Demokrasi di Pinggiran

Similar documents
PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

Kemahiran Pemikiran Sejarah: Meneroka Makna Demokrasi di Malaysia. Shakila Yacob

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Huraikan ciri-ciri sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi.

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

JURNAL AKADEMIK. December 2005 Issue UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SARAWAK INFOREC/SARAWAK. The Importance Of Effective Corporate Governance

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

STATUS QUO AS BARISAN NASIONAL STRONGHOLD IN BY-ELECTION OF N03 TANJONG DATU, SARAWAK

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Nanyang. Celebrating together in Nanyang. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

Building a better Hong Kah North

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

TEMPAT MENARIK SYDNEY

TARIKH : 13 Januari 2016 KEPADA : Peserta Seminar Dunia Pelaburan Saham PERKARA : Pra Pakej & Maklumat Program Seminar Dunia Pelaburan Saham 2016

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Bukit Gombak. Standing shoulder to shoulder in Bukit Gombak. see pages 4 and 5. Chua Chu Kang

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

Fraser & Neave Holdings Bhd V. kenyataan pengerusi

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK ETD 1113

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

Penyelidikan Ilmu Falak di IPT

RHB PRIVACY NOTICE FOR NEW CUSTOMERS NOTIS PRIVASI RHB UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN BARU

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

SARAWAK DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-14: CABARAN KEPADA KONSEP STRONGMAN DAN PENAUNG-DINAUNG

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

Ini adalah Tatakelakuan kita

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

KERANGKA ASAS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN SLOT LAPANGAN TERBANG DI MALAYSIA

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

Lay Yoon Fah Khoo Chwee Hoon Ley Chit Moy

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

GARIS PANDUAN PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

Transcription:

Demokrasi di Pinggiran

Demokrasi di Pinggiran NEILSON ILAN MERSAT SPENCER EMPADING SANGGIN t

Cetakan Pertama 201I O UNIMAS NEII.SOII ILAX Ef,TTSPETICER ETIPADING SANGGIN Hak cipta terpelihara S iiap b*ra*n daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untrjr pengfuaran atau dipindahkan.kepada bentuk lain, sarna ada dengan cara eteloonfq metanilq gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bernrlis dad@a Fenertit UNIMAS. Diterbitkan di Mahfiia olett U N IVERSM MALAYSIA SARAWAI( 94300 Kota Samarahan, Saril*, mablf*r Dicetak di Malaysia Perpustakaan Negara Malapia Cataloguing-in-Pu bl ication Data Neilson llan Mersat Demokrasidi pinggiran / Neilson llan Mersat, spencer Empading sanggin. Mengandungi indeks Bibliografi: ms. 121 lsbn 978-967 -s527-20-3 1. Democra cy. 2. Political participation-malaysia. 3. populism--malaysia. 4. Malaysia--Politics and government. l. spencer Empading sanggin. ll. Judul. 323.04259s

Penghargaan Buku ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa bantuan dan pertolongan oleh banyak pihak. Ucapan penghargaan dan terima kasih pertama kali k'ami ucapkan kepada Universiti Malaysia Sarawak kerana telah memberikan peluang dan ruang untuk kami menjalankan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan hasil kajian ini dalam bentuk buku. Kepada mereka yang bersetuju dan telah meluangkan waktu untuk ditemuramah bagi meninjau pandangan mereka kami ingin nyatakan bahawa pandangan dan maklum balas anda, sesungguhnya telah memperkuatkan lagi buku ini. Berbanyak terima kasih kepada semua. Tidak lupa j.,ga kami ingin merakamkan jutahn terima kasih kepada semua ahli keluarga serta rakan-rakan yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan buku ini. Kepada teman-teman yang turut meneliti draf manuskrip buku ini dan mengemukakan cadangan untuk memperbaiki buku ini kami ucapkan terima kasih. Setiap keringat yang dicurahkan dan pandangan serta maklumat yang diberikan seumpama permata yang tidak ternilai harganya. Bagaimanapun, segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam buku ini adalah tanggungjawab kami sepenuhnya. Neilson Ilan Mersat Spencer Empading Sanggin

Kandungon Prakata Bab 1: Pengenalan... Bab 2: Demokrasi dan Kepimpinnn Afer Umbi: Kajian Kes di Kawasan Kelinglary vii 1 43 Bab 3: Demokrasi di Pinggiran: Ikiian l(eo Pilihan Raya Kecil Batang Air ---"--- 79 Bab 4: Rumusan... Rujukan r25 Indeks 133

Prahata Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi, penyertaan rakyat di dalam.politik adalah penting. Mereka memilih dan memberi mandat kepada pemerintah untuk mentadbir dan memerintah negara mereka. Ringkasnya, kuasa pemerintah kerajaan demokrasi adalah datang dari akar umbi. Ini bermakna penglibatan mereka dalam politik turut mempengaruhi perkembangan demokrasi di negara tersebut. Misalnya, soalan Lazrm berhubung dengan demokrasi di peringkat akar umbi ialah apakah rakyat di sesebuah negara itu mempunyai peluang dan ruang untuk terus berpartisipasi dalam politik dan proses demokrasi? Di peringkat akar umbi persoalan seterusnya ialah sejauhmanakah pemimpin-pemimpin akar umbi' memberi ruang untuk benih demokrasi tumbuh dengan subur. Perkembangan demokrasi yang sihat di peringkat akar umbi akan melahirkan masyarakat sivil yang aktif dan akhirnya membawa kepada pembentukan demokrasi yang robust sifatnya. Proses yang penting dalam sesebuah negara demokrasi ialah pilihan raya. Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam politik. Mereka berkempen untuk calon-calon yang bertanding, membincangkan isu-isu semasa yang bersifat tempatan dan juga nasional. Pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi akan terlibat secara langsung dengan proses pilihan raya. Adakah mereka melibatkan diri sebagai satu bentuk komitmen terhadap demokrasi? Di Malaysia, pilihan raya untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun Ahli Parlimen (AP) diadakan dalam tempoh tidak lebih dari lima tahun sekali. Badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pilihan raya adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lebih menarik bagi negeri Sarawak kerana pilihan raya

*u>1.--5rumum dan pilihan raya Dewan Undengpn NegBri tidak diadakan serentak seperti negeri-negpri lain di Pereekuhan Malaysia' Jarak kedua-dua pilihan raye id'h ture1s lebih dua tahun' Ini bermakna rakyat di Sarellel terpehuns unhrk keluar mengund.i sekali dalam tempoh &11 trhm- Sudah tentunya pilihan taya yang "lebih kerap' ini ncdrrftrn banyak peluang kep ada pen gund.i - p en gundi untut neodryd b.nyel pengalaman khasnya mengenai pilihan raya afunfndrn dengan rakyat di negeri-negeri lain. Buku ini ialah tentang politik di peinftc rh unbt I\rmpuan diberi kepada konsolidasi demohrrei di pirylet bawahan' Buku ini adalah hasil daripada due \ln yrry berteza dari segi tempat dan masa di sekittr trb tflf,i'z009. Kajian kes yang pertama ialah melibrt FU leodemokrasian" yang berlaku di peringkat rumah-ru11f FFng di kawasan luar bandar. Persoalan seperti ed.trt ;6g rempengaruhi "eueryd.ay politics" mereka? gagaiprn ntlr meoggpnakan peluang untuk terlibat dalam p1mes Dffi ahniugp pandangan mereka terhadap berbagai bentul trrrhn pdi6t yang dapat dirasakan oleh mereka. Oleh iar' sebqrt dua puluh empat buah rumah panjang telah dikaii- Kajian kes yang kedua pula melihat pfl*rn Erasyarakat di peringkat akar umbi dalam p1r1rcs Dilfrm raj7a- Ada kalatrya, bagr masyarakat di peringkat alg udi' satu-satu pilihan rayaitu ibarat satu pesta. Ini kerane' brryil mailis keramaian yang diadakan pada tempoh tersebd. IEibh marsurya mereka berpeluang membincangkan ism sre torbu}a dan meluahkan perasaan mereka secara beb88. fu&h tmtgnya penglibatan yang aktif di peringkat akar r'-bi rlrn mbuatkan demokrasi terus berkembang. Namun, penytrtaan m rcka juga diwarnai oleh berbagai bentuk kawalarr politit yang terdapat di negara

kita. Ini juga bermakna mereka perlu beroperasi dalam ruang yang dihadkan. Persoalan utama bagi pilihan raya tersebut ielah adakah satu anjakan daripada politik lama ke politik baru dapat disaksikan? Kedua-dua kajian kes dalam buku ini mempunyai beberapa kesimpulan dalam konteks politik di peringkat akar umbi. Bagr responden-responden di Kelingkang, kepimpinan di peringkat akar umbi seperti Tuai Rumah dan juga Councillor sememangnya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam demokrasi. Sebagai pemimpin yang berada di barisan paling hadapan kumpulan ini mampu mempengaruhi penglibatan dan juga persepi mereka yang berada di bawah pimpinan mereka terhadap demokrasi. Responden-responden di Batang Air menganggap bahawa tidak ada pilihan lain kepada demokrasi. Mereika menganggap demokrasi sebagai'the only gqnxe in town'. Mereka mengambil bahagian dalam proses politik sebagai satu komitmen terhadap demokrasi. Apa yang jelas ialah walaupun politik mereka masih dipacu oleh politik lama yang berpaksikan politik etnik dan penaungan tetapi ini bukan bermakna demokrasi tidak mempunyai ruang untuk berkembang. Sebaliknya, pendemokrasian terus berkembang seiring dengan politik lama. Buku ini dibahagikan kepada empat bab. Bab 1 membincangkan persoalan kajian serta membuat tinjauan literatur terhadap kajian awal berhubung kajian tentang isu yang sama. Bab 2 membincangkan kajian kes yang telah dijalankan di kawasan Kelingkang di kawasan Sri Aman dan kajian tersebut melibatkan 24 orang Tuai Rumah dan mewakili dua puluh empat buah rumah panjang. Kajian kes ini fokus kepada faktor kepimpinan di barisan hadapan seperti Tuai Rumah dalam

- t mempengaruhi perkembangan demokrasi di peringkat akar umbi. Bab 3 membincangkan kajian kes yang telah dibuat semasa pilihan raya kecil f}ewan Undangan Negeri Batang Air pada bulan April 2009. Fokus perbincangan ialah tentang penglibatan masyarakat di peringtat bawahan dalam pilihan raya. Perbincangan juga diletaf d'lam konteks perbahasan politik lama dan politik baru di Mtlaysia. Bab 4 merumuskan hasil kedua-dua kajian dan @ dapatan kedua-dua kajian dalam konteks pendemlrasian-

1 Pertgenalan Demokrasi disifatkan sebagai kerajaan yang dikuasai oleh rakyat di mana kuasa yang tertinggi terletak pada rakyat. Kuasa rakyat tersebut boleh digunakan oleh rakyat ataupun agen-agen mereka yang telah dipilih melalui proses pilihan raya yang adil dan bebas. Memetik kata dari Abraham Linco1n, demokrasi ialah kerajaar, "of the people, by the people and for the people". Di antara ciri-ciri penting sesebuah negara demokrasi ialah; rakyat diperkasakan, kerajaan dibentuk oleh rakyat, penguasaan majoriti dan hak minoriti turut dilindungi, hak asasi manusia terjamin, pilihan raya yang bebas dan adil, sama rata di sisi undang-undang, proses undang-undang yang adil, kerajaan berperlembagaan, kepelbagaian (pluralisrn) dalam politik, sosial dan ekonomi, menekankan nilai toleransi, kerjasama dan kompromi.l Satu aspek yang ditekankan oleh demokrasi ialah kebebasan. Lantaran itu demokrasi sering sinonim dengan kebebasan. Rakyat bebas untuk bersuara tanpa sekatan ataupun kawalan daripada pihak kerajaan. Malah, dalam sesebuah negara demokrasi, kerajaan hanyalah I What is Democracy? (USINFO.STAIE.GOV., http://usinfo.state.gov/ products/pubs/whatsdem/whatdm2.htm, 1 4 Mei 2008).

*t"-.- Demolvasi di Pinggiran salah satu dari socirlll fabrics di samping institusiinstitusi lain seperti parti-parti politik, organisasi dan persatuan. Organisasi-organisasi yang banyak ini tidak memerlukan kerajaan untuk mengiktiraf kewujudan mereka. Walau bagaimanapun, &P& yang menarik dari segr teori, tidak semestinya mampu diterjemahkan di alam nyata. Ini membawa kepada persoalan yang berkaitan dengan kawalan dan pendemokrasian dalam kehidupan seharian seseorang itu. Demokrasi juga mengntut penyertaan daripada rakyat. Misalnya definiei demokrasi yang diutarakan oleh Abraham Lincoln bahawa demokrasi ialah "kerajaan dari rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat" d.engan jelas menyatakan hakikat ini. Penyertaan rakyat amat penting kerana merekalah yang akan membrikan mandat kepada kerajaan yang memerintah melalui sesuat1r pilihan raya yang bebas dan adil. Sudah tenhrnya rakyat memerlukan banyak kebebasan unhrk mengambil bahagian sepenuhnya dalam pemerintahan demokrasi. Kawalan dan campur tangan keraj aan yang keterlaluan terhadap kehidup an harian masyarakat sudah tentunya tidak berapa digemari oleh rakyat di sesebuah negara demokrasi. Tinjauan Literatur L. Demokrasi Kajian yang bersifat "local politicsl' ini diletakkan dalam konteks pendemokrasian, penyertaan rakyat,

Demokrasi di Pinggiran kepimpinan barisan hadapan peringkat akar umbi, politik etnik dan penaungan serta perbahasan mengenai politik lama dan politik baru. Sehubungan itu, kajian awal dalam ketiga-tiga bidang pengetahuan tersebut akan dijadikan rujukan asas dalam kajian ini. Kajian mengenai pendemokrasian dan isu yang berkaitan seperti pembentukan masyarakat sivil sememangnya menarik serta kerap kali dibincangkan. Tiga aspek utama demokrasi yang sering mendapat penekanan ialah perlu "kurangnya campur tangan kerajaart", electoral democracy dan deuelopmentalist state (Sorensen, 1998). Maksud kurangnya campur tangan kerajaan ialah rakyat mempunyai tahap kebebasan yang tinggi tanpa campur tangan kerajaan yang keterlaluan dalam kehidupan mereka. Rakyat diberi kebebasan sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang negara tersebut. "Electoral democre,cy" pula lebih menekankan penyertaan rakyat dalam proses politik negara tersebut seperti penglibatan mereka dalam sesuatu pilihan raya. Fokus yang ketiga ialah berhubung deuelopmentalist state. Pendekatan deuelopmentalist state melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan itu bergantung kepada kemampuan pemimpin menjalankan pembangunan ekonomi negara tersebut. Walaupun deuelopmen talist state sering dikaitkan dengan kerajaan otoritarian tetapi ini bukan bermakna ia tidak responsif kepada rakyat. Deuelopmentalist state yang responsif dikenali seba gar democratic deuelopmentalist

* - 4. - Demokrasi di Pinggiran state. Secara umurrlnya,- proses pendemokrasian di negara-negara membangun tidak sehebat yang diharapkan tetapi ini bukan bermokna negara-negara tersebut kembali ke zrtmnn pemerintahan yang bercirikan otoritarianisme (Sorensen, 1 gg8). Demokrasi secara rin*asnya bermaksud "pemerintahan oleh rakyaf, sudah tentunya tidak mempunyai banyak pakna tanpa penyertaan rakyat. Malah dalam maksud demohasi hrlen di Athen rakyat terlibat secara langsung, 1.. in uhbh all citizens who so desired met peridiaay to elut state officials personally enact laws'(rmki4 lgfrr: G4). Penyertaan rakyat dalam demokrasi nlon lebih bermakna sekiranya mereka diberikan tebebesan untuk berbuat demikian. Ruang yang mencutupi perlu disediakan dan ini juga bermakna segala bcntuk kawalan politik yang boleh menjadi penyelat tepada kebebasan harus diketepikan. Misalnya rakyat memerlukan ruang untuk persaingan politil Kebebasan juga perlu untuk membentuk masyaratat siyil yang merupakan tunjang kepada pertumbuhan demolrasi di negara tersebut. Demokrasi juga membenarkan seseorang in divi du u ntuk m e mberikan pendapat atau pandan gan yang berbeza dari pemerintah. Menumt Roskin (1997: 67), "... If gouernment erists to wrve the people, the people must haue tlrc risht to rcsist the comrnands of gouerrument if those nmmonds nn longer serue the public will." Demokrasi juga disilatkan *probably the most emotionally prouocatiue word in the world's political

Demokrasi di Pinggiran uocabulary" (Rodee,Lg67: 93). Perkataan demokrasi yang begitu lunak didengar menyebabkan negaranegara yang diperintah menggunakan kuku besi turut menamakan kerajaan mereka sebagai demokratik. Demokrasi bukan dianggap semata-mata sebagai sistem pemerintahan tetapi ia juga dianggap sebagai cara hidup (tuay of life). Demokrasi akan menjadi lebih subur bila terdapatnya semangat toleransi yang membolehkan berbagai pandangan yang berbeza tentang sesuatu perkara dapat diluahkan. Sekatan yang terlalu banyak akan menghambat kebebasan seseorang individu yang diberi keutamaan dalam pemerintahan demokrasi. Penyertaan rakyat juga sangat penting dalam sistem demokrasi. Rakyat yang hilang minat untuk melibatkan diri dalam politik akhirnya boleh menyebabkan pemerintah cuai dan penyalahgunaan kuasa lebih cenderung untuk berlaku. Turut dipentingkan ialah kewujudan institusi demokrasi di mana aspirasi demokrasi rakyat dapat direalisasikan. 2. Kawalan, "Negara Keras" dan kekebalan pernerintah Dalam sesebuah negara yang mempunyai ciri-ciri negara keras ataupun apa yang disifatkan oleh Migdal (1998) sebagai hard state, suara rakyat sememangnya kurang meridapat perhatian pihak pemerintah. Kerajaan adalah lebih kebal (insulatua dan tidak responsif terhadap kehendak dan kemahuan rakyat. Negara yang mempunyai ciri-ciri hard state juga mengenakan banyak kawalan dan juga sekatan

->"-J- Demolcras i di Pinggiran terhadap rakyat mereka. Lantaran itu rakyat dapat merasakun baha*a segala aspek kehidupan mereka dibentuk oleh pihak yang berkuasa. Akhirnya, menyebabkan mereka merasakan bahawa hak kebebasan yang dijamin oleh demokrasi itu telah dinafikan. Kajian mengenai d.emcikrasi dan juga masyarakat sivil di Malaysia sememangpya telah banyak dibuat. Malah isu masyarakat sivil mengambil tempat yang istimewa apabila wujudnya badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan masyarakat sivil kerana ia dianggap penting.rttltk demokrasi (Weiss, 2002)' Begitu i.rgu dlngan kajian yang khusus mengenai bentuk "p*""intahan nn"r"v"ta yang dibuat oleh pengkaji irru, dan dalam negara seperti Jomo & Gomez (L992) Case (1993), Crouch (1996), Zakarta (1989). Kajian. kajian tersebut banyak mengulas tentang bentuk pemerintahan Maraysia. Misalnya, crouch (1996) *"rrg.rralisis isu di sebalik bentuk-bentuk kawalan politik yang ada di Malaysia. Menurut beliau kawalan potitik hampir terdapat di setiap lapisan masyarakat, iaitu, dari peringkal atas sehinggalah ke peringkat kampung.undang.undangatauperaturan-peraturan itu dikatakan menyekat kebebasan rakyat. Ramai pengkaji politik Malaysia bersependapat bahawa,"*lrrrangnya banyak bentuk kawalan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat' Sekatansekatan ini dikatakan mengongkong masyarakat. Lantaran itu, ada pihak yang mempertikaikan nilai-nilai demokrasi yang diamalkan di Malaysia'

Demokrasi di Pinggiran llalah ada yang berpendapat bahawa Malaysia mengamalkan "pseudo-democr acy" dan sebuah negara kuku besi (otoritarian state). Misalnya, Crouch (1996) menganalisis berbagai bentuk kawalan di Malaysia. Menurut Crouch, bentuk-bentuk kawalan yang terd.apat di Malaysia ialah seperti undang-undang d an juga peraturan-peraturan tertentu. Beliau mengggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai contoh di mana undang-undang tersebut mengawal aktiviti - aktiviti p elaj ar di institusi p en gaj ian tinggi. Di kawasan luar bandar pula, kakitangankakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) seolah-olah memantau masyarakat di kawasan Iuar bandar. Akta Keselamatan Dalam Negeri pula dianggap boleh mengancam kebebasan individu daripada memberikan pandangan mereka. Media jnga telah dikawal dengan akta seperti Akta Mesin cetak dan Akta Rahsia Rasmi. Ringkasnya, rakyat di Malaysia berhadapan dengan berbagai bentuk kawalan dalam kehidupan seharian mereka. Hasil kajian yang dibuat oleh Crouch itu tidak terlalu berbeza dengan kajian-kajian lain. Misalnya, Shamsul (1983) juga membuat pengamatan yang sama tentang sebuah organisasi politik yang mempunyai pengaruh!-ang kuat di kalangan penduduk di peringkat kampung. Menurut beliau, ahli-ahti organisasi tersebut merupakan golongan yang mendapat banyak manfaat daripada dasar kerajaan. Begitu juga dengan hasil kajian Rogers (1993) yang memperlihatkan pengaruh dan campur tangan pihak pemerintah di peringkat akar umbi. Beliau mengambil Kampung sungai Raya

*-'--.- Demokrasi di Pinggiran sebagai contoh. Walaupun kajian beliau menunjukkan rakyat di kampung itu mengalami banyak perubahan tetapi pada masa yang sama mereka juga dapat merasakan kawalan pemerintah semakin meningkat. Tulisan-tulisan awal yang dibuat oleh pengkajipengkaji di atas menunjukkan sememangnya banyak bentuk kawalan yang terdapat di Malaysia. Persoalannya ialah adakah penduduk-penduduk di kawasan pinggiran juga dapat merasakan "sentuhan" tersebut. Di Sarawak, penskaji-pengkaji awal turut menggambarkan kawalan dalam bentuk politik pemberi&d penaungan. IGjian yang dibuat oleh Roff (L974), Leigh (1974), Searle (1988), Cooke 1gg8 turur memperlihatkan pengpruh pemerintah yang ketara di peringkat akar umbl Misalnya, menurut searle (1983) dan Aeria (1996) projek-projek pembangunan diedarkan semasa pilihan raya dan pemimpinpemimpin masyarakat yang mempunyai pandangan politik yang berbeza tidak akan mendapat layanan yang baik. Lantaran ittu ada yang berpendapat bahawa pilihan raya mempakan tempat yang penting di mana penaungan diagih-agihkan untuk mempengaruhi dan mengawal pengundi. 3. Pilihan raya don Demohrrci Pilihan raya adalah asas kepada demokrasi dan penting dalam proses pendemokrasian. Ini kerana pilihan raya memberi peluang dan ruang kepada rakyat sesebuah negara untuk melibatkan diri secara langsung dalam

Demokrasi di Pinggiran proses demokrasi. Tambahan pula dalam sistem demokrasi penyertaan rakyat adalah penting kerana kuasa untuk memilih pemerintah terletak di tangan mereka. Sememangnya pemerintah yang dipilih melalui pilihan raya akan'menjadikan mandat yang mereka perolehi itu sebagai asas kepada keabsahan (legitimocy) pemerintahan mereka (Alagappa 1995: 11-53). Pilihan rayaboleh dianggap medan bagi rakyat memberi keabsahan kepada sekelompok individu untuk memerintah negara berdasarkan bentuk pemerintahan yang telah dipersetujui. Pokoknya, kerajaan demokrasi mestilah lahir dari sesuatu pilihan raya yang bebas dan adil (Huntington, 1997). Namun demikian, bukan semua kerajaan yang dilahirkan oleh proses demokrasi memerintah secara demokratik. Sering kedengaran dua pandangan yang agak berbeza tentang pilihan raya di Malaysia. Menurut satu pandangsh, pilihan raya yang diadakan di Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Namun menurut pandangan yang lain, pilihan raya di Malaysia adalah sekadar untuk mengesahkan sebuah kerajaan otoritarian yang sedia ada (Mavis Puthucheary, 2005:1). Penulis-penulis yang begitu kritikal tentang sistem pemerintahan Malaysia menyifatkan negara ini sebagai tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Lantaran itu, kedengaran pelbagai jolokan seperti pseudo-democrac!, repressiue-responsiue regime dan authoritarian state yang diberikan kepada Malaysia. Kajian-kajian lepas mengenai pendemokrasian dan pilihan raya di beberapa buah negara di Asia Tenggara

**'''4- Demolcras i di Pinggiran menggambarkan yang proses pilihan raya sebagai sesuatu yang meriah, mahal dan adakalanya penuh dengan keganasan. Menurut Arg,iros (1996: 189-280) dan McVey (2000: 18), calon-calon pilihan raya di Thailand menggunakan juml ah wan g yan g b es ar untuk membeli sokongan. Adakalanya mereka mendap atkan sokongan daripada. kumpulan yang melakukan perniagaan secara haram (und'erworld). Misalnya, ahli perniagaan (dikenali sebagai chao pho), biasanya akan memberikan sokongan kewangan kepada caloncalon yang bertanding dan mengharapkan balasan daripada calon berkenaan bila dia menang kelak. Terdapat juga di se*tengph kawasan mereka juga menggunakan taktik tasar untuk menakutkan dan mengawal penyokong-penyokong mereka- Taktik ini amat berkesan t rutemr sekali apabila orang-orang politik tersebut menpmyai askarnya sendiri yang boleh digunakan untuk tutuan tersebut. Terdapat juga cahcah yang mendapatkansokongan dengan cara membe,ri iamuan dan makanan percuma untuk pengundi mer ta- Di Macau, pengundipengundi akan dijamu dengan makanan percuma dan diberikan hadiah @ifls) $rpaya mereka mengundi calon tertentu. Pada waktu hari pengundian, pengundi-pengundi Rknn dibawa ke restoran di mana makanan sudah disediakan- Kemudian mereka akan dihantar ke tempat mengrrndi (Yee L997: 944-960). Begitu juga di Filipina di msna calon-calon yang bertanding juga mendapatkan sokongan kewangan uunder daripada kumpulan-kumpulan world' (Sidel 1999; Bionat 1998). Mereka mengharapkan orang 10

Demolcrasi di Pinggiran yang mereka sokong akan membayar balik pelaburan mereka dalam bentuk kontrak kerajaan dan juga lesenlesen perniagaan. Ini sudah tentunya mewujudkan kronisme. Sidel (1999), menggunakan istilah "bossism" untuk merujuk kepada orang-oran! politik yang kaya serta berpengaruh di wilayah-wilayah tertentu di Filipina. Selalunya pada musim pilihan raya, mereka akan menggunakan kekayaan mereka untuk membeli sokongan. Mereka juga sering menggunakan taktik kasar terhadap lawan mereka. Sesetengah mereka amat berpengaruh dan mempunyai angkatan bersenjata tersendiri. Ini menyebabkan sering berlakunya keganasan di antara penyokong-penyokong mereka. Selain daripada unsur keganasan, pilihan rayajuga ibarat pesta di mana undi menjadi komoditi yang akan diperdagangkan. Menurut McCargo (1997: I32' 148), undi bertukar menjadi satu komoditi yang boleh dijual dan dibeli. Huntington menyifatkan pembelian dan penjualan undi sebagai satu bentuk rasuah. "... uote buying as bribery where one trades political power for money uthile the other trades nxoney for politica,l power. In both cases something public (a uote, or offi,ce or decision) is sold for priuate gain" (Huntington 1968: 61). Di sesetengah kawasan, aktiviti membeli dan menjual undi begitu hebat. Sebenarnya suasana yang meriah ini boleh menarik ramai orang untuk turut serta dalam sesuatu pilihan raya.ini kerana, mereka tahu akan ganjaran yang lumayan menanti mereka. \Iereka menganggap calon-calon yang bertanding l1

Demolcrasi di pinggiran sebagai seorang 'funta crause- yang m e mb awa muncul hadiah-hadi"n dan tt p"nyokong-penyokon mereka (Aeria tgg7:24). ""t g aspek be ini aifit, menggambarkan sabagai *,r"p rylq positif untuk proses ffiffi ia Hf# bob;' ::Trl"rana i""*n ramai.tran Pilihan tayayang-# su&h perbelanjaaltent'nya melibatkan yang be88r-- Kryang sering tinggr dikaitkan ini juga a"ogao_h.,hr6 politik indm drl perniaga"- di anrara H"uffi*t politik dan antara korporat orang bermernr m dft e mbiayai banyak duit kos pilihan untuk nayr (Acdr t gyf, di antara Z O).Hubun gan ntit:k dan p.*ira." negara A di U"U.rapa Asia Tenggara buah rfil-tl-. (Gomez Uorif.t 2oo2: simbiotik 4-ggjpeluang untuk- perniagun ffirit membuka memberikan unrrara perniagaan pulangan (lnend Wang h.drd" ini orang akan politik. die;akan unnot dan i"nrr" menambahkan mengekalkan k"; po[til kedua-dua G j.rs, pihak bermakna -"-"a"r.og akhirnya sama menyebabkan lain dan ncrutr daripada tetagihan input vu."g lain. Brd ;ffp"*t vans intim ini hubungan dapat ;"d"d serta memungkinkan ti"sran mereka t"m'ffitungan b akal diperolehi. yang LanG nr simbiotik hrtun8an yang ini akan bersifat berte.rsan (Gmez: fro2:4_b'). Gomez (1g91: v), mengaittad potrt dengan rang penglib3p" di Malaysia o;;* p'bt Parti-parti d"i"- perniagaan. politik. -Jg,-"r"" tertentu syarikat_syarikar sebagai inuestilr (Drrrs mereka terribat r2

Demokrasi di Pinggiran secara langsung dalam perniagaan. Misalnya, di peringkat kebangsaan ada yang berpendapat bahawa United Malays National Organisation (UMNO) adalah anak kunci kepada kekaya ant "the h,ey that opened the doors to fabulous wealth and riches" (Teh 2002: 338-345). Cooke (1999: 88), pula menyifatkan kos pilihan raya yang tinggi dan politik wang sebagai akibat dan juga penyebab kepada hubungan intim di antara politik dengan perniagaan. Menurut Teh (2002 : 338-345), senario di Malaysia juga mempunyai banyak persamaan dengan negara-negara lain bila orang korporat sanggup berbelanja kerana percaya bahawa pulangan pelaburan mereka itu adalah lumayan, "... the businesstnen or rich indiuiduals u:ith uested interest seldom hesitate to giue nxoney to politicians for their political career in return for securing fauours - especially busirless fauours" (Teh 2002: 338-345). Sarawak telah didedahkan kepada proses pilihan raya sejak awal tahun 1960an lagt. Pada peringkat awahya, pilihan raya diadakan di peringkat kerajaan tempatan di mana rakyat mengundi wakil-wakil mereka untuk menjadi ahli majlis kerajaan tempatan. Pilihan raya yang diadakan adalah secara tidak langsung dan berdasarkan three-tier systenr. (Tilman, 1963: 508). Pada tahun 1969 sistem pilihan raya sebegini diubah dan rakyat di Sarawak buat pertama kalinya berpeluang untuk membuat pemilihan secara langsung. Kajian!'ang dibuat oleh Milne dan Ratnam (I97 4), Roff (L974), dan Leigh (I97 4) mencerakinkan pengalaman rakyat di Sarawak yang terlibat buat kali yang pertama dalam pilihan raya secara langsung. Misalnya, calont3

Demokrasi di Pinggiran calon yang bertanding berhadapan dengan berbagai kerumitan serta halangan dalam usaha mereka untuk meraih sokongan daripada raky'at. Sejak mencapai kemerdekaan Sarawak diperintah oleh kerajaan gabungan pelbagai parti. Kerajaan gabungan bermula dengan pembentukan Sarawak Alliance (1963) dan diikuti Sdrarvak Coalition Government pada tahun 1970.r Pada tahun 1974 gabungan ini dinamakan Barisan \asional (BN). Dewan Undangan Negeri pula terdiri daripada 62 ahli.rllanakala kerusi parlimen ialah sebanl'ak 27. Sejak merdeka pada tahun 1963. Saran'ak telah dipimpin oleh empat orang Ketua I\{enteri. Kalong \ ingkan ( 1963-1966),Tawi Sti (1966-1970). Rahman Yaakub ( 1970-1981) dan Abdul Taib \'[ahmud (1981-sekarang). Pada masa kini kerajaan Barisan Nasional 1'ang memerintah negeri Sarawak adalah gabungan empat buah parti politik: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United Peoples' Partl' tsuppl. Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) and Parti Rakyat Sarawak (PRS).4 Pada tahun 2001. BN memenangr 61 daripada 62 kerusi di DUN. Pembangkang tunggal ialah dari Democratic Action Partv (DAP) (]Iersat 2001: 124-2 Untuk perbincangan lanjut sila ru;uk ka.yian as al van-q dibuat oleh Leigh (1974), Milne & Ratnam ( 1974). dan RotT t l9--t). 3 Jumlah ini menjadi 70 dengan penambahan lapan kerusi (Opar, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban. Bukit Danau. Pujut. Daro dan Bekenu) yang telah diluluskan oleh Deu'an Undangan Saras'ak pada bulan Jun 2005 (Suruhanjaya Pilihan Raya Malal'sia. http: \\'\r'\\'.spr.sor'.my/bharianl70105. htm.24 Ogos 2005). a Parti Rakyat Sarawak (PRS) ditubuhkan pada bulan Oktober 2004 setelah pendaftaran Parti Bansa Dayak Saran'ak (PBDS) dibatalkan. t4