Senarai Hotel Terbaik di Johor Bahru (JB) KL Sentral http://klsentral.org FAQs on LRT, KTM, Monorail, KLIA Express, Skybus, Genting Bus and Hotels. Akhir-askhir ini, Johor Bahru menjadi destinasi tumpuan bagi percutian sekeluarga. Kemunculan theme park ternama seperti Legoland, Hello Kitty Town & The Little Big Club dan pusat membeli-belah berjenama di Johor Premium Outlets menjanjikan percutian ke J istimewa untuk setiap ahli keluarga. Berikut adalah senarai hotel terbaik di Johor Bahru berdasarkan maklum balas para pengunjung ke JB (termasuk Nusajaya) dari portal-portal tempahan hotel atas talian. Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya) 1. The Legoland Malaysia Resort 1 / 9
Hotel Legoland Resort Malaysia 2 / 9
Bilik Hotel Legoland Malaysia Resort Jika anda ingin membawa anak-anak ke Legoland, inilah satu-satunya hotel yang menjanjikan kenangan istimewa yang sukar dilupai. Hotel Legoland Malaysia Resort dicalonkan sebagai Hotel Terbaik di Johor Bahru kerana menawarkan penginapan yang berkualiti tinggi untuk keriangan cuti sekeluarga di Johor Bahru. Hanya 35 km dari pusat bandar, lokasi strategik hotel memastikan tetamu boleh ke mana-mana sahaja dengan cepat dan mudah ke tempat-tempat tarikan. Setiap bilik dihias dengan tema-tema khusus yang berkaitan dengan lego and cerita animasi untuk kanak-kanak. Hotel ini turut menawarkan kolam renang luar dan kolam renang kanak-kanak. 2. KSL Hotel & Resort (Best untuk shopping di JB) 3 / 9
KSL Hotel and Resort di Pusat Bandar Johor Bahru 4 / 9
Taman Tema Dinasaurs di Tingkat 7 KSL Hotel and Resort Johor Bahru Kepada mereka yang tidak rela tinggal jauh dari pusat bandar, KSL Hotel and Resort merupakan pilihan terbaik kerana hotel terbaik di Johor Bahru ini terletak di pusat bandar Johor Bahru. Hotel ini terletak pada kedudukan yang baik di kawasan membeli-belah, kehidupan malam, restoran-restoran di bandar Johor Bahru. Malahan, terdapat pusat membeli-belah di bawah hotel ini. Lokasi hotel ini strategik kerana ia berhampiran dengan Dignostic Centre Sdn Bhd, Pusat Perubatan Century, Specialist Women Hospital Sdn Bhd. Hotel KSL menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang (kanak-kanak), sauna, pusat kecergasan dan kolam renang luar. Jangan lupa membawa anak-anak ke taman tema dinasaur yang terletak di tingkat 7 hotel terbaik di JB ini. Masuk percuma untuk semua tetamu hotel KSL. 3. Traders Hotel Puteri Harbour (terbaik untuk lawatan perniagaan di samping bercuti) 5 / 9
Traders Hotel Puteri Harbour Johor Bahru Bagi pengunjung yang datang ke Johor Bahru atas urusan perniagaan, Traders Hotel Puteri Harbour adalah pilihan terbaik. Terletak di Gelang Patah, hotel ini terletak dekat dengan pusat bandar. Bagi mereka yang datang bercuti bersama anak-anak, Hotel 4-bintang ini juga berdekatan Puteri Harbour Theme Park, Sanrio Hello Kitty Town, The Little Big Club. Traders Hotel Puteri Harbour menawarkan perkhidmatan seperti pusat perniagaan, restoran, layanan bilik, peti deposit keselamatan dan bar. Hotel terbaik di Johor Bahru ini turut menawarkan kolam renang luar, pusat kecergasan, taman, rumah urut, kolam renang (kanak-kanak). Hotel ini juga lebih dekat dengan Legoland and Johor Premier Outlet berbanding hotel-hotel lain yang terletak di pusat bandar Johor Bahru. 4. Hotel Mutiara Johor Bahru 6 / 9
Mutiara Hotel JB Terletak di Taman Century, Johor Bahru, Hotel Mutiara amat sesuai untuk lawatan anda ke Johor Bahru kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan tambak ke Singapura. Hotel terbaik di Johor Bahru ini terletak bersebelahan dengan Holiday Plaza, sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru yang terkenal dengan jualan pelbagai jenis DVD dan cakera permainan. Walaupun hotel ini berusia lebih 30 tahun, bilik-biliknya telah diubahsuai semula pada tahun 2010. Setiap bilik hotel Mutiara dilengkapi kemudahan seperti peti keselamatan berelektronik, bar mini, peti sejuk, pengering rambut, kemudahan membancuh kopi dan teh, saluran cerita, telefon dengan kemudahan panggilan antarabangsa (IDD), perkhidmatan bilik 24 jam, dan perkhidmatan dobi. Kepada pengunjung ke Johor Bahru yang ingin mencari penginapan yang boleh diharapkan dengan bilik yang besar, cantik dan bersih, Hotel Mutiara adalah pilihan yang selamat. 5. Hotel Thistle Johor Bahru 7 / 9
Thistle Hotel Johor Bahru Hotel terbaik di Johor Bahru ini terletak di pusat bandar dan hanya beberapa minit dari Singapura. Hotel Mewah 5 bintang ini menyediakan 381 bilik di mana 125 daripadanya terdiri daripada bilik eksekutif mewah dengan pemandangan Selat Johor. Bilik hotel ini berciri moden dan lengkap dengan kemudahan seperti Health Club yang memiliki dua tingkat kolam renang terbuka, dua gelanggang tenis, bilik loker berasingan bagi lelaki dan perempuan. Selain itu, perkhidmatan berurut, sauna, kolam pusaran dan rawatan spa turut tersedia di hotel ini. Thistle Hotel juga dekat dengan lapangan golf. Justeru, ia sangat sesuai untuk pelawat yang datang ke Johor Bahru atas urusan perniagaan atau percutian. Pastikan anda memilih bilik yang menghadap selat Tebrau untuk menikmati permandangan terbaik dari bilik hotel anda. Tips Untuk Menempah Hotel Terbaik di Johor Bahru Jika anda juga ingin membawa anak-anak ke Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club, pastikan anda menempah hotel anda melalui Agoda.com. Vaucer tempahan Agoda membolehkan menikmati diskaun sebanyak 30% untuk tiket Sanrio Hello Kitty Town & The Little 8 / 9
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org) Big Club di Nusajaya, Malaysia! Setiap bilik yang ditempah layak menerima diskaun untuk 4 tiket yang dibeli di kaunter tiket di pintu masuk Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club. Tawaran ini laku sehingga 31 Disember 2014 dan boleh diguna pakai asalkan anda menempah hotel anda (mana-mana hotel di Johor Bahru Malaysia) melalui Agoda. Lebih banyak hotel-hotel terbaik di Johor Bahru akan ditambah ke laman web ini dalam sedikit masa lagi.top 10 hotels in Penang http://pulaupinang.org/10-hotel-terbaik-di-pulau-pinang for your visit to Pulau Pinang. Senarai Hotel Terbaik di Johor Bahru (JB) 9 / 9