Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Similar documents
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

MAJLIS PENGHARGAAN KHAS ITEX2011. Teks Ucapan

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia, Tan sri Datuk Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh),

Y. Bhg. Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UniMAP BRIG JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, SEMPENA MAJLIS SEKALUNG BUDI PADA 23 OGOS 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR.

l:j{~-' SEDEKAD GEMllANG

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Satu Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP di Hati

se buah institusi akademik dan penyelidikan yang berdaya saing di persada antarabangsa.

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

LAPORAN PENYERTAAN STAFF PSIS DI THE 11 TH FREESTYLE FRUIT CARVING SHOW PIECE CONTEST, NAGOYA KANKO HOTEL, JEPUN 25 TH JUN 1 ST JULAI 2017

HARI RAYA INDUSTRI DI ANJUNG KULIM ANJUNG KULIM (KHTP

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PAKEJ HAJI ALFU THOIYYIBAH 2018 / 1439H

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Building a better Hong Kah North

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

NERMESH SINGH. Portfolio. Seni bina bangunan di Siena memukau hati pelajar farmasi Malaysia. Nermesh Singh

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2016 KATEGORI BENGKEL & BENGKEL TARIKH : 26 FEBRUARI 2017 (Ahad) MASA : 2.30 petang TEMPAT : Bilik

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Satu Malaysia.

TEKS UCAPAN. Y Bhg. Brig. Jen. Dato Prof. Dr. Kamarudin Husin. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis SEMPENA

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

Help Us Update The Alumni Database ALUMNI. We Love When Our Alumni Make Us Proud, And They Of ten Do. Once UniMAPians Will Always be UniMAPians

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

vii. 1. MAKLUMAT PROGRAM

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

UniMAP

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

eclaims - Gambaran Keseluruhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Terima Kasih kerana memilih untuk menyertai percutian di Pulau Jeju, Korea Selatan bersama Jeju Muslim Travel.

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

PENJAGAAN TIDAK FORMAL WARGA TUA: ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Transcription:

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA Majlis Taklimat Waris Sempena Pendaftaran Pelajar Ijazah Ambilan kedua Sidang Akademik 2011/2012 PADA 22 SEPTEMBER 2011 DI KAMPUS ALAM, PAUH PUTRA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Y.Bhg Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timb. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Y.Bhg Prof Dr Ismail Daut, Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Y.Bhg En Razli Ahmad, Pen. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Pegawai-pegawai Utama Universiti, Penolong-Penolong Naib Canselor Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Wakil-wakil media, Yang dihormati para ibubapa dan waris pelajar baru sidang akademik 2011/2012. Selamat pagi, good morning, saba hun khair, kalai vannakam, zao shang hao, magandang umaga, ahroon sawad. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 1

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia Nya dapat kita berkumpul pada pagi ini dalam suasana kekeluargaan yang sungguh bermakna. Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W, para sahabat dan keluarga Baginda. Semoga himpunan ini diberkati Allah hendaknya. Izini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Datang,, Welcome, Ahlan Wa Sahlan Wal Marhaban, ke Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pilihan yang Berdaya Saing / A Competitive University of Choice kepada semua, khususnya para ibu bapa dan waris yang diraikan. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada anak-anak didik baru yang sedang melangkah ke satu alam baru, iaitu alam universiti, yang menjanjikan pelbagai cabaran dan keseronokan sepanjang jalan mendaki puncak kejayaan. Pada pendaftaran sidang akademik 2011/2012 ambilan pertama yang berlangsung 4 September lalu, UniMAP menerima seramai 1,654 orang pelajar dimana 860 adalah perempuan dan 794 adalah lelaki. Pada ambilan kedua hari ini dijangka 380 pelajar akan mendaftar menjadikan keseluruhan pelajar ijazah yang mendaftar pada sidang akademik 2011/2012 adalah seramai 2,034 orang. Jumlah ini meningkat berbanding tahun lalu dengan hanya 1,500 orang. Bilangan ini menunjukkan peningkatan yang positif, dan ini membuktikan UniMAP semakin mendapat tempat di hati pelajar.pada bulan Jun lalu, UniMAP menerima seramai 340 orang pelajar peringkat diploma. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 2

Dari raut wajah ibubapa dan waris yang hadir, dapat saya rasai betapa gembira dan bangganya perasaan tuan/puan sekalian. Di sebalik wajah-wajah ini juga terselindung harapan dan impian yang menggunung agar anak-anak yang diberi peluang menyambungkan pelajaran ini menjadi orang-orang yang lebih kukuh dan mantap iman dan kesolehannya, dan seterusnya berupaya merubah nasib keluarga, bangsa, negara dan ummah seluruhnya. Hadirin yang dihormati sekalian, Melahirkan insan yang berjaya bukanlah suatu yang mudah. Semua pihak baik ibubapa/waris, universiti, masyarakat, dan lebih-lebih lagi pelajar -- mempunyai peranannya masing-masing. UniMAP mengambil berat tugas yang diamanahkan ini. Maka kerana inilah, segala-galanya telah, sedang, dan akan terusmenerus dilaksana untuk memastikan pengalaman pembelajaran pelajar adalah yang terbaik. Bermula daripada penggubalan dan rekabentuk kurikulum, kepada penyampaian, pemantauan pencapaian akademik, serta hal ehwal kebajikan pelajar kesemuanya diberi perhatian yang mendalam. UniMAP sedar bahawa kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan pembangunan sahsiah bagi menghasilkan insan kamil yang mampu menyahut cabaran kehidupan di dunia tanpa sempadan masakini. Insya Allah kami di UniMAP akan bekerja sedaya-upaya untuk mencapai matlamat ini. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 3

Dengan berbesar hati, ingin saya mengajak ibubapa untuk turut serta dalam perjalanan ini. Sebagai ibubapa, kita perlu memperuntukkan masa bertanya khabar dan berbual-bual dengan anak-anak melalui telefon, sms, emel, facebook, dan sebagainya. Ini amat penting kerana dengan cara inilah sahaja hubungan mesra kekeluargaan dapat dipelihara. Sebagai ibubapa/waris, kita faham bahawa anak-anak kita sedang memasuki alam yang serba baru buat mereka di mana mereka kini lebih bebas daripada dahulu, dan akan berhadapan dengan cabaran membuat keputusan sendiri dalam pelbagai isu - termasuklah isu pengurusan masa, pemilihan kawan, dan pembinaan nilai-nilai murni kehidupan. Ada kalanya dalam meniti usia kedewasaan ini, mereka mempertikaikan apa yang mereka amalkan selama ini. Jadi, bagaimanakah kita membantu mereka menangani tahun-tahun yang mencabar ini? Pada saya, mereka perlukan bimbingan dan suara orang dewasa yang faham dan bersedia menerima mereka walau dalam suasana apa sekalipun. Adalah penting untuk terus-menerus menasihati mereka tentang peri pentingnya pelajaran, dan bersabar serta bersemangat menghadapi dugaan. Yakinilah mereka bahawa kita tetap menyokong dan menyayangi mereka, serta bersedia membantu pada bila-bila masa, asalkan mereka tidak sekali-kali mengabaikan pelajaran yang merupakan tujuan utama mereka berada di sini hari ini. Pelajar pula memikul amanah untuk berhubung dengan ibubapa/waris selalu. Maklumkan ibubapa anda tentang kemajuan pelajaran dan perkara-perkara lain dalam kehidupan seharian yang sudah tentu ingin mereka ketahui. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 4

Selain belajar bersungguh-sungguh, bertanggungjawablah menangani isu kewangan, kerana selalunya ibubapa khuatir tentang perkara itu. Gembirakan hati mereka dengan keputusan akademik yang cemerlang, dan maklumi mereka bila masanya anda akan pulang ke kampung. Sesungguhnya itu sahaja yang mereka inginkan iaitu melihat anda menjalani kehidupan di alam kampus dengan matang dan bijaksana, dan seterusnya pulang ke pangkuan mereka jua akhirnya. Dalam pada itu juga, sedarlah bahawa anak pelajar semua sebenarnya menerima bantuan dan subsidi kewangan daripada Kerajaan samada disedari atau tidak. Sekiranya dihitung yuran sebenar yang perlu dilunas, jumlahnya ialah sebanyak RM 38,272 setahun. Namun Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM 35,404 - sehinggakan pelajar hanya perlu membayar RM 2,868 sahaja (rujuk slide). Ini bermakna pelajar hanya membayar sekitar 7% kos pembelajaran yang sebenar, manakala 93% ditanggung Kerajaan. Itupun terdapat juga segala bentuk bantuan lain seperti PTPTN, biasiswa, dan sebagainya. Sangat jelas bahawa tanpa subsidi sebegini, maka sudah pasti amat sukar bagi anda melanjutkan pengajian ke universiti. Yuran Pengajian Setahun RM38,272 (100%) Yuran Yang Dibayar Oleh Pelajar Setahun RM2,868 (7.5%) Kos Yang Ditanggung Oleh Kerajaan RM35,404 (92.5%) UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 5

Memasuki universiti adalah langkah penting dalam pembangunan hidup seseorang. Di sinilah tempat anda belajar hidup berdikari dan menjadi orang yang berjaya dan berupaya menyumbang kepada bangsa dan negara. Kejayaan pelajar sebenarnya adalah manifestasi tunjuk ajar ibubapa sejak bertahun lamanya berada di bawah jagaan mereka. Syukurilah nikmat ini dengan belajar bersungguh-sungguh, agar dapat hadiahkan kejayaan kepada mereka tidak lama lagi. Hadirin yang dihormati, Saya ingin berkongsi sedikit tentang UniMAP, agar dapat mengukuhkan keyakinan ibubapa bahawa anak-anak yang bakal ditinggalkan di sini akan menjalani proses pembelajaran yang terbaik, insya Allah. Kampus UniMAP merupakan kampus teragih yang terletak di seluruh pelosok Perlis. Ditubuhkan pada tahun 2002, ia dahulunya dikenali sebagai Kolej Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Dalam tahun 2007, KUKUM bertukar nama menjadi Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya UniMAP. Tempat yang kita jejaki hari ini dikenali sebagai Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. Berkeluasan 1,028 ekar, terdapat 2 kompleks bangunan yang beroperasi sepenuhnya iaitu Pusat Pengajian Kej. Pembuatan dan Pusat Pengajian Kej. Mekatronik. Selain itu, seperti yang dapat tuan/puan lihat, terdapat beberapa bangunan lagi yang sudah hampir siap pembinaannya, termasuk Pusat Pengajian Kej. Mikroelektronik, Perpustakaan Utama, Pusat Kejuruteraan, Kompleks Dewan Kuliah dan gelanggang sukan. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 6

Selain kampus ini, terdapat Kampus Hijau UniMAP di Sg. Chuchoh yang berkeluasan 253 ekar. Di situ letaknya Stesen Penyelidikan Agroteknologi dengan pelbagai kemudahan teknologi pertanian terkini. Antara projek yang dijalankan di situ termasuk pengeluaran benih dan tanaman bernilai tinggi menggunakan teknologi rumah hijau, mekanisasi, automasi dan kultur tisu. Kampus UniMAP yang terbesar pada masa ini ialah Kampus Kota yang terletak di seluruh bandar Kangar dan Kuala Perlis, sehinggakan ada yang mengatakan Kangar berada di dalam UniMAP, bukannya UniMAP berada di dalam Kangar! Barangkali inilah kampus terbesar di dunia. Apabila Kampus Alam dan Kampus Hijau siap sepenuhnya kelak, kita merancang masih mengekalkan sekitar 30% operasi di Kampus Kota. Akademik merupakan urusan utama UniMAP. Enam program diploma, 21 program sarjana muda kejuruteraan, 2 program Sarjana Muda perniagaan dan keusahawanan, serta 16 program sarjana sains ditawarkan (rujuk slide). Bilangan program sarjana muda kejuruteraan melebihi yang ditawarkan di universitiuniversiti yang lebih lama ditubuhkan. Di samping itu, pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) juga dibuka. Program-program UniMAP mendapat pengiktirafan samada dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pada sidang akademik kali ini, terdapat satu program baru iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri). Program ini bermatlamat menjana tenaga kerja berkemahiran seimbang dalam aspek bioteknologi dan kejuruteraan. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 7

Selaras dengan halatuju Kerajaan, industri berasaskan bioteknologi sedang berkembang pesat di Malaysia. Graduan yang dilahirkan nanti insya Allah mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi kerana memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang penting ini. Dari segi kemudahan pengajaran-pembelajaran, terdapat puluhan bilik dan dewan kuliah, serta ratusan makmal. Contohnya, terdapat Kilang Mengajar di mana peralatan yang digunakan adalah sama seperti yang terdapat di kilang-kilang. Justeru, pelajar tidak akan mempunyai masalah mengendalikan peralatan ketika bekerja kelak. Kita juga memiliki Bilik Bersih (Clean Room) yang tercanggih dan terbaik di Malaysia, malah di rantau ini. Dari aspek sumber manusia, UniMAP mempunyai 706 orang staf akademik dari dalam dan luar negara. Mereka terdiri daripada pensyarah, tutor dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Jumlah pensyarah adalah 521 orang dengan 42 daripadanya berjawatan Profesor, 113 orang memiliki Ijazah Doktor Falsafah manakala 408 orang memiliki ijazah sarjana dan bakal mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah tidak lama lagi. (rujuk slide) Bilangan Tenaga Akademik BILANGAN KATEGORI TENAGA PENGAJAR Profesor Ph.D Ijazah Sarjana PLV Guru bahasa Tutor 706 42 113 408 Bilangan Pensyarah =521 160 19 6 UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 8

Selaras dengan hasrat menjadikan UniMAP berdaya-saing di persada antarabangsa, dan bagi memastikan pengalaman pembelajaran pelajar bersifat global, kita mempunyai 61 orang pensyarah/profesor daripada 16 buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Jepun, dan India (rujuk slide). Bilangan Pensyarah Antarabangsa Mengikut Negara Bil. Negara Asal Bilangan 1. Indonesia 17 2. India 12 3. Iraq 7 4. Myanmar 5 5. Bangladesh 6 6. Great Britain 1 7. Republik Kyrgyz 1 8. Australia 1 9. Pakistan 1 10. Thailand 2 11. Jepun 1 12. Republik Uzbekistan 1 13. Republik Rakyat China 1 14. Sudan 1 15. United Kingdom 1 16. Filipina 3 Jumlah 61 Selain kehadiran staf antarabangsa, UniMAP juga diwarnai pelajar antarabangsa daripada 17 negara termasuk Indonesia, Iraq, Yemen, China, dan Somalia. Ini bagi mewujudkan suasana antarabangsa di sini. Sejak 2009, kita menerima pelajar antarabangsa untuk mengikuti pelbagai program pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan juga Ph.D (rujuk slide). Jumlah ini tidak termasuk pelajar antarabangsa yang baru mendaftar pada kemasukan sidang akademik 2011/2012. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 9

Bilangan Pelajar Antarabangsa Mengikut Negara BIL NEGARA BILANGAN PERINGKAT PENGAJIAN Ijazah Sarjana Ph.D 1. Indonesia 41 16 6 19 2. Bangladesh 8-2 6 3. India 9-5 4 4. Iraq 39 1 9 29 5. Thailand 2-2 - 6. Algeria 1 - - 1 7. Nigeria 1 - - 1 8. Syria 3-1 2 9. Jordon 1 - - 1 10. Pakistan 1 - - 1 11. Libya 11-11 - 12. Yemen 32 31-1 13. China 36 36 - - 14. Sudan 2 1 1-15. Mauritius 2 2 - - 16. Somalia 9 9 - - 17. Uzbekistan 3 1 2 - Jumlah 201 97 39 65 Hadirin sekalian, UniMAP turut aktif dalam bidang penyelidikan. Sejak ditubuhkan, para penyelidik kita telah menerima ratusan pingat daripada pelbagai pertandingan dan ekspo yang disertai di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Contohnya, pada 13 hingga 15 September 2011, UniMAP menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), UniMAP telah menggegarkan pentas PECIPTA dengan 84 peratus kemenangan menerusi 37 produk yang dihantar. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 10

Kemenangan itu adalah hasil sumbangan 9 pingat emas, 6 pingat perak dan 16 pingat gangsa dan lebih membanggakan, enam produk yang dihantar untuk menyertai kategori junior berjaya mencatatkan 100% kemenangan. Salah satu produk UniMAP iaitu Modified Double Weight (MDW) Code For OCDMA FTTH Network Using FPGA Based berjaya memenangi anugerah produk terbaik bagi kategori The Best Of MO ( Kategori Produk Baru). Pada International Invention, Innovation Industrial Design & Technology Exhibition (ITEX) yang diadakan baru-baru ini pula, UniMAP menghantar 50 produk penyelidikan, dan berjaya meraih tempat pertama keseluruhan dengan 11 pingat emas, 24 perak dan 11 gangsa. Justeru, UniMAP dinobatkan sebagai penerima Anugerah Patron kerana pungutan pingat tertinggi. Kita turut meraih anugerah Best Green Invention 2011. Untuk makluman, ITEX merupakan pameran terkemuka dunia, di mana pada tahun ini, sebanyak 722 produk penyelidikan dari 14 negara dipertandingkan termasuk dari Russia, Poland, Canada, Saudi Arabia, Iran, Korea, China, Hong Kong, dan Taiwan. (rujuk slide). Selain itu, kita juga mencatatkan kejayaan 100% dalam Seoul International Invention Exhibition di Korea baru-baru ini dengan 3 pingat emas dan 1 perak. Pada penyertaan di British Invention Show di London pula, kita menghantar tiga produk penyelidikan dan kesemuanya mendapat emas. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 11

BI L Jadual - Kedudukan ITEX 2011 NAMA IPT PINGAT JUMLAH JUMLAH PINGAT EMAS PERAK GANGSA PRODUK 1. UniMAP [Universiti Malaysia Perlis ] 11 24 11 50 46 2. UPM [Universiti Putra Malaysia ] 10 10 2 23 22 3. UM [ Universiti Malaya ] 8 11 10 34 29 4. USM [ Universiti Sains Malaysia ] 7 6 4 17 17 [Univ Islam Antarabangsa 5. UIAM Malaysia] 6 7 3 20 16 6. UMP [UniversitiMalaysia Pahang] 5 5 3 16 13 7. UTM [Universiti Teknologi Msia] 4 9 3 17 16 Kejayaan UniMAP ini adalah kerana memiliki penyelidik serta kemudahan penyelidikan yang terbaik. Contohnya, Institut Kecemerlangan Nano Elektronik (INEE) UniMAP baru-baru ini diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Nano Malaysia oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.Ini suatu pencapaian yang membanggakan kerana daripada 17 pusat penyelidikan yang disenarai-pendekkan, hanya 5 terpilih sebagai pusat kecemerlangan. Baru-baru ini UniMAP diberi penarafan 4-bintang bagi kategori Universiti Berfokus menerusi instrumen penilaian My Research Assessment (MyRA) yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penarafan bagi tempoh 2008-2010 itu meletakkan UniMAP pada kedudukan ke-6 antara kesemua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. Ini suatu peningkatan yang baik berbanding tempoh 2007 2009, di mana kita mendapat taraf 3-bintang sahaja. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 12

Justeru, UniMAP hampir setanding dengan kesemua universiti penyelidikan, dan menyamai sebuah universiti penyelidikan yang jauh lebih berumur, iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Harapan saya agar UniMAP diberi status universiti penyelidikan suatu hari nanti. Dari segi kebolehpasaran graduan, kita sudah mengukir nama yang membanggakan. Walau baru berumur 9 tahun, graduan yang dilahirkan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Secara purata, kebolehpasaran graduan UniMAP ialah 80%. Ramai antara mereka bertugas di syarikat-syarikat multinasional seperti SILTERRA, AMD, AVAGO, INTEL, NATIONAL SEMICONDUCTOR, AGILENT dan banyak lagi. Ada juga graduan kita yang menjadi tekno-usahawan berjaya. Salah seorang daripada mereka barubaru ini telah meminta kerjasama UniMAP mengendalikan projek penternakan Burung Walit. Alumni ini tahu bahawa di sini terdapat kepakaran yang boleh digunakan untuk meningkatkan populasi dan pengeluaran hasil burung ini. Selain kepakaran, kita yakin bekas pelajar kita kerap kembali ke sini kerana mereka telah dididik dan dijaga dengan sebaik mungkin. Setiap pelajar UniMAP diberikan seorang rakan pendamping siswa (RPS) yang terdiri daripada staf akademik. RPS ditugaskan mendampingi pelajar dalam mengharungi cabaran akademik dan juga sosial. Sistem yang turut diamalkan di Universiti Cambridge ini bertujuan memastikan pelajar tidak sekalikali merasa keseorangan apabila berhadapan dengan masalah sepanjang berada di sini. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 13

Hadirin sekalian, UniMAP juga cemerlang dalam bidang sukan. Kita mahu semua warga Universiti berbadan sihat, kerana ini membawa kepada minda yang cergas. UniMAP tampil juara dalam banyak acara sukan. Yang terkini ialah Sukan Kakitangan Universiti-universiti Malaysia, di mana kita menjadi juara kali ke-4 berturut-turut. Pada kejohanan yang berlangsung Julai lalu itu, Kontinjen UniMAP meraih 6 emas, satu perak dan 4 gangsa. Suka saya maklumkan, ibubapa/waris tidak perlu khuatir tentang penginapan anak-anak kerana penginapan disediakan 100%. Bagi pengangkutan pula, terdapat perkhidmatan bus ke semua lokasi, sama ada ke pusat pengajian, kolej kediaman, perpustakaan atau ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan. Insya Allah segala usaha ini akan membuahkan hasil dan menjadikan UniMAP disegani semua. Malah sebenarnya itulah harapan kita iaitu untuk mencapai KETERLIHATAN ANTARABANGSA YANG MENYERLAH. Saya harap ucapan ini akan menghilangkan kerungsingan tuan/puan dalam melepaskan anak tuan/puan kepada kami sepanjang tempoh pengajian mereka di sini. Sempena hari ke-24 Aidilfitri ini, masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat Hari Raya kepada semua. Warga UniMAP memohon maaf sekiranya terdapat cacat dan cela sepanjang tempoh pendaftaran hari ini. Semoga kita berjumpa lagi nanti. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 14

InsyaAllah pertemuan kita akan lebih bermakna apabila tuan/puan menghadiri majlis graduasi anak-anak tuan/puan beberapa tahun lagi. Merantau Jauh Ke Hujung Negeri, Mencari Bekal Masa Hadapan, UniMAP Tempat Ilmu Dicari, Selamat Berjaya Kami Ucapkan. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. UNIT MEDIA SHAFINAZ EDITED PROF. ZURAIDAH Page 15