ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Similar documents
PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

PATUNG BURUNG KENYALANG DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

TEMPAT MENARIK SYDNEY

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

LANG KAH PINTU? PERUBAHAN LEKSIKAL MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DEWASA INI

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

Transcription:

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2011

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN JUDUL: ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK, DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. SESI PENGAJIAN : 2007 / 2011 Saya NURUL AZWA BINTI AHMAD mengaku membenarkan tesis / Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi 5. * sila tandakan SULIT (Mengandungi makulamat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub dalam TERHAD AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan TIDAK TERHAD oleh Organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Alamat tetap: No 19, Jalan Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar, KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktoatau TERHAD Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD I

PENGAKUAN Projek bertajuk 'Adat Merasi Dalam Masyarakat Melayu Sarawak Di Kota Samarahan, Sarawak telah disediakan oleh Nurul Azwa binti Ahmad dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) Diterima untuk diperiksa oleh: (Puan Anna Durin) Tarikh: II

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tesis projek tahun akhir dalam masa yang ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Ahmad bin Md. Zain dan Zaitun binti Harun serta adik-adik yang sentiasa menyokong saya dalam usaha untuk menyiapkan tesis ini dan sentiasa bersabar dengan setiap sungutan saya. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya. Tidak lupa juga di atas bantuan kewangan yang sentiasa di hulurkan di sepanjang usaha menyiapkan tesis ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Puan Anna Durin yang sentiasa memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang membina. Berkat kesabaran puan dalam memberikan tunjuk ajar akhirnya saya dapat menghasilkan sebuah tesis yang lengkap dan terima kasih sekali lagi di atas kesabaran puan dengan kerenah saya sepanjang puan menjadi penyelia saya. Tidak lupa juga kepada kedua-dua responden saya iaitu Hj. Alan bin Sumpit dan Hj. Awang Menteri yang banyak membantu dalam memberikan maklumat yang amat berguna untuk saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersama-sama saya sama ada dikala susah mahupun senang. Jasa anda semua tidak akan dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat. III

ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang fungi dan nilai adat merasi itu sendiri di dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. Objektif kajian ini ialah mengkaji konsep adat merasi dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. Akhir sekali, untuk mengenalpasti faktor-faktor perubahan pengamalan adat merasi. Hasil yang didapati menunjukkan adat ini tidak lagi diamalkan oleh kebanyakan generasi muda tetapi mereka berminat untuk mengetahui tentang adat merasi ini lebih lanjut. IV

ABSTRACT This research focuses on the function and value of adat merasi in the many community of Sarawak. The objectives of this research are to examine the concept of adat merasi; to know the way of implementation of adat merasi, as to identity the value and function of adat merasi in the Malay community of Sarawak. Lastly, the research seeks to find the change that have taken place in the practice of adat merasi. The result shows that this tradition is no longer practiced by most of the younger generation ever though they are still interested in learning deeper about adat merasi. V

ISI KANDUNGAN PERKARA Perakuan Penghargaan Abstrak Abstract Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah MUKA SURAT I II III IV VI XI XI XII BAB 1 1.1 Pengenalan 1 4 1.2 Hipotesis Kajian 4 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Permasalahan Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 6 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 8 1.7 Matlamat Kajian 8 9 1.8 Skop Kajian 10 1.9 Lokasi Kajian 10 11 1.10 Batasan Kajian 11 12 1.11 Metodologi Kajian 12 a. Kaedah Perpustakaan 13 b. Kerja Lapangan 13 i. Pemerhatian 14 ii. Temu Bual 14 iii. Catatan/Dokumentasi 15 c. Instrumen Kajian 15 i. Alatan 15 ii. Borang soal selidik 16 VI

1.12 Sistematik Kajian 16 a. Bab 1 16 b. Bab 2 17 c. Bab 3 17 d. Bab 4 18 e. Bab 5 18 1.13 Perancangan Kajian 19 1.14 Rumusan 20 BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 2.1 Pengenalan 21 27 2.2 Rumusan 28 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 29 3.2 Lokasi Kajian 30 3.3 Sumber Data 30 3.3.1 Kaedah Perpustakaan 31 3.3.2 Kaedah kerja Lapangan 32 i Pemerhatian 32 ii Temubual 32 33 iii Catatan/Dokumentasi 33 34 3.4 Borang Soal selidik 34 3 3.4.1 Alatan 36 VII

3.5 Batasan Kajian 36 37 3.6 Rumusan 38 BAB 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 39 4.2 Pemerhatian 40 4.3 Dapatan Melalui Borang Soal Selidik 40 1. Bahagian A Jadual 1 42 Rajah 1 42 43 Jadual 2 43 Rajah 2 44 45 Jadual 3 45 Rajah 3 46 47 Jadual 4 47 Rajah 4 47 48 2. Bahagian B Jadual 5 48 Rajah 5 49 50 Jadual 6 50 Rajah 6 51 52 Jadual 7 52 Rajah 7 52 53 Jadual 8 53 Rajah 8 54 VIII

Jadual 9 55 Rajah 9 55 56 3. Bahagian C Jadual 10 57 Rajah 10 57 58 Jadual 11 58 Rajah 11 59 Jadual 12 60 61 Rajah 12 61 Jadual 13 60 Rajah 13 62 Jadual 14 63 Rajah 14 63 64 Jadual 15 64 Rajah 15 65 4. Bahagian D Pendapat dan cadangan 66 67 Jadual 16 68 Rajah 16 68 69 4.3 Dapatan Melalui Temubual 69 76 4.5 Rumusan 76 IX

BAB 5 ANALISA KAJIAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pengenalan 77 5.2 Analisa kajian 77 5.2.1 Pemerhatian 78 79 5.2.2 Temubual 79 5.2.3 Borang soal selidik 79 86 5.3 Cadangan 86 88 5.3.1 Cadangan kepada pemuliharaan dan pemeliharaan 88 5.3.2 Cadangan kepada pengkaji akan datang 88 5.4 Kesimpulan 89 BIBLIOGRAFI Buku 90 Internet 91 92 LAMPIRAN A Soalan soal selidik i v LAMPIRAN B Gambar 1 Gambar 2 vi viii LAMPIRAN C Gambar 3 Gambar 4 Gambar 5 Gambar 6 ix ix x x X

Gambar 7 Gambar 8 Gambar 9 Gambar 10 Gambar 11 xi xii xiii xiii xvi SENARAI JADUAL Jadual 1: Jantina Responden 42 Jadual 2: Umur Responden 43 Jadual 3: Tahap pendidikan 45 Jadual 4: Status perkahwinan 47 Jadual 5: Responden yang mengetahui tentang adat merasi 48 Jadual 6: Dimana pernah mendengar tentang adat merasi 50 Jadual 7: Adakah masih relevan adat ini dijalankan 52 Jadual 8: Adat merasi perlu diteruskan 53 Jadual 9: Ingin mengamalkan adat merasi 55 Jadual 10: Faktor perubahan ekonomi 57 Jadual 11: Faktor perubahan teknologi 58 Jadual 12: Faktor penghijrahan 60 61 Jadual 13: Faktor tiada pendedahan daripada nenek moyang 63 Jadual 14: Faktor kurangnya tenaga mahir/pakar 64 Jadual 15: Faktor kurangnya catatan atau maklumat mengenai adat merasi 64 Jadual 16: Pendapat responden 68 XI

SENARAI RAJAH Rajah 1: a. Peta Sarawak 10 Rajah 1: Jantina Responden 42 43 Rajah 2: Umur Responden 44 45 Rajah 3: Tahap pendidikan 46 47 Rajah 4: Status perkahwinan 47 48 Rajah 5: Responden yang mengetahui tentang adat merasi 49 50 Rajah 6: Dimana pernah mendengar tentang adat merasi 51 52 Rajah 7: Adakah masih relevan adat ini dijalankan 52 53 Rajah 8: Adat merasi perlu diteruskan 54 Rajah 9: Ingin mengamalkan adat merasi 55 56 Rajah 10: Faktor perubahan ekonomi 57 68 Rajah 11: Faktor perubahan teknologi 59 Rajah 12: Faktor penghijrahan 61 Rajah 13: Faktor tiada pendedahan daripada nenek moyang 62 Rajah 14: Faktor kurangnya tenaga mahir/pakar 63 64 Rajah 15: Faktor kurangnya catatan atau maklumat mengenai adat merasi 65 Rajah 16: Pendapat responden 68 69 XII

BAB 1 ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK 1.1 Pengenalan Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai membawa kesan yang mendalam dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu, bak kata pepatah Melayu biar mati anak, jangan mati adat (Perpustakaan Malaysia 2000). Adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu adalah bersifat unik dan mempunyai unsur nilai estetikanya yang tersendiri dan dijalankan dengan meriah serta penuh dengan adat istiadat, namun pada zaman sekarang tidak semua tahu dan masih mengamalkan adat istiadat perkahwinan Melayu secara berturutan atau berperingkat. Secara berturutan atau berperingkat merujuk kepada permulaan adat istiadat perkahwinan iaitu bermula dari adat merisik dan meninjau, adat meminang, bertunang, adat berinai, adat bernikah, majlis persandingan atau majlis perkahwinan. Namun masih ada satu lagi adat yang jarang sekali diamalkan oleh masyarakat Melayu iaitu adat merasi, adat ini biasanya dilakukan setelah pihak lelaki berpuas hati dengan latar belakang pihak perempuan. Menurut Amran Kasimin (2002), adat ini dilakukan semata-mata untuk mengetahui sama ada pasangan yang hendak dijodohkan 1

itu serasi atau tidak dan biasanya dilakukan oleh pawang, bomoh atau dukun. Adat ini dikatakan sudah tidak diamalkan lagi di kebanyakan tempat, menurut beliau lagi tidak ada sebab-sebab yang jelas yang menunjukkan mengapa hal ini terjadi, sedikit demi sedikit amalan adat ini hampir pupus begitu sahaja. Dengan penyataan di atas membuatkan pengkaji berminat untuk mengkaji tentang adat merasi ini. Mungkinkah dengan mengetahui tentang adat merasi ini pengkaji dapat meneruskan adat ini bagi generasi yang akan datang. Menurut Amran Kasimin (1995), menyatakan adat merasi ini dikatakan mempunyai unsur campuran India-Islam di India. Kaedah yang digunakan oleh orang Melayu tidak khusus tetapi hampir sama, iaitu untuk membuat ramalan sama ada pasangan yang akan dijodohkan itu serasi atau tidak. Bagi orang India- Islam, apabila pasangan perempuan yang dicari itu dirasakan sesuai dan kedua-dua pihak setuju, tukang-tukang tilik dan mullas berkumpul untuk membuat ramalan. Tetapi dalam kalangan orang India bukan Islam di Tanah Melayu, amalan menilik atau merasi masih lagi diamalkan oleh sesetengah orang. Merasi atau menegok rasi (perkataan Hindu bagi menilik) dilakukan bagi tujuan sama seperti yang diamalkan oleh orang Melayu. Selain itu, adat ini juga dikatakan mempunyai persamaan dengan adat berugam atau (mencari nasib). Di dalam buku Adat Istiadat Perkahwinan Melayu Sarawak yang ditulis oleh Abang Yusuf Puteh menceritakan adat berugam atau (mencari nasib) ini menyentuh tentang adat pemilihan teman hidup di mana dilakukan 2

selepas ibu bapa memilih jodoh untuk anak lelaki mereka, sekirannya anak lelaki mereka setuju dia akan diberi pilihan untuk percubaan. Pemilihannya akan ditentukan dengan ujian sihir berugam ini dijalankan oleh orang perempuan dan pada teorinya tiada seorang lelaki pun patut hadir bersama-sama. Selain itu, mengikut laman web Warisan Budaya Malaysia http://malaysiana.pnm.my: Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak. Adat ini di panggil merasi. Selain itu, selepas upacara adat merasi dijalankan dan seluruh keluarga bersetuju dengan pilihan hati, mereka akan memulakan dengan adat merisik dan meminang. Adat ini juga disertai dengan pantun-pantun dan gurindam sebagai pembuka bicara. Biasanya dijalankan oleh pihak lelaki yang datang bertandang ke rumah pihak perempuan. Menurut Prof. Abdullah Hassan (2005), apabila status ekonomi anggota masyarakat Melayu semakin meningkat, adat istiadat dan gaya pengurusan majlis-majlis pertunangan, pernikahan dan persandingan Melayu 3

mengalami pelbagai perubahan. Banyak amalan dalam majlis-majlis seperti itu adalah fenomena sangat baru dalam budaya Melayu. Menurut Amran Kasimin (2002), cara perlaksanaan adat istiadat perkahwinan Melayu adalah berbeza bergantung pada keadaan masyarakat yang melakukannnya, iaitu sama ada di kampung, pekan atau bandar. Setiap adat istiadat perkahwinan Melayu juga berbeza mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia. Ini adalah kerana pengaruh masyarakat setempat yang ada di setiap negeri. 1.2 Hipotesis Dalam masyarakat Melayu Sarawak adat merasi harus dilakukan sebelum majlis perkahwinan dijalankan. Pada zaman dahulu adat ini amat penting dalam budaya masyarakat Melayu Sarawak. Di dalam adat merasi memerlukan beberapa alat tertentu dan juga mempunyai nilai dan fungsi yang tertentu. Untuk melaksanakannya memerlukan cara-cara yang tertentu dengan ini juga menimbulkan kesukaran adat ini dijalankan dan menyebabkan adat merasi ini tidak lagi dipentingkan. Oleh itu, ramai di antara anak muda dan generasi baru yang kurang mengetahui tentang tatacara dan fungsi serta konsep adat merasi ini. 4

1.3 Objektif Kajian Kajian ini mempunyai 4 objektif seperti yang dinyatakan di bawah ini: i. Mengkaji konsep adat merasi dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. ii. Menghuraikan cara-cara pelaksanaan adat merasi pada adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. iii. Mengenalpasti nilai dan fungsi adat merasi dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. iv. Mengenalpasti faktor-faktor perubahan pengamalan adat merasi dalam masyarakat Melayu Sarawak pada generasi masa kini. 5

1.4 Pemasalahan Kajian Budaya masyarakat Melayu sama juga seperti budaya lain yang mengalami perubahan dari dahulu hingga sekarang dan pada masa kini, berlaku fenomena hakisan nilai dan budaya bangsa. Oleh kerana perubahan kepercayaan dahulu iaitu kepercayaan animisme dan pada masa sekarang ialah kepercayaan kepada agama Islam. Perubahan yang berlaku dari segi tingginya pendidikan, perpindahan generasi muda dari kampung ke bandar-bandar untuk mendapatkan hasil ekonomi yang lebih baik dan stabil. Oleh itu, sebahagian daripada adat merasi semakin pudar dan dilupakan. Contohnya, adat merasi yang dahulunya dibuat sebelum majlis perkahwinan tetapi oleh kerana perubahan zaman adat ini semakin dipinggirkan. 1.5 Persoalan Kajian Kajian ini mempunyai beberapa soalan yang sangat penting untuk menyelesaikan masalah kajian: i. Apakah adat merasi ini masih diamalkan di dalam adat istiadat masyarakat Melayu di Sarawak? 6

ii. iii. iv. Siapakah yang terlibat dalam menjalankan adat merasi ini? Dimanakah kajian ini bakal dijalankan? Bilakah kajian ini bakal dijalankan? v. Kenapakah adat merasi ini mengalami perubahan pada generasi masa kini? vi. Bagaimanakah masyarakat Melayu Sarawak itu sendiri masih mengamalkan adat ini dan bagaimanakah adat merasi ini dijalankan? vii. Bagaimanakah adat ini dipelihara dan dipulihara? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masih wujudkan adat merasi di dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak pada masa kini. Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji nilai dan fungsi adat merasi dalam masyarakat Melayu Sarawak pada masa dahulu dan kini. Kajian ini berbeza daripada kajian lepas kerana kajian ini masih belum dijalankan sepenuhnya oleh mana-mana penulis. Menurut penulis buku Perkahwinan Melayu iaitu Amran Kasimin, beliau ada mengkaji beberapa aspek dan juga beberapa cara yang digunakan di dalam adat merasi ini dan menurut beliau lagi adat merasi ini kurang diamalkan pada masa kini tetapi beliau tidak tahu mengapakah adat merasi ini 7

tidak lagi diamalkan pada pada masa kini. Oleh itu, disebabkan penyataan penulis menimbulkan minat pengkaji untuk mengkaji sebab-sebab mengapa adat ini kurang diamalkan. 1.7 Matlamat Kajian Pengkaji ingin mengkaji sejauh manakah fungsi dan nilai adat merasi itu sendiri di dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Sarawak. Melalui hasil kajian ini pengkaji berharap agar masyarakat Sarawak itu sendiri dapat mengetahui tentang adat ini dan seterusnya mengamalkannya. Melalui kajian yang bakal dijalankan, ia dapat memberi garis panduan kepada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam memartabatkan adat resam Melayu, terutamanya adat istiadat perkahwinan Melayu. Pihak-pihak yang terlibat dapat menggunakan maklumat dari dapatan kajian ini untuk memulihara dan memelihara adat istiadat perkahwinan Melayu dengan mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya pengamalan adat merasi ini di dalam masyarakat Melayu Sarawak. Walaupun kajian ini lebih tertumpu kepada masyarakat negeri Sarawak tetapi itu tidak bermakna negeri-negeri lain tidak boleh menjadikan ia sebagai panduan untuk mengamalkan adat ini. 8

Selain itu, pihak-pihak yang terlibat boleh menjadikan adat ini sebagai tarikan pelancong, pelancong-pelancong yang datang dari luar negara semestinya ingin melihat adat resam atau adat istiadat perkahwinan yang dijalankan di Malaysia, bukan itu sahaja malah untuk masyarakat Malaysia sendiri yang masih kabur tentang adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu juga boleh turut memahami dan mengetahui tentang adat istiadat masyarakat Melayu dan seterusnya mengaplikasikannya di dalam kehidupan mereka. Dengan ini bukan sahaja masyarakat Melayu malahan masyarakat lain seperti Cina, India dan peribumi juga dapat mengetahui adat merasi ini dan melalui kajian ini juga pihak-pihak yang terlibat dapat membuka mata semua pihak dalam memahami dan mengetahui tentang budaya masyarakat lain dan bukan hanya tertumpu kepada masyarakat sendiri sahaja dan dengan ini negara kita dapat merealisasikan pembentukan 1 Malaysia. Kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat zaman sekarang agar tidak terus melupakan adat istiadat nenek moyang yang telah lama diamalkan. 9

1.8 Skop Kajian Adat merasi di golongkan sebagai budaya Melayu Sarawak. Apa yang mempengaruhinya ialah kepercayaan tradisi (animisme) dan Islam. Selain itu, adat merasi ini mempunyai seni sastera (pantun), mempunyai kaedah-kaedah merasi, mempunyai bomoh, pawang atau dukun yang menjadi orang tengah serta mempunyai nilai dan fungsi dan tatacara tersendiri. 1.9 Lokasi Kajian Rajah 1: Peta Sarawak (http://www.mymalaysiabooks.com/images/maps/country_states/sarawak.jpg) 10