FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

Similar documents
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 717/14 ANTARA JESU NATHAN A/L PAKRI DAN UAC BERHAD NO. AWARD: 673 TAHUN 2017

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

eclaims - Gambaran Keseluruhan

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

Ini adalah Tatakelakuan kita

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

Tadbir Urus Korporat

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

ffiu'sl ffitrffi' /.krnr

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PRUlink money market fund

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Prinsip Bon Sosial Garis Panduan Proses Sukarela bagi Terbitan Bon Sosial. 2 Jun 2017

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Demokrasi di Pinggiran

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

TERMS AND CONDITIONS

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Transcription:

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba16110606 PENGENALAN Siasatan dalaman merupakan proses tindakan disiplin di atas kesalahan salah laku yang dilakukan oleh pekerja dalam organisasi. Apabila seseorang pekerja dituduh atas sesuatu salahlaku dan diberi peluang untuk menjawap tuduhan tersebut. Peluang tersebut diberikan untuk memberi penjelasan iaitu menjawab pertuduhan hendaklah diberi sebelum hukuman dijatuhkan. Pekerja yang dituduh diberi peluang untuk mendengar keterangan dan menyoal saksi-saksi satu persatu. Tertuduh diberi semua dokumen atau keterangan untuk disemak/diteliti serta diberi peluang untuk membuat pertanyaan kepada saksi-saksi yang menyerahkan dokumen atau keterangan tersebut. Pembantu (sama ada pegawai kesatuan sekerja atau tidak) dibenarkan mewakili atau membantu pekerja yang tertuduh. Antara ahli-ahli yang terlibat dalam siasatan dalaman terdiri dariapada pengerusi iaitu ahli yang Mengetuai perbicaraan dan memastikan tatacara yang betul di dalam Siasatan Dalaman. Kedua, ialah ahli panel iaitu ahli yang membantu pengerusi, ahli panel adalah seramai dua orang. Ketiga, pegawai pendakwa yang merupakan pegawai yang mendakwa kakitangan yang dituduh melakukan salah laku. Keempat, pencatat iaitu setiausaha siasatan dalaman yang mencatatkan segala proses siasatan dalaman. Kelimat, tertuduh merupakan pekerja yang diberi tuduhan oleh pendakwa atau yang terlibat dalam salah laku. Keenam, pembantu tertuduh yang merupakan pembantu atau teman tertuduh di dalam siasatan dalaman. Ketujuh, ialah jurubahasa, jurubahasa akan mengalihkan Bahasa yang tidak difahami kepada Bahasa yang difahami oleh tertuduh. Antara kuasa kuasa pengerusi dan ahli-ahli panel siasatan dalaman ialah melewatkan siasatan dalaman. Pengerusi boleh melewaatkan siasatan dalaman mengikut masa dan tempat yang seuai untuk menjalankan siasatan dalaman. Seterusnya, menangguhkan siasatan dalaman atas faktorfaktor yang tidak dapat dielakkan oleh pengerusi atau ahli-ahli panel siasatan dalaman. Pengerusi dan ahli panel juga boleh membuat keputusan Membuat keputusan tentang berkaitan atau tidak berkaitan sesuatu soalan yang dikemukakan, membuat keputusan tentang berkaitan atau tidak berkaitan sesuatu dokumen/bukti yang dikemukakan, menjalankan Siasatan Dalaman mengikut prosedur yang ditetapkan. Peraturan Etika Kerja, Kelakuan & Tatatertib PNMB 2008 dan Etika Perniagaan 33 dan Menegur atau mengambil tindakan terhadap tingkahlaku manamana pihak di dalam Siasatan Dalaman. 1

PERBINCANGAN Proses siasatan dalaman akan dilakukan mengikut prosedur-prosedur yang betul yang dijalankan oleh pengerusi dan ahli-ahli panel. Antaranya, proses dalam salahlaku serius. Dalam salahlaku serius siasatan dalaman dilakukan mengikut proses iaitu menyiasat, persiapan untuk siasatan dalaman, menjalankan proses siasatan dalaman dan tindakan susulan. Salahlaku serius ialah sekiranya seorang pekerja disyaki melakukan satu perbuatan salahlaku yang serius, atau jika beliau telah diberi amaran terakhir kerana melakukan perbuatan salahlaku ringan beberapa kali, satu prosedur yang berbeza daripada yang digariskan di atas perlu diikuti iaitu : i. Menyiasat Sebelum mengenakan apa-apa penalti ke atas pekerja kerana perbuatan salahlaku serius, keperluan pertama adalah menjalankan penyiasatan teliti. Siapa yang layak sekali untuk menjalankan penyiasatan bergantung kepada jenis tuduhan ke atas pekerja tersebut. Misalnya, salahlaku yang melibatkan wang organisasi patut disiasat oleh pegawai audit, sekiranya wujud dalam syarikat anda. Kecurian atau berkelahi mungkin boleh disiasat oleh pegawai sekuriti; ketidakhadiran biasanya disiasat oleh HR dan seterusnya. Penyiasatan mesti menjawab Salahlaku apa yang telah dilakukan, peraturan atau polisi apa yang dilanggar, siapa yang terlibat, bila dan di mana salahlaku terjadi, bukti apa yang menunjukkan kesalahan telah berlaku, adakah saksi, gambar atau dokumen yang membuktikan kesalahan pekerja yang dituduh. Soalan tersbut adalah penting bagi mempunyai bukti yang cukup bahawa pekerja tersebut telah melakukan perbuatan salahlaku. Sekiranya beliau dituduh oleh seorang, sedangkan beliau tidak mengaku bersalah dan tidak ada bukti bebas yang lain untuk menunjukkan beliau bersalah, maka kes tersebut tidak boleh diteruskan. Seterusnya surat tunjuk sebab perlu diserahkan oleh tertuduh. Ia adalah satu amalan yang wajar untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pekerja yang dituduh, sama ada di awal penyiasatan atau selepas penyiasatan awalan tamat. Surat tunjuk sebab akan senaraikan tuduhan-tuduhan keatas beliau dan mengarahkan beliau menjawab tuduhan tersebut sebelum tarikh tertentu, biasanya dalam tempoh 3-5 hari. Semasa penyiasatan ke atas tuduhan salahlaku, pihak majikan berhak untuk menggantung pekerja berkenaan. Hak pekerja bergantung sama ada beliau dilindungi oleh Akta Pekerjaan atau tidak, seperti diterangkan dalam Ruang bertajuk Persekitaran Perundangan Dalam Pekerjaan. Pekerja yang berada dalam skop Akta Pekerjaan boleh digantung kerja dengan mendapat separuh gaji, sehingga dua minggu semasa beliau disiasat kerana disyaki bersabit dengan salahlaku. Sekiranya dengan sebab apa sekali pun, penyiasatan mengambil masa lebih daripada 2 minggu, penggantungan pekerja boleh dipanjangkan tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh. Jikalau diputuskan bahawa tidak ada bukti yang kukuh bahawa pekerja bersalah, atau jikalau beliau didapati tidak bersalah oleh panel siasatan dalaman, separuh gaji yang ditahan mesti dibayar kepada beliau. Sekiranya seorang pekerja yang dituduh membuat salahlaku tidak dilindungi oleh Akta Pekerjaan, beliau masih boleh digantung. ii. Persiapan untuk siasatan dalaman. Jika siasatan yang dijalankan mendapati tertuduh adalah bersalah, maka perlulah membuat persiapan untuk menjalankan siasatan dalaman. Antara persiapan yang diperlukan untuk siasatan dalaman ialah melantik pendakwa dan panel serta setiausaha siasatan dalaman, menyediakan bilik siasatan dalaman dan keluarkan notis siasatan dan tuduhan kepada pekerja. Siasatan dalaman (Domestic inquiry atau DI) ialah satu perbicaraan dalaman untuk menentukan sama ada pekerja yang dituduh membuat salahlaku bersalah atau tidak. Pihak 2

majikan mesti melantik seorang pendakwa daripada kalangan eksekutif kanan. Pendakwa mewakili syarikat. Peranan beliau ialah untuk membuktikan kepada ahli DI bahawa pekerja yang dituduh adalah bersalah. Panel DI, biasanya mengandungi 3 orang ahli termasuk seorang pengerusi, dikehendaki mendengar kenyataan yang dibentang oleh pendakwa dan apa-apa keterangan oleh tertuduh, dan ambil keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak ke atas tuduhan terhadapnya. Sekurangkurangnya seorang eksekutif atau pengurus kanan patut dilantik sebagai ahli panel bersama dua orang yang lain. Sebuah bilik yang sesuai patut ditempah untuk DI. Seorang setiausaha mesti dilantik. Setiausaha diperlukan untuk merekod kata demi kata perjalanan DI, iaitu menulis semua yang dikatakan semasa DI, yang dikendalikan mengikuti format soal dan jawab. Satu notis mesti disampaikan kepada pekerja berkenaan memberitahu beliau bila dan mana siasatan akan diadakan. Bersama-sama dengan notis tersebut, tuduhan ke atas pekerja tersebut akan disertakan. iii. iv. Menjalankan siasatan dalaman Siasatan dalaman (DI) tidak perlu merumitkan atau terlalu formal. Walau bagaimanapun, sekiranya seorang pengurus kanan dituduh membuat salahlaku, mungkin elok dapatkan nasihat daripada pihak perunding atau daripada seorang peguam. Jikalau staf HR belum pernah menghadiri DI, mereka patut ikuti satu program latihan mengenai topik ini. Pihak penyedia latihan ada menawarkan banyak latihan seumpamanya. Perjalanan pendakwaan dalam siasatan dalaman adalah seperti berikut, Pengerusi panel siasatan, yang bertanggungjawab mempastikan DI dilaksanakan dengan licin, semak siapa yang hadir dan buat pengenalan jika perlu. Beliau terangkan tujuan DI kepada tertuduh dan menggariskan beberapa peraturan bagaimana DI akan dijalankan. Pendakwa (atau Pengerusi panel siasatan) bacakan tuduhan kepada pekerja tersebut dan minta sama ada beliau mengaku salah atau tidak bersalah. Sekiranya pekerja mengaku tidak bersalah, Pendakwa, yang mewakili majikan, akan mulakan kes dengan memanggil saksi beliau yang pertama. Soalan akan ditanya dan pihak saksi mesti menjawab. Apabila Pendakwa telah tamat menyoal saksi pertama, tertuduh dibenarkan menyoal balas saksi tersebut, iaitu bertanya soalan kepada beliau. Pendakwa mungkin ingin menyoal semula, atau bertanya soalan tambahan kepada saksi untuk menjelaskan beberapa perkara. Sesudah itu, saksi lain akan dipanggil. Proses memanggil saksi untuk disoal, soal balas dan soal semula akan berterusan sehingga Pendakwa tidak ada saksi lagi. Sebaik sahaja Pendakwa habis memanggil saksi-saksi beliau, pekerja yang dituduh boleh panggil saksi dia, jika ada, dan proses yang sama akan diulang tetapi terbalik. Sebaik sahaja pekerja habis dengan saksi-saksinya, kedua-dua Pendakwa dan pekerja boleh membuat penggulungan akhir mengenai bukti-bukti mereka. Selepas penyerahan terakhir, panel siasatan akan adakan perbincangan bersama untuk membuat keputusan sama ada pekerja berkenaan bersalah atau tidak bersalah ke atas tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka akan tulis satu laporan mengenai keputusan mereka dan serahkan laporan itu kepada pengurus yang melantik mereka. Garis panduan tambahan mengenai siasatan dalaman, tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat ucapan semasa DI, melainkan semasa penggulungan akhir, pastikan rekod kata demi kata dibuat. Jangan bergantung kepada rakaman pita, dan benarkan tertuduh membaca mana-mana dokumen yang dibentangkan sebagai bukti menuduh beliau. Tindakan susulan Tindakan Susulan Selepas DI dijalankan, beberapa tindakan perlu diambil termasuk, sekiranya panel DI mendapati bahawa pekerja bersalah, pihak pengurusan atasan syarikat mesti tentukan penalti yang sesuai. Pilihan penalti adalah turun pangkat, penggantungan kerja 3

tanpa gaji (untuk maksimum 14 hari), atau pemecatan. Penalti mesti sepadan dengan salahlaku tersebut, pekerja tersebut mesti dimaklumkan mengenai hasil proses DI. Sekiranya beliau didapati tidak bersalah, beliau akan kembali bekerja (jika beliau telah digantung). KESIMPULAN Kesimpulannya, siasatan dalaman adalah penting kepada para pekerja dalam membuktikan bahawa mereka tidak melakukan kesalahan yang diberikan tuduhan kepadanya. Dengan adanya siasatan dalaman tertuduh boleh mengemukan sega bukti-bukti yang beliau tidak bersalah. Dengan demikian pihak majikan adalah bertanggungjawab dalam mmengendalikan para pekerjanya dengan baik dan bertanggungjawab agar para pekerja kurang melakukan kesalahan dan siasatan dalam dapat dielakkan. Para pekerja pula perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah dan jujur agar dapat membantu organisasi meningkatkan produktiviti organisasi. Oleh itu, jika terdapat pekerja yang melakukan kesalahan, perlulah menjalankan siasatan dalaman bagi membuktikan samaada pekerja bersalah atau tidak bagi mengelakkan pertikaian industry berlaku. 4

https://kupdf.com/queue/siasatan-dalaman_59b0f999dc0d60ad75568ee0_pdf?queue_id=-1 http://www.printnasional.com.my/pnmb/media/file/work_ethics.pdf https://www.aseanlip.com/assets/uploads/aseanlic-64052-award_24663.pdf 5

6

7

RUJUKAN Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between Workplace Incivility, Job Attitudes and Muslim Religiosity Personality among Trade Union Members. Global Journal Al-Thaqafah. Volume 5, Issue 2, 2015, Pages 43-52. Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. (2016). Sabah (Malaysia) Australia Relations: An Historical Observation. TAWARIKH, 4(2). Idris, R. Z., Radzi, M., Shauki, M., Morshidi, A., & Sarjono, F. (2008). Persepsi umum pengundi masyarakat berkaitan isu-isu kempen dan pemilihan calon Pilihan raya umum ke-12 di Sabah: Penelitian di Kota Belud dan Tuaran. Inon, S., Salmie, J., & Azizan, H. M. (2012). Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye: Ikon aktivis sosial. Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS). Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2016). E-Government and Malaysia: A Theoretical Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2). Satar, S., & Morshidi, A. (2007). An Evaluation of Cultural Roles and Usability Attributes in Learning Management System. Faculty of Information Technology and Multimedia Communication, Open University Malaysia. 8