PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Similar documents
STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

TEMPAT MENARIK SYDNEY

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

PATUNG BURUNG KENYALANG DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

Piawaian Bon Hijau ASEAN

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PRUlink money market fund

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

AN ASSESSMENT OF VISITORS' PERCEPTION SAMA JAYA NATURE RESERVE KUCHING. Kueh Hsiao Chin

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Transcription:

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK Mohamad Zaini B. Mohamad Isa @ Lus Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Program Pengurusan Seni ) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2007 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN JUDUL : PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK SESI PENGAJIAN : 2004/2007 Saya : MOHAMAD ZAINI BIN MOHAMAD ISA @ LUS Mengaku membenarkan tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. * sila tandakan ( / ) SULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan Tandatangan Penulis Tarikh: Tandatangan Penyelia Tarikh: Alamat Tetap: J99, Jln. Berjaya, Felda Lubok Merbau, 06710 Pendang, Kedah. ii

PENGAKUAN Projek bertajuk Pelancongan Seni : Kewujudan Main Bazaar, Kuching Membantu Pengembangan Seni dan Budaya Kraftangan Masyarakat di Sarawak telah disediakan oleh Mohamad Zaini Bin Mohamad Isa @ Lus dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni. Diterima untuk dipeiksa oleh: (Puan Qistina Donna Lee Abdullah) Tarikh: iii

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan dan projek tahun akhir ini untuk program Pengurusan Seni. Tanpa usaha dan berkat kesabaran yang utuh tidak mungkin saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Puan Qistina Donna Lee Abdullah selaku penyelia saya yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan dorongan semasa menjalankan penyelidikan ini dan sepanjang saya di sini. Begitu juga kepada pensyarah lain iaitu Puan Noria, Cik Karen Audrey Samy, Cik Ema dan Puan Rahah Hj Hasan setinggi penghargaan saya berikan kepada semua. Segala tunjuk ajar dan sokongan yang telah diberikan sangat berharga dan tidak mungkin akan dilupakan. Sekalung penghargaan juga kepada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) iaitu Cik Yati dan warga pengusaha kedai kraf di Main Bazaar, Kuching kerana sudi ditemuramah dan meluangkan masa untuk penyelidikan ini. Buat ahli keluarga tersayang khasnya untuk ayahanda Mohamad Isa kerana banyak memberikan sokongan sepanjang menjalankan penyelidikan. Akhir sekali, buat rakan-rakan seperjuangan terima kasih banyak kerana sentiasa berada di sisi di samping tunjuk ajar yang diberikan. iv

Semoga segala sokongan dan bantuan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menyiapkan penyelidikan ini akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. Sekian, terima kasih. v

ISI KANDUNGAN KANDUNGAN Halaman Tajuk Borang Pengesahan Pengakuan Penghargaan Isi Kandungan Abstrak Abstract MUKASURAT i ii iii iv v ix x BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Definisi 4 1.3 Objektif Kajian 6 1.4 Hipotesis 7 1.5 Skop Kajian 8 1.6 Permasalahan Kajian 9 1.7 Kepentingan Kajian 10 1.8 Kesimpulan 12 BAB 2 : SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Tourism : Principles, Practices and Philosophies 14 2.2.1 Kandungan Umum 2.2.2 Kaitan Dengan Kajian 2.3 Tourism Handicraft Production : 16 The Changing Face of Malaysian Craft 2.3.1 Kandungan Umum 2.3.2 Kaitan Dengan Kajian 2.4 Tourism and Cultural Development in Malaysia 18 2.4.1 Kandungan Umum 2.4.2 Kaitan Dengan Kajian vi

2.5 Sistem Permintaan Pengguna 20 2.5.1 Kandungan Umum 2.5.2 Kaitan Dengan Kajian 2.6 Contemporary Tourism Issues in 21 Asia Pasific Journals 1989-1996 2.6.1 Kandungan Umum 2.6.2 Kaitan Dengan Kajian 2.7 Qualitative and Quntitative Decision-Making 24 Methods in Simulation Modelling 2.7.1 Kandungan Umum 2.7.2 Kaitan Dengan Kajian 2.8 Kesimpulan 26 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 27 3.2 Lokasi Kajian 28 3.3 Sumber Data 30 3.3.1 Data Primer 3.3.2 Data Sekunder 3.4 Populasi Kajian 32 3.5 Persampelan 33 3.6 Instrumen Kajian 34 3.7 Limitasi Kajian 35 3.8 Rumusan dan Kesimpulan 36 BAB 4 : ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 37 4.2 Penganalisaan Data 39 4.2.1 Analisa Kaedah Kuantitatif 4.2.1.1 Borang Soal Selidik 4.2.2 Analisa Kaedah Kualitatif 4.2.2.1 Temuramah 4.2.2.2 Pemerhatian 4.3 Kesimpulan 61 vii

BAB 5 : CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 63 5.2 Rumusan 64 5.3 Cadangan 67 5.3.1 Jalinan Kerjasama 5.3.2 Perbanyakkan Penganjuran 5.3.3 Meningkatkan Promosi 5.4 Cadangan Untuk Pengkaji Akan Datang 71 5.5 Kesimpulan 72 Bibliografi 74 Lampiran 79 viii

TAJUK : PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK. ABSTRAK Main Bazaar, Kuching merupakan sebuah rangkaian gerai kraf yang menjual produkproduk kesenian dan kebudayaan (kraftangan) kaum dan etnik di Sarawak. Kewujudan Main Bazaar ini dapat memelihara warisan tradisional disamping memperkenalkan hasil kraftangan penduduk setempat kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Fokus utama penyelidikan adalah melihat sejauh mana sumbangan Main Bazaar kepada seni dan budaya kraftangan masyarakat di Sarawak dan perkembangannya. ix

TITLE: ART TOURISM : THE EXISTENCE OF MAIN BAZAAR, KUCHING ASSIST THE DEVELOPMENT ART AND CULTURE OF SARAWAK HANDICRAFTS. ABSTRACT Main Bazaar, Kuching is one of the craft shops areas which selling arts and cultural products (handicraft) of Sarawak. With the existence of Main Bazaar, it will helps to promote and preserved of Sarawak handicrafts to the international and domestic tourists. Main focus of this research is to look at the contributions of Main Bazaar towards the development and preservation of Sarawak handicrafts. x

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN Pelancongan seni merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara di samping memperkenalkan seni, budaya dan warisan bangsa di mata dunia. Sebagai usaha ke arah matlamat ini, Malaysia telah menjalankan beberapa inisiatif seperti memperkenalkan pelancong dengan pelbagai etnik di negara ini melalui pembangunan tempat-tempat pelancongan menarik di kawasan yang memiliki nilai-nilai estetika kesenian dan kebudayaan, misalnya kebanyakan tempat di negeri Sarawak. Antara tempat menarik tersebut adalah bangunan bersejarah Astana dan Fort Margherita, Muzium Negeri, tempat rekreasi dan perkelahan seperti Damai dan Santubong serta banyak lagi destinasi yang menggamit kenangan untuk dilawati. Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai keluasan terbesar di Malaysia dan ibu negerinya ialah Kuching. Ia merangkumi sebelas (11) kawasan termasuk Kuching iaitu kawasan Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Keunikan negeri ini juga tiada tolok bandingannya kerana terdapat pelbagai kaum dan etnik yang menjalani kehidupan seharian secara bersama dan aman harmoni. Dapat dilihat dari segi pakaian, peralatan, bahasa, barangan kraftangan dan budaya masing-masing yang menonjolkan keistimewaan tersendiri. Di dalam bahagian Kuching sahaja, populasi menunjukkan kira-kira 500 000 penduduk menetap di situ dan bangga dengan keadaannya yang 1

menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun asing. (Sarawak Tourism Board, 2006) Kewujudan Main Bazaar adalah salah satu daripada usaha yang dijalankan kerajaan untuk memperkenalkan dan menarik minat pelancong terhadap seni dan budaya kraftangan masyarakat di Sarawak. Bangunan Main Bazaar telah lama wujud iaitu lebih kurang 100 tahun dahulu dan masih lagi utuh sehingga hari ini. Lokasinya yang strategik menambahkan lagi kemasyhurannya terhadap para pengunjung yang datang untuk membeli pelbagai barangan seperti perabot, baju, kain dan sebagainya. Main Bazaar terletak di hadapan Tebingan Sungai Sarawak (Waterfront) yang mana merupakan sebuah bangunan lama dan telah berusia beberapa abad di dalam Bandaraya Kuching. Ia amat popular dari zaman dahulu sehingga hari ini dan salah satu elemen tradisional yang terdapat pada Main Bazaar ialah senibina bangunannya. Secara peribadi dapat dilihat bahawa wujudnya rumah kedai yang bercirikan motif atau corak daripada tradisi Cina. Lazimnya, rumah kedai tersebut dihuni oleh ahli keluarga itu sendiri sejak turun-temurun sehingga sekarang dan menjadikannya sebagai tapak perniagaan warisan keluarga. Perniagaan tersebut masih dijalankan dan diteruskan oleh anak cucu mereka bagi mengekalkan warisan budaya supaya tidak terhakis begitu sahaja. Bagaimanapun, dari segi penjualan barangan adalah berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada perubahan zaman yang semakin maju serta citarasa para pengguna atau pembeli dan pelancong yang memiliki tahap kepuasan yang tinggi dan harus dituruti. Pada awal kemunculannya, penjualan barangan di dalam bangunan itu lebih bersifat kepada pembuatan besi atau logam, bertukang dan berniaga secara kecil-kecilan. Ia berbeza dengan zaman sekarang yang mana 2

kebanyakan kedai cenderung menjual barangan dan produk kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat dalam masyarakat di Sarawak. Sebagai contoh, pengusaha menjual barangan hasil daripada kaum Iban, keropas-kerapis orang Bidayuh dan perhiasan orang Ulu. Pelbagai jenis patung (hiasan) sehinggalah kepada biji-biji manik ada dijual di Main Bazaar. Keprihatinan pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terhadap penjagaan dan pemuliharaan Main Bazaar ini, setidak-tidaknya memberi peluang kepada individu yang menghasilkan barangan tersebut, pengusaha kedai dan para pelancong yang datang untuk membeli. Di samping itu, pengembangan dalam sektor seni dan budaya dapat diketengahkan lagi dengan penghasilan barangan kraftangan yang bermutu dan berkualiti tinggi. 3

1.2 DEFINISI Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengutarakan definisi yang menjadi kata kunci kepada tajuk yang dikaji. Definisi-definisi yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan pelancongan, maksud bazaar, kraftangan serta seni dan budaya. Pelancongan dalam perkataan Latin iaitu tonare dan dalam perkataan Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam satu bulatan. Jafari (1977) mendefinisikan pelancongan sebagai satu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semulajadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka dan juga kesan ke atas diri mereka serta industri itu daripada sudut sosio-budaya, ekonomi dan persekitaran. Seterusnya, bazaar merupakan kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang (kain, baju, dan lain-lain). Dalam bahasa Parsi, bazar adalah pasaran di tempat terbuka dan kebiasaannya boleh dijumpai di kawasan Timur Tengah yang berbudayakan Islam. Menurut kajian asal, perkataan bahachar berasal dari Pahlavi yang bermaksud tempat menjual beli. Kraftangan pula didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai perusahaan (kerja, seni dan sebagainya) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan. Tumpuan juga boleh beralih kepada bidang yang sering menarik minat pelancong. 4

Seni dan budaya mempunyai pelbagai maksud dan definisi mengenainya. Shuhaimi Hj. Muhammad mentakrifkan seni sebagai halus, indah, murni, menarik, cantik, luar biasa, ghaib, ajaib, abstrak dan melampaui jangkauan berfikir. Semuanya adalah berhubungan dengan material, mental dan spiritual (kebendaan, pemikiran dan kerohanian). Maka, seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman, keintelektualan, kebijaksanaan dan kerohanian manusia. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), kesenian adalah suatu karya (sajak, lukisan dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Dalam kamus yang sama, budaya bermaksud tamadun atau peradaban manusia sementara kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir dalam segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. Kesimpulannya, seni dan budaya adalah penting dalam sesebuah masyarakat dalam memperkembangkannya kepada umum. Oleh yang demikian, Main Bazaar bertindak dengan menjual barangan yang bersifat seni dan budaya sesuatu kaum yang terdapat di Sarawak melalui pasaran yang terbuka iaitu tempat yang menjadi tumpuan pelancong. 5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah penting dalam menjalankan penyelidikan agar ia tidak menyimpang atau terpesong daripada tajuk yang dibincangkan. Pengkaji telah menggariskan beberapa objektif sebagai pemandu arah di dalam menjayakan penyelidikan yang dibuat. Objektif utama penyelidikan ialah mengenal pasti usaha-usaha yang telah dijalankan yang mana menyebabkan Main Bazaar berkembang dan menjadi begitu terkenal sehingga ia disenaraikan di dalam bahan promosi pelancongan di Sarawak. Penyelidikan mungkin dilihat dari aspek penjualan barangan dan hubungan individu dengan individu yang lain seperti pengusaha kedai dengan pelanggan yang datang untuk membeli. Dalam aspek penjualan barangan, pengkaji ingin melihat bagaimana sambutan yang ditunjukkan oleh pelancong terhadap harga yang ditawarkan sama ada berpatutan atau sebaliknya. Sementara aspek hubungan individu dengan individu, ia merujuk kepada hubungan baik antara pengusaha kedai dengan pelancong dan pihak lain seperti Pos Malaysia yang bertindak menghantar barang yang telah dipesan oleh pembeli. Di samping itu, objektif penyelidikan ini juga adalah untuk menyedarkan orang ramai khususnya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia mengenai kegiatan seni dan budaya yang ditonjolkan oleh Main Bazaar sebagai pusat kraftangan di Sarawak. 6

Pengkaji juga ingin mengkaji penerimaan masyarakat tempatan dan pelancong asing terhadap barangan dan produk kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Main Bazaar. Tahap kepuasan dapat dicapai sekiranya pelancong berpuas hati dengan penjualan barang yang membolehkan mereka membeli seterusnya menjadikannya sebagai memori untuk dibawa pulang. Tahap kepuasan tersebut dpat dilihat dari segi keselesaan pelancong untuk ke Main Bazaar dan bagaimana pihak terbabit menyambut kedatangan para pelancong yang datang. Sistem permintaan yang dibuat oleh pelancong hendaklah diturutkan kerana para pengguna sering dibatasi oleh pendapatan yang mereka ada dan harga barang yang terdapat di pasaran. 1.4 HIPOTESIS Pengkaji membuat satu hipotesis dengan mengandaikan bahawa kedai kraf seperti Main Bazaar ini dapat membantu dalam mengembangkan seni dan budaya kraftangan masyarakat di Sarawak seterusnya menjadi pusat kraftangan utama kepada para pelancong untuk mendapatkan barangan kesenian dan kebudayaan. 7

1.5 SKOP KAJIAN Dalam skop kajian, pengkaji lebih cenderung untuk mengkaji jumlah rangkaian kedai atau gerai yang terdapat di dalam kelompok Main Bazaar. Penentuan jumlah sebenar adalah penting bagi memudahkan para pelancong yang datang untuk membuat pilihan dalam proses pembelian kelak. Selain itu, pengkaji ingin mengenal pasti keberkesanan promosi yang dijalankan oleh para pengusaha atau pihak yang berkenaan lain dalam memperkenal dan melariskan barangan yang dijual. Kaedah promosi yang berkesan dapat membantu meningkatkan lagi pengembangan seni dan budaya kraftangan masyarakat yang terdapat di Sarawak seterusnya menambahkan kadar pelancong asing yang datang ke Kuching khususnya Main Bazaar. 8

1.6 PERMASALAHAN KAJIAN Untuk menjalankan penyelidikan ini, pengkaji telah mengenal pasti bahawa terdapatnya masalah yang timbul dan harus diperbetulkan agar barangan seni dan budaya setiap kaum tidak dieksploitasi dan terhakis begitu sahaja. Masalah utama dalam penyelidikan yang dibuat ialah kurangnya rangkaian kedai atau gerai yang menjual barangan seni dan budaya kraftangan masyarakat di Sarawak seumpama dengan Main Bazaar. Sebagai contoh dapat dilihat kepada kedai yang menjalankan perniagaan secara berasingan atau individu iaitu menjual barangan kraf yang sama seperti Sarakraf Pavillion dan Pusat Kraftangan Negeri Sarawak. Oleh itu, kewujudan Main Bazaar, Kuching amat mengungtungkan bagi kedua-dua belah pihak antara pengusaha dengan pelancong. Permasalahan lain yang dikaji dalam penyelidikan ini ialah kurang sumbangan dan bantuan daripada pihak kerajaan, swasta atau agensi-agensi pelancongan dalam membantu peningkatan dan pengembangan Main Bazaar, Kuching dalam industri pelancongan. Sebagai contoh, kurang hari bersama yang melibatkan komuniti Main Bazaar seperti Hari Terbuka yang sering diadakan di hadapan Tebingan Sungai Sarawak (Waterfront). 9

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Penyelidikan mengenai pengembangan seni dan budaya melalui kewujudan Main Bazaar adalah penting kepada semua pihak yang terlibat seperti para pengusaha mahupun kepada para pelancong itu sendiri. Ia adalah satu usaha positif di antara kedua belah pihak yang mana memberi peluang kepada pengusaha untuk memajukan lagi prestasinya dalam penjualan barangan kraf. Sementara itu, para pelancong dapat menikmati pelbagai barangan dan mudah dalam membuat keputusan apabila hendak membeli. Penyelidikan yang dilakukan adalah penting kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Sarawak Tourism Board (STB), Tourism Malaysia dan agensi-agensi pelancongan untuk membuat pemerhatian serta bertindak balas dengan mengambil langkah yang efektif bagi mengembangkan Main Bazaar, Kuching di mata pelancong yang datang. Bagi DBKU, mungkin penyelidikan ini penting terhadapnya dalam menaik tarafkan bangunan atau rumah kedai yang terdapat di sepanjang Main Bazaar, Kuching. Di samping itu, kajian ini dapat membantu pihak DBKU dalam mengembangkan dan melahirkan strategi mereka untuk mempertingkatkan lagi pembangunan di Main Bazaar, Kuching. Kepentingan kajian ini juga dapat ditujukan kepada pihak Sarawak Tourism Board (STB) iaitu melalui kajian ini, pihak STB berupaya mempromosikan Main Bazaar, Kuching dengan memperbanyakkan maklumat-maklumat yang berkaitan di dalam buku-buku pelancongan Sarawak. Maklumat-maklumat terperinci mengenai kraftangan hasil daripada masyarakat yang 10

terdapat di Sarawak penting dalam menarik minat dan perhatian pelancong untuk datang. Selain itu, ia juga penting dan memberi manfaat kepada kurikulum yang terdapat di sekolah, institut pengajian awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS). Melalui kajian ini, pelajar mudah memperolehi barangan kraftangan dan dapat menambahkan pengetahuan mengenai kraftangan tempatan. Seterusnya, dapat menyelamatkan daripada terhakis oleh teknologi semasa. 11

1.8 KESIMPULAN Keseluruhannya, bab ini membincangkan latar belakang mengenai kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji telah menyentuh secara mendalam mengenai kajian dan memberikan penerangan terhadap punca utama yang menjadi subjek penyelidikan. Definisi-definisi terhadap tajuk kajian juga dibincangkan agar pengkaji memahami setiap proses dan langkah yang akan dilakukan pada bab yang seterusnya. Objektif kajian juga dibincangkan dalam bab ini yang bertujuan untuk memandu pengkaji supaya tidak terpesong daripada meneruskan penyelidikan ini. Sementara itu, pengkaji telah menetapkan satu hipotesis yang sesuai terhadap kajian ini supaya ia dapat memberikan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang wujud dalam membantu mengembangkan seni dan budaya kraftangan masyarakat di Sarawak. Pengkaji juga telah menetapkan skop bagi kajian ini dan kepentingan kajian kepada semua pihak yang terlibat. Kepentingan kajian ini dapat menyedarkan pihak- pihak yang berkenaan mengenai kewujudan Main Bazaar, Kuching sebagai pusat penjualan barangan kraf. Dengan ini, pihak terbabit dapat menjadikannya sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. 12

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 MAKLUMAT BIBLIOGRAFI / RUJUKAN Definisi-definisi dan pengertian yang berkaitan dengan pelancongan, bazar, seni dan budaya serta kraftangan dapat diperolehi daripada pelbagai sumber misalnya buku, majalah mahupun maklumat di Internet. Pengkaji telah membuat kajian mengenai kandungan umum yang terdapat di dalam buku yang dikaji dan mengaitkannya dengan kajian yang dijalankan. Langkah ini membantu pengkaji dalam memahami dan mendalami penyelidikan yang dilakukan supaya ia dapat dijadikan petunjuk kepada awam mahupun pengkaji akan datang. Di dalam kandungan umum, penjelasan ringkas dan spesifik mengenai tajuk buku tersebut dibuat dan melihat pendekatan yang digunakan oleh penulis dalam menghubungkaitkan dengan tajuk kajian. Seterusnya, perkaitan itu perlu selari dengan dan bersifat konkrit sebagaimana yang terdapat di dalam buku tersebut. Setelah maklumat diperolehi dan dikumpul, pengkaji dapat mengkategorikan dan memilih maklumat yang berkaitan sahaja dengan penyelidikan. Tujuannya adalah untuk menguatkan dan mengukuhkan lagi penyelidikan yang dilakukan di samping pendapat dan pandangan pengkaji sendiri. 13

2.2 Tourism : principles, practices, philosophies. (8 th ed.) pp. 7-15. 2.2.1 KANDUNGAN UMUM Dalam buku Tourism : principles, practices, philosophies yang ditulis oleh Charles R.G, Brent J.R, Robert M., (1980) mengandungi definisi pelancongan secara umum dan jelas kepada pengkaji. Ia menceritakan tentang fungsi dan peranan pelancongan kepada sesebuah tempat atau destinasi di samping mengklasifikasikan pelancongan itu kepada beberapa jenis. Pertama ialah Pelancongan Antarabangsa (inbound dan outbound), Pelancongan Dalaman, Pelancongan Domestik dan Pelancongan Peringkat Kebangsaan iaitu antara satu negara dengan negara yang lain. Selain itu, statistik kedatangan pelancong juga ditunjukkan dan diterangkan mengenai faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu tempat itu menjadi perhatian dan menarik kedatangan orang ramai. Bagaimanapun, statistik tersebut lebih menumpukan kepada negara-negara maju seperti Australia dan Switzeland. Di sini, pengkaji telah mengambil maklumat yang berkaitan sahaja sebagai panduan dalam penyelidikan. 14