Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

STUDY ON THE SELECTION CRITERIA FOR CHOOSING DOMESTIC PACKAGE TOURS IN MALAYSIA DAYANG SANDRAWATI BINTI ABANG JOSMANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

TECHNICAL TOUR MALACCA

============================================================================

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

THE BODY SHOP (W. Malaysia ) OUTLETS

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

PEMBANGUNAN KOMUNITI DI DALAM PERLAKSANAAN KONSEP BANDAR SELAMAT NOR EEDA BINTI HAJI ALI

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

Integrasi Kaedah Geospatial dan Pemodelan Hidrodinamik untuk Mengkaji Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Kawasan Pantai

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Piawaian Bon Hijau ASEAN

Demokrasi di Pinggiran

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA: CADANGAN DAN GESAAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Penuaan Penduduk dan Permasalahannya di Indonesia

PRUlink money market fund

Penyelidikan Ilmu Falak di IPT

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

GIORDANO PARTICIPATING OUTLETS - MAYBANK PROMOTION 2018

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

PEMETAAN KEPEKATAN OKSIGEN TERLARUT DALAM TASIK REKREASI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Transcription:

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai ZON PESISIRAN PANTAI: PENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA Nanthakumar Loganathan Syahrin Said PENGENALAN Pertumbuhan ekonomi sering dikaitkan dengan kewujudan sumber dan etika pengurusannya. Namun, dikebanyakan negara membangun mahupun sedang membangun, khususnya negara-negara dunia ketiga, sumber menjadi elemen utama pertumbuhan ekonomi mahupun prasarana sosial. Terdapat pelbagai persoalan yang terbayang dalam minda seseorang apabila membincangkan konsep pesisiran pantai. Laut, paya bakau, pelancongan, perikanan, masyarakat nelayan, kemiskinan dan pelbagai persoalan akan bermain dalam pemikiran seseorang apabila konsep pesisiran pantai diutarakan. Namun pada hakikatnya, ke semua persepsi dan tanggapan tersebut hanya satu pandangan yang sempit serta tidak menyeluruh berhubung konsep zon pesisiran pantai secara global. Walaupun pada dasarnya hampir 70 peratus dan permukaan bumi diliputi lautan, namun is tidak mampu diurus dengan efisien akibat dan kerakusan manusia mengejar kekayaan sumber alam yang sering diperkatakan. Kini, sumber petroleum di Kutub Utara sekalipun sudah mula dikenalpasti sebagai lokasi penerokaan sumber utama bagi beberapa buah negara maju. Malah beberapa kerajaan serta tamadun purba seperti Tamadun Nil, Mesopotamia, Indus, kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Melayu Melaka sendiri berkembang di kawasan pesisiran pantai. Ini disebabkan kedudukan perdagangan jalan laut serta sumber ekonomi masyarakat setempat pada zaman dahulu kala yang sememangnya menganggap laut sebagai lokasi yang paling strategik menjalani kehidupan seharian. Untuk memudahkan perbincangan, kertas kerja ini dibahagikan kepada beberapa. bahagian. Bahagian kedua akan mengupas erti kata sebenar konsep pengurusan "Zon Pesisir Pantai Bersepadu" atau lebih dikenali sebagai 'Integrated Coastal Zone Management' (ICZM) dari pelbagai persepsi serta pandangan umum. Sementara bahagian ketiga pula akan melibatkan konsep-konsep ICZM hasil beberapa sorotan kajian lepas yang masih dipraktikan sehingga ke hari serta beberapa persoalan utama yang sering diperdebatkan apabila membincangkan konsep ICZM secara global. Bahagian keempat dan kelima pula akan memperkatakan hala tuju zon pesisir pantai sebagai penjana pertumbuhan ekonomi barn dalam konteks Malaysia serta beberapa cadangan bagi memantapkan lagi perkembangan pesisir pantai sebagai 145

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 antara penyumbang ke arah pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan. KONSEP PENGURUSAN ZON PESISIR PANTAI BERSEPADU Pelbagai intepretasi diutarakan bagi menggambarkan konsep Pengurusan Zon Pesisir Pantai Bersepadu. Dalam buku panduan 'Integrated Coastal Zone Management' yang dikeluarkan oleh pihak Bank Dunia (1996), mendefinisikan ICZM sebagai: "a process of governance and consists of the legal and institutional framework necessary to ensure that development and management plans for coastal zones are integrated with environmental (including social) goals and are made with the participation of those affected" Namun jika dihalusi dengan lebih mendalam, konsep ICZM merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan dimana pelbagai keputusan terpaksa diambil kira khususnya melibatkan konsep pembangunan mapan serta kawalan kawasan pesisiran pantai serta sumber alam dan akuatik dari mengalami kepupusan. Sesuatu kawasan diklasifikasikan sebagai zon pesisir pantai berdasarkan lokasinya yang terletak 5 kilometer dari pantai yang turut sama meliputi kawasan-kawasan yang diwartakan oleh pihak kerajaan negeri sebagai rezab atau zon ekslusif. Dijangkakan, seramai 2/3 daripada penduduk dunia akan mendiami kawasan pesisiran pantai menjelang tahun 2010 (UNDP, 1996). KONSEP PENGURUSAN ZON PESISIR PANTAI BERSEPADU (ICZM) Didapati kebanyakan kajian lepas berhubung Zon Pesisir Pantai lebih tertumpu di negara-negara blok barat dan negara-negara sedang membangun pula kurang memberi perhatian khusus berhubung aspek ini. Namun kajian yang dijalankan oleh beberapa sarjana barat lebih berpaksikan sains serta kajian muka bumi dan hanya segelintir sahaja yang memberi penekanan dari sudut ekonomi serta sosial. Karen P.Fabbri (1998) dalam kajiannya menegaskan bahawa, pengurusan zon pesisir pantai dan sumber alam amat penting bagi perkembangan ekonomi serta sosial sesebuah negara yang dikelilingi laut. Ini disebabkan hampir setengah daripada penduduk dunia menginap, berkerj a serta menjalankan aktiviti perdagangan di zon pesisir pantai. Malah beliau juga berpendapat kepentingan kawasan pesisiran pantai sudah diketahui umum semenjak zaman perkembangan manusia lagi. Keadaan ini bertitik tolak dari perkembangan bandar-bandar purba yang terletak dilokasi pesisir pantai dan muara sungai, khususnya di rantau eropah dan asia. Secara keseluruhan kajian beliau telah mengupas konsep 'decision making' di zon pesisir pantai yang sering dikaburi dengan pelbagai kesan negatif akibat pertumbuhan industri, penerokaan sumber asli, pelancongan dan urbanisasi. Beliau berpandangan aspek sosio-ekonomi, persekitaran dan bio-fizikal menjadi pengukur utama dalam pembuatan keputusan dari persepsi pengurusan pesisir pantai. Rajah dibawah dapat menggambarkan secara keseluruhan konsep pembuatan keputusan dari pelbagai sudut, termasuk pengaruh ekonomi. 146

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai Rajah I: Sistem Zon Pesisir Pantai Socio-economic Agents of Change Natural Impacts Biotic Processes Biotic Processe Inputs Outputs Terdapat satu kaedah khusus yang digunapakai bagi menganalisis pembuatan keputusan dalam konteks pengurusan zon pesisir pantai dan ia dikenali sebagai "SSS Methodology" atau dalam erti kata lain 'screening', `scoping' dan 'scanning'. Ketiga-tiga aspek ini lebih menyeluruh berbading kaedah tradisional seperti Analisis Kos-Faedah (CBA) mahupun Sistem Informasi Geografi (GS S) yang kerap digunapakai sebelum ini. Sementara itu, peranan Bank Dunia juga tidak kurang pentingnya dalam mengembangkan pesisir pantai sebagai penjana pertumbuhan ekonomi dibeberapa buah negara dunia ketiga, khususnya di rantau Afrika. Hasil penulisan Marea E. Hatziolos (1997) bertajuk 'A World Bank framework for ICZM with special emphasis on Africa', berpendapat bahawa sememangnya bantuan yang disalurkan oleh pihak Bank Dunia sebenarnya hanya mampu membangunkan pesisir pantai semata-mata, namun pada hakikatnya ia masih tidak mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara-negara Afrika. Antara negara Afrika yang menerima bantuan dari Bank Dunia bagi membangunkan zon pesisir pantai adalah seperti negara Ghana, Mauritius, Mozambique dan Seychelles. Sebagai jalan penyelesaian, penulis berpendapat konsep `persefahaman' harus dipraktikan bagi kesejahteraan bersama. Justeru Bank Dunia kini lebih memberi penekanan terhadap latihan, pelaburan serta persefahaman bagi mencapai sasaran zon pesisir pantai. Rajah 2 dibawah menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung 3 elemen utama yang seharusnya diberi penekanan apabila membincangkan soal zon pesisir pantai sebagai penjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan bukan sekadar mengharapkan bantuan kewangan sahaja. 147

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Rajah 2: Pemantap Ekonomi Pesisir Pantai Economic Sustainable growth Capital efficiency Social Equity Social mobility Participation Empowerment Ecological Ecosystem Integrity Natural resource Biodiversity Carrying capacity Masalah pengurusan zon pesisir pantai sering menjadi penghalang utama perkembangan ekonomi (John R. Clara, 1997). Pengurusan zon pesisir pantai bersepadu melibatkan koordinasi, strategi, pengawasan, pembangunan tanah, rezab sumber serta komunikasi yang berkesan. Tanpa elemen-elemen ini, nescaya zon pesisir pantai tidak akan mencapai perkembangan ekonomi yang diharapkan. Negaranegara maju mampu memperkembangkan pesisir pantai sebagai lokasi perkembangan ekonomi berlandaskan kepada amalan perancangan yang baik. Tanpa elemen perancangan yang berkesan, sudah pasti sumber ekonomi kawasan pesisir pantai tidak mampu diterokai dengan efisien untuk kebaikan bersama. Negara-negara rantau eropah mempunyai potensi yang tinggi untuk mengembangkan pesisir pantai sebagai lokasi perdagangan dan penjana ekonomi yang mantap (F. Van der Meulen dan H.A Udo de Haes, 1996). Peranan pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga menjadi pemangkin ke arah perkembangan ekonomi pesisir pantai. Adalah dijangkakan, negara-negara rantau eropah akan mengecapi pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap pada dekad akan datang akibat beberapa rancangan jangka panjang yang diadaptasikan khusus bagi membangunkan pesisir pantai sebagai kawasan `emas' perkembangan ekonomi (H.A Udo, 1996). Misalnya, kerajaan negara Belanda menggubal "Nature Conservation Act" sebagai antara agenda utama bagi membantu perkembangan sektor-sektor ekonomi seperti perikanan, pertanian dan penerokaan sumber di kawasan pesisir pantai (Pieters, 1989). Rajah 3 dibawah memaparkan konsep pengurusan zon pesisir pantai sebagai penjana pertumbuhan ekonomi rantau eropah pada masa akan datang yang berpaksikan konsep kerosakan alam semulajadi atau dikenali sebagai 'steering process in nature': 148

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai Rajah 3: Penjana Pertumbuhan Ekonomi Pesisir Pantai Eropah Speciey' No Steering process Benefit from economic functions I Habitat, Spatial Func ional Eco ogy Equal: I ICZM EIA Primary Reserves Legislation Regeneration Ecological Infrastructure EECONET Steering Process (nature) Function (society) Forestry Recreation Water catchment Coastal defence Disamping itu, perkembangan ekonomi pesisir pantai juga dipengaruhi oleh kedudukannya sebagai lokasi pelancong yang mampu menjana industri pelancongan dan sekaligus membangunkan kawasan pesisir pantai sebagai Bandar pelancongan (Nestor J.Windevoxhel, Jose J.Rodriguez dan Enrique J. Lahmann, 1999). Misalnya, 50 peratus dari kawasan pesisir pantai di Amerika Syarikat telah dikhususkan bagi industri pelancongan dan kira-kira 21.6 peratus daripada penduduk Amerika menginap di kawasan pesisir pantai yang kebanyakkannya menceburi sektor perikanan (Nestor J.Windevoxhel, 1999). Namun akibat perkembangan pesat sektor perindustrian di Amerika Syarikat, kawasan pesisir pantai mengalami masalah pencemaran yang agak serius, sehinggakan pihak kerajaan Amerika terpaksa merangka pelbagai polisi serta akta bagi membendung kepupusan sumber asli yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang. Kebanyakkan projek bagi Pengurusan Zon Pesisir Pantai Bersepadu (ICZM) yang diperolehi oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dibawah beberapa dana khas gagal mencapai matlamat asas setelah tamat tempoh pemberian dana (McGlashan, 2000). Malah ada beberapa projek yang terpaksa dihentikan akibat kekurangan sokongan kewangan dan faktor ini kerap menjadi penghalang dominan dalam membangunkan pesisir pantai di serata dunia. Di negara-negara rantau ASEAN pula yang dikelilingi laut serta mempunyai potensi tiggi untuk membangunkan ekonomi pesisir pantai masih lagi mencari-cari konsep asas bagi menunjukkan kepada dunia keajaiban kawasan pesisir pantai sebagai salah satu agenda utama dalam konteks ekonomi. Namun persoalan yang masih perlu diberi penekanan adalah aspek 149

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 kewangan. ZON PESISIR PANTAI PENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA Konsep ICZM merupakan suatu aspek baru dalam kebanyakkan agensi serta institusi kerajaan Malaysia. Sungguhpun begitu, peranan yang dimainkan lokasi pesisiran pantai ini amat penting dalam proses penjanaan ekonomi negara sejak berkurun lamanya. Misalnya, sejarah membuktikan Kerajaan Melayu Melaka serta Empayar Johor-Riau menjadi antara kuasa yang kuat akibat dan aspek kedudukannya dipesisiran pantai yang mampu mencorakkan ekonomi pada masa itu. Dianggarkan Malaysia memiliki pesisiran pantai sepanjang 4,810 kilometer (Jadual 1) dan pecahannya adalah berdasarkan Jadual 1 dan 2 diruangan lampiran. Tambahan pula didapati hampir 55 peratus dari penduduk Malaysia menetap sekitar zon pesisiran akidat dari pelbagai faktor sokongan (Bancian Penduduk 2000). Rajah 4: Peta Zon Pesisiran Pantai Malaysia DllYar'd ( KAI,,ScaUt4.111 9:3" 'f..uat vow!,.t1;0141 :iii A'AVAINV. 111)LINA41A Bagi merealisasikan matlamat menjadikan zon pesisiran pantai sebagai salah satu agen utama dalam pembangunan negara, pihak kerajaan Malaysia dibawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah menubuhkan 'Integrated Coastal Zone Management' atau secara ringkasnya dikenali ICZM yang pada dasamya meliputi pelbagai aspek sosial, ekonomi, persekitan dan pengurusan sumber di pesisiran pantai. Konsep in berasaskan hasil pelaksanan di negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Matlamat utama konsep ini ialah bagi menyediakan satu sistem lengkap yang merangkumi koordinasi serta persefahaman di antara pihak kerajaan pusat, negeri dan kerajaan tempatan dari persepsi pembangunan pesisiran pantai secara menyeluruh. Rajah 6 dibawah memaparkan dengan lebih lanjut persefahaman yang dimaksudkan disini: 150

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai Rajah 6: Peranan Kerajaan Pusat, Negeri dan Kerajaan Tempatan Dalam Polisi Pengurusan Sumber Kebangsaan Federal Government National Coastal Resources Management State Government 1 State Integrated Coastal Resources Management Plan Local Government Structure Plan National Coastal Resource Management National Coastal Resource Management Technical Group Coastal Resources Management Agencies Local Plan Implementation of Policy & Projects Sumber: Unit Perancang Ekonomi Malaysia (UPEN) Sumbangan kawasan pesisiran pantai juga tidak kurang pentingnya di Malaysia. Ia dapat dibuktikan dengan jelas dari segi pengendalian kargo dipaparkan dalam Jadual 3 dan 4. Ini disebabkan kedudukan Pelabuhan Klang, Kuantan, Tanjong Pelepas (PTP) dan Pulau Pinang yang menjadi laluan utama kapal-kapal dagang dari serata benua. Malahan, Selat Melaka juga dianggap sebagai laluan laut kedua tersibuk di dunia dan antara yang terpanjang didunia. Dianggarkan, bilangan pengendalian kargo akan meningkat 2 kali ganda menjelang tahun 2005 dan sudah semestinya mampu menggembangkan lagi kedudukan ekonomi negara secara keseluruhan disamping mewujudkan persaingan perdagangan sihat dengan negaranegara jiran serantau. Perindustrian juga tidak ketinggalan di kawasan pesisiran pantai Malaysia (Jadual 5). Didapati kebanyakan industri berasaskan bahan mentah tempatan serta menjadi vendor kepada industri-industri besar. Malahan perusahaan serta industri kecil (IKS) juga sinonim dengan zon pesisiran pantai, khususnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang). Dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), dijangkakan sumbangan IKS akan meningkat 40 peratus menjelang tahun 2005 kelak. Pelancongan juga menjadi antara penyumbang utama ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Sememangnya tidak dapat dinafikan, bahawa persisiran pantai dan pulau menjadi antara lokasi pengunjung tempatan serta asing di negara kita. Malahan sumbangannya juga dianggap antara yang tertinggi bagi menjana pertumbuhan 151

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 ekonomi secara keseluruhan. Corak kunjungan pelancong asing lebih tertumpu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri seperti Pahang, Terengganu dan Terengganu yang sememangnya terkenal dengan pesisiran pantai dan gugusan pulan yang indah. Dengan adanya kkehadiran pelancong, maka pertumbuhan industri perhotelan juga mula tumbuh bagaikan cendawan sekitar pesisir pantai Malaysia sekaligus menjadikan sektor perhotelan menjadi antara penyumbang utama dari keseluruhan sembangan sektor perkhidmatan negara (Jadual 6 hingga 9). Tidak ketinggalan juga, sektor perikanan pesisiran pantai yang menjadi antara sumber pendapatan utama masyarakat pesisir pantai di kebanyakan negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah mahupun Sarawak. Walaupun fenomena kemiskinan masyarakat nelayan sering diperdebatkan, namun pada hakikatnya sumber perikanan yang dimiliki lautan Malaysia adalah amat berharga dan mampu diperkembangkan, sepertimana yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia (LKIM). CADANGAN Bagi merealisaikan hasrat kerajaan Malaysia menjadikan zon pesisir pantai sebagai antara agen penjana pertumbuhan ekonomi negara, adalah baiknya satu badan khas ditubuhkan bagi merancang, menyelia, menilai serta menyalurkan idea ke arah mencapai hasrat negara dan bukan sekadar mengharapkan sumbang pihak tertentu sahaja. Kepakaran luar, seperti dari Denmark, Belanda, Amerika Syarikta dan beberapa negara Eropah juga boleh dipertimbangkan untuk diadaptasikan bagi mencorakkan pesisiran pantai Malaysia yang lebih dinamik pada masa akan datang. Sepertimana yang dibincangkan di awal kertas kerja ini, model serta kaedah pengurusan dibeberapa negara barat serta Afrika juga boleh diaplikasikan dengan senario pengurusan pesisir pantai Malaysia agar dapat menilai keberkesananya serta pada masa yang sama membentuk acuan ICZM sendiri bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Tanpa menggunakan model serta kaedah yang mantap, maka sudah pasti khazanah alam ini akan terbiar tanpa sebarang usaha dan akhirnya didatangi pula dengan masalah-masalah alam sekitar seperti pencemaran. Dengan adanya perancangan mantap dari pihak kerajaan pusat, negeri dan tempatan, nescaya kawasan pesisir pantai Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan asing serta meningkatkan prasarana serta infrastruktur negara, sebagaimana yang dikecapi oleh beberapa negara eropah. Namun, yang menjadi persoalannya disini adalah sejauhmana penglibatan pihak kerajaan dalam merangka program serta projek-projek pembangunan di kawasan tersebut. Tanpa penglibatan pihak kerajaan, sudah pasti segala yang dirancang akan terkubur buat-selamalamanya. KESIMPULAN Sememangnya zon pesisir pantai mempunyai potensi tinggi untuk diperkembangkan sepertimana yang dilaksanakan oleh negara-negara eropah pada masa sekarang 152

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai basil sokongan pelbagai polisi serta perancangan jangka panjang bagi menjadikan kawasan pesisiran pentai sebagai antara pemangkin ekonomi negara. Hasil perbincangan kertas kerja ini telah memberi satu gambaran kasar kedudukan sebenar potensi pesisiran pantai dalam konteks Malaysia serta kedudukan di kaca mata beberapa negara barat serta eropah. Sebagai jalan penyelesaian, pihak kerajaan seharusnya memberi penekanan khusus bagi merealisasikan segala hasrat yang terkandung dalam dokumen ICZM hasil kerjasama dengan pihak Danish Cooperation on Environment and Development (DANCED) pada tahun 1999. LAMPIRAN Jadual 1: Pesisir Pantai Malaysia Kawasan Pesisir Pantai (Coastal Area) Jarak (KM) Pantai Barat Semenanjung Malaysia 1100 Pantai Timur Semenanjung Malaysia 860 Sabah 1800 Sarawak 1040 Malaysia 4810 Sumber: Malacca Straits Environmental Profile, 1997. Jadual 2: Bilangan Dermaga, Kren Dan Pengendalian Kargo Di Perlabuhan 2000-2005 Pelabuhan Bilangan dermaga 2000 2005 Bilangan Pengendalian Bilangan Bilangan kren kargo dermaga kren (juta tan) Pengendalian kargo (juta tan) Kiang Pulau Pinang Johor Kuantan Kemaman Bintulu Sabah Sarawak 45 16 20 12 7 11 33 26 43 35 10 46 5 3 6-6 7 65.3 20.5 29.0 6.0 2.2 24.9 18.1 16.9 37.9 49 18 29 17 7 12 39 27 46 55 14 84 8 3 6 2 4 9 123.0 29.5 88.1 8.6 3.3 37.7 24.3 23.0 45.5 Lain-lain Jumlah 213 118 220.8 244 185 383.0 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan. 153

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Jadual 3: Bilangan Kapal Yang Singgah Dan Jumlah Pengendalian Kargo 2000-2005 Tahun Kadar Pertumbuhan Perkara 2000 2005 Tahunan Purata (%) (Jangkaan) RMK-7 RMK-8 Bilangan kapal yang singgah 89,462 121,210 5.0 6.3 Jumlah pengendalian kargo (juta tan) 220.8 383.0 7.7 11.6 Am 26.0 35.7-2.9 6.6 Pukal cecair 82.8 109.3 6.4 5.7 Pukal kering 30.7 37.3 5.3 3.9 Kontena 81.3 200.7 16.5 19.8 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan Jadual 4: Kawasan Perindustrian Sepanjang Zon Pesisir Pantai Malaysia Negeri Kawasan Perindustrian Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Tanjong Agas, Pasir Gudang, Mersing Kuala Kedah Pengkalan Chepa Tanjong Keling Port Dickson Kuala Rompin Nibong Tebal, Bayan Lepas, Seberang Prai, Mak Mandin, Seberang Jaya Manjung, Lumut Perak Perlis Kuala Perlis Selangor Kuala Selangor, Sungai Besar, Sekinchan Terengganu Kerteh, Kuala Ibai, Dungun, Chukai Telok Kalong Sabah Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan Sarawak Sumber: TWG-1, 1992. Miri, Bintulu 154

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai Jadual 5: Jumlah Kedatangan Pelancong Ke Malaysia (2000-2003) Year Tourist Arrivals (millions) Tourist Receipts (RM millions) 2000 10.22 17,335.4 2001 12.78 24,221.5 2002 13.29 25,781.1 2003 10.58 21,291.1 Sumber: Laman Web Lembaga Pelancongan Malaysia Jadual 6: Bilangan Hotel dan Penawaran Bilik Hotel (Tahun 2002) State Supply of Hotels 2002 2001 ( 131 ) Change Supply of Rooms 2002 2001 (0/0) Change Kuala Lumpur 180 179 0.6 26,917 25,283 6.5 Selangor 90 88 2.3 11,910 11,464 3.9 Pulau Pinang Johor 109 217 100 183 9.0 18.6 11,972 12,136 11,711 11,038 Melaka 85 85 0.0 6,803 7,433-8.5 Pahang 227 220 3.2 14,850 14,620 1.6 Kedah 106 101 5.0 9,631 9,094 5.9 Perak 167 154 8.4 7,527 7,215 4.3 Negeri Sembilan Terengganu 58 142 48 139 20.8 2.2 4,722 5,903 3,909 5,607 Kelantan 63 63 0.0 2,564 2,564 0.0 2.2 9.9 20.8 Perlis 6 5 20.0 318 266 19.5 Sabah 167 151 10.6 9,904 9,165 8.1 Sarawak 240 239 0.4 10,421 10,424-0.0 Malaysia 1,878 1,776 5.7 136,542 130,757 4.4 5.3 Sumber: Laman Web Lembaga Kemajuan Pelancongan Malaysia 155

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 Jadual 7: Bilangan Hotel Bertaraf Bintang Di Kawasan Pesisir Pantai Malaysia Negeri Bertaraf Bintang 5 4 3 2 1 Jumlah Peratus Kedah 1,524 1,148 1,494 530 68 4,764 16.2 Pulau Pinang 2,455 2,366 1,115 472 416 6,824 23.2 Perak 125 462 346 130 59 1,122 3.8 Perlis - 175 - - - 175 0.6 Johor 1,554 288 613 511 148 3,114 10.6 Melaka - 1,000 240 170 48 1,458 4.9 Negeri Sembilan - 217 340 200-757 2.6 Kelantan - 295 94 160 40 589 2.0 Terenaanu _ - 235 251 274 100 860 2.9 Pahang - 739 556 348 144 1,787 6.1 Sabah 830 277 644 994 302 3,047 10.3 Wilayah Persekutuan Labuan 261 214 150 106 101 832 2.8 Sarawak 923 1,353 962 439 130 3,807 12.9 Selangor - - 213 123-336 1.1 Jumlah 7,672 8,769 7,018 4,457 1,556 29,472 100.0 _ Sumber: Directory of Star Rated Hotels (1997/1998), 6 June 1998 156

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai Jadual 8: Jumlah Kedatangan Pelancong Di Sekitar Zon Pesisir Pantai Semenanjung Malaysia (2002-2003) LOCALITY 2003 2002 MALAYSIAN FOREIGNERS G RAND GRA MALAYSIAN FOREIGNERS TOTAL TOTAL Johor Bahru 265,079 114,668 379,747 304,334 135,803 440,137 Malacca 297,707 242,686 540,393 344,274 346,375 690,649 Lumut 117,488 28,344 145,832 85,965 15,565 101,530 Port Dickson 157,494 11,391 168,885 148,844 13,024 161,868 EAST COAST OF MALAYSIA 523,378 99,118 622,496 571,248 71,171 642,419 Kuantan 164,385 36,400 200,785 175,578 19,068 194,646 Cherating 51,736 6,302 58,038 51,234 7,506 58,740 Dungun 5,767 240 6,007 4,269 15 4,284 Kuala Terengganu 95,079 6,488 101,567 119,847 3,884 123,731 Kota Bharu 105,297 3,670 108,967 117,890 3,690 121,580 Mersing 38,954 1,828 40,782 28,328 2,064 30,392 Desaru 27,514 26,563 54,077 46,271 27,801 74,072 ISLAND RESORTS Langkawi Island 383,943 207,371 591,314 358,000 203,310 561,310 297,914 152,523 450,437 279,716 142,968 422,684 Redang Island 858 769 1,627 146 86 232 Tioman Island 27,752 14,463 42,215 19,746 17,671 37,417 Pangkor Island 57,419 39,616 97,035 58,392 42,585 100,977 PENINSULAR MALAYSIA 4,036,669 2,815,211 6,851,880 3,943,318 2,692,118 6,635,436 Sumber: Laman Web Lembaga Kemajuan Pelancongan Malaysia 157

Jati, Bilangan 9, Disember 2004 BIBLIOGRAFI Erdol Ozhan. 1997. International MEDCOAST Workshop on the state-of-the-art oflntegrated Coastal Zone Management in the Mediterranean and Black Sea: Immediate needs for Research, Education/Training, and Implementation (MED and Black Sea ICZM): 2-5 November 1996, Sarigerme, Turkey. Ocean & Coastal Management. Volume 34, Issue 3, Pages 227-232. F. van der Meulen and H. A. Udo de Haes. 1996. Nature Conservation and Integrated Coastal Zone Management in Europe: Present and Future. Landscape and Urban Planning, Volume 34, Issues 3-4, Pages 401-410. John R. Clark. 1997. Coastal Zone Management for the New Century. Ocean & Coastal Management, Volume 37, Issue 2, Pages 191-216. Karen P. Fabbri. 1998. A Methodology for Supporting Decision Making in Integrated Coastal Zone Management. Ocean & Coastal Management, Volume 39, Issues 1-2, Pages 51-62. Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Kelapan. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Malaysia. 2001. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000. Jabatan Perangkaan Malaysia. Malaysia. 1999. Integrated Coastal Zone Management (Status Document): Danish Cooperation on Environment and Development (DANCED). Economic Planning Unit, Prime Minister's Department. Marea E. Hatziolos. 1997. A World Bank framework for ICZM with Special Emphasis on Africa. Ocean & Coastal Management. Volume 37, Issue 3, Pages 281-294. Mazlin B. Mokhtar and Sarah Aziz Bt. A. Ghani Aziz. 2003. Integrated Coastal Zone Management Using the Ecosystems Approach, Some Perspectives in Malaysia. Ocean & Coastal Management, Volume 46, Issue 5, Pages 407-419. Nestor J. Windevoxhel, Jose J. Rodriguez and Enrique J. Lahmann. 1999. Situation oflntegrated Coastal Zone Management in Central America: Experiences of the IUCN Wetlands and Coastal Zone Conservation Program. Ocean & Coastal Management. Volume 42, Issues 2-4, Pages 257-282. Patrick L Lawrence. 1997. Integrated Coastal Zone Management and the Great Lakes. Land Use Policy, Volume 14, Issue 2, Pages 119-136. 158