Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Similar documents
BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

AN ASSESSMENT OF VISITORS' PERCEPTION SAMA JAYA NATURE RESERVE KUCHING. Kueh Hsiao Chin

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

Building a better Hong Kah North

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

Transcription:

26 Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak Street Art Performance: A Public Perception in Kuching, Sarawak Mohd Fahmi Yahaya Anna Durin Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak Nordiana Ahmad Nordin Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak ymfahmi@faca.unimas.my Abstrak Hiburan jalanan merupakan persembahan yang dilakukan di tempat-tempat awam. Kumpulan ini akan bermain muzik, menyanyi dan menari tanpa mengenakan sebarang bentuk bayaran. Mereka terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pandangan masyarakat terhadap seni persembahan penghibur jalanan di sekitar bandar Kuching, Sarawak. Kajian kuantitatif ini menggunakan analisa kekerapan sebagai instrumen asas dalam pengumpulan data. Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan secara rawak di sekitar kawasan bandar Kuching. Walaupun majoriti responden berpendapat bahawa persembahan jalanan tidak dapat menyumbang kepada ekonomi negara, mereka mempunyai persepsi yang positif secara keseluruhannya. Kata kunci seni persembahan jalanan, buskers, persepsi Abstract Street performances are conducted in public places whereby a group of people will play music, sing and dance without imposing any form of charges. The performers are not limited to men but women and children as well. This study is conducted to see the public's view of street entertainers around Kuching, Sarawak. This quantitative study was conducted using simple frequency analysis as the main instrument in data analysis. A total of 200 questionnaires were distributed randomly in the vicinity of Kuching City. Although the majority of respondents felt that street performances are not able to contribute to the national economy, their general perception towards it is positive. Keywords street art performance, buskers, perception PENDAHULUAN Persembahan jalanan atau busking adalah salah satu seni yang dipersembahkan di tepi-tepi jalan, kawasan kaki lima dan kawasan pejalan kaki. Persembahan ini adakalanya berbentuk nyanyian, tarian, silap mata dan bermacam lagi. Kebiasaannya, mereka yang membuat persembahan jalanan ini tidak mengenakan sebarang bayaran tiket. Namun, ada menyediakan tabung sumbangan. Penonton yang terhibur dengan persembahan mereka ini akan menyumbangkan wang sebagai tanda penghargaan. Sejarah mencatatkan bahawa amalan ini telah dilakukan sejak sekian lama. Kaum bangsawan Rom sering memberi upah kepada buskers kerana ia merupakan satu bentuk hiburan utama pada zaman itu. Di Eropah dan Amerika, pengembara dan kaum Slavia iaitu suku Gipsi yang sering mengembara, sinonim dengan persembahan jalanan. Pada hari ini, persembahan jalanan telah menjadi tarikan utama di beberapa buah negara yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Ia dilihat berpotensi untuk menyumbang kepada penjanaan pendapatan dan pembangunan ekonomi setempat. Namun, bukan semua masyarakat di dunia ini mempunyai persepsi yang sama terhadap persembahan jalanan. Oleh kerana sering dikaitkan dengan penggunaan dadah, gejala sosial dan eksploitasi kanak-kanak, mereka diberi persepsi yang negatif (Berita Harian Online, 2013; Harian Metro 2014). Adakalanya, kumpulan ini dianggap lebih baik sedikit daripada peminta sedekah yang hanya menadah tangan mengharapkan simpati. Di negara seperti Amerika dan United Kingdom, persepsi

Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 27 ISSN 229-4640 / Vol. 4 (2016)) / (26-31) terhadap persembahan jalanan amat berbeza. Hal ini kerana mereka yang membuat persembahan tersebut ramai terdiri daripada pelajar jurusan seni di universiti terkemuka. Mereka mempunyai pelajaran dan sememangnya tahu membuat persembahan. Selain itu, ramai artis mereka yang bermula dari membuat persembahan jalanan akhirnya berjaya menjadi artis terkemuka dunia. Baru-baru ini di Malaysia, sebuah syarikat penerbitan telah membawa satu kumpulan persembahan jalanan ke sebuah acara muzik. Persembahan mereka telah mendapat sambutan yang hangat dan masih diperkatakan hingga ke hari ini. Kejadian ini mencetus inspirasi kepada pengkaji untuk mengkaji persepsi serta tahap pengetahuan masyarakat terhadap penghibur jalanan. Penghibur Jalanan Perkataan busking yang pertama telah dicatatkan dalam bahasa Inggeris pada pertengahan tahun 160. Ia dipercayai telah dipetik daripada bahasa Sepanyol yang membawa maksud mencari atau merayau, lalu telah diaplikasikan penggunaannya kepada penghibur jalanan yang berpindah randah untuk meraih ganjaran. Seperti di kebanyakan negara, ganjaran yang diterima lazimnya dalam bentuk wang namun ada juga ganjaran lain seperti makanan, minuman atau hadiah barangan. Persembahan yang dipertontonkan pula boleh tergolong dalam hampir kesemua kategori asalkan ianya mampu menghiburkan penonton. Biasanya, aktiviti busking berbentuk persembahan muzik, namun terdapat juga persembahan seperti akrobatik, teknik menjinakkan haiwan, belon berpusing, helah kad, badut, komedi, silap mata dan banyak lagi. Sejak dahulu lagi kelompok mereka ini akan bertumpu di kota-kota besar di mana kebarangkalian untuk menjana pendapatan adalah lebih tinggi. Menyedari potensi industri ini kepada ekonomi negara, Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) telah diwujudkan dan didaftarkan untuk bergabung dan menaik taraf golongan penghibur jalanan di sini. Namun begitu, persepsi masyarakat secara umumnya terhadap artis jalanan di Malaysia masih kurang memberangsangkan. Oleh yang demikian, kajian mendalam harus dilaksanakan untuk memangkin cabang seni yang telah terbukti dapat menyumbang kepada ekonomi negara seperti ini. Persepsi Persepsi merupakan gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan menerusi pancaindera atau tanggapan manusia terhadap sesuatu perkara. Ia turut didefinisikan sebagai "suatu kepercayaan atau pendapat yang biasanya diberikan oleh orang ramai berdasarkan pemerhatian. Menurut Rangkuti (2002), persepsi merupakan suatu proses di mana individu memilih, mengorganisasikan serta memahami stimulus yang diterima melalui pancainderanya dan menjadikannya suatu makna. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi persepsi iaitu faktor peribadi dan faktor struktur. Faktor peribadi antara lain merujuk kepada proses belajar, motif, dan keperluan. Manakala faktor struktur pula meliputi lingkungan dan nilai sosial dalam masyarakat. Jadual di bawah merupakan kompilasi kenyataan yang dipetik daripada beberapa artikel akhbar berkaitan dengan pandangan terhadap penghibur jalanan di Malaysia. Bil. Nama Kenyataan Sumber 1. Mustam Mustafa Pemuzik jalanan mampu beri contoh Harian Metro, 2014 (Genji Buskers) yang positif. 2. Tan Sri Datuk Sri Utama Dr. Jika penghibur jalanan diberi Utusan Online, 2014 Rais Yatim (Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) peluang dan bantuan, berkemungkinan besar golongan ini akan menjadi profesional seperti di London dan Paris. 3. Philip Ali Sambutan positif dari pengunjung Utusan Online, 2014 (Ikon Buskers) terutama warga asing. 4. Sabirin Kapli Penghibur jalanan menjadi satu nilai Utusan Online, 2014 (Peniaga) tambah kepada pusat pelancongan.. Wady Hamdan Aktiviti persembahan penghibur Harian Metro, 2014 (Presiden Kelab Buskers Malaysia) jalanan ini dapat membuka mata masyarakat. 6. Meor Yusof Aziddin Cabang seni yang tidak konvasional Malay Mail Online,

2 Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak (Busker) 7. Anuar Mohd Nor (Pengarah Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan) namun tetap memberi kesan kepada masyarakat. Golongan ini sememangnya layak dan berhak dipanggil seniman atau karyawan muzik yang bertaraf dunia. 2014 Berita Harian, 2011 Jadual 1 Pandangan terhadap penghibur jalanan di Malaysia Berdasarkan Jadual 1, dapat kita rumuskan beberapa perkara. Pertama, kenyataan-kenyataan ini datang daripada mereka yang mempunyai kaitan langsung dengan persembahan jalanan. Kedua, kesemua mereka mempunyai persepsi yang positif dan yang ketiga, jumlah mereka ini terlalu kecil untuk mewakili persepsi masyarakat secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan kaedah kajian saintifik dengan cara mengumpul dan menganalisa data. Kaedah ini terbukti berkesan terhadap pengumpulan data pada skala yang besar. Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada 230 orang responden secara rawak di sekitar kawasan Kuching. Borang soal selidik tersebut mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Pilot test telah dilakukan terlebih dahulu sebelum borang soal selidik tersebut diedarkan. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa item-item di dalam borang soal selidik tersebut jelas dan mudah difahami. Struktur soalan serta kaedah yang digunakan telah diuji kepada 10 orang responden termasuk pakar dalam bidang kajian kuantitatif. Bahagian A mengandungi item-item yang digunakan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi item-item berkaitan persepsi. Setiap responden diberi masa selama 1 minit untuk menjawab borang soal selidik ini. Setelah itu, pengkaji akan mengumpul semula borang-borang tersebut dan memasukkan data ke dalam perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk analisa seterusnya. Analisis dan Dapatan Kajian Daripada 230 borang soal selidik yang telah diedarkan, sebanyak 200 borang telah berjaya dikumpul dengan lengkap dan boleh digunakan untuk menganalisa data. Sebanyak 30 borang soal selidik terpaksa diketepikan kerana tidak dijawab dengan lengkap. Analisa kekerapan digunakan dan data diterjemah ke dalam bentuk peratusan. Latar Belakang Responden Jantina Umur Kaum Jadual 2 Latar belakang responden Demografi N Peratus % Pekerjaan Lelaki Perempuan 20 dan ke bawah 21-30 1-60 60 ke atas Melayu Cina India Bidayuh Iban Lain-lain Pelajar Kakitangan kerajaan Kakitangan swasta Penganggur 133 67 9 94 22 16 6 2 27 30 4 101 2 37 2 66. 33. 4. 47.0 11.0.0 2.0 1 13. 1.0 27.0 0. 1 1. 1

Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 29 ISSN 229-4640 / Vol. 4 (2016)) / (26-31) Status Agama Lain-lain Bujang Berkahwin Islam Kristian Buddha Hindu Lain-lain 12 137 63 6 94 1 27 6.0 6. 31. 2.0 47.0 7. 13. Jadual 2 menunjukkan lebih daripada separuh iaitu 66.% orang terdiri daripada responden lelaki. Manakala selebihnya sebanyak 33.% adalah responden perempuan. Kebanyakan dari mereka adalah dalam lingkungan umur 21-30 tahun iaitu sebanyak 47.0% orang. Kumpulan kaum yang menunjukkan data yang paling tinggi adalah terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 6 orang responden atau 2.0%. Diikuti oleh kaum Iban sebanyak 4 orang dan kaum Bidayuh seramai 30 orang. Bagi kumpulan kaum India dan Cina pula, masing-masing mewakili 13.% dan 1% responden. Kumpulan agama yang paling tinggi adalah agama Kristian iaitu sebanyak 94 orang responden atau 47.0% diikuti oleh agama Islam seramai 6 orang responden atau 2.0%, agama Hindu sebanyak 13.% atau seramai 27 orang responden manakala bagi agama Buddha pula adalah seramai 1 orang responden atau 7.% sahaja. Sebanyak 0.% responden terdiri daripada pelajar, manakala kakitangan swasta dan kerajaan masingmasing mencatat peratusan sebanyak 1.% dan 1%. Seramai 2 orang responden adalah penganggur dan baki seramai 12 orang tergolong dalam pekerjaan yang berlainan. Berkaitan status perkahwinan pula, sebanyak 137 orang responden atau 6.% yang masih bujang, manakala yang selebihnya iaitu sebanyak 63 orang responden atau 31.% terdiri daripada yang telah berkahwin. Persepsi Masyarakat Kuching Jadual 3 menunjukkan analisa persepsi masyarakat di sekitar bandar Kuching, Sarawak terhadap seni persembahan penghibur jalanan. Peratusan tertinggi iaitu sebanyak % responden memilih sangat setuju terhadap kenyataan penghibur jalanan sesuai dijadikan karier sebagai seorang artis manakala % memilih sangat tidak setuju. Lebih daripada 0% responden menyatakan bahawa mereka akan hadir kembali untuk menonton persembahan jalanan manakala 0.% memilih untuk tidak kembali menonton. Penghibur jalanan sesuai dijadikan karier sebagai seorang artis. Saya akan datang untuk menonton persembahan ini lagi. Saya gemar mendengar persembahan tersebut. Jadual 3 Persepsi masyarakat Kuching Persepsi masyarakat N Peratus (%) 7 3. 3 17. 0 2. 46 23.0 7 1 0. 21 10. 34 17.0 7 43. 2 26.0 1 0. 23 11. 27 13. 4 42.0 2 Saya menyukai persembahan tersebut. 2 10 16 1.0.0.0

30 Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak Saya akan mengajak kawan-kawan untuk menonton persembahan ini. Persembahan ini telah menarik perhatian saya. Persembahan ini telah meninggalkan impak yang baik. Persembahan ini telah memberi kesan yang buruk kepada golongan belia. Persembahan ini mampu menjana ekonomi negara. Persembahan ini hanya membuang masa. 29 72 71 3 16 30 1 20 24 72 7 9 17 30 1 20 73 9 47 34 31 1 11 3 73 20 4 22 91 37 2 14 22 14. 36.0 3. 1..0 1.0 4 27. 0. 10.0 12.0 36.0 39.0 4.. 1.0 2. 10.0 36. 29. 23. 17.0 1. 9.0. 17. 36. 10.0 2 11.0 4. 1. 1 7.0 11.0 Lebih daripada 0% responden menyukai persembahan tersebut manakala lebihan sebanyak 20% tidak menyukainya. Sebanyak 4% responden memilih untuk mengajak kawan-kawan menonton persembahan ini dan sebanyak 1.% yang sangat tidak bersetuju untuk mengajak kawan-kawan mereka untuk menonton persembahan penghibur jalanan di sekitar bandar Kuching, Sarawak. Seramai 7% responden mengaku tertarik dengan persembahan penghibur jalanan, 72% mengatakan bahawa persembahan tersebut memberi impak yang baik kepada masyarakat. 70% tidak setuju bahawa persembahan jalanan memberi kesan negatif kepada generasi muda. Walau bagaimanapun, 64% daripada responden tidak berpendapat bahawa persembahan jalanan mampu menjana ekonomi negara. Kesimpulan Berdasarkan penyataan, pemerhatian serta analisa yang dijalankan, pada keseluruhannya penyelidik dapat menggambarkan bahawa masyarakat di sekitar bandar Kuching, Sarawak mempunyai persepsi yang positif terhadap seni persembahan jalanan. Namun, mereka masih beranggapan bahawa ia tidak dapat menjana pendapatan ekonomi negara. Rata-rata penduduk di sekitar bandar Kuching, Sarawak gemar

Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 31 ISSN 229-4640 / Vol. 4 (2016)) / (26-31) memenuhi tempat yang mempunyai persembahan penghibur jalanan sehinggakan ramai yang sanggup berdiri hanya untuk menyaksikan persembahan itu. Analisa data yang diperolehi oleh penyelidik turut membuktikan bahawa mereka amat terhibur dengan persembahan tersebut. Persembahan penghibur jalanan terbukti meninggalkan kesan positif terutamanya kepada golongan belia serta masyarakat setempat. Unsur-unsur kehidupan dan nasihat yang diselit di dalam persembahan mereka memberi kesedaran kepada masyarakat dalam suasana penyampaian yang berbentuk santai. Oleh kerana wujudnya unsur kreatif tersebut, tidak hairanlah jika golongan ini di negara-negara membangun tidak dipandang rendah. Kajian ini hanya menggunakan analisa ringkas untuk mendapatkan data. Hasil kajian ini diharap dapat digunakan oleh pengkaji untuk masa hadapan. Analisa yang lebih kompleks boleh aplikasikan untuk melihat hubung kait antara persepsi persembahan jalanan dan imej negeri tersebut. Analisa kolerasi dan regrasi dijangka dapat menghasilkan data yang lebih terperinci. Rujukan J, B. W. (1993). Performing arts-the economic dilemma: A study of problems common to theater, opera, music and dance. Gregg Revivals. Sinar, T. L. (n.d.). Sejarah seni muzik dan tari Melayu di Sumatra Utara. Sumatra Utara: Departmen Pendidikan dan Kebudayaan. Bennett, A. (2000). Popular music and youth culture: Music, identity and place. Macmillan Press LTD. Association of Street Performers and Artists, [website], http://streetslive.org/, (Accessed 3 April 201). Aziddin, M. Y. (200, August ). Busker bukan pengemis (Malaysia konsep jun 200). http://www.pestajiwa.net/busker-bukan-pengemismajalah-konsep-jun-200/. Aziddin, M. Y. (2010, January 17). Busking..jom!! mstar online. Aziddin, M. Y. (2010, January 17). Busking..jom!! Retrieved from mstar online: http://www.pestajiwa.net/buskingjom/ Busker bukan pengemis (Malaysia konsep Jun 200). (200, August ). http://www.pestajiwa.net/busker-bukanpengemismajalah-konsep-jun-200/. Caliph Buskers mahu terus jadi pemuzik jalanan. (201, January 20). mstar Online. Ghafar, H. A. (2013, Jun 2). Seniman jalanan wanita. Berita Harian. Retrieved from: http://www2.bharian.com.my/articles/senimanjalananwanita/article/ Kebudayaan., K. P. (2014, Oktober 1). KPKK sedia lokasi latihan untuk penghibur jalanan di bangunan Sultan Abdul Samad. Utusan Online. Wallach, J. (199). Muzik Popular Malaysia dan Masyarakat Moden. Retrieved from http://www.pestajiwa.net/busker-bukan-pengemismajalah-konsep-jun-200/