NOTA UMRAH DIY Ibnu Arabi. Versi 1.0

Similar documents
11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

12H 9M ITALI, MONACO, NICE 14 Mac 2018

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

RM 18,159 RM 14,959 RM 18,259 RM 15,059 RM 13,148 RM 11,559 RM 9,159

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

RM 13,424 RM 11,464 RM 13,559 RM 11,599 RM 11,288 RM 9,388 -

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

RHB Overseas Spends Campaign 2017/18 Term & Conditions

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

============================================================================

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Sekatan perjalanan. 08/12/2017 Despacito meaning in urdu 08/13/2017. Forumlovers.chatango 08/15/2017

PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Polisi Induk TravelPAC

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

Polisi Insurans TravelPAC

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

ITALY TUSCANY ROAD TOUR

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

5. Keistimewaan Kad Infinite UOBM adalah seperti berikut:- Mata Ganjaran 5X UNIRinggit untuk Perbelanjaan di Luar Negara;

Panduancuti-Sarawak.Com

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Polisi Insurans TravelPAC

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Panduan Pengguna Disediakan Oleh

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

BUKU PANDUAN RINGKAS PENGURUSAN & PENGENDALIAN BAYARAN PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERMS AND CONDITIONS

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

Tokyo-Osaka (8H7M) Hari Itinerary Nota. Airport Transfer - Accommodation Check in (Guest House/Hotel) Rest

Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan

PRUlink money market fund

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Piawaian Bon Hijau ASEAN

Tokyo-Osaka (9H8M) Hari Itinerary Nota. Airport Transfer - Accommodation Check in (Guest House/Hotel) Rest

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

Terma dan Syarat Souq Year End Pusat Kad Bank Islam Page 1

means a person to whom a Card is issued as an authorized user and Cardmembers shall be construed accordingly.

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG LEBUHRAYA BESRAYA & SERI KEMBANGAN 20 OGOS 2018

GREAT VOYAGER. Perjanjian Kami

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

06 APRIL Untuk maklumat lanjut sila rujuk peta di bawah.

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Credit Card: Maybankard Visa Infinite 10/10/2011

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

12HARI/09MALAM-BALKANS 6 NEGARA

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

Transcription:

NOTA UMRAH DIY Ibnu Arabi Versi 1.0

KATA PENGANTAR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah. E-Book yang berjaya diterbitkan ini adalah hasil dari rangkuman perkongsian ilmu dan pengalaman dari jemaah-jemaah Umrah DIY terdahulu. Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kepada mereka hendaknya. Penerbit E-Book ini hanya mengumpul dan menyusun kembali curahan ilmu dan pengalaman tersebut supaya lebih teratur serta kemas untuk memudahkan rujukan bakal jemaah kelak. Penulisan lebih straightforward tanpa unsur penceritaan yang melankolik dan meleret-leret agar pembaca dapat memahami lebih jelas apa sebenarnya isi penting yang hendak disampaikan. Sungguhpun begitu, Nota kandungan E-Book Umrah ini mungkin lebih cepat digarab DIY atau difahami bagi golongan mereka yang terdedah kepada penggunaan teknolgi berbanding mereka yang sebaliknya. Oleh yang sedemikian, penerbit menasihati supaya mereka tersebut membuat rujukan tambahan. Akhir kalam, penerbit memberi keizinan untuk menyebarluaskan E-Book ini agar lebih ramai beroleh manfaat darinya kecuali untuk tujuan komersial ia adalah dilarang sama sekali. Semoga Allah merahmati kita semua dan makbulkan hajat kita menjadi TetamuNya. Ameen. Labbaik Allahumma Labbaik! Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu! Ibnu Arabi Penerbit 12 Dec 2016, 12 Rabiulawal 1438H NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

PENGENALAN UMRAH DIY.ada yang nak murah, hotel dekat, ada yang nak free and easy dan ada juga yang bajet tiada had asalkan tidak terikat Jadi Umrah DIY (Do It Yourself) mungkin sesuai untuk jemaah seperti ini. Umrah DIY ialah perjalanan Umrah yang diuruskan oleh jemaah sendiri ke tanah suci dari awal hinggalah akhir. Keistimewaan Umrah DIY ialah jemaah boleh merancang bajet jemaah dan tidak terikat dengan jadual perjalanan pihak lain. Walaupun Umrah DIY, jemaah masih tertakluk kepada peraturan Arab Saudi dimana jemaah perlu mempunyai tiket penerbangan, hotel dan pengangkutan dahulu sebelum membuat permohonan visa daripada Travel Agensi (TA) tempatan. Jemaah tidak boleh lari dari memenuhi peraturan tersebut kerana perjalanan Umrah tidak sama dengan perjalanan ke tempat lain. Kos Umrah DIY bergantung kepada 2 faktor pemberat utama iaitu tiket penerbangan dan hotel. Jika jemaah dapat peroleh tiket penerbangan dan hotel pada harga yang murah, kos keseluruhan akan menjadi murah. Rekod Umrah DIY paling murah setakat ini ialah RM 2450 seorang ALL IN kerana jemaah tersebut peroleh tiket promosi MAS berharga RM 400 pergi balik dan berada disana selama 8 hari 7 malam. Sebagai panduan, kos purata mengerjakan Umrah DIY ialah sekitar RM 3000 - RM 3500 seorang ALL IN selama 12 hari 10 malam. Umrah DIY tidak disyorkan bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci dan warga emas. Kami galakkan jemaah tersebut mengambil pakej Umrah 100% dari TA sahaja. Jika ingin Umrah DIY juga, kami amat syorkan jemaah mengambil khidmat mutawwif sebagai pembimbing ibadah disana. Syor kami bagi yang ingin Umrah DIY : 1. Kental fizikal dan mental 2. Saiz jemaah tidak lebih dari 8 orang 3. Bukan Umrah kali pertama 4. Sihat tubuh badan dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi 5. Patuh peraturan Arab Saudi NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

ISI KANDUNGAN NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi

BAB 1 CARTA ALIRAN PENGURUSAN UMRAH DIY NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 1

BAB 2 - PENETAPAN KOS DAN PEMILIHAN TARIKH Secara purata kos Umrah DIY adalah sekitar RM 3000 hingga RM 3500 seorang. Pertama sekali jemaah harus menetapkan kos siling untuk Umrah DIY mereka sendiri. Jadi setiap tempahan yang ingin dibuat haruslah tidak melebihi dari kos siling yang ditetapkan. Sekiranya bajet terhad, jemaah disyorkan pergi pada low season kerana peak season kebiasaannya kos lebih besar diperlukan. Umrah DIY sinonim dengan penjimatan. Lagi sekali, bagi pemilihan tarikh jemaah dinasihatkan elak memilih tarikh pada waktu peak season kerana kebiasaanya akan berlaku kesesakan jemaah yang ramai. Kadar visa, hotel dan tiket penerbangan lebih mahal dari waktu low season. Paling penting, pastikan tarikh yang dipilih itu visa Umrah dapat dikeluarkan kerana visa Umrah bukanlah boleh didapati sepanjang masa. Pada musim haji, visa Umrah tidak dikeluarkan sehingga dibuka semula kebiasaanya Nota pada 1 Safar Umrah tahun hijrah berikutnya. Jadi DIY jangan mudah tertarik dengan tawaran tiket murah dari syarikat penerbangan. Sentiasa semak status visa umrah untuk tarikh itu. Contoh Peak Season : - Cuti sekolah di Saudi ( hujung Januari / awal Februari ) - Bulan Ramadhan - Musim sejuk ( Disember ) - Cuti sekolah Malaysia ( pertengahan Mac / hujung Mei / awal Jun ) * diatas adalah contoh secara umum dan boleh berubah-ubah. Jemaah dinasihatkan membuat semakan lebih lanjut sebagai contoh tarikh cuti sekolah secara lebih spesifik TIPS : Kebiasaanya visa umrah dibuka semula pada 1 safar, tapi bukan suatu kemestian. Sebagai langkah berjaga-jaga, elak membeli tiket awal bulan safar. Disyorkan penghujung safar kerana kebiasaanya sistem permohonan visa sedang warming up, dikhuatiri berlaku sebarang masalah. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 2

BAB 3 - TIKET PENERBANGAN Tiket penerbangan biasanya ditempah 7 8 bulan lebih awal dari tarikh cadangan. Harga panduan untuk membeli tiket penerbangan adalah antara harga RM2000 RM2500 (harga siling). Sekiranya jemaah mendapati ada tawaran harga kurang dari RM 1800 jangan lepaskan peluang untuk terus beli dengan syarat buat semakan status visa umrah dahulu samada boleh didapati atau tidak pada tarikh itu. Tiket penerbangan boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya : 1. Website airlines, seperti : www.airasia.com www.malaysiaairlines.com www.saudiairlines.com 2. Website third party, seperti : www.skyscanner.com www.traveloka.com www.wego.com www.kayak.com Tips : Untuk mendapat tiket murah, jemaah harus kreatif dan rajin mencari dengan pelbagai cara. Tiada ketetapan cara A dijamin murah cara B dijamin mahal. Sehingga waktu membuat bayaran sekalipun harus bijak memilih kaedah bayaran yang lebih jimat. Sebagai contoh ialah Air Asia. Kadangkala tempahan tiket menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party atau website airline itu sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 3

BAB 4 PINTU MASUK DAN KELUAR Jemaah ada 2 pilihan samada memilih penerbangan terus ke Madinah atau turun di Jeddah. Kebiasaanya penerbangan terus ke Madinah harganya lebih mahal berbanding turun di Jeddah. Namun pada waktu tertentu terdapat juga promosi daripada pihak airlines bagi penerbangan terus ke Madinah. Untuk Umrah DIY kami mengesyorkan agar jemaah memasuki Madinah terlebih dahulu selepas mendarat di Jeddah supaya perjalanan lebih selesa terutamanya jika membawa anak-anak yang masih kecil atau orang tua yang uzur. Sekiranya jemaah memilih untuk memasuki ke Mekkah dahulu, jemaah perlu memakai ihram sebelum berlepas dari Malaysia. Pilihan cara masuk dan keluar dari Arab Saudi untuk visa umrah : 1. Kuala Lumpur (KUL) Jeddah (JED) Kuala Lumpur (KUL) 2. Kuala Lumpur Nota (KUL) Jeddah (JED), Umrah Madinah (MED) Kuala Lumpur DIY (KUL) 3. Kuala Lumpur (KUL)- Madinah (MED) Kuala Lumpur (KUL) 4. Kuala Lumour (KUL) Madinah (MED), Jeddah (JED) Kuala Lumpur (KUL) Airport Code : Ialah kod IATA, singkatan nama airport seluruh dunia Kuala Lumpur : KUL Jeddah : JED Madinah : MED Kota Bharu : KBR Alor Setar : AOR Airport Jeddah Terdapat 3 terminal di Airport Jeddah iaitu : 1. Terminal Utara : Dikenali juga sebagai terminal antarabangsa bagi semua international airlines 2. Terminal Selatan : Khusus untuk Saudi Airlines bagi penerbangan antarabangsa dan domestik 3. Terminal Haji : Khusus untuk musim haji. Kebiasaanya jemaah umrah juga diturunkan disini TIPS : Penerbangan terus ke Madinah dan pulang dari Airport Jeddah (vice versa) dapat menjimatkan kos transfer kerana hanya 2x transfer berbanding tiba dan balik dari Airport Jeddah iaitu 3x transfer. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 4

BAB 5 - TEMPAHAN HOTEL Harga hotel bergantung kepada jarak dan taraf bintang. Semakin dekat dan tinggi taraf bintangnya harga akan lebih mahal, begitu juga sebaliknya. Hotel boleh ditempah dengan pelbagai cara, antaranya : 1. Website hotel 2. Website third party, antaranya : a. www.booking.com b. www.agoda.com c. www.expedia.com.my Terdapat 3 pilihan bayaran tempahan melalui website third party : a. Pay Now b. Pay Later ( Free Cancellation ) c. Pay Directly To Property ( bayar semasa check in ) Jemaah disyorkan untuk menempah hotel yang ada pilihan Free Cancellation & Pay Later. Pilihan ini dapat memberi ruang kepada jemaah sekiranya ingin membatalkan tempahan kemudian hari jika ada sebarang masalah atau mendapat tawaran hotel yang lebih menarik. Semak juga dateline bayaran. Jemaah diingatkan tidak berulang kali buy and cancel kerana dibimbangi akaun jemaah di agoda.com (contoh) akan disenarai hitam dan semua tempahan sebelum ini akan dibatalkan. Hotel paling hampir dengan masjid Makkah : Hotel yang berada dalam Menara Jam Pullman Zam Zam, Raffles Makkah Palace, Al Marwah Reyhaan Rotana, Royal Clock Tower Fairmont, Movenpick Hotel, Retaj Al Bayt, Swissotel, Safwah Royal Orchid Madinah : Hotel yang paling hampir dengan gate 25, pintu wanita Hotel Dar Al Taqwa, Hotel Al Jemaahlus Suites, Al Ansar Golden Hotel, Al Fayroz Shatta Hotel, Dallah Taibah Hotel TIPS : Kadangkala tempahan hotel melalui website third party menggunakan mobile apps lebih murah dari website third party itu sendiri. Sentiasa kreatif mencari yang terbaik NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 5

ibnu Antara hotel di Madinah arabi beserta lokasi Antara hotel di Mekah beserta lokasi NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 6

BAB 6 - PENGANGKUTAN Jemaah digalakkan untuk mengambil bersama servis pengangkutan dari TA pengeluar visa bagi memudahkan perjalanan jemaah. Servis ini ada 2 pilihan samada transfer sahaja atau all in Harga bergantung kepada jenis kereta dan kapasiti kenderaan yang diambil. Adakalanya transfer lebih jimat berbanding all in. Jika ambil transfer sahaja, untuk ziarah boleh guna servis kereta sewa atau teksi sekitar hotel penginapan. Transfer : tidak termasuk ziarah Airport - Madinah - Makkah - Airport All in : termasuk ziarah Airport - Madinah - Ziarah Madinah - Makkah - Ziarah Makkah - Airport Kos rujukan Transfer dan All In Transfer : SAR 1600 SAR 1700 (GMC, 8 seaters), SAR 2100 SAR 2200 (Hiace, 15 seaters) All in : SAR 2000 SAR 2100 (GMC, 8 seaters), SAR 2500 SAR 2600 (Hiace, 15 seaters) Kos rujukan lain ( teksi / kereta sewa ) Madinah Airport - Madinah Hotel Jeddah Terminal Hajj - South Terminal Jeddah Airport Makkah Makkah Madinah Madinah Makkah Makkah - Jeddah Airport Makkah - Tanaim - Makkah : SAR 50 - SAR 70 (kereta, 4 seaters) : SAR 150 SAR 200 (kereta, 4 seaters) : SAR 200 SAR 250 (kereta, 4 seaters) : SAR 400 SAR 500 (kereta, 4 seaters) : SAR 600 (gmc, 8 seaters) : SAR 300 (gmc, 8 seaters) : SAR 50 (kereta, 4 seaters) * Kos diatas adalah contoh beberapa jenis kenderaan sahaja. Untuk yang lain sila rujuk TA visa jemaah. Harga boleh berubah mengikut keadaan semasa. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 7

BAB 7 - VAKSIN, PASSPORT, PERMOHONAN VISA Vaksin - Suntikan dan buku diperlukan untuk permohonan visa - Nama vaksin : Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) - Harga sekitar RM130 - RM150 untuk tempoh 2 tahun - Anak bawah 2 tahun tidak perlu Passport - Pass perjalanan ke luar negara bagi mengantikan kad pengenalan - RM200 (5 tahun, dewasa) - RM100 (5 tahun, kanak-kanak) Permohonan visa dengan Travel Agensi Visa seeloknya dipohon sebulan sebelum dari tarikh berlepas atau paling lewat 2 minggu sebelum berlepas. Setelah peroleh visa, ibnu jemaah perlu berlepas arabi dalam masa 14 hari dari tarikh visa dikeluarkan. Setelah tiba di Tanah Suci, jemaah dibenarkan pula tinggal maksimum 30 hari dari tarikh ketibaan. Namun begitu dikhabarkan pada bulan ramadhan jemaah dihadkan tinggal maksimum 15 hari sahaja untuk mengelak jemaah overstay sehingga musim haji. Apapun jemaah dinasihatkan sahkan dari TA dahulu sebelum membeli tiket penerbangan mengenai bilangan hari maksimum. Visa umrah tidak seperti visa ke negara lain yang boleh dipohon terus di kedutaan. Visa umrah hanya boleh dipohon melalui TA tempatan yang ada MOU dengan Muassasah (TA) Arab Saudi sahaja. Akan tetapi, tidak semua TA tempatan yang boleh proses visa umrah ini menerima permohonan bagi jemaah Umrah DIY. Hanya sebilangan kecil sahaja itupun jemaah perlu hubungi satu persatu diantara mereka. Untuk permohonan visa umrah boleh cuba hubungi Hamdan Hussin +6017 300 8021 ( call/whatsapp ) Harga visa standard : bergantung kepada bilangan jemaah RM 350 (normal season) RM 450 (Ramadhan) NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 8

Dokumen wajib permohonan visa Dokumen berikut wajib dihantar pada TA untuk permohonan visa : 1. Gambar visa (latar belakang putih), 4keping 2. Buku suntikan vaksin 3. Passport original 4. Tiket penerbangan 5. Tempahan hotel 6. Dokumen tambahan (jika berkaitan sahaja) Senarai dokumen tambahan perlu disediakan, jika berkaitan sahaja : A) Pergi Bersama Mahram 1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin. (Cop pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra) 2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan sijil lahir 3. Bagi wanita yang bermahramkan adik beradik lelaki - Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua) 4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. B) Mahram Bersama Bapa Tiri (Belum Berkahwin) 1. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra) 2. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung 3. Salinan Sijil lahir anak tiri 4. Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (Cop Pengesahan Wisma Putra) 5. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 9

C) Mahram Bersama Bapa Tiri (Sudah Berkahwin) 1. Letter of Consent daripada suami (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra) 2. Salinan sijil nikah (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra) 3. Salinan kad pengenalan suami 4. Salinan sijil lahir anak tiri 5. Surat hak jagaan dari mahkamah syariah (Cop Pengesahan Wisma Putra) 6. Salinan Sijil Mati jika suami tiada/meninggal dunia, D) Mahram Bersama Bapa Saudara (Sebelah Bapa) 1. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra) 2. Salinan sijil lahir anak, bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung 3. Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung 4. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia E) i) Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama bapa angkat) 1. Salinan surat pengambilan anak angkat (Cop Pengesahan Wisma Putra) 2. Salinan surat lahir anak angkat ii) Mahram Bersama Bapa Angkat (bin dengan nama orang lain) 1. Salinan surat pengambilan anak angkat NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 10

2. Salinan surat lahir anak angkat 3. Salinan surat perintah mahkamah F) Mahram Bersama Datuk Sebelah Bapa 1. Salinan sijil lahir cucu 2. Salinan sijil lahir bapa kandung 3. Letter of Consent daripada bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (Cop Pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra) 4. Salinan Sijil Mati jika bapa kandung tiada/meninggal dunia G) Bagi Muallaf yang pergi bersama suami/adik beradik lelaki kandung 1. Salinan kad/surat memeluk agama islam (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra) 2. Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya. (Cop Pengesahan Jabatan Agama Islam/Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra) H) Warganegara Asing 1. Pemastautin Tetap (Permanent Residence) - kad pengenalan asal dan salinan kad pengenalan. 2. Visa Pekerja/Employment Pass - surat pengesahan majikan (Cop Pengesahan Notary Public & Wisma Putra) 3. Visa Pelajar/Student Visa - surat pengesahan dari kolej/universiti/sekolah (Cop Pengesahan Wisma Putra) 4. Visa Keluarga/Sosial Visa - salinan sijil nikah/sijil lahir (Cop Pengesahan Wisma Putra) 5. Pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta. Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 11

BAB 8 KURSUS UMRAH Jemaah Umrah DIY amatlah digalakkan untuk menghadiri kursus umrah sebelum berlepas. Ibadah kita akan lebih bernilai dan terasa sekiranya dilakukan dengan penuh kefahaman dan penghayatan. Suatu kerugian jika kita hanya menjadi ikut-ikutan sahaja sepanjang berada disana. Gambar dibawah adalah ilustrasi ringkas BAB SUNAT, WAJIB & RUKUN UMRAH. Boleh rujuk TA berdekatan untuk menghadiri kursus umrah percuma yang mereka anjurkan. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 12

BAB 9 - MUTAWWIF Kami amat mengalakkan jemaah mengambil khidmat mutawwif terutamanya bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci sebagai pembimbing ibadah dan ziarah sewaktu di sana. Sekiranya sudah acap kali ke tanah suci, tiada masalah untuk tidak menggunakan khidmat tersebut. Kadar bayaran mutawif per umrah / ziarah sebagai rujukan : Mutawif Umrah Mutawif Ziarah Makkah (Manasik) Mutawif Ziarah Makkah (Hudaibiyah) Mutawif Ziarah Madinah : SAR 250 / group : SAR 200 / group : SAR 250 / group : SAR 200 / group Manakala Ziarah ke Taif biasanya dicaj SAR 180 SAR 200 seorang. Harga termasuk pengangkutan, mutawwif, makanan dan permit. Harga bergantung kepada saiz kumpulan. BAB 10 - BAHASA Boleh berbahasa arab merupakan 1 kelebihan buat jemaah. Namun begitu bagi jemaah yang tidak boleh berbahasa arab usahlah risau. Kami cadangkan anda membuatkan semua tempahan lebih awal untuk mengurangkan komunikasi semasa disana. Jemaah juga digalakkan untuk belajar serba sedikit perbualan asas harian dalam bahasa arab. Kemajuan teknologi kini dapat membantu jemaah yang tidak boleh berbahasa arab, berikut ialah beberapa contoh applikasi yang boleh membantu jemaah : 1. Google Translate, layari website https://translate.google.com/ 2. Applikasi Mobile, sebagai contoh Almaany.com Arabic Dictionary, download di playstore https://play.google.com/store/apps/details?id=com.almaany.arar NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 13

BAB 11 - INSURAN PERJALANAN Insuran ini adalah satu keperluan jika ke luar negara. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin yang memakan kos yang tinggi, disini pentingnya insuran untuk membiayai kos tersebut. Contoh : Plan Konvensional : A*A, A*G - Haram Plan Takaful : Ikhlas Kembara (Takaful Ikhlas), World Traveler Care (Etiqa Takaful)- Patuh syariah Coverage dari World Traveler Care ( Etiqa Takaful ) Recommended NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 14

BAB 12 - MAKAN MINUM Ada 3 pilihan : 1. Beli di kios atau restoran Madinah Terdapat 1 medan selera dibelakang Hotel Dar Al Taqwa, lokasi terletak pintu belakang Masjid Nabawi. Disini terdapat banyak pilihan makanan. Harga serendah SAR 15, 1 bahagian makanan boleh dimakan untuk 2 orang. Sekiranya jemaah ingin mencuba nasi unta dan sebagainya, jemaah perlu menaiki kereta sewa keluar dari kawasan hotel. Boleh rujuk mutawwif untuk maklumat lanjut. Makkah Terdapat banyak kios Nota makanan dibawah Umrah Hotel Hilton. Harga serendah dari DIY SAR 10, boleh dimakan untuk 2 orang. Selain itu terdapat banyak restoran di tingkat 1 dalam Safwah Tower. Disitu juga terletaknya restoran Malaysia yang terkenal iaitu Felda D saji dan restoran lain. Harga makanan disini agak mahal berbanding di bawah Hotel Hilton, ibnu tetapi rasanya lebih arabi menyelerakan. 2. Tumpang Jemaah TA Sekiranya kita menginap di hotel yang terdapat juga jemaah dari Travel Agensi Malaysia atau dari tempat lain, boleh cuba hampiri ketua jemaah mereka untuk menumpang pakej makan sahaja bersama mereka jika diizinkan. Biasanya kos makan pakej dibayar SAR 30 sehari untuk 3x makan sehari 3. Masak Sendiri Bagi mereka yang bercadang untuk memasak sendiri, pastikan hotel jemaah menginap membenarkan kita memasak. Sesetengah hotel tidak benarkan membawa masuk rice cooker seperti Hotel Hilton. Barang memasak pula boleh beli di BinDawood atau boleh dibawa dari Malaysia NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 15

BAB 13 TUKARAN WANG Ada 4 pilihan : 1. Tukar di Malaysia Jangan tukar di Airport kerana kadar tukaran sangat tinggi, atau kita perlu membayar lebih. Untuk rujukan harga boleh lawati website money changer dibawah kerana ia sering menjadi rujukan oleh sebab harga tawaran lebih menarik berbanding tempat lain. www.moneymaster.com.my ( Mid Valley, Kuala Lumpur ) www.vitalrate.com ( Pavillion, Kuala Lumpur ) 2. Tukar di Makkah/Madinah Dahulunya kadar tukaran di Tanah Suci biasanya lebih menguntungkan berbanding tukaran di Malaysia. Jika jemaah bercadang hendak tukar di sana seeloknya tukar dahulu dalam kuantiti tertentu di Malaysia selebihnya tukar di sana. Jemaah ibnu juga dinasihati agar arabi sentiasa semak kadar tukaran semasa. 3. Tukar sesama rakan Jemaah boleh tukar wang dari rakan yang baru pulang dari Tanah Suci. 4. Online Money Changer (MC) Bagi mereka yang terlalu sibuk untuk ke MC ini pilihan yang tepat untuk jemaah. Bagi mereka yang luar Lembah Klang mungkin ini kadar lebih baik dari MC ditempat jemaah. Setakat ini ada 2 pilihan : CIMB Traveller : https://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/travelcurrency Travellex : http://www.travelex.com.my Semudah 3 langkah : Beli online >> Bayar online >> Collect di airport sebelum berlepas NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 16

BAB 14 - SIMKAD Simkad adalah keperluan untuk memudahkan perhubungan terutama dengan kereta sewa, mutawwif dan sebagainya. Pilihan simkad yang ada ialah jenama Mobily 9 ( recommended ), STC dan KAA. Cara daftar prepaid Mobily di Madinah 1. Bawa telefon, passport atau salinan passport yang ada cop visa ke kios Mobily 2. Pilih prepaid samada data internet sahaja, call sahaja atau kedua-dua sekali 3. Staf Mobily akan proses, bayar, staff akan setting telefon sehingga boleh digunakan. Harga prepaid data sahaja Harga prepaid data bersama plan call : SAR 55 (2GB) : SAR 95 (2GB, kredit SAR30) Cara top up prepaid internet Mobily Beli kad reload data internet di kios Mobily. Harga SAR 120 untuk 10GB. Taip V <no. visa umrah> <no reload yang telah digores> Hantar SMS ke 1100 BAB 15 - ATM Pengaktifkan pengeluaran antarabangsa boleh dilakukan di mesin ATM, Online atau telefon ke pihak bank. Sebagai contoh, pemegang kad Maybank boleh aktifkan pengeluaran antarabangsa di mesin ATM sebelum bertolak, secara online sepanjang masa atau panggilan telefon ke Maybank di Malaysia walaupun setelah berada di Tanah Suci. Sekiranya jemaah tidak bercadang untuk withdraw duit, tetapi kami galakkan juga aktifkan sebelum bertolak sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 17

BAB 16 CONTOH KOS BELANJA KESELURUHAN Dilampirkan kos belanja keseluruhan Umrah DIY kami untuk seorang sebagai panduan : Tarikh Umrah DIY : 4 14 Januari 2016 ( 11 hari 10 malam ) Bilangan jemaah : 8 dewasa, 2 bayi Penerbangan : Air Asia X, RM 1644 / seorang, pergi balik Add on : Bagasi 25kg pulang sahaja, 3x makan Penginapan : RM 611 / seorang ( 10 malam ) Madinah : Hotel Mirage Taiba, 3* SAR 250 / semalam / sebilik, bilik berempat, 500m dari Masjid Nabawi ibnu Makkah : Hotel Ajyad arabi Alqamar, hotel budget SAR 200 / semalam / sebilik, bilik berempat, 400m dari Masjidil Haram Pengangkutan : RM 356 / seorang SAR 2500, Toyota Hiace 15 seaters, All in ( transfer beserta ziarah) Makan minum : RM 194 Visa : RM 350 Jumlah keseluruhan : RM 3155 / seorang * Jumlah kos keseluruhan selepas ditukar mengikut rate ketika itu NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 18

ISTIMEWA : CERITA DONGENG RAKYAT Kebanyakkan penulis buku atau E-Book Umrah DIY jarang menyentuh tentang perkara ini. Ia berkaitan dengan cerita-cerita yang tiada kebenaranya. 1. Jemaah tidak boleh keluar dari airport jika Umrah secara DIY Kami seringkali menerima pertanyaan yang sama dari orang sekeliling jika diajak mengerjakan umrah secara DIY. Soalan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah dengar kata tak boleh keluar airport kalau pergi tanpa TA, betul ke?. Jawapannya ialah tidak benar. Setakat berada dalam komuniti Umrah DIY belum pernah dengar lagi jemaah Umrah DIY dihantar pulang kerana mengerjakan Umrah secara DIY. Sekiranya jemaah masuk dengan cara yang betul, dokumen yang dilampirkan semasa permohonan visa umrah benar dan tidak pernah melanggar undang-undang Arab Saudi Insyaallah tiada masalah. 2. Jemaah beserta passport ditahan ketika keluar dari airport Situasi yang sebenar ialah bukanlah jemaah dan passport ditahan. Ini merupakan proses biasa dari petugas Muassasah (TA) yang menunggu dipintu ketibaan untuk merekod ketibaan, mengesahkan identiti melalui semakan passport, visa, serta maklumat lain yang mereka perolehi melalui lampiran dokumen sewaktu permohonan visa iaitu tiket penerbangan, tempahan hotel dan lain-lain. Selepas proses ini selesai, passport dikembalikan dan jemaah boleh beredar. Jemaah disyorkan membuat salinan muka depan passport dan visa untuk diberikan kepada petugas untuk kelancaran proses ini jika perlu. 3. Keperluan melapor diri kepada Petugas Muassasah Nama muassasah terdapat di belakang passport. Lanjutan dari nombor 2, seusai keluar dari airport sememangnya jemaah tidak mengenali muassasah. Cuma sebutkan sahaja nama muassasah kepada mereka. Jika mereka petugas muassasah lain, mereka akan panggil petugas muassasah jemaah. Jika tiada siapa menunggu dipintu ketibaan, jemaah perlu bertanya orang sekitar. Untuk makluman jemaah, petugas muassasah sentiasa berada di airport untuk menunggu dan merekod kemasukkan jemaah dari seluruh dunia. Melapor ketibaan kepada petugas muassasah amat penting sekiranya apa-apa musibah berlaku seperti kematian, proses akan menjadi lancar. Jika tidak melaporkan ketibaan, muassasah akan anggap jemaah tidak datang. Keadaan akan menjadi lebih rumit jika perkara yang tidak diingini berlaku. NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 19

PENUTUP Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi membaca ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jemaah-jemaah Umrah DIY terdahulu atas segala perkongisian ilmu dan pengalaman yang berjaya dikumpulkan ini. Sebarang pertanyaan berkenaan Umrah DIY dan berkaitan denganya, boleh hubungi kami seperti dibawah. Jika pembaca ingin menyertai Komuniti Channel dan Group Telegram boleh hubungi kami untuk dimasukkan ke komuniti tersebut. Akhir kalam, jutaan kemaafan dipinta jika kandungan E-Book ini ada sebarang kekurangan dan kesilapan. Tiada yang lebih sempurna melainkannya. Teguran dan cadangan adalah amat dialu-alukan. Penerbit : Ibnu Arabi Email : ibnuarabi.umrahdiy@gmail.com No telefon : +6010 305 9185 ( whatsapp dan telegram sahaja ) FB Page : Malaysia Backpacker https://www.facebook.com/notaumrahdiy/ NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 20

PENAFIAN Segala kandungan didalam E-Book ini adalah rangkuman perkongsian ilmu dan pengalaman dari jemaahjemaah Umrah DIY terdahulu. Jemaah dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti dan membuat semakan lebih lanjut sebelum membuat sebarang transaksi keewangan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerugian akibat penerbitan E-Book ini. - TAMAT - NOTA UMRAH DIY, Ibnu Arabi 21