MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Tadbir Urus Korporat

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Ini adalah Tatakelakuan kita

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

TERMS AND CONDITIONS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

Polisi Induk TravelPAC

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Polisi Insurans TravelPAC

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

Polisi Insurans TravelPAC

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TAKLIMAT. PEMAHAMAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 29 Ogos 2018

PRUlink money market fund

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Transcription:

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017 Di Hadapan : Y.A. DATO' RASIDAH BINTI HJ. CHIK - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan, Cawangan Perak Tarikh Rujukan : 20 Ogos 2014 Tarikh Sebutan : 8 Oktober 2014, 10 November 2014, 10 Disember 2014, 12 Januari 2015, 13 Februari 2015, 17 Mac 2015 & 8 September 2015 Tarikh Bicara : 8 Oktober 2015 Representasi : Encik Raam Kumaar Tetuan KB Tan, Kumar + Partners Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Yang Menuntut] Pihak Yang Menuntut Hadir Dato T. Thavalingam Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill Peguambela & Peguamcara [Peguam Pihak Syarikat] 1

Rujukan Ini adalah suatu rujukan bertarikh 20.8.2014 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja JESU NATHAN A/L PAKRI (selepas ini disebut sebagai Pihak Menuntut) oleh UAC BERHAD (selepas ini disebut sebagai Pihak Syarikat) pada 21.1.2014. AWARD Latarbelakang Kes 1. Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 7.4.2008 sebagai Boiler Attendant dan telah disahkan dalam jawatannya pada 7.10.2008. Pada masa pembuangan kerja ini, jawatan Pihak Menuntut adalah sebagai Tradesman-Mechanical Leading Hand dan gaji terakhir beliau adalah RM2018.33 sebulan. 2. Pada 26.11.2013, Pihak Menuntut telah menerima surat tunjuk sebab dan penggantungan kerja di mana dalam surat tersebut terdapat empat (4) dakwaan salahlaku yang dikatakan telah dilakukan oleh Pihak Menuntut iaitu telah menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan terhadap Ketua beliau, Encik Thiruchelvam a/l Paramanandam (COW-6). Untuk kemudahan rujukan diperturunkan kandungan surat tunjuk sebab dan penggantungan tersebut dibawah ini. 2

3

4

3. Pihak Menuntut telah diminta untuk mengemukakan jawapan dan penjelasan bertulis kepada kesemua dakwaan yang terkandung dalam surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan surat tunjuk sebab itu. Pada masa yang sama perkhidmatan Pihak Menuntut juga telah digantung selama tujuh (7) hari dengan bayaran separuh gaji sementara siasatan dijalankan oleh Pihak Syarikat. 4. Pada 3.12.2013 Pihak Menuntut telah mengemukakan penjelasan kepada surat tunjuk sebab (rujuk surat di mukasurat 32-35 COB-1). Pihak Syarikat tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Pihak Menuntut dan memutuskan untuk meneruskan dengan siasatan dalaman bagi menyiasat pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas Pihak Menuntut. Dengan itu satu Notis Siasatan Dalaman bertarikh 6.12.2013 telah dikeluarkan oleh Pihak Syarikat untuk memberi notis kepada Pihak Menuntut bahawa satu siasatan dalaman akan dijalankan pada 16.12.2013 untuk memberi peluang kepada beliau menjawab kepada empat (4) pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 5. Pada 12.12.2013, Pihak Syarikat telah menerima surat dari Setiausaha Tempatan, Kesatuan Sekerja Pembuatan Barangan Galian Bukan Logam memohon agar siasatan dalaman yang dijadualkan pada 16.12.2013 ditangguhkan bagi membolehkan mereka mengadakan perbincangan secara menyeluruh sebagai persiapan untuk kes ini. Surat permohonan untuk penangguhan ini adalah seperti yang terdapat di mukasurat 39 COB-1. 6. Pihak Syarikat melalui surat bertarikh 12.12.2013 (mukasurat 40 COB- 1) memaklumkan kepada Pihak Kesatuan bahawa permohonan mereka untuk penangguhan telah dibenarkan dan tarikh baru untuk siasatan dalaman adalah pada 18.12.2013. Pihak Menuntut juga telah dimaklumkan mengenai penangguhan ini melalui surat bertarikh 13.12.2013 (mukasurat 41 COB-1). 5

7. Siasatan dalaman telah dijalankan pada 18.12.2013. Sepanjang prosiding siasatan dalaman tersebut, Pihak Menuntut telah diwakili oleh wakil dari Kesatuan Sekerja. Panel siasatan dalaman, setelah menimbang keterangan saksi-saksi dan bukti dokumentari yang dikemukakan dalam prosiding tersebut, mendapati Pihak Menuntut bersalah atas kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Laporan dan keputusan panel siasatan dalaman adalah seperti di mukasurat 42-49 COB-1. 8. Berdasarkan kepada laporan siasatan dalaman tersebut, Jawatankuasa Disiplin telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut (rujuk mukasurat 50-54 COB-1). Melalui surat bertarikh 21.1.2014 (mukasurat 55 COB-1), Pihak Menuntut telah dimaklumkan bahawa beliau telah didapati bersalah atas kempatempat pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan juga keputusan Pihak Responden untuk menamatkan perkhidmatan beliau berkuatkuasa sertamerta. 9. Tidak berpuas hati dengan keputusan pembuangan kerja tersebut, Pihak Menuntut telah memfailkan representasi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan setelah rundingan damai gagal dicapai di peringkat JPP, perkara ini telah dirujuk kepada Y.B Menteri Sumber Manusia, Malaysia. Setelah menimbang rayuan oleh Pihak Menuntut, Y.B. Menteri telah merujuk pembuangan kerja ini ke Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan. Kes Pihak Responden 10. Pihak Responden telah mengemukakan enam (6) orang saksi untuk membuktikan kes mereka. Saksi-saksi tersebut adalah: i. Encik Tung Khai Kow, Credit Manager/ Risk Coordinator - (COW-1) 6

ii. iii. iv. Encik Wong Ling Seang, Senior Manager for Production Department - (COW-2) Encik Mohd. Kamal Nizam bin Ismail, Assistant Manager, HR Department - (COW-3) Encik Abu Hassan bin Isobali, Boilerman - (COW-4) v. Encik Gopalsamy a/l Subramaniam, Services Foreman - (COW- 5) vi. Encik Thiruchelvam a/l Paramanandam, Manager Maintenance - (COW-6) 11. COW-5 adalah pegawai atasan Pihak Menuntut. Mengikut saksi ini pada pagi 11.11.2013, beliau ada memaklumkan kepada COW-6 bahawa Pihak Menuntut mempunyai masalah dengan penyusunan yang telah dibuat bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan di Boiler 2 untuk tujuan pemeriksaan tahunan. Menurut COW-5 lagi adalah menjadi tanggungjawab Pihak Menuntut untuk mengawasi kerja-kerja penyelenggaraan boiler memandangkan beliau adalah seorang yang berkelayakan seperti yang dinyatakan dalam Certificate of Competency beliau di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967. 12. Seterusnya COW-5 menyatakan apabila COW-6 datang ke pejabat Bilik Boiler, beliau telah bertanyakan kepada COW-5 berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan Boiler 2. Ketika itu Pihak Menuntut dan COW-4 juga turut berada di situ. COW-5 menyatakan beliau telah meminta Pihak Menuntut untuk membuka pintu pemeriksaan bagi membolehkan pekerja-pekerja kontrak Seong Heng membantu Pihak Menuntut untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan boiler tersebut. Menurut COW-5 Pihak Menuntut tidak berpuas hati dengan penyusunan tersebut dan dengan cara tidak sopan dan tidak hormat, telah meninggikan suaranya kepada COW-6 kerana telah 7

membenarkan pekerja-pekerja kontrak Seong Heng dan bukannya pekerja Syarikat sendiri untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan boiler tersebut. COW-6 menerangkan bahawa pekerja-pekerja kontrak tersebut hanya ditugaskan untuk membantu Pihak Menuntut bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Pihak Menuntut selanjutnya telah mengugut COW-6 dengan menyatakan beliau tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku disebabkan oleh pekerja-pekerja kontrak tersebut. Pihak Menuntut enggan mematuhi arahan yang diberikan ke atasnya untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan enggan bekerja bersama-sama dengan pekerja-pekerja kontrak tersebut. Setelah COW-6 meninggalkan pejabat, Pihak Menuntut dalam keadaan tidak hormat dan tidak sopan telah menendang pintu Bilik Boiler dan seterusnya menyatakan Buang kerja buanglah kerana tidak berpuas hati dengan COW-6 berkaitan dengan persediaan yang dibuat bagi kerja-kerja penyelenggaraan boiler tersebut. 13. Menurut COW-5 lagi beliau telah memaklumkan mengenai insiden ini kepada pihak pengurusan Syarikat melalui Inter-Office Memo (muka surat 25 COB-1). Beliau juga telah mengemukakan kenyataan bertulis (muka surat 28-29 COB-1) kepada Pihak Syarikat berkaitan dengan kejadian yang berlaku pada 11.11.2013 iaitu keengganan Pihak Menuntut untuk mematuhi arahan yang diberikan dan perbuatan beliau menendang pintu pejabat Boiler. 14. COW-4 adalah saksi yang berada di dalam pejabat Boiler dan menyaksikan segala kejadian yang berlaku pada 11.11.2013. Keterangan COW-4 menyokong keterangan COW-5 berkaitan dengan kejadian yang berlaku dalam bilik Boiler pada tarikh tersebut dan COW-4 mengesahkan Pihak Menuntut dalam nada yang tinggi dan marah, telah mempersoalkan arahan COW-6 mengenai keperluan menggunakan pekerja-pekerja kontrak untuk membantu menyelenggara boiler dan Pihak Menuntut juga enggan bekerja dengan pekerja kontrak sepertimana yang diarahkan oleh COW-6. 8

15. Mengikut COW-4 lagi selepas itu COW-6 telah menyatakan Pihak Menuntut tidak perlu menggunakan pekerja-pekerja kontrak tetapi perlu beliau memastikan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut disiapkan dalam tempoh 10 hari. Pihak Menuntut telah menjawab dan menyatakan kerja-kerja tersebut tidak dapat disiapkan dalam masa 10 hari dan enggan mengikut arahan COW-6. Setelah COW-6 meninggalkan Boiler Office, Pihak Menuntut dalam keadaan yang amat marah dan telah menendang pintu Boiler Office. 16. COW-1 pula telah dilantik sebagai Pengerusi bagi siasatan dalaman yang dijalankan pada 18.12.2013 bertujuan untuk menyiasat pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas Pihak Menuntut. Selain daripada beliau, terdapat dua (2) lagi ahli panel yang turut dilantik iaitu Encik Alias bin Tan dan Encik Ahmad Adril bin Ahmad Fuad. COW-1 menyatakan sebelum prosiding siasatan dalaman dimulakan, beliau telah bertanyakan soalan kepada Pihak Menuntut sama ada Pihak Menuntut mempunyai sebarang bantahan ke atas ahli-ahli panel yang telah dilantik. Setelah Pihak Menuntut menyatakan beliau tidak membantah dengan ahli-ahli panel yang dilantik, maka COW-1 telah meneruskan prosiding dengan membaca setiap pertuduhan kepada Pihak Menuntut di mana Pihak Menuntut telah mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan yang dibacakan kepadanya. 17. Menurut COW-1 dalam siasatan dalaman tersebut, Pihak Menuntut telah diwakili oleh wakil dari Kesatuan Sekerja. Pihak Menuntut dan wakilnya telah diberi peluang secukupnya untuk menyoal balas saksisaksi yang dikemukakan oleh Pihak Syarikat. Pihak Menuntut juga telah memberi keterangan dalam siasatan dalaman tersebut. Setelah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi, Panel siasatan dalaman mendapati Pihak Menuntut bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Laporan dan Keputusan Panel adalah seperti yang dapat dilihat di mukasurat 42-49 COB-1. COW-1 9

selanjutnya menyatakan Panel siasatan dalaman tidak membuat apaapa cadangan mengenai hukuman yang akan dikenakan ke atas Pihak Menuntut. 18. Sementara COW-2 pula telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang telah dijalankan pada 8.1.2014 berkaitan dengan Pihak Menuntut. Terdapat enam (6) orang ahli lain yang turut dilantik. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Encik Mohd. Kamal Nizam bin Ismail (wakil HR Department), Mr. Albert Thung Khai Kow (Pengerusi Siasatan Dalaman) dan Encik Zubair bin Abdullah (Head of Department). COW-2 menyatakan beliau telah meminta wakil HR dan Pengerusi panel siasatan dalaman untuk memberi penerangan kepada ahli jawatankuasa berkaitan dengan fakta kes tersebut dan keputusan yang telah dibuat oleh panel siasatan dalaman. Selain dari itu Ketua Jabatan juga telah dibenarkan untuk mengemukakan pandangan beliau dalam kes ini. Setelah itu wakil HR, Pengerusi panel siasatan dalaman dan Ketua Jabatan telah diminta untuk meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Setelah berbincang dan menimbang kesalahan lampau Pihak Menuntut (surat amaran bertarikh 28.6.2013) dan keputusan panel siasatan dalaman, Ahli-ahli Jawatankuasa Disiplin secara sebulat suara telah bersetuju dan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut berdasarkan alasan-alasan: i. A 1 st warning letter was issued in June 2013 on JN S conduct of insubordination wherein he admitted his mistake, apologized and promised it WOULD NOT happen again. ii. Current disciplinary issue reflected a repeat of his misconduct, act of disrespect and challenging his superior with irresponsible and threatening-like remarks, collectively is deemed as major misconduct and SHOULD NOT be condoned. 10

iii. iv. Being a competent leading hand at the boiler need the correct attitude and should set examples to his peers and subordinates. He should discharge his duties with full responsibilities. This should send message to other employees that the management views this as serious and not to be tolerated. In addition, the following was critically highlighted and considered: v. Boiler area is the critical area where it must be running in good condition. This area is critical whereby, under the regulated requirements DOSH Officer will carry out inspections to ensure the regulations and certifications are strictly adhered. Maintenance must be done to ensure it is running in good condition. Therefore it requires a competent person with a good attitude to assist the managers and foreman to run the boilers. 19. COW-2 telah mengemukakan Reports of Disciplinary Committee Meeting (mukasurat 50-54 COB-1) kepada Syarikat untuk tindakan selanjutnya. Sementara COW-3 pula dalam keterangannya menyatakan surat penamatan kerja bertarikh 21.1.2014 (mukasurat 55 COB-1) telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh beliau. Menurut COW-3, Pihak Menuntut telah mula bekerja pada 7.4.2008 sebagai Boiler Attendant (mukasurat 4-5 COB-1) dan telah disahkan dalam jawatan pada 7.10.2008 (rujuk surat di mukasurat 6 COB-1). 20. COW-3 selanjutnya menyatakan Pihak Responden telah menerima Pemberitahuan Berkaitan salahlaku bertarikh 18.11.2013 dari COW- 6 (mukasurat 23 COB-1) berkaitan dengan keengganan Pihak Menuntut untuk mematuhi arahan dan menunjukkan sikap tidak hormat dalam masa menjalankan tugasnya. COW-3 juga telah menerima Pernyataan dari COW-6 dan COW-5 berkaitan dengan beberapa perbuatan salahlaku yang telah dilakukan oleh Pihak 11

Menuntut pada 11.11.2013 dan perbuatan Pihak Menuntut yang telah menendang pintu pejabat boiler setelah tidak berpuas hati dengan perbincangan berkaitan dengan penyelenggaraan tahunan boiler tersebut. Selain daripada itu Pihak Syarikat juga ada menerima pernyataan daripada Encik Puventhiran pada 18.11.2013 yang menyatakan beliau ada menerima memo bertarikh 15.11.2013 daripada Encik Gopalsamy yang memaklumkan berkaitan dengan insiden Pihak Menuntut menendang pintu bilik pejabat boiler. Sementara pernyataan Encik Gopalsamy pula (mukasurat 28-29 COB- 1) telah diterima oleh Pihak Syarikat pada 22.11.2013. Pernyataan ini adalah berkaitan dengan perbuatan ingkar perintah Pihak Menuntut di mana beliau telah menyatakan Pihak Menuntut telah bersikap biadab dan tidak menghormati beliau, menengking dan seterusnya menendang pintu bilik boiler. 21. Setelah menerima aduan-aduan berkaitan dengan salahlaku Pihak Menuntut, Syarikat telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dan Surat Penggantungan Kerja kepada Pihak Menuntut pada 26.11.2013 (mukasurat 30-31 COB-1). Pihak Menuntut telah diminta untuk memberikan penjelasan atas empat (4) pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Walaupun Pihak Menuntut telah mengemukakan jawapan kepada surat tunjuk sebab tersebut, namun begitu Pihak Syarikat tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan dengan itu memutuskan untuk meneruskan dengan siasatan dalaman. Notis siasatan dalaman bertarikh 6.12.2013 telah dikeluarkan bertujuan untuk memberi notis mengenai tarikh siasatan dalaman kepada Pihak Menuntut. 22. Siasatan dalaman yang sepatutnya dijalankan pada 16.12.2013 telah ditangguhkan ke 18.12.2013 atas permohonan Kesatuan Sekerja Pembuatan Barangan Galian Bukan Logam, wakil Pihak Menuntut. Menurut COW-3 lagi siasatan dalaman telah dijalankan pada 18.12.2013 di mana Pihak Menuntut telah hadir dan memberi keterangan dalam prosiding tersebut. Setelah menimbang keterangan yang dikemukakan semasa siasatan dalaman tersebut, panel siasatan 12

mendapati Pihak Menuntut bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 23. Pada 8.1.2014, mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah diadakan untuk membincangkan keputusan yang akan diambil ke atas Pihak Menuntut dan Jawatankuasa Disiplin bersetuju dan mencadangkan Pihak Menuntut ditamatkan perkhidmatannya (mukasurat 50-54 COB- 1). Selanjutnya melalui surat Penamatan Kerja bertarikh 21.1.2014 (mukasurat 55 COB-1), Pihak Syarikat telah memaklumkan kepada Pihak Menuntut memandangkan salahlaku yang dilakukan adalah serius ditambah pula dengan rekod disiplin lampau beliau, maka Pihak Syarikat tidak ada pilihan lain selain daripada memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan beliau dengan sertamerta. COW-3 juga menyatakan Pihak Menuntut telah diberi peluang untuk mengemukakan rayuan, namun begitu tiada sebarang rekod yang menunjukkan Pihak Menuntut ada membuat rayuan terhadap keputusan penamatan kerja tersebut. 24. Selanjutnya COW-3 menyatakan polisi Syarikat (mukasurat 56-61) dengan jelas telah mentakrifkan perbuatan yang terjumlah kepada salahlaku. Pihak Menuntut telahpun menghadiri taklimat yang diadakan berkaitan dengan polisi ini dan ini dapat dilihat melalui Senarai Kedatangan di mukasurat 62 COB-1. 25. COW-5 pula merupakan saksi utama yang menyaksikan apa yang telah berlaku pada tarikh tersebut. Mengikut COW-5, Pihak Menuntut telah meninggikan suaranya secara biadab dan tidak menghormati dan mempertikaiakan arahan COW-6 berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah diberikan kepada pekerja-pekerja kontrak Seong Heng dan bukannya pekerja Syarikat sendiri. Walaupun COW- 6 telah menerangkan kepada Pihak Menuntut bahawa pekerja-pekerja kontrak telah ditugaskan untuk membantu Pihak Menuntut menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan dalam masa yang ditetapkan, Pihak Menuntut telah mengugut COW-6 dan menyatakan beliau tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku 13

disebabkan oleh pekerja-pekerja kontrak tersebut. Menurut COW-5, Pihak Menuntut enggan mematuhi arahan yang diberikan oleh COW- 6 untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan enggan bekerja bersama-sama dengan pekerja-pekerja kontrak tersebut. Menurut COW-5 lagi selepas COW-6 meninggalkan pejabat boiler, Pihak Menuntut kemudiannya secara tiba-tiba dalam keadaan marah dan tidak hormat telah menendang pintu pejabat Boiler yang menyebabkan kerosakan pada plywood dan menyatakan Buang kerja buanglah kerana tidak berpuas hati dengan COW-6 berkaitan dengan penyusunan kerja yang telah dibuat untuk penyelenggaraan boiler tersebut. 26. COW-5 telah mengemukakan Inter-Office Memo dan pernyataan bertulis kepada pihak Syarikat berkaitan dengan perbuatan Pihak Menuntut menendang pintu pejabat Boiler dan keengganan beliau untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh COW-6. Mengikut COW- 5 lagi COW-4 juga turut berada di pejabat Boiler dan menyaksikan kesemua kejadian yang berlaku pada 11.11.2013 itu. 27. COW-5 selanjutnya menyatakan plant Pihak Syarikat di Ipoh adalah untuk mengeluarkan Cellulose Fibre Cement Boards, oleh itu Boiler- Boiler adalah diperlukan dalam memproses dan mengeluarkan Board tersebut. Disamping itu Pihak DOSH juga akan menjalankan pemeriksaan ke atas Boiler-Boiler tersebut untuk memastikan ianya diselenggara dengan baik. Dalam kes ini pihak DOSH dijadualkan akan menjalankan pemeriksaan Boiler pada 25.11.2013 dan sekiranya selepas pemeriksaan didapati Boiler tidak diselenggara dengan baik, maka pegawai DOSH boleh mengarahkan Boiler diberhentikan penggunaannya dan ini sudah tentu akan menjejaskan operasi harian dan pengeluaran Pihak Syarikat. 28. COW-5 juga menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Pihak Menuntut untuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan ke atas Boiler memandangkan beliau adalah seorang yang layak sepertimana yang 14

dinyatakan dalam Certificate of Compentency beliau di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967. Pihak Menuntut juga sebelum ini tidak mempunyai sebarang masalah dan telah bekerja bersama-sama dengan pekerja-pekerja kontrak untuk menyelenggara Boiler No. 1. 29. Saksi terakhir Pihak Responden, COW-6, menyatakan pada 11.11.3013 beliau telah dimaklumkan oleh COW-5 bahawa Pihak Menuntut menghadapi masalah atas penyusunan yang telah dibuat bagi kerja-kerja penyelenggaran yang sepatutnya dijalankan di Boiler No. 2 berikutan dari Pemeriksaan Tahunan yang dijadualkan pada 25.11.2013. Apabila beliau sampai di pejabat Boiler No. 2, beliau diberitahu oleh COW-5 bahawa Pihak Menuntut enggan membuka pintu pemeriksaan untuk membolehkan pekerja-pekerja kontrak Seong Heng sama-sama melakukan kerja penyelenggaraan boiler. 30. COW-6 selanjutnya menyatakan Pihak Menuntut telah meninggikan suaranya secara tidak sopan dan mempersoalkan beliau berkaitan dengan kerja-kerja telah diberikan kepada pekerja-pekerja kontrak dari Seong Heng dan bukan pekerja-pekerja Pihak Syarikat sendiri. Disamping itu Pihak Menuntut juga telah mengancam dengan menyatakan beliau tidak akan bertanggungjawab sekiranya didapati apa-apa berlaku disebabkan oleh pekerja-pekerja kontrak tersebut. Seterusnya COW-6 menyatakan Pihak Menuntut telah ingkar perintah dan arahan yang telah diberikan kepadanya untuk menjalankan kerja penyelenggaraan dan enggan untuk bekerja bersama dengan pekerjapekerja kontrak. 31. Menurut COW-6 lagi beliau telah menerangkan kepada Pihak Menuntut bahawa pekerja-pekerja kontrak diperlukan bagi membantu Pihak Menuntut untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Setelah mendengar penjelasan dari COW-6, Pihak Menuntut menjadi marah dan secara biadab telah membalas bahawa beliau tidak dapat memberi jaminan kerja tersebut dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. 15

32. COW-6 selanjutnya menyatakan Syarikat mempunyai 3 boiler dan boiler yang perlu diselenggara adalah Boiler 2. Menurut COW-6 lagi kebiasaannya sekurang-kurangnya 3 hingga 4 orang diperlukan untuk kerja-kerja menyelenggara Boiler. Pihak Syarikat telah melantik pekerja-pekerja kontrak Seong Heng dan COW-5 telah mengarahkan pekerja-pekerja kontrak ini untuk membantu Pihak Menuntut menyiapkan kerja-kerja penyelenggaraan Boiler sebelum pemeriksaan tahunan oleh pegawai DOSH pada 25.11.2013. Seterusnya mengikut COW-6 lagi sekitar bulan Jun-Julai 2013, Pihak Menuntut telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Boiler No. 1 dengan dibantu oleh pekerja-pekerja kontrak Seong Heng tanpa sebarang masalah. Penyelenggaraan boiler ini perlu dilakukan dan disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan untuk memastikan Boiler dalam keadaan baik dan sedia untuk diperiksa oleh pegawai DOSH pada tarikh yang ditetapkan. COW-6 juga menyatakan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Pihak Menuntut sebagai Leading Hand, untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Boiler memandangkan beliau adalah seorang yang berkelayakan untuk menjalankan kerja-kerja yang diperlukan berkaitan dengan Boiler. Kes Pihak Menuntut 33. Pihak Menuntut menyatakan melalui surat tunjuk sebab bertarikh 26.11.2013 (mukasurat 30-31 COB-1), beliau telah dipertuduhkan dengan empat (4) pertuduhan dan pada masa yang sama perkhidmatan beliau telah digantung selama tujuh (7) hari. Beliau telah mengemukakan jawapan kepada surat tunjuk sebab tersebut dan ianya adalah seperti yang terdapat di mukasurat 32-35 COB-1. Menurut Pihak Menuntut, beliau telah bekerja sebagai boilerman selama 15 tahun dan beliau sudah terbiasa bercakap dengan nada yang kuat dan tinggi kerana kawasan steam boiler sangat bising. Oleh itu beliau menafikan telah menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak 16

sopan kepada COW-6 kerana beliau selalunya bercakap dengan nada yang tinggi. Pihak Menuntut menyatakan beliau hanya mempersoalkan tindakan COW-6 yang telah membenarkan pekerjapekerja kontrak Seong Heng untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan memandangkan kerja-kerja tersebut adalah merbahaya tambahan pula pekerja-pekerja tersebut adalah tidak dilindungi. Pihak Menuntut juga menyatakan beliau juga ingin mendapatkan penjelasan berkaitan dengan tindakan COW-6 yang telah membuat aduan kepada Pengurus Besar atas perkara yang kecil. Selanjutnya Pihak Menuntut menafikan telah menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan dengan menendang pintu bilik Boiler sebaliknya menyatakan beliau hanya menolak pintu tersebut dengan menggunakan kakinya kerana pintu tersebut rosak. Undang-Undang 34. Pihak Menuntut dalam kes ini telah didakwa dengan kesalahan ingkar perintah. Mahkamah ingin merujuk kepada buku yang bertajuk Misconduct in Employment, 3 rd Edition, yang ditulis oleh B.R. Ghaiye di mana dalam buku tersebut, penulis telah menghuraikan beberapa contoh perbuatan yang boleh dikatakan terjumlah kepada ingkar perintah, iaitu: It is well established that rude behaviour towards the superior officers is misconduct. Rude behaviour towards superior officers will amount to remissness for which the worker can be dismissed. A subordinate who behaves in such an impertinent fashion cannot be allowed to continue in service. As far as the bahaviour towards the superiors is concerned, it need not come to the extent of assault or violence. Even discourteous or insolent behaviour towards superiors is sufficient to constitute insubordination. Improper behaviour towards a superior merits dismissal.. 17

35. Undang-undang berkaitan dengan ingkar perintah (insubordination) adalah jelas di mana pekerja-pekerja mempunyai tugas untuk mematuhi setiap arahan yang telah diberikan oleh ketua mereka. Ini adalah seperti yang telah diputuskan dalam kes Ngeow Voon Yean v. Sungei Wang Plaza Sdn. Bhd./ Landmarks Holdings Bhd. [2006] 5 MLJ 113, iaitu: In Malaysia, the general rule governing the doctrine of superior orders is nothing more than the duty of obedience that is expected of an employee. The most fundamental implied duty of an employee is to obey his employer s orders working as instructed is the employee s basic consideration under a contract of employment just as providing remuneration is the basic consideration of his employer. The duty of an employee at common law is also similar in that he is to comply with all lawful and reasonable orders given by his employer with respect to the performance of such functions within the scope of his employment. That duty is one of the fundamental obligations which are deemed to be impliedly undertaken in every contract of hiring. 36. Sementara itu Raja Azlan Shah (DYMM ketika itu) dalam kes Menon v. The Brooklands (Selangor) Rubber Co Ltd. [1968] 1 MLJ 15, telah menyatakan seperti berikut: It is well established law that willful disobedience of a lawful and reasonable order of the employer will justify summary dismissal. It is also axiomatic that one act of disobedience or misconduct can justify instant dismissal if it is of a nature which goes to show that the servant is repudiating the contract or one of its essential conditions. 37. Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan keputusan dalam kes Menon, supra, di atas, dan seterusnya dalam keputusannya telah menjelaskan lagi bagaimana perlanggaran tugas untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh majikan merupakan satu pemecahan 18

fundamental perhubungan antara majikan dan pekerja, di mana Pike CJ telah memutuskan seperti berikut: This, in addition to the contumacious manner in which he refused to obey instruction to see the manager of the estate, went far beyond a mere isolated act of disobedience of a lawful order. It challenged and rejected the whole fabrics of the relationship of employer and effectively destroyed the trust which must subsist in any such relationship where the employee holds a responsible position. 38. Sementara itu dalam kes Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Alat-Alat Pengangkutan & Sekutu v. Kilang Pembinaan Kereta- Kereta Sendirian Bhd., Johore Bharu [1980] 1 ILR (Rep) 229, telah diputuskan seperti berikut: An act of insubordination by an employee undermines the very structure of the said relationship and unless it could be shown that it was as a result of the unreasonable act of insubordination by the employee it is difficult for the Court not to support the decision of the employer to terminate the employment of the erring employee by dismissal for insubordination. Isu 39. Isu yang perlu diputuskan dalam kes ini adalah sama ada: i. salah laku-salah laku yang didakwa telah dilakukan oleh Pihak Menuntut telah dibuktikan; dan ii. sekiranya ianya telah berjaya dibuktikan, sama ada pembuangan kerja adalah dengan sebab atau alasan yang adil. 19

Siasatan Dalaman 40. Pihak Syarikat telah menjalankan satu siasatan dalaman pada 18.12.2013 sebelum Syarikat mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut. Oleh itu adalah menjadi tugas Mahkamah untuk meneliti nota-nota prosiding siasatan dalaman tersebut dan seterusnya mengesahkan sama ada siasatan dalaman tersebut dijalankan secara teratur dan sama ada nota-nota prosiding adalah tepat. Ini adalah seperti yang telah dinyatakan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Bumiputra Commerce Bank Bhd. v. Mahkamah Perusahaan Malaysia & Anor [2004] 7 MLJ 441. 41. Pihak Syarikat telah mengemukakan COW-1, iaitu Pengerusi panel siasatan, untuk memberi keterangan berkaitan dengan prosiding siasatan dalaman yang telah dijalankan. Dalam keterangannya COW- 1 menyatakan dalam prosiding tersebut, Pihak Menuntut telah dibenarkan untuk mengemukakan kes dan pembelaan beliau atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Selain daripada itu Pihak Menuntut juga telah diwakili oleh wakil dari Kesatuan Sekerja sepanjang prosiding tersebut. Dan di akhir prosiding siasatan dalaman, Pihak Menuntut telah diberi peluang untuk mengemukakan hujahan berkaitan kesnya. Pihak Menuntut pula menyatakan siasatan dalaman yang dijalankan itu telah melanggar keadilan asasi beliau kerana beliau telah tidak diberi peluang untuk mengemukakan saksinya. 20

42. Setelah meneliti nota prosiding siasatan dalaman tersebut yang terdapat di mukasurat 1-28 CLB-1, jelas menunjukkan Pihak Menuntut telah diberikan notis yang secukupnya mengenai tarikh siasatan dalaman dan juga butir-butir pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau. Berdasarkan nota prosiding tersebut juga didapati Pihak Menuntut telah menghadiri siasatan dalaman tersebut dan telah diwakili oleh wakil dari Kesatuan Sekerja. Pihak Menuntut juga telah diberi peluang untuk membela dirinya, membaca dan mengesahkan nota keterangan beliau sebelum menurunkan tandatangannya. Mahkamah mendapati Pengerusi panel juga telah menerangkan kepada Pihak Menuntut hak-hak beliau untuk menyoal balas saksisaksi Pihak Syarikat dan untuk membawa saksi-saksi beliau sendiri dalam prosiding tersebut. Berdasarkan nota prosiding tersebut juga jelas menunjukkan Pihak Menuntut dan wakilnya telah diberi peluang untuk mendengar keterangan-keterangan saksi-saksi Syarikat dan seterusnya untuk menyoal balas saksi-saksi tersebut. Oleh yang demikian Mahkamah mendapati siasatan dalaman yang dijalankan terhadap Pihak Menuntut telah dijalankan secara teratur dan selaras dengan prinsip keadilan asasi. Nota-nota prosiding juga adalah tepat dan menggambarkan prosiding yang telah dijalankan. 43. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat perlanggaran hak keadilan asasi semasa siasatan dalaman yang dijalankan oleh Pihak Syarikat, ianya boleh dipulihkan melalui pendengaran semula di hadapan Mahkamah ini. Undang-undang adalah mantap iaitu sekiranya siasatan dalaman tersebut didapati defektif dan tidak mematuhi prinsip keadilan asasi, ia adalah satu salah aturan yang boleh diperbetulkan dan tidak akan menjadikan penamatan kerja tersebut 21

telah dilakukan secara tidak adil. Ini adalah sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Yuen Hock v. Syarikat Hong Leong Assurance Sdn. Bhd. & Anor [1995] 3 CLJ 344 dimana Mohd. Azmi, HMP, telah menyatakan seperti berikut: The Industrial Court was not competent to declare the dismissal void for failure to comply with the rules of natural justice. The very purpose of the inquiry before the Industrial Court was to give both parties to the dispute an opportunity to be heard irrespective of whether there was a need for the employer to hold a contractual or statutory inquiry. We were confident that the Industrial Court as constituted at present was capable of arriving at a fair result by fair means on all matters referred to it. If therefore there had been a procedural breach on natural justice committed by the employer at the initial stage, there was no reason why it could not be cured at the re-hearing by the Industrial Court. 44. Memandangkan prosiding siasatan dalaman telah dijalankan secara teratur dan mengikut keadilan asasi, maka langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh Mahkamah adalah untuk menilai samada Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian, berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah, bahawa salah laku - salah laku yang dipertuduhkan itu telah dilakukan oleh Pihak Menuntut dan sekiranya ianya telah dibuktikan, samada salah laku tersebut mewajarkan kepada keputusan pembuangan kerja. 22

Penilaian Keterangan dan Dapatan Mahkamah 45. Berdasarkan surat tunjuk sebab dan penggantungan kerja yang dikeluarkan oleh Pihak Syarikat, Pihak Menuntut telah didakwa melakukan empat (4) kesalahan iaitu: i. Menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan terhadap Ketua Jabatan, COW-6, dengan meninggikan suara terhadap beliau serta mempersoalkan tentang sebab-sebab mengapa pekerja kontrak Seong Heng telah diberikan tugas penyelenggaraan di Boiler 2 dan bukannya pekerja Syarikat. ii. iii. iv. Menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan terhadap Ketua Jabatan, COW-6, kerana menjerit dengan nada yang tinggi kepada beliau dengan berkata bahawa beliau tidak melindungi pekerja di bawah penyeliaannya dan sering kali memberikan Surat Tunjuk Sebab kepada Boilerman dan Boiler Attendant Assistant serta setiap kali memerlukan bantuan Pengurus Besar Operasi Kilang sekiranya beliau tidak dapat menyelesaikan masalah. Menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan dengan menendang pintu di Boiler House Office sehingga pecah. Membuat ugutan bahawa tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah di Boiler 2 sekiranya pihak Syarikat menggunakan pekerja kontrak. 23

Tuduhan Pertama, Kedua dan Keempat 46. Pihak Syarikat telahpun mengemukakan COW-4, COW-5 dan COW-6 untuk membuktikan pertuduhan-pertuduhan ini. Ketiga-tiga saksi ini adalah merupakan saksi yang berada di tempat kejadian dan melihat segala kejadian yang berlaku ketika itu. COW-4 dalam keterangannya mengesahkan Pihak Menuntut dalam keadaan marah telah meninggikan suaranya kepada COW-6 dan mempersoalkan keputusan COW-6 yang mengarahkan pekerja-pekerja kontrak Seong Heng membantu Pihak Menuntut untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Boiler dan seterusnya menyatakan COW-6 tidak pandai menjaga pekerja Boiler dan selalu merujuk masalah disiplin kepada pegawai lain. Keterangan COW-4 ini telah disokong dengan keterangan COW-5 di mana COW-5 dalam keterangannya menyatakan Pihak Menuntut telah meninggikan suaranya secara tidak hormat dan tidak sopan kepada COW-6 dan telah mempersoalkan mengapa COW-6 memberikan kerja-kerja tersebut kepada pekerjapekerja kontrak Seong Heng sedangkan ianya boleh dilakukan oleh pekerja-pekerja Syarikat sendiri. COW-5 juga menyatakan Pihak Menuntut telah mengancam COW-6 bahawa beliau tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku disebabkan oleh pekerja-pekerja kontrak tersebut. 47. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan COW-4, COW-5 dan COW-6 itu, adalah jelas menunjukkan Pihak Menuntut telah ingkar arahan yang diberikan oleh ketuanya, COW-6. Perbuatan beliau yang telah meninggikan suara semasa bercakap dengan COW-6, mempersoalkan arahan ketuanya dan mengancam COW-6 jelas menunjukkan beliau telah melakukan salah laku yang serius. Oleh itu Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan pertuduhan-pertuduhan pertama, kedua dan keempat atas imbangan kebarangkalian. Malah Pihak Menuntut sendiri tidak menafikan telah meninggikan suaranya semasa bercakap dengan COW-6 dan dalam pemeriksaan balas, beliau mengakui telah bercakap dengan lantang dan dalam nada yang menjerit semasa bercakap dengan COW-6. 24

Walaupun Pihak Menuntut cuba menyatakan beliau terpaksa bercakap dalam nada yang tinggi disebabkan keadaan yang bising di situ dan beliau memakai earplug ketika itu, namun perkara ini hanya dibangkitkan semasa perbicaraan ini sahaja. Pihak Menuntut langsung tidak menyentuh mengenai perkara ini dalam jawapan kepada surat tunjuk sebab dan ini jelas menunjukkan ianya adalah satu rekaan dan afterthought semata-mata. 48. Pihak Menuntut dalam hujahan bertulis yang difailkan menghujahkan beliau tidak perlu mematuhi atau mengikuti arahan COW-6 kerana tidak wujud sebarang peraturan sama sekali yang memerlukan beliau menggunakan pekerja kontrak tanpa tauliah untuk mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan Boiler. Undang-undang berkaitan dengan perhubungan majikan dan pekerja adalah mantap di mana seseorang pekerja itu mempunyai tugas tersirat untuk mematuhi setiap arahan yang sah dan munasabah yang diberikan oleh majikannya. Walaupun Pihak Menuntut tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan oleh pegawai atasannya, adalah menjadi kewajipan Pihak Menuntut untuk mematuhi arahan tersebut. Dalam kes Ngeow Voon Yean, supra, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut berkaitan dengan arahan-arahan pegawai atasan yang perlu dipatuhi oleh seseorang pekerja, iaitu; it may well be that an employee is cought in the situation that he is required to obey an order and he is doubtful whether the order is legal or not. Under those circumstances, the proper course is for the employee to obey the order first and to challenge its legality in separate proceedings. This distinction is made on the basis that if the law allows the employee to disobey any order he thinks is not legal, it would be impossible for the management to maintain discipline and industrial peace. 49. Oleh itu adalah menjadi kewajipan Pihak Menuntut untuk mematuhi segala arahan yang diberikan oleh COW-6 iaitu untuk bekerja bersama-sama dengan pekerja kontrak yang telah dilantik untuk tujuan kerja-kerja menyelenggara Boiler no.2. Sebagai seorang pekerja, 25

Pihak Menuntut tidak boleh mempersoalkan sama ada arahan tersebut adalah sah ataupun tidak. Beliau perlu mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh pegawai atasannya walaupun beliau tidak bersetuju dengan arahan tersebut. Ini kerana beliau mempunyai alternatif lain untuk menyuarakan pandangannya atau mencabar kesahihan arahan tersebut sekiranya beliau berpendapat arahan yang diberikan itu tidak sah dan bertentangan dengan peruntukan undang-undang. 50. Pihak Menuntut telah lama berkhidmat dengan Pihak Syarikat dan beliau juga merupakan ahli kepada Kesatuan Sekerja. Oleh itu beliau sepatutnya mengetahui bahawa beliau perlu mematuhi setiap arahan yang telah diberikan oleh Pihak Syarikat. Sekiranya beliau tidak berpuas hati atau terkilan dengan sebarang arahan yang diberikan, sudah tentu beliau mengetahui berkaitan dengan prosedur dan saluran yang ada untuk menyuarakan ketidakpuasan hati beliau kepada Pihak Syarikat iaitu sama ada atas kapasiti sendiri ataupun melalui wakil Kesatuan Sekerja. Malangnya Pihak Menuntut gagal menggunakan saluran dan prosedur yang sepatutnya, sebaliknya telah menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan terhadap COW-6 dengan bercakap dengan suara yang tinggi dan mencabar serta mengancam COW-6. 51. Setelah meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah mengemukakan keterangan yang jelas untuk membuktikan Pihak Menuntut telah melakukan salah laku seperti dalam pertuduhan pertama, kedua dan keempat. Pertuduhan Ketiga 52. Berkaitan dengan pertuduhan ketiga pula, di mana Pihak Menuntut dikatakan telah menunjukkan sikap tidak hormat dan tidak sopan dengan menendang pintu di Boiler House Office sehingga pecah, COW-4 dan COW-5 adalah saksi yang menyaksikan tindakan Pihak 26

Menuntut tersebut. Menurut COW-4 Pihak Menuntut, dalam keadaan amat marah telah menendang pintu Boiler Office. Keterangan ini telah disokong oleh COW-5 di mana COW-5 mengesahkan setelah Pihak Menuntut tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan oleh COW- 6, Pihak Menuntut secara tiba-tiba dan dalam keadaan tidak sopan dan biadab, telah menendang pintu Boiler Office sehingga menyebabkan kerosakan pada pintu tersebut. Pihak Menuntut dalam keterangannya menafikan telah menendang pintu tersebut sebaliknya menyatakan semasa hendak meninggalkan bilik tersebut, pintu tersangkut dan ini menyebabkan beliau terpaksa menggunakan kakinya untuk menolak pintu tersebut. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada keterangan-keterangan COW-4 dan COW-5 adalah jelas membuktikan Pihak Menuntut telah bertindak menendang pintu tersebut kerana tidak berpuas hati dengan arahan yang diberikan oleh COW-6. Perbuatan Pihak Menuntut menendang pintu bilik tersebut jelas merupakan satu salah laku yang serius, yang mewajarkan kepada hukuman buang kerja. 53. Adalah tidak dinafikan sebelum ini Pihak Syarikat ada mengeluarkan surat amaran pertama bertarikh 28.6.2013 kepada Pihak Menuntut. Ianya adalah berkaitan dengan keengganan Pihak Menuntut untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai atasannya. Peguam Pihak Menuntut menghujahkan kesalahan lampau ini tidak sepatutnya diambilkira dalam proses menjatuhkan hukuman ke atas Pihak Menuntut kerana ianya tidak ada kaitan dengan kesalahan yang dilakukan kini. Dengan segala hormatnya Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan hujahan tersebut kerana jenis kesalahan yang dilakukan adalah sama iaitu ingkar perintah, dan dengan itu kesalahan lampau tersebut boleh diambilkira dalam menentukan apakah hukuman yang sesuai yang hendak dijatuhkan terhadap Pihak Menuntut. 54. Dalam kes Kamala Loshanee A/P Ambalavanar v. Jaffness Co- Operative Society [1988] 7 MLJ 61 telah diputuskan seperti berikut: 27

In my judgment, past misconduct is a relevant factor to be taken into consideration. If there is a repetition of similar acts of misconduct, the cumulative effect may justify dismissal 55. Mahkamah Rayuan dalam kes UMW Equipment Sdn. Bhd. v. Parantaman Ramasamy & Anor [2014] 5 CLJ 906 telah merujuk dan menerimapakai keputusan dalam kes di atas dan seterusnya telah menyatakan: Past misconduct is a relevant factor and the Industrial Court, had in the past, taken into consideration in determining whether the punishment is harsh or otherwise, 56. Memandangkan Pihak Menuntut mempunyai kesalahan lampau yang sama jenis dengan pertuduhan yang dihadapi olehnya kini, di mana amaran telahpun diberikan, maka Mahkamah berpendapat Pihak Menuntut langsung tidak menunjukkan rasa insaf dan kesal atas kesalahan yang telah dilakukannya itu. Walaupun Pihak Syarikat telahpun mengeluarkan surat amaran sebelum ini, namun begitu beliau masih mengulangi dan melakukan kesalahan yang sama iaitu ingkar perintah. Oleh yang demikian dalam keadaan sebegini Mahkamah berpendapat hukuman buang kerja adalah wajar dan berpatutan. 57. Adalah jelas di sini Pihak Menuntut telah melakukan salah laku iaitu ingkar perintah apabila enggan mematuhi arahan yang diberikan oleh COW-6 dan mencabar arahan tersebut. Salah laku ini merupakan salah laku yang serius di mana Pihak Menuntut telah melanggar terma-terma asas perhubungan antara majikan dan pekerja, dengan itu hukuman buang kerja adalah wajar. Dalam kes Chocolate 28

Products Management Sdn. Bhd. v. Phee Cheew See [1994] 1 ILR 35 telah dinyatakan seperti berikut: It is the finding of tis Court, in the context of employer-employee relationship that the willful and deliberate defiance of a written lawful order is not a minor infringement of the established standards of conduct. It is a serious infringement of the express or implied condition of the contract of employment and the appropriate punishment is dismissal. 58. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian pertuduhan-pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Pihak Menuntut dan memandangkan salah laku yang dilakukan itu adalah satu salah laku yang serius, maka keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Pihak Menuntut adalah satu keputusan yang wajar, yang dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Kesimpulan 59. Sebagai kesimpulan, setelah mengambilkira kesemua keteranganketerangan dan juga hujahan-hujahan bertulis yang dikemukakan di Mahkamah dan pada masa yang sama kepada peruntukan Seksyen 30(5), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, untuk bertindak mengikut ekuiti, hati nurani dan merit kes tanpa memikirkan kepada perkaraperkara teknikal dan berbentuk undang-undang, Mahkamah memutuskan Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan atas 29

imbangan kebarangkalian bahawa penamatan kerja Pihak Menuntut telah dibuat dengan sebab atau alasan yang adil. Dengan itu Mahkamah menolak tuntutan Pihak Menuntut. DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH 9 MEI 2017. (DATO' RASIDAH BINTI HAJI CHIK) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK 30