Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

Similar documents
PENGURUSAN KUMPULAN KESENIAN JABATAN (KKJ) DI JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KELANTAN (JKKN, KN) Siti Nor Asiah Bt Mashor 28280

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR BAGI PERKONGSIAN TEMPAT MAKAN DI MALAYSIA UNTUK PLATFORM ANDROID (Jom Makan) NOR ROSMIZA BINTI WAHAB

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

KAJIAN PENGAPLIKASIAN SERAT KETOLA DALAM PRODUK HIASAN DALAMAN YUSLINA BINTI YAHYA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PERANAN UNIT SASTERA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SARAWAK (DBPCS) DALAM MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

l l M :1«lit., < t. jk. i sfai y : V \ s i s nt

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

(M ) MUZIK DAN TARI LANDOK SAMPOT: KAJIAN KES DI. KERTAS PROJEK DlKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

RETORIK BAHASA TAMIL DALAM PENGUMUMAN PEMASARAN NILAI SOSIAL THR RAAGA

N0i(/iAl«S BT RFZAU / ABDUL SUK0R

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

KOS KITARAN HAYAT TAPAK TELEKOMUNIKASI JENIS GREENFIELD SHEIKH MOHD SHAHRIEN BIN SHEIKH RAZMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

AUDIT DALAMAN. Tarikh : 29 Disember 2017 Tarikh : 29 Disember 2017

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG DI JALAN CEMPAKA, BANDAR SRI DAMANSARA

MENGKAJI MAKLUM BALAS PENGUNJUNG MELALUI LAMAN WEB TERPILIH TERHADAP FASILITI DI HOTEL-HOTEL PERANGINAN SEKITAR PORT DICKSON

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PATUNG BURUNG KENYALANG DALAM BUDAYA MASYARAKAT IBAN

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

EDU PELANCONGAN TASIK CHINI MELALUI LAWATAN MAYA

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Journal of Sports Science and Physical Education, Malaysia ISSN: Abstract

GARIS PANDUAN SKIM PENERIMAAN CALON UNTUK PENGAJIAN PASCA KEDOKTORAN UniMAP (BUKAN STAF UniMAP)

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

KESAN FOKUS LUARAN DAN DALAMAN KE ATAS ANGKATAN PRESS BEHIND NECK ATLET ANGKAT BERAT

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

ruhl v l Deformation Gharacteristics of Malaysian Fired Clay-Bricks for Masonry Structures by Assoc. Prof. Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

GARIS PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN PROGRAM LUAR (PESISIR) / KHAS

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

APLIKASI MUDAH ALIH TRAVELER DIARY. Mishalany Murthy Dr. Umi Asma Mokthar. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO : 2/4-700/15 DI ANTARA ZAINUDDIN BIN IBRAHIM DAN NICHICON (MALAYSIA) SDN BHD AWARD NO.

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

UNIT JAMINAN KUALITI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

... ' ' HAt< Mtllt< PUPimAWM SULTAM~H NUR laitlt\r UKl. tcsis

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

TEMPAT MENARIK SYDNEY

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Piawaian Bon Hijau ASEAN

PENGURUSAN. Kod Dokumen : UPM/PGR/P004

AMALI : BULAN. Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan. Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan. Pernyataan masalah:

RUMUSAN AUDIT DALAMAN MESYUARAT MAJLIS KUALITI INSTITUT Bil. 2/2012

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

EAST COAST TOURISM CORRIDOR (ECTC) LAB & SUMMIT TOURISM PRODUCTIVTY NEXUS

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

Transcription:

PEMULIHARAAN KUMPULAN WAYANG KULIT PURWO SRI WAHYUNI KAMPUNG PARIT BINGAN DARAT, PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR OLEH JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA JOHOR Zurrita binti Tahir 28750 Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2013

PEMULIHARAAN KUMPULAN WAYANG KULIT PURWO SRI WAHYUNI KAMPUNG PARIT BINGAN DARAT, PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR OLEH JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA JOHOR ZURRITA BINTI TAHIR Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif (Pengurusan Seni) Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2013 i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMULIHARAAN KUMPULAN WAYANG KULIT PURWO SRI WAHYUNI KAMPUNG PARIT BINGAN DARAT PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR OLEH JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA JOHOR SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya: ZURRITA BINTI TAHIR Mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis / Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi 5. * sila tandakan SULIT (mengandungi makulamat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh Tandatangan Penulis Tarikh: Alamat Tetap: No, 26 Kampung Parit Haji Salleh Sanglang, 82100 Ayer Baloi, Pontian, Johor. Tandatangan Penyelia Tarikh: Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, maka sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ii

PENGAKUAN Projek bertajuk Pemuliharaan Kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor telah disediakan oleh Zurrita binti Tahir dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni). Diterima untuk diperiksa oleh: (Tuan Haji Ghazali bin Abdullah) Tarikh: iii

PENGHARGAAN Alhamdulillaahirabbil Aalamin dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat serta hidayahnya maka pengkaji dapat menyiapkan Projek Tahun Akhir iaitu Pemuliharaan Kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor dengan jayanya. Pengkaji ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ghazali bin Abdullah iaitu selaku penyelia yang telah banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan sepanjang tempoh penyediaan Projek Tahun Akhir. Ucapan terima kasih juga kepada individu-individu yang terlibat terutamanya kepada En. Mohamad bin Marji iaitu ketua kumpulan Sri Wahyuni, En. Aswandi bin Kinan, En. Mohammad Hatta bin Yusof dan En Miskom bin Karim serta kepada Pihak JKKNJ iaitu En. Yunos bin Hj. Abu Bakar yang telah sudi membantu dengan memberikan maklumat serta cadangan sepanjang kajian dijalankan. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan rakan-rakan seperjuangan terutamanya Mohamed Nzeer bin Borhanuddin di atas segala dorongan sehingga kajian Projek Tahun Akhir telah berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Moga segala usaha yang dilakukan akan diberkati. iv

ISI KANDUNGAN Muka surat HALAMAN TAJUK BORANG PENGESAHAN STATUS THESIS PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI GAMBAR SENARAI RAJAH SINGKATAN ABSTRAK ABSTRACT i ii iii iv v x xi xi xii xiii BAB SATU: PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Permasalahan Kajian 3 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Kerangka Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Skop Kajian 7 1.8 Batasan Kajian 7 1.8.1 Batasan Masa 7 v

1.8.2 Batasan Tempat 8 1.8.3 Batasan Informan 8 1.8.4 Batasan Kandungan 8 1.9 Penyampaian Kajian 9 BAB DUA: SOROTAN KESUSASTERAAN 2.0 Pengenalan 10 2.1 Konsep Pemuliharaan 10 2.2 Pengertian Wayang Kulit 14 2.3 Sejarah Perkembangan Wayang Kulit Purwo 15 2.4 Dalang Wayang Kulit 17 2.5 Patung-patung Wayang Kulit Purwo 19 2.6 Alat-alat Muzik 20 2.7 Penceritaan Wayang Kulit Purwo 21 2.8 Bangsal Persembahan Wayang Kulit 23 2.9 Pemikiran Masyarakat Jawa dalam 24 Kebudayaan 2.10 Analisis Wayang Kulit Purwo 25 BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN 3.0 Pengenalan 26 3.1 Prosedur dan Proses Pengumpulan Data 26 3.1.1 Kajian kes 28 3.2 Jenis Data dan Sumber Data 29 3.2.1 Data Lisan 30 vi

3.2.2 Data Bercetak 31 3.3 Kaedah dan Teknik Pengumpulan Data 31 Primer 3.3.1 Temu bual 32 3.3.2 Pemerhatian dan Dokumentasian 33 Lapangan 3.4 Kaedah dan Teknik Pengumpulan Data 34 Sekunder 3.4.1 Kajian Keperpustakaan 34 3.5 Kaedah Analisis Data 35 3.6 Rumusan 35 BAB EMPAT: ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan 36 4.1 Mengenalpasti Kumpulan Wayang 36 Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor 4.1.1 Latar Belakang Kumpulan Sri 37 Wahyuni 4.1.2 Cara Persembahan Wayang Kulit 37 Purwo Sri Wahyuni 4.1.3 Peralatan Muzik Kumpulan Sri 38 Wahyuni 4.1.4 Cerita dan Bentuk-bentuk Patung 39 Kesenian Wayang Kulit Purwo Kumpulan Sri Wahyuni 4.2 Mendokumentasikan Cerita dan Bentuk- 40 bentuk Patung Wayang Kulit Purwo Kumpulan Sri Wahyuni di Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor vii

4.2.1 Lakon Kresna Duta 40 4.2.2 Sinopsis Cerita Prabu Dosomuko 48 Mencari Dewi Widowati 4.2.3 Sinopsis Cerita Bima Suci 49 4.2.4 Bentuk-Bentuk Patung Wayang 50 Kulit Purwo 4.3 Menganalisis Kaedah Pemuliharaan 73 Kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh JKKNJ 4.3.1 Kaedah Pemuliharaan Kumpulan 74 Kesenian Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni oleh JKKNJ 4.3.2 Kaedah Membaikpulih Peralatan 74 Kesenian Wayang Kulit Purwo Kumpulan Kesenian Sri Wahyuni oleh JKKNJ 4.3.3 Pemuliharaan Kumpulan Sri 75 Wahyuni Dari Segi Persembahan 4.3.4 Kaedah Pemuliharaan Dari Segi 76 Pemantauan Perkembangan Kumpulan SriWahyuni Menerusi JKKNJ 4.4 Rumusan 78 BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN 5.0 Pengenalan 79 5.1 Rumusan 79 5.2 Penemuan Kajian 82 5.3 Cadangan 83 5.4 Rumusan 85 viii

RUJUKAN 86 LAMPIRAN 89 Lampiran 1 89 Lampiran 2 91 Lampiran 3 92 Lampiran 4 93 Lampiran 5 94 Lampiran 6 95 Lampiran 7 96 Lampiran 8 97 Lampiran 9 98 Lampiran 10 99 Lampiran 11 100 ix

SENARAI GAMBAR Gambar 4.2.1: Patung Wayang Kulit Purwo 50 Gambar 4.2.2: Watak Korawa 51 Gambar 4.2.3: Watak Dosomuko 52 Gambar 4.2.4: Watak Bota 52 Gambar 4.2.5: Watak Pandawa Lima 53 Gambar 4.2.6: Watak Arjuna 54 Gambar 4.2.7: Watak Yudistira 54 Gambar 4.2.8: Watak Nakula 55 Gambar 4.2.9: Watak Sadewa 55 Gambar 4.2.10: Watak Werkudoro 56 Gambar 4.2.11: Watak Lelucon 57 Gambar 4.2.12: Watak Gareng 58 Gambar 4.2.13: Watak Ismaya 58 Gambar 4.2.14: Watak Petruk 59 Gambar 4.2.15: Watak Togog 59 Gambar 4.2.16: Watak Gatotkacha 60 Gambar 4.2.17: Watak Kayon 60 Gambar 4.2.18: Watak Shinta 61 Gambar 4.2.19: Watak Setyaki 61 Gambar 4.2.20: Watak Anoman 62 Gambar 4.2.21: Watak Betara Guru 62 Gambar 4.2.22: Watak Antareja 63 x

Gambar 4.2.2 3: Watak Kresna 63 Gambar 4.2.24: Watak Parikesit 64 Gambar 4.2.25: Warak Angkawijaya 64 Gambar 4.2.26: Watak Pandu 65 Gambar 4.2.27: Watak Abiyasa 65 Gambar 4.2.28: Watak Palasara 66 Gambar 4.2.29: Watak Sakutrem 66 Gambar 4.2.30: Watak Harimau 67 Gambar 4.2.31: Peralatan Muzik Gamelan Wayang 68 Kulit Purwo Gambar 4.2.32: Saron Penerus 69 Gambar 4.2.33: Gong Agung 69 Gambar 4.2.34: Gendang 70 Gambar 4.2.35: Kenong 70 Gambar 4.2.37: Bonang 71 Gambar 4.2.38: Gender 71 Gambar 4.2.39: Kothak 72 Gambar 4.2.40: Kelir 72 SENARAI RAJAH Gambarajah 1.2 : Kerangka Konsep Pemuliharaan 5 Kumpula Sri Wahyuni SINGKATAN JKKNJ PKMA Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor Pusat Sumber Universiti Malaysia Sarawak xi

ABSTRAK Kajian Pemuliharaan Kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor. Menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah temubual, pemerhatian dan juga dokumentasi lapangan. Objektif kajian, mengenalpasti kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, mendokumentasikan cerita dan bentuk-bentuk patung Wayang Kulit Purwo di Kampung Parit Bingan Darat, serta menganalisis kaedah pemuliharaan kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat oleh JKKNJ. Teori kajian pemuliharaan model Poespowardojo (1984) berkaitan persembahan, latihan, peralatan, komunikasi dan rekrut ahli kumpulan. Dapatan kajian membuktikan bahawa Wayang Kulit Purwo mempunyai bentuk-bentuk patung dan penceritaan yang berlainan daripada Wayang Kulit lain yang terdapat di negara Malaysia. Wayang Kulit Purwo ini masih kekal aktif dipersembahkan menerusi kumpulan Sri Wahyuni. Oleh kerana itu ia perlu dipulihara untuk diwarisi oleh generasi akan datang sebagai warisan dan budaya bangsa. xii

ABSTRACT Conservation Study Group Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor by the Department of Culture and Arts, Johor. Using a qualitative approach through interview, observation and documentation field. The objective of the study, identify the Wayang kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, documenting stories and other forms of Wayang Kulit Purwo statue in Kampung Parit Bingan Darat, as well as conservation groups analyzing method Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan by JKKNJ. Theoretical study of conservation Poespowardojo model (1984) related presentations, training, equipment, communication and recruits member of the group. The finding prove that the Wayang Kulit Purwo have statues and form of storytelling different from other leather puppet in the country of Malaysia. Wayang Kulit, remaint active Purwo presented by the Sri Wahyuni. Therefore it has be preserved for future generations as the nation culture and heritage. xiii

BAB SATU PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Menerusi Bab Satu ini pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian, kerangka kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan penyampaian kajian. Menerusi kajian ini pengkaji akan mengupas berkaitan pemuliharaan Kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor. 1.1 Latar Belakang Kajian Menurut Desy Nurcahyanti (2008: 5) Wayang Sebagai Identitas dan Inspirasi Seni Rupa Indonesia telah menyatakan bahawa kata Purwa ini berasal dari bahasa Sanskrit bermaksud pertama, terdahulu atau dulu. Zaman Purwa bererti zaman dahulu dan Wayang Kulit Purwa bermaksud Wayang pada zaman dahulu. Menurut Brandes, kata Purwa adalah berasal daripada perkataan Parwa yang bermaksud bab-bab yang terdapat dalam kitab Mahabharata. 1

Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000:1) dalam bukunya Teater Tradisional Melayu menjelaskan bahawa Wayang Kulit adalah satu teater tertua yang terdapat di seluruh Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Kemboja. Wayang Kulit terdapat juga di China, India dan Turki. Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin lagi taburannya yang meluas mengalakkan kemunculan beberapa teori asal usulnya dengan mengaitkan Wayang Kulit berasal dari India dan dibawa ke Asia Tenggara melalui pengaruh Hindu ke rantau ini membawa kepada kesenian Jawa dalam kalangan masyarakat Jawa di Asia Tenggara. Wayang Kulit Purwo berasal daripada Indonesia yang dibawa oleh Allahyarham En. Binggan bin Abu Kahar yang diperkenalkan di Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada tahun 1935 dan hingga kini masih dikekalkan menerusi kumpulan kesenian Sri Wahyuni. Penubuhan kumpulan ini bertujuan memartabatkan kesenian Wayang Kulit Purwo yang telah lama diwarisi oleh keluarga En.Mohamad bin Marji. Kumpulan kesenian ini masih lagi wujud, namun tidak berkembang kerana pelbagai faktor mempengaruhi perkembangan penceritaannya yang dituturkan dalam bahasa Jawa, menjadikan penonton tidak memahami penceritaan itu sekiranya bukan daripada masyarakat Jawa yang tidak memahami bahasa Jawa. Dalang pula semakin sukar dicari dan diganti yang ada hanyalah dalang kumpulan Sri Wahyuni. Manakala pemain alatalat muzik gamelan semakin sukar didapati dan pemain muziknya tidak pandai memainkan. Sekiranya tiada pemuliharaan dilakukan maka akan terhapuslah kesenian dalam kalangan masyarakat Jawa. 2

1.2 Permasalahan Kajian Menurut J.R. Brandon yang dikutip oleh Mana Sikana (1996:209) menyatakan bahawa teater tradisional seperti Mak Yong Laut misalnya, sudah lenyap manakala bentuk-bentuk utama pula seperti Wayang Kulit, Mak Yong serta Bangsawan sedang mengalami kemerosotan dan kian hari ditelan arus zaman. Menerusi pernyataan ini Wayang Kulit kini kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kerana mereka kini lebih berminat kepada hiburan bercorak moden dan kurang meminati kesenian teater tradisional Wayang Kulit Purwo. Pengkaji melihat permasalahan berlaku kerana pendokumentasian ilmiah berkaitan dengan Wayang Kulit Purwo khususnya kurang didapati, dan masyarakat kian sukar untuk memahami teater kesenian Wayang Kulit Purwo dengan lebih mendalam. Kekurangan dari segi bahan ilmiah dan sumber maklumat berkaitan dengan kesenian Wayang Kulit Purwo telah menjadi faktor yang perlu dianalisis dalam kajian ini. Antara faktor awal berkaitan kepupusan kesenian Wayang Kulit Purwo kerana kekurangan dalang yang melibatkan diri dalam persembahan ini. Salah satu kumpulan yang masih meneruskan Wayang Kulit Purwo adalah menerusi kumpulan Sri Wahyuni. KesenianWayang Kulit Purwo perlu dikekalkan sebagai satu simbol kesenian yang perlu dipertahankan. Kesenian Wayang Kulit Purwo menjadi lambang kehidupan serta dapat dijadikan iktibar buat masyarakat Jawa kerana Wayang Kulit Purwo ini mempunyai unsur pengajaran yang amat bermakna dalam kehidupan serta membentuk jati diri masyarakat Jawa. 3

1.3 Objektif Kajian a) Mengenalpasti kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. b) Mendokumentasikan cerita dan bentuk-bentuk patung Wayang Kulit Purwo, di Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. c) Menganalisis kaedah pemuliharaan kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor. 1.4 Persoalan Kajian a) Apakah kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni? b) Bagaimanakah proses mendokumentasikan cerita dan bentukbentuk patung Wayang Kulit Purwo? c) Bagaimanakah cara menganalisis kaedah pemuliharaan kesenian Kumpulan Wayang Kulit Purwo menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor? 4

1.5 Kerangka Kajian Gambarajah 1.2 : Kerangka Konsep Pemuliharaan Kumpulan Kesenian Sri Wahyuni Sumber: Aplikasi daripada Poespowardojo (1984:10) Poespowardojo, (1984:10) menjelaskan bahawa pemuliharaan serta pemeliharaan dalam mengembangkan kesenian Wayang Kulit Purwo ini mempengaruhi empat faktor iaitu latihan, peralatan, rekrut ahli kumpulan serta komunikasi. Menerusi rekrut ahli kumpulan dalam proses menambah ahli keahlian dicatatkan dengan jelas. Rekod disemak serta mewujudkan pembaharuan dalam sistem rekrut ahli kumpulan Sri Wahyuni. Faktor kedua dari segi peralatan kesenian Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni merangkumi peralatan muzik serta bangsal latihan. Peralatan muzik dijaga dengan baik, dibaikpulih jika terdapat sebarang kerosakkan. Kesenian ini menggunakan alat muzik iaitu gong besar, gong suwukan, gambang, kempul, kenong, gender, slentem, demung, saron peking, ketok atau kompang, serta gendang yang digunakan dalam persembahan. 5

Komunikasi ini merupakan faktor penting dalam menyampaikan penceritaan Wayang Kulit Purwo dalam kalangan masyarakat, agar teater tradisional ini terus berkembang dengan penyampaian secara lisan yang dapat dipelajari oleh generasi muda. Komunikasi ini menerusi penceritaan secara lisan dapat memudahkan masyarakat memahami isi penceritaannya. Penyampaian penceritaan serta lagu yang dimainkan dalam persembahan ini memberi ruang menghidupkan kembali kesenian Wayang Kulit Purwo. Menerusi latihan yang bertujuan mempertingkatkan persembahan Wayang Kulit Purwo untuk terus mempertahankan kumpulan kesenian ini daripada terus pupus. Pendekatan latihan yang diadakan ini menjadikan kesenian itu terus dapat dipelihara. Latihan persembahan biasa diadakan di setiap sabtu pada pukul 8.30 malam. Latihan diadakan untuk memelihara serta memartabatkan lagi Wayang Kulit Purwo. Pemeliharaan kesenian ini turut melibatkan pembaikpulihan dalam kumpulan Sri Wahyuni. 1.6 Kepentingan Kajian Penyelidikan ini penting untuk tempoh jangka panjang sebagai bahan rujukan seni kepada masyarakat dalam memartabatkan lagi kesenian ini. Menerusi kajian ini generasi muda dapat menjadikan kajian ini sebagai bahan rujukan serta dapat membuka minda tentang kesenian Wayang Kulit Purwo. Kajian ini diharapkan memberi kecenderungan kepada pengkaji akan datang menerusi institusi pengajian tinggi, penyelidik serta pengemar seni untuk turut meneroka perkembangan Wayang Kulit Purwo agar dapat meningkatkan lagi kajian mengenai kesenian ini. 6

Kepentingan kajian adalah kepada pihak kerajaan, swasta dalam meningkatkan perkembangan kesenian Wayang Kulit Purwo. Kajian ini turut memberikan faedah kepada peningkatan pemuliharaan yang dapat dijalankan menerusi Kumpulan Sri Wahyuni ini dalam mempertahankan kumpulannya agar dapat memartabatkan Wayang Kulit Purwo serta dapat menarik generasi muda menjadi pelapis menerusi penambahan ahli. 1.7 Skop Kajian Skop kajian ini mengenai pemuliharaan kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor. Tumpuan diberi kepada mengenalpasti kesenian teater tradisional Wayang Kulit, mendokumantasi cerita dan bentuk-bentuk patung Wayang Kulit serta kaedah pemuliharaan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 1.8 Batasan Kajian 1.8.1 Batasan Masa Batasan masa dilihat menerusi jangkamasa bermulanya penubuhan kumpulan Sri Wahyuni. Kajian Wayang Kulit Purwo meliputi tempoh dari awal tahun 1935 dengan kedatangan Allahyarham En. Binggan bin Abu Kahar dan penghijrahan orang-orang Jawa ke kawasan Parit Raja hingga kini kesenian Wayang Kulit Purwo masih kekal dipertahankan menerusi kumpulan Sri Wahyuni. 7

1.8.2 Batasan Tempat Lokasi kajian dipilih adalah menerusi Kumpulan Sri Wahyuni di Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Batasan tempat kajian meliputi ruang persembahan latihan yang digunakan oleh kumpulan kesenian Sri Wahyuni di Teratak Sri Wahyuni. Kajian ini turut dijalankan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor. 1.8.3 Batasan Informan Informan dalam kajian ini turut melibatkan sasaran utama iaitu kumpulan kesenian Sri Wahyuni. Informan utama adalah ketua kumpulan Sri Wahyuni iaitu Encik Mohamad bin Marji serta En. Aswandi bin Kinan serta En. Mohammad Hatta bin Yusof iaitu ahli kumpulan kesenian Sri Wahyuni. Informan seterusnya pula ialah En. Yunos bin Hj. Abu Bakar penyelas program JKKNJ. 1.8.4 Batasan Kandungan Kajian ini adalah lebih memfokuskan kepada kaedah pemuliharaan kumpulan kesenian Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor. Batasan kandungan adalah menerusi maklumat daripada JKKNJ berkaitan dengan kaedah pemuliharaan kumpulan ini agar terus kekal untuk dipertahankan untuk terus memartabatkan Wayang kulit Purwo. Tunjang utama batasan kandungan adalah menerusi maklumat daripada JKKNJ berkaitan kaedah pemuliharaan kumpulan tersebut. 8

1.9 Penyampaian Kajian Penekanan utama adalah pemuliharaan kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh JKKNJ. Bab Satu berkaitan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian, kerangka kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan penyampaian kajian. Bab Dua pula menjelaskan konsep pemuliharaan, definisi Wayang Kulit, sejarah perkembangan Wayang Kulit, patung-patung Wayang Kulit, dalang, alat-alat muzik, bangsal persembahan, penceritaan Wayang Kulit Purwo dan pemikiran masyarakat Jawa serta analisa Wayang Kulit Purwo. Bab Tiga adalah mengenai pengenalan, reka bentuk dan strategi kajian, prosedur dan pengumpulan maklumat, jenis data dan sumber data, data lisan, data bercetak, kaedah dan teknik pengumpulan data primer, temu bual, pemerhatian dan dokumentasi lapangan, kaedah dan teknik pengumpulan data sekunder, kajian kepustakaan, prosedur beserta dengan proses penganalisaan data, kaedah analisis data serta rumusan. Bab Empat adalah keputusan hasil kajian mengikut objektif kajian ini mengenalpasti kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, mendokumentasikan cerita dan bentuk-bentuk patung Wayang Kulit Purwo, di Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor serta menganalisis kaedah pemuliharaan kumpulan Wayang Kulit Purwo Sri Wahyuni Kampung Parit Bingan Darat, Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh JKKNJ. Bab Lima iaitu rumusan, penemuan kajian, cadangan kajian dan rumusan. 9

BAB DUA SOROTAN KESUSASTERAAN 2.0 Pengenalan Bab Dua turut membincangkan pendapat yang telah dikemukan oleh pengkaji dahulu kemudian disusun, dibahaskan serta dibentangkan mengikut sub topik mengenai kesenian Wayang Kulit. Lantaran itu, isu-isu berbangkit iaitu mengenai konsep pemuliharaan, pengertian Wayang Kulit, sejarah perkembangan Wayang Kulit, patung-patung Wayang Kulit, alatalat Muzik, dalang, penceritaan Wayang Kulit, bangsal Wayang Kulit, pemikiran masyarakat Jawa dalam seni persembahan Wayang Kulit dan rumusan. 2.1 Konsep Pemuliharaan Menurut Rogayah A. Hamid & Jumaah Ilias (2006: 300) telah menyatakan bahawa dalam konteks pemuliharaan seni persembahan ialah dalam bentuk in-situ bermaksud sesuatu seni persembahan itu dipulihara di tempat asal wujudnya seni persembahan itu. Kemudian apabila kesenian itu boleh diketengahkan maka dikembangkan pula secara in-situ menerusi penyebaran ke kawasan berdekatan tempat wujudnya persembahan itu. 10