Wan Ibrahim Wan Ahmad Michael Boro Anak Durieng Universiti Utara Malaysia

Similar documents
Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

TREND PENUAAN PENDUDUK: SATU SOROTAN KARYA

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Pasangan Data Mikro daripada Limbongan, Kelantan

MODELLING COASTAL VULNERABILITY INDEX TO SEA LEVEL RISE FOR THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA ISFARITA BINTI ISMAIL

LAPORAN PERKEMBANGAN KAJIAN KEBERKESANAN SISTEM PEMASA PENYAMAN UDARA

Hubungan Sosial Warga Tua dengan Anak Dewasa: Kes Masyarakat Desa Kelantan

BEACH RESPONSE DUE TO THE PRESSURE EQUALIZATION MODULES (PEM) SYSTEM MOHD SHAHRIZAL BIN AB RAZAK. A project report submitted in fulfillment of the

BAB 4 PENEMUAN KAJIAN. permulaannya bab ini akan menerangkan profil atau karakteristik responden

Kesan Pembandaran ke atas Solidariti Sosial Warga Tua Melayu Desa Di Kelantan 1

Malaysia, Akta Kualiti alam sekeliling, 1974 (Akta 127) dan peraturanperaturan Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Kajian Kualiti Hidup Masyarakat Nelayan Pesisir Pantai Negeri Kedah A study of Quality of Life of Coastal Malay community in Kedah

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan membincangkan hasil penemuan daripada ujian yang

FAKTOR TARIKAN PELANCONGAN PANTAI: KAJIAN KES DI PANTAI IRAMA BACHOK, KELANTAN

Penilaian terhadap kedatangan pelancong antarabangsa ke kepulauan Malaysia

Komitmen Warga Tua dalam Aktiviti Agama: Kes Warga Tua Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor

Penuaan Penduduk dan Permasalahannya di Indonesia

PENJAGAAN TIDAK FORMAL WARGA TUA: ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN BEBAN

Seni Persembahan Jalanan: Persepsi Masyarakat Kuching, Sarawak

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

Komuniti Pulau dalam Era Pembangunan: Terpinggir atau Meminggir? Island Community in Development Era: Are Marginalised or Had Marginalised?

MEDIA COVERAGE. TITLE : Scomi nets RM9.73 million profit in first quarter. : New Straits Times. COMPANY : Scomi Group Bhd DATE : 26 August 2015

WARGA TUA YANG PRODUKTIF: MENELITI PENGLIBATAN PENIAGA WARGA TUA DI PANTAI TIMUR. Siti Aisyah Saat Azlina Abu Mohd (Malaysia)

ALGORITHM TO PREVENT AND DETECT INSIDER MULTI TRANSACTION MALICIOUS ACTIVITY IN DATABASE SEYYED MOJTABA DASHTI KHAVIDAKI

PERAMALAN INDEKS KUALITI AIR DI TASIK CHINI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POHON KEPUTUSAN

TERMS & CONDITIONS: PLAZA PREMIUM LOUNGE ACCESS

Impak Pembangunan Pelancongan ke atas Persekitaran Manusia dan Fizikal Komuniti Pulau Tioman

Contoh 7.3 ( Jenis pinjaman ke-7 / SPPI / Ubahsuai rumah / Pembelian dengan pemaju )

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2014

SENARIO INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA & PELUANG BUSINES PELANCONGAN UNTUK KOPERASI

MASALAH WARGA TUA DAN PEMERKASAAN KELUARGA DALAM PENJAGAAN WARGA TUA DI KELURAHAN CIBADUYUT KIDUL BANDUNG, INDONESIA

RDG 336 Interior Design Professional Practice [Amalan Profesional Rekabentuk Dalaman]

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

Nota: Pelajar hendaklah mengikuti skema pengajian yang disediakan berdasarkan keputusan MUET (atau yang setara) setiap semester.

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

ADAT MERASI DALAM MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN, SARAWAK NURUL AZWA BINTI AHMAD

Di dalam praktikal ini, perhatikan fasa bulan mula daripada bulan baru hingga bulan purnama.

"UniMAP : Persepsi dan Impak Ekonomi Perlis"

Fakulti 8ains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TERMS & CONDITIONS. RHB Plaza Premium Lounge Program 2019

KEBERKESANAN PROGRAM BANDAR SELAMAT DARI PERSEPSI PELANCONG SINGAPURA (KAJIAN KES: BANDARAYA JOHOR BAHRU) AHMAD NAZRIN ARIS BIN HAJI ANUAR

PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA. Faisal. Hazis Neilson VA, ýýýý. ý"" Uni JQ 1062 A95 M697 A" "" "'" Demo (Visit

Ringkasan PERKHIDMATAN UNTUK KANAK-KANAK KURANG UPAYA

Pembangunan Pelancongan dan Perubahan Komuniti Nelayan di Pulau Redang

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG 28 NOVEMBER 2018

PENJADUALAN SEMULA JADUAL AUDIT DALAMAN 2015, MS ISO/IEC 27001:2013 (Pindaan pada 17 November 2015)

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

PANDUAN KIRA KELAYAKAN DAN ISI BORANG SECARA ONLINE

Penggunaan Algoritma Genetik bagi Menentukur Model Anjakan Mod Pengangkutan

PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015

Pewartaan Taman Laut: Peluang atau Kesusahan Penduduk Pulau

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PELANCONGAN KESEJAHTERAAN (KAJIAN KES: KUALA LUMPUR DAN JOHOR BAHRU) NOOR AZRINA BT ITHNIN

PENDEDAHAN MAKLUMAT KEWANGAN MENERUSI INTERNET: PRAKTIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENENTU SYARIKAT. MOHD NOOR AZLI BIN ALI KHAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUSAHA SEK LAPIS SARAWAK DI RUCHING MENGINOVASIKAN PENGELUARAN

KAEDAH PERANG SARAF DALAM MEMBANTERAS GERAKAN KOMUNIS DI BAHAGIAN PERTAMA, SARAWAK

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN ONLINE PEMBANTU PENYELIDIK UKM

Langgie Pingadap Ritual dan Identiti Masyarakat Bidayuh Bukar Sadong, Sarawak

Teori Kontingensi: Keberkesanan Unit Audit Dalam

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PROBLEM-2: MEDAN MAGNET

BAB 1: PENGENALAN. boleh menggugat keselamatan negara ini, dan kadangkala mempengaruhi hubungan

Analisis indeks vulnerabiliti komuniti miskin zon pinggir laut di Kelantan

Komunikasi Sosial dalam Kalangan Etnik di Lembangan Sadong: Gendang Melayu Sarawak

PERAMALAN KUALITI AIR DI TASIK CHINI MENGGUNAKAN MODEL RANGKAIAN NEURAL BUATAN

PELANCONGAN SENI : KEWUJUDAN MAIN BAZAAR, KUCHING MEMBANTU PENGEMBANGAN SENI DAN BUDAYA KRAFTANGAN MASYARAKAT DI SARAWAK

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG GARDEN DAN JALAN ST. THOMAS 20 DISEMBER 2018

Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 16 (Jun) 2013: 51 64

11H 09M NEW ZEALAND PULAU UTARA + PULAU SELATAN (ALL IN HALFBOARD)

THE ROLE AND EFFECTIVENESS OF TO GUIDE IN INFLUENCING TOURIST BEHAVIOUR SYED MUHAMMAD RAFY BIN SYED JAAFAR

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

TEMPAT MENARIK SYDNEY

Preliminary Survey Finding of The Built and Living Environment In Camp 5,Pulau Jerejak Settlement

28 OGOS PENUTUPAN PENUH LORONG SEPANJANG PERSIARAN DAGANG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

Terms and Conditions for Park, Shop & Win Rewards with Watsons Touch n Go Card

eclaims - Gambaran Keseluruhan

PER: TAWARAN PROMOSI UNTUK PASANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN OLEH MALAYSIA AIRLINES (MAS) KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD. TENDER NOTICE (Via eprocurement)

CENTRALISED INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Permohonan Pembaharuan PPK, SPPK, STB) MANUAL PENGGUNA V 1.

Moh. Yusuf Daeng Pensyarah Fakulty Hukum Universitas Lancang Kuning Jalan DI Panjaitan Km 8 Rumbai, Pekanbaru

LANG KAH PINTU? PERUBAHAN LEKSIKAL MASYARAKAT MELAYU SARAWAK DEWASA INI

Zurrita binti Tahir Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian. (Pengurusan Seni)

PEMBANDARAN, PERUBAHAN ATMOSFERA BANDAR DAN PERSEPSI MANUSIA DI BANDARAYA IPOH, PERAK

Nanthakumar, Syahrin - Zon Persisiran Pantai

STRATEGI PROMOSI PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK KEPADA MASYARAKAT

13 months 4.25% Min RM25,000 to RM10 mil

Pengurusan Biodiversiti Hutan Di Tasik Kenyir Oleh Pihak Kerajaan: Apakah Kelemahannya

PENGUMUMAN TRAFIK MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG JALAN KEPONG (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH JINJANG)

Hotel-hotel Terbaik di Johor Bahru (Termasuk Nusajaya)

KAJIAN KE ATAS KUALITI UDARA DALAMAN KOC TREN BAGI PERKHIDMATAN MONOREL DAN KOMUTER NAFHATUN AMIRRAH BINTI MOHAMED AZRI

MAKLUMAN TERKINI PELAN PENGURUSAN TRAFIK UNTUK PEMBINAAN MRT SSP SEPANJANG BANDAR SRI DAMANSARA & LEBUHRAYA SUNGAI BESI 23 NOVEMBER 2018

AN ASSESSMENT OF VISITORS' PERCEPTION SAMA JAYA NATURE RESERVE KUCHING. Kueh Hsiao Chin

IDENTITI BIDAYUH SARAWAK DALAM TARIAN LANGGIE PINGADAP

1. LANJUTAN PENUTUPAN LORONG SEPANJANG JALAN KUALA SELANGOR (ARAH SUNGAI BULOH DAN ARAH KEPONG)

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKASURAT PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

HERITAGE TRAIL PLANNING IN MELAKA HISTORIC CITY : ITS POTENTIAL OBJECTIVES, THEMES AND TARGET USERS LAI SIN YEE

Kriteria pemilihan calon dan parti dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak

KEBERKESANAN JAWATANKUASA AUDIT DAN FUNGSI AUDIT DALAMAN TERHADAP KEBERKESANAN PENGURUSAN RISIKO ENTERPRISE

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

MANUAL PENGGUNA (USER GUIDE MANUAL) PERMOHONAN PENDAHULUAN PERJALANAN MELALUI PORTAL MYUPSI (TRAVELLING ADVANCEMENT APPLICATION USING MYUPSI PORTAL)

(Dr Noria Ariak 'hgang) telah disediakan olch Beatrice Anne Anak Saga dan telah diserahkan kepada Fukulti Seni PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

Transcription:

Borneo Research Journal, Volume 4, December 2010, 105 113 PROFIL SOSIAL DAN PENGATURAN TEMPAT KEDIAMAN WARGA TUA BIDAYUH DAERAH BAU SARAWAK (SOCIAL PROFILE AND LIVING ARRANGEMENT FOR ELDERLY BIDAYUH IN BAU DISTRICT, SARAWAK) Wan Ibrahim Wan Ahmad Universiti Utara Malaysia (wiwa@uum.edu.my) Abstract Population ageing or the increasing proportion of older population is a 21 st century phenomenon. Today older population not only increased in developed countries but in developing ones as well. Based on data collected from the Bidayuh, Sarawak, this article discusses some profile characteristics of the Bidayuh elderly, and explains the pattern of their living arrangement. Using a mixed method approach, a total of 101 older populations aged 60 years and older amongst the Bidayuh living in Bau district were chosen as respondents. Quantitative data were collected through face-to-face interviews whilst qualitative data were gathered through observation and in-depth interviews. Results show that the majority of the respondents do not have formal education. Nearly all of them receive monthly income RM600.00 and below and have more than five children. The findings of the study also show that despite of the rapid development in the area, the majority of the elderly still living in extended family with spouse, children and grandchildren. Keywords: Population ageing; elderly; living arrangement Pengenalan Abad ke-21 ini, disebabkan pertambahan pesat penduduk berumur 60 tahun dan lebih di serata dunia, dikatakan sebagai abad warga tua. Tidak terdapat manamana abad sebelum ini pertambahan warga tua selaju dan sebesar sekarang ini. Akibat dari ledakan jumlah warga tua ini, maka kategori penduduk ini menjadi agenda penting setiap negara. Menyedari jumlah dan peratusan warga tua yang semakin bertambah dalam semua masyarakat di dunia, pada tahun 1982, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan perhimpunan sedunia (the World Assembly on Aging) di Vienna membincangkan isu-isu berkaitan dengan akibat penuaan penduduk di dunia. Melalui perhimpunan itu, satu pelan tindakan, iaitu the Vienna International Plan of Action, dipersetujui dilaksanakan semua negara. Pelan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kerajaan, pembuat polisi dan orang ramai tentang konsekuensi yang ditimbulkan

oleh penuaan penduduk. Semua negara digalakkan memberikan perhatian serius kepada usaha penyelidikan berkaitan dengan warga tua. Berikutan itu, proses dan akibat penuaan penduduk telah mendapat perhatian meluas di semua negara, negara maju ataupun membangun, termasuk Malaysia. Di peringkat regional, negara di Asia dan Pasifik, dalam satu konferensinya, iaitu the Third Asian and Pacific Population Conference yang diadakan di Colombo pada 1982, menyeru negara-negara ahli meningkatkan kesedaran mengenai implikasi penuaan penduduk, termasuk meningkatkan usaha penyelidikan ke atas implikasi peningkatan warga tua dalam masyarakat serta meneroka pendekatan alternatif untuk menjaga kebajikan warga tua, keluarga serta komuniti. The International Conference on Population (1984) juga turut menyatakan penuaan penduduk telah menjadi satu isu penting kepada negara maju, dan turut menjadi satu isu yang sama juga di negara membangun berikutan penurunan kadar fertiliti yang dialami di negara berkaitan. Konferensi tersebut merekomenkan usaha-usaha perlu diambil oleh negara untuk menganalisis isu penuaan penduduk ini, terutama implikasinya ke atas pembangunan, perkhidmatan sosial, penjagaan kesihatan dan lain-lain implikasi yang berkaitan (PBB 1987). Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran negara dan penduduk mengenai implikasi penuaan penduduk ini juga, the Second World Assembly on Aging telah diadakan pada 2002 di Madrid. Selain itu PBB juga telah menjadikan tahun 1999 sebagai Tahun Warga Tua. Selaras dengan kesedaran dan itu perhatian ke atas isu warga tua, termasuk usaha penyelidikan menjadi semakin bertambah meluas. Penyelidikan mengenai warga tua masih boleh dikatakan baru di Malaysia. Penyelidikan mengenainya, walaupun telah agak banyak, tetapi boleh dikatakan belum meluas. Penglibatan sarjana tempatan ke atas bidang ini juga boleh dikatakan masih belum begitu meluas. Peningkatan kategori penduduk tua telah meningkatkan minat mereka ke arah memberikan tumpuan kajian ke atas warga tua. Nama seperti Chan Kok Eng, Jean pala, Masitah dan Nazileh, Angelique Chan, Zaitun Yassin, Tengku Aizan serta penulis sendiri (Wan Ibrahim Wan Ahmad) adalah antara sarjana tempatan awal yang membicarakan persoalan kajian mengenai warga tua. Mereka ini telah meletakkan batu asas berkaitan kajian-kajian mengenai warga tua di Malaysia. Sekadar beberapa kajian berkaitan, kajian ini tertumpu kepada persoalan pertumbuhan dan taburan ruangan penduduk tua (Chan Kok Eng, 1994; Jean Pala, 1998; Jean Pala, 2005); hubungan sosial dan pengaturan tempat tinggal (Masitah & Nazileh,1988); sokongan sosial dan penjagaan warga tua (Tengku Aizan, 1995; Wan Ibrahim, 1999); pemakanan dan kesihatan (Zaitun Yassin, 1989) serta kesejahteraan dan kualiti hidup (Wan Ibrahim, 1999; Wan Ibrahim Wan Ahmad, 2008). Masyarakat Bidayuh di Sarawak dikatakan berasal dari bahagian lain dalam kepulauan Borneo. Menurut Lee (Peter Minos, 2000), petempatan asal masyarakat Bidayuh adalah di Gunung Sungkung, Indonesia. Tempat asal tersebut adalah terletak dalam kekuasaan Indonesia terutamanya daerah Kalimantan Barat. Sehingga hari ini masih terdapat sebilangan besar rakyat Indonesia di Kalimantan Barat yang berbangsa Bidayuh dan mereka juga mengamalkan adat dan menuturkan bahasa yang sama dengan masyarakat Bidayuh yang terdapat di 106

Sarawak (Michaeal Boro, 2006). Petempatan masyarakat Bidayuh di sini berbentuk perkampungan dan pola petempatan dibina secara berselerak, berpusat dan berjajar. Masyarakat Bidayuh di daerah Bau tidak mendiami rumah panjang dan petempatan mereka adalah secara tetap. Berdasarkan pemerhatian, masyarakat Bidayuh di daerah Bau kebanyakannya terdiri daripada golongan petani yang mengusahakan tanaman padi bukit. Terdapat juga petani yang menanam lada hitam, koko dan buah-buahan. Selain itu terdapat sebilangan masyarakat Bidayuh yang bekerja sebagai buruh upahan di sektor pembinaan dan pekerja di ladang kelapa sawit milik SALCRA. Sebilangan yang lain pula bekerja sebagai kakitangan awam dan swasta, bekerja sendiri sebagai pekedai dan mengusahakan perkhidmatan pengangkutan. Salah seorang penulis, Chang (2002) dalam bukunya mengatakan daerah Bau ditubuhkan pada tahun 1820. Nama lama Bau ialah Mau San atau Bukit Mau. Dalam dialek Cina Hakka, Mau San bererti gunung topi kerana Gunung Krian yang terletak di situ berbentuk seperti topi. Sewaktu pemerintahan Brooke perkataan Bau telah timbul akibat salah sebutan oleh orang-orang Inggeris yang menyebut Mau sebagai Bau. Bermula dari waktu itu, perkataan Bau telah menjadi sebutan penduduk tempatan dan kekal sehingga ke hari ini (Michaeal Boro, 2006). Menurut sumber Majlis Daerah Bau (2004), daerah ini terletak 35 kilometer dari Bandaraya Kuching. Keluasan keseluruhan daerah ini ialah 884.4 kilometer persegi. Berdasarkan banci terdapat 43 190 orang penduduk daerah ini pada 2004 (Majlis Daerah Bau, 2004). Kawasan petempatan di daerah Bau terbahagi kepada 72 buah kampung Bidayuh, 11 buah kampung Melayu, 14 buah kampung kaum Cina, empat buah taman perumahan dan 14 buah pekan atau bazar. Kesemua kampung tersebut diketuai oleh seorang ketua masyarakat yang dikenali sebagai Orang Kaya Pemanca. Pemanca yang memegang jawatan itu sehingga kini ialah Pemanca James Manis anak Rangin dari Kampung Krokong Pisa. Perkampungan Bidayuh dibahagikan kepada lima zon, iaitu Serembu, Bratak, Singgai, Jagoi dan Krokong. Setiap zon mempunyai perbezaan dari segi loghat pertuturan. Seorang penghulu dilantik bagi setiap zon. Penghulu Francis Ranjis anak Nyowed mewakili zon Serembu, Penghulu Michael Nyongem anak Nyaon mewakili zon Bratak, Penghulu Sebastian Desson anak Ringain mewakili zon Singgai, Penghulu Edward Sibon anak Nyongiew mewakili zon Jagoi dan Penghulu Asong anak Johor mewakili zon Krokong. Tua kampung merupakan ketua bagi setiap orang Bidayuh (Michaeal Boro, 2006). Untuk mengenali warga tua masyarakat Bidayuh (Dayak Darat), perbincangan makalah ini membincangkan satu hasil kajian ke atas warga tua masyarakat ini yang dilakukan pada tahun 2006 (Michaeal Boro, 2006). Makalah ini mempunyai dua tujuan, iaitu (1) membincangkan beberapa ciri profil sosio demografi dan ekonomi warga tua, dan (2) menganalisis pola pengaturan tempat kediaman mereka. Metodologi Kajian Kajian ini secara bertujuan memilih daerah Bau, Sarawak, iaitu kawasan yang majoriti penduduknya ialah masyarakat Bidayuh, sebagai kawasan kajian. Melalui 107

kombinasi pendekatan kualitatif dan kuantitatif, data dikumpulkan menggunakan set borang soal selidik dan temu bual mendalam. Responden adalah berjumlah 101 orang, dari kalangan warga tua Bidayuh yang mendiami daerah Bau, dipilih melalui kaedah pensampelan rantaian. Memandangkan perkampungan Bidayuh dibahagikan kepada lima zon, penyelidik telah memilih responden daripada setiap zon. Seramai 20 orang responden adalah dari perkampungan zon Serembu, 20 orang responden adalah dari perkampungan zon Bratak, 20 orang responden juga adalah dari perkampungan zon Singgai, 20 orang responden dari perkampungan zon Jagoi dan 21 orang dari perkampungan zon Krokong. Responden dikunjungi dari rumah ke rumah untuk tujuan pengumpulan data. Memandangkan responden terdiri daripada warga tua yang kebanyakannya buta huruf, penterjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Bidayuh telah dilakukan sewaktu pengumpulan data. Pengumpulan maklumat juga dilakukan melalui perbualan dengan penduduk kampung yang bukan responden. Hasil Kajian Dan Perbincangan Profil Sosial Responden Profil sosial warga tua responden ditunjukkan melalui Jadual 1. Daripada 101 responden, warga tua lelaki berjumlah 58 orang (57.4%), manakala warga tua wanita pula 43 orang (42.6%). Jika dilihat dari segi umur, sebahagian besar warga tua berumur 70 tahun dan lebih. Responden yang berumur antara 60-64 tahun adalah 27.7 peratus, sementara yang berumur antara 65-69 tahun pula 17.8 peratus, dan warga tua yang berumur 70 tahun dan ke atas adalah 54.5 peratus. Sebahagian besar mereka masih mempunyai pasangan (55.4%). Kebanyakan responden berkahwin melebihi 30 tahun. Warga tua responden cenderung memiliki anak lebih daripada lima orang. Hampir keseluruhan warga tua tidak mempunyai pendidikan secara formal. Dari segi pendapatan, responden memperoleh pendapatan daripada pekerjaan sendiri, sementara ada yang lain menerima sumbangan kewangan daripada anak-anak atau saudara mara dan juga bantuan bagi responden yang layak menerima bantuan. Terdapat lima peratus responden yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM608 dan lebih sebulan. Sebanyak 36.6 peratus mereka pula memperoleh pendapatan bulanan di antara RM305 - RM607. Responden yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM304 dan kurang adalah sebanyak 58.4 peratus. Jumlah ini adalah tinggi kerana terdapat di antara responden yang tidak bekerja dan hanya mengharapkan bantuan kewangan anak atau daripada institusi bantuan serta terdapat di antara mereka yang tidak berupaya untuk bekerja lagi. Kesemua kemudahan dan aset di rumah dimiliki sendiri oleh responden, bukannya dipunyai anak mahupun saudara mara. Ini kerana terdapat beberapa orang responden yang memberitahu mereka tidak mengakui pemilikan aset sekiranya bukan mereka sendiri yang membelinya walaupun mereka menggunakannya secara bersama. Hampir kesemua responden memiliki tanah 108

kerana masyarakat Bidayuh memiliki Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diwarisi secara pusaka. Warga tua yang tidak memiliki tanah adalah mereka dari golongan pendatang dari negara jiran ataupun golongan pendatang dari daerah lain yang telah menetap di daerah Bau. Jadual 1: Beberapa Ciri Profil Warga Tua Masyarakat Bidayuh -- Latar Belakang Jumlah Peratus -- Jantina Lelaki 58 57.4 Perempuan 43 42.6 Umur 60-64 28 27.7 65-69 18 17.8 70 + 55 54.5 Status Perkahwinan Bujang 7 6.9 Berkahwin 56 55.4 Balu/duda 38 37.6 Tempoh Perkahwinan 30 dan kurang 11 10.9 31-59 72 71.3 60 dan lebih 11 10.9 Jumlah Anak 1-5 29 28.7 6-9 55 54.5 10 dan lebih 10 9.9 Tahap Pendidikan Tidak bersekolah 80 79.2 Sekolah rendah 18 17.8 Tingkatan 3 2 2.0 Diploma/sijil 1 1.0 Jumlah Pendapatan RM304.00 dan kurang 59 58.4 RM305 - RM607 37 36.6 RM608 + 5 5.0 -- Jumlah 101 100.0 -- Pemilikan aset di rumah menunjukkan, sebanyak 95 peratus responden memiliki rumah sendiri. Ada yang memiliki kereta/van, motosikal, tanah, saham, peti sejuk, mesin basuh, telefon, televisyen dan video dan radio/hi-fi (Jadual 2). 109

Jadual 2: Pemilikan Aset Warga Tua Masyarakat Bidayuh Pemilikan Aset Jumlah Peratus Rumah sendiri 95 95.0 Kereta/van 7 6.9 Motosikal 12 11.9 Tanah 98 97.0 Saham 64 63.4 Peti sejuk 82 81.2 Mesin basuh 19 18.8 Telefon 7 7.0 Televisyen 86 85.1 Video 63 62.4 Radio/Hi-fi 78 77.2 Jumlah 101 100.0 Pengaturan Tempat Kediaman Pengaturan tempat kediaman dalam makalah ini bermaksud pilihan warga tua responden untuk memilih tempat tinggal, sama ada bersendirian, atau memilih tinggal bersama keanggotaan isirumah yang lain. Keanggotaan isi rumah bermakna orang yang tinggal serumah bersama responden semasa kajian dilakukan. Mereka ini boleh terdiri dari pasangan, bersama pasangan dan anak yang belum berkahwin, bersama pasangan, anak yang berkahwin dan cucu, bersama saudara mara atau bersama anak atau cucu. Terdapat juga responden yang tinggal bersendirian (Jadual 3). Jadual 3: Keanggotaan Isirumah Warga Tua Masyarakat Bidayuh ---------------- Keanggotaan Isirumah Jumlah Peratus ---------------- Sendirian 17 16.8 Bersama pasangan 11 10.9 Bersama pasangan dan anak belum berkahwin 11 10.9 Bersama pasangan, anak berkahwin dan cucu 34 33.7 Bersama saudara mara 4 4.0 Bersama anak atau cucu 24 23.8 ---------------- Keanggotaan isirumah terdiri daripada cucu dan juga ahli keluarga lain, bukannya anak-anak warga tua itu sendiri sahaja. Isirumah warga tua terdiri daripada warga tua itu sendiri, atau pasangannya serta anak-anaknya, yang oleh sebab tertentu, tidak dapat meninggalkan keluarga asalnya, ataupun tidak mampu 110

membentuk keluarganya sendiri, atau, terpaksa balik semula ke keluarga asalnya. Anak yang mampu berdikari meninggalkan rumah dan membentuk keluarga sendiri. Sebanyak 16.8 peratus responden tinggal bersendirian. Responden yang tinggal bersama pasangan adalah 10.9 peratus. Responden yang tinggal bersama pasangan dan anak belum berkahwin sebanyak 10.9 peratus. Ramai responden yang tinggal bersama pasangan, anak yang berkahwin serta cucu (33.7%). Responden yang tinggal bersama saudara mara juga agak ramai (23.8%). Warga tua yang tinggal bersendirian terdiri daripada mereka yang tidak berkahwin, balu atau duda yang tinggal berjauhan daripada anak cucu. Namun begitu terdapat juga responden yang tidak berkahwin dan mereka tinggal bersama dengan saudara mara. Warga tua balu atau duda kebanyakannya tinggal bersama dengan anak atau cucu mereka. Pengaturan tempat kediaman merupakan aspek penting dalam kesejahteraan warga tua. Ramai penduduk di negara membangun tidak diliputi oleh skim bersara atau KWSP. Apabila mereka mencapai umur tua, mereka mengharapkan anak-anak sebagai jaminan kehidupan. Oleh itu mereka sebolehbolehnya ingin memiliki anak yang ramai semasa mereka muda, agar apabila mereka mencapai umur tua mereka boleh bergantung harap kepada anak-anak ini. Pendeknya sokongan keluarga adalah penting kepada warga tua di negara membangun. Salah satu bentuk warga tua boleh bergantung harap ialah melalui pengaturan tempat kediaman, iaitu dengan cara tinggal bersama anak-anak. Kajian yang dilakukan di Indonesia, Singapore dan Taiwan mendapati lebih 70 peratus warga tua tinggal sekurang-kurangnya bersama dengan seorang anak dewasa (United Nations, 2002). Wan Ibrahim Wan Ahmad (1999) dalam kajiannya di negeri Kelantan mendapati masih ramai warga tua yang memilih tinggal bersama anakanak. Beliau mendapati beberapa orang anak dewasa yang berkahwin yang tinggal serumah dengan warga tua dan bekerja di sekitar kampung, menyatakan mereka tidak sampai hati melihat ibu bapa yang sudah tua tinggal bersendirian menyebabkan mereka memilih untuk terus tinggal bersama warga tua. Ada sebahagian yang lain memilih mendirikan rumah berhampiran, atau dalam jarak yang tidak begitu jauh dengan rumah ibu bapa mereka. Jadi walaupun warga tua mereka tidak tinggal bersama, mereka ini masih boleh mendapat khidmat penjagaan daripada anak-anak yang berdekatan ini. Kualiti Hidup Warga Tua Selain menganalisis pengaturan tempat kediaman, makalah ini juga cuba untuk menganalisis tahap kebahagiaan hidup warga tua masyarakat Bidayuh ini. Tujuannya adalah untuk membuat anggaran sama ada mereka merasa seronok tinggal bersama anak-anak atau sebaliknya. Ini adalah kerana ada sebahagian warga tua di tempat-tempat yang lain tidak begitu suka tinggal bersama anak-anak dalam satu rumah. Wan Ibrahim (1999) mendapati ada ramai warga tua yang kurang berminat untuk tinggal bersama dengan anak menantu dalam satu rumah kerana ia boleh menyebabkan warga tua boleh merasa terbeban dari segi emosi, tenaga dan material. Warga tua berkongsi tempat kediaman terpaksa turut aktif dalam penjagaan cucu, dan dalam pelbagai urusan domestik yang lain. Hal ini 111

boleh mengganggu tahap kesejahteraan psikologi dan kebahagiaan warga tua itu sendiri. Daripada data yang diperoleh, didapati 11 orang warga tua yang menyatakan kehidupan mereka tidak bahagia. Hampir keseluruhan warga tua yang di temubual menunjukkan mereka merasa bahagia dengan kehidupan pada masa kajian dilakukan. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan, biarpun mereka miskin dan tinggal bersama anak-anak dan cucu mereka dalam satu rumah, keadaan tersebut tidak mempengaruhi tahap kebahagiaan mereka (Jadual 5). Hasil perbualan bersama responden berkenaan punca ketidakbahagiaan dalam kehidupan mereka, adalah disebabkan tiadanya keprihatinan anak-anak terhadap mereka dan tiada waris bagi responden yang bujang yang mampu menghiburkan usia tua mereka. Jadual 5: Kualiti Hidup Warga Tua Masyarakat Bidayuh Kualiti Hidup Jumlah Peratus Amat Tidak Bahagia 1 1.0 Tidak Bahagia 11 10.9 Bahagia 86 85.1 Amat Bahagia 3 3.0 Jumlah 101 100.0 Penutup Warga tua merupakan satu kategori penduduk yang sedang bertambah di semua negara. Sehubungan itu makalah ini secara umumnya cuba menganalisis keadaan kehidupan satu kategori warga tua dalam masyarakat Bidayuh, di daerah Bau, Sarawak. Sejumlah 101 penduduk tua berumur 60 tahun dan lebih dari kalangan masyarakat Bidayuh yang tinggal di daerah Bau, Sarawak dipilih sebagai responden. Berasaskan data yang dikumpulkan melalui temu bual bersemuka, makalah ini membincangkan beberapa ciri warga tua Bidayuh dan menghuraikan pola pengaturan tempat kediaman mereka. Makalah ini menunjukkan kebanyakan warga tua tidak mempunyai pendidikan formal. Hampir keseluruhan mereka berpendapatan rendah dan mempunyai anak lebih dari lima orang. Hasil kajian juga menunjukkan walaupun berlaku pembangunan pesat di kawasan kajian, kebanyakan warga tua masih bertempat tinggal dalam keluarga luas bersama pasangan, anak dan cucu. Keadaan ini selaras dengan keinginan mereka bahawa punca ketidakbahagiaan dalam kehidupan sebahagian mereka adalah disebabkan tiadanya keprihatinan anak-anak terhadap mereka dan tiada waris bagi warga tua bujang. 112

References Chan Kok Eng. (1994). An overview of population ageing in Malaysia with special reference to productive ageing. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Masyarakat Penyayang, Kuala Lumpur, 21 September. Chang P. F. (2002). History of Bidayuh in Kuching division Sarawak. Kuching: Sarawak Press Sdn. Bhd. Data Majlis Daerah Bau. (2004). Jumlah penduduk daerah Bau mengikut etnik dan jantina tahun 2004. Majlis Daerah Bau. Jean Pala. (1998). Warga tua dan penuaan penduduk di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Jean Pala. (2005). Aliran penuaan penduduk di Malaysia. Siri Monograf No. I. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Masitah Mohd. Yatim & Nazileh Ramli. (1988). Socio economic consequences of the ageing of population survey 1986: Malaysia country report. Kuala Lumpur: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Michaeal Boro anak Durieng. (2006). Insiden kemiskinan di kalangan warga tua masyarakat Bidayuh, daerah Bau, Sarawak. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengurusan Kerja Sosial, Fakulti Pembangunan Sosial, UUM. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. (1987). Population aging: Review of emerging issues. Asian population studies series No. 80. Bangkok: Economic and Social Commission for Asia and the Pacific. Peter Minos. (2000). The future of the Dayak Bidayuh in Malaysia. Kuching: Lynch Media & Services. Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid. (1995). Responsibility of caring society towards the elderly. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar on the Role of Senior Citizens in a Changing Malaysian Society. Kuala Lumpur: 8 Oktober. United Nations. (2002). Ageing in Asia and the Pacific: Emerging issues and successful practices. Social policy paper No. 10. New York: United Nations. Wan Ibrahim Wan Ahmad. (1999). Hubungan sosial, sokongan dan kesejahteraan warga tua di pedesaan negeri Kelantan. Tesis Ph.D, Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Wan Ibrahim Wan Ahmad. (2008). Kualiti hidup warga tua pesisir di daerah Kuala Terengganu. Laporan Penyelidikan. Kolej Sastera dan Sains, UUM. Zaitun Yassin. (1989). Selected indicators of nutritional status among rural elderly females in Malaysia. Disertasi Ph.D. Iowa State University, Ames, Iowa. 113