FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Similar documents
LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

TEMPAT MENARIK SYDNEY

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

AN ASSESSMENT OF VISITORS' PERCEPTION SAMA JAYA NATURE RESERVE KUCHING. Kueh Hsiao Chin

PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN

Building a better Hong Kah North

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Transcription:

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF KOMPOSISI JINGLES: KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN KAMPUNG BUDAYA SARAWAK DAN ANTI-MEROKOK WONG LEH HEE 2007

KOMPOSISI JINGLE: KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN KAMPUNG BUDAYA SARAWAK DAN ANTI-MEROKOK WONG LEH HEE Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK JUDUL: KOMPOSISI JINGLE YANG BERTAJUK KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN KAMPUNG BUDAYA SARAWAK DAN ANTI-MEROKOK SESI PENGAJIAN: 2006/2007 Saya WONG LEH HEE mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. * Sila tandakan SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan seperti yang termaktub di dalam AKTA RASHIA SASMI 1972) (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Tandatangan Penulis Tarikh: Tandatangan Penyelia Tarikh: Alamat tetap: 2F, Lorong 6B, Jalan Jerrwit Timur, 96000 Sibu, Sarawak. Catatan: * tesis/ laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika tesis/laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa atau organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD ii

Projek bertajuk Keistimewaan dan Keunikan Kampung Budaya Sarawak dan Anti- Merokok telah disediakan oleh Wong Leh Hee dan diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Muzik Diterima untuk diperiksa oleh: Dr. Hasnizam Abdul Wahid Tarikh: iii

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Penyelia Akademik saya, iaitu Dr. Hasnizam Abdul Wahid, Cik Ng Sie Ai dan Puan Thia Sock Siang atas galakkan dan panduan yang begitu penting semasa saya menjalankan projek tahun akhir saya. Selain itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengurus Kampung Budaya Sarawak, iaitu Puan Jane Liang Labang yang banyak memberikan maklumat mengenai Kampung Budaya Sarawak. Kepada ketua-ketua unit juga saya ucapkan terima kasih kerana sudi memberi maklumat yang lengkap mengenai setiap etnik kaum. Akhir sekali, penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada ahli keluarga saya, terutamanya ibu bapa yang memberi semangat dan dorongan yang tinggi serta sokongan kewangan sewaktu saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan yang memberi pertolongan dari segi padangan dan nasihat kepada saya dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih kepada semua. iv

ISI KANDUNGAN Muka Surat Halaman Tajuk..i Borang Pengesahan Status Laporan..ii Pengesahan dan Tandatangan Penyelia iii Penghargaan..iv Isi Kandungan.v-iv Abstrak. vii Abstract....ix BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan...1 1.1 Latar Belakang 1.1.1 Sarawak Cultural Village...2-3 1.1.2 Kajian Lepas tentang Tabiat Merokok...3-5 1.2 Batasan Kajian.5-6 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian 1.3.1 Matlamat Kajian...6 1.3.2 Objektif-objektif Kajian..6-7 1.4 Kepentingan Kajian..7 1.5 Skop Kajian..8 BAB 2 KAJIAN LITERASI 2.0 Pengenalan...9 v

2.1 Sejarah Kampung Budaya Sarawak..9-11 2.1.1 Rumah Bidayuh 11-12 2.1.2 Rumah Iban...12-13 2.1.3 Rumah Penan...13 2.1.4 Rumah Orang Ulu.......14 2.1.5 Rumah Melanau....15 2.1.6 Rumah Melayu...16 2.1.7 Rumah Cina..17 2.1.8 Pakej yang Ditawarkan 18-20 2.2 Kajian Artikel Merokok...20-22 2.3 Kajian Kempen Anti-Merokok yang Lepas.22-24 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan..25 3.1 Kaedah Primer. 25-26 3.2 Kaedah Sekunder 3.2.1 Buku Rujukan 26 3.2.2 Majalah dan Risalah...26 3.2.3 Laman Web...26-27 3.3 Reka Bentuk Kajian 3.3.1 Temubual...27 3.3.2 Pemerhatian...27 3.4 Instrumen Kajian...27-28 3.5 Proses Pengolahan Bahan...28 vi

3.6 Proses Gubahan Komposisi...29 3.7 Proses Penghasilan Muzik.29-30 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan. 31 4.1 Klip Video Sarawak Cultural Village..31-33 4.2 Klip Video Anti-Merokok...33-34 4.3 Perbincangan Mengenai Muzik yang Dipilih untuk Mengiringi Muzik 4.3.1 Muzik Bagi Sarawak Cultural Village.35-38 4.3.2 Muzik Bagi Anti-Merokok..38-40 BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan...41 5.1 Rumusan Kajian 41-42 5.2 Cadangan..42-43 Rujukan...43 Lampiran A...45-46 Lampiran B...47 Lampiran C...48 Skor Risalah vii

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dua komposisi jingle yang diiringi dengan irama atau lagu yang mudah bersama-sama dengan elemen visual. Dua komposisi ini adalah bertemakan Keistimewaan dan Keunikan Kampung Budaya Sarawak dan Anti- Merokok. Dua komposisi ini akan diiringi dengan dua klip video di mana rakaman akan dibuat di sekeliling Kampung Budaya Sarawak dan di sekitar kawasan Sibu. Masa bagi setiap klip video ini adalah di antara dua hingga lima minit. viii

ABSTRACT This research aims to produce two jingle compositions, with a simple rhythmic verse or song with visual elements. They are titled, The Nature of Sarawak Cultural Village (SCV) and Anti-Smoking. The compositions are composed to accompany two video clips that capture scenes from SCV and various areas around Sibu City. Each work lasts between two to five minutes. ix

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Jingle didefinisikan sebagai sebuah cogan kata yang dapat diingati dengan alunan melodi yang sesuai. Ia terdapat dalam iklan sama ada dalam bentuk radio atau audio secara komersial. Jingle ini merupakan hasil daripada pembikinan dan mencipta alunan muzik latar iklan mengikut kesesuaiannya. Muzik-muzik ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk jenis, sama ada muziknya bersifat hip-pop, rock, belada, sentimental, dangdut, jaz ataupun bunyi yang terhasil daripada elektroakustik. Biasanya, jangka masa yang diambil untuk sesebuah komposisi jingle adalah di antara satu hingga tiga minit. Tempoh masa komposisi ini adalah tertakluk kepada jenis dan bentuk iklannya mengikut tema yang sesuai. Dua komposisi jingle yang dijadikan sebagai projek tahun akhir pengkarya adalah bertemakan Keunikan dan Keaslian Sarawak Cultural Village dalam bentuk klip video dan iklan Anti-Merokok. 1

1.1 Latar Belakang 1.1.1 Sarawak Cultural Village Sarawak merupakan sebuah negeri yang diduduki oleh pelbagai suku kaum yang unik. Kerajaan negeri Sarawak telah membina sebuah destinasi pelancongan yang berkonsepkan sejarah, tradisi dan cara hidup beberapa suku kaum terbesar di Sarawak. Sarawak Cultural Village adalah sebuah tempat di mana para pelancong dapat merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan dan suasana perkampungan etnik-etnik di Sarawak. Sarawak Cultural Village (SCV) telah dibuka pada Februari 1990. SCV mempunyai keluasan seluas 17 ekar dan terletak di kaki Gunung Santubong (810m), Damai, kira-kira 35km dari Bandaraya Kuching. Kawasan ini merupakan tempat peranginan berpantai yang utama dan menawarkan pelbagai daya tarikan dan kemudahan kepada para pelawat. Di antara daya tarikan yang terdapat di sini ialah dua tempat peranginan bertaraf hotel antarabangsa, perkampungan nelayan, restoran makanan laut open-air dan kemudahan untuk mendaki ke puncak Gunung Santubong bagi mereka yang gemar kepada aktiviti sukan lasak. Maklumat yang selanjutnya akan dibincangkan lebih terperinci di dalam bab 2. Sehubungan dengan itu, pengkarya telah berhasrat untuk menghasilkan sebuah klip video yang berkaitan dengan Sarawak Cultural Village. Hal ini kerana pengkarya tertarik dengan keindahan yang ada pada Sarawak Cultural Village apatah lagi dengan produk yang disediakan oleh mereka. Maka, pengkarya berharap 2

supaya melalui iklan ini ia dapat meningkatkan keunikan kebudayaan yang terdapat di Sarawak. 1.1.2 Kajian Lepas tentang Tabiat Merokok Menurut kajian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam majalah Buletin Pengguna (2006), setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Masyarakat perlu sedar bahawa merokok merupakan suatu aktiviti yang hanya merosakkan diri sendiri dan juga orang lain. Daripada artikel Rokok Meracuni Diri dan Keluarga (2006) ini menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 43 jenis bahan kimia yang terdapat dalam kandungan tar yang boleh menyebabkan penyakit kanser. Bahan toksik seperti benzopyrene, iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah disahkan sebagai agen yang memulakan proses kanser. Manakala, unsur Nikotin juga merupakan racun yang sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia. Bahan ini boleh bertindak balas di dalam otak dan mampu memberi kesan kepada sistem mesolimbik yang boleh menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap Nikotin adalah seperti gejala gian, tolerans dan daya tarikan dikatakan lebih hebat jika dibandingkan dengan najis dadah. Menurut sumber statistik akibat tabiat merokok dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam artikel Rokok Meracuni Diri dan Keluarga (2006), lebih 10,000 kematian setahun dikenal pasti akibat tabiat merokok dengan 30% daripadanya adalah disebabkan oleh 10 jenis kanser, iaitu 3

paru-paru, mulut, esofakus, tekak, pancreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, manakala 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan sebanyak 25%. Menurut artikel Rokok Pembunuh Senyap Manusia (Adimas Halim, 1998) yang terdapat di dalam majalah Cahaya seorang pengarang kitab Dairatul Maa rif, Muhd. Farid Wajdi, menyatakan bahawa tembakau merupakan sejenis pohon tinggi yang boleh mencecah satu hingga lima meter. Daunnya dijemur dan dikeringkan sehingga menjadi sejenis bahan yang kenali sebagai tembakau. Tembakau merupakan racun utama dalam rokok dan ia boleh memudaratkan kesihatan perokok. Daripada artikel Rokok Pembunuh Senyap Manusia di dalam majalah Cahaya (1998), Muhammad Ali al-bar merupakan seorang doktor di London,beliau menyatakan bahawa gas Karbon Monoksida merupakan salah satu unsur racun yang terdapat pada tembakau rokok. Menurut beliau, gas yang disedut secara berlebihan akan menyebabkan kekurangan gas oksigen dalam darah dan keadaan ini akan menghilangkan 1/5 kekuatan tubuh manusia. Pendek kata, gas ini mampu menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan manusia sekiranya paras Karbon Monoksida melebihi gas oksigen. Kesannya, badan manusia boleh menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut. Secara realiti, kes merokok dalam masyarakat Malaysia semakin serius saban hari dan langkah-langkah yang berkesan harus diambil oleh pihak tertentu bagi mengatasinya. Sehubungan dengan itu, pengkarya berhasrat untuk menghasilkan 4

sebuah klip video yang berkaitan dengan kempen anti-merokok supaya dapat memberi pesanan dan kesedaran kepada lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja melalui iklan ini. 1.2 Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kajian sewaktu pengkarya menghasilkan kajian ini. Pada peringkat pertama, pengkarya menghadapi masalah dan halangan untuk menghasilkan muzik yang kreatif dan bermutu tinggi yang berkonsepkan Sarawak Cultural Village dan kempen Anti-Merokok. Tambahan pula, pengkarya juga menghadapi masalah dan kesukaran untuk mendapatkan statistik dan maklumat yang lengkap sebagai maklumat sokongan. Hal ini kerana kekurangan buku rujukan dan contoh tesis untuk dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu, kajian ini juga mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan data terutamanya semasa melakukan sesi rakaman dan pemprosesan pemilihan bahan-bahan yang sesuai. Hal ini kerana pengkarya kurang berpengalaman dalam menghasilkan persembahan yang berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengambil masa selama tiga bulan untuk mendapatkan sumber yang berkualiti untuk menghasilkan klip video yang mempunyai nilai estetika. Masalah yang dihadapi ialah seperti teknik bergambar dan semasa sesi rakaman video, ia memerlukan kemahiran yang profesional. Tujuannya adalah untuk 5

mendapat kualiti gambar dan video yang baik supaya tidak menjejaskan penghasilan jingle. Di samping itu, keadaan cuaca juga menyulitkan untuk membuat sesi rakaman. 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian: 1.3.1 Matlamat Kajian Matlamat utama bagi kajian ini adalah untuk menghasilkan dua buah karya seni yang tersendiri, iaitu jingle yang berkualiti bagi memenuhi tahun akhir projek bagi pengkarya. 1.3.2 Objektif-objektif Kajian A) Jingle Sarawak Cultural Village Objektif untuk jingle pertama adalah seperti berikut: a) Untuk mempamerkan Sarawak Cultural Village sebagai sebuah contoh model perkampungan yang mempunyai komuniti hidup dalam keadaan aman dan harmoni. b) Untuk meningkatkan minat dan rasa bangga terhadap kebudayaan Sarawak di kalangan generasi muda. c) Untuk meningkatkan keunikan kebudayaan Sarawak yang kaya dengan warisan bangsa secara dinamik melalui program penyelidikan dan pembangunan. d) Untuk menarik minat para pelancong khususnya dari luar negera untuk membuat lawatan aktivite perlancongan. 6

B) Jingle Anti-Merokok Objektif untuk jingle kedua adalah seperti berikut: a) Untuk mewujudkan negara tanpa perokok. b) Untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat Malaysia akan mengenai kepentingan menjaga kesihatan badan serta sebagai salah satu langkah pemankin ke arah pembangunan ekonomi, sosial dan kebudayaan. c) Untuk memberi inspirasi kepada lapisan masyarakat supaya mereka sedar akan bahaya akibat menghisap merokok. 1.4 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap supaya menjadi satu landasan kepada pengkarya dalam mengaplikasikan asas-asas seni muzik seperti harmoni moden dan teori muzik di samping dapat memperluaskan pengetahuan mengenai bidang ini. Semasa memproses jingle, ia dapat dijadikan sebagai panduan mengenai cara-cara bagi menghasilkan dua buah gubahan jingle seperti teknik-teknik untuk merakam visual, memproses bahan yang diperolehi dan kriteria yang diperlukan untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. 1.5 Skop Kajian Skop kajian hanya tertumpu dengan teknik menghasilkan melodi yang sesuai dan klip video yang baik untuk menghasilkan komposisi jingle yang bersifat komersial di televisyen. Kajian dibuat di sekitar Sarawak Cultural Village, Damai 7

yang mengambil masa selama empat puluh lima minit untuk sampai ke destinasi tersebut. Di samping itu, destinasi Sibu juga dipilih sebagai tempat untuk membuat pengiklanan rokok. Rakaman penggambaran dan sesi penggambaran foto dilakukan di kedua-dua tempat tersebut sebagai pengumpulan data. 8

BAB 2 KAJIAN LITERASI 2.0 Pengenalan Bab ini adalah mengenai kajian literasi yang telah dihasilkan lepas. Bab ini meliputi penerangan mengenai spesifikasi bagi ketujuh-tujuh buah rumah di Sarawak Cultural Village (SCV). Kesemua maklumat dan data yang didapati adalah sumbangan daripada organisasi SCV dan juga melalui temuramah secara tidak formal. Selain itu, risalah-risalah mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh SCV juga akan dilampirkan pada bahagian lampiran. Bab ini juga menyatakan faktor-faktor dan kesan merokok serta langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan masyarakat Malaysia daripada terus merokok. Justeru itu, kempen kempen yang telah dianjurkan juga dikaji sebagai kajian literasi pengkarya. 2.1 Sejarah Sarawak Cultural Village Sarawak Cultural Village (SCV) adalah sebuah muzium hidup yang mengenengahkan mengenai sejarah, tradisi, cara hidup dan artifak terhadap beberapa suku kaum terbesar di Sarawak. Menurut Pengurus organisasi SCV, Puan Jane Liang Labang, beliau mengatakan bahawa SCV telah diwujudkan atas tujuan bagi 9

memperkenalkan kebudayaan masyarakat yang terdapat di Sarawak. Pada tahun 1987, pihak Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) yang bertanggungjawab dalam membangunkan ekonomi dan sosial negeri Sarawak telah membentangkan sebuah pelan cadangan kepada barisan Kabinet Negeri Sarawak dan kesudahannya projek ini dimulakan pada awal tahun 1989. Objektif pembinaan projek ini adalah untuk membina semula sekumpulan tempat kediaman masyarakat tradisional dengan menggunakan bahan-bahan tradisional. Para tukang kayu dari pelbagai suku kaum telah diambil bekerja dari merata negeri ke kawasan damai bagi membina perkampungan tersebut. Tugas tersebut merupakan suatu cabaran kepada usaha pembinaan kerana terdapatnya masalah jaringan jalan raya. Ini adalah kerana jalan raya menuju ke Santubong belum siap dan mengambil masa selama 2 tahun untuk disempurnakan. Sebelum ini, segala bahan mentah dibawa masuk melalui perkhidmatan feri. Keseluruhan projek ini telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Tourism & Leisure dalam SEDC serta dibantu oleh pihak pengurusan Muzium Sarawak dan ketua komuniti daripada pelbagai kumpulan etnik. Ketua agama dan adat resam setiap kaum telah dibawa khususnya untuk menjalankan upacara penyembahan dan permohonan restu bagi memastikan kejayaan projek terjamin. Rumah Melayu dan rumah Melanau telah direstui oleh Jabatan Agama Islam Sarawak. Sebuah upacara penyembahan tengkorak telah diadakan di baruk (rumah) Bidayuh bagi mententeramkan semangat roh tengkorak yang telah dipindahkan ke rumah tersebut. Seekor khinzir pula telah disembelih di 10

rumah panjang masyarakat Iban dan Tarian Singa pula diadakan di rumah ladang kaum Cina. Menurut Pengurus organisasi SCV, SCV telah dibuka pada Februari 1990 dan terus menjadi tuan rumah kepada rombongan pelawat-pelawat kenamaan. Menurutnya, Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun. Dr. Mahathir yang pernah melawat tapak pembinaan, telah menjemput wakil-wakil daripada Persidangan ASEAN-Eropah untuk menghadiri upacara perasmian dan pembukaan kampung ini. Segala maklumat terkini yang didapati daripada organisasi SCV mengenai ketujuh-tujuh buah rumah etnik yang terdapat di SCV adalah seperti di bawah: 2.1.1 Rumah Bidayuh Rumah panjang ini diketuai oleh Pak Sijan Eson dan dibantu oleh beberapa orang pekerja. Para pelancong yang datang akan disambut dengan tarian belangi sebagai ucapan selamat datang dan dibawa ke Baruk, bilik Ketua Rumah. Orang Bidayuh berasal dari Sungkung, Indonesia dan mereka dikenali sebagai Dayak Darat kerana tinggal di kawasan bukit. Melalui temubual secara tidak rasmi dengan Pak Sijan Eson, beliau menerangkan bahawa orang Bidayuh terdiri daripada empat etnik, iaitu Bukar-Sadong, Biatah, Bau-Jagoi dan Selako-Daro. Kebanyakan daripada mereka menganut agama Kristian. Perayaan yang disambut oleh orang Bidayuh ialah Gawai Berantu yang disambut tiga kali setahun atau gawai padi. 11

Rumah panjang orang Bidayuh dibina daripada kayu belian dan rotan untuk dinding dan lantai, manakala daun sagu untuk atap dan yok iaitu tali yang diperbuat daripada sabut kelapa untuk mengikat tiang. Terdapat beberapa bahagian dalam rumah Bidayuh, iaitu tanju, ranggah (tingkat atas), padung (berandah belakang) dan dapur (tengah rumah). Balek pula adalah dewan untuk membuat perjumpaan penduduk dalam rumah panjang tersebut. Penghuni rumah panjang ini menjalankan aktiviti seperti menumbuk padi, bercucuk tanam, menenun kain dan membuat ukiran buluh. Suku kaum ini tinggal di sekitar Sungai Sadong. Mereka dikenali sebagai Land Dayak. Rumah orang Bidayuh didirikan di atas bukit. Dinding rumah mereka diperbuat daripada buluh. Baruk merupakan tempat untuk menyimpan kepala musuh. Kaum wanita dan kanak-kanak dilarang masuk ke Baruk. Kaum ini menyambut Hari Gawai Dayak. Di Sarawak, populasi orang Bidayuh paling ramai adalah di daerah Bau dan di daerah Serian. 2.1.2 Rumah Iban Rumah Iban di Sarawak Cultural Village diketuai oleh Puan Mary Lebin. Hasil daripada temubual bersama beliau, didapati bahawa asal usul bagi orang Iban adalah dari Kalimantan, Indonesia. Kaum ini merupakan kaum yang terbesar di Sarawak. Orang Iban pula dikenali sebagai Sea Dayak. Pada masa dahulu, orang Iban menyembah berhala seperti batu, pokok, sungai dan lain-lain. Namun, pada masa kini, mereka menganut agama Kristian semenjak Sarawak dijajah oleh kerajaan Brooke. Kaum ini menyambut perayaan Hari Gawai pada 1 Jun setiap tahun. Orang Iban juga mempunyai tarian yang tersendiri iaitu Tarian Ngajat. Aktiviti harian yang 12

dijalankan oleh kaum Iban ialah menanam padi, bercucuk tanam, memburu, membuat tikar dan menenun Pua Kumbu (sejenis selimut khas untuk sesuatu upacara). Rumah panjang yang terdapat di Sarawak Cultural Village mempunyai dua versi, iaitu versi lama dan versi moden. Tingkat atas dipanggil sadau. Rumah Panjang Iban boleh menampung berpuluh-puluh buah keluarga. Anak tangga dibina dalam bilangan ganjil. Bunga jarau digantung di ruai sebagai hiasan. Rumah panjang lama diperbuat daripada kayu belian manakala rumah panjang moden pula diperbuat daripada kayu belian, buluh dan daun nipah. Bahagian-bahagian yang terdapat di dalam rumah orang Iban ialah tanju, ruai, dapur dan sadau. Orang Iban menyambut perayaan seperti Hari Gawai Dayak, iaitu perayaan selepas menuai dan Gawai Antu, iaitu perayaan bagi menyembah roh-roh yang sudah mati. Orang Iban terkenal dengan kuih tradisionalnya, iaitu kuih jala. 2.1.3 Rumah Penan Encik Tommy Bulen adalah ketua rumah di Rumah Penan. Orang Penan berasal dari pedalaman Baram. Pada asalnya, orang Penan menyembah berhala dan tinggal di dalam hutan yang terpinggir serta sering berpindah-randah. Mereka hanya tinggal di pondok yang dibina untuk sementara dan diperbuat daripada sumbersumber hutan. Suku kaum ini tidak mempunyai perayaan dan tarian yang spesifik. Orang Penan merupakan pemburu yang handal. Mereka tidak mempraktikkan memburu kepala dan ilmu sihir. Sumpit adalah senjata utama untuk memburu di samping untuk melindungi diri daripada musuh. Untuk tujuan memburu, sumpit 13

akan dibubuh dengan racun. Aktiviti harian yang dilakukan oleh orang Penan adalah seperti membuat tikar, sumpit, mengumpul sumber-sumber hutan dan memburu. 2.1.4 Rumah Orang Ulu Masyarakat Orang Ulu terdiri daripada kaum Kenyah, Kayan, Lun Bawang, Bisaya dan Murut. Suku kaum ini berasal dari Kalimantan, Indonesia. Rumah Orang Ulu di SCV adalah diketuai oleh Mohd. Faiz dan dibantu oleh beberapa orang pekerja. Orang Ulu terkenal dengan petikan sape, iaitu sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kayu jelutong. Sape mampu menghasilkan alunan muzik yang mengasyikkan dan merdu serta diiringi dengan tariannya. Begitu juga dengan hasil kraftangan yang diperbuat daripada manik-manik dan ukiran tatu. Rumah Orang Ulu dibina dengan ketinggian 40 kaki dari paras tanah dan ini bertujuan untuk melindunginya daripada serangan musuh dan bencana alam seperti banjir. Bahan-bahan untuk membuat rumah adalah seperti kayu belian, selagar batu dan kayu jati. Menurut Orang Ulu, bilik penghulu rumah panjang tersebut terletak di bahagian tengah rumah panjang tersebut. Rumah Orang Ulu dihiasi dengan ukiran yang dinamakan Arit. Terdapat beberapa bahagian dalam rumah suku kaum ini, iaitu Usir (bahagian berandah) di mana terletaknya dapur untuk memanaskan tengorak yang digantungkan pada dapur, bahagian tengah dijadikan bilik dan bahagian belakang adalah dapur. Rumah Orang Ulu diperbuat daripada kayu belian dari tiang rumah hinggalah ke atap. Mereka juga akan melukis mural di dinding bilik mereka bagi menandakan status sesebuah keluarga itu. Aktiviti harian orang Ulu ialah membuat kraftangan manik dan membuat Bunga Jarau. 14