Prinsip Bon Sosial Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Sosial. 2 Jun 2017

Similar documents
Piawaian Bon Hijau ASEAN

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PRUlink money market fund

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Tadbir Urus Korporat

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

eclaims - Gambaran Keseluruhan

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Ini adalah Tatakelakuan kita

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

TERMS AND CONDITIONS

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

TAKLIMAT. PEMAHAMAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 29 Ogos 2018

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Perolehan Hijau Kerajaan Garis Panduan kepada Pegawai Perolehan Kerajaan

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

ffiu'sl ffitrffi' /.krnr

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PERSATUAN PENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (Oidaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, 1966)

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

Lay Yoon Fah Khoo Chwee Hoon Ley Chit Moy

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Transcription:

Untuk mengelakkan keraguan, versi asal Princip Bon Sosial dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan di laman sesawang ICMA merupakan versi rasmi dokumen ini. Terjemahan ini hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Prinsip Bon Sosial 2017 Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Sosial 2 Jun 2017 PENGENALAN Prinsip Bon Sosial (SBP) menggantikan Panduan bagi Penerbit Bon Sosial yang diterbitkan oleh Prinsip Bon Hijau (GBP) pada Jun 2016. Bon Sosial ialah bon yang mana penggunaan hasil kutipannya mengumpulkan dana bagi projek baharu dan sedia ada dengan hasil sosial yang positif. SBP ialah garis panduan proses sukarela yang menyarankan ketelusan dan penzahiran, dan menggalakkan integriti dalam pembangunan pasaran Bon Sosial. Ia disediakan untuk kegunaan secara meluas oleh peserta pasaran dan dirangka untuk mendorong penyediaan maklumat yang diperlukan untuk meningkatkan peruntukan modal kepada projek sosial tanpa sebarang perantara tunggal. SBP mendapat manfaat input daripada rundingan Musim Luruh 2016 Ahli-ahli GBP dan para Pemerhati, serta Kumpulan Kerja Bon Sosial (SBWG). DEFINISI BON SOSIAL Bon Sosial merupakan sejenis instrumen bon di mana hasil kutipannya akan diguna pakai secara eksklusif untuk membiaya atau membiaya semula, sebahagian atau keseluruhan Projek Sosial layak yang baharu dan/atau sedia ada (sila lihat Bahagian 1 Penggunaan Hasil Kutipan) dan yang sejajar dengan empat komponen teras SBP. Terdapat pelbagai jenis Bon Sosial yang berbeza di pasaran. Ini diterangkan dalam Lampiran 1. Adalah difahamkan bahawa sesetengah Projek Sosial mungkin mempunyai manfaat alam sekitar secara bersama, dan bahawa pengelasan bon melalui penggunaan hasil kutipan sebagai Bon Sosial hendaklah ditentukan oleh penerbit berdasarkan objektif utama bagi projek pendasarnya. (Bon yang menggabungkan projek hijau dan sosial dirujuk sebagai Bon Lestari, dan panduan khususnya disediakan secara berasingan dalam Garis Panduan Bon Lestari.) Adalah penting bahawa Bon Sosial tidak seharusnya dianggap sepiawai dengan bon yang tidak sejajar dengan empat komponen teras SBP. Bon diterbitkan di bawah Panduan Bon Sosial terdahulu yang dikeluarkan pada tahun 2016 dianggap konsisten dengan SBP.

PRINSIP BON SOSIAL SBP ialah garis panduan proses sukarela yang menyarankan ketelusan dan penzahiran dan menggalakkan integriti dalam pembangunan pasaran Bon Sosial dengan menjelaskan kaedah bagi terbitan Bon Sosial. Matlamat SBP adalah untuk digunakan secara meluas oleh pasaran: ia menyediakan panduan kepada penerbit tentang komponen utama yang terlibat dalam pelancaran Bon Sosial yang boleh dipercayai; ia membantu pelabur dengan menggalakkan ketersediaan maklumat yang diperlukan untuk menilai impak positif daripada pelaburan Bon Sosial mereka; dan ia membantu para penaja jamin dengan menggerakkan pasaran ke arah penzahiran yang dijangkakan yang akan memudahcarakan urus niaga. SBP menyarankan proses dan penzahiran yang jelas bagi penerbit, yang boleh digunakan oleh para pelabur, bank, bank pelaburan, penaja jamin, ejen penempatan dan lain-lain untuk memahami ciriciri mana-mana Bon Sosial. SBP memberi penekanan kepada ketelusan, ketepatan dan integriti maklumat yang diperlukan yang akan dizahirkan dan dilaporkan oleh penerbit kepada pihak berkepentingan. SBP mempunyai empat komponen teras: 1. Penggunaan Hasil Kutipan 2. Proses bagi Penilaian dan Pemilihan Projek 3. Pengurusan Hasil Kutipan 4. Pelaporan 1. Penggunaan Perolehan Asas bagi Bon Sosial ialah penggunaan hasil kutipan bon bagi Projek Sosial (termasuk perbelanjaan lain yang berkaitan dan perbelanjaan sokongan, seperti R&D), yang hendaklah dijelaskan sewajarnya dalam dokumen perundangan bagi sekuriti tersebut. Semua Projek Sosial yang ditetapkan hendaklah menyediakan manfaat sosial yang jelas, yang akan dinilai dan, di mana sesuai, dinyatakan kuantitinya oleh penerbit. Sekiranya semua atau sebahagian daripada hasil kutipan adalah atau mungkin digunakan untuk pembiayaan semula, adalah disarankan agar penerbit memberikan anggaran bahagian pembiayaan berbanding pembiayaan semula, dan di mana wajar, juga menjelaskan pelaburan atau portfolio projek mana yang mungkin dibiayai semula, dan setakat yang relevan, tempoh semak kembali (look back period) bagi Projek Sosial yang dibiayai semula. Projek Sosial secara langsung bermatlamat untuk membantu menangani atau mengurangkan isu sosial yang khusus dan/atau berusaha untuk mencapai hasil sosial yang positif, terutamanya, tetapi tidak eksklusif, bagi populasi yang disasarkan. Sila lihat ilustrasi di bawah bagi kategori Projek Sosial yang bertujuan untuk mencapai hasil sosioekonomi yang positif bagi populasi yang disasarkan. 2

Kategori Projek Sosial termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menyediakan dan/atau menggalakkan: Infrastruktur asas yang mampu milik (contohnya air minuman bersih, pembentungan, sanitasi, pengangkutan) Akses kepada perkhidmatan asas (contohnya kesihatan, pendidikan dan latihan vokasional, penjagaan kesihatan, pembiayaan dan perkhidmatan kewangan) Perumahan mampu milik Pewujudan pekerjaan termasuk melalui potensi impak daripada pembiayaan PKS dan pembiayaan mikro Keselamatan makanan Peningkatan dan pemerkasaan sosioekonomi Contoh populasi sasaran termasuk, tetapi tidak terhad kepada: 1. Mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan 2. Populasi dan/atau komuniti yang terpinggir dan/atau ketinggalan 3. Kumpulan rentan, termasuk akibat daripada bencana alam 4. Mereka yang kehilangan upaya 5. Penghijrah dan/atau orang yang tersisih 6. Mereka yang tidak berpendidikan tinggi 7. Mereka yang terabai 8. Penganggur Terdapat beberapa kategori dan set kriteria mentakrifkan Projek Sosial yang sedia ada dalam pasaran yang boleh digunakan sebagai panduan pelengkap. Penerbit dan pihak berkepentingan lain boleh merujuk kepada contoh-contoh melalui pautan yang tersenarai di laman sesawang ICMA di www.icmagroup.org/gssbresourcecentre. 2. Proses bagi Penilaian dan Pemilihan Projek Penerbit Bon Sosial hendaklah memaklumkan dengan jelas kepada pelabur: objektif sosial; proses di mana penerbit menentukan bagaimana Projek tersebut menepati kategori Projek Sosial yang dikenal pasti di atas; kriteria kelayakan berkaitan, termasuk, jika berkenaan, kriteria pengecualian atau proses lain yang diguna pakai untuk mengenal pasti dan menguruskan potensi risiko sosial dan alam sekitar yang material berkaitan dengan Projek. 3

Penerbit digalakkan untuk menempatkan maklumat ini dalam konteks objektif, strategi, dasar penerbit dan/atau proses berkaitan dengan kelestarian sosial. Penerbit juga digalakkan untuk menzahirkan mana-mana piawaian atau perakuan sosial yang dirujuk dalam pemilihan Projek. SBP menggalakkan tahap ketelusan yang tinggi dan menyarankan agar proses penerbit bagi penilaian dan pemilihan projek dilengkapi dengan semakan luaran (sila lihat bahagian Semakan Luaran). 3. Pengurusan Hasil Kutipan Hasil kutipan bersih daripada Bon Sosial, atau amaun yang bersamaan dengan hasil kutipan bersih ini, hendaklah dikreditkan kepada akaun sampingan, dipindahkan kepada portfolio sampingan, atau sebaliknya dipantau oleh penerbit dengan cara sewajarnya, dan disahkan oleh penerbit melalui proses dalaman rasmi yang dikaitkan dengan operasi pinjaman dan pelaburan penerbit bagi Projek Sosial. Selagi Bon Sosial masih belum ditebus, baki hasil kutipan yang dijejaki hendaklah dilaraskan secara berkala untuk memadankan peruntukan kepada Projek layak yang dibuat semasa tempoh tersebut. Penerbit hendaklah memaklumkan kepada pelabur jenis penempatan sementara yang dihasratkan bagi baki hasil kutipan yang tidak diperuntukkan. SBP menggalakkan tahap ketelusan yang tinggi dan menyarankan agar pengurusan hasil kutipan penerbit ditambah dengan penggunaan juruaudit atau pihak ketiga lain, untuk mengesahkan kaedah penjejakan dalaman dan peruntukan dana daripada hasil kutipan Bon Sosial (sila lihat bahagian Semakan Luaran). 4. Pelaporan Penerbit hendaklah membuat dan menyimpan maklumat terkini yang mudah didapati mengenai penggunaan hasil kutipan yang perlu diperbaharui setiap tahun sehingga peruntukan dibuat sepenuhnya dan sebagaimana diperlukan selepas itu sekiranya terdapat perkembangan yang material. Ini termasuk senarai projek ke mana hasil kutipan Bon Sosial telah diperuntukkan, serta penerangan ringkas tentang Projek dan amaun yang diperuntukkan, dan jangkaan impaknya. Sekiranya perjanjian kerahsiaan, pertimbangan daya saing, atau bilangan projek pendasar yang banyak mengehadkan amaun perincian yang boleh disediakan, SBP menyarankan supaya maklumat dibentangkan dalam istilah umum atau atas asas portfolio yang diagregat (contohnya peratusan diperuntukkan kepada kategori projek tertentu). Ketelusan ialah nilai penting dalam memaklumkan impak yang dijangka daripada projek. SBP menyarankan penggunaan petunjuk prestasi kualitatif dan, di mana sesuai, pengukur prestasi kuantitatif (sebagai contoh bilangan benefisiari) dan penzahiran tentang metodologi pendasar utama dan/atau andaian yang digunakan dalam penentuan kuantitatif. Penerbit yang berupaya 4

untuk memantau impak yang telah dicapai digalakkan untuk menyatakannya ke dalam pelaporan berkala mereka. Penggunaan ringkasan yang mencerminkan ciri-ciri utama Bon Sosial atau program Bon Sosial, dan memberi ilustrasi ciri-ciri utamanya sejajar dengan empat komponen teras SBP boleh membantu peserta pasaran mendapatkan. Untuk itu, templat boleh diperoleh di www.icmagroup.org/gssbresourcecentre. Templat yang telah dilengkapkan boleh dimuat naik ke dalam talian bagi makluman pasaran dengan mengikuti arahan pada pautan yang sama. SEMAKAN LUARAN SBP menyarankan agar penerbit menggunakan semakan luaran untuk mengesahkan kesejajaran Bon Sosial mereka dengan ciri-ciri utama SBP sebagaimana ditakrifkan di atas. Terdapat pelbagai kaedah bagi penerbit memperoleh input luar dalam merangka proses Bon Sosial mereka dan terdapat beberapa tahap dan jenis semakan yang boleh dijalankan. Panduan dan semakan luaran tersebut termasuk: 1) Semakan Perunding: Penerbit boleh mendapatkan nasihat daripada perunding dan/atau institusi dengan kepakaran yang diiktiraf dalam isu sosial atau aspek lain terbitan Bon Sosial, seperti pembangunan/semakan rangka kerja Bon Sosial penerbit. Pendapat pihak kedua mungkin tergolong dalam kategori ini. 2) Pengesahan: Penerbit boleh memohon Bon Sosialnya, rangka kerja Bon Sosial berkaitan atau aset sandarannya disahkan secara bebas oleh pihak berkelayakan, seperti juruaudit. Berlainan dengan perakuan, pengesahan bertumpu kepada kesejajaran dengan piawaian dalaman atau tuntutan yang dibuat oleh penerbit. Penilaian ciri-ciri sosial aset pendasar boleh dianggap sebagai pengesahan dan boleh merujuk kriteria luaran. 3) Perakuan. Penerbit boleh meminta Bon Sosialnya atau rangka kerja Bon Sosial berkaitan atau Penggunaan Hasil Kutipan diperakui menurut piawaian penilaian luaran. Piawaian penilaian mentakrifkan kriteria, dan kesejajaran dengan kriteria tersebut diuji oleh pihak ketiga/pemberi perakuan yang layak. 4) Penarafan: Penerbit boleh meminta Bon Sosialnya atau rangka kerja Bon Sosial yang berkaitan diberi penarafan oleh pihak ketiga yang berkelayakan, seperti penyedia penyelidikan khusus atau agensi penarafan. Penarafan Bon Sosial adalah berasingan daripada penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) penerbit kerana ia biasanya diguna pakai kepada sekuriti atau rangka kerja/program Bon Sosial individu. Semakan luaran mungkin dibuat secara sebahagian, meliputi hanya sesetengah aspek Bon Sosial penerbit atau rangka kerja Bon Sosial yang berkaitan, atau secara menyeluruh, dengan menilai 5

kesejajaran terhadap semua empat komponen teras SBP. SBP menyarankan agar semakan luaran tersebut, atau sekurang-kurangnya ringkasan eksekutif, dizahirkan kepada orang awam, contohnya dengan menggunakan templat yang boleh diperoleh di www.icmagroup.org/gssbresourcecentre. Templat yang telah dilengkapkan boleh dimuat naik ke dalam talian dengan mengikuti arahan pada pautan yang sama. SBP menggalakkan penyedia semakan luaran untuk menzahirkan kelayakan dan kepakaran mereka yang berkaitan, dan menyampaikan secara jelas skop semakan yang dijalankan. SBP mengambil kira bahawa penentuan masa semakan luaran mungkin bergantung pada penggunaan hasil kutipan dan penerbitan semakan tersebut mungkin terbatas oleh keperluan kerahsiaan perniagaan. Pusat Sumber Templat yang disarankan dan sumber SBP yang lain boleh didapati di Pusat Sumber di www.icmagroup.org/gssbresourcecentre. Templat yang telah lengkap akan disediakan secara dalam talian bagi makluman pasaran di Pusat Sumber dengan mengikuti arahan pada pautan di atas. PENAFIAN Prinsip Bon Sosial ialah garis panduan proses sukarela yang bukan suatu tawaran untuk membeli atau menjual sekuriti ataupun nasihat khusus dalam apa saja bentuk (cukai, undang-undang, alam sekitar, perakaunan atau kawalan selia) berhubung dengan Bon Sosial atau mana-mana sekuriti lain. Prinsip Bon Sosial tidak mewujudkan apa-apa hak dalam, atau liabiliti kepada mana-mana orang, orang awam atau swasta. Penerbit menerima pakai dan melaksanakan Prinsip Bon Sosial secara sukarela dan bebas, tanpa pergantungan atau rekursa kepada Prinsip Bon Sosial, dan bertanggungjawab penuh bagi keputusan untuk menerbitkan Bon Sosial. Penaja jamin Bon Sosial tidak bertanggungjawab jika penerbit tidak mematuhi komitmen mereka kepada Bon Sosial dan penggunaan hasil kutipan bersih yang terhasil. Jika terdapat percanggahan antara mana-mana undang-undang, statut dan peraturan terpakai dengan garis panduan yang dikemukakan dalam Prinsip Bon Sosial, undang-undang, statut dan peraturan tempatan yang relevan akan terpakai. 6

LAMPIRAN I JENIS-JENIS BON SOSIAL Pada masa ini, terdapat empat jenis Bon Sosial (jenis tambahan mungkin terhasil apabila pasaran berkembang dan akan dimasukkan dalam kemas kini tahunan SBP): Bon Penggunaan Sosial Hasil Kutipan yang Biasa: obligasi hutang biasa dengan rekursa kepada penerbit yang sejajar dengan SBP. Bon Hasil Sosial: obligasi hutang tanpa rekursa kepada penerbit yang sejajar dengan SBP di mana pendedahan kredit dalam bon ialah kepada aliran tunai sandaran hasil daripada aliran hasil, yuran, cukai dan lain-lain, yang mana penggunaan hasil kutipan adalah kepada Projek Sosial berkaitan atau tidak berkaitan. Bon Projek Sosial: bon projek bagi Projek Sosial tunggal atau berbilang yang mana pelabur mempunyai pendedahan langsung kepada risiko projek dengan atau tanpa potensi rekursa kepada penerbit, dan yang sejajar dengan SBP. Bon Bercagar Sosial: bon dengan kolateral satu atau lebih Projek Sosial khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada bon tertutup (covered bonds), sekuriti bersandarkan aset (ABS), sekuriti bersandarkan gadai janji (MBS) dan struktur lain; dan sejajar dengan SBP. Sumber pertama pembayaran balik biasanya ialah aliran tunai daripada aset. 7