Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Similar documents
LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

TEMPAT MENARIK SYDNEY

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

============================================================================

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

STUDY ON THE SELECTION CRITERIA FOR CHOOSING DOMESTIC PACKAGE TOURS IN MALAYSIA DAYANG SANDRAWATI BINTI ABANG JOSMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

eclaims - Gambaran Keseluruhan

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

KOMPONEN DAN KOS BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF LANDASAN KERETAPI KONVENSIONAL MOHD NOR BIN ISMAIL

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT NOR EEDA BINTI HAJI ALI

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Transcription:

Research Article Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia Journal of Tourism, Hospitality & Culinary Arts (JTHCA) 2017, Vol. 9 (2) pp 163-174 The Author(s) 2017 Reprints and permission: UiTM Press Submit date: 24 th June 2017 Accept date: 30 th Aug 2017 Publish date: 30 th Sept 2017 Ruhizal Roosli* Jamil Jusoh Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia ruhizal@usm.my Proposed citation: Roosli, R. & Jusoh, J. (2017). Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia. Journal of Tourism, Hospitality & Culinary Arts, 9(2), 163-174. Abstract Countries in the ASEAN region are highly dependent on island and coastal tourism. However, the destination countries need to formulate strategies to continue retaining tourist arrivals to their islands as well as increasing the number each year. For tourists, planning a careful journey by considering the time, distance, route and vacation cost to the destination need to be made ahead for a perfect holiday. By looking at the travel patterns, Malaysia is able to provide alternatives in designing various initiatives by the industry players in promoting the arrival of the international tourists. This study is conducted with the objective of identifying the tourist travel patterns and the transportation systems. By using quantitative methods, a total of 848 respondents were involved in this study. The output of the can be used as a link to the Malaysian archipelago knowledge, assist the planners and the implementers to set an effective strategy to make Malaysia islands an attractive destination among the foreign tourists. Keywords: Travel pattern, island tourism, international tourist, arrival 1 Pengenalan Sektor pelancongan pulau telah lama wujud dan popular di kalangan negara-negara ASEAN yang mempunyai banyak pulau atau persisir pantai yang menarik serta sesuai dijadikan destinasi pelancongan. Pulau-pulau di Mediterranean dan Carribbean sudah 163

termashyur dengan keindahan pantai semula jadinya yang menjadi tumpun pelancong di musim panas khususnya pelancong dari Eropah. Begitu juga dengan negara Greece, Sepanyol Hawaii, Maldives dan Brazil telah menikmati pendapatan dari pelancongan pulau dan mencecah berjuta Euro di kalangan negara-negara di sebelah Eropah. Negaranegara di Asia juga sangat bergantung kepada pelancongan pulau dan persisir pantai yang indah serta terpelihara. Thailand, Indonesia, Australia serta Malaysia sendiri memang terkenal dengan keindahan pantai-pantai semula jadinya yang menjadi tumpuan pelancong luar negara (Jusoh & Mohamed, 2006). Walaubagaimana pun, pelancongan pulau tidak dapat kekal bertahan diantara destinasi menarik dunia, melainkan kawasan-kawasan semula jadi ini sentiasa dipelihara serta diselenggara secara lestari dan disokong oleh sistem perhubungan yang berkesan untuk menggerakkan pelancong dari satu destinasi ke destinasi lain. Dengan demikian, pelancong akan terus datang semula ataupun pelancong baru akan bertambah (Baud- Bovy & Lawson, 1998). Setelah melihat perkembangan ini, Malaysia juga mempunyai daya tarikan tersendiri bagi pelancongan kepulauan. Dengan melihat corak perjalanan, Malaysia sebenarnya mampu memberi alternatif dalam merancang pelbagai inisiatif oleh pemain industri dalam menggalakkan kedatangan pelancong antarabangsa ini. Kajian yang telah dijalankan adalah mengenalpasti corak perjalanan (travel pattern) pelancong dan sistem pengangkutan sebagai perhubungan kepulauan Malaysia yang boleh membantu para perancang dan pelaksana untuk mengatur strategi berkesan bagi menjadikan pulaupulau Malaysia sebagai destinasi menarik di kalangan pelancong asing. Setelah mengenalpasti corak perjalanan ini, pihak yang terlibat dapat menambahbaik sistem yang sedia ada. 2 Latar Belakang Pelancongan pulau yang berkesan sudah tentu berkait rapat dengan kemudahan perhubungan pengangkutan samada melalui darat, laut dan udara untuk aksesibiliti serta keperluan utiliti dan kemudahan penginapan yang mampu menjana meningkatkan operasi dan aktiviti pelancongan pantai (Tourism Malaysia, 2007). Pelancong pulau yang melawat negara Asia Tenggara seperti Bali, Singapura, Pulau Pinang, Langkawi, Phuket dan Koh Samui mempunyai agenda perjalanan yang telah dirancang lima hingga enam bulan lebih awal (Jusoh, 2006). Namun demikian, keputusan untuk melawat destinasi pilihan dibuat samada pernah melawat tempat berkenaan atau mendapat maklumat positif hingga menarik minat mereka untuk melawat. Kepuasan yang diperolehi bila melawat ke destinasi berkenaan adalah salah satu punca membuat pilihan (Mathieson & Wall, 1982). Laluan dan pilihan kemudahan pengangkutan yang digunakan, disamping faktor tambang, jarak perjalanan, keselamatan, keselesaan dalam perjalanan serta kemudahan di destinasi turut mempengaruhi pelawat untuk menuju satu-satu destinasi (Cooper et al., 1993). Selain itu, terdapat pulau-pulau yang terkenal dan menarik suatu masa dulu tetapi kini telah hilang kepercayaan serta tidak menjadi pilihan pelancong 164

disebabkan kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia sendiri seperti pencerobohan persisir pantai yang berlebihan, pembuangan sampah serta kemusnahan alam semula jadi pulaunya (Hinrichsen, 1990). Secara langsung punca pendapatan dari sektor pelancongan pulau telah menurun untuk negara asal dan memberi peluang kepada lain-lain destinasi baru untuk merebut (capture) pelancong yang asalnya komited di destinasi asal (negara) sebelum ini. Bagi setengah pulau, pelancongan adalah amat beruntung kerana menerima kedatangan pelancong hampir setiap tahun (pelancong berulang) dan secara langsung mengetahui jumlah, jenis pelancong serta negara asal mereka. Senario begini dapat membantu institusi pelancongan negara berkenaan untuk merancang dan melaksanakan program pelancong bagi menyambut kedatangan pelancong asing berkenaan (Jusoh, 2006). Kedudukan kedatangan pelancong ke pulau-pulau di Malaysia boleh digambarkan dengan kebanjiran pelancong ke pulau-pulau yang sudah established dan terkenal seperti Langkawi, Pulau Pinang, Pangkor, Tioman, Perhentian, Sipadan dan Redang (Jusoh & Mohamed, 2006). Jumlah kehadiran mereka ke destinasi-destinasi berkenaan mudah diukur disebabkan kemudahan pintu masuk pelancong dan pengangkutan ke pulau-pulau berkenaan seperti lapangan terbang dan terminal jeti. Laluan inilah yang dapat memberi maklumat tepat jumlah pelancong keluar masuk, termasuk jenis kenderaan, masa, serta kategori pelancong (MTPL, 2008). Statistik Tourism Malaysia, 2009 mencatitkan, ranking destinasi pilihan pelancong asing ke Malaysia adalah pertama Kuala Lumpur, kedua Pahang, ketiga Pulau Pinang dan keempat Sabah. Kedatangan pelancong dari Australia telah meningkat dengan ketara pada tahun 2009, iaitu 427,070 orang dibandingkan hanya 47,228 pada tahun 2008. Destinasi pilihan pelancong negara berkenaan adalah pulau pulau yang terdapat di pantai timur dan barat Malaysia serta Sabah. Bagi Zon Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika terdapat lebih 600,000 pelancong dari negara India memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka di mana Pulau Langkawi, Pulau Pinang serta Kuala Lumpur adalah tarikan utama. Sementara itu, pelancong dari Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 9 peratus kepada 220,000 pada tahun 2008. Tarikan utama mereka (55 peratus) adalah pantaipantai di Pulau Langkawi, Tioman, Pulau Pinang dan Perhentian selain daripada urusan rasmi di Malaysia. Pulau Pinang pula menerima sejumlah 6.3 juta pelancong pada tahun 2008 dibandingkan seramai 5.1 juta pada tahun 2007. Negeri Pahang mendahului Pulau Pinang dengan menerima pelancong dalam dan luar negeri sejumlah 10.1 juta pada tahun 2008. Kedatangan ramai pelancong ke negeri Pahang disebabkan destinasi-destinasi pulaunya yang terletak di tengah-tengah negeri pantai timur iaitu Terengganu dan Johor. Dengan demikian corak perjalanan pelancong (tourist route pattern) ke pantai timur hanya tertumpu ke pulau-pulau yang terdapat di Laut China Selatan khususnya Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Redang, Kapas serta lokasi persisir pantai seperti di Desaru, Mersing, Kuala Terengganu dan Cherating (TRC, 2004). Bagi Pulau Langkawi, jumlah teramai adalah dari Eropah (50 peratus) khususnya 165

dari Germany, Italy, Britain, Holland dan Australia, sementara 18.4 peratus pula adalah dari Asia Timur seperti Singapura, Hong Kong,Taiwan, Korea dan Jepun (MTPL, 2008). Pelancong membuat pilihan destinasi pulau disebabkan faktor-faktor penarik seperti kemudahan penginpan, produk pelbagai, kesempurnaan bergerak serta suasana alam semula jadi yang masih dipelihara. Negara destinasi pula akan merangka strategi untuk terus mengekalkan kedatangan pelancong ke kepuluan mereka disamping menambah bilangan setiap tahun. Bagi pelancong pula, merancang perjalanan yang teliti dengan mengambil kira aspek masa, jarak, laluan dan kos percutian untuk ke destinasi telah dilakukan lebih awal dan percutian yang menyeronokkan adalah hasil yang ingin diperolehi oleh mereka (Jusoh, 2006). Dalam pada itu, bagi pelancong Eropah setiap perjalanan akan melalui dan menetap di pelbagai laluan dan destinasi dalam jangka masa yang telah dirancang. Namun, terdapat juga di mana destinasi yang tidak dirancang tetapi baru diterokai pelancong sepanjang perjalanan mereka, yang akhirnyanya menjadi destinasi pilihan setiap tahun (Noronha & Lourenco, 2002). Terdapat keadaan di mana sesebuah negara mempunyai destinasi pulau yang amat menarik tetapi tidak dikunjungi pelancong, disebabkan destinasi berkenaan terkeluar dari laluan lazim pelancong (off-route) atau tiada perhubungan (no connections) dengan pusat-pusat pengangkutan awam atau bandar utama. Pelancong akan tinggal lebih lama di satu-satu destinasi disebabkan keselesaan dan kepuasan diperolehi, tetapi kesempatan untuk melawat tarikan di kawasan sekitar tidak dibuat kerana kurang maklumat serta promosi yang tidak menyakinkan (atau tidak sampai ke pengetahuan) untuk mereka melawat. Kekuranngan (gap) inilah yang menjdikan sesetengah negara kehilangan pelancong meskipun pelancong telah meringtasi (cross over) atau transit di negara berkenaan hanya untuk beberapa jam sahaja. Malaysia didapati mengalami dilema yang sama di mana pelancong luar mendarat di Singapura (Rajah 1) untuk melancong akan meneruskan perjalanan merengtasi Johor Bahru ke Padang Besar dengan keretapi ke Pulau Phuket atau Bangkok tanpa singgah sebagai pelancong di Malaysia (Andrew, 2006). Sumber: Jusoh and Mohamed (2006) Rajah 1: Fenomena perjalanan pelancong asing ke Malaysia 166

Begitu juga bagi pelancong asing yang mendarat di Pulau Langkawi akan meneruskan perjalanan mereka ke Sabah atau Bali tanpa melawat Pulau Tioman atau Pulau Pangkor. Malaysia menawarkan infrastruktur kelas pertama untuk ke destinasidestinasi pulau, namun faktor imej dan kemasyuran menjadikan pulau-pulau di Thailand dan Indonesia masih ramai pengunjung (Jusoh & Mohamed, 2006). Dengan menjejaki laluan dan aktiviti yang dilakukan pelancong serta memahami corak perjalanan dan sistem perhubungan yang digunakan semasa melaui atau melintasi negara ini, maka kita dapat mengatur strategi bagi mengawal supaya tidak lagi kehilangan pelancong asing yang berpotensi ini. Sebelum itu, memahami jejak laluan pelancongan pulau oleh pelancong luar memerlukan penyelidikan mendalam dengan mengambilkira faktorfaktor produk yang ditawarkan pulau, sistem perhubungan, aksesibiliti, promosi, infrastruktur fizikal dan ciri-ciri pelancong. 3 Kaedah Penyelidikan Asas kajian adalah untuk mencapai objektif yang digariskan. Oleh itu maklumat yang tepat, terkini serta relevan menjadi elemen penting bagi setiap peringkat kajian. Dua bidang yang menjadi komponen utama penyelidikan adalah pelancong luar negara dan pulau pelancongan. Perhubungan antara kedua komponen berkenaan dari aspek pergerakan, laluan dan tujuan perjalanan pelancong menjadi fokus kajian. Selain daripada itu elemen-elemen yang mempengaruhi komponen utama tersebut seperti ciri-ciri fizikal pulau pelancongan, sistem perhubungan dan infrastruktur, laluan dan arah tuju, pemasaran dan promosi serta aspek-aspek yang berkaitan seperti polisi, garispanduan dan pengurusan pengguna yang melengkapkan skop kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif serta visual analisis (inventory analysis). Kaedah kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah non-probability convenient sampling dengan soal-selidik terhadap pelancong luar negara. Kajian melalui soal selidik terhadap pelancong luar negara adalah berasaskan kriteria berikut: i. Pelancong yang menginap di pulau pelancongan; dan ii. Pelancong yang berada di pulau pelancongan (tanpa menginap atau transit) Dalam kes ini lokasi soal selidik adalah di terminal pengangkutan awam, pusat membeli belah dan destinasi tarikan pelancong di pulau berkenaan. Pemilihan 5 peratus responden adalah berasaskan jumlah pelancong asing diperolehi hasil daripada pilot survey yang akan dijalankan bagi setiap lokasi berkenaan. Pemilihan kawasan kajian kes berasaskan kepada kriteria berikut: i. Pulau pelancongan di pantai barat dan pantai timur Malaysia yang menerima kunjungan pelancong antarabangsa teramai; 167

ii. iii. Lokasi yang mempunyai pertalian rangkaian pergerakan pelancong (tourist movement network) dengan pulau pilihan seperti pusat bandar; pusat terminal awam dan destinasi perhimpunan pelancong utama; Mengalami keluar-masuk pelancong yang ramai mengikut rekod kedatangan pelancong. Pemilihan kawasan kajian kes melibatkan lima (4) pulau yang menerima bilangan pelancong asing yang ramai yang juga terkenal di kalangan mereka. Pulau berkenaan adalah Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Pulau. Kedudukan geografi pulau-pulau berkenaan akan menggambarkan (represent) agihan lokasi yang seimbang kepulauan di pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Perincian kawasan kes kajian adalah: i. Pulau Langkawi: Pantai Cenang, Pantai Tengah, Padang Mat Sirat, Lapangan Terbang, Pekan Kuah dan Terminal Feri Kuah ii. Pulau Pinang: Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Georgetown, Lapangan Terbang Bayan Lepas iii. iv. Pulau Redang: Jeti Pulau Redang Pulau Perhentian: Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Kuala Terengganu 4 Penemuan dan Perbincangan Tiga dapatan penting yang dapat membantu dalam mengetahui corak perjalanan (travel pattern) pelancong dan sistem pengangkutan sebagai perhubungan kepulauan Malaysia iaitu tujuan lawatan, destinasi asal perjalanan, jangkaan awal dan kaedah kebolehsampaian pelancong. 4.1 Pulau Perhentian Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan yang paling tinggi adalah bercuti/rekreasi. Bagi tujuan ini, jumlah skor kekerapan yang diperolehi adalah sebanyak 145 responden iaitu mewakili sebanyak 90.6 peratus dari senarai jawapan yang dikemukakan kepada responden-responden yang terlibat di dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan kedua tertinggi pula adalah bagi tujuan berbulan madu dengan nilai skor kekerapan sebanyak 12 responden. Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan paling rendah pula adalah bagi tujuan acara/pertandingan. Responden diberi pilihan untuk memilih jawapan lebih daripada satu tujuan bagi soalan ini. Majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah melawat destinasi lain terlebih dahulu samaada destinasi dalam negara mahupun luar negara sebelum mereka datang ke Pulau Perhentian iaitu mewakili 95 peratus daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Dari jumlah ini, seramai 106 responden telah melawat destinasi lain di dalam Malaysia sebelum melawat Pulau Perhentian dan seramai 46 responden pula telah melawat negara-negara lain sebelum datang ke Malaysia 168

khususnya Pulau Perhentian. Hasil maklumat yang diperolehi juga mendapati hanya 8 atau pun 5 peratus responden yang datang melawat Pulau Perhentian tanpa melawat ke destinasi-destinasi lain terlebih dahulu. Majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah memberikan tahap jangkaan yang baik bagi setiap pernyataan yang telah dikemukakan kepada mereka dalam borang soal selidik. Pernyataan yang mendapat nilai skor paling tinggi adalah berkaitan dengan tempat menarik yang terdapat di Pulau Perhentian iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 3.92. Manakala pernyataan yang mendapatkan tahap jangkaan paling rendah pula adalah perkhidmatan informasi (papan tanda, pusat informasi) iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 3.21. Cara untuk sampai ke Pulau Perhentian hanyalah melalui pengangkutan air sahaja seperti bot, feri dan kapal mewah. Oleh itu, 90 peratus responden telah menjawab lainlain sebagai pilihan dan menyatakan bot, bot laju dan feri sebagai jawapan. Selain itu, 13 responden telah memilih perkhidmatan kapal mewah sebagai pilihan untuk memasuki Pulau Perhentian. Responden yang memilih mod pengangkutan kapal mewah mempunyai perkaitan dengan destinasi tiba di Pulau Perhentian iaitu dari Langkawi dan Phuket. Namun begitu, terdapat responden yang tidak menyatakan mod pengangkutan tiba dan destinasi tiba di Pulau Perhentian. 4.2 Pulau Pinang Terdapat beberapa tujuan responden datang melawat ke Pulau Pinang. Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan yang paling tinggi adalah bercuti/rekreasi. Bagi tujuan ini, jumlah skor kekerapan yang diperolehi adalah sebanyak 259 responden iaitu mewakili sebanyak 79.9 peratus dari senarai jawapan yang dikemukakan kepada responden-responden yang terlibat di dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan kedua tertinggi pula adalah bagi tujuan mengunjungi saudara atau pun sahabat iaitu dengan nilai skor kekerapan sebanyak 30 responden diikuti dengan tujuan berbulan madu dengan skor kekerapan yang diperolehi adalah sebanyak 18 responden. Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan paling rendah pula adalah di sebabkan oleh urusan kerajaan dengan hanya memperoleh 1 nilai kekerapan sahaja. Majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah melawat destinasi lain terlebih dahulu sebelum mereka datang ke Pulau Pinang iaitu mewakili 94 peratus daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Dari jumlah ini, seramai 187 responden telah melawat destinasi lain di dalam Malaysia sebelum melawat Pulau Pinang dan seramai 117 responden pula telah melawat negara-negara lain sebelum datang ke Malaysia khususnya Pulau Pinang. Hasil maklumat yang diperolehi juga mendapati hanya 20 atau pun 6 peratus responden yang datang melawat Pulau Pinang tanpa melawat ke destinasi-destinasi lain terlebih dahulu. 169

Majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah memberikan tahap jangkaan yang baik bagi setiap pernyataan yang telah dikemukakan kepada mereka dalam borang soal selidik. Pernyataan yang mendapat nilai skor paling tinggi adalah berkaitan dengan kualiti dan perkhidmatan makanan dan minuman yang bakal ditawarkan di Pulau Pinang iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 4.25. Manakala pernyataan yang mendapatkan tahap jangkaan paling rendah pula adalah aktiviti yang disediakan oleh hotel iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 3.93. Hasil yang diperolehi juga mendapati kebanyakan responden yang terlibat di dalam kajian ini lebih cenderung memilih penerbangan tambang murah bagi tujuan masuk melawat Pulau Pinang. Ini kerana jumlah kekerapan yang diperolehi bagi penerbangan tambang murah ini adalah sebanyak 166 responden iaitu mewakili sebanyak 51.2 peratus daripada jumlah keseluruhan responden. Manakala 66 responden menggunakan perkhidmatan bas (66), penerbangan utama (57), perkhidmatan keretapi/komuter (10), ferry (9), kereta/van (9), kapal mewah (5), dan lain-lain perkhidmatan pula sebanyak 2 responden sahaja. 4.3 Pulau Langkawi Terdapat beberapa tujuan responden datang melawat ke Pulau Langkawi. Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan yang paling tinggi adalah bercuti/rekreasi. Bagi tujuan ini, jumlah skor kekerapan yang diperolehi adalah sebanyak 241 responden iaitu mewakili sebanyak 81.4 peratus dari senarai jawapan yang dikemukakan kepada responden-responden yang terlibat di dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan kedua tertinggi pula adalah bagi tujuan mengunjungi saudara atau pun sahabat iaitu dengan nilai skor kekerapan sebanyak 27 responden diikuti dengan tujuan perniagaan dan tujuan pembelajaran atau penyelidikan dengan skor kekerapan yang diperolehi masing- masing adalah sebanyak 20 responden. Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan paling rendah pula adalah di sebabkan oleh urusan kerajaan dan menghadiri seminar atau persidangan dengan hanya memperoleh 3 nilai kekerapan sahaja. Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini telah melawat destinasi lain terlebih dahulu sebelum mereka datang ke Pulau Langkawi iaitu mewakili 89 peratus daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Dari jumlah ini, seramai 220 responden telah melawat destinasi lain di dalam Malaysia sebelum melawat Pulau Langkawi dan seramai 44 responden pula telah melawat negara-negara lain sebelum datang ke Malaysia khususnya Pulau Langkawi. Hasil maklumat yang diperolehi juga mendapati hanya 32 atau pun 11 peratus responden yang datang melawat Pulau Langkawi tanpa melawat ke destinasi-destinasi lain terlebih dahulu. Majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah memberikan tahap jangkaan yang baik bagi setiap pernyataan yang telah dikemukakan kepada mereka dalam borang soal selidik. Pernyataan yang mendapat nilai skor paling tinggi adalah 170

berkaitan dengan tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 4.05. Manakala pernyataan yang mendapatkan tahap jangkaan paling rendah pula adalah aktiviti yang disediakan oleh hotel iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 3.36. Kebanyakan responden yang terlibat di dalam kajian ini lebih cenderung memilih penerbangan tambang murah bagi tujuan masuk melawat Pulau Langkawi. Ini kerana jumlah kekerapan yang diperolehi bagi penerbangan tambang murah ini adalah sebanyak 154 responden iaitu mewakili sebanyak 52 peratus daripada jumlah keseluruhan responden. Manakala 74 responden menggunakan penerbangan utama, kapal mewah (39), manakala perkhidmatan bot dan feri adalah 27 responden dan 2 data responden tidak dapat dikenal pasti. 4.4 Pulau Redang Tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan yang paling tinggi adalah bercuti/rekreasi. Bagi tujuan ini, jumlah skor kekerapan yang diperolehi adalah sebanyak 33 responden iaitu mewakili sebanyak 82.5 peratus dari senarai jawapan yang dikemukakan kepada responden-responden yang terlibat di dalam kajian ini. Manakala bagi tujuan lawatan yang mendapat nilai kekerapan kedua tertinggi pula adalah bagi tujuan berbulan madu dan bagi tujuan pembelajaran/penyelidikan dengan nilai skor kekerapan sebanyak 3 responden. Didapati bahawa majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah melawat destinasi lain terlebih dahulu samaada destinasi dalam negara mahupun luar negara sebelum mereka datang ke Pulau Redang iaitu mewakili 93 peratus daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Dari jumlah ini, seramai 28 responden telah melawat destinasi lain di dalam Malaysia sebelum melawat Pulau Redang dan seramai 9 responden pula telah melawat negara-negara lain sebelum datang ke Malaysia khususnya Pulau Redang. Hasil maklumat yang diperolehi juga mendapati hanya 3 atau pun 7 peratus responden yang datang melawat Pulau Redang tanpa melawat ke destinasi-destinasi lain terlebih dahulu. Secara purata, hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah memberikan tahap jangkaan yang baik bagi setiap pernyataan yang telah dikemukakan kepada mereka dalam borang soal selidik. Pernyataan yang mendapat nilai skor paling tinggi adalah berkaitan dengan tempat menarik yang terdapat di Pulau Redang iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 4.00. Manakala pernyataan yang mendapatkan tahap jangkaan paling rendah pula adalah perkhidmatan pengangkutan awam yang efisyen iaitu dengan nilai skor mata min yang diperolehi adalah sebanyak 3.13. Hal ini berikutan, hanya pengangkutan bot dan bot laju sahaja yang terdapat di kawasan pulau ini melainkan pengunjung perlu berjalan kaki untuk bergerak di kawasan pulau. Seperti yang diketahui, cara untuk sampai ke Pulau Redang hanyalah melalui pengangkutan air sahaja seperti bot, feri atau kapal mewah. Oleh itu, 92.5 peratus 171

responden telah menjawab lain-lain sebagai pilihan dan menyatakan bot, bot laju dan feri sebagai jawapan. Selain itu, 3 responden telah memilih perkhidmatan kapal mewah sebagai pilihan untuk memasuki Pulau Redang. Seterusnya, bagi destinasi tiba di Pulau Redang, responden perlu menyatakan tempat/ destinasi untuk tiba di Pulau Redang sebagai contoh jeti Kuala Merang atau Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu. Namun begitu, terdapat responden yang tidak menyatakan mod pengangkutan tiba dan destinasi tiba di Pulau Redang. 5 Kesimpulan Berdasarkan analisis di atas, beberapa kesimpulan boleh dibuat iaitu corak perjalanan (travel pattern) pelancong dan sistem pengangkutan adalah sangat dipengaruhi oleh tujuan lawatan, destinasi asal perjalanan, jangkaan awal dan kaedah kebolehsampaian pelancong. Tujuan lawatan yang paling popular adalah untuk bercuti/rekreasi. Majoriti responden yang terlibat di dalam kajian ini telah melawat destinasi lain terlebih dahulu samaada destinasi dalam negara mahupun luar negara sebelum mereka datang ke pulau-pulau di Malaysia. Majoriti responden juga mempunyai tahap jangkaan yang baik tentang kepulauan di Malaysia seperti kebersihan, hiburan serta aktiviti lain. Kebanyakan pelancong lebih gemar menggunakan pengangkutan udara selain menggunakan pengangkutan air. Adalah dijangkakan, hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh agensi terlibat dengan perancangan pelancongan dan juga penyelidikan susulan seperti mengenalpasti ciri-ciri pelancong antarabangsa dan justifikasi pulau pilihan di Malaysia; tahap kesedaran pelancong antarabangsa tentang laluan pelancongan pulau di Malaysia serta menghasilkan peta jejak laluan pelancongan pulau (island tourist route mapping) yang ideal untuk pelancong antarabangsa. 6 About the authors Dr. Ruhizal Roosli is a Senior Lecturer at the School of Housing, Building and Planning at the Universiti Sains Malaysia, having received a BSc in Housing, Building and Planning and an MSc in Housing Studies from the same institution. He received his PhD in Housing Studies from NU of Newcastle, UK, and his Advanced Diploma in Peace Operations and Crisis Management from the Institute for International Political Studies, Milan, Italy. His research focuses on how people have produced, are producing, and will produce better settlements in normal and emergency situations, and he has published extensively in the areas of disaster and development. TPr. Dr. Jamil Jusoh is a registered Town Planner. He has a PhD and MSc (Urban and Regional Planning), and BSc (Housing, Building and Planning) from Universiti Sains Malaysia (USM). Prior to joining USM, he has worked in several public and private organisations. In 1977 he served in Kedah/Perlis Survey Department as a Land Surveyor for 3 years. Dr. Jamil later joined Penang City Council in 1984 as a Town Planner involving 172

in the preparations of Local and Structure Plans of Penang Island. His last appointment was with a public listed company, UDA Holdings Berhad, as a Town Planner, Investment Officer, Landscape Superitendent Officer (SO) and as Project Manager. During the period of 16 years with UDA Berhad, his is responsible for the planning, supervision and management of real estate development projects throughout Malaysia. He is actively involved in research and consultancy work related to town planning, tourism development (resorts and parks), traffic planning, real estate, project management and landscaping. 7 Pengiktirafan Kerja penyelidikan ini dibiayai oleh Universiti Sains Malaysia melalui Skim Geran Universiti Penyelidikan Individu (RUI). Pasukan penyelidik juga menghargai kerjasama Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan kerana mengizinkan penggunaan kemudahan yang berkenaan untuk keperluan penyelidikan ini. 8 Rujukan Andrew, D. (2006). Beaches of New South Wales Coast-A Guide to Their Nature, Characteristics, Surf and safety. Coastal Study Unit, University of Sydney,Sydney University Press, NSW. Baud-Bovy, M. & Lawson, F. (1998). Tourism and Recreation Handbook of Planning and Design. Reed Educational & Publishing Ltd., Oxford. Cooper, C., Fletcher, J., Gilbert, D., & Warnhill, S. (1993). Tourism Principles and practices. London: Pitman. Publishing, Essex, UK: Longman Scientific & Technical. Hinrichsen, D. (1990). Our Common Seas-Coasts in Crisis. Earthscan Publications Ltd, London. Jusoh, J. (2006). Mengenalpasti Perancangan dan Pembangunan Pusat Peranginan Pantai, Semenanjung Malaysia. Laporan Penyelidikan Jangka Pendek, USM, 2004-2006. Jusoh, J. & Mohamed, B. (2006). Island Tourism in Malaysia. The Not So Good News APTA Tourism Conference, Taiwan 26-29 June 2006. Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (2008). Laporan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Mathieson, A. & Wall, G. (1982). Tourism: Economic, physical and Social Impacts. New York: Longman Scientific & Technical. Noronha, J. & Lourenco, N. (2002). Coastal Tourism, Environment, and Sustainable Local Development. National Institute of Oceanography and Goa University. Rubinoff, P. & Tobey, J. (1999). Pilot Analysis of Global Ecosystems. The Coastal Resources Centre, University of Rhode Island. Tourism Malaysia, (2007). Tourist Arrivals and Receipts to Malaysia [Online]. Retrieved from http://www.tourismmalaysia.gov.my/statistic/ Tourism Research Circle (2004). Kajian Penumpang Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Unpublished report, Malaysia Tourism Promotional Board, Kuala Lumpur. 173

174