REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN ALMANAK BERDASARKAN EPOK J2000.0

Similar documents
BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Kaedah Relatif Untuk Penentuan Nilai Pembetulan Medan Bebas Mikrofon Pengukuran Bunyi

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

Kajian Kecerahan Langit di ufuk

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

PENGARUH KELEMBAPAN KE ATAS KEKERUHAN ATMOSFERA (I): KAEDAH

Penyelidikan Ilmu Falak di IPT

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Second Semester Examination 2010/2011 Academic Session. April/May 2011

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

Integrasi Kaedah Geospatial dan Pemodelan Hidrodinamik untuk Mengkaji Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Kawasan Pantai

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

CHEMICAL CONSTITUENTS OF CALOPHYLLUM INOPHYLLUM AND CRATOXYLUM GLAUCUM (GUTTIFERAE)

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

Piawaian Bon Hijau ASEAN

EKSPERIMENTASI PEMBENTUKAN WARNA DALAM AIR

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

PENGARUH KELEMBAPAN KE ATAS KEKERUHAN ATMOSFERA (11): ANALISIS DATA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. PREVALENCE OF Vibrio cholerae IN COCKLES IN SELANGOR AND PAHANG, MALAYSIA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

TEMPAT MENARIK SYDNEY

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

SAFETY ON NAVIGATION IN THE STRAITS OF MALACCA USING AUTOMATIC IDENTIFICATION SYSTEM (AIS) DATA AMIRRUDIN BIN YAACOB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

RHB BANK BERHAD PLATINUM CREDIT CARD - GENERAL TERMS AND CONDITIONS (EEFECTIVE 1 SEPTEMBER 2018)

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA NO. KES : 10/4 122/15 ANTARA MOHD SAIFUL ARBI BIN RADZUAN DAN HOSPITAL FATIMAH NO. AWARD: 505 TAHUN 2017

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Transcription:

Buletin Geoinformasi, Jld. 2 No.2, ms. 267-271 Disember, 1998 Penerbitan Akademik Fakulti Kejuruteraan & Salns Geoinformasi REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN ALMANAK BERDASARKAN EPOK J2000.0 Kamaluddin Hj. Omar Mustafa Din Subari Tan Eng Liang Otis Almanak Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia Skudai Abstrak Penggunaan almanak astronomi adalah penting dalam kerja Ukur Tanah, Astronomi dan Falak Syarie. Alfnanak terbitan negara Malaysia yang sedia ada seperti Almanak Ukur Malaysia dan Almanak Falak Syarie, masih berdasarkan kepada epok piawai J1950 untuk perhitungan efemeris matahari. Data-data untuk efemeris matahari dan R telah dihitung menggunakan Jadual Matahari Newcomb (1895), Teori Egahan Woolard (1953) dan Sistem Tetapan Astronomi IAU (1964). Efemeris bulan pula dihitung menggunakan Persamaan E. W. Brown yang diringkaskan. Sejak 1984 almanak keluaran luar negara seperti The Star Almanac for Land Surveyors, Astronomical Almanac dan sebagainya telah menggunakan epok piawai J2000 sebagai epok rujukan. Dengan ini almanak yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada epok J2000. Satu perisian dibangunkan bagi menghitung almanak berdasarkan epok J2000. Efemeris matahari almanak ini dihitung mengunakan modifikasi Teori Newcomb iaitu Jadual Matahari Newcomb (1898), Teori Egahan IAU 1980 dan Sistem Tetapan Astronomi IAU (1976). Efemeris bulan pula telah dihitung menggunakan persamaan penuh E. W. Brown. Perisian bagi menghitung efemeris matahari dan bulan dhaksanakan dengan aturcara komputer FORTRAN Visual Workbench Ver 1.0. Keputusan hash hitungan dibandingkan dengan beberapa almanak sedia ada. Analisa hash hitungan menunjukkan almanak yang baru ini dapat menghasilkan data efemeris dalam toleransi kejituan yang dijangkakan. 1.0 PENGENALAN Fenomena-fenomena astronomi telah n),emainkan peranan yang penting dalam tamadun manusia. Manusia menerapkan fenomena ini dalam budaya, agama, kepercayaan dan mitologi. Fenomena astronomi seperti peredaran matahari, bulan dan bintang juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia moden. Ia digunakan dalam navigasi, penentuan masa, pembentukan kalader dan astrologi. Astronomi juga mempunyai kaitan yang rapat dengan sains pengukuran dan pemetaan dimana matahari dan bintang sebagai rujukan semulajadi untuk penentududukan, menghubungkaitkan geoid dan elipsoid rujukan dan penentuan orientasi suatu garisan. Melihat kepada kepentingan-kepentingan ini maka telah ujud berbagai bentuk rekod mengenai kedudukan jasad-jasad samawi untuk memenuhi keperluan berbagai bidang sains (A. Hamid, 1990). Otis Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinfonnasi, Universiti Teknologi Malaysia telah membina dan menerbitkan almanak astronorni yang dikenilli sebagai Almqnak Ukur Malaysia (ADM) sejak tahun 1989. Elemen orbit serta kedudukan rnatahari yang terkandung di dalam ADM diberikan 267

Kamaluddin Hj. Omar, Mustafa Din Subari, Tan Eng Liang dalam sistem rujukan astronomi Jl950. Data-data efemeris matahari dan R telah dihitung menggunakan Jadual Matahari Newcomb (1895), Teori Egahan Woolard (1953) dan Sistem Tetapan Astronomi IAU (1964) (M. Hanifa, 1982). Efemeris bulan pula hanya dihitung menggunakan Persamaan E. W. Brown yang diringkaskan (Mustafa, 1989). Bagi meningkatkan kualiti dan kejituan data-data yang dijadualkan, satu perisiaan bagi baru telah dibentuk dengan mengambilkira model-model hitungan yang lebih baik serta menggunakan data-data dari epok rujukan J2000. Kertas ini melapurkan pembentukan perisian tersebut serta analisa ketepatan ltitungannya dengan membandingkan kepada beberapa almanak semasa. 2.0 EPOK RUJUKAN J2000 Didalam sistem penentudukan angkasa, rujukan utama yang digunakan ialah vektor paksi kutub bumi dan vektor paksi ekliptik. Persilangan pertama antara satah ekliptik dan satah khatulistiwa dipanggil Titik Hamal Awal (First Poidt of Aries, y ). Kedudukan objek-objek samawi dalam sistem rujukan samawi diberikan oleh parameter-parameter Jarak Hamal (R.A) dan Deklinasi (0). R.A ialah jarak yang diukur dari y ke objek melalui satah khatulistiwa pada -arah gerakan matahari dalam orbitnya, manakala 0 pula ialah ketinggian suatu objek dari satah khatulistiwa, yang diukur sepanjang bulatan ko-latitud. Kedudukan kedua-dua vektor di atas sentiasa berubah disebabkan oleh kesan egahan dan liukan (precession and nutation). Ini menyebabkan perubahan kepada kecondongan satah khatulistiwa dan juga kedudukan y. Perubahan-perubahan ini memberi kesan terhadap perubahan nilai y dan 0 bagi objekobjek samawi selain dari perubahan disebabkan oleh sistem peredaran objek itu sendiri (Mueller, 1969). Pencerapan kedudukan relatif antara paksi kutub dan ekliptik (melalui cerapan bintang) memberikan fakta yang jelas mengenai teori egahan dan liukan. Pakar-pakar astronomi telah merumuskan teori tersebut dengan jitu dan dengan itu telah menetapkan sistem rujukan samawi pada epok-epok tertentu. Pada masa ini epok rujukan J2000 telah diambil dan diguna pakai bagi menggantikan epok rujukan yang terdahulu iaitu Jl950. Epok J2000.0 didefinisikan pada hari 1.5 Waktu Dinamik Barisentrik (IDB), bulan Januari tahun 2t)OO (Illinworth,1984). Sistem rujukan samawi pada ketika-ketika lain boleh dihitung melalui nilai-nilai tetapan bagi rumus egahan dan liukan yang diterbitkan oleh International Astronomical Union (lau). 3.0 PEMBANGUNAN PERISIAN ALMANAK J2000 Model matematik utama yang digunakan bagi. menghasilkan efemeris matahari adalah dari Naval Observatory Vector Astrometry Subroutines (NOVAS), United States Naval Observatory, USA iaitu subrutin SOLSYS Version 3. Subrutin ini mengunakan modifikasi Teori Newcomb iaitu Jadual Matahari Newcomb (1898). Efemeris bulan pula mengunakan persamaan penuh E. W. Brown. Transformasi kedudukan objek samawi kepada sistem rujukan berdasarkan epok J2000 dilakukan dengan mengunakan Teori Egahan IAU 1980 dan Sistem Tetapan Astronomi IAU 1976. Perisian Almanak J2000 atau AJ2000 te1ah dibina dalam bahasa FORTRAN dengan menggunakan kompiler FORTRAN Visual Workbench V 1.00, (Copyright 1993 Microsoft Corporation) dan perisian ini berfungsi dalam sistem DOS (Disk Operating System). AJ2000 akan memberi hasil efemeris matahari, efemeris bulan, waktu ijtimak dan elemen matrik egahan dan liukan. Almanak ini memberikan data efemeris matahari dalam format AUM yang baru (AUMI997). Manakala efemeris bulan dijadualkan 268

Rekabentuk dan Pembangunan Almanak Berdasarkan Epok J2000.0 mengikut format Afmanak Fafak Syarie (AFS). Keterangan lebih terperinci mengenai rumus-rumus yang digunakan dalam pembentukan AJ2000 boleh dirujuk di dalam Tan (1997). Carta alir struktur perisian AJ2000 ditunjukan dalam Rajah 1. MULA Hirong cfcmeris rnatahaci dan bulan pada ketika W"aktu HitunS waktu tc.-bit dan tcrbenam matahari II W{WT 0 Hitung Waktu Ijtinl.ak II C~NJ 0 Hitung cfemeris tilalaban dan bulan secara tahunan II sr IJ Hitung waktu terbit dan tcrbcmun bulan LI -.il Input Data 1......I...I-JI Subrutin Rajah 1 : Carta Alir Perisian AJ2000 269

Kamaluddin Hj. Omar, Mustafa Din Subari, Tan Eng Liang 4.0 ANALISA KEJITUAN AJ2000 Tahap kejituan yang dicapai oleh perisian AJ2000 telah dianalisa dengan membuat perbandingan dengan beberapa almanak yang sedia ada di pasaran pada masa ini iaitu Astronomical Almanac (AA), The Star Almanac For Land Surveyors (SALS), The Nautical Almanac (NA), AUM dan AFS. Sebanyak empat set sarnpel data efemeris bagi setiap bulan yang dihasilkan oleh perisian AJ2000, iaitu bagi hari pertama, ke 8, ke 15 dan ke 24 dari tahun 1993, 1994, 1995 dan 1996 telah dibandingkan dengan data-data efemeris yang ambil dati almanak-almanak di atas. Nilai-nilai Root Mean Square (RMS) bagi perbezaan data-data efemeris hasil dari perbandingan di atas diberikan di da1am Jadual 1. Dari perbandingan dengan AA, nilai RMS bagi beza R.A adalah ±0.02s dan manaka1a beza 8 adalah ±O.l". Hasil perbandingan dengan SALS bagi 8, E dan R memberikan nilai RMS masing-masing ±2.1", ±0.06s dan ±0.18s. Nilai RMS bagi perbandingan dengan AUM bagi 8 adalah ±1.0", R adalah ±O.08s dan E ada1ah ±0.15s. Dari perbandingan di atas, data efemeris matahari dari AJ2000 hampir menyamai nilai-nilai dati AA dengan nilai perbezaan yang sangat keci!. Perbandingan dengan SALS pula menunjukan bahawa ni1ai RMS bagi 8 sebanyak ±2.1" adalah dalam lingkungan had penjadualan nilai tersebut kerana SALS hanya memberikan 8 kepada 0.1' atau 6" yang hampir. Bagi efemeris bulan, perbandingan dibuat dengan AA dan AFS dan hasilnya ditunjukan pada Jadual 2. Nilai RMS bagi R.A adalah ±2.78s dan 8 adalah ±15.9". Perbezaan yang agak ketara ini disebabkan oleh perbezaan didalam penggunaan model sistem gerakan. AJ2000 adalah dari persamaan E. W. Brown manakala perhitungan AA adalah hasil tentudalaman dari pengkalan data DE200ILE200 yang dihasilkan dati kaedah integrasi numerikal bagi orbit bulan. Secara keseluruhan boleh dikatakan perisian AJ2000 dapat menghitungkan nilai-nilai efemeris matahari dan bulan yang jitu, setanding dengan almanak-almanak sedia ada. Kuantiti AJ2000-AA AJ2000-SALS AJ2000-AUM i. JarakHamal ±0.02s - - ii. Deklinasi ±0.1" ±2.1 " ±l.o" HI. R - ±0.06s ±0.08s iv. E - ±0.18s ±0.15s Jaduall : RMS Perbandingan Efemeris Matahari Kuantiti AJ2000-AA 1. JarakHamal ±2.78s 11. Deklinasi ±15.9" Jadual2 : Hasil RMS Maksirna Perbandingan Efemeris Bulan 270

Rekabentuk dan Pembangunan Almanak Berdasarkan Epok J2000.0 5.0 KESIMPULAN Otis Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinforrnasi, Universiti Teknologi Malaysia, telah menerajui penerbitan almanak di Malaysia. Berrnula dari tahun 1989 dengan AUM dan 1992 dengan AFS, kini Otis Almanak telah mengeluarkan satu lagi almanak yang berasaskan epok piawai 12000, yang dikenali sebagai Almanak 12000 (AJ2000). Berdasarkan kepada hasil analisa yang telah dibuat, didapati bahawa hasil hitungan efemeris matahari dan bulan dalam AJ2000 adalah lebih baik daripada AUM dan AFS. Daripada analisa kejituan telah dibuat juga didapati AJ2000 setanding dengan almanak-almanak lain terbitan luar negara. lni seharusnya dapat menghilangkan sebarang keraguan terhadap penggunaan almanak-almanak tempatan, berbanding dengan almanak-almanak terbitan luar negara. PENGHARGAAN Penulis berterima kasih.kepada En. Mohamad Saupi Bin Che Awang diatas kerjasama dalam kajian ini. RUJUKAN Abdul Hamid bin Mohd. Tahir (1990). Unsur-Unsur Astronomi Praktik Untuk Kegunaan Ukur Tanah. Skudai : Unit Penerbitan Akademik Univcrsiti Teknologi Malaysia. lliingworth, V (1984). Macmillan Dictionmy OfAstronomy. (2'd). London; The Macmillan Press LTD. Mohd Hanifa K. Abdul Hamid (1982). The Preparation Of The Star Almanac, Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Mueller l. Ivan (1969). Spherical And Practical Astronomy As Applied To Geodesy, (2'd Ed). New York: Frederick Ungar Publishing Co. Mustafa bin Subari (1989). "Almanak Ukur Malaysia." The SUlveyor, 4 TH Quaterly'89 ; 3-7. Tan, Eng Liang (1997). Rekabentuk Dan Pembangunan Almanak Berdasarkan Epok J2000.0. Projek Sarjana Muda, Universiti Tcknologi Malaysia, Johor. 271