MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

eclaims - Gambaran Keseluruhan

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Ini adalah Tatakelakuan kita

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

TEMPAT MENARIK SYDNEY

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Tadbir Urus Korporat

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

PRUlink money market fund

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

TERMS AND CONDITIONS

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

Polisi Induk TravelPAC

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Polisi Insurans TravelPAC

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

SMK ST LUKE PROGRAM PASCA PT3 PANITIA SAINS MENENGAH RENDAH

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

06 APRIL Untuk maklumat lanjut sila rujuk peta di bawah.

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

Polisi Insurans TravelPAC

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2010/2011 Academic Session. April/May 2011

Piawaian Bon Hijau ASEAN

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

PENGARUH KELEMBAPAN KE ATAS KEKERUHAN ATMOSFERA (I): KAEDAH

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO. 1480 TAHUN 2017 Di Hadapan : Y.A. PUAN ROSENANI BINTI ABD RAHMAN - PENGERUSI Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur Tarikh Rujukan : 27.8.2015 Tarikh Sebutan : 12.10.2015; 13.11.2015; 13.12.2015; 18.1.2016; 16.6.2016; 10.10.2016 Tarikh Perbicaraan : 18.7.2016 Perwakilan : Encik Chandra Segaran Tetuan Prem & Chandra Peguam Pihak Menuntut Rujukan: Encik Wong Kian Jun bersama Encik N. Sivabalah Tetuan Shearn Delamore & Co. Peguam Pihak Syarikat Ini adalah suatu rujukan yang dibuat dibawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Zainuddin bin Ibrahim (selepas ini disebut sebagai 'Pihak Menuntut ) oleh Nichicon (Malaysia) Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat ) pada 24.9.2014. 1

AWARD Fakta Ringkas Pihak Menuntut mula bekerja di Syarikat pada 16.7.2002 sebagai Juruteknik Gred 4 di Jabatan Produksi. Pada 21.8.2012, Pihak Menuntut telah dinaikkan ke jawatan Senior Technician dan seterusnya pada 21.3.2014 dinaikkan pangkat dari Gred TL 4 ke TL 2 dengan kenaikan gaji ke RM2,361.00 sebulan. Melalui surat bertarikh 4.9.2014 (Muka surat 9 dan 10, COB), Pihak Menuntut telah digantung kerja bagi tujuan Siasatan Dalaman yang akan diadakan pada 10.9.2014. Di dalam surat ini juga Pihak Menuntut telah diminta untuk menjawab 3 pertuduhan semasa sesi Siasatan Dalaman, iaitu: 1. Didapati telah tidur semasa waktu bekerja di Bahagian 'Rack Automotive' pada 29 Ogos 2014, jam 7.30 pagi tanpa mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah. 2. Didapati telah melakukan kekasaran terhadap pekerja lain dengan memulas telinga Kris Anthony Buenaventura Bonsol (300007) dari Bahagian 'Production Control' pada 3 September 2014, antara jam 7.30 pagi dan 7.45 pagi di Bahagian 'Assembly WIP'. 3. Didapati telah menampar muka sebelah kiri pekerja lain iaitu Kris Anthony Buenaventura Bonsil (300007) dari Bahagian 'Production Control' pada 4 September 2014, antara jam 7.30 pagi dan 7.45 pagi di kawasan antara 2

bahagian Automotive dan Aging. Siasatan Dalaman pada 10.9.2014 telah ditangguhkan ke 15.9.2014 disebabkan oleh kelewatan Pihak Menuntut hadir pada masa yang ditetapkan. Satu Notis Siasatan Dalaman yang baru telah dikeluarkan pada 12.9.2014 dan pada 15.9.2014 Siasatan Dalaman telah dijalankan dimana Pihak Menuntut telah diberi peluang untuk mengemukakan kesnya dan menjelaskan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Melalui surat bertarikh 23.9.2014 (muka surat 14-15, COB), Pihak Menuntut dimaklumkan bahawa Pihak Syarikat mendapati dia bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut mulai 24.9.2014. Pihak Menuntut diberi tempoh 7 hari jika ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Syarikat. Pada 25.9.2014, Pihak Menuntut telah mengemukakan rayuannya yang antara lain menyatakan rasa tidak puas hati dengan proses Siasatan Dalaman kerana berlaku ketidakadilan. Pihak Menuntut juga mengatakan yang dia adalah mangsa keadaan dan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah dirancang dan satu diskriminasi untuk menjatuhkannya. Pihak Menuntut mengatakan yang dia tidak diberi peluang yang adil untuk membela diri semasa Siasatan Dalaman. Pihak Syarikat mengatakan tuduhan yang dihadapi oleh Pihak Menuntut adalah serius dimana ia melibatkan perbuatan ganas terhadap pekerja lain. Pihak Syarikat tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan seumpama itu demi memastikan suasana 3

kerja yang selamat dikalangan pekerja-pekerja di Syarikat. Perbuatan Pihak Menuntut ini juga merupakan satu pelanggaran polisi Syarikat yang dinyatakan dengan jelas di dalam 'Employee Handbook'. Undang-Undang Fungsi Mahkamah Perusahaan dalam kes-kes rujukan dibawah S.20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah menentukan sama ada salahlaku yang dikatakan dilakukan itu telah dibuktikan dan seterusnya sama ada salahlaku yang dibuktikan itu merupakan sebab atau alasan yang adil yang mewajarkan kepada tindakan pembuangan kerja. Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v Syarkat Hoing Leong Assurance Sdn Bhd & Anor Appeal [1995]3 CLJ 344 telah memutuskan seperti berikut: On the authorities, we were of the view that the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under s.20 of the Act (unless otherwise lawfully provided by the terms of the reference), is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as the grounds of dismissal were in fact committed by the workman, and if so, whether such ground constitute just cause or excuse for the dismissal. In our opinion, there was no jurisdiction by the Industrial Court to change the scope of 4

reference by substituting its own reason. Beban Pembuktian Adalah undang-undang mantap bahawa di dalam kes-kes pembuangan kerja, beban pembuktian adalah terletak atas Pihak Responden untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Ini adalah seperti yang diputuskan dalam kes Ireka Construction Bhd v Chantiravathan Subramaniam James [1995]2 ILR 11, iaitu: It is a basic principle of industrial law jurisprudence that in dismissal case the employer must produce convincing evidence that the workman committed the offence or offences the workman is alleged to have committed from which he has been dismissed. The burden of proof lies on the employer to prove that he has just cause or excuse for taking the decision to impose the disciplinary measures of dismissal upon the employees. The just cause must be either a misconduct, negligence or poor performance base on the fact of the case. Isu 1. Sama ada salahlaku seperti yang dipertuduhkan telah dibuktikan. 5

2. Sekiranya salahlaku tersebut telah dibuktikan sama ada pembuangan kerja Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil. Siasatan Dalaman Di dalam kes ini satu Siasatan Dalaman telah diadakan oleh Pihak Syarikat dimana Pihak Menuntut telah menafikan tuduhan-tuduhan yang dikenakan keatasnya. Pihak Menuntut juga mendakwa yang dia tidak diberi peluang yang adil untuk membela diri semasa Siasatan Dalaman. Adalah menjadi tugas Mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada proses Siasatan Dalaman adalah sah dan sama ada nota prosiding Siasatan Dalaman yang direkodkan adalah tepat atau sebaliknya. Seterusnya Mahkamah perlu melihat sama ada prinsip keadilan asasi telah dipatuhi dan keputusan panel Siasatan Dalaman adalah berlandaskan kepada keterangan yang dikemukakan di Mahkamah. Rujuk kes Metroplex Administration Sdn Bhd v Mohamed Elias [1998]5 CLJ 467. Disini Mahkamah bersetuju dengan kenyataan Pihak Menuntut bahawa Pihak Syarikat tidak mematuhi prosedur Siasatan Dalaman dan ini mengakibatkan Siasatan Dalaman menjadi tidak sah. Namun begitu Mahkamah ini tidak terikat dengan keputusan panel Siasatan Dalaman. Merujuk kes Hong Leong Equipment Sdn Bhd v Liew Fook Chuan & 6

Other Appeal [1997]1 CLJ 665 di muka surat 716, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: The fact that an employer has conducted a domestic inquiry against his workman is, in my judgement, an entirely irrelevant consideration to the issue whether the latter had been dismissed without just cause or excuse. The findings of a domestic inquiry are not binding upon the Industrial Court which rehears the matter afresh. However, it may take into account the fact that a domestic inquiry had been held when determining whether the particular workman was justly dismissed. Berpandukan kepada otoriti di atas, Mahkamah ini akan mendengar semula kes ini dan akan membuat keputusan berdasarkan keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan di Mahkamah. Bagi tujuan tersebut Mahkamah akan meneliti pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan keatas Pihak Menuntut satu persatu. Penilaian dan Dapatan Merujuk kepada surat pemberhentian kerja Pihak Menuntut bertarikh 23.9.2014 dimana Syarikat telah mendapati Pihak Menuntut bersalah diatas ketiga-tiga pertuduhan. Seterusnya Pihak Syarikat telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut mulai 24.9.2014. 7

Pertuduhan Pertama Bagi pertuduhan ini Pihak Menuntut mengakui dia ada tidur pada hari tersebut, tetapi bukan dalam waktu bekerja. Seterusnya COW 1 menunjukkan waktu kerja di Syarikat adalah dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang. Rujuk muka surat 37 COB, kenyataan Pihak Menuntut bertarikh 2.9.2014 berkenaan tidur semasa waktu kerja. Pihak Menuntut mengakui bahawa dia tidur masa waktu bekerja. Semasa disoal balas Pihak Menuntut menafikan gambar di muka surat 36 COB adalah gambarnya dan tidak setuju yang dia telah tidur pada waktu berkenaan. Pihak Menuntut mengesahkan kebiasaannya dia tidur pada waktu rehat di tempat rehat. Dia juga setuju jika tidur pada waktu rehat tidak perlu sembunyikan. Namun dia tidak setuju yang gambar di muka surat 36 menunjukkan dia bersembunyi tidur di belakang rak di bahagian Automotive Line. COW 3 dalam keterangannya mengatakan semasa dia di Bahagian Rack Automotive dalam pukul 7.30 pagi dia sendiri melihat Pihak Menuntut tidur sambil duduk diatas kerusi plastik. Dia terus mengambil gambar Pihak Menuntut sedang tidur dengan menggunakan telefonnya. Gambar tersebut adalah seperti yang dikemukakan di muka surat 36 COB. COW 3 mengambil gambar tersebut kerana Pihak Menuntut tidur dalam waktu kerja dan gambar itu perlu dikemukakan kepada Jabatan Sumber Manusia. 8

Keterangan ini disokong oleh penjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut semasa dia disoal siasat pada 2.9.2014. Rujuk muka surat 37 COB. Disini Pihak Menuntut mengatakan yang setiap pagi hari bekerja, semasa waktu rehat dia akan berehat dan tidur sekejap di atas kerusi di belakang rak di Bahagian Automotive Line. Pihak Menuntut mengakui yang dia kadang-kadang terlajak tidur dalam 5 ke 10 minit ini dalam waktu kerja. Ini menunjukkan kejadian tidur dalam waktu kerja ini juga berlaku pada hari-hari lain, tetapi tidak dilaporkan. Dengan itu Mahkamah mendapati Pihak Menuntut bersalah atas tuduhan pertama. Pertuduhan kedua dan ketiga adalah melibatkan mangsa yang sama, iaitu COW 3. Pertuduhan kedua adalah kejadian memulas telinga COW 3 yang berlaku pada 3.9.2014 dan petuduhan ketiga adalah kejadian Pihak Menuntut menampar muka sebelah kiri COW 3 pada 4.9.2014. Kedua-dua kejadian berlaku di tempat dan waktu yang sama, tetapi pada hari yang berlainan. Keterangan COW 3 disokong oleh laporan di muka surat 38 COB menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Motif Pihak Menuntut melakukan kekerasan ke atas COW 3 adalah jelas, iaitu ekoran dari aduan COW 3 kepada pihak Sumber Manusia berkenaan Pihak Menuntut tidur semasa waktu kerja. Walaupun keterangan COW 3 menyatakan dia tidak memberitahu Pihak Menuntut bahawa dia yang mengambil gambar tersebut, tetapi dia ada memberitahu kawan-kawan yang lain. Mahkamah berpendapat jika perkara ini diketahui oleh rakan sekerja COW 3, sudah pasti ia akan tersebar dan sampai ke pengetahuan Pihak Menuntut. 9

Semasa disoal balas, Pihak Menuntut mengesahkan dia dan COW 3 tidak ada perhubungan kerja dan tidak ada salah faham antara sama lain. Oleh yang demikian bagaimana boleh dikatakan COW 3 sengaja mereka-reka cerita dan mempunyai niat tidak baik terhadap Pihak Menuntut. Mahkamah berpendapat andaian yang dibuat oleh Pihak Menuntut adalah tidak berasas. Oleh itu adalah dapatan Mahkamah bahawa Pihak Menuntut bersalah atas pertuduhan kedua dan ketiga. Disini Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pihak Syarikat bahawa salahlakusalahlaku Pihak Menuntut, iaitu tidur dalam masa bertugas dan melakukan kekerasan fizikal atas pekerja lain adalah merupakan salahlaku yang serius dan boleh menjejaskan reputasi Syarikat. Keputusan Berdasarkan keterangan-keterangan dan hujahan bertulis yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak, Mahkamah mendapati pemberhentian kerja Pihak Menuntut adalah dengan bersebab atau alasan yang adil. Dalam membuat keputusan ini, Mahkamah telah mengambilkira peruntukan Sek. 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk bertindak mengikut ekuiti hati nurani dan merit kes tanpa memikirkan perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang. Mahkamah memutuskan Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa pemberhentian Pihak Menuntut adalah dengan sebab atau alasan yang adil, melihat kepada salahlaku-salahlaku yang dilakukan adalah serius dan boleh 10

menjejaskan reputasi Syarikat. Oleh yang demikian tuntutan Pihak Menuntut adalah dengan ini ditolak. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 17 OKTOBER 2017. signed ( ROSENANI BINTI ABD RAHMAN ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR 11