NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK

Similar documents
BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

TEMPAT MENARIK SYDNEY

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

Perkembangan dan Perubahan Struktur Persembahan Tradisi Gendang Melayu Sarawak

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

LANG KAH PINTU? PERUBAHAN LEKSIKAL MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DEWASA INI

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Ini adalah Tatakelakuan kita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

10H 8M MESIR&THURSINA DENGAN PENGINAPAN HOTEL 4**** Harga dari RM5790

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

============================================================================

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Transcription:

Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 93-100 ISSN. 2548-6160 International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Available online: http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs Article DOI: http://dx.doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.581 NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK Mohammad Syawal Narawi syawal@uum.edu.my Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia ABSTRAK: Kertas kerja ini membincangkan nilai murni dalam bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Tukang gendang yang dikendalikan oleh wanita akan berbalas pantun dengan penandak (penari) dalam kalangan lelaki melalui acara bermukun. Gendang dan biola merupakan antara instrumen muzik tradisional juga turut digunakan untuk menghasilkan melodi yang indah di samping alunan pantunpantun yang disampaikan. Aktiviti bermukun dan bergendang merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk hiburan suatu ketika dahulu. Kebiasaannya tradisi ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan di kampungkampung. Pantun-pantun yang dialunkan semasa aktiviti bermukun dan bergendang ini mempunyai peranan tertentu. Antaranya untuk berhibur, menyampaikan hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada pendengar. Fenomena kurangnya dikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak terhadap aktiviti bermukun dan bergendang memungkinkan acara ini akan berkubur dan hilang daripada pengetahuan generasi baharu bersama pantasnya arus perubahan globalisasi. Menyedariakan kepentingan aktiviti bermukun dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan mesej dalam pantun bagi aktiviti bermukun dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti elemen nilai murni yang dijadikan wadah menyampaikan mesej dalam pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penggunaan nilai murni dalam pantun dapat dijadikan wadah mengungkapkan mesej sebagai pedoman hidup generasi masyarakat Melayu Sarawak. Mesej pantun tersebut dapat menjadi cerminan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu Sarawak. Kajian tentang warisan budaya masyarakat Melayu Sarawak ini dapat didokumentasikan agar tidak lenyap ditelan zaman sekaligus dapat dijadikan pedoman hidup generasi baharu. KATA KUNCI: Bermukun, bergendang, masyarakat Melayu Sarawak, majlis perkahwinan, majlis berkhatan PENDAHULUAN Bermukun dan bergendang merupakan persembahan tradisional Sarawak yang menggabungkan persembahan tarian dan pantun berlagu yang diiringi oleh gesekan biola dan gendang. Seni bermukun dan bergendang ini merupakan salah satu khazanah yang diwarisi masyarakat Melayu Sarawak sejak zamanberzaman. Menurut Mary Fatimah Subet (2014), beliau menjelaskan bahawa persembahan bermukun dan bergendang adalah masa yang dinantikan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh dan berkenal-kenalan pada zaman dahulu. Ketiadaan teknologi komunikasi pada zaman dahulu juga menyebabkan masyarakat menggunakan persembahan bermukun, iaitu ketika kebanyakan masyarakat sekitar berkumpul. Pada majlis tersebut, masyarakat juga boleh berbincang tentang soal duniawi mahupun akhirat, kerana hanya pada masa tersebut sahaja mereka boleh berkumpul beramai-ramai sambil menenangkan fikiran. Abang Seruji Abang Muhi (2014), menyatakan bahawa pantun merupakan cetusan hati nurani, pemikiran, pandangan hidup dan alam, kebijaksanaan dan kreativiti masyarakat Melayu. Melalui acara bermukun ini, maka lahirlah aktiviti menzahirkan pantun-pantun yang dialunkan oleh si tukang gendang (wanita) sambil dipenuhi dengan aksi berbalas pantun oleh penandak (lelaki) manakala bermukun pula ialah acara berbalas pantun secara spontan 93

antara tukang gendang dengan penandak (harus bertandak mengikut irama dan rentak yang dimainkan oleh tukang gendang). Kertas kerja ini membincangkan nilai murni dalam pantun masyarakat Melayu Sarawak yang dijadikan sebagai wadah menyampaikan mesej yang diterapkan dalam aktiviti bermukun dan bergendang. Dalam kajian ini nilai murni dalam bermukun disesuaikan berdasarkan Prinsip Nilai-Nilai Murni, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (2013). Nilai murni yang menekankan 18 prinsip, iaitu Amanah, Tanggungjawab, Ikhlas, Benar, Sederhana, Tekun, Bekerjasama, Berdisiplin, Bersih, Berperibadi Mulia, Bermuafakat, Bersyukur, Bertoleransi, Bertimbang Rasa, Bersatu Padu, Tidak Mementingkan Diri Sendiri, Tiada Perasaan Curiga atau Syak Wasangka dan Beretika.Prinsip Nilai Murni Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (2013) dipilih kerana ia selari dan diterima oleh masyarakat Malaysia yang juga merupakan nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. METODOLOGI Kutipan data kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian di kawasan lapangan serta kaedah semakan dokumentasi. Informan dari bandar Kuching dan informan dari Bintulu, Sarawak turut ditemubual untuk mendapatkan informasi berkaitan majlis bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak. Sebanyak 18 rangkap pantun Melayu Sarawak dianalisis untuk mengenal pasti nilai-nilai murni yang dijadikan sebagai panduan hidup pendengar dan penonton bermukun dan bergendang. Dapatan kajian ini dihuraikan menggunakan kaedah kualitatif deskriptif. ANALISIS Nilai Murni Dalam Bermukun dan Bergendang Sebagai Wadah Menyampaikan Mesej Elemen nilai murni yang diterapkan dalam aktiviti bermukun dan bergendang dikaji berdasarkan Prinsip Nilai-Nilai Murni yang digariskan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (2013). Amanah Amanah merujuk tugas sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas; Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja. Berdasarkan prinsip Amanah, soal nilai murni ini juga amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu Sarawak. Dalam menjalani kehidupan sebagai manusia elemen amanah bukan hanya amanah melaksanakan tugas di dunia sahaja namun, amanah menjalankan perintah tuhan sebagai bekalan di akhirat juga diberi penekanan. Nilai murni berteraskan amanah terhadap suruhan tuhan agar tidak leka mengejar urusan dunia semata-mata sentiasa diterapkan dalam kehidupan seperti yang tersirat dalam rangkap pantun berikut: Halia ini tanam-tanaman, Ke Barat juak akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juak akan sunggohnya. Nilai murni berdasarkan prinsip Tanggungjawab, Ikhlas, Benar dan Sederhana ini dapat dilihat dengan jelas melalui maksud baris 3 dan baris 4 dalam setiap pantun aktiviti bermukun dan bergendang yang dipaparkan dalam pantun (b) hingga (e). Contoh prinsip nilai murni yang terdapat dalam pantun (b) ialah Udah penuh ilmu di dada, Pulang segera ke pangkuan pertiwi. Maksud yang merujuk sikap tanggungjawab. Pantun (c) pula ialah Amalan mulia amalan kita, Usaha ikhlas tanpa meminta. yang merujuk nilai Ikhlas. Pantun (d) menjelaskan Biar mati berkalang tanah, Kamek sik memungkir janji yang menjelaskan tentang nilai Benar 94

manakala pantun (e)pula ialah Hidup biar bersederhana, Kelak dikenang sehingga tiada yang merujuk nilai Sederhana. Pemilihan diksi merujuk nama tempat di Sarawak turut diselit dalam rangkap pantun contohnya, Sematan yang merupakan salah satu lokasi yang popular dengan pantai makanan laut dan gunong Santubong yang terkenal dengan cerita lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Tanggungjawab Dirujuk sebagai menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, pekerjaan dan majikan; melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur; bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan; bersedia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara dan tidak mengkhianati kepentingan organisasi / institusi / awam dalam menjalankan tugas. Ikhlas Udah jenuh membuat perada, Dulang berisik bijik sawi; Udah penuh ilmu di dada, Pulang segera ke pangkuan pertiwi. Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan; Niat dalam melaksanakan tugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredaannya; Mengikis sebarang unsur kepentingan diri dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah. Benar Pergi Sematan naik kereta, Berhenti sekejap membeli pelita; Amalan mulia amalan kita, Usaha ikhlas tanpa meminta. Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab; Bercakap benar dan menepati janji; Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan; Bertindak berasaskan profesionalisme; Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas; Sanggup terima teguran dan nasihat. Sederhana Burong Merpati terkenak panah, Ikan Todak di atas titi; Biar mati berkalang tanah, Kamek sik memungkir janji. Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku; Menjamin perseimbangan diri dan tugasan. Ke gunung Santubong nak bekelana, Jauh berjalan sampe sik seda; Hidup biar bersederhana, Kelak dikenang sehingga tiada. Nilai murni berdasarkan prinsip Bekerjasama, Tekun, Berdisiplin, Bersih dan Berperibadi Mulia ini dapat dilihat dengan jelas melalui maksud baris 3 dan baris 4 dalam setiap pantun aktiviti bermukun dan bergendang yang dipaparkan dalam pantun (f) hingga (j). Contoh nilai murni prinsip Bekerjasama dalam pantun (f) ialah Rakyat Sarawak tekun berkerja, Ada yang pintar bijak belajar. Nilai murni prinsip Tekun pula dalam pantun (g), iaitu Tolong menolong sesama kita, Amalan di kampong turun-temurun. Nilai Berdisiplin. Nilai murni prinsip Berdisiplin pula dipaparkan menerusi pantun (h), iaitu Masa ditepati janji dikota, Itulah 95

amalan semua bangsa. Nilai murni prinsip Bersih manakala pantun (i) menjelaskan nilai murni prinsip Bersih, iaitu Bersih cekap amalan harian, Jadi panduan sik sesat jalan. Selain itu, nilai murni prinsip Berperibadi Mulia turut ditonjolkan dalam pantun (j), iaitu Hati orang mesti dijaga, Ibu dan bapa jangan dilupakan. Contoh dalam pantun (f) hingga (j) turut memilih diksi yang merujuk lokasi yang terdapat di negeri Sarawak. Contohnya diksi Tanjong Kidurong dan Kuala Tatau yang merupakan salah satu tempat yang mempunyai keistimewaan tersendiri di Bintulu, Sarawak manakala pekan Serian yang merupakan salah satu lokasi persinggahan dari bandaraya Kuching ke utara Sarawak dan ke Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia. Penggunaan diksi ini sekali gus dapat menjelaskan lokasi-lokasi yang terdapat di negeri Sarawak. Tekun Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan kehidupan; Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran untuk membaiki taraf hidup; Berusaha gigih menghasilkan kerja sehingga tahap cemerlang. Tanjong Kidurong tempat berjaja, Pantainya bersih tempat berkejar; Rakyat Sarawak tekun berkerja, Ada yang pintar bijak belajar. Bekerjasama Mengamalkan sikap tolong-menolong; Mengamalkan semangat bekerjasama dan sukarela; Mengamalkan permuafakatan demi kepentingan bersama; Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan peribadi; Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara. Berdisiplin Di kuala Tatau pasang pelita, Tempat orang naik turun; Tolong menolong sesama kita, Amalan di kampong turun-temurun. Menepati masa dan janji; Mengamalkan cara bekerja yang kemas, terancang; Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi. Bersih Pakai gelang tujuh permata, Dibeli oleh Haji Pak Musa; Masa ditepati janji dikota, Itulah amalan semua bangsa. Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan kehidupan seharian; Mengamalkan kebersihan sebagai satu cara hidup; Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas; Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan Berjalan kaki di pekan Serian, Singgah sekejap di rumah Azlan; Bersih cekap amalan harian, Jadi panduan sik sesat jalan. 96

Berperibadi Mulia Bertimbang rasa dan bertolak ansur; Menghormati sesama insan; Sentiasa memulakan pertanyaan dengan tujuan untuk menolong. Banyak padi di dalam raga, Sudah dikisar tampi-tampikan; Hati orang mesti dijaga, Ibu dan bapa jangan dilupakan. Nilai murni berdasarkan prinsip Bermuafakat, Bersyukur, Bertoleransi, Bertimbang Rasa dan Bersatu Padu ini dapat dilihat dengan jelas melalui maksud baris 3 dan baris 4 dalam setiap pantun aktiviti bermukun dan bergendang yang dipaparkan dalam pantun (k) hingga (o). Merujuk pantun (k) yang menyelitkan nilai murni prinsip Bermuafakat, iaitu Kunjung-mengunjung sesama jiran, Lebih lagik masa perayaan. Nilai murni prinsip Bersyukur pula ditonjolkan dalam pantun (l), iaitu Jangan kita berlagak sombong, Walaupun harta tinggi menggunung. Pantun (m) pula menyelitkan nilai murni prinsip Bertoleransi, iaitu Hidup harmoni aman selalu, Pelbagai kaum bergotong-royong. Nilai murni prinsip Bertimbang Rasa dipaparkan dalam pantun (n), iaitu Perasaan jiran jangan dilukakan, Sik kira kecil ataupun besar. manakala dalam pantun (o) diterapkan nilai murni prinsip Bersatu Padu, iaitu Bertegur sapa amalan murni, Sik kira bangsa bersatu hati. Contoh dalam pantun (k) hingga (o) turut memilih diksi yang merujuk lokasi dan tokoh atau pahlawan terkenal yang terdapat di negeri Sarawak. Contohnya diksi merujuk tempat ialah pekan Serian, batang Lupar, Bintulu dan Tanjong Kidurong manakala diksi merujuk tokoh atau pahlawan terkenal di Sarawak ialah Rosli Dhoby dan pahlawan Iban, iaitu Rentap. Bermuafakat Bermuafakat membawa berkat, slogan yang harus dipegang oleh rakyat Malaysia; Mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin. Bersyukur Bersiar-siar di pekan Serian, Jangan lupa beli cendawan; Kunjung-mengunjung sesama jiran, Lebih lagik masa perayaan. Bersyukur kerana dapat melakukan tugas sebagai seorang anggota masyarakat; Bersikap positif dan ingin berusaha lebih gigih; Menghayati budaya kerja bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama; Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat; Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang siasia; Berkhidmat sebagai ibadah; Memberi sumbangan yang banyak kepada masyarakat, negara dan agama. Pergi Bintulu membuka lombong, Singgah berenti di Tanjong Kidurong; Jangan kita berlagak sombong, Walaupun harta tinggi menggunung. Bertoleransi Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Pejuang terbilang mudik ke hulu, Rosli Dhoby nama dikalong; Hidup harmoni aman selalu, Pelbagai kaum bergotong-royong. 97

Bertimbang Rasa Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. Anak Iban mengail ikan, Dapat ikan di batang Lupar; Perasaan jiran jangan dilukakan, Sik kira kecil ataupun besar. Bersatu Padu Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Panglima Rentap gagah berani, Menentang musuh tak takut mati; Bertegur sapa amalan murni, Sik kira bangsa bersatu hati. Nilai murni berdasarkan prinsip Tidak Mementingkan Diri Sendiri, Tiada Perasaan Curiga atau Syak Wasangka dan Beretika ini dapat dilihat dengan jelas melalui maksud baris 3 dan baris 4 dalam setiap pantun aktiviti bermukun dan bergendang yang dipaparkan dalam pantun (p) hingga (r). Berdasarkan pantun (p) nilai murni prinsip Tidak Mementingkan Diri Sendiri diterapkan dalam tersebut, iaitu Jika hidup berbahasa berbudi, Kelak dikenang di belakang hari. Pantun (q) pula menerapkan nilai murni prinsip Tiada Perasaan Curiga atau Syak Wasangka, iaitu Jangan curiga dan iri hati, Kelak merana di kemudian hari. danpada pantun (r) diterapkan nilai murni prinsip Beretika, iaitu Pekerti sempurna adat resam kita, Amalan hidup orang berbudi. Contoh dalam pantun (p) hingga (r) turut memilih diksi yang merujuk lokasi yang terdapat di negeri Sarawak. Contohnya diksi pekan Marudi, bandar Miri, dan kampong Sempadi. Penggunaan diksi ini sekali gus dapat menjelaskan nama tempat yang terdapat di negeri Sarawak. Tidak Mementingkan Diri Sendiri Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri. Singgah sebentar di pekan Marudi, Sik lupa di bandar Miri; Jika hidup berbahasa berbudi, Kelak dikenang di belakang hari. Tiada Perasaan Curiga atau Syak Wasangka Perasaan curiga dan syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilainilai murni. Jangan dipetik bunga melati, Kelak hilang akannya seri; Jangan curiga dan iri hati, Kelak merana di kemudian hari. 98

Beretika Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi. KESIMPULAN Tudung dipake kain cita, Kain dibeli di kampong Sempadi; Pekerti sempurna adat resam kita, Amalan hidup orang berbudi. Tuntasnya, kertas kerja ini membincangkan elemen nilai murni dalam pantun bermukun dan bergendang sewaktu meraikan majlis perkahwinan dan majlis berkhatan masyarakat Melayu Sarawak yang terkenal suatu waktu dahulu. Berdasarkan 18 contoh analisis pantun bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak yang dipaparkan jelas menerapkan nilai murni menerusi pemilihan diksi, imej dan baris maksud dalam pantun aktiviti bermukun dan bergendang. Mesej nilai murni dalam pantun berkenaan dijadikan wadah agar disampaikan serta diamalkan dalam kehidupan seharian. Pantun ini juga dapat menterjemahkan secara tersurat dan tersirat keluhuran budi masyarakat Melayu Sarawak yang disampaikan secara berhemah. Kajian ini diharap dapat menterjemahkan salah satu peranan bermukun dan bergendang dalam menghayati dan menerapkan nilai murni yang terdapat dalam rangkap pantun. Pemilihan diksi yang merujuk nama tempat, tokoh atau pahlawan terkenal di Sarawak dan maksud yang bersesuaian dalam aktiviti bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak dapat dijadikan sebagai wadah memperkenalkan nama tokoh atau pahlawan terkenal, nama tempat di Sarawak dan menyampaikan mesej bagi menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian generasi baharu. RUJUKAN Abg. Seruji Abg. Muhi. (2014). Nilai-nilai murni dalam pantun Sarawak. dlm. Jendela Sarawak, Bil. 34, 2014. Abg. Seruji Abg. Muhi dan Hajah Sarbanun Marican. (2004). Himpunan Pantun Melayu Sarawak. Kuching, Sarawak: Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Bergendang dan Bermukun Dalam Masyarakat Melayu Sarawak oleh Mary Fatimah Subet dan Salbiah Hassan. Dicapai pada 23 Ogos 2014 daripada http://www.academia.edu/3211769/bergendang_dan_bermukun_dalam_masyarakat_melayu_ Sarawak Hazami Jahari. (2009). Kias dan ibarat dalam pantunmelayu: Nilai pendidikan dan teladan. Kertas kerja seminar. Latifah Mohd. Sabli. (2009). Pantun Melayu Sarawak. Kuching, Sarawak: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Leech, Geoffrey, N., (1983). Principles of Pragmatics. London: Longman. Pemikiran Cinta Bermukun Dalam Gendang Melayu Sarawak oleh Roselan Baki. Dicapai pada 23 Ogos 2014 daripada http://www.academia.edu/584651/pemikiran_cinta_dalam_gendang_melayu_ Sarawak Tuah Matnor dan Zaini Nyak Othman. (2002). Gendang Melayu Sarawak. Sarawak: Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak. 99

100 Mohammad Syawal Narawi/Proceeding of ICECRS, 1 (2016) 93-100