Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

Similar documents
MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

TEMPAT MENARIK SYDNEY

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

============================================================================

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PRUlink money market fund

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Sorotan Pelaksanaan Pelan Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai di Malaysia

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

Demokrasi di Pinggiran

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PEMETAAN KEPEKATAN OKSIGEN TERLARUT DALAM TASIK REKREASI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK

MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA: CADANGAN DAN GESAAN

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

PENJAGAAN TIDAK FORMAL WARGA TUA: ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

Building a better Hong Kah North

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

GARIS PANDUAN INDUSTRI PEMBETUNGAN MALAYSIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

FORUM 5 HURAIKAN DENGAN LENGKAP SATU PROSES SIASATAN DALAMAN BESERTA AWARD. Nama Pelajar: Ellfira Tanjong No Matriks: Ba

Ini adalah Tatakelakuan kita

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR. memantulkan sinaran cahaya matahari untuk mengelakkan kesan rumah hijau

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 7/4-481/14 DI ANTARA MOHD HELMI BIN IBRAHIM DENGAN YAYASAN ANGKASAWAN MALAYSIA AWARD NO: 789 OF 2017

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

Transcription:

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau Azima Abdul Manaf 1, Mohd Samsudin 2 & Mustaffa Omar 3 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Pengenalan Pengisytiharan Pulau Tinggi sebagai Taman Laut merupakan satu pengiktirafan terhadap khazanah alam yang dimilikinya. Pengisytiharan tersebut diharapkan akan dapat membuka peluang ekonomi yang lebih banyak kepada penduduk pulau terutamanya. Justeru itu, pewartaan kepulauan tinggi sebagai taman laut melalui Akta Perikanan 1985, diharapkan akan memberikan impak pembangunan yang besar bukan sahaja terhadap Pulau Tinggi malah kepada pulau-pulau sekitarnya seperti Pulau Balang, Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan beberapa buah pulau kecil lain di sekitarnya. Namun selepas 26 tahun pengisytiharan tersebut, pulau-pulau di sekitar Pulau Tinggi malah Pulau Tinggi sendiri didapati menghadapi beberapa masalah antaranya termasuklah penghijrahan penduduk pulau yang begitu ketara sekali. Penghijrahan penduduk di pulau-pulau terbabit jelas apabila hingga ke hari ini terdapat beberapa buah pulau yang telah ditutup kerana tidak lagi berpenghuni. Malah jika ada pulau yang berpenghuni, bilangannya sangat sedikit. Sehubungan itu, kertas ini cuba untuk menyingkap senario pembangunan Pulau Tinggi serta masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh penduduk setempat sebaik sahaja kawasan ini diwartakan sebagai Taman Laut. Senario Pembangunan Pelancongan di Pulau Tinggi dan Kawasan Sekitarnya Di awal kemunculannya, Pulau Tinggi telah berjaya menarik masuk pelancong untuk berkunjung. Keindahan dan kejernihan air lautnya telah membuka peluang kepada 1 Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran 2 Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik 3 Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia 71 71

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA beberapa agensi pelancongan seperti Nadia Inn untuk membuka chalet di kawasan berkenaan. Penglibatan Nadia Inn ini sudah pasti memberi nafas baru kepada pembangunan Pulau Tinggi. Pastinya perkembangan tersebut akan membuka ruang pekerjaan kepada penduduk setempat. Hal ini jelas melalui temu bual dengan beberapa orang kampung berkenaan yang mengakui bahawa suatu masa dulu memang ramai orang berkunjung ke Pulau Tinggi. Antara aktiviti utama pengunjung ke sini adalah untuk memancing di samping menjalankan beberapa aktiviti air yang lainnya. Pemerhatian pengkaji di Pulau Tinggi menjelaskan bahawa Nadia Inn pernah bertapak di kawasan ini dengan pembinaan chalet yang bercirikan seni ukiran Melayu. Bagi membolehkan pengunjung yang datang merasa selesa di sini, pihak chalet juga telah menyediakan beberapa kemudahan lain seperti kolam renang, bilik mesyuarat, dewan serta aktiviti permainan air seperti kayak dan sebagainya. Perkembangan pembangunan pelancongan di Pulau Tinggi ini dalam jangka masa pendeknya telah berjaya membawa impak yang positif kepada penduduk setempat. Pada peringkat awalnya ramai penduduk pulau yang terlibat dan berkhidmat chalet. Keterlibatan mereka sebagai tukang kebun, pelayan restoran, tukang masak, kerja pencucian dan sebagainya telah menyebabkan penduduk setempat mendapat pendapatan tambahan daripada industri baru ini. Malah ada di kalangan penduduk pulau yang mendapat peluang dengan menyewakan bot dan sebagainya. Namun pepatah Melayu ada menyatakan sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Impian penduduk setempat bahawa Pulau Tinggi mampu untuk menyaingi Pulau Tioman akhirnya hancur berkecai. Kini Pulau Tinggi dan pulau-pulau sekitarnya menjadi sepi tanpa penghuni, majoritinya mula berhijrah keluar untuk mencari penghidupan yang lebih baik di kawasan darat Mersing. Pembangunan dan Manfaat kepada Penduduk Setempat Manfaat pembangunan seharusnya mempunyai hubungan positif dengan penduduk setempat. Sehubungan itu, kesejahteraan hidup, keselesaan hidup, taraf hidup yang baik, hidup yang berkualiti, harmoni dan bersatu padu adalah matlamat pembangunan yang diidamkan oleh penduduk setempat (Asnarulkhadi Abu Samah, 2003). Oleh kerana pembangunan penduduk setempat merupakan satu proses yang panjang dan berterusan, maka ianya akan melibatkan satu perubahan yang bersifat progresif dan menyeluruh ke atas penduduk. Sehubungan itu, penyertaan penduduk setempat adalah penting dalam proses perubahan. Tanpa penyertaan, penduduk setempat tidak akan dapat menikmati manfaat/faedah pembangunan. Bagi memastikan penduduk setempat mendapat manfaat daripada pembangunan yang dirancangkan maka penyertaan perlu diteliti dalam konteks membuat keputusan, menikmati faedah dan juga menilai (Cohen dan Uphoff, 1977). Dalam konteks pembangunan secara umum, Bank Dunia (1992) telah menekankan 4 senario hubungan antara persekitaran dengan manfaat terhadap penduduk setempat. Empat senario tersebut melibatkan; 72 72

PEWARTAAN TAMAN LAUT: PELUANG ATAU KESUSAHAN PENDUDUK PULAU a. Senario menang-menang (win-win scenario) Situasi ini menjelaskan hubungan yang positif antara persekitaran dengan manfaat yang akan diterima oleh penduduk setempat. Pada kebiasaannya situasi ini akan membawa kepada peningkatan pendapatan per kapita penduduk. Dalam masa yang sama unsur-unsur percemaran terhadap alam sekitar juga dapat dikurangkan. Ini bermakna pembangunan yang bersifat mampan perlu diberikan perhatian dengan memberikan pertimbangan terhadap aspek ekonomi dan sosiobudaya. Justeru itu, bukan sahaja penduduk setempat yang akan menerima manfaat pembangunan tetapi dalam masa yang sama persekitaran yang ada akan menerima manfaat dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan kawasannya. b. Senario menang-kalah (win-lose scenario) Situasi ini digambarkan apabila persekitaran mendapat manfaat/faedah sedangkan lain-lain kepentingan penduduk setempat dinafikan hak mereka. Contoh yang jelas apabila sesebuah kawasan diisytiharkan sebagai kawasan yang dilindungi seperti Taman Negara di mana melibatkan pemeliharaan dan diuruskan oleh badan-badan tertentu dengan tujuan mengekalkan persekitaran semula jadinya. Sedangkan dalam masa yang sama penduduk setempat akan hilang haknya terhadap kawasan berkenaan. Penyagahan hak penduduk setempat menyebabkan mereka hilang mata pencarian dan sebagainya. Hal ini akhirnya mewujudkan konflik penduduk setempat dengan peruntukan dan undang-undang yang disediakan untuk kesejahteraan dan pemeliharaan persekitaran. c. Senario kalah-menang (lose-win scenario) Situasi ini melibatkan persekitaran yang semakin teruk sedangkan kepentingan lain semakin meningkat. Sebagai contoh pembangunan di kawasan pinggir pantai. Keadaan persekitaran pinggir pantai akan tercemar teruk sedangkan hotel-hotel yang dibina di sepanjang pantai tersebut akan terus menerima limpahan kedatangan pengunjung bagi tujuan keuntungan. d. Senario kalah-kalah (lose-lose scenario) Gambaran bagi keadaan ini melibatkan penggunaan sumber yang ada untuk tujuan tarikan pelancongan. Namun demikian akibat kelemahan pengurusan dan sebagainya ianya membawa permasalahan yang melibatkan kemusnahan persekitaran dan masa yang sama juga tidak memberi manfaat atau faedah kepada penduduk yang terlibat. Sebagai contoh pembangunan pinggir pantai, tarikan utama adalah terumbu karang. Namun akibat kelalaian pihak pengurusan terumbu semakin pupus, penduduk yang terlibat dalam industri ini juga mendapat faedah apabila kedatangan pengunjung semakin merosot. Keadaan ini akhirnya menimbulkan konflik antara persekitaran dengan persekitaran dan manusia dengan manusia. Berdasarkan hubungan persekitaran dengan manfaat penduduk setempat menjelaskan bahawa terdapat 4 senario pembangunan yang ada. Empat senario berkenaan cuba menjelaskan corak pembangunan yang boleh dicapai dalam konteks keperluan persekitaran dan kaitannya dengan manfaat yang diterima penduduk setempat. Penelitian seterusnya akan memberikan perhatian terhadap pewartaan Pulau Tinggi sebagai Taman 73 73

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Laut. Pengamatan pengkaji di kawasan Pulau Tinggi mendapati senario pembangunan di kawasan ini lebih cenderung terhadap menang kalah (win lose). Hal ini jelas ditunjukkan dalam Rajah di 1; Yang menang siapa? Taman Laut Pulau Tinggi (kenapa?) Ada Akta Taman Laut yang direkodkan kesannya - persekitaran Taman Laut terpelihara Yang kalah siapa? Penduduk pulau (kenapa?) Akta yang ada telah menafikan hak mereka ke atas sumber yang ada kesannya -penduduk berundur dan berhijrah keluar yang akhirnya mewujudkan masalah perlucutan harta dan sebagainya. RAJAH 1: Senario Pembangunan Menang Kalah (win lose) Senario pembangunan di atas menjelaskan bahawa masyarakat pulau telah terhimpit di antara dua situasi. Di satu pihak cuba mempertahankan persekitaran warisan khazanah alam sedangkan di satu pihak lagi semakin terhimpit dan tersepit atas keperluan mencari sesuap nasi. Survival penduduk pulau mula terancam, keadaan ini akhirnya memberikan impak yang besar kepada penduduk pulau. Sehubungan itu, penelitian seterusnya memberikan perhatian terhadap masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh penduduk pulau bagi tujuan penerusan warisan kehidupan mereka. Masalah Penduduk Pulau Tinggi dan Sekitarnya Penduduk pulau mula berhadapan dengan masalah sebaik sahaja pihak kerajaan mewartakan Pulau Tinggi dan pulau sekitarnya sebagai rezab taman laut. Pemerhatian di Pulau Tinggi mendapati penduduk berhadapan dengan beberapa masalah antaranya; a. Masalah untuk menjalankan aktiviti ekonomi harian Sebelum Pulau Tinggi diwartakan sebagai Taman Laut, penduduk pulau menyara kehidupan harian mereka dengan menjadi nelayan. Majoriti mereka merupakan nelayan kecil yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan Pulau Tinggi dan sekitarnya. Namun pemerhatian yang telah dilakukan di Kepulauan Pulau Tinggi mendapati pengisytiharan tersebut telah mewujudkan konflik untuk penduduk setempat meneruskan aktiviti ekonomi harian mereka. Kebanyakan nelayan tidak dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 100 batu notika, hal ini sudah pasti menjejaskan pendapatan nelayan. Temu bual dengan penduduk menjelaskan bahawa ada di antara mereka yang akan dikenakan denda oleh pasukan marin yang bertugas jika sekiranya mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Denda yang dikenakan mencecah RM100, sedangkan pendapatan yang mereka peroleh melalui aktiviti menangkap ikan tidak sampai jumlah pembayaran denda tersebut. Keadaan ini semakin menyukarkan nelayan di kawasan pulau berkenaan. 74 74

PEWARTAAN TAMAN LAUT: PELUANG ATAU KESUSAHAN PENDUDUK PULAU b. Masalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan di kawasan pulau Jika sebelum pengiktirafan penduduk setempat tidak sukar untuk melakukan kerjakerja kampung. Antara kerja kampung yang boleh dilakukan termasuklah mengambil upah membuat ikan masin, mengambil upah memanjat kelapa, mengambil upah mengerjakan kebun, bekerja di chalet (bahagian pencucian, tukang kebun dan sebagainya). Namun kini semua begitu sukar sekali. Kebanyakan mereka tidak ada pilihan melainkan untuk berhijrah. Pulau-pulau yang ada di sekitarnya menyaksikan penghijrahan keluar penduduk. Himpitan dan hambatan kehidupan di pulau menyebabkan ramai penduduk pulau yang keluar berhijrah. Penghijrahan penduduk pulau dikatakan mempunyai kaitan dengan pewartaan Pulau Tinggi sebagai Taman Laut. Akta tersebut telah memberi tekanan kepada penduduk yang selama ini bergantung kepada hasil laut sebagai sumber pencarian utama. Larangan-larangan tertentu terutamanya bagi aktiviti memancing dan menangkap ikan dalam radius tertentu telah menyukarkan penduduk pulau. Hambatan dan kekangan undang-undang dan akta tersebut telah menyebabkan penduduk setempat gagal mendapat manfaat sepenuhnya. Kekangan tersebut menyebabkan ada di kalangan anak-anak di pulau yang terpaksa diberhentikan daripada meneruskan persekolahan di Mersing kerana masalah kewangan. Namun agak berbeza halnya dengan penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan rumah ketua kampung. Mereka masih terus dapat bertahan kerana projek-projek kecil kampung seperti membetulkan jeti, membuat pagar, mengecat dan sebagainya telah dikendalikan oleh anak buahnya. c. Masalah penghijrahan keluar penduduk pulau Penghijrahan penduduk pulau menjadi masalah utama kepada penduduk di kawasan terbabit. Kebanyakan mereka terpaksa berhijrah keluar kerana desakan hidup. Majoriti mereka yang keluar tersebut menyertai skim rancangan FELDA. Selain itu ada antara mereka yang menumpang saudara-mara yang tinggal di Mersing buat sementara waktu sebelum mereka dapat menyewa rumah di kawasan berhampiran. Temu bual dengan beberapa orang responden menjelaskan mereka berhijrah keluar disebabkan kesukaran hidup di pulau di samping mencari peluang pendidikan untuk anak-anak. Temu bual dengan ibu tunggal yang tinggal di Pulau Tinggi mendapati beliau terpaksa memberhentikan anaknya daripada bersekolah di Mersing kerana desakan hidup. Beliau pernah bekerja di chalet Nadia s Inn sebelum chalet tersebut ditutup. Selain itu, penghijrahan penduduk pulau, menyebabkan pulau ini seolah-olah mati. Di Kampung Balang misalnya ada disediakan sederet kedai untuk orang kampung berniaga. Dengan nilai sewa bulanan yang perlu dibayar adalah RM50 sebulan. Temu bual dengan pemilik kedai menjelaskan bahawa harga sewa sebanyak itu pun mereka tidak mampu membayarnya. Ini kerana kedai berkenaan jarang dikunjungi pembeli kerana jumlah penduduk yang masih tinggal sangat sedikit. Pemerhatian di kedai beliau mendapati barang yang dijual hanyalah barang keperluan asas seperti beras, gula, tepung, susu dan telur. 75 75

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Cabaran Penduduk Pulau Tinggi dan Pulau-pulau Sekitarnya Masalah yang dihadapi oleh penduduk pulau akhirnya menjadi cabaran kepada penduduk pulau untuk mempertahankannya. Sehubungan itu, ada beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh penduduk pulau untuk memastikan kelangsungan bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk masa hadapan. a. Cabaran untuk mempertahankan hak dan warisan Cabaran untuk mempertahankan hak dan warisan mereka ke atas pulau ini ada kaitan dengan pewartaannya sebagai kawasan Taman Laut. Jika sebelumnya senario pembangunan lebih bersifat menang-kalah (win-lose) di bawah peruntukan Taman Laut di bawah seksyen 41 hingga 45. Akta Taman Laut telah menetapkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pewartaan kawasan tersebut, antaranya; a. memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu dan untuk melindungi memelihara dan mengawal tapak pembiakbaik semula jadi dan habitat hidupan akuatik dengan memberi perhatian yang khusus kepada spesies flora dan fauna yang luar biasa atau yang mendatangkan bahaya; b. membiarkan hidupan akuatik hidup semula di kawasan itu atau di sebahagian daripada kawasan itu di mana hidupan itu telah pupus; c. menggalakkan pengkajian dan penyelidikan saintifik berkenaan dengan kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; d. mengekalkan dan meninggikan keadaan asli dan daya pengeluaran kawasan itu atau sebahagian daripada kawasan itu; dan e. mengawal selia aktiviti rekreasi dan lain-lain aktiviti dalam kawasan itu atau dalam sebahagian daripada kawasan itu untuk mengelakkan kerosakan yang tidak boleh dipulihkan kepada persekitarannya. Justeru itu, telah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab memberikan penelitian terhadap keperluan pembangunan yang bersifat menang-menang (win-win). Di mana perhatian harus diberikan kepada keperluan mengambil kira kesinambungan pembangunan yang bersifat mampan. Antaranya dengan memberikan perhatian terhadap keperluan mengambil kira elemen manusia sebagai warisan budaya bagi pulau-pulau yang berpenghuni. Beberapa pindaan dalam seksyen berkenaan perlu diberikan perhatian agar pulau-pulau berpenghuni yang diberi taraf pewartaan ini tidak dinafikan hak penghuni mereka untuk menikmati erti pembangunan. Bidalan Melayu terhadap Pak Kaduk harus dijadikan iktibar, menang sorak kampung tergadai. Dalam hal ini orang pulau boleh berbangga dengan pengiktirafan tersebut tapi apalah gunanya jika sekiranya mereka tidak memperoleh manfaat daripadanya. b. Cabaran untuk mengelakkan berlakunya perlucutan harta persendirian Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh penduduk pulau adalah untuk mengelakkan berlakunya perlucutan harta persendirian seperti tanah. Kebanyakan penghuni pulau 76 76

PEWARTAAN TAMAN LAUT: PELUANG ATAU KESUSAHAN PENDUDUK PULAU yang ditemui mengakui mereka mempunyai tanah di pulau berkenaan. Ini bermakna hak pakai mereka terhadap pulau tersebut diakui di bawah peruntukan Rizab Melayu Pulau-pulau No Gazet 280 bertarikh 23.3.1938. Hak milik yang berstatus pegangan bebas membolehkan tanah tersebut dijual mahupun digadaikan kepada orang persendirian. Penelitian di Pejabat Tanah Mersing mendapati, hampir keseluruhan tanah di Pulau Tinggi mempunyai surat hak milik. Surat hak milik tersebut membolehkan urusniaga berjalan dengan lancar. Temu bual dengan beberapa orang responden yang telah berhijrah ke Mersing mengakui bahawa mereka mempunyai tanah di pulau. Mereka akan balik ke pulau apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya. Dalam hal ini, ada juga di kalangan orang pulau yang telah menjual tanah mereka dengan tujuan untuk memulakan kehidupan baru di Mersing. Ada antara mereka yang menjual tanah milik mereka di pulau dengan tujuan memulakan perniagaan seperti membeli bot, memulakan perniagaan chalet dan sebagainya. Masalah perlucutan harta milikan peribadi ini akan berlaku secara berleluasa sekiranya tidak ada pemantauan dibuat. Kebimbangan tanah pulau dimiliki oleh orang luar yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku perlu diberikan perhatian. c. Cabaran mengembalikan orang pulau ke pulau Orang pulau yang berhijrah keluar terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan. Kebanyakan orang pulau yang berhijrah keluar akan berhadapan dengan dunia baru yang tidak pasti untung atau ruginya. Kebanyakan mereka yang berhijrah telah melakukan banyak pengorbanan seperti menjual tanah milik mereka dengan harapan untuk memulakan hidup baru. Jadi tidak hairan jika sekiranya tempat yang dituju oleh mereka adalah di tempat di mana ada orang-orang pulau. Sebagai contoh Kampung Bahagia, adalah destinasi persinggahan orang-orang pulau sewaktu mula-mula mereka sampai ke Mersing. Pada kebiasaannya setelah keadaan menjadi stabil barulah mereka akan membawa keluarga bersama. Hal ini jelas sewaktu pengkaji berada di Pulau Tinggi, ada sebuah keluarga yang mengangkat barang kelengkapan rumah seperti kerusi, meja dan sebagainya untuk tujuan berpindah ke Mersing. Perpindahan keluar orang pulau berlaku saban hari, selagi pulau tidak dapat menyediakan sumber ekonomi untuk mereka menyara hidup sudah pasti penghijrahan akan terus berlaku. Kebimbangan pulau-pulau ini tidak berpenghuni perlu diberikan perhatian. Sehubungan dengan itu antara cabaran yang paling besar adalah untuk mengembalikan orang pulau ke pulau-pulau seperti seadanya. Sehubungan itu, beberapa bentuk program pembangunan yang bersifat menangmenang (win-win) harus dikenal pasti. Antaranya membangunkan perusahaan IKS di kalangan penduduk pulau. Antara bahan yang banyak di sekitar pulau ialah pokok kelapa. Di sepanjang pengkaji berada di Pulau Tinggi kami dapati buah kelapa dibiarkan begitu sahaja. Sehubungan itu, adalah baik jika sekiranya buah kelapa tersebut diusahakan dengan perusahaan membuat kerisek dan kemudiannya diedarkan di sekitar Mersing. Selain pokok kelapa, kawasan ini juga kaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Antara yang menarik perhatian pengkaji termasuklah perigi Hang Tuah. Penelitian terhadap sejarah dan pengenalannya sebagai pulau yang banyak mencatatkan sejarahnya yang tersendiri juga boleh menarik dan memperkembangkan industri pelancongan. 77 77

PENYELIDIKAN PANTAI TIMUR JOHOR: MERSING WARISAN TERPELIHARA Perkembangan sektor pelancongan pulau dan sejarah akan mengembalikan nostalgia Pulau Tinggi. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyediakan Pulau Tinggi dengan peluang pekerjaan. Secara langsung akan menarik masuk golongan yang berhijrah untuk kembali semula ke pulau hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di tempat sendiri. Rumusan Kesimpulannya, kertas kerja ini telah merangka penelitian yang berkaitan dengan impak pewartaan Pulau Tinggi terhadap penduduk setempat. Seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia (1992), menjelaskan perancangan pembangunan yang bersifat pewartaan lebih cenderung mewujudkan situasi menang-kalah (win-lose) terhadap penduduk setempat. Oleh yang demikian perbincangan berhubung dengan masalah dan cabaran perlu diberikan perhatian. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab bagi merangka pewartaan sesuatu kawasan yang berpenghuni perlu mengambil kira aspek daya tampung (carrying capacity) sesuatu kawasan. Di mana daya tampung (carrying capacity) ini akan bertindak sebagai alat kawalan untuk kesejahteraan penduduk dan persekitaran. Rujukan Asnarulkhadi Abu Samah. 2003. Pengenalan Pembangunan Komuniti. Serdang: Selangor Cohen, J.C. & Uphoff N.T. 1977. Rural development participation.cornell:cornell University. Erlet Cater.1995. Environmental contadictions in sustainable tourism.journal Geographical.Vol 161. No. 1 ( March 1995). Pp 21-28 World Bank.1992. World Development Report. Washington: O.U.P. 78 78