BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi.

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Ini adalah Tatakelakuan kita

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Demokrasi di Pinggiran

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

KAEDAH PERANG SARAF DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

JURNAL AKADEMIK. December 2005 Issue UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK INFOREC/SARAWAK. The Importance Of Effective Corporate Governance

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

============================================================================

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TEMPAT MENARIK SYDNEY

PRUlink money market fund

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

Penyelidikan Ilmu Falak di IPT

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK: ISU PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH. Dr. Ho Hui Ling

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Transcription:

BAB 1: PENGENALAN 1.1 PERNYATAAN MASALAH Walaupun isu pemisahan Papua Barat merupakan satu masalah dalaman Indonesia, ia boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan Australia-Indonesia. Konflik ini bermula sejak sekitar 1945-an, ketika Indonesia memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda. Presiden Indonesia waktu itu, Sukarno ingin memasukkan Papua Barat ke dalam gagasan Indonesia, tetapi mendapat tentangan sengit daripada rakyat Papua Barat dan juga Belanda. Meskipun Papua Barat telah dicantumkan ke dalam Indonesia pada 1969 melalui termeterainya Act of Free Choice, namun konflik ini masih berterusan kerana kebanyakan penduduk Papua Barat menginginkan kemerdekaan lebih daripada menjadi sebahagian gagasan Indonesia. Australia sebagai jiran yang terbesar dan terdekat turut mempunyai kepentingan dalam isu ini. Pada masa yang sama, isu Papua Barat menyumbang kepada masalah keselamatan kepada Indonesia. Pasukan perjuang pemisah yang beroperasi secara gerila telah menjadikan kawasan perlombongan dan pihak berkuasa Indonesia (terutamanya polis dan tentera) sebagai sasaran serangan mereka, menjadikan kawasan ini tidak stabil. Walaupun konflik ini merupakan konflik dalaman Indonesia, namun ia mendapat simpati yang luas daripada negara luar, terutamanya Australia. Dalam isu Papua Barat, Australia mengamalkan polisi yang tidak konsisten, semenjak awal konflik ini sehinggalah ke hari ini. Pada awal konflik, Australia berpendirian Papua Barat tidak seharusnya dimasukkan ke dalam gagasan Indonesia, namun segalanya berubah pada 1960-an, apabila pengaruh komunis mula luas merebak di rantau Asia Tenggara. Amerika Syarikat (AS) begitu waspada dengan perwatakan Sukarno yang dilihat terlalu 1

mendekati kem Komunis. Bagi mengelakkan Sukarno atau Indonesia berubah angin ke kem Komunis, AS telah membenarkan keinginan Sukarno untuk memasukkan Papua Barat ke Indonesia. Sebagai pakatan kuat AS, Australia telah mengubah pendirian mereka ke atas status Papua Barat selari dengan polisi baru AS. Semenjak Papua Barat menjadi sebahagian Indonesia secara rasminya pada 1969, status Papua Barat tidak begitu banyak dipersoalkan di pentas antarabangsa. Namun, Papua Barat kembali menjadi perhatian masyarakat dunia sejak Timor Timur mencapai kemerdekaan pada 1999. Peristiwa ini turut menyumbang kepada keretakan hubungan Australia dan Indonesia. Selepas Presiden Suharto meletak jawatan pada 1998, Indonesia yang menjalani transisi dari sistem autokratik ke demokrasi mengalami perubahan yang begitu drastik. Habibie yang mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia tidak mempunyai populariti yang tinggi dalam pemerintahannya. Untuk mengatasi masalah ini, beliau telah membuat keputusan yang mengejutkan kebanyakan pihak, iaitu membenarkan pungutan suara diadakan di Timor Timur, untuk membenarkan penduduk di daerah yang penuh kontroversi ini memilih sama ada terus kekal dengan Indonesia atau merdeka. Tidak hairannya, rakyat Timor Timur memilih untuk merdeka. Pungutan suara ini turut memberi implikasi yang negatif terhadap hubungan Australia-Indonesia. Australia yang sebelum ini menyokong kesatuan gagasan Indonesia dan mengakui Timor Timur sebagai wilayah sah Indonesia telah mengubah pendirian mereka mengenai isu kemerdekaan Timor Timur. Perdana Menteri Australia, John Howard dilihat sebagai silap mengendalikan polisi Timor Timur yang menyebabkan kedinginan dalam hubungan dengan Indonesia. 2

Justeru, seperti isu Timor Timur, sekiranya Australia tidak dapat mengendalikan konflik Papua Barat dengan baik, ia akan memberi implikasi yang negatif terhadap hubungan dua hala. Selepas kemerdekaan Timor Timur, Papua Barat dilihat sebagai wilayah Indonesia yang mempunyai risiko dan kebarangkalian yang sangat tinggi dalam isu pemisahan. Kerajaan Indonesia agak berhati-hati dengan tindakan dan komen dari masyarakat luar terhadap Papua Barat, kerana mengkhuatiri masyarakat luar terutamanya negara Barat akan mencampuri masalah dalaman Indonesia. Dalam menangani isu Papua Barat, kerajaan Australia sentiasa akan bergelut di antara sama ada memihak kepada pendapat rakyatnya yang lebih cenderung kepada Papua Barat yang merdeka, ataupun menjaga hubungan baiknya dengan Indonesia dengan menegaskan Papua Barat sebagai wilayah Indonesia yang sah. Maka konflik Papua Barat adalah perlu dikaji, dalam konteks bagaimana ia mempengaruhi hubungan Australia-Indonesia. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat beberapa objektif penting dalam kajian ini. Yang pertama, adalah untuk memberi gambaran terhadap latar belakang konflik Papua Barat. Asal usul konflik Papua Barat akan dikupas dalam kajian ini, untuk memberi gambaran lebih lanjut bagaimana konflik ini boleh mempengaruhi hubungan Australia-Indonesia. Kajian ini turut akan mengkaji dasar Australia terhadap Papua Barat, dan reaksi Indonesia terhadap polisi-polisi Australia. Objektif kedua kajian ini akan tertumpu kepada bagaimana konflik ini mempengaruhi hubungan dua hala Australia-Indonesia. Dasar Australia terhadap Papua Barat merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi hubungannya dengan 3

Indonesia. Misalnya, pada 1940-an, Australia tidak menyebelahi Indonesia dalam usaha menjadikan Papua Barat sebagai wilayahnya, tetapi dasar ini berubah pada 1960-an. Tambahan pula, selepas Timor Timur mencapai kemerdekaan pada 1999, gerak-geri Australia sentiasa dipantau oleh Indonesia, bagi mengelakkan Australia berpendirian menyokong Papua Barat yang merdeka. Objektif ketiga kajian ini akan menilai setakat mana dasar-dasar Australia telah melemahkan hubungan dua hala Australia-Indonesia. Dalam sesetengah aspek, dasar Australia mungkin ditafsir oleh Indonesia sebagai mencampuri hal ehwal dalaman mereka. Adalah penting untuk mengkaji bagaimana dasar-dasar Australia terhadap Papua Barat telah memberi kesan negatif ke atas hubungan Australia-Indonesia, untuk menguji kewajaran dasar-dasar Australia. 1.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan utama kajian ini ialah bagaimana isu Papua Barat boleh memberi implikasi terhadap hubungan Australia-Indonesia. Selepas insiden Timor Timur, Papua Barat dianggap sebagai isu yang sensitif oleh Indonesia kerana ia mempunyai potensi yang tinggi untuk berpisah dari Indonesia. Bagi Australia, jarak geografi yang dekat antara negara mereka dengan tanah Papua Barat atau Indonesia menyebabkan mereka mempunyai kecenderungan dan kemungkinan untuk campur tangan dalam konflik ini sekiranya perlu, untuk memelihara kepentingan mereka. Maka dalam keadaan sedemikian, dasar Papua Barat Australia boleh mempengaruhi hubungan mereka dengan Indonesia. 4

Persoalan kedua kajian adalah untuk mengenal pasti bagaimanakah kepentingan Australia di Papua Barat atau Indonesia secara keseluruhannya boleh mempengaruhi Canberra merangka dasar-dasar Papua Barat mereka. Australia perlu bertindak balas dengan menjaga kepentingannya di Papua Barat, selain tidak menjejaskan hubungan mereka dengan Indonesia apabila melaksanakan dasar-dasarnya supaya keharmonian dalam hubungan dua hala dapat dicapai. Selain mengenal pasti implikasi konflik Papua Barat terhadap hubungan Australia-Indonesia, kajian ini turut ingin meninjau sama ada konflik ini boleh digunakan sebagai platform untuk kedua-dua negara mengadakan kerjasama yang lebih erat untuk memastikan kepentingan kedua-dua pihak di Papua Barat. Meskipun campur tangan Australia dalam konflik ini merupakan perkara yang tidak diingini Indonesia dalam apa jua keadaan, namun kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama untuk memastikan Papua Barat terus berada di bawah pemerintahan Indonesia, kerana Indonesia tidak ingin kedaulatan mereka dicabar; manakala Australia menganggap Papua Barat yang terus bersama Indonesia adalah lebih senang untuk pengurusan Australia. 1.4 ULASAN LITERATUR Terdapat beberapa kajian lepas tentang konflik Papua Barat, namun begitu kajian tentang bagaimana konflik ini mempengaruhi hubungan dua hala Australia- Indonesia masih terhad. Kebanyakan kajian mengenai konflik Papua Barat lebih tertumpu kepada masalah dalaman Papua Barat dan tidak melihat bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap hubungan dua hala Australia-Indonesia. 5

Kajian McGibbon Pitfalls of Papua: Understanding the Conflict and its Place in Australia-Indonesia Relations 1, merupakan antara kajian yang paling lengkap mengenai bagaimana konflik Papua Barat mempengaruhi hubungan Australia-Indonesia. McGibbon memberi fokus kepada asal-usul konflik, perkembangan Papua Barat selepas era Suharto, hubungan dua hala serta bagaimana suara umum Australia mempengaruhi dasar-dasar Papua Barat kerajaaannya. McGibbon menawarkan dimensi baru mengenai prospek penyelesaian konflik ini pada zaman pasca Suharto, serta suara umum Australia yang mempengaruhi kerajaannya dalam proses perancangan dasar-dasar Papua Barat. McGibbon turut berdebat bahawa Indonesia sentiasa menganggap Papua Barat sebagai isu yang sensitif semenjak ia mencapai kemerdekaan, dan peranan Australia ketika kemerdekaan Timor Timur pada tahun 1999 sehingga hari ini masih menjadi kesangsian Indonesia, mengenai motif sebenar Australia. 2 Dasar-dasar Papua Barat Australia juga dilihat sebagai kurang fleksibel, dan hanya terhad kepada penegasan bahawa sokongan ke atas Indonesia yang integrasi. Konsep lobi Jakarta (Jakarta lobby) merupakan antara aspek yang penting apabila membincangkan hubungan Australia-Indonesia. McGibbon menggambarkan lobi Jakarta sebagai sekumpulan pegawai, pemberita, dan ahli akademik yang bersedia menggalakkan hubungan dengan Jakarta tanpa mengira sebarang kos. 3 Lobi Jakarta sering dikaitkan dengan aspek yang negatif, di mana kebanyakan pengkritik berpendapat dasar-dasar Indonesia Australia adalah didominasi oleh ahli-ahli lobi Jakarta. McGibbon berpendapat walaupun lobi Jakarta mengundang kritik yang hebat, namun kebanyakan pengkritik telah menafikan bahawa hubungan yang baik dengan Indonesia sebenarnya menjamin kepentingan Australia. 4 Walaubagaimanapun, kajian 1 Rodd McGibbon, Pitfalls of Papua: Understanding the Conflict and its Place in Australia-Indonesia Relations (New South Wales: Lowy Institute for International Policy, 2006). 2 Ibid., 82. 3 Ibid., 100. 4 Ibid. 6

ini dilihat agak optimis bahawa Indonesia yang semakin bergerak ke arah demokrasi mampu menawarkan peluang yang baik untuk menyelesaikan konflik Papua Barat. Ia sebenarnya mengabaikan realiti bahawa bangsa Indonesia memiliki semangat nasionalis yang tinggi, dan mengizinkan pemisahan Papua Barat dari Indonesia adalah mustahil kerana ia akan meruntuhkan sistem negara Indonesia yang dibina sejak 1945. Kajian King 5 pula membincangkan perkembangan Papua Barat semenjak era Suharto. Ia lebih tertumpu kepada perbincangan kepada asal-usul konflik Papua Barat, dan turut membincangkan kepentingan Papua Barat kepada Indonesia. Ia mempunyai satu bab khusus yang membincangkan hubungan antara Australia, Indonesia dan Papua Barat. Dalam perdebatan mengenai lobi Jakarta, King mempunyai pendapat yang berbeza dengan McGibbon, dengan menganggap walaupun hubungan dengan Indonesia adalah penting, namun sekiranya terlalu memberi tumpuan kepadanya, ia sebenarnya akan menyebabkan keutamaan Australia yang sebenar diabaikan. 6 Australia yang berulang kali menegaskan sokongan penuh terhadap integrasi tanah air Indonesia juga dilihat oleh King sebagai sokongan Australia yang tidak berbelah bagi kepada Indonesia melakukan penindasan ke atas Papua Barat bagi menjamin wilayah ini kekal di Indonesia. 7 Dakwaan ini secara tidak langsungnya membuktikan dasar-dasar Australia terhadap konflik Papua Barat sebenarnya boleh mempengaruhi pendirian Indonesia. Fernandes dalam bukunya yang bertajuk Reluctant Indonesians: Australia, Indonesia, and the Future of West Papua 8, menganalisis asal usul konflik Papua Barat dari zaman penjajahan sehingga ia dicantumkan ke dalam Indonesia. Kajian ini turut membincangkan bagaimana keinginan orang Papua Barat menuntut kemerdekaan boleh 5 Peter King, West Papua & Indonesia Since Suharto: Independence, Autonomy or Chaos? (Sydney: University of New South Wales Press Ltd, 2004). 6 Ibid., 142. 7 Ibid,. 152. 8 Clinton Fernandes, Reluctant Indonesians: Australia, Indonesia, and the Future of West Papua (Victoria: Scribe Publications Pty Ltd, 2006). 7

memberi cabaran kepada dasar luar Australia, dan implikasinya terhadap hubungan Australia-Indonesia. Walaupun kebanyakan pihak berpendapat permintaan utama orang Papua Barat adalah mencapai kemerdekaan, namun ia tidak sesuai diaplikasikan kepada semua orang Papua Barat. Sesetengah orang Papua berpendapat sekiranya keuntungan daripada sumber minyak dan perlombongan disimpan di tangan mereka; memiliki pentadbiran sendiri (self-government) yang terhad; dan mengurangkan saiz tentera yang berada di Papua Barat, inisiatif sedemikian sudah memadai. 9 Dari segi asal-usul hubungan Australia-Indonesia berkenaan dengan konflik Papua Barat, Fernandes berpendapat Indonesia yang berpecah (fragmentation) akan menyebabkan pelarian yang banyak dari Indonesia memasuki Australia. 10 Fernandes memetik kenyataan Perdana Menteri Australia, John Howard yang menyatakan bahawa perkara terakhir yang diinginkan Australia adalah pemecahan Indonesia. 11 Namun demikian, kekurangan yang terdapat dalam buku ini adalah ia tidak membincangkan setiap masalah yang dikupas dengan lebih mendalam. Dalam konteks hubungan Australia-indonesia secara am, terdapat lebih banyak kajian yang membincangkan perkara ini. Meskipun Australia dan Indonesia merupakan jiran yang dekat, dan kedua-dua kerajaan mampu mengekalkan hubungan dua hala yang baik pada kebanyakan masa, namun perasaan saling tidak percaya terbit di kalangan rakyat kedua-dua negara, disebabkan kekurangan kepercayaan dan jurang budaya. Catley dan Dugis berpendapat sesetengah orang Australia menganggap Indonesia sebagai ancaman dari segi ketenteraan, manakala sesetengah golongan elit Indonesia mempunyai persepsi bahawa pemberita, ahli akademik, dan sesetengah pemimpin Parti 9 Ibid., 109. 10 Ibid., 20. 11 Ibid. 8

Buruh (Labor Party) sayap kiri memanipulasikan isu-isu seperti hak asasi manusia, korupsi dan ketidaksaksamaan sosial untuk memburukkan imej pemimpin Indonesia. 12 Persepsi rakyat Australia dan Indonesia yang bersifat negatif terhadap satu sama lain dilihat turut merupakan faktor penyumbang kepada hubungan Australia-Indonesia yang tidak mesra. Dari perspektif Indonesia, Wiryono berpendapat kedua-dua orang Australia dan Indonesia tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam. 13 Dari pandangan Australia, Kelly berpendapat persepsi orang Australia terhadap Indonesia adalah dipengaruhi oleh media Australia yang mempunyai stereotaip terhadap Indonesia, dan ia menyumbang kepada putar-belit dan penafian. 14 Kesavapany yang melihat hubungan Australia-Indonesia dari perspektif serantau berpendapat Australia adalah penting terhadap Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan terutamanya Indonesia; sewaktu Indonesia bertungkus-lumus untuk pulih dari krisis ekonomi Asia dan memasuki proses demokrasi, kerana Australia yang merupakan satu-satunya negara maju di rantau ini mampu membantu Indonesia dalam proses ini. 15 Dari ketiga-tiga perspektif ini, boleh didebatkan bahawa kekurangan persefahaman antara rakyat keduadua negara sering menyebabkan hubungan Australia-Indonesia menjadi tidak menentu. Chauvel berpendapat Australia memerlukan usaha yang lebih keras untuk menggalakkan Indonesia mengemukakan penyelesaian konflik dan ketenteraman di Papua Barat, untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya keganasan di Papua Barat, kerana ini akan membawa kepada kesan yang buruk terhadap hubungan dengan Indonesia. 16 12 Bob Catley and Vinsensio Dugis, Australian Indonesian Relations Since 1945: The Garuda and The Kangaroo (Vermont: Ashgate, 1998), 6. 13 S. Wiryono, An Indonesian View: Indonesia, Australia and the Region, in Different Societies, Shared Futures: Australia, Indonesia and the Region, ed. John Monfries, (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2006), 14. 14 Paul Kelly, An Australian View: The Outlook for the Relationship, in Different Societies, Shared Futures: Australia, Indonesia and the Region, 37. 15 K. Kesavapany, A Regional View: The Garuda and the Kangaroo, in Different Societies, Shared Futures: Australia, Indonesia and the Region, 22. 16 Richard Chauvel, The Centrality of the Periphery: Australia, Indonesia and Papua, in Different Societies, Shared Futures: Australia, Indonesia and the Region, 114. 9

Pakar Indonesia yang berasal dari Australia, Jamie Mackie turut berpendapat bahawa pada 2001, keadaan Indonesia adalah berbeza dari Indonesia 1974-1975, dan apabila Indonesia memasuki era pengagihan kuasa pusat (decentralization), Australia akan menghadapi kerajaan pusat dan tentera Indonesia yang lebih lemah. 17 Sekiranya Australia berdepan dengan situasi seperti isu Timor Timur sekali lagi, terutamanya Papua Barat dalam konteks ini, kerajaan Australia perlu khusus (specific) dalam kenyataan rasmi mereka, sama ada ia melibatkan pertukaran dasar, untuk membolehkan Indonesia memahami pendirian mereka. 18 Australia melibatkan diri dengan aktif dalam konflik Papua Barat, pertimbangan utama pembuat keputusan di Canberra adalah ketidakstabilan di kawasan ini akan menjejaskan keselamatan dalaman Australia. Suter berpendapat sebagai sebuah negara kepulauan yang memiliki lebih dari 17,000 buah pulau, adalah lebih mudah untuk kerajaan Australia berurusan dengannya berbanding dengan beberapa kerajaan yang terdiri daripada sejumlah negara pulau yang banyak. 19 Walaupun sokongan terhadap gagasan Indonesia adalah pertimbangan strategik Australia, namun kebanyakan orang Indonesia meragui niat sebenar Australia. Kebanyakan perasaan negatif ini terbit daripada peristiwa kemerdekaan Timor Timur. Semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (non governmental organizations, NGO) di Australia yang menyokong orang Papua Barat berjuang untuk kemerdekaan. Suter berdebat bahawa aktiviti-aktiviti NGO bukan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Australia, meskipun sesetengahnya menerima bantuan kewangan dari kerajaan. 20 17 Jamie Mackie, Australia and Indonesia, Australian Journal of International Affairs Vol. 55, No. 1 (2001): 142. 18 Ibid., 43. 19 Keith Suter, West Papua: Indonesia s 26 th Province, in Australia s Arc of Instability: The Political and Cultural Dynamics of Regional Security, ed. Dennis Rumley, Vivian Louis Forbes, and Christopher Griffin, (Dordrecht: Springer, 2006), 120. 20 Ibid., 123. 10

Perdebatan ini menarik perhatian saya untuk mengkaji bagaimana kerajaan Australia melakukan usaha untuk memenangi hati kerajaan Indonesia dan rakyat Australia pada masa yang sama dalam isu Papua Barat, dan bagaimana ia boleh menjejaskan hubungan dua hala dalam kajian ini. Faktor ini adalah penting untuk dikaji, terutama apabila Indonesia memasuki proses pengagihan kuasa pusat, di mana unit daerah di Indonesia akan memiliki lebih kuasa, dan ia mungkin melemahkan kerajaan pusat Indonesia. Daerah-daerah seperti Riau, Maluku, Papua Barat dan Aceh yang menghadapi ugutan aktiviti-aktiviti pemisahan yang aktif, akan menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk berpisah dari Indonesia. Saya berpendapat episod pahit dari isu Timor Timur akan menyebabkan Australia bertindak dengan rasional dalam merangka dasardasar Papua Barat mereka untuk kepentingan sendiri, di samping mengurangkan kesangsian Indonesia dan memenuhi kehendak rakyat Australia pada masa yang sama. Dalam kajian mengenai aktiviti perlombongan di Papua Barat, Leith telah menyumbangkan kajian yang cukup bermakna dalam bidang ini. Kajian beliau memberi fokus terhadap analisis aktiviti perlombongan syarikat Freeport-McMoRan di Papua Barat. 21 Freeport merupakan syarikat terbesar yang terbabit dalam aktiviti perlombongan di Papua Barat. Kegiatan Freeport di Papua Barat dikaitkan dengan skandal-skandal seperti rasuah, nepotism, isu-isu alam sekitar dan hak asasi manusia. Freeport yang mendapat perlindungan Suharto mendapat tekanan yang kuat apabila pemimpin ini berundur dari jawatan pada 1998, dan parlimen Indonesia meminta mengkaji semula kontrak dengan Freeport. Leith berpendapat walaupun Freeport mendapat faedah yang lumayan dengan hubungan yang baik dengan Suharto, tetapi pada masa yang sama ia membawa padah selepas berakhirnya zaman Suharto. 22 Freeport turut dikaitkan dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang mempunyai 21 Denise Leith, The Politics of Power: Freeport in Suharto s Indonesia (Honolulu: University of Hawai l Press, 2003). 22 Ibid., 84. 11

rekod tercalar kerana menindas hak asasi manusia dan menerima rasuah. Hubungan yang akrab dengan TNI menyebabkan Freeport sukar untuk meloloskan diri daripada tindakan-tindakan terkecam yang dilakukan TNI. 23 Rifai-Hassan turut berpendapat meskipun Freeport menyumbang kepada transformasi Papua Barat dari kawasan terpencil sehingga menjadi tempat moden di sesetengah kawasan, namun kebanyakan kekayaan yang dicipta adalah untuk kepentingan sendiri, kerajaan, golongan elit tempatan dan broker kekuasaan (power broker) AS dan Indonesia, dan jarang disalurkan untuk tujuan pembangunan ekonomi tempatan. 24 Hubungan antara kerajaan Indonesia dan syarikat perlombongan juga tidak seimbang dari segi pembahagian keuntungan, kerana kebanyakan keuntungan adalah dibahagikan kepada syarikat perlombongan, dan ia sering mengundang kecaman hebat NGO supaya kontrak perlombongan ini dikaji semula. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian-kajian lepas mengenai Papua Barat tidak banyak menyentuh aspek bagaimana ia memberi implikasi kepada hubungan Australia-Indonesia, tetapi lebih memberi fokus kepada latar belakang konflik. Kajian lepas juga lebih menganggap konflik Papua Barat sebagai masalah dalaman Indonesia. Namun demikian, sejak Papua Barat menjadi wilayah Indonesia secara sah dan sehingga hari ini, isu Papua Barat tidak mungkin hanya merupakan masalah dalaman Indonesia. Australia yang merupakan jiran terbesar Indonesia sentiasa berwaspada dengan perkembangan di Papua Barat, untuk mengelakkan pergolakan berlaku di tempat ini, kerana ia akan menggugat keselamatan Australia. Papua Barat juga dikaitkan dengan masalah penindasan hak asasi manusia, 23 Ibid., 245. 24 P.A. Rifai-Hassan, Development, Power, and the Mining Industry in Papua: A Study of Freeport Indonesia, Journal of Business Ethics 2009:89 (2009): 134. 12

pencemaran alam sekitar akibat dari akitiviti perlombongan, eksploitasi ekonomi dan sebagainya, dan ia akan sentiasa menjadi tumpuan negara Barat termasuklah Australia. Meskipun Australia terletak di Pasifik Selatan dan berdekatan dengan rantau Asia, namun negara ini yang terdiri daripada kebanyakan orang keturunan Eropah mempunyai pendirian yang lebih mirip negara Barat. Pendirian sedemikian menyebabkan wujudnya jurang besar antara rakyat Australia dan Indonesia dalam persepsi mereka mengenai konflik Papua Barat. Selain memastikan kepentingan Australia, kerajaan Australia juga perlu memenuhi kehendak rakyatnya yang mempunyai kesedaran hak asasi manusia yang tinggi. Kajian ini akan mengkaji dasardasar Australia terhadap Papua Barat dan sejauh mana ia memberi implikasi kepada hubungan dua hala. Ia turut akan mengemaskini kajian lepas yang tidak banyak menyentuh hubungan dua hala Australia-Indonesia dalam konflik Papua Barat dan dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh dalam konflik ini. 1.6 KAEDAH KAJIAN Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kualitatif yang menganalisa bahan-bahan sumber primer dan sekunder. Bahan primer terdiri daripada dokumendokumen yang bersesuaian, seperti laporan Kerajaan Australia, dan NGO yang berjuang dalam isu hak asasi manusia di Papua Barat. Perpustakaan Universiti Malaya (UM) merupakan pusat rujukan utama dalam kajian ini. Perpustakaan universiti tempatan lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), serta UK Library juga dirujuk melalui perkhidmatan pinjaman antara Perpustakaan yang disediakan oleh Perpustakaan UM. Tidak ketinggalan juga, Perpustakaan Institute of Strategic and International Studies 13

(ISIS) Malaysia turut banyak membantu dalam pengumpulan bahan untuk menyiapkan kajian ini. 1.7 LIMITASI KAJIAN Dalam pengumpulan bahan untuk kajian ini, masalah yang dihadapi adalah bahan-bahan yang berkaitan dengan topik kajian adalah sangat terhad. Ini disebabkan masalah di Papua Barat masih merupakan perkara sensitif dalam pertimbangan Indonesia, dan menyebabkan kajian lapangan tidak dilakukan, memandangkan pihak berkuasa Indonesia mengenakan lawatan yang terhad ke atas warga asing yang ingin berkunjung ke Papua Barat. Sumber sekunder yang dipetik adalah merangkumi buku, jurnal, majalah, akhbar, laman web dan bahan terbitan yang lain. Data-data dan rencana yang dikumpul dari sumber-sumber seperti laman web NGO diteliti dengan mendalam, untuk mengelakkan wujudnya bias terhadap konflik Papua Barat. Terdapat sesetengah NGO di Australia yang memperjuangkan kemerdekaan Papua Barat mempunyai pandangan negatif serta prejudis terhadap pihak berkuasa Indonesia dalam kebanyakan aspek, dan ini menjadikan pandangan mereka mempunyai stereotaip. Petikan yang diterapkan dalam kajian ini adalah cuma berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk analisis yang lebih tepat. Dari segi tempoh kajian, kajian ini akan meninjau perkembangan konflik Papua Barat dan implikasinya terhadap hubungan Australia-Indonesia, dari 1967 ke Disember 2011. Tempoh ini merupakan pentadbiran Orde Baru Suharto sehingga pertengahan penggal kedua Susilo Bambang Yudhoyono menjadi Presiden Indonesia. Kewajaran pemilihan tempoh ini adalah untuk mengkaji bagaimana regim pentadbiran Suharto 14

mengeksploitasi penduduk Papua Barat dan sumber aslinya yang kaya, serta perubahan yang wujud dalam zaman pasca Suharto. Hubungan Australia-Indonesia dari 1967 sehingga 2011 telah mengharungi beberapa peristiwa penting yang telah memberi pengaruh dan kesan kepada hubungan dua hala. Dalam penulisan ini, terma Papua Barat digunakan sebagai rujukan kepada keseluruhan bahagian barat pulau Papua yang merupakan wilayah Indonesia. Dalam kebanyakan penyelidikan lain, terma Papua Barat dan Papua juga digunakan untuk maksud sedemikian. Untuk memudahkan pembacaan, terma rakyat Indonesia atau orang Indonesia dalam kajian ini adalah merujuk kepada kesemua rakyat Indonesia kecuali penduduk Papua Barat beretnik Melanesia, kecuali dinyatakan sebaliknya. Terma penduduk Papua Barat dan orang Papua Barat pula merujuk kepada penduduk Papua Barat yang beretnik Melanesia, kecuali dinyatakan sebaliknya. Terma yang ditetapkan dalam kajian ini adalah dilakukan dengan tanpa prasangka dan sematamata untuk tujuan kajian dan pemudahan pembacaan. 1.8 PEMBAHAGIAN BAB Hasil kajian ini akan dibincangkan dalam 5 bab penulisan. Bab 1 merupakan pengenalan terhadap latar belakang kajian yang mencakupi pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, ulasan literatur, kepentingan kajian, kaedah kajian dan limitasi kajian. Bab 2 akan memberi fokus terhadap latar belakang konflik Papua Barat. Beberapa aspek penting yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah seperti sejarah Papua Barat sewaktu masih berstatus sebagai tanah jajahan Belanda, dan perubahan yang dialami sewaktu menjadi wilayah Indonesia yang sah. Faktor-faktor konflik selepas kemerdekaan Indonesia, dasar-dasar Papua Barat juga akan diimbas dalam bab 15

ini. Reaksi masyarakat antarabangsa terhadap konflik ini turut dikaji untuk mengenal pasti pendirian negara-negara lain terhadap wilayah bergolak Indonesia ini. Bab 3 akan mengkaji peranan Australia dalam konflik Papua Barat. Bab ini akan membincangkan perbezaan ideologi Parti Buruh dan Pakatan Liberal Australia dan bagaimanakah perubahan parti pemerintahan di Australia boleh menyebabkan pertukaran dasar-dasar Papua Barat dan Indonesia. Dasar luar Australia terhadap Asia Tenggara juga dikupas untuk mengkaji bagaimanakah ia memberi pengaruh terhadap dasar-dasar Indonesia Australia. Kepentingan strategik dan dasar luar Australia terhadap Papua Barat Australia di Papua Barat turut akan ditinjau untuk memberi gambaran mengapa Australia mengamalkan dasar-dasar Papua Barat yang pro Indonesia, di samping turut menjamin kepentingan mereka sendiri. Bab 4 akan membincangkan bagaimanakah peristiwa yang berlaku di Indonesia dan Papua Barat, serta dasar Papua Barat Australia telah memberi kesan ke atas hubungan dua hala. Implikasi dalam pelbagai bidang seperti hubungan politik, keselamatan, ekonomi, dan hubungan sosial telah dikaji dengan khusus untuk memberikan gambaran yang teliti mengenai bagaimana konflik Papua Barat telah mempengaruhi hubungan Australia-Indonesia dalam pelbagai dimensi. Bab 5 merupakan bab kesimpulan dan akan membincangkan cabaran dalam menangani konflik Papua Barat, serta prospek kerjasama Australia-Indonesia dalan konflik ini, dan dapatan kajian dengan lebih lanjut. 16