BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Similar documents
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Lay Yoon Fah Khoo Chwee Hoon Ley Chit Moy

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

AN ASSESSMENT OF VISITORS' PERCEPTION SAMA JAYA NATURE RESERVE KUCHING. Kueh Hsiao Chin

REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN ALMANAK BERDASARKAN EPOK J2000.0

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

TERMS AND CONDITIONS

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2010/2011 Academic Session. April/May 2011

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

TEMPAT MENARIK SYDNEY

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

eclaims - Gambaran Keseluruhan

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Tadbir Urus Korporat

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

PENGARUH KELEMBAPAN KE ATAS KEKERUHAN ATMOSFERA (11): ANALISIS DATA

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Transcription:

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN 4.1 PENDAHULUAN Bab ini akan membentangkan kedapatan kajian atau hasil kajian. Pada permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden mengikut tempoh perkhidmatan, pangkat, kelayakan akedemik dan sama ada responden pernah menghadiri sebarang kursus perakaunan. Kemudiannya dibentangkan keputusan analisa deskriptif ke atas item-item dalam pembolehubah tetap kawalan dalaman. Pada peringkat awalnya pengkaji melakukan ujian Normaliti dan Lineariti bagi menentukan kesemua pembolehubah mempunyai taburan yang normal. Ujian ke atas kesahihan dan keesahan pembolehubah juga dilaksanakan bagi menentukan data yang diperolehi adalah tepat dan boleh dipercayai. Pada peringkat kedua pula ujian one-way ANOVA dan Ujian-t akan dilakukan dalam membuat evaluasi perbezaan antara pembolehubah bebas ke atas pembolehubah tetap bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. 4.1.1 Ujian Normaliti dan Lineariti Bagi menentukan kesahihan pembolehubah yang digunakan di dalam kajian ini, ujian normaliti telah dilakukan kepada setiap pembolehubah. Keputusan ujian seperti di Jadual di bawah. Ianya menunjukkan bahawa 43

semua pembolehubah mempunyai min, median dan mod yang hampir sama. Ini membuktikan bahawa ianya berada dalam taburan yang normal serta sesuai untuk dianalisiskan bagi kajian ini seterusnya. Jadual 4.1: Ujian Normaliti Pembolehubah Pembolehubah Min Median Mod Sisihan Kepencungan Piawai Kawalan Am 32.4 30.0 30 3.2 1.1 Penerimaan Wang 15.8 16.0 16 2.1 0.7 Pengeluaran Wang 32.5 31.0 31 4.2 0.3 Penyesuaian 26.3 25.0 25 2.6 1.0 Terdapat beberapa cara untuk menguji kenormalan dalam taburan data-data yang diperolehi. Berdasarkan ujian kenormalan yang telah dilakukan dengan menggunakan Histogram, Normal Q-Q Plot dan Deterended normal Q-Q Plot, ianya menunjukkan bahawa data-data yang dikutip mempunyai taburan yang normal. 4.2 PROFIL RESPONDEN Sebanyak 150 responden diterima daripada 210 soalselidik yang diedarkan. Data-data yang dimasukkan telah telah diperiksa dan tidak terdapat sebarang kesilapan (error) semasa kemasukan data ke dalam jadual frekuensi. Jumlah yang dihasilkan (output) betul dan memaparkan banjaran seperti yang dikehendaki. Ini bermakna didapati tiada sebarang kesilapan semasa proses kemasukan data. 44

4.2.1 Tempoh Khidmat Responden Berdasarkan kepada tempoh khidmat, majoriti pegawai yang dipilih sebagai responden terdiri daripada mereka yang telah berkhidmat selama 6 hingga 10 tahun iaitu seramai 42 orang (28.0%). Tempoh perkhidmatan tersebut dari segi pengalaman dalam kerjaya tentera lazimnya adalah bersesuaian bagi pegawai yang berpangkat Kapten ke bawah. Seterusnya responden yang telah berkhidmat selama 11 hingga 15 tahun meliputi 37 orang atau 24.7%. Seramai 31 (20.7%) pegawai merupakan mereka yang berkhidmat kurang dari 5 tahun. Jumlah minimum responden adalah pegawai yang telah berkhidmat selama 26 tahun atau lebih iaitu seramai 6 orang atau 4%. Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut tempoh khidmat. Jadual 4.2: Frekuensi Mengikut Tempoh Khidmat Tempoh Khidmat Frekuensi Peratus (%) 5 tahun ke bawah 31 20.7 6-10 tahun 42 28.0 11-15 tahun 37 24.7 16-20 tahun 22 14.7 21-25 tahun 12 8.0 26 tahun ke atas 6 4.0 Jumlah 150 100.0 4.2.2 Pangkat Mengikut taburan pangkat, pegawai yang berpangkat Kapten merupakan responden yang tertinggi iaitu seramai 71 orang (47%) dan diikuti 45

dengan pegawai berpangkat Mejar, 42 orang atau 28%. Jadual 4.3 menunjukkan taburan responden mengikut tempoh khidmat. Jadual 4.3 : Frekuensi Mengikut Pangkat Pangkat Frekuensi Peratus (%) LtM/Lt 20 13.3 Kapt 71 47.3 Mej 42 28.0 Lt Kol/Kol 17 11.3 Jumlah 150 100.0 4.2.3 Kelayakan Akademik Daripada 150 orang pegawai yang dipilih sebagai responden, 60 orang (40%) memiliki Diploma atau setaraf diikuti dengan 38 orang (25.3%) yang berkelulusan SPM dan selebihnya berkelulusan Sarjana Muda atau Sarjana dan setaraf (Jadual 4.4). Jadual 4.4 : Frekuensi Mengikut Kelayakan Akademik Kelayakan Akademik Frekuensi Peratus (%) SPM Diploma Sarjana Muda Sarjana Jumlah 38 60 31 21 150 25.3 40.0 20.7 14.0 100.0 46

4.2.4 Kursus Perakaunan Bilangan responden yang telah atau pernah menghadiri kursus dalam bidang perakaunan iaitu sama ada di pusat pengajian tinggi atau menerusi latihan di pusat latihan tentera hanya 47 orang (31.3%). Selebihnya seramai 103 orang atau 68.7% tidak pernah mengikuti latihan atau kursus perakaunan secara formal. Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut penyertaan kursus perakaunan. Jadual 4.5 : Frekuensi Penyertaan Kursus Perakaunan Kehadiran Kursus Akaun Frekuensi Peratus (%) Tidak 103 68.7 Ya 47 31.3 Jumlah 150 100.0 4.3 KAWALAN DALAMAN Empat ketegori soalan yang berkaitan dengan sub-sistem kawalan dalaman telah dikemukakan kepada responden di dalam soal selidik. Setiap kategori soalan mengandungi beberapa senario atau soalan yang bertujuan untuk menilai kefahaman ke atas sistem kawalan dalaman iaitu (1) kawalan dalaman am, enam soalan, (2) kawalan penerimaan wang, tiga soalan (3) kawalan pengeluaran wang, enam soalan dan (4) kawalan penyesuaian sebanyak lima soalan. Semua soalan diukur menggunakan skala Likert 7- mata. Kesemua kategori statistik deskriptif seperti bilangan minimum, 47

maksimum, min dan sisihan piawai diperolehi bagi mengukur taburan pembolehubah tersebut. Keputusan ujian seperti Jadual 4.6. Jadual 4.6 : Statistik Deskriptif Kawalan Dalaman Kawalan Dalaman N Minimum Maximum Mean Std. Deviation kawalan am 150 30 41 32.42 3.192 penerimaan wang 150 13 21 15.81 2.147 pengeluaran wang 150 24 40 32.52 4.180 penyesuaian 150 23 35 26.32 2.650 total 150 91 136 107.0733 11.66253 Keputusan menunjukkan bahawa bagi kawalan am, jumlah min yang diperolehi (32.42) adalah melebihi daripada mata pertengahan (24) bagi kategori tersebut. Ini menunjukkan bilangan responden yang memahami aspek kawalan am adalah tinggi. Bagi kategori penerimaan wang di mana jumlah min 15.81 yang diperolehi adalah melebihi daripada mata pertengahan iaitu 12. Begitu juga bagi ketegori pengeluaran wang, jumlah min 32.52 melebihi mata pertengahan 24. Kategori penyesuaian pula min yang diperolehi 26.32 adalah melebihi dari mata pertengahan 20 yang ditetapkan. Jumlah min yang diperolehi bagi keseluruhan kategori (107.07) adalah melebihi dari mata pertengahan (80) bagi semua jumlah kategori. Hasil daripada statistik deskriptif memaparkan walaupun terdapat responden yang menilai kawalan dalaman pada tahap rendah, namun secara puratanya tahap kefahaman responden ke atas sistem kawalan dalaman adalah baik. 48

4.4 UJIAN KEESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN Dalam kajian ini, soal selidik dan instrumen adalah alat yang merupakan sumber utama data yang dianalisis untuk menjawab persoalan ataupun hipotesis kajian. Item-item di dalam instrumen ini kemudian diuji keesahan dan kebolehpercayaannya dalam kajian perintis (pilot study) dengan menggunakan sampel yang serupa dengan sampel kajian yang sebenarnya. Set kajian yang dibentuk ini telah diuji dalam satu ujian rintis atau Pilot Test ke atas 20 orang responden yang relevan. Skor Coeficient Alpha bagi ujian ini, mengikut pembolehubah adalah dalam lingkungan 0.88 ke 0.96 (kawalan am, 0.953; penerimaan wang, 0.881; pengeluaran wang, 0.957 dan penyesuaian, 0.964). Set instrumen yang sama kemudiannya diajukan kepada 150 orang responden termasuk 20 orang yang dibuat ujian rintis. Hasil daripada jawapan kepada set soalan yang diedarkan kepada 150 responden, mendapati bahawa instrumen ini telah menghasilkan nilai atau skor Coeficient Alpha yang tinggi bagi semua pembolehubah. Keputusan ujian Cronbach's Alpha terperinci adalah melebihi 0.9 (kawalan am, 0.956; penerimaan wang, 0.930; pengeluaran wang, 0.940 dan penyesuaian. 0.926). Ini menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan ini mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan dapat menghasilkan data yang lebih tepat serta boleh dipercayai. Sakaran (2007) mengatakan skor Coeficient Alpha yang baik adalah melebihi 0.8. 49

4.5 PENGUJIAN HIPOTESIS Pengujian hipotesis adalah untuk melihat sejauh manakah untuk menerima hipotesis yang dibentuk. Analisa ANOVA digunakan bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan atau tidak terhadap kefahaman ke atas kawalan dalaman bagi Tabung Perkhidmatan di kalangan Pegawai Tentera Darat. Ianya melihat perbezaan bagi setiap pembolehubah iaitu kawalan am, penerimaan wang, pengeluaran wang dan penyesuaian berdasarkan kepada faktor demografi iaitu tempoh perkhidmatan, pangkat, kelayakan akademik dan penyertaan di dalam kursus perakaunan. Hasil ujian di bawah menunjukkan penemuan bagi hipotesis H1, H2, H3 dan H4. 4.5.1 H1 : Terdapat perbezaan yang signifikan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan seseorang pegawai. Jadual 4.7 menunjukkan keputusan ujian ANOVA yang dilakukan ke atas pembolehubah tempoh perkhidmatan terhadap aspek kawalan dalaman. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah kawalan dalaman di kalangan pegawai TD berdasarkan tempoh perkhidmatan yang berbeza. Ujian Scheffe juga dibuat untuk menentukan perbezaan dalam setiap kumpulan tempoh khidmat. 50

Jadual 4.7 : Ujian ANOVA Terhadap Tempoh Khidmat Dan Aspek Kawalan Dalaman penyesuaian penerimaan wang kawalan am pengeluaran wang Between Groups ANOVA Sum of Squares df Mean Square F Sig. 550.470 5 110.094 31.952.000 Within Groups 496.170 144 3.446 Total 1046.640 149 Between Groups 346.945 5 69.389 29.403.000 Within Groups 339.828 144 2.360 Total 686.773 149 Between Groups 813.628 5 162.726 33.242.000 Within Groups 704.912 144 4.895 Total 1518.540 149 Between Groups 1739.323 5 347.865 57.970.000 Within Groups 864.117 144 6.001 Total 2603.440 149 a. Kawalan Am Ke Dan Tempoh Khidmat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah kawalan am di kalangan pegawai TD berdasarkan tempoh perkhidmatan yang berbeza, (F 5,144 = 33.24, p <.05) di Jadual 4.7. Ujian Scheffe di Jadual 4.8 pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan tempoh perkhidmatan bagi pembolehubah Kawalan Am. Kumpulan pegawai yang telah berkhidmat dari 26 tahun ke atas mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi (F=38.67), manakala pegawai yang berkhidmat 5 tahun ke bawah dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah (F=30.26). 51

Jadual 4.8 : Ujian Scheffe Ke Atas Kawalan Am Dan Tempoh Khidmat Aspek Kawalan Am Subset for alpha = 0.05 tempoh khidmat N 1 2 3 Scheffe a 5 tahun ke bawah 31 30.26 11-15 tahun 37 31.35 6-10 tahun 42 31.64 16-20 tahun 22 34.41 21-25 tahun 12 37.25 26 tahun ke atas 6 38.67 Sig..684 1.000.662 b. Penerimaan Wang Dan Tempoh Khidmat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah Penerimaan Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan tempoh perkhidmatan yang berbeza, (F 5,144 = 29.40, p <.05) di Jadual 4.7. Ujian Scheffe di Jadual 4.9 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan tempoh perkhidmatan bagi pembolehubah Penerimaan Wang. Kumpulan pegawai yang telah berkhidmat dari 26 tahun ke atas mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi (19.67), manakala pegawai yang berkhidmat 5 tahun ke bawah dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah (14.10). 52

Jadual 4.9 : Ujian Scheffe Ke Atas Penerimaan Wang Dan Tempoh Khidmat Aspek Penerimaan Wang Subset for alpha = 0.05 tempoh khidmat N 1 2 3 Scheffe a 5 tahun ke bawah 31 14.10 11-15 tahun 37 15.14 15.14 6-10 tahun 42 15.64 15.64 16-20 tahun 22 16.91 21-25 tahun 12 19.00 26 tahun ke atas 6 19.67 Sig..162.067.913 c. Pengeluaran Wang Dan Tempoh Khidmat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah Pengeluaran Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan tempoh perkhidmatan yang berbeza, (F 5,144 = 57.97, p <.05) di Jadual 4.7. Jadual 4.10 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan tempoh perkhidmatan bagi pembolehubah Pengeluaran Wang. Kumpulan pegawai yang telah berkhidmat dari 26 tahun ke atas mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang berkhidmat 5 tahun ke bawah dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah. 53

Jadual 4.10 : Ujian Scheffe Ke Atas Pengeluaran Wang Dan Tempoh Khidmat Scheffe a tempoh khidmat 5 tahun ke bawah Aspek Pengeluaran Wang N 31 27.84 11-15 tahun 37 31.73 6-10 tahun 42 32.10 Subset for alpha = 0.05 1 2 3 4 16-20 tahun 22 35.86 21-25 tahun 12 38.92 26 tahun ke atas 6 39.50 Sig. 1.000.999 1.000.994 d. Penyesuaian Dan Tempoh Khidmat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah Penerimaan Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan tempoh perkhidmatan yang berbeza, (F 5,144 = 31.95, p <.05) di Jadual 4.7. Kumpulan pegawai yang telah berkhidmat dari 26 tahun ke atas mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang berkhidmat 5 tahun ke bawah dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah sepertimana di Jadual 4.11. Jadual 4.11 : Ujian Scheffe Ke Atas Penyesuaian Dan Tempoh Khidmat Scheffe a tempoh khidmat 5 tahun ke bawah Aspek Penyesuaian N 31 24.45 Subset for alpha = 0.05 1 2 3 11-15 tahun 37 25.49 25.49 6-10 tahun 42 25.81 25.81 16-20 tahun 22 27.68 54

21-25 tahun 12 30.33 26 tahun ke atas 6 31.67 Sig..518.056.539 Keputusan ujian-ujian di atas menunjukan bahawa terdapat perbezaan tahap kefahaman berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan seseorang pegawai. Oleh itu kajian ini telah menerima hipotesis H1. 4.5.2 H2 : Terdapat perbezaan yang signifikan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada pangkat seseorang pegawai. Keputusan ujian ANOVA yang dilakukan ke atas pembolehubah pangkat terhadap aspek kawalan dalaman ditunjukkan dalam Jadual 4.12. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah kawalan dalaman di kalangan pegawai TD berdasarkan pangkat yang berbeza. Ujian Scheffe dibuat untuk menentukan perbezaan dalam setiap kumpulan pembolehubah pangkat. Jadual 4.12 : Ujian ANOVA Terhadap Pangkat Dan Aspek Kawalan Dalaman penyesuaian penerimaan wang Between Groups ANOVA Sum of Squares df Mean Square F Sig. 433.177 3 144.392 34.364.000 Within Groups 613.463 146 4.202 Total 1046.640 149 Between Groups 259.648 3 86.549 29.584.000 Within Groups 427.126 146 2.926 Total 686.773 149 55

kawalan am pengeluaran wang Between Groups 660.018 3 220.006 37.414.000 Within Groups 858.522 146 5.880 Total 1518.540 149 Between Groups 1643.543 3 547.848 83.327.000 Within Groups 959.897 146 6.575 Total 2603.440 149 a. Kawalan Am Dan Pangkat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah kawalan am di kalangan pegawai TD berdasarkan Pangkat yang berbeza, (F 3,146 = 37.41, p <.05) di Jadual 4.12. Ujian Scheffe menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan Pangkat bagi pembolehubah Kawalan Am. Kumpulan pegawai yang berpangkat Lt Kol dan Kol mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi (37.41), manakala pegawai yang berpangkatt Lt/M dan Lt dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah (30.05) sepertimana ujian Scheffe yang dibuat di Jadual 4.13. Jadual 4.13 : Ujian Scheffe Ke Atas Kawalan Am Dan Pangkat Aspek Kawalan Am Subset for alpha = 0.05 pangkat N 1 2 3 Scheffe a LtM/Lt 20 30.05 Kapt 71 31.32 Mej 42 33.38 Lt Kol/Kol 17 37.41 Sig..292 1.000 1.000 56

b. Penerimaan Wang Dan Pangkat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah Penerimaan Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan Pangkat yang berbeza, (F 3,146 = 29.58, p <.05) di Jadual 4.12. Ujian Scheffe di Jadual 4.14 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan Pangkat bagi pembolehubah Penerimaan Wang. Kumpulan pegawai berpangkat Lt Kol dan Kol mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi (18.82), manakala pegawai yang berpangkat Lt/M dan Lt dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah (13.80). Jadual 4.14 : Ujian Scheffe Ke Atas Penerimaan Wang Dan Pangkat Aspek Penerimaan Wang Subset for alpha = 0.05 pangkat N 1 2 3 Scheffe a LtM/Lt 20 13.80 Kapt 71 15.37 Mej 42 16.31 Lt Kol/Kol 17 18.82 Sig. 1.000.251 1.000 c. Pengeluaran Wang Dan Pangkat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah Pengeluaran Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan Pangkat yang berbeza, (F 3,146 = 83.33, p <.05) di Jadual 4.12. Ujian Scheffe di Jadual 4.15 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan 57

di antara kumpulan Pangkat bagi pembolehubah Pengeluaran Wang. Kumpulan pegawai yang berpangkat Lt Kol dan Kol mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang berpangkat Lt/M dan Lt dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah. Jadual 4.15: Ujian Scheffe Ke Atas Pengeluaran Wang Dan Pangkat Aspek Pengeluaran Wang Subset for alpha = 0.05 pangkat N 1 2 3 4 Scheffe a LtM/Lt 20 26.25 Kapt 71 31.69 Mej 42 34.38 Lt Kol/Kol 17 38.76 Sig. 1.000 1.000 1.000 1.000 d. Penyesuaian Dan Pangkat Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah penyesuaian di kalangan pegawai TD berdasarkan Pangkat yang berbeza, (F 3,146 = 34.36, p <.05) di Jadual 4.12. Ujian Scheffe di Jadual 4.16 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan Pangkat bagi pembolehubah Penyesuaian. Kumpulan pegawai yang berpangkat Lt Kol dan Kol mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang berpangkat Lt/M dan Lt dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah. 58

Jadual 4.16 : Ujian Scheffe Ke Atas Penyesuaian Dan Pangkat Aspek Penyesuaian Subset for alpha = 0.05 pangkat N 1 2 3 Scheffe a LtM/Lt 20 24.00 Kapt 71 25.61 Mej 42 27.02 Lt Kol/Kol 17 30.29 Sig. 1.000.093 1.000 Keputusan ujian-ujian di atas menunjukan bahawa terdapat perbezaan tahap kefahaman berdasarkan kepada pangkat seseorang pegawai. Oleh itu kajian ini telah menerima hipotesis H2. 4.5.3 H3 : Terdapat perbezaan yang signifikan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada kelayakan akedemik seseorang pegawai. Jadual 4.17 menunjukkan keputusan ujian ANOVA yang dilakukan ke atas pembolehubah kelayakan akedemik terhadap aspek kawalan dalaman. Keputusan menunjukan terdapat perbezaan bagi pembolehubah kawalan dalaman di kalangan pegawai TD berdasarkan kelayakan akedemik yang berbeza. 59

Jadual 4.17: Ujian ANOVA Terhadap Aspek Kawalan Dalaman Dan Kelayakan Akedemik penyesuaian penerimaan wang kawalan am pengeluaran wang Between Groups ANOVA Sum of Squares df Mean Square F Sig. 338.600 3 112.867 23.273.000 Within Groups 708.040 146 4.850 Total 1046.640 149 Between Groups 205.160 3 68.387 20.731.000 Within Groups 481.614 146 3.299 Total 686.773 149 Between Groups 501.133 3 167.044 23.971.000 Within Groups 1017.407 146 6.969 Total 1518.540 149 Between Groups 1075.987 3 358.662 34.282.000 Within Groups 1527.453 146 10.462 Total 2603.440 149 a. Kawalan Am Dan Kelayakan Akedemik Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah kawalan am di kalangan pegawai TD berdasarkan Kelayakan Akademik yang berbeza, (F 3,146 = 23.97, p <.05). Ujian Scheffe menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan kelayakan akademik bagi pembolehubah Kawalan Am. Kumpulan pegawai yang berkelulusan Sarjana atau setaraf mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang mempunyai kelayakan SPM dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah seperti di Jadual 4.18. 60

Jadual 4.18: Ujian Scheffe Ke Atas Kawalan Am Dan kelayakan akademik Kelayakan Akedemik Aspek Kawalan Am Scheffe a SPM 38 30.50 Sarjana Muda N Subset for alpha = 0.05 1 2 3 31 31.74 31.74 Diploma 60 32.57 Sarjana 21 36.48 Sig..312.663 1.000 b. Penerimaan Wang Dan Kelayakan Akedemik Terdapat perbezaan bagi pembolehubah Penerimaan Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan Kelayakan Akademik yang berbeza, (F 3,146 = 20.73, p <.05) di Jadual 4.17. Ujian Scheffe di Jadual 4.19 menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan kelayakan akademik bagi pembolehubah Penerimaan Wang. Kumpulan pegawai yang berkelulusan Sarjana atau setaraf mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang mempunyai kelayakan SPM dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah. Jadual 4.19 : Ujian Scheffe Ke Atas Penerimaan Wang Dan Kelayakan Akedemik kelayakan akademik Aspek Penerimaan Wang Scheffe a SPM 38 14.39 Sarjana Muda N Subset for alpha = 0.05 1 2 3 31 15.52 15.52 Diploma 60 16.02 61

Sarjana 21 18.24 Sig..107.745 1.000 c. Pengeluaran Wang Dan Kelayakan Akedemik Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah Pengeluaran Wang di kalangan pegawai TD berdasarkan Kelayakan Akademik yang berbeza, (F 3,146 = 34.28, p <.05) sepertimana di Jadual 4.17. Ujian Scheffe di Jadual 4.20 pula menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan kelayakan akademik bagi pembolehubah Pengeluaran Wang. Kumpulan pegawai yang berkelulusan Sarjana atau setaraf mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang mempunyai kelayakan SPM dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah. Jadual 4.20 : Ujian Scheffe Ke Atas Pengeluaran Wang Dan Kelayakan Akedemik kelayakan akademik Aspek Pengeluaran Wang Scheffe a SPM 38 29.00 Sarjana Muda N Subset for alpha = 0.05 1 2 3 31 32.10 Diploma 60 33.13 Sarjana 21 37.76 Sig. 1.000.644 1.000 62

d. Penyesuaian Dan Kelayakan Akedemik Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembolehubah penyesuaian di kalangan pegawai TD berdasarkan Kelayakan Akademik yang berbeza, (F 3,146 = 23.27, p <.05) seperti di Jadual 4.17. Ujian Scheffe menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan kelayakan akademik bagi pembolehubah penyesuaian. Kumpulan pegawai yang berkelulusan Sarjana atau setaraf mempunyai tahap kefahaman yang paling tinggi, manakala pegawai yang mempunyai kelayakan SPM dilihat mempunyai tahap kefahaman terendah seperti di Jadual 4.21. Jadual 4.21 : Ujian Scheffe Ke Atas Penyesuaian Dan Kelayakan Akedemik kelayakan akademik Aspek Penyesuaian Scheffe a SPM 38 24.61 Sarjana Muda N Subset for alpha = 0.05 1 2 3 31 25.97 25.97 Diploma 60 26.45 Sarjana 21 29.57 Sig..106.854 1.000 Keputusan ujian-ujian di atas menunjukan bahawa terdapat perbezaan tahap kefahaman berdasarkan kepada kelayakan akedemik seseorang pegawai. Oleh itu kajian ini telah menerima hipotesis H3. 63

4.5.4 H4 : Terdapat perbezaan yang signifikan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada kursus perakaunan yang pernah seseorang pegawai hadiri. Ujian-T dilaksanakan bagi menilai tahap kefahaman ke atas sistem kawalan dalaman berdasarkan kepada kehadiran kursus perakaunan. Perbandingan ujian-t menunjukkan bahawa bagi kesemua aspek kawalan dalaman terdapat perbezaan yang signifikan di antara pegawai yang telah mengikuti kursus dan tidak menghadiri kursus perakaunan (p<.05). Keputusan ujian juga menunjukkan bahawa pegawai yang telah menghadiri kursus perakaunan lebih tinggi kefahaman dalam aspek kawalan dalaman berbanding mereka yang tidak. Jadual 4.22 dan 4.23, menunjukkan perbandingan antara pegawai yang telah mengikuti kursus dan tidak menghadiri kursus perakaunan. Aspek Kawalan Dalaman Jadual 4.22: Statistik Kehadiran Kursus Dan Aspek Kawalan Dalaman Group Statistics kehadiran kursus N Mean Std. Deviation Std. Error Mean penyesuaian Tidak 103 25.91 2.418.237 penerimaan wang Ya 47 27.24 2.938.433 Tidak 103 15.49 2.053.201 Ya 47 16.54 2.198.324 kawalan am Tidak 103 31.87 2.890.283 pengeluaran wang Ya 47 33.67 3.509.517 Tidak 103 31.70 4.154.407 Ya 47 34.37 3.648.538 64

Jadual 4.23: Ujian T Ke Atas Kehadiran Kursus Perakaunan Dan Aspek Kawalan Dalaman penyesuaian penerimaan wang kawalan am pengeluaran wang Equal variances assumed Equal variances not assumed Equal variances assumed Equal variances not assumed Equal variances assumed Equal variances not assumed Equal variances assumed Equal variances not assumed Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances F Sig. t df t-test for Equality of Means Sig. (2- tailed) Mean Differenc e Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper 8.111.005-2.894 148.004-1.326.458-2.231 -.420-2.685 73.140.009-1.326.494-2.310 -.342.896.345-2.835 148.005-1.053.371-1.787 -.319-2.760 81.138.007-1.053.382-1.812 -.294 3.561.061-3.304 148.001-1.809.547-2.890 -.727-3.066 73.169.003-1.809.590-2.984 -.633.403.527-3.760 148.000-2.668.710-4.070-1.265-3.954 97.441.000-2.668.675-4.007-1.329 Keputusan ujian-ujian di atas menunjukan bahawa terdapat perbezaan tahap kefahaman berdasarkan kepada penyertaan kursus perakaunan seseorang pegawai. Kajian ini telah menerima hipotesis H4. 4.6 KESIMPULAN Bab ini melaporkan penemuan-penemuan kajian hasil daripada analisa data dan ujian statistik menggunakan program SPSS version 16.0. Interpretasi data dan penemuan kajian dilaporkan mengikut ujian statistik iaitu ujian deskriptif dan inferensi iaitu ANOVA, Scheffe dan ujian-t. Kesemua penemuan kajian adalah seperti di Jadual 4.24 di bawah.hasil ujian yang 65

dilakukan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara setiap pembolehubah tempoh khidmat, pangkat, kelayakan akedemik dan penyertaan kursus perakaunan terhadap aspek kawalan dalaman. Jadual 4.24 : Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis Hipotesis Kajian Keputusan H1 Terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan seseorang pegawai. Diterima H2 Terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada pangkat seseorang pegawai. Diterima H3 Terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada kelayakan akedemik seseorang pegawai. Diterima H4 Terdapat perbezaan di dalam tahap kefahaman kawalan dalaman berdasarkan kepada kursus perakaunan yang pernah seseorang pegawai hadiri. Diterima 66