Piawaian Bon Hijau ASEAN

Similar documents
Prinsip Bon Sosial Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Sosial. 2 Jun 2017

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PRUlink money market fund

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

Tadbir Urus Korporat

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Perolehan Hijau Kerajaan Garis Panduan kepada Pegawai Perolehan Kerajaan

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

TERMS AND CONDITIONS

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Ini adalah Tatakelakuan kita

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

TAKLIMAT. PEMAHAMAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 29 Ogos 2018

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

ffiu'sl ffitrffi' /.krnr

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016 CIVIL AVIATION REGULATIONS 2016

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PIAWAIAN BON HIJAU ASEAN Untuk mengelakkan keraguan, versi asal Piawaian Bon Hijau ASEAN dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan di laman sesawang ASEAN Capital Markets Forum merupakan versi rasmi dokumen ini. Terjemahan ini hanya untuk tujuan maklumat sahaja. November 2017

KANDUNGAN Muka Surat Pengenalan 1 Definisi 5 1.0 Skop Piawaian Bon Hijau ASEAN 7 2.0 Objektif Piawaian Bon Hijau ASEAN 7 3.0 Kriteria bagi Bon Hijau ASEAN 7 4.0 Panduan ke atas Empat Komponen Teras GBP 8 4.1 Penggunaan Hasil Kutipan 8 4.2 Proses bagi Penilaian dan Pemilihan Projek 10 4.3 Pengurusan Hasil Kutipan 11 4.4 Pelaporan 12 5.0 Semakan Luaran 14

2017 1 PENGENALAN Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) 1 merupakan sebuah forum yang terdiri daripada pengawal selia pasaran modal dari negara-negara ASEAN yang tugas utamanya adalah untuk menggalakkan lebih penyepaduan dan keterhubungan dalam kalangan pasaran modal serantau. Salah satu inisiatif utama oleh ACMF adalah untuk membangunkan kelas aset hijau selari dengan kepentingan pembiayaan hijau dalam menyokong pertumbuhan mampan di ASEAN, terutamanya dalam memenuhi keperluan infrastruktur ASEAN. ACMF telah membangunkan Piawaian Bon Hijau ASEAN (GBS) berdasarkan Prinsip Bon Hijau (GBP) 2 Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa (ICMA) 3 kerana ia telah diterima pakai di peringkat antarabangsa dan digunakan secara meluas dalam pembangunan garis panduan atau piawaian bon hijau negara yang diterbitkan di peringkat global. GBP ialah satu set garis panduan sukarela yang dibincangkan oleh peserta pasaran utama di bawah kelolaan ICMA sebagai sekretariatnya, yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat tentang tadbir urus dan hal-hal lain, serta menyediakan sokongan organisasi. GBP telah dilancarkan pada Januari 2014 dengan sokongan daripada konsortium bank pelaburan, sebagai garis panduan proses sukarela yang bertujuan untuk diguna pakai secara meluas oleh pasaran. GBP menyarankan ketelusan dan penzahiran, dan menggalakkan integriti dalam pembangunan pasaran bon hijau. 1 Mengenai ACMF http://www.theacmf.org/acmf/webcontent.php?content_id=00001 2 GBP ICMA https://www.icmagroup.org/regulatory-policy-and-market-practice/green-social-and- sustainability-bonds/green-bond-principles-gbp/ 3 Mengenai ICMA https://www.icmagroup.org/about-icma/

2017 2 3 2017 ASEAN GBS bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, ketekalan dan keseragaman bagi Bon Hijau ASEAN yang turut menyumbang kepada pembangunan kelas aset baharu, mengurangkan kos ketekunan wajar dan membantu pelabur membuat keputusan pelaburan bermaklumat. Walaupun GBP telah menyediakan prinsip umum bagi bon hijau, ASEAN GBS menyediakan panduan yang lebih khusus tentang bagaimana GBP akan diguna pakai merentasi ASEAN bagi bon hijau untuk dilabelkan sebagai Bon Hijau ASEAN. Sehubungan ini, Penerbit yang ingin menerbitkan dan melabelkan bon hijau mereka sebagai Bon Hijau ASEAN hendaklah membuktikan pematuhan kepada ASEAN GBS. Oleh itu, ASEAN GBS akan memberikan kepastian kepada pelabur bahawa bon hijau yang dilabelkan sebagai Bon Hijau ASEAN telah memenuhi piawaian yang seragam di samping menyediakan panduan kepada Penerbit mengenai amalan pasaran terbaik bagi bon hijau. Ciri-ciri tambahan utama ASEAN GBS ASEAN GBS disejajarkan dan berpandukan empat komponen teras GBP, iaitu penggunaan hasil kutipan, proses bagi penilaian dan pemilihan projek, pengurusan hasil kutipan dan pelaporan. Ciri-ciri tambahan utama ASEAN GBS termasuk: Penerbit yang Layak Untuk mewujudkan kelas aset hijau bagi rantau ASEAN, Penerbit atau terbitan bon hijau hendaklah mempunyai hubungan geografik atau ekonomi dengan rantau ini. Projek Tidak Layak Projek penghasilan kuasa bahan api fosil adalah tidak termasuk dalam ASEAN GBS, bagi memberikan panduan yang lebih jelas kepada pelabur dan Penerbit tentang kriteria yang layak diklasifikasikan sebagai hijau. Ini bertujuan untuk mengehadkan projek yang berselindung di sebalik label hijau (green washing) dan melindungi label Bon Hijau ASEAN.

Kebolehcapaian Maklumat secara Berterusan ASEAN GBS turut menggariskan cara pelabur boleh mengakses maklumat secara berterusan dengan menghendaki Penerbit menzahirkan maklumat mengenai penggunaan hasil kutipan, penilaian dan pemilihan projek, dan pengurusan hasil kutipan kepada pelabur dalam dokumen penerbitan, serta memastikan maklumat tersebut boleh diakses oleh orang awam dari laman sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit sepanjang tempoh Bon Hijau ASEAN. Menggalakkan Pelaporan yang Lebih Kerap Selain laporan tahunan, Penerbit digalakkan untuk menyediakan pelaporan berkala yang lebih kerap yang akan meningkatkan ketelusan mengenai peruntukan hasil kutipan dan keyakinan pelabur terhadap Bon Hijau ASEAN. Semakan Luaran Selaras dengan GBP, pelantikan bagi semakan luaran adalah secara sukarela di bawah GBP ASEAN. Walau bagaimanapun, memandangkan pembangunan pasaran bon hijau di ASEAN masih di peringkat permulaan, ASEAN GBS menghendaki penyemak luaran untuk mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang disemak. Bukti kelayakan penyemak luaran dan skop semakan yang dijalankan hendaklah boleh diakses oleh orang awam dari laman sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit di sepanjang tempoh Bon Hijau ASEAN. Penzahiran sedemikian akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur. ASEAN GBS telah dibangunkan melalui perundingan bersama ICMA serta pengawal selia pasaran modal dan peserta industri di rantau ASEAN. ASEAN GBS telah diluluskan oleh ACMF dan akan dilaksanakan bagi penerbitan Bon Hijau ASEAN.

Halaman ini sengaja dibiarkan kosong.

2017 5 DEFINISI Dalam piawaian ini, istilah berikut akan mempunyai maksud berikut, melainkan konteks bermaksud selainnya: ACMF bermaksud Forum Pasaran Modal ASEAN ASEAN bermaksud Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara ASEAN GBS bermaksud Piawaian Bon Hijau ASEAN yang diguna pakai dan yang disemak dari semasa ke semasa Bon Hijau ASEAN bermaksud bon dan sukuk yang mematuhi ASEAN GBS, di mana hasil kutipan akan digunakan khusus untuk membiaya atau membiaya semula, secara sebahagian atau sepenuhnya, Projek Hijau layak yang baharu dan/atau sedia ada. Bagi bon Islam atau sukuk, ia juga hendaklah mematuhi undang-undang dan keperluan berkaitan yang diguna pakai bagi penerbitan bon Islam atau sukuk. Dalam kes tersebut, bon Islam atau sukuk boleh dilabelkan sebagai Sukuk Hijau ASEAN Penerbit ASEAN bermaksud Penerbit yang diperbadankan dalam mana-mana negara ASEAN Penerbit Bukan ASEAN bermaksud Penerbit selain daripada Penerbit ASEAN

6 2017 GBP bermaksud Prinsip Bon Hijau yang merupakan garis panduan proses sukarela yang diterbitkan oleh ICMA, yang disemak dari semasa ke semasa, yang menyarankan ketelusan dan penzahiran serta menggalakkan integriti dalam pembangunan pasaran bon hijau Projek Hijau bermaksud kategori umum bagi projek hijau yang layak sebagaimana yang tersenarai dalam ASEAN GBS. Senarai projek hijau layak ini bukanlah senarai yang lengkap Penerbit bermaksud perbadanan yang menerbitkan Bon Hijau ASEAN dan termasuk Penerbit ASEAN dan Penerbit Bukan ASEAN

2017 7 1.0 SKOP ASEAN GBS 1.1 ASEAN GBS akan diguna pakai bagi penerbitan Bon Hijau ASEAN. 1.2 ASEAN GBS adalah sejajar dengan GBP. Mana-mana panduan yang diterbitkan oleh ICMA berkenaan GBP hendaklah juga dipertimbangkan, yang mana berkaitan. 2.0 OBJEKTIF ASEAN GBS ASEAN GBS bertujuan untuk menyediakan panduan tambahan kepada pemakaian GBP serta untuk meningkatkan ketelusan, ketekalan dan keseragaman Bon Hijau ASEAN. 3.0 KRITERIA BAGI BON HIJAU ASEAN 3.1 Penerbit (i) Mestilah Penerbit ASEAN; atau (ii) Sekiranya Penerbit Bukan ASEAN, lokasi Projek Hijau yang layak hendaklah dalam mana-mana negara ASEAN. 3.2 Terbitan Terbitan Bon Hijau hendaklah berasal dari mana-mana negara anggota ASEAN.

8 2017 4.0 PANDUAN KE ATAS EMPAT KOMPONEN TERAS GBP 4.1 Penggunaan Hasil Kutipan 4.1.1 Penggunaan hasil kutipan daripada Bon Hijau ASEAN hendaklah diterangkan dalam dokumen bagi terbitan Bon Hijau ASEAN. 4.1.2 Berhubung 4.1.1, Penerbit hendaklah menzahirkan maklumat berikut: (i) Kategori Projek Hijau layak yang mana hasil kutipan Bon Hijau ASEAN akan diperuntukkan; dan/atau (ii) Maklumat mengenai Projek Hijau tertentu, sekiranya Penerbit telah mengenal pasti Projek Hijau tertentu yang mana hasil kutipan Bon Hijau ASEAN akan diperuntukkan. 4.1.3 Semua Projek Hijau yang ditetapkan hendaklah memberikan manfaat alam sekitar yang jelas, yang akan dinilai dan jika sesuai, dinyatakan kuantitinya oleh Penerbit. 4.1.4 Sekiranya semua atau sebahagian daripada hasil kutipan digunakan atau mungkin digunakan untuk pembiayaan semula, Penerbit disarankan agar menyediakan anggaran bahagian pembiayaan dan pembiayaan semula, dan sekiranya perlu, juga menjelaskan pelaburan atau portfolio projek yang

2017 9 4.1.5 mungkin dibiaya semula, dan jika berkaitan, tempoh semak semula (look back period) bagi Projek Hijau yang dibiaya semula. `Semak semula merujuk kepada tempoh maksimum pada masa lalu yang akan disemak semula oleh Penerbit untuk mengenal pasti aset/pembayaran lebih awal kepada Projek Hijau layak tersebut yang akan dimasukkan dalam pelaporan bon hijau. 4.1.6 Terdapat beberapa kategori umum bagi kelayakan Projek Hijau yang memberi perhatian kepada bidang utama kebimbangan terhadap alam sekitar seperti perubahan iklim, penyusutan sumber semula jadi, kehilangan biodiversiti serta pencemaran udara, air atau tanah. Senarai berikut bertujuan untuk dijadikan petunjuk dan merangkumi jenis projek yang paling biasa digunakan, yang disokong atau dijangka akan disokong oleh pasaran Bon Hijau. Projek Hijau mungkin berkait dengan lebih daripada satu kategori. Kategori tersebut, disenaraikan tanpa susunan khusus, termasuk, tetapi tidak terhad kepada (i) (ii) (iii) tenaga boleh diperbaharui; kecekapan penggunaan tenaga; pencegahan dan kawalan pencemaran; (iv) pengurusan kelestarian alam sekitar bagi sumber hidupan semula jadi dan penggunaan tanah; (v) (vi) (vii) pemuliharaan biodiversiti daratan dan akuatik; pengangkutan bersih; kelestarian pengurusan air dan sisa air; (viii) penyesuaian perubahan iklim;

10 2017 (ix) produk, teknologi pengeluaran dan proses yang mengadaptasi konsep cekap eko dan/atau ekonomi kitaran; (x) bangunan hijau yang memenuhi piawaian atau perakuan yang diiktiraf di peringkat serantau, negara atau antarabangsa. 4.1.7 Untuk lebih jelas, projek penghasilan kuasa bahan api fosil tidak termasuk dalam ASEAN GBS. 4.2 Proses bagi Penilaian dan Pemilihan Projek 4.2.1 Penerbit Bon Hijau ASEAN mesti memaklumkan pelabur dengan jelas (i) objektif kelestarian alam sekitar; (ii) proses yang mana penerbit menentukan bagaimana projek tersebut menepati kategori Projek Hijau layak yang dikenal pasti di atas; dan (iii) kriteria kelayakan berkaitan, termasuk, jika berkenaan, kriteria yang dikecualikan atau apaapa proses lain yang diguna pakai untuk mengenal pasti dan menguruskan potensi risiko alam sekitar dan sosial yang material berkaitan dengan Projek Hijau. 4.2.2 Penerbit mesti membangunkan proses bagi penilaian dan pemilihan projek sebelum penerbitan Bon Hijau ASEAN dan menzahirkan proses tersebut kepada pelabur dalam dokumen bagi terbitan Bon Hijau ASEAN.

2017 11 4.2.3 Penerbit digalakkan untuk menyatakan maklumat ini dalam konteks yang menyeluruh bagi objektif, strategi, polisi dan/atau proses berkaitan dengan kelestarian alam sekitar. Penerbit juga digalakkan untuk mendedahkan apa-apa piawaian atau perakuan hijau yang dirujuk dalam pemilihan Projek. 4.2.4 Adalah disarankan agar proses Penerbit bagi penilaian dan pemilihan projek disokong oleh semakan luaran. 4.2.5 Penerbit hendaklah menyediakan perkara yang berikut kepada orang awam di laman sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit ketika terbitan dan sepanjang tempoh Bon Hijau ASEAN: (i) Proses bagi penilaian projek; (ii) Penggunaan hasil kutipan; dan (iii) Laporan semakan ke atas proses (jika ada). 4.3 Pengurusan Hasil Kutipan 4.3.1 Sebelum terbitan Bon Hijau ASEAN, Penerbit hendaklah menzahirkan kepada pelabur proses mengurus hasil kutipan bersih daripada Bon Hijau ASEAN dalam dokumentasi bagi terbitan Bon Hijau ASEAN. 4.3.2 Hasil kutipan bersih daripada Bon Hijau ASEAN, atau suatu jumlah bersamaan dengan hasil kutipan bersih ini, hendaklah dikreditkan ke dalam akaun sampingan, dialihkan ke portfolio sampingan, atau sebaliknya dipantau oleh penerbit dengan cara yang sewajarnya, dan dibuktikan oleh Penerbit dengan proses dalaman rasmi dikaitkan dengan operasi pinjaman dan

12 2017 pelaburan Penerbit bagi Projek Hijau. Jumlah amaun yang digunakan daripada hasil kutipan bersih bagi Projek Hijau layak tidak perlu berlaku secara serentak. 4.3.3 Selagi Bon Hijau ASEAN masih belum tebus, baki hasil kutipan yang dipantau hendaklah dilaraskan secara berkala untuk memadankan peruntukan kepada Projek Hijau layak yang dibuat semasa tempoh tersebut. 4.3.4 Penerbit hendaklah juga memaklumkan kepada pelabur jenis penempatan sementara yang dicadangkan bagi baki hasil kutipan yang tidak diperuntukkan dalam dokumen bagi terbitan Bon Hijau ASEAN. 4.3.5 Adalah disarankan agar pengurusan hasil kutipan Penerbit disokong dengan penggunaan juruaudit atau pihak ketiga lain, untuk mengesahkan kaedah pemantauan dalaman dan peruntukan dana daripada hasil kutipan Bon Hijau ASEAN. 4.3.6 Sekiranya Penerbit melantik juruaudit atau pihak ketiga lain untuk mengesahkan pengurusan hasil kutipan Penerbit, Penerbit perlu memastikan laporan yang dikeluarkan oleh juruaudit atau pihak ketiga lain tersebut tersedia kepada orang awam di laman sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit ketika terbitan Bon Hijau ASEAN. 4.4 Pelaporan 4.4.1 Penerbit hendaklah melaporkan kepada pelabur sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan digalakkan untuk melaporkan dengan lebih kerap mengenai penggunaan hasil kutipan sehingga peruntukan penuh telah dibuat, dan sebagaimana diperlukan selepas itu sekiranya terdapat perkembangan yang material. Ini termasuk senarai projek ke mana hasil kutipan Bon Hijau ASEAN telah diperuntukkan serta penerangan ringkas tentang

14 2017 2017 13 projek dan amaun yang diperuntukkan serta impak yang dijangkakan daripadanya. 4.4.2 Sekiranya persetujuan kerahsiaan, pertimbangan daya saing, atau projek pendasar yang banyak mengehadkan amaun perincian yang boleh disediakan, Penerbit boleh membentangkan maklumat tersebut dalam istilah umum atau atas asas portfolio yang diagregat (sebagai contoh peratusan yang diperuntukkan kepada kategori projek tertentu). 4.4.3 Adalah disarankan agar Penerbit menggunakan petunjuk prestasi kualitatif, dan yang mana sesuai, pengukur prestasi kuantitatif (sebagai contoh, kapasiti tenaga, penjanaan elektrik, pengeluaran gas rumah hijau yang dikurangkan/dielakkan, bilangan orang yang diberi akses kepada tenaga bersih, pengurangan dalam penggunaan air, pengurangan dalam bilangan kereta yang diperlukan, dan lain-lain) dan pendedahan tentang metodologi pendasar utama dan/atau andaian yang digunakan dalam penentuan kuantitatif. 4.4.4 Adalah disarankan agar pelaporan tahunan Penerbit ke atas penggunaan hasil kutipan disokong oleh pengesahan mengenai penggunaan hasil kutipan oleh penyemak luaran bersama dengan apa-apa kemas kini yang berkaitan dalam semakan luaran tersebut. 4.4.5 Penerbit mesti menyediakan kepada pelabur pelaporan tahunan dan semakan luaran ke atas pelaporan tahunan, jika ada, melalui laman sesawang yang ditetapkan oleh Penerbit dan/atau laporan tahunan sepanjang tempoh Bon Hijau ASEAN. 5.0 SEMAKAN LUARAN 5.1 Penerbit disarankan agar melantik penyedia semakan luaran

2017 15 bagi terbitan Bon Hijau ASEAN mereka. 5.2 Semakan luaran boleh dibuat secara sebahagian, merangkumi hanya beberapa aspek daripada rangka kerja Bon Hijau ASEAN, atau secara menyeluruh, menilai kesejajaran dengan kesemua empat komponen teras yang terkandung dalam ASEAN GBS. 5.3 Penyedia semakan luaran hendaklah mempunyai kepakaran dan pengalaman berkaitan dalam komponen Bon Hijau ASEAN yang disemak. 5.4 Penyedia semakan luaran juga hendaklah menzahirkan bukti kelayakan yang berkaitan dan kepakaran mereka, serta skop semakan yang dijalankan dalam laporan semakan luaran. 5.5 Terdapat pelbagai kaedah bagi Penerbit memperoleh input luar dalam merangka proses Bon Hijau mereka dan terdapat beberapa tahap dan jenis semakan yang boleh dijalankan. Panduan dan semakan luaran tersebut termasuk (i) Semakan Perunding Penerbit boleh mendapatkan nasihat daripada perunding dan/atau institusi dengan kepakaran yang diiktiraf dalam kelestarian alam sekitar atau aspek lain dalam terbitan Bon Hijau ASEAN, seperti pembangunan/semakan rangka kerja Bon Hijau ASEAN Penerbit. Pendapat pihak kedua mungkin termasuk dalam kategori ini. (ii) Pengesahan Penerbit boleh memohon Bon Hijau ASEAN mereka, rangka kerja Bon Hijau ASEAN berkaitan, atau aset sandarannya disahkan secara bebas oleh pihak

berkelayakan, seperti juruaudit. Berlainan dengan perakuan, pengesahan bertumpu kepada kesejajaran dengan piawaian dalaman atau tuntutan yang dibuat oleh Penerbit. Penilaian ciri-ciri kelestarian alam sekitar terhadap aset sandaran boleh dianggap sebagai pengesahan dan boleh merujuk kepada kriteria luaran. (iii) Perakuan Penerbit boleh memohon Bon Hijau ASEAN merekaatau rangka kerja Bon Hijau ASEAN berkaitan atau penggunaan hasil kutipan, diperakui menurut piawaian penilaian hijau luaran. Piawaian penilaian mentakrif kriteria, dan kesejajaran dengan kriteria tersebut diuji oleh pihak ketiga/pemberi perakuan yang layak. (iv) Penarafan Penerbit boleh memohon Bon Hijau ASEAN mereka atau rangka kerja Bon Hijau ASEAN berkaitan diberi penarafan oleh pihak ketiga yang berkelayakan, seperti penyedia penyelidikan khusus atau agensi penarafan. Penarafan bon hijau adalah berasingan daripada penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus Penerbit kerana ia biasanya diguna pakai kepada setiap sekuriti atau rangka kerja/program Bon Hijau ASEAN.

Halaman ini sengaja dibiarkan kosong.