JURNAL AKADEMIK. December 2005 Issue UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK INFOREC/SARAWAK. The Importance Of Effective Corporate Governance

Similar documents
TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi.

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

eclaims - Gambaran Keseluruhan

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Demokrasi di Pinggiran

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 1/1-285/17 DI ANTARA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA HONDA ASSEMBLY (MALAYSIA) SDN. BHD. DAN

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Tadbir Urus Korporat

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK: ISU PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH. Dr. Ho Hui Ling

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

MANUAL PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING EDISI 2011

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Welcome all of you to the Club 3 rd Annual General Meeting 24 th March 2012 Kim Hee Restaurant Butterworth

Kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Ini adalah Tatakelakuan kita

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

SIRI 1/2015, SIRI 2/2015 SIRI 3/2016, SIRI 4/2016 SIRI 5/2016, SIRI 6/2016

TERMS AND CONDITIONS RHB Premier Member-Get-Member Programme 2017

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Piawaian Bon Hijau ASEAN

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

korporat LEMBAGA PENGARAH Prinsip 2: Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Prinsip 1: Pengendalian Urusan

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES: 10/4 726/14 ANTARA NORZAIMILA BINTI ZAINUDIN DAN TESCO STORES (MALAYSIA) SDN. BHD. AWARD NO.

Transcription:

JURNAL AKADEMIK December 2005 Issue The Importance Of Effective Corporate Governance Prof. Madya Hj. Shafi Mohamad A Study Of Personal Financial Planning Practised By Accountants In Kuching Prof. Madya Dr. Hajah Fatimah Bujang, Kueh Chiok Choo and Chong Fen Nee Tax Literacy Of Employees In Sarawak In The Light Of The Self Assessment System Nero Madi & Amrizah Kamaluddin Model Attributes Of Malaysian Accounting Educators In The 21st Century Corina Joseph and Josephine Avelind Noyem Theoretical Issues Of Investment Risk: Islamic Vs. Conventional Huzaimi Hussain Assessing The Effective Marketing And Employers' Perception Of The Quality Of The Diploma In Public Administration At UiTM Sarawak Branch Kuldip Singh, Prabha Ramakrishnan and Elizabeth Caroline Augustine Forecasting Performance Of Logistic Star Exchange Rate Model: The Original And Reparameterised Versions Venus Khim-Sen Liew, Ahmad Zubaidi Baharumshah and Sie-Hoe Lau Cukai Kereta Di Malaysia: Sejauhmanakah la Selari Dengan Perjanjian WTO Dan AFTA? Abdul Jabbar Abdullah Pengenalan Awal Kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak Prof Madya Shaharuddin Badaruddin and Sharon Pearl Henry Sherub UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK INFOREC/SARAWAK

JURNAL AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK PENAUNG Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah Naib Canselor, UiTM PENASIHAT Prof. Madya Dr. Jamil Hj. Hamali Pengarah Kampus, UiTM Sarawak SETIAUSAHA Prof. Madya Dr. Simon Faizal Hakim Jabatan Bahasa, UiTM Sarawak SIDANG REDAKSI JURNAL AKADEMIK Prof Madya Dr. Fatimah Bujang Prof. Madya Hajjah Lelawati Abdul Hamid En. Sick Goh Ngong Pn. Mary Gunjew Jurnal Akademik diterbitkan oleh Sidang Redaksi Jurnal Akademik, Universiti Teknologi MARA Sarawak, la diterbitkan sekurang-kurangnya sekali setahun. Jurnal ini memuatkan artikel hasil daripada penyelidikan dan juga analisis penulis tentang pelbagai aspek dalam pelbagai bidang. Para penyumbang yang ingin memuatkan artikel mereka di dalam Jurnal ini diminta merujuk kepada 'Garis Panduan kepada Penulis' di muka surat ii dan iii dan sila hantar artikel atau pertanyaan anda kepada: Setiausaha Sidang Redaksi Jurnal Akademik Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan Peti Surat 1258 93912 Kuching Sarawak ISSN 0128-2635 JURNAL AKADEMIK Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian bahan cetak ini atau memindahkannya dalam sebarang cara sama ada elektronik, mekanik, rakaman semula atau sebarang bentuk penyimpanan maklumat sebelum mendapat inzin bertulis dari Sidang Redaksi Jurnal Akademik Sarawak. Pandangan dan pendapat yang dikemukakan dalam jurnal ini tidak mencerminkan pandangan atau pendapat Sidang Redaksi Jurnal atau Universiti Teknologi MARA Sarawak. I

Garis Panduan Kepada Penulis 1. Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 2. Artikel hendaklah ditaip 2 baris langkau dengan menggunakan kertas A4. Margin kiri ialah 3.5cm, margin kanan, atas dan bawah ialah 2.5cm. 3. Artikel anda mestilah ditaip dengan menggunakan computer, iaitu dengan saiz huruf 12 'points' dan jenis huruf Times New Roman. 4. Artikel yang dihantar mestilah tidak pernah diterbitkan atau dihantar ke jurnal lain. Panjang artikel mestilah tidak melebihi 7,500 perkataan dan penulis juga dikehendaki menulis abstrak sepanjang 200 perkataan. Pemilihan artikel untuk disiarkan dalam jurnal akan dilakukan oleh Jawatankuasa Sidang Redaksi. Walau bagaimanapun, semua artikel yang diterbitkan adalah hasil penulis yang berkenaan dan tidak mencerminkan pendapat Jawatankuasa Sidang Redaksi. 5. Penulis mestilah menghantar artikel di dalam tiga (3) salinan dan dialamatkan kepada: Setiausaha, Jurnal Akademik, UiTM Sarawak, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan PO Box 1258 93912 Kuching Sarawak atau E-mel: spbotley(g>sarawak.uitm.edu.my atau spbotley(gtyahoo.co.uk 6. Penulis sendiri mestilah menyimpan artikel mereka di dalam disket. Jika artikel anda diterima untuk diterbitkan, maka pihak Jawatankuasa akan meminta disket tersebut daripada penulis. Pihak Jawatankuasa tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan salinan artikel dan disket. 7. Artikel yang dihantar boleh menggunakan nota hujung dan nota kaki. Contoh nota hujung adalah seperti berikut: a) Jika ditulis di dalam teks, ia ditulis seperti berikut* Contoh: Beberapa contoh...rm880.05 output tanaman getah bagi setiap RM 1000.00 input perantaraan sector masing-masing l n

b) Jika ditulis di bahagian nota hujung, ia ditulis seperti berikut: Contoh: *Angka-angka ini dirujuk daripada jadual input-output, Jabatan Perangkaan. 8. Bibliografi mestilah ditaip di dalam muka surat yang baru dan mengikut susunan abjad. Contoh bentuk penulisan bibliografi adalah seperti berikut: a) Artikel daripada jurnal Arnold, P.J., Hammond, T.D. and Oakes, L.S. (1994). 'The contemporary discourse on health care costs: conflicting meanings and meaningful conflicts', Accounting, Auditing and Accountability Journal, Vol. 7, No. 3, pp. 50-67. b) Kertas kerja seminar Zamimi Awang. (1994). Micro Accounting System for Medical Care Service Programme, Paper presented at the Malaysian Ministry of Health Micro Accounting System Course (October), Kuala Lumpur, mimeo. c) Buku Bailey, K.N. (1978). Methods of Social Research, New York: The Free Press. d) Akta Fees Act 1951. (Revised 1973). Act 209, Laws of Malaysia. e) Bab di dalam buku Doh, J.C. (1981). 'Budgeting as an instrument of development: the Malaysian experience', in A. Premchand and J.Burkhead (eds.), Comparative International Budgeting and Finance, New Brunswick, New Jersey: Transaction Books. f) Buku laporan Department of Statistics Malaysia. (1991). Yearbook of Statistics, 1990, Kuala Lumpur. g) Laman Web Office of the Prime Minister of Malaysia, http://www.pmo.gov.my/website/webdb.nsf/eng+main+frameset? OpenFrameSet 8th April, 2004. in

PENGENALAN AWAL KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK Prof Madya Shaharuddin Badaruddin Sharon Pearl Henry Sherub Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak ABSTRAK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak adalah DUN yang tertua di mana penubuhannya adalah sekitar 1867 di Bintulu. Sepanjang perkembangannya, ia telah mengalami beberapa siri perubahan baik dari segi fizikalnya mahupun dari fungsi dan kuasanya. DUN ini juga telah menempuh tiga zaman yang penting iaitu zaman pemerintahan Brooke, diikuti oleh zaman pemerintahan penjajah British dan akhirnya zaman kemerdekaan menerusi Malaysia sehingga kini. Yang menariknya tentang DUN Sarawak ini ialah beberapa ciri keistimewaan yang ada padanya. Antaranya adalah kedudukan Speaker di mana ia dilantik oleh Yang di-pertua Negeri selepas berbincang dengan Ketua Menteri. Keistimewaannya yang lain ialah wujudnya Perlembagaan Searawak dan juga Peraturan Tetap DUN {Standing Order) yang mempunyai peruntukan seperti wujudnya Jawatankuasa Akaun Awam (The Public Account Committee), Jawatankuasa Pemilihan Khas (Special Select Committee), dan Bil Persendirian Ahli DUN (A Private Member s Bill). Selain daripada itu, ia adalah satu-satunya DUN yang memberi kebebasan pengguna bahasa sama ada menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Peribumi. DUN Sarawak juga adalah antara yang pertama memperkenalkan Undang-undang Anti Lompat Parti (Anti-Hopping Laws).12 Kertas kerja ini akan cuba memaparkan empat perkara penting. Pertamanya ialah sejarah DUN Sarawak dan kaitannya dengan konsep asas demokrasi di Malaysia. Keduanya ialah ulasan perkembangan dan komposisi ahli-ahli dewan dan pencapaian parti-parti politik di dalam DUN. Ketiganya ialah jentera pentadbiran menurut tafsiran Perlembagaan Sarawak dan Peraturan Tetap yang telah diputuskan. Akhirnya ialah isu-isu penting dalam DUN dan cadangancadangan untuk menjadikan perjalanan DUN lebih demokratik dari segi operasinya. 12 Undang-undang ini melarang ahli DUN yang memenangi kerusi DUN atas mewakili parti tertentu melompat ke parti politik yang lain dan tindakan itu akan menyebabkan kerusi tersebut dengan sendirinya kosong secara automatik dan diadakan semula pilihanraya kecil. Namun begitu dari segi perlaksanaannya ia tidak pernah berlaku kerana dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 105

1.0 PENGENALAN 1.1 Asas-Asas Demokrasi Istilah demokrasi berasal dari perkataan Yunani 'demos' dan 'kratos' yang membawa maksud 'kuasa rakyat'. Dengan itu, kerajaan berbentuk demokrasi bermaksud kerajaan di mana rakyat memerintah diri sendiri samada secara langsung atau tidak langsung, iaitu menerusi sistem perwakilan. Seeley memberi definisi demokrasi sebagai sebuah kerajaan di mana setiap orang mempunyai bahagian. Dicey pula menyatakan bahawa ia merupakan kerajaan di mana badan pemerintah merangkumi sebahagian besar daripada penduduk negara tersebut. Maclver menerangkan bahawa ia adalah suatu cara menentukan siapa yang memerintah dan untuk memenuhi sesuatu tujuan. Namun Abraham Lincoln memberi definisi yang menarik mengenai demokrasi di mana beliau mengatakan yang ia merupakan kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat (Kapur, 2001). Kesimpulannya ialah ia merupakan sebuah kerajaan oleh rakyat di mana rakyat secara langsung ataupun melalui sistem perwakilan, memerintah diri sendiri di mana kehendak dan kemahuan mereka adalah terunggul (supreme) di dalam semua aspek sosial dan polisi-polisi kerajaan. 1.2 Jen is-jen is Demokrasi Demokrasi dapat dipraktikkan dengan dua cara iaitu secara langsung (demokrasi tulen) ataupun tidak langsung (demokrasi perwakilan). Demokrasi langsung bermaksud apabila rakyat negara secara langsung mengambil bahagian di dalam perjalanan sistem pemerintahan, terutama dari segi penggubalan polisi dan undang-undang. Perbincangan dan perdebatan akan diadakan di suatu perkumpulan yang diadakan sekerap yang mungkin. Sistem demokrasi langsung ini duguna-pakai oleh kerajaan lama Yunani dan juga Rom. Ia juga digunakan oleh negara Jerman sebelum Adolf Hitler mengambil alih tampuk pemerintahan. Namun cara ini tidak lagi dipraktikkan kecuali oleh negara kecil seperti Switzerland yang menggunakannya di peringkat canton (wilayah). Ia memerlukan partisipasi sebahagian besar daripada rakyat. Ini membawa kesukaran kerana adalah tidak munasabah jika sebahagian besar rakyat perlu berkumpul setiap masa untuk berbincang dan berdebat mengenai setiap polisi dan undang-undang yang dicadangkan. Ia juga sukar diamalkan di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Demokrasi tidak langsung ataupun demokrasi perwakilan bermaksud rakyat memilih seorang wakil untuk membentuk polisi dan undang-undang bagi pihak mereka. Wakil tersebut mungkin dipilih menerusi pilihanraya mahupun 106

secara lantikan. Aktiviti pemilihan akan diadakan selang sesuatu tempoh yang telah ditetapkan. Walaupun wakil tersebut bertindak bagi pihak rakyat, namun autoriti terakhir adalah masih di tangan rakyat di mana mereka berhak memilih wakil yang lain untuk menggantikan wakil yang sedia ada sekiranya rakyat berpendapat wakil tersebut tidak mampu menyampaikan kehendak mereka secara berkesan. Sistem demokrasi perwakilan digunakan di kebanyakan negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat dan Australia. 1.3 Prasyarat Demokrasi Menurut Ivor Brown (Kapur, 2001), sesebuah negara haruslah memenuhi beberapa prasyarat yang tertentu untuk memastikan kewujudan demokrasi di dalam Negara tersebut. Antara prasyarat tersebut adalah seperti berikut: An Action of Will. Ini bermaksud rakyat sesebuah negara tersebut mesti mempunyai kehendak untuk memiliki demokrasi dan juga mampu untuk mengekalkannya. Mereka harus mempunyai kesedaran politik dan juga hak-hak serta tanggungjawab masing-masing di bawah sistem pemerintahan demokrasi. Sense of Fellowship. Maksudnya tiada perbezaan di antara rakyat, sama ada dari segi agama, kasta, bangsa mahupun harta. Keamanan hanya akan wujud di dalam masyarakat yang mengamalkan sistem sama rata. Ini menentukan wujudnya keadilan sosial yang amat penting dalam sistem demokrasi. A Spirit of Tolerance. Ini merujuk kepada pemerintahan berdasarkan majoriti dan minoriti harus akur kepada pemerintahan tersebut. Harus wujud suasana "give and take" bukan sahaja di peringkat pemerintahan tetapi juga di kalangan rakyat, terutamanya jika negara tersebut terdiri daripada masyarakat majmuk. Adequate Provision of Opportunities for the Individual to Develop His Personality. Setiap orang mempunyai hak untuk memperolehi pengetahuan dan pendidikan, peluang untuk mendapatkan pekerjaan, gaji upah minimum, suasana kerja dan riadah yang selesa, bantuan kesihatan dan juga jaminan di masa tua. Di dalam masyarakat demokrasi, harus wujud kerjasama di antara rakyat secara sama rata. Participation. Ini melibatkan partisipasi di mana setiap rakyat mengambil bahagian dalam memikul tanggungjawab negara. Seseorang rakyat haruslah mampu berfikir secara matang dan mengambil berat isu-isu pentadbiran negara. Dengan ini mereka boleh berbincang secara kritis mana-mana tindakan kerajaan dan membolehkan suatu sistem 'check and balance' bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang memerintah. 107

Education. Ini merupakan elemen yang amat penting di dalam memastikan sistem demokrasi berjalan dengan sepenuhnya. Melalui pendidikan, maka lahirlah rakyat yang aktif dan bijak mengambil bahagian di dalam hal-ehwal pentadbiran negara. Kerajaan harus memastikan wujudnya suatu sistem pendidikan yang percuma dan wajib untuk semua. Seseorang rakyat harus mampu berfikir secara rasional dan bijak. Dengan ini, sistem demokrasi itu sendiri mampu memastikan kebebasan dan hak samarata di kalangan rakyat sesebuah negara. la memastikan tanggungjawab kerajaan dan hak rakyat adalah terpelihara. Kelicinan pentadbiran dan kebajikan rakyat adalah juga terjaga. Sistem ini memastikan pentadbiran sendiri oleh rakyat, walaupun secara tidak langsung. Dengan melibatkan rakyat di dalam pentadbiran negara, ia melahirkan kesedaran tanggungjawab rakyat terhadap negara. Masyarakat demokrasi juga percaya bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah menerusi perbincangan secara aman. Dengan ini tidak timbul masalah rakyat memberontak menentang kerajaan sekiranya mereka tidak berpuas hati dan pada masa yang sama, keamanan dapat dijamin. 2.0 PERLAKSANAAN DEMOKRASI DI MALAYSIA Malaysia mengamalkan sistem demorasi berperwakilan di mana wakilwakil rakyat akan dipilih oleh rakyat menerusi suatu pilihanraya. Wakil rakyat tersebut akan menggubal polisi dan undang-undang di Parlimen bagi pihak rakyat. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi wakil mereka, mereka berpeluang untuk memilih calon yang difikirkan lebih baik di dalam pilihanraya yang seterusnya. Proses-proses dan hak-hak demokrasi di Malaysia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi di negara ini. Antara hakhak yang dilindungi adalah termaktub dalam artikel-artikel seperti di Bahagian II yang menggariskan beberapa hak asasi rakyat iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kebebasan diri. Keabdian dan kerja paksa dilarang. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang. Sama rata. Larangan buangan negeri, dan kebebasan bergerak. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Kebebasan ugama. Hak-hak berkenaan dengan pelajaran. Hak terhadap harta. 108

Dengan berpandukan Perlembagaan Persekutuan yang juga menggariskan hak untuk mengundi dan memilih kerajaan, maka rakyat harus mempunyai kesedaran untuk memikul tanggungjawab yang disenaraikan dan kerajaan mesti memastikan bahawa setiap tindakan yang diambil adalah demi kepentingan rakyat. 3.0 SEJARAH DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK DUN Sarawak merupakan dewan perundangan yang tertua di Malaysia. la diwujudkan oleh Raja Muda Charles Brooke pada 8 September 1867 di suatu mesyuarat yang diadakan di Bintulu, Sarawak. Pada mulanya ia dikenali sebagai Majlis Umum yang mempunyai 21 orang ahli yang dipilih dari kalangan ketuaketua kaum tempatan. Kemudian beberapa perubahan berlaku dan dewan ini telah berubah rupa dan bentuk dalam tiga zaman yang dilalui negeri Sarawak iaitu: 1. 2. 3. Zaman Pemerintahan Brooke (1867-1946) Zaman Pemerintahan Koloni Inggeris (1946-1963) Zaman Kemerdekaan (1963-kini) Semasa zaman pemerintahan Brooke, majlis ini mempunyai kuasa yang terhad dan lebih berupa rubber stamp kepada keputusan yang dibuat oleh Rajah Brooke sendiri. Namun ia merupakan permulaan yang baik sebagai tempat perhimpunan ketua-ketua kaum berbincang dan mempertengahkan pandangan masing-masing. Perubahan yang penting adalah apabila dalam tahun 1941, Charles Vyner Brooke telah membuat satu perlembagaan baru bagi negeri Sarawak. Perintah Perlembagaan 1941 adalah membuka jalan bagi pemerintahan sendiri dan dengan itu menandakan tamatnya pemerintahan Brooke. Perubahan-perubahan yang lain adalah seperti mengemaskinikan prosidur dewan, menambah bilangan dan komposisi dewan dan mewujudkan jawatan Ketua Setiausaha Kerajaan yang menggantikan Rajah Negeri Sarawak. Namun pemantapan dewan tidak bertahan lama apabila Jepun menyerang dan menakluki Sarawak pada 16 September 1941. Zaman Pemerintahan Koloni Inggeris pula berlaku apabila Charles Vyner Brooke mengisytiharkan bahawa Sarawak akan diserahkan di bawah pemerintahan kerajaan Inggeris bagi membolehkan ia mendapat bantuan kewangan dan teknikal. Namun kenyataan ini mendapat tentangan daripada segolongan rakyat yang membantah kerana tidak diajak berbincang terlebih dahulu. Perkara tersebut dibawa ke mesyuarat Majlis Negeri yang mana keputusannya memihak kepada penyerahan Sarawak kepada pemerintahan Inggeris. 109

DUN selepas merdeka bermula dengan gagasan Malaysia. Gagasan Malaysia telah menimbulkan kesedaran politik di antara rakyat dan parti-parti politik yang terbentuk selepas itu adalah bagaikan cendawan selepas hujan. Perubahan penting yang berlaku pada tempoh ini adalah membenarkan perbahasan atas ucapan Gabenor dan juga penambahan masa untuk soalan tambahan. Perubahan yang ketara adalah pemisahan tugas di antara eksekutif dan legislatif. Bilangan ahli dewan juga telah ditambah dari 36 pada peringkat awal kepada 48 dan kemudiannya 56 sehinggalah mencapai 62 orang pada hari ini. Pergolakan politik yang berlaku juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah krisis Ketua Menteri yang melibatkan Stephen Kalong Ningkan yang memaksa kerajaan pusat campurtangan dan mengisytiharkan darurat bagi membolehkan pindaan perlembagaan negeri dibuat, pertukaran bahasa yang digunakan di dalam dewan iaitu daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, pemansuhan sistem pilihanraya three tier system kepada single district, juga peristiwa Ming Court yang mencabar pemerintahan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak. 4.0 KONSEP PILIHANRAYA DAN PERWAKILAN DI SARAWAK 4.1 Konsep Pilihanraya dan Perwakilan Pilihanraya adalah proses di mana mereka yang memerintah itu ditentukan melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang dan masyarakat. Dalam perkataan lainnya, pilihanraya ialah satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan mengesahkan wakil-wakil untuk membuat dasar dan keputusan politik. Perwakilan pula merupakan proses melalui mana sikap, pilihan, pandangan dan keinginan seluruh warganegara atau sebahagian daripada mereka dibentuk oleh sekumpulan kecil daripada kalangan mereka menjadi tindakan kerajaan bagi pihak mereka, dengan kebenaran yang jelas dari mereka dan dengan kesan yang mengikat (binding) ke atas mereka. 4.2 Pilihanraya di Sarawak Sarawak mempunyai sistem pemilihan secara tidak langsung bagi Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli DUN dipilih mengikut prosidur yang ditentukan oleh Yang di-pertua Negeri dengan persetujuan Yang di-pertuan Agong. Seksyen 94A Akta Malaysia membolehkan supaya pemilihan dibuat dari kalangan ahli-ahli DUN atau dari kalangan bukan ahli. Sistem berparlimen yang diamalkan di negara ini membolehkan pemisahan di antara Ketua Kerajaan iaitu 110

yang dipilih oleh rakyat dan Ketua Negara iaitu Yang di-pertuan Agong, iaitu suatu posisi yang diturunkan berdasarkan hereditary. Ini mewujudkan keharmonian di dalam sistem pemerintahan iaitu percantuman sistem pemerintahan tradisi (beraja) dan pemerintahan moden (demokrasi). 4.3 Parti-Parti Politik di Sarawak Parti-parti politik memainkan peranan yang penting bagi memudahkan sistem pemilihan dalam pilihanraya. Di Sarawak yang terdiri dari masyarakat majmuk, tiada parti yang mampu membentuk kerajaan secara sendirian kecuali melalui pembentukan gabungan dengan parti-parti politik yang lain. Selain daripada parti-parti politik yang berasal daripada Sarawak sendiri, terdapat juga parti-parti politik yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Namun pengaruh parti-parti politik tersebut adalah terhad. Contohnya parti DAP hanya mempunyai satu kerusi di dalam DUN kini. 4.4 Kedudukan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Persaingan Parti Politik Sarawak telah berjaya mengadakan sembilan pilihanraya di mana yang pertamanya dibuat secara proportional representation dan yang selebihnya dibuat secara single district system. Kedudukan jumlah ahli perundangan negeri juga berubah dari tahun ke setahun. Bermula dengan 36 ahli majlis, kini ia mencapai bilangan seramai 62 ahli. Secara ringkasnya di dalam pilihanraya Sarawak yang diadakan sejak 1963, kebanyakan kejayaan pilihanraya diperolehi oleh partiparti yang bergerak secara gabungan atau perikatan. Dari permulaannya Parti Perikatan Sarawak sehinggalah gabungan parti hari ini di bawah Barisan Nasional, pemimpin parti tersebut sedar kepentingan bergabung parti bagi memperolehi kejayaan. Rajah 1: Ringkasan Pilihanraya dan Persaingan Parti-Parti Politik Parti Politik SNAP SUPP PESAKA BUMIPUTERA PBDA BEBAS PERMAS PAS KEADILAN NEGARA DAP SCA 1969 11 12 8 12 1 1974 18 12 18 1979 1983 16 8 11 11 18 3 19 6 4 1987 1991 1996 3 6 6 11 16 14 27 27 14 15 7 10 2 5 1 3 111 2001 5 16 29 10 1 1

5.0 ISU-ISU DAN PERSAINGAN PARTI-PARTI POLITIK DI DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI DUN Sarawak selepas kemasukannya di dalam Malaysia agak tenang terutamanya berkaitan dengan persaingan parti-parti politik. Kehadiran pihak pembangkang agak minimal terutamanya dalam tahun 1990an sehingga kini. Cuma terdapat beberapa peristiwa di dalam DUN yang agak menarik dalam 40 tahun pengujudannya. Antara peristiwa-peristiwa yang menarik itu ialah: 5.1 Persoalan Sarawak di dalam Malaysia 1962-1963 Tentang persoalan Sarawak di dalam Malaysia dan apakah terma-terma yang boleh di manafaatkan oleh Sarawak. Delam tempoh ini, SUPP sebagai parti yang pertama dan terbesar telah mempersoalkan perjanjian Malaysia sendiri. Untuk memperkuatkan kedudukannya, SUPP telah bekerjasama dengan PAN AS untuk menentang Kerajaan Negeri yang baru diwujudkan terutamanya kedudukan parti-parti politik yang membentuk kerajaan negeri pada ketika itu. 5.2 Krisis Kerajaan Perikatan Sarawak 1965-1966 Krisis yang timbul kepada kerajaan negeri di bawah Stephen Kalong Ningkan yang juga melibatkan Majlis Negeri. Usaha-usaha yang dibuat oleh Perikatan Sarawak untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Sarawak telah diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah. Kerajaan Pusat telah campurtangan dengan mengisytiharkan darurat dan ini membolehkan pindaan Perlembagaan Sarawak untuk memberi kuasa kepada Gabenor menggunakan budibicaranya untuk memanggil Sidang Majlis Negeri. Campurtangan ini membolehkan berlakunya proses undi tidak percaya kepada Ketua Menteri yang diakhiri dengan kejatuhan Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri. 5.3 SNAP lawan Kerajaan Abdul Rahman Yaakob Perdebatan hebat di dalam DUN berkaitan denga SNAP yang mengkritik polisi dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Abdul Rahman Yaakob. la juga berkaitan dengan penangkapan pemimpin SNAP iaitu James Wong bersama dengan lapan ahli yang lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 5.4 Krisis Ming Court 1987 Majoriti ahli-ahli Dewan telah menulis surat untuk tidak menyokong Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, di mana deklarasi ini datangnya dari Hotel Ming Court di Kuala Lumpur. Namun begitu proses undi tidak percaya ini gagal untuk diteruskan kerana Ketua Menteri telahpun menasihatkan Yang di-pertua Negeri untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya yang baru. 112

6.0 JENTERA PENTADBIRAN DEWAN UNDANGAN NEGERI Peranan dan bidangkuasa DUN adalah seperti termaktub dalam Bahagian 2, Perkara 13-27 Perlembagaan Negeri Sarawak. Menurut Perlembagaan tersebut, badan perundangan mengandungi Yang Dipertua Negeri dan satu badan yang diberi nama Dewan Undangan Negeri. Bidangkuasa jentera pentadbiran DUN adalah termaktub sepertimana yang terdapat di dalam Perlembagaan Sarawak dan juga Standing Orders Dewan Undangan Negeri Sarawak 1982. 6.1 Kedudukan Yang di-pertua Negeri di dalam DUN Yang di-pertua Negeri Sarawak sebenarnya adalah sebahagian dari DUN. Dengan kata lain, DUN Sarawak mengandungi dua unsur iaitu Yang di-pertua Negeri dan Dewan Undang Negeri. Kuasa membuat undang-undang diluluskan di DUN dan kemudiannya diperakui oleh Yang di-pertua Negeri. Dengan nasihat daripada Ketua Menteri, Yang di-pertua Negeri akan melantik Speaker di kalangan ahli DUN atau yang layak dilantik ahli DUN. Yang di-pertua Negeri juga akan melantik Timbalan Speaker di kalangan ahli Dewan. Berkaitan dengan persidangan Dewan pula, Yang di-pertua berhak untuk mengarahkan supaya DUN bersidang dan tidak akan membenarkan kekosongan atau tidak adanya persidangan dalam masa enam bulan. Di dalam permulaan sidang Dewan selepas setiap Pilihanraya negeri, Yang di-pertua Negeri akan menerima mengadap sumpah ahli-ahli DUN. Di dalam setiap sidang Dewan, Yang di-pertua Negeri akan memberikan ucapannya di Dewan serta merasmikan setiap permulaan sidang. Di dalam proses meluluskan suatu undang-undang, sesuaru bil akan hanya menjadi undang-undang selepas diluluskan oleh Yang di-pertua Negeri tetapi tiada undang-undang yang boleh dilaksanakan selagi belum diwartakan. Selain daripada membuat ucapan dan merasmikan setiap sidang, adalah menjadi tanggungjawab kepada Yang di-pertua Negeri untuk mendengar perbelangaan negeri setiap tahun di DUN. Perlembagaan juga memperuntukan bahawa pembubaran DUN akan dilakukan oleh Yang di-pertua Negeri setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri. 6.2 Komposisi Ahli Dewan Ahli-ahli dewan adalah terdiri daripada mereka yagn terpilih berdasarkan kepada perunrukan yang telah ditetapkan (kini 62 orang), seorang Speaker dan Timbalan Speaker. Speaker adalah dilantik oleh Yang di-pertua Negeri dengan nasihat daripada Ketua Menteri. 113

6.3 Kedudukan Speaker dan Timbalan Speaker Speaker dan timbalannya akan memegang jawatan dalam tempoh tertentu sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan akan mengosongkan jawatannya berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. 6.4 Kedudukan Ahli Dewan Setiap warganegara yang berumur 21 tahun atau ke atas layak untuk dipilih menjadi ahli Dewan, kecuali kelayakan tersebut termansuh sepertimana yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan ataupun mana-mana undangundang yang disebutkan dalam Perkara 17. Namun ahli-ahli Dewan tidak dibenarkan untuk menjadi perwakilan kepada lebih dari satu kawasan Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli dewan yang meletakkan jawatan dari Dewan akan terlucut kelayakannya menjadi ahli dewan dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan tersebut. Salah satu keunikan Perlembagaan Sarawak adalah adanya undang-undang untuk mencegah seseorang ahli dewan dari melompat parti. 6.5 Tempoh Ahli-ahli Dewan Setiap ahli Dewan akan mengosongkan kerusi selepas Dewan dibubarkan. Pengosongan kerusi juga boleh berlaku atas perkara-perkara berikut iaitu: tidak layak sebagai ahli dewan seperti yang disebutkan sebelum ini, meletakkan jawatan dengan menulis surat kepada Speaker dan tidak hadir dewan tanpa kelulusan Speaker tiga kali persidangan dewan berturut-rurut. 6.6 Penalti Untuk Ahli Dewan Yang Tidak Layak Mengundi Ahli dewan yang duduk dan mengundi di dalam dewan dan mengetahui bahawa beliau tidak layak berbuat demikian akan dikenakan denda dua rarus ringgit setiap hari di mana kesalahan tersebut dilakukan. 6.7 Persidangan dan Pembubaran Dewan Undangan Negeri Yang di-pertua Negeri dari masa ke semasa berhak untuk mengarahkan persidangan dewan untuk berlangsung tanpa ruang kosong selama enam bulan di dalam setiap sesi. 6.8 Angkat Sumpah Speaker, Timbalan dan Ahli-ahli Dewan Di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak, adalah suaru kemestian Speaker dan Timbalannya untuk mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri 114

sebelum memulakan tugas dan fungsinya. Perlembagaan juga menitahkan untuk Yang Dipertua Negeri memberi ucapan sebelum sesuatu sidang dimulakan. 6.9 Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perlembagaan Sarawak telah memperuntukkan beberapa prosedur yang terpaksa diikuti oleh DUN, antaranya adalah pewujudan peraturan tetap atau Standing Order. Perjalanan dewan akan beroperasi seperti biasa walaupun terdapat kekosongan keahlian dalam Dewan dan keputusan akan dibuat berdasarkan simple majority. 6.10 Peranan Setiausaha Dewan Setiausaha Dewan adalah sebahagian daripada kakitangan perkhidmatan awam Sarawak. Tanggungjawabnya adalah sepertimana terdapat dalam Standing Order yang telah ditetapkan dalam DUN. 6.11 Laporan Rasmi Dewan Semua ucapan yang dibuat di dalam dewan dan di dalam komiti akan disediakan di bawah pengawasan Setiausaha Dewan dan akan diterbitkan dengan arahan daripada Speaker dan salinan laporan tersebut akan diedarkan kepada semua ahli Dewan. 6.12 Petisyen Semua permohonan di dalam dewan hendaklah dibuat dalam bentuk petisyen dan setiap petisyen hendaklah dikemukakan oleh ahli dewan yang mengandungi tujuan kenapa petisyen hendak dikemukakan. 6.13 Kertas Laporan Laporan boleh dikemukakan hanya oleh Speaker, Menteri atau Pengerusi Jawatankuasa dan ia mestilah dihantar terlebih dahulu kepada Setiausaha Dewan. 6.14 Soalan Soalan boleh dikemukan kepada menteri-menteri berkaitan dengan hal ehwal yang menyenruh kementerian tersebut. 6.15 Peraturan Perbahasan di dalam Dewan Untuk memastikan supaya perbahasan di dalam Dewan berjalan dengan lancar, maka beberapa peraturan telah ditetapkan. Antaranya ialah masa dan adab berdebat dan kandungan ucapan. 115

6.16 Prosidur Rang Undang-undang Sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan, ia terpaksa melalui beberapa peringkat iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua dan Bacaan Ketiga. Bagi prosedur kewangan pula, deraf anggaran Belanjawan Negeri untuk tahun ke hadapan akan dibentangkan di dalam Dewan. 6.17 Jawatankuasa di Peringkat Dewan Antara jawatankuasa yang wujud di peringkat dewan ialah Jawatankuasa Pemilihan, Jawatankuasa Akaun Awam, Jawatankuasa Dewan, Jawatankuasa Petisyen Awam, Jawatankuasa Keutamaan dan Jawatankuasa Pemilihan Khas. 6.18 Pentadbiran Harian Dewan Undangan Negeri Pentadbiran harian dewan diketuai oleh Setiausaha Dewan dan dibantu oleh Timbalan Setiausaha. Antara fungsi pentadbiran adalah penerbitan, perpustakaan, pentadbiran dan akaun, dan juga fungsi pejabat Speaker. 6.19 Pegawai-pegawai DUN Semasa Persidangan Pegawai-pegawai parlimen yang bertugas di dalam dewan terdiri daripada Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Seorang lagi penjawat penting ialah Bentara Mesyuarat yang bertugas membawa cokmar dan juga menjaga ketenteraman dewan. 7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.1 ISU 1: Ketidakseimbangan Jumlah Pengundi dan Kawasan Jurang yang besar antara jumlah pengundi antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Sebagai contohnya, antara N.51 Belaga yang hanya mempunyai 6,476 pengundi berbanding dengan N.9 Pending yang mempunyai 29,097 pengundi, satu perbezaan lebih kurang 4.5 kali ganda. Alasan yang diberikan selalunya ialah kawasan luar bandar mempunyai penduduk sedikit kerana adalah amat sukar untuk wakil rakyat memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana kawasan yang berada tli bawah pengawasannya adalah terlalu besar. 7.2 ISU 2: Peratusan Kerusi Berbanding Dengan Peratusan Kaum Berbanding dengan jumlah penduduk, pengundi Melayu/Melanau yang mempunyai 40.32% kawasan dalam tahun 1966 dikatakan agak lebih dari segi 116

perwakilan berbanding dengan jumlah penduduk iaitu 28%. Perwakilannya dikatakan bertambah dari 25% kepada 33% dan seterusnya 40% di setiap persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Manakala bagi kaum Cina pula, perwakilannya adalah 16.7% dalam tahun 1970 dan 1987 dan naik sehingga 21% dalam tahun 1996. Manakala kelompok Dayak pula diwakili oleh 39%) dalam tahun 1996. Jumlah wakil bagi orang Iban telah meningkat manakala masyarakat Bidayuh pula menurun. (Lihat Rajah 2). Rajah 2: Peratusan Kerusi Berbanding dengan Kaum Kaum Melayu/Melanau Iban Bidayuh Orang Ulu Cina Jumlah Peratusan Jumlah Kerusi 1970 1987 1996/2001 25 58.33* 33.33 37.50 8.33 4.17 16.67 100.00 48 40.32 27.42 6.45 4.84 20.97 100.00 62 16.67 100.00 48 Termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu 7.3 ISU 3: Kedudukan Kerusi Antara Parti Kerajaan dan Parti Pembangkang Di dalam setiap pilihanraya akan kelihatan jarak yang jauh untuk jumlah undi yang diperolehi dengan jumlah kerusi yang diperolehi. Sebagai misalannya dalam pilihanraya 2001, jumlah undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional adalah lebih kurang 75% manakala Parti Pembangkang memperolehi 25% undi. Kalau diikutkan kepada perbandingan antara jumlah undi dan jumlah kerusi maka Barisan Nasional sepatutnya mempunyai 48 kerusi manakala pembangkang akan memperolehi 12 kerusi. Tetapi dari segi realitinya dalam Pilihanraya 2001, Barisan Nasional memperolehi 60 kerusi manakala pembangkang cuma mendapat 2 kerusi sahaja. Dalam konteks Sarawak ia tidak mempunyai mekanisma untuk menyelesaikan masalah ini di mana kelompok minoriti ini langsung tidak mempunyai suara. 7.4 ISU 4: Ketiadaan Pembangkang yang Berkesan di Dewan Undangan Negeri Di dalam sistem demokrasi, parti pembangkang mempunyai peranannya yang tersendiri. Ia dianggap sebagai check and balance kepada kerajaan yang sedia ada dan peruntukan diberi menurut perlembagaan untuk pihak pembangkang memilih salah seorang daripada mereka bertindak sebagai Ketua 117

Pembangkang. Tugas utama pembangkang bukan sahaja membangkang, tetapi juga mengemukakan pendapat yang berlainan sebagai alternatif kepada pendapat yang sedia ada. Oleh yang demikian, mereka mempunyai banyak peluang untuk mencabar, menyiasat dan mengkritik kerajaan secara membina di dalam DUN Sarawak walaupun jumlahnya kecil. Namun begitu selepas 1990, atas konsep perkongsian kuasa, peranan pembangkang ini semakin berkurangan. Kedudukan dan kekuatan pembangkang di dalam dewan boleh dilihat seperti Rajah di bawah. Rajah 3: Kedudukan Pembangkang Di Dalam Dewan Undangan Negeri Tahun 1963 1969 1974 1979 1983 1987 1991 1996 2001 7.5 Jumlah Kerusi Kerusi Pembangkang 36 48 48 48 48 48 56 62 62 13 13 18 3 10 20 7 5 2 Peratus 36% 27% 37% 6% 20% 41% 12.5% 8% 3% ISU 5: Fungsi Kumpulan Lobi di Dewan Undangan Negeri Di dalam konsep demokrasi, terdapat beberapa kumpulan yang perlu diambil kira iaitu apa yang dinamakan sebagai kumpulan seminat (interest group). la bertanggungjawab mewakili kumpulan monoriti yang tidak diwakili di dalam dewan perundangan. la boleh wujud di atas kehendak pelbagai seperti badan-badan korporat, badan-badan sosial, kumpulan etnik tertentu dan sebagainya. Di Amerika Syarikat terdapat satu institusi lobi yang diwujudkan khusus untuk mewakili kumpulan ini dan mereka boleh melobi dewan untuk memastikan kehendak mereka tercapai. Unsur seperti ini tidak terdapat di dalam dewan perundangan di negara ini terutamanya di negeri Sarawak. Peluang untuk diwakilkan tanpa merujuk kepada parti-parti politik ataupun membuat strategic engagement dengan parti politik adalah tersangat penting dalam proses mewujudkan masyarakat sivil, satu proses penting untuk menuju kepada status sebuah negara maju. 118

7.6 ISU 6: Kebebasan Pentadbiran Dewan Undangan Negeri dari Pentadbiran Sarawak Dari segi teorinya sememangnya terdapat pemisahan ini di mana DUN Sarawak adalah bebas dari Pejabat Ketua Menteri. Ini adalah hasil daripada Ordinan Pemisahan Fungsi 1965 (Seperation of Function Ordinance). Suasana ini telah mewujudkan jawatan Setiausaha Dewan yang bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan dan juga Speaker. Namun dari segi realitinya, Setiausaha Dewan adalah sebahagian daripada pegawai kanan kerajaan negeri yang tertakluk di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri. Sudah tentu dalam beberapa aspek terutamanya kewangan dan pentadbiran ia terpaksa merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. 8.0 BAHAN RUJUKAN Shaharuddin Badaruddin & Nor Suziwana Tahir. (2004). Kajian Jentera Pentadbiran Negeri Sarawak. Biro Penyelidikan dan Perundingan: Universiti Teknologi MARA. Leigh, M. (1992). Council Negri, Dewan Undangan Negeri Sarawak: Malaysia s Oldest Legislature. Kuching: Sarawak State Government. _. (1974). The Rising Moon: Political Change in Sarawak. Sydney: Sydney University Press.. (2001). The Sarawak State Elections 2001. Workshop to Conceptualize Future Research on the Election System in Malaysia. Petaling Jaya: Ikmas and UKM. Ahmed Nidzammuddin Sulaiman et.al. (1994). Politik Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chin, M. (1981). The Sarawak Chinese. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Jayum A. Jawan. (1987). The Sarawak State Election of 1987: The Dayakism Factor. Kuala Lumpur: Jayum A. Jawan. 119

.. (1994). Iban Politics and Economic Development: Their Patterns and Change. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kapur, A.C. (2001). Principles of Political Science. New Delhi: S. Chand & Company Ltd. Mohammed Hasbie Sulaiman. (1989). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Ritchie, J. (1987). Sarawak: A Gentlemen's Victory for Taib Mahmud. Petaling Jaya: Pelanduk. Sanib Said. (1985). Malay Politics in Sarawak 1946-1966. Singapore: Oxford University Press. Searle, P. (1983). Politics in Sarawak 1970-1976: The Iban Perspective. New York: Oxford University Press. Mohd. Faisal Syam Abdol Hazis et.al. (2002). Tingkahlaku Pengundian Dalam Pilihanraya Parlimen Sarawak. Kuching: UNIMAS. Sarawak State Government. (1996). The Constitution of the State of Sarawak. Kuching: State Attorney-General's Chambers. 120