MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

eclaims - Gambaran Keseluruhan

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Ini adalah Tatakelakuan kita

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Tadbir Urus Korporat

PRUlink money market fund

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

TERMS AND CONDITIONS

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

TAKLIMAT. PEMAHAMAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 29 Ogos 2018

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

ffiu'sl ffitrffi' /.krnr

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

06 APRIL Untuk maklumat lanjut sila rujuk peta di bawah.

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Polisi Insurans TravelPAC

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO. 1034 TAHUN 2017 Dihadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK Pengerusi (Bersidang Berseorangan) Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 18 Ogos 2014 Tarikh Sebutan : 2 Oktober 2014, 4 November 2014, 4 Disember 2014, 6 Januari 2015, 13 Februari 2015, 20 Mac 2015, 1 September 2015, 17 September 2015, 29 September 2015 & 3 November 2015 Tarikh Bicara : 10 Mei 2016, 11 Mei 2016 & 21 Jun 2016 Perwakilan : Encik Danial Rahman bin Yang Razali Cik Intan Surayya binti Abdul Halim Tetuan Maxwell Kenion Cowdy & Jones Peguambela & Peguamcara (Peguam Pihak Yang Menuntut) Encik Shariffullah Majeed Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill Peguambela & Peguamcara (Peguam Pihak Syarikat) 1

Rujukan Ini adalah suatu rujukan yang bertarikh 18 Ogos 2014 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Norzaimila Binti Zainuddin (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd.(selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat) pada 3 Mac 2014. AWARD Fakta Kes 1. Pihak-pihak dalam pertikaian ini adalah Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd (Pihak Syarikat) dan Norzaimila Binti Zainuddin (Pihak Menuntut). Rujukan ini adalah berkaitan dengan pembuangan kerja Pihak Menuntut pada 3.3.2014. 2. Pihak Menuntut telah diambil bekerja oleh Pihak Syarikat mulai 2.4.2012 sebagai Section Manager dan ditempatkan di Tesco Puchong (rujuk surat lantikan di mukasurat 27-31 COB-1). Jawatan terakhir Pihak Menuntut pada masa pembuangan kerja adalah sebagai Trading Manager di Jabatan Fresh, Tesco Extra Ipoh (selepas ini disebut sebagai cawangan tersebut) dan gaji terakhir beliau adalah RM 5216.00 sebulan. 3. Berdasarkan kepada hasil daripada satu pemeriksaan yang telah dijalankan pada 11 Januari 2014 di Tesco Extra Ipoh, didapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang telah dilakukan oleh Pihak Menuntut semasa menjalankan tugasnya sebagai Trading Manager. Oleh itu Pihak Syarikat melalui surat tunjuk sebab bertarikh 25.1.2014 (mukasurat 63-66 COB-1) telah meminta Pihak Menuntut untuk memberi penjelasan berkaitan dengan beberapa alegasi berkaitan dengan pengabaian beliau dalam menjalankan tugas hariannya. 2

4. Pekhidmatan Pihak Menuntut telah digantung selama 14 hari mulai 12.1.2014 sehingga 25.1.2014 (rujuk surat penggantungan bertarikh 11.1.2014 di mukasurat 62 COB-1). Melalui surat bertarikh 26.1.2014 (mukasurat 67 COB-1), tempoh penggantungan tersebut telah dilanjutkan lagi mulai dari 26.1.2014 sehingga notis selanjutnya diberikan. Pihak Menuntut telah mengemukakan penjelasan beliau atas semua alegasi terhadap beliau melalui surat yang diterima oleh Pihak Syarikat pada 1.2.2014 (mukasurat 68-69 COB-1). Setelah meneliti penjelasanpenjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut, Syarikat tidak berpuashati dan tidak menerima penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut. Pihak Syarikat memutuskan untuk meneruskan dengan prosiding siasatan dalaman untuk memberi peluang kepada Pihak Menuntut mengemukakan kes dan pembelaannya. Notis siasatan dalaman bertarikh 3.2.2014 yang mengandungi 6 pertuduhan adalah seperti yang terdapat di mukasurat 70-76 COB-1. Pihak Syarikat kemudiannya telah mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap Pihak Menuntut melalui surat bertarikh 10.2.2014 (mukasurat 77-82 COB-1). 5. Siasatan dalaman telah dijalankan pada 11.2.2014. Setelah meneliti keteranganketerangan yang dikemukakan semasa prosiding siasatan dalaman tersebut, panel siasatan mendapati Pihak Menuntut bersalah atas pertuduhan pertama, kedua, keempat, kelima dan keenam dan tidak bersalah atas pertuduhan ketiga. 6. Oleh kerana salah laku yang dilakukan oleh Pihak Menuntut adalah serius dan juga setelah mengambilkira kedudukan jawatan Pihak Menuntut, maka Pihak Syarikat telah hilang keyakinan bahawa Pihak Menuntut boleh melaksanakan semua tugas dan tanggungjawabnya dengan amanah dan jujur, dengan itu Pihak Syarikat tidak ada pilihan lain selain daripada memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut berkuatkuasa pada 3.3.2014. 7. Tidak berpuashati dengan keputusan penamatan kerja tersebut, Pihak Menuntut telah memfailkan representasi di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan 3

Perusahaan 1967 ke Jabatan Perhubungan Perusahaan dan mendakwa perkhidmatan beliau telah ditamatkan tanpa sebab atau alasan yang adil. Kes Pihak Syarikat 8. Pihak Syarikat telah mengemukakan 3 orang saksi untuk memberi keterangan di hadapan Mahkamah ini iaitu: i. Encik Bakri Bin Mat Deris - Store General Manager ii. Encik Jasdev Singh a/l Tara Singh - Area Fresh Manager iii. Encik Ahmad Fuad Bin Umar - Store General Manager, Sungai Petani 9. COW-1 dalam keterangannya menyatakan Pihak Menuntut adalah bekas Trading Manager di Jabatan Fresh, Tesco Extra Ipoh. Pihak Menuntut didapati telah gagal memastikan Jabatan Fresh iaitu jabatan yang berada di bawah pemantauan dan tanggungjawabnya mengikuti tatacara yang diperuntukkan oleh Syarikat antaranya seperti Reduce to Clear Process (RTC) dan Destroyed Process. 10. COW-1 telah menerangkan bahawa Reduce to Clear adalah satu proses yang diamalkan yang bertujuan untuk menjual stok barangan makanan roti dan makanan mentah seperti sayur-sayuran, daging serta hasil laut yang menghampiri tarikh luputnya. Dalam proses ini harga makanan akan diturunkan secara berperingkat mengikut masa yang ditentukan bertujuan untuk mengurangkan overstock agar ianya dapat dijual sebelum tamat tempoh luput barangan tersebut. Harga barangan akan diturunkan seperti berikut: i. 25% pada 8.00 pagi, ii. 50% pada 1 tengahari, dan iii. 75% pada 5 petang. 4

11. Mengikut COW-1 lagi stok RTC yang tidak habis dijual pada hari itu tidak boleh dijual keesokkan harinya dan harus melalui proses Destroy untuk tujuan pelupusan yang direkod dimana barangan makanan yang telah luput tarikh hayatnya seharusnya dilupuskan dan tidak harus untuk apa sebab sekalipun disimpan atau diperagakan untuk jualan kepada pengguna. 12. Sementara itu Destroyed Process seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan 2(b)(i) adalah satu proses untuk membuang segala barang yang tamat tempoh luput, rosak dan sebagainya. Melalui proses ini, sebarang stok RTC yang tidak dijual akan dibuang selepas direkod kuantiti, jenis dan harga kos pada keesokkan harinya. Destroy Report akan menunjukkan kuantiti yang direkod sebagai waste atau kerugian Syarikat dan laporan ini akan ditandatangani oleh Pengurus yang bertugas dan selepas direkodkan, ianya akan difailkan. 13. Selanjutnya mengikut COW-1, sebagai seorang Trading Manager di Jabatan Fresh, salah satu tugas Pihak Menuntut adalah untuk memastikan semua barangan di Jabatan Fresh yang telah mencapai tarikh luputnya dibuang secara sekaligus setelah kuantiti dan nilai barangan tersebut direkodkan dengan sewajarnya. Ini bermakna setiap hari barangan mentah yang telah rosak tidak boleh disimpan untuk dilupuskan sedikit demi sedikit seperti yang diamalkan oleh Jabatan Fresh hasil daripada lawatan yang dijalankan oleh pihak pengurusan Syarikat. 14. Mengikut COW-1 lagi penemuan Pihak Syarikat menunjukkan Pihak Menuntut telah mengarahkan pekerja bawahannya untuk melupuskan barangan yang luput tarikh hayatnya secara sedikit demi sedikit yang menyebabkan maklumat di dalam Fresh Food Count menjadi tidak tepat dan Jabatan Fresh didapati tidak mengikuti proses Destroy seperti tatacara yang ditetapkan oleh Syarikat. 5

15. Berkaitan dengan pertuduhan 2 (c) (i) pula, mengikut COW-1, Fresh Food Count adalah satu amalan yang dilaksanakan secara mingguan berdasarkan jadual Jabatan Kewangan untuk mengenalpasti jumlah kerugian Syarikat berdasarkan pengiraan fizikal kuantiti stok sebenar berbanding dengan kuantiti stok yang ada dalam rekod sistem. Perbezaan ini akan dikenalpasti dan direkod sebagai Fresh Stock Loss. Pengiraan ini akan dibuat untuk semua seksyen di Jabatan Fresh iaitu bahagian Produce, Bakery, Delica, Hasil Laut dan Daging. 16. Selanjutnya COW-1 menyatakan walaupun Pihak Menuntut pernah diberitahu oleh COW-2 semasa lawatannya ke Jabatan Fresh pada 11.1.2014 berkenaan terdapatnya stok ramuan yang telah luput tarikh hayatnya di jabatan tersebut, namun begitu COW-2 masih mendapati adanya ramuan yang telah luput tarikh hayatnya di Jabatan tersebut pada 18.1.2014 melalui siasatannya. Oleh itu Pihak Menuntut didapati telah cuai dan gagal mengambil sebarang langkah untuk membuang atau melupuskan semua ramuan yang telah tamat tarikh luput (iaitu yang luput pada Oktober 2013) dan masih membenarkan pekerja-pekerja bahagian Bakery untuk menggunakan ramuan tersebut untuk membuat produk jualan. 17. Mengikut COW-1, sebagai Trading Manager, Pihak Menuntut telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pihak Syarikat keatasnya untuk memastikan produk makanan yang dijual kepada pengguna adalah selamat untuk dimakan. Kegagalan ini akan memberi kesan dimana sekiranya pihak pengguna/pelanggan melaporkan sebarang kes keracunan makanan akibat terdedah kepada produk yang mengandungi ramuan yang rosak dan tidak selamat untuk dimakan, ianya sudah tentu akan menyebabkan Pihak Syarikat akan dikenakan tindakan keras oleh pihak Kementerian Kesihatan. 18. Menurut COW-1 lagi Apito Panco adalah salah satu ramuan yang digunakan untuk pembuatan makanan roti yang dijual kepada pengguna di cawangan tersebut. Sekiranya gambar di mukasurat 31 COB-2 diteliti, jelas menunjukkan kedua-dua 6

botol Apito Panco tersebut telah ditampal dengan pelekat yang bertulis Jan 14 walaupun pada hakikatnya ramuan tersebut sebenarnya telah luput tarikh hayatnya sejak Oktober 2013 lagi. Pihak Menuntut telah gagal memastikan bahan-bahan yang rosak tidak digunakan dalam pembuatan makanan roti. 19. Pihak Menuntut telah mencabul kepercayaan Syarikat ke atasnya apabila beliau masih didapati gagal memperbaiki penemuan audit pada 18.7.2013 (mukasurat 3-30 COB-2) yang telah dimaklumkan kepadanya berkenaan penemuan ramuan yang telah luput tarikh hayatnya di Jabatan Fresh di cawangan tersebut. Oleh itu sebagai Trading Manager di jabatan tersebut, beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk mengambil inisiatif yang sewajarnya untuk membuat pemantauan di jabatannya dan memastikan tiada sebarang stok atau ramuan yang telah tamat tempoh hayatnya terutamanya apabila isu yang sama telah diberikan penekanan oleh COW-2 dalam lawatan/pemeriksaan beliau pada 11.1.2014. Oleh itu Pihak Syarikat tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada integriti Pihak Menuntut kerana isu yang berbangkit iaitu penemuan ramuan atau stok yang tamat tempoh luput masih dijumpai lagi di jabatan tersebut pada 18.1.2014. 20. Berkaitan dengan pertuduhan ke 6 pula, COW-1 menyatakan Pihak Menuntut sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu tentang ketidakhadirannya pada waktu yang ditetapkan kepada beliau, sebagai Store General Manager, Duty Manager dan Human Resource Manager. Seterusnya selepas hadir untuk kerja, beliau sepatutnya mengemukakan dokumen sokongan untuk menjelaskan mengenai kelewatannya untuk mendapat kelulusan COW-1 sebelum isu tersebut diterima dan direkod oleh pihak sumber manusia. 21. Selanjutnya mengikut COW-1 siasatan dalaman telah dijalankan pada 11.2.2014. Panel siasatan dalaman mendapati Pihak Menuntut bersalah terhadap lima daripada enam pertuduhan yang dikenakan keatasnya dan seterusnya mencadangkan Pihak Menuntut diturunkan pangkat sebagai Section Manager. 7

22. COW-1 seterusnya menyatakan berdasarkan rekod Syarikat, sepanjang perkhidmatan Pihak Menuntut dengan Syarikat, disiplin Pihak Menuntut sememangnya tidak memuaskan kerana beliau didapati berulangkali melanggar peraturan Syarikat dan telah diberikan amaran serta peringatan mengenai perlanggaran tersebut. Namun begitu Pihak Menuntut tidak menunjukkan sebarang perubahan dan masih mengulangi melakukan kesalahan yang sama dan masih melanggar peraturan Syarikat. COW-1 juga menyatakan Pihak Menuntut sepatutnya sedar mengenai kod etika kelakuan yang harus dipatuhi olehnya sepanjang perkhidmatannya dengan Syarikat kerana perkara ini telahpun dinyatakan dengan jelas dalam klausa 14 surat tawaran perkhidmatan beliau. 23. COW-2 pula dalam keterangannya menyatakan sebagai Area Fresh Manager, beliau bertanggungjawab untuk mengawasi standard makanan segar (fresh food) di cawangan yang diletakkan di bawah pengawasan beliau mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Syarikat. Beliau juga perlu mengawasi sama ada makanan segar di Jabatan Fresh dikawal selaras dengan prosedur dan amalan-amalan biasa Syarikat. 24. COW-2 menyatakan pada 11.1.2014 antara jam 1.00 petang sehingga 2.00 petang beliau ada mengiringi Mr. Richard Leonard, Head of LPS Department, semasa Mr. Richard melakukan lawatan ke Jabatan Fresh di cawangan tersebut. Dalam lawatan tersebut, beliau mendapati terdapat stok ramuan yang telah luput tarikh hayatnya di Bahagian Bakery dan terdapat daging dan barangan hasil laut yang telah luput tarikh hayatnya tetapi masih diperagakan dengan sticker RTC dan barangan-barangan ini diperagakan untuk dijual kepada pelanggan Syarikat. COW-2 juga telah mengambil gambar-gambar barangan-barangan yang telah luput tarikh hayatnya (rujuk mukasurat 31-33 COB-1). Menurut COW-2 lagi dalam lawatan tersebut, beliau juga mendapati proses RTC langsung tidak diikuti dengan sewajarnya dimana beliau mendapati stok ramuan untuk bakery dan daging serta barangan hasil laut yang telah luput tarikh hayatnya masih diperagakan untuk 8

dijual kepada pelanggan. Oleh kerana proses RTC telah tidak diikuti, maka ianya telah menjejaskan imej dan reputasi Syarikat kerana barangan yang telah luput tarikh hayatnya telah dijual kepada pelanggan. 25. COW-2 juga menjelaskan Destroyed Process adalah satu proses dimana semua barangan yang telah tamat tempoh hayatnya hendaklah dimusnahkan berdasarkan shelf life dan hasil lawatannya juga mendapati proses ini telah tidak diikuti oleh Pihak Menuntut. 26. COW-3 pula merupakan Pengerusi yang telah dilantik untuk prosiding siasatan dalaman yang telah dijalankan pada 11.2.2014. Mengikut COW-3, panel siasatan dalaman setelah menimbang semua keterangan saksi-saksi yang dikemukakan semasa prosiding tersebut mendapati Pihak Menuntut bersalah atas 5 daripada 6 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. COW-3 mengesahkan mukasurat 83-123 COB-1 adalah nota verbatim bagi prosiding siasatan dalaman tersebut sementara mukasurat 128-134 COB-1 pula adalah keputusan panel siasatan. Kes Pihak Menuntut 27. Pihak Menuntut menyatakan berdasarkan surat penamatan perkhidmatan bertarikh 3.3.2014, perkhidmatan beliau telah ditamatkan berdasarkan kepada keputusan panel siasatan dalaman yang antara lain mendapati beliau telah dengan sengaja menyebabkan kerosakan dan berniat untuk menyebabkan kerugian kepada perniagaan Syarikat dengan cara menyimpan produk-produk yang telah luput tarikh hayatnya dan menyebabkan kerugian sebanyak RM 9593.00 kepada Syarikat. 28. Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak bersetuju dengan dakwaan yang dikenakan oleh Syarikat terhadapnya dan beliau telahpun menjelaskan secara terperinci dalam surat beliau bertarikh 1.2.2014 (mukasurat 68-69 COB-1). Beliau 9

juga menegaskan semasa kejadian tersebut berlaku, beliau berada di luar kawasan untuk menjalani latihan yang dianjurkan oleh Pihak Syarikat dan dengan itu tidak berada di Syarikat. 29. Pihak Menuntut juga mengakui dan mengesahkan Surat Lantikan beliau bertarikh 4.3.2002 mengandungi syarat-syarat dan terma-terma perkhidmatan beliau dengan Syarikat dan Klausa 14 secara jelas merujuk kepada Code of Conduct Syarikat. Pihak Menuntut juga dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab memohon maaf kerana terdapat miscommunication, kegagalan beliau untuk menyelia dengan teliti Bakery Manager dan kelewatan dalam melaksanakan Destroy Process. 30. Pihak Menuntut juga mengakui telah menghadiri latihan Managing Waste & Reduction Workbook. Selanjutnya Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak berada di Syarikat semasa lawatan dan penemuan tersebut kerana beliau menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Syarikat, namun begitu tiada sebarang bukti yang dikemukakan untuk menunjukkan beliau menghadiri latihan seperti yang dikatakan olehnya yang telah dianjurkan oleh Syarikat semasa kejadian tersebut berlaku. Isu 31. Oleh kerana isu berkaitan dengan pembuangan kerja Pihak Menuntut oleh Syarikat adalah tidak dinafikan oleh kedua-dua pihak dan ini jelas dapat dilihat melalui surat penamatan kerja bertarikh 3.3.2014, maka isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah kini adalah: i. Sama ada pertuduhan-pertuduhan ke atas Pihak Menuntut telah dibuktikan; dan 10

ii. Sekiranya ianya dibuktikan, sama ada salah laku tersebut mewajarkan kepada hukuman buang kerja. Undang-Undang 32. Fungsi Mahkamah Perusahaan dalam kes-kes rujukan di bawah Seksyen 20 Akta, Perhubungan Perusahaan 1967 adalah dua hala iaitu menentukan samada salah laku yang didakwa telah dilakukan itu telah dibuktikan dan samada salah laku yang dibuktikan itu adalah satu sebab atau alasan yang adil yang mewajarkan kepada tindakan pembuangan kerja. Ini adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 3 MLJ 537 iaitu:... the function of the Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is twofold, firstly to determine whether the misconduct complained of by the employer has been established, and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal. 33. Dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344 pula telah diputuskan: On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under section 20 of the Act (unless otherwise provided by the terms of reference), is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the Management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. 34. Memandangkan Pihak Syarikat telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas alasan Pihak Menuntut telah melakukan salah laku-salah laku seperti dalam pertuduhan, maka beban adalah terletak di atas Pihak Syarikat untuk membuktikan salah laku-salah laku tersebut telah dilakukan oleh Pihak Menuntut. Ini adalah seperti yang diputuskan dalam kes Goon Kwee Phoy v. J & P Coats (M) Sdn. Bhd. [1981] 2 MLJ 129 iaitu: 11

Where representations are made and are referred to the Industrial Court for enquiry, it is the duty of that court to determine whether the termination or dismissal is with or without just cause or excuse. If the employer chooses to give a reason for the action taken by him, the duty of the Industrial Court will be to enquire whether that excuse or reason has or has not been made out. If it finds as a fact that it has not been proved, the inevitable conclusion must be that the termination or dismissal was without just cause or excuse. The proper enquiry of the court is the reason advanced by it and that the court or the High Court cannot go into another reason not relied on by the employer or find one for it. 35. Adalah juga menjadi prinsip industrial jurisprudence bahawa dalam kes-kes pembuangan kerja, majikan perlu mengemukakan bukti yang kukuh dan keterangan yang jelas bahawa pekerja tersebut telah melakukan salah laku-salah laku seperti yang didakwa telah dilakukan yang membawa kepada pembuangan kerja pekerja tersebut. Beban pembuktian yang terletak di atas pihak majikan adalah atas imbangan kebarangkalian. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Telekom Kawasan Utara v. Krishnan Kutty Sanguni Nair & Anor [2002] 3 CLJ 314, iaitu:...it is quite clear to us that the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding the standard of proof, the rules of evidence and procedure that are applied in a court of law. The Industrial Court should be allowed to conduct its proceedings as a court of arbitration, and be more flexible in arriving at its decision, so long as it gives special regard to substantial merits and decide a case in accordance with equity and good conscience.... Thus, we can see that the preponderant view is that the Industrial Court, when hearing a claim of unjust dismissal, even where the ground is one of dishonest act, including theft, is not required to be satisfied beyond reasonable doubt that the employee has committed the offence, as in a criminal prosecution. On the other hand, we see that the courts and learned authors have used such terms as solid and sensible grounds, sufficient to measure up to a preponderance of the evidence, whether a case has been made out, on 12

the balance of probabilities, and evidence of probable value. In our view, the passage quoted from Administrative Law by HW R WADE and CP Forsyth offers the clearest statement on the standard of proof required, that is the civil standard based on the balance of probabilities, which is flexible, so that the degree of probability required is proportionate to the nature of gravity of the issue. Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah Siasatan Dalaman 36. Pihak Syarikat telah menjalankan siasatan dalaman pada 11.2.2014 untuk menyiasat pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap Pihak Menuntut sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Oleh yang demikian adalah menjadi tugas Mahkamah untuk meneliti nota-nota prosiding siasatan tersebut dan seterusnya mengesahkan sama ada siasatan dalaman tersebut dijalankan secara teratur dan sama ada nota-nota prosiding adalah tepat. (rujuk kes Bumiputra Commerce Bank Bhd. v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2004] 7 MLJ 441). 37. Pihak Syarikat telah mengemukakan Pengerusi panel siasatan dalaman, COW- 3, untuk memberi keterangan berkaitan dengan prosiding siasatan dalaman yang telah dijalankan. Berdasarkan kepada nota prosiding tersebut, Mahkamah mendapati COW-3 telahpun membaca setiap pertuduhan kepada Pihak Menuntut, mengambil pengakuan beliau dan telah memberi peluang kepada Pihak Menuntut untuk membela diri serta mengemukakan saksi-saksinya. Pihak Menuntut mendakwa siasatan dalaman yang dijalankan oleh Syarikat hanyalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa satu siasatan dalaman telah dijalankan sedangkan pada hakikatnya Syarikat telahpun membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau. 13

38. Setelah meneliti nota prosiding siasatan dalaman tersebut yang terdapat di mukasurat 82-123 COB-1, Mahkamah mendapati nota-nota tersebut dengan jelas menunjukkan Pihak Menuntut telah diberikan notis yang secukupnya mengenai tarikh siasatan dalaman dan juga butir-butir pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau. Pihak Menuntut juga telah menghadiri siasatan dalaman tersebut tanpa mengemukakan sebarang bantahan. Pihak Menuntut tidak pada bila-bila masa mempertikaikan atau mencabar nota siasatan dalaman tersebut. Oleh itu Mahkamah mendapati siasatan dalaman tersebut telah dijalankan secara teratur dan sah, nota-nota adalah tepat dan menggambarkan sepenuhnya prosiding siasatan dalaman yang telah dijalankan serta telah mematuhi prinsip keadilan asasi. 39. Pihak Menuntut pada mulanya telah dilantik sebagai Section Manager dengan Syarikat dan pada masa pembuangan kerja ini jawatan yang disandang oleh beliau adalah sebagai Trading Manager, yang menunjukkan Pihak Menuntut bukanlah merupakan pekerja biasa Syarikat. Sebagai Trading Manager di Jabatan Fresh, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk memastikan antara lain semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarikat dipatuhi sepenuhnya oleh pegawai bawahan beliau. Pihak Menuntut juga sepatutnya mengetahui apa yang diperlukan daripadanya oleh Syarikat. 40. Pihak Menuntut dalam pemeriksaan balas bersetuju dan mengesahkan sebagai Trading Manager, beliau telah diamanahkan oleh Syarikat untuk menyelia dan memastikan segala prosedur Syarikat seperti proses RTC, Destroyed Process dan Fresh Food Count dipatuhi sepenuhnya. COW-2 dalam keterangannya menyatakan hasil lawatan beliau ke Jabatan Fresh pada 11.1.2014, iaitu jabatan di bawah seliaan Pihak Menuntut, beliau mendapati terdapat bahan-bahan dan barangan yang telah luput tempoh hayatnya. Pihak Menuntut juga turut bersama dengan COW-2 dalam lawatan tersebut dan telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Namun begitu dalam lawatan selanjutnya di Jabatan Fresh pada 18.1.2014, COW-2 masih mendapati terdapat barang-barang yang telah luput tempoh 14

hayatnya di jabatan tersebut. Pihak Menuntut telah gagal untuk mengambil sebarang inisiatif untuk melupuskan barangan yang telah luput tempoh hayatnya sejak Oktober 2013 dan masih membenarkan pekerja di bahagian Bakery untuk menggunakan bahan yang telah luput tempoh hayat tersebut. Ini menunjukkan Pihak Menuntut telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya selaras dengan prosedur yang ditetapkan oleh Syarikat walaupun beliau telah diberitahu mengenainya oleh COW-2. Oleh yang demikian beliau telah mencabul kepercayaan yang diberikan oleh Pihak Syarikat keatasnya dan telah mengingkari tatacara dan amalan yang telah ditetapkan oleh Syarikat berkaitan dengan proses RTC, Destroyed Process dan Fresh Food Count. Memandangkan beliau telah mengingkari tatacara dan amalan Syarikat, maka beliau sekali lagi telah mencabul kepercayaan Syarikat apabila beliau gagal memastikan pelanggan-pelanggan tidak terdedah kepada risiko kesihatan berikutan penjualan makanan roti yang mengandungi ramuan (Apito Panco) yang telah luput tarikh hayatnya sejak Oktober 2013 lagi. 41. Mahkamah mendapati kegagalan Pihak Menuntut untuk memastikan Jabatan Fresh yang berada di bawah pemantauannya mematuhi tatacara yang telah ditetapkan oleh Syarikat berkaitan dengan RTC dan Destroyed Process dan ini telah menyebabkan Syarikat mengalami kerugian sebanyak RM 3650.44. Pihak Menuntut juga telah ditunjukkan bagaimana perkiraan kerugian bagi pertuduhan pertama ini dibuat, malah Pihak Menuntut dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab langsung tidak menafikan mengenai kerugian ini. Ketidakpatuhan pelupusan stok makanan ini telah ditemui oleh Mr. Richard Leonard, Ketua LPS semasa beliau membuat lawatan ke Jabatan Fresh di cawangan tersebut. Selain daripada itu Pihak Menuntut dalam menjalankan tugasnya juga telah gagal memastikan semua barangan di Jabatan Fresh yang telah mencapai tarikh luputnya dibuang secara sekaligus setelah kuantiti barangan tersebut direkodkan, sebaliknya Pihak Pengurusan mendapati Pihak Menuntut telah tidak mengikuti proses Destroy seperti yang ditetapkan oleh Syarikat apabila beliau memberi arahan kepada pegawai di bawah seliaannya agar bahan mentah yang telah rosak 15

disimpan untuk dilupuskan secara sedikit demi sedikit, yang mana ianya jelas bercanggah dengan tatacara yang telah ditetapkan iaitu semua barangan mentah yang telah rosak hendaklah dilupuskan sekaligus setelah ianya direkodkan. 42. Selanjutnya peguam Pihak Menuntut juga menghujahkan bahawa pegawai bawahan Pihak Menuntut yang sepatutnya dipersalahkan dengan pertuduhan pertama, kedua, keempat dan kelima dan bukannya Pihak Menuntut kerana Pihak Menuntut telahpun memberi arahan yang sewajarnya kepada pegawai bawahan beliau. Mahkamah berpendapat ini adalah satu sikap yang tidak dapat diterima kerana Pihak Menuntut tidak boleh melepaskan dirinya daripada tanggungjawab sepenuhnya yang telah diamanahkan keatasnya. Tambahan pula Pihak Menuntut gagal mengemukakan sebarang bukti untuk membuktikan beliau tidak berada di Syarikat pada masa yang material dan terdapatnya arahan yang dikeluarkan oleh Syarikat untuk beliau menghadiri kursus sepertimana yang didakwa oleh beliau. 43. Walaupun Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak berada di Syarikat pada 11.1.2014 semasa Mr. Richard dan COW-2 menjalankan pemeriksaan, namun semasa pemeriksaan balas beliau telah memberi keterangan yang bercanggah dimana beliau bersetuju bahawa beliau ada hadir dan bekerja pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan-pertuduhan. Ini dengan jelas menunjukkan walaupun beliau hadir dalam lawatan-lawatan tersebut, namun beliau masih gagal untuk mematuhi proses RTC dan Destroy Process. Malah dalam surat penjelasan kepada surat tunjuk sebab, Pihak Menuntut telah memohon maaf kepada Syarikat kerana terdapat miscommunication, kegagalan beliau untuk menyelia dengan teliti Bakery Manager yang berada di bawah tanggungjawab beliau dan lewat untuk melaksanakan Destroy Process. Ini dengan jelas menunjukkan Pihak Menuntut tidak teliti dalam menjalankan tugas penyeliaannya dan tanggungjawab yang diamanahkan keatasnya oleh Syarikat. Dalam kes Soil Dynamics (M) Sdn. Bhd. v. Yong Fui Kiew [2005] 2 ILR 817, Y.A. Pengerusi dalam keputusannya telah merujuk kepada buku Misconduct in Employment yang ditulis oleh BR Ghaiye yang telah menyatakan: 16

the relationship between an employer and an employee is of a fiduciary character and if the employee does an act which is inconsistent with the fiduciary relationship then it will be an act of bad faith for which his services can be terminated. 44. Pihak Menuntut memegang jawatan sebagai Trading Manager di Jabatan Fresh, oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk mengawasi dan menyelia kakitangan bawahan beliau di bahagian tersebut dan seterusnya memastikan segala tatacara dan arahan yang dikeluarkan oleh Syarikat telah dipatuhi sepenuhnya. Beliau tidak boleh menolak dan melepaskan tugas dan tanggungjawab beliau itu kepada pegawai bawahannya sekiranya pegawai bawahan beliau gagal mematuhi segala tatacara yang telah ditetapkan oleh Syarikat. Dengan jawatan yang disandang olehnya, Pihak Menuntut bertanggungjawaban dan dengan itu tidak boleh melepaskan atau menolak segala tanggungjawab atas alasan salah laku tersebut telah dilakukan oleh pegawai bawahannya. Sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk jabatan Fresh, Pihak Menuntut bertanggungjawab sepenuhnya untuk segala perbuatan pegawai bawahan di bawah seliaan dan pengawasan beliau. Pihak Menuntut mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadap Syarikat untuk memastikan segala tatacara dan arahan Syarikat diikuti sepenuhnya oleh pegawai bawahan beliau. Mahkamah tidak dapat bertolak ansur atas kegagalan Pihak Menuntut untuk memastikan segala tatacara yang telah ditetapkan oleh Syarikat itu dipatuhi sepenuhnya dan sekiranya perbuatan ini dibenarkan, maka sudah tentu akan menyebabkan keadaan kacau bilau atau huru hara dalam pengurusan sesebuah Syarikat. 45. Sebagai Trading Manager di Jabatan Fresh, Pihak Menuntut didapati telah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak Syarikat keatasnya untuk memastikan produk makanan yang dijual adalah selamat untuk dinikmati dan digunakan oleh semua pelanggan Tesco. Sepertimana yang telah dinyatakan di atas, sekiranya pihak pengguna melaporkan 9sebarang kes keracunan makanan akibat daripada terdedah kepada produk yang mengandungi ramuan yang rosak dan luput tarikh hayatnya, yang tidak selamat untuk dimakan 17

lagi, maka ini sudah tentu akan menyebabkan pihak Syarikat dikenakan tindakan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan sekaligus akan mencemarkan nama baik dan reputasi Syarikat. Pihak Menuntut sedar dan mempunyai pengetahuan mengenai kod etika kelakuan yang perlu beliau patuhi sepanjang perkhidmatannya dengan Syarikat kerana ianya telah dinyatakan dengan jelas di dalam surat tawaran perkhidmatan beliau iaitu klausa 14 yang menyatakan dengan jelas bahawa: As a member of the Tesco team, you will be an emissary of the Company and have responsibility to conduct yourself in a professional manner at all times. Your attention is drawn to the attached Code of Conduct, which for the duration of your employment, forms part of the Company s disciplinary rules. Any breach of the Code will be regarded as an offence requiring disciplinary action, which could lead ultimately to the termination of employment. Code of Conduct pula telah memperuntukkan: As an employee of TESCO, you have a responsibility to conduct yourself in a professional manner. Accordingly, you must: Conduct yourself with propriety at all times. Ensure that your activities do not bring the Company s good name into respute.. 46. Adalah juga tidak dinafikan sebagai seorang pekerja yang telah dilantik oleh Pihak Syarikat, maka Pihak Menuntut mempunyai tugas untuk taat dan setia dengan majikan beliau dimana beliau perlu memastikan majikan tidak mengalami sebarang kerugian, kerosakan atau diprejudis disebabkan oleh kegagalan atau ketinggalan beliau sendiri. Fakta dalam kes ini dengan jelas menunjukkan Pihak Menuntut telah gagal untuk menyelia pegawai bawahan beliau dan memastikan segala prosedur dan tatacara Syarikat telah dipatuhi sepenuhnya yang menyebabkan Syarikat terdedah kepada kemungkinan boleh diambil tindakan oleh Kementerian Kesihatan sekiranya terdapat aduan mengenai keracunan 18

makanan yang dialami oleh pelanggan akibat daripada bahan-bahan yang luput tarikh hayatnya yang masih diperagakan untuk jualan kepada pelanggan. 47. Berkaitan dengan pertuduhan keenam iaitu hadir lewat tanpa memaklumkan atau mendapat kebenaran daripada pegawai atasan beliau terlebih dahulu pula, keterangan COW-1 mengenai perkara ini adalah jelas dimana COW-1 menyatakan Pihak Menuntut sepatutnya memaklumkan atau mendapat kebenaran beliau sebagai Store Manager, Duty Manager dan Human Resource Manager terlebih dahulu sekiranya beliau tidak dapat masuk bekerja pada masa yang telah ditetapkan. Dalam kes ini Pihak Menuntut langsung tidak mendapatkan kebenaran atau memaklumkan kepada pegawai atasan beliau mengenai kelewatan untuk masuk bekerja pada 11.1.2014. Malah beliau juga gagal menunjukkan sebarang dokumen sokongan untuk menerangkan mengenai kelewatan beliau untuk masuk bekerja pada tarikh tersebut. Kelewatan untuk masuk bekerja dalam waktu kerja yang telah ditetapkan merupakan satu amalan yang tidak baik dan melanggar prosedur Syarikat. Sudah tentu Syarikat tidak boleh bertoleransi dengan kelakuan buruk ini kerana ianya jelas merupakan satu salah laku yang serius iaitu perlanggaran disiplin. Pihak Menuntut merupakan Trading Manager dan dengan itu beliau sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pekerja bawahan beliau. Tindakan beliau yang datang lewat tanpa kebenaran atau memaklumkan kepada pegawai atasannya jelas bukan merupakan contoh yang sepatutnya beliau tunjukkan. 48. Melalui keterangan-keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan kes ini jelas menunjukkan ini bukanlah kesalahan pertama yang dilakukan oleh Pihak Menuntut. Pihak Syarikat sebelum ini telahpun mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas Pihak Menuntut dan ekoran daripada itu surat amaran bertarikh 6.11.2013 (mukasurat 40 COB-1) juga telah dikeluarkan kepada Pihak Menuntut dan ianya adalah tidak dinafikan oleh Pihak Menuntut sendiri. Ini menunjukkan Pihak Menuntut langsung tidak menunjukkan sikap ingin berubah atau menghargai usaha Syarikat yang telah memberi peluang kepadanya untuk berubah. 19

Memandangkan Pihak Menuntut masih terus melakukan kesalahan walaupun telah diberi beberapa peluang, maka Mahkamah berpendapat keputusan Pihak Syarikat untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut atas salah laku-salah laku yang dilakukan adalah sesuatu yang wajar. 49. Sebagai Trading Manager, Pihak Menuntut sepatutnya bertindak untuk kepentingan Syarikat. Namun begitu keterangan menunjukkan beliau telah gagal untuk menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau melalui jawatan yang disandang olehnya. Beliau telah gagal mematuhi segala prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan yang bertujuan untuk menjaga kepentingan Syarikat. Tambahan pula ini bukanlah kali pertama beliau gagal mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Syarikat, dengan itu hukuman buang kerja adalah bertepatan dan sesuai dengan salah laku yang telah beliau lakukan itu. 50. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian pertuduhan-pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Pihak Menuntut dan memandangkan salah laku yang dilakukan itu adalah satu salah laku yang serius, maka keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah satu keputusan yang wajar, yang dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 51. Sebagai kesimpulan, setelah mengambilkira segala keterangan dan juga hujahanhujahan bertulis yang dikemukakan di Mahkamah dan pada masa yang sama kepada peruntukan Seksyen 30(5), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani dan merit kes tanpa memikirkan kepada 20

perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah memutuskan Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Dengan itu Mahkamah menolak tuntutan Pihak Menuntut. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 26 JULAI 2017. ~ SIGNED ~ (DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK 21