span membersih dan memberus. Saiznya agak panjang berukuran 35-40cm. Bentuk fizikalnya bersegi dan apabila cukup matang, ketola akan bewarna hijau hingga kekuningan. Tekstur isi ketola agak padat dan keras apabila dipicit. Seginya agak bersabut dan sukar untuk dipatahkan. Jika dipotong agak berserat dan keras. Pada bahagian dalam serat terdapat berberapa ruang yang membentuk bulatan. Ruang setiap buah juga berbeza mengikut saiznya. Terdapat kira-kira 3 hingga 5 ruang bulatan kecil dalam setiap buah. Sebelum serat yang cukup matang akan dituai, biji ketola akan dikeluarkan daripada empuluhnya terlebih dahulu. Serat yang sudah siap dibersihkan akan sedia untuk digunakan. 3

Pokok ketola yang berbunga akan menghasilkan buah Biji daripada buah yang matang Peringkat tumbesaran buah Kitar hidup Hasil daripada proses pengeringan Buah yang sesuai untuk dituai Serat yang siap diproses Buah yang cukup matang Rajah 2: Kitaran hidup bagi pokok ketola 4

Di dalam rajah 2 menunjukkan tentang kitaran hidup bagi pokok ketola (rujuk rajah 2). Terdapat beberapa peringkat hidup pokok dapat dilihat pada rajah diatas. Peringkat pertama adalah pokok akan mengeluarkan bunga pada minggu ke 3 penanamnya. Bunga buah ketola berwarna kuning dan saiznya agak besar. Selepas pokok mengeluarkan bunga, putik buah akan kelihatan ini mengambil tempoh masa sehingga minggu yang ke 4 hingga ke 5. Selepas minggu ke 5, buah akan melalui proses tumbesaran. Peringkat ini mengambil masa 2 hingga 3 minggu. Buah akan kelihatan dan akan membesar sehingga 30-40 cm. Pada minggu yang ke 7 dan 8 buah sesuai untuk dituai bagi kegunaan harian (untuk dimasak). Selepas minggu yang ke 9 dan 10 buah akan menjadi matang. Pada masa ini buah sesuai untuk dikeringkan bagi menghasilkan serat. Apabila serat cukup matang buahnya akan dipetik dan dituai. Selepas itu serat diasingkan daripada bijinya. Biji ketola yang cukup matang bewarna coklat kehitaman. Setelah siap dibersihkan serat ketola sedia untuk digunakan (rujuk rajah 2). 5

1.2 Penyataan masalah Kebiasaan produk ini hanya digunakan untuk keperluan dapur seperti span membasuh pinggan, span mandi serta dijadikan alat pembersih rumah. Ia dihasilkan kerana bersesuaian dengan sifat serat ketola iaitu mempunyai tahap penyerapan yang baik. Penghasilan produk tersebut adalah berasaskan fungsinya sebagai alat penyerapan. Tidak terdapat penciptaan baru terhadap serat semulajadi ini kerana belum diuji kesesuaiannya. Kajian ini adalah untuk mengkaji teknik yang sesuai untuk diaplikasikan kepada produk hiasan dalaman. Kesesuaiannya diuji dengan memanipulasi serat dengan menggunakan pelbagai teknik dan bahan. Serat ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dikomersialkan kerana ia mempunyai `texture` yang menarik dan kukuh. Pekara yang menghalang dalam penciptaan produk menggunakan serat ketola ini adalah pemilihan campuran bahan yang sesuai bagi memastikan serat ketola tidak rosak dan ketahanannya dapat bertahan dengan lebih lama. Selain itu penggunaan pelbagai teknik bagi menghasilkan serat yang lebih serata perlu untuk dijadikan sebuah produk. Walaupun terdapat penciptaan produk menggunakan serat ketola tetapi serat ini belum diuji tahap penyerapan terhadap warna dan bahan lain yang boleh digunakan untuk menambahkan nilai estetika terhadap serat tersebut. 6

1.3 Objektif penyelidikan 1 Menganalisa serat ketola sebagai material baru yang boleh diaplikasikan untuk menghasilkan produk hiasan dalaman. 2 Mengenal pasti bahan dan teknik yang akan digunakan bagi memanipulasi serat semulajadi. 3 Menghasilkan produk hiasan dalaman dengan menggunakan serat ketola melalui keputusan yang diperolehi hasil daripada kajian yang telah dilakukan. 1.4 Limitasi kajian a. Kajian dibuat terhadap kedai-kedai menjual produk hiasan dalaman. Ia juga merangkumi kedai-kedai menjual barang kraftangan kerana terdapat banyak penggunaan bahan semulajadi dalam pengeluarkan produk kraftangan. b. Fokus kajian juga dilakukan terhadap orang ramai. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas terhadap pengetahuan orang ramai mengenai serat bahan semulajadi dijadikan altenatif bahan yang sedia ada dengan penggunaan bahan baru amat penting. c. Kajian adalah di sekitar Kuching Sarawak. Analisis dan pemerhatian kajian dibuat terhadap kesesuaian penggunaan bahan dan rekaan produk. 7

BAB 2 METODOLOGI 2.0 Pengenalan Dalam bab ini menerangkan tentang metadologi kajian atau kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini. Ianya juga sebagai salah satu cara mendapat dan mengumpul maklumat bagi lebih memahami berkenaan kajian dalam mencari idea-idea baru. Penyelidikan ini menggunakan dua sumber iaitu sumber primer dan sekunder. Data primer diperolehi daripada kaedah kualitatf. Kaedah kualitatif yang digunakan ialah melalui temuramah, persampelan, eksperimentasi, pemerhatian dan fotografi. Bagi data sekunder pula diperolehi daripada internet dan bahan bacaan seperti majalah. Kaedah Primer a. Eksperimen b. Pemerhatian dan persampelan c. Fotografi Kaedah Sekunder 1) Pembacaan 8

2.1 Primer Kaedah primer merupakan kaedah penting dalam penyelidikan ini. Melalui kaedah ini, segala data yang diperolehi dapat membantu menambahkan meklumat. Antara kaedah yang digunakan adalah melalui temuramah, persampelan, eksperimen dan pemerhatian. 2.1.1 Eksperimen Penyelidikan eksperimen dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan dan teknik dalam melakukan pelbagai cubaan memanipulasi serat ketola supaya dapat diaplikasikan pada produk hiasan dalaman. Selain itu juga kajian ini akan dapat meneroka dan mencuba teknik baru untuk diaplikasian pada produk hiasan dalaman. 2.1.2 Pemerhatian dan persempelan Kaedah pemerhatian dilakukan untuk mengkaji sample-sampel yang dibuat dalam tempoh tertentu. Hal ini untuk mendapatkan maklumat secara dekat supaya keputusan yang dibuat lebih tepat. Sepanjang pemerhatian dibuat, setiap data akan direkod untuk mendapatkan keputusan berkenaan kajian. 9

2.1.3 Fotografi Daripada pemerhatian yang dilakukan di kedai-kedai menjual produk hiasan dalaman yang berasaskan serat dan bahan semulajadi. Berikut adalah beberapa contoh produk hasil daripada pemerhatian yang dilakukan di UD SIBURAN JAYA SDN.BHD. dan di RINBOW LIGHTING SND BHD. Pengaplikasian kulit kayu dilakukan dengan menggunakan teknik lilitan. Serat kulit kayu Produk lampu ini dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu buluh. Ia menggunakan teknik ikatan. Buluh Produk ini dihasilkan menggunakan bahan semula jadi iaitu rotan. Ia menggunakan teknik anyaman. Rotan Rajah 3: Serat semulajadi yang banyak terdapat di pasaran 10

2.2 Sekunder Kaedah sekunder merupakan satu kaedah yang berasaskan sumber pembacaan seperti buku rujukan, jurnal, internet, artikel dan sebagainya. Di antara bahan rujukkan yang digunakan untuk membantu penyelidikan ini adalah seperti Fiber Arts Growing as an artist. April / May 2006 The Ninth Annual International Exposition of Subculture.Volume 32 number 5. Fiber Art & Crafts May 2006 Official Publication of the American Fired Art Alliance International Textile- Information and Inspiration No 851 April / May. Di dalam artikel yang dikeluarkan oleh Mega Utusan Malaysia pada hari Jumaat yang bertarikh 8 September 2006 menyatakan tentang penyerapan buah ketola terhadap bahan kimia. 11

2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI Penghasilan serat ketola ini dilihat sebagai material semulajadi baru yang belum lagi diperluaskan penggunaannya. Selain dijadikan alat pembersih rumah ia dilihat sebagai material yang berpotensi dalam penghasilan produk hiasan dalaman. Kebanyakkan serat semulajadi yang digunakan dalam penghasilan produk hiasan dalaman adalah seperti sutera, kapas, linen, dan kulit kayu seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3 dibawah (rujuk rajah 3). Hanya serat ini sahaja yang sering digunakan dalam penghasilan produk hiasan dalaman. Rajah 4: Serat semulajadi yang digunakan dalam penghasilan produk hiasan dalaman 12

2.4 KAJIAN LEPAS Berpandukan kajian lepas yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr Hj. Khairul Aidil Azlin bin Abdul Rahman yang telah menghasilkan satu rekaan daripada serat kulit kayu untuk penghasilan produk kraftangan, contoh produk yang dihasilkan seperti tempat menyimpan surat, tempat menyimpan cd, barangan perhiasan diri seperti rantai. Manakala Cik Qristina, pelajar dari Program Seni Reka Tekstil dan fesyen di UNIMAS pada tahun 2004, telah membuat penyelidikan tentang penggunaan serat kulit kayu takalong untuk produk hiasan dalaman dan contoh produk yang dihasilkan adalah seperti alas kaki. Kajian beliau lebih tertumpu kepada pengaplikasian serat kulit kayu takalong ke dalam produk hiasan dalaman, beliau telah menjalankan kajian terhadap tekstura serta teknik yang digunakan untuk diaplikasikan pada produk tersebut. Selain daripada kajian-kajian lepas ini, penyelidik juga telah membuat pemerhatian terhadap produkproduk sedia ada yang menggunakan serat semulajadi yang terdapat di pasaran. Antara serat semulajadi yang banyak terdapat di pasaran adalah seperti kulit kayu, benang dari serat batang pisang dan bahan semulajadi yang lain seperti serat daripada pokok nenas. Melalui hasil kajian yang dilakukan, penyelidikan ini telah membawa kepada penerokaan terhadap serat semulajadi yang baru. Serat ketola telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai bahan penyelidikan. Dalam kajian ini, ianya merangkumi kesesuaian penggunaan bahan terhadap serat ketola, teknik dan nilai tambah yang digunakan dalam eksperimen yang dijalankan. 13

BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN 3.0 Pengenalan Serat ketola merupakan sumber yang digunakan pada masa ini untuk menghasilkan barangan keperluan dapur seperti span menbasuh pinggan/span mandi. Pelbagai kajian dilakukan untuk menguji kesesuaiannya bagi pelbagai kegunaan lain. Dalam kajian ini eksperimen dilakukan untuk mengkaji kesesuaian teknik, bahan dan warna yang akan digunakan pada serat untuk diaplikasikan pada produk hiasan dalaman. Penyelidik menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat dan keputusan yang dapat membantu dalam penghasilan produk akhir. 3.1 Eksperimen 1 Proses mengecut dan menipiskan serat Kajian dilakukan dengan menjalankan eksperimen terhadap serat ketola mengunakan pelbagai bahan dan campuran yang boleh melembut, menipis dan menjadikan serat tersebut mudah untuk dibentuk. BAHAN Soda ash Cuka Pelembut pakaian Sodium hidroxid Lacquer Fabrik dye Silikat PERALATAN Jag penyukat Penyepit Sodu Periuk untuk memasak Pengering Penimbanag Jadual 1: Bahan dan peralatan yang digunakan pada eksperimen yang pertama 14

Komponen utama dalam menjalankan eksperimen pertama adalah dengan menggunakan kaedah merebus, merendam, mencelup, mengering dan memampatkan serat. Kaedah ini dilakukan adalah untuk melembutkan serat. Semasa proses rebusan dijalankan bahan-bahan untuk mengecutkan serat dicampurkan bersama agar bahan tersebut dapat diserap oleh serat. Ini akan memudahkan proses pengecutan dilakukan. Kaedah rendaman digunakan untuk menyebatikan bahan yang digunakan. Kaedah ini dapat dilihat pada sempel 1(rujuk rajah 5). Serat direndam bersama larutan warna fabrik dan silikat tujuannya agar silikat dan warna dapat disebatikan. Kaedah mencelup, digunakan untuk mendapatkan serat yang dilayerkan menggunakan warna fabrik. Proses mengering pula bertujuan untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat. Manakala kaedah memampatkan serat digunakan untuk mendapatkan hasil serat yang lebih nipis. 15

-! nl 11! I-I rl-j t f-t--~----j-----=--~l I i 111 j ~fd~ q ~~ q i I - I U II N I I! II II 16